SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM 
EKONOMI KEBAJIKAN 
DALAM PERSPEKTIF 
ISLAM 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
PENDAHULUAN 
Definisi ekonomi 
• Definisi ekonomi menurut kamus dewan adalah ditakrifkan seperti berikut : 
• Politik iaitu ilmu yang berkaitan dengan asas-asas pengeluaran, pembahagian, 
penggunaan barang-barang, dan perkhitmatan serta masalah yang bersangkutan . 
• Sistem atau cara pengeluaran (pembahagian dan penggunaan) harta atau barang-barang 
serta perkhidmatan . 
• Keadaan kekayaan atau kebendaan 
• Urusan atau hal-hal berkaitan rumahtangga 
• Penjimatan iaitu cabang ekonomi yang berkaitan dengan asas-asas ekonomi dari 
segi kebajikan . 
Bahasa arab 
• Dalam bahasa arab, ekonomi diambil daripada istilah “iqtisad” yang berasal dari 
“qasad” yang membawa maksud kesederhanaan atau pertengahan. Imam Al’lz al 
salam menyatakan perkataan ini sebagai pertengahan antara kedekut dan 
membazir . 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
KONSEP KEBAJIKAN 
PERBANDINGAN ANTARA KEBAJIKAN DAN KONSEP AL FALAH 
• Maksud ‘Al falah’ di dalam Al – Quran adalah seerti dengan perkataan “keredhaan 
Allah” .Islam mengajar umatnya agar semua kegiatan mereka diarahkan kepada 
alfalah iaitu kejayaan. Hal ini adalah merujuk kepada matlamat komprehensif iaitu 
meliputi kebajikan di dunia dan di akhirat. 
• Kedua – dua perkara ini perlu diselaraskan supaya tidak berlaku pertembungan 
dan pertentangan kesejahteraan di dunia iaitu dijadikan alat untuk mencapai 
kesejahteraan di akhirat. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
• Kebajikan boleh disamaertikan dengan al-falah jika pencapaian kebajikan 
kebendaan di dunia selaras dengan pencapaian kebajikan di akhirat. 
i) Kebajikan di dunia 
Lebih bersifat kepada kebajikan sosial dimana perlu mengambil kira kebajikan 
orang lain supaya tiada yang tertindas. Setiap individu saling berhubung dengan 
yang lain dalam konteks bermasyarakat kerana tiada individu yang tidak 
bermasyarakat. 
ii) Kebajikan di akhirat 
Kehidupan di akhirat adalah secara nafsi – nafsi iaitu sendiri –sendiri . Segala usaha 
kita di dunia akan menentukan keadaan kita di akhirat. 
Prinsip Islam dan perlakuan ekonomi 
• Terdapat banyak prinsip – prinsip Islam yang relevan dengan perlakuan ekonomi . 
Antaranya ialah : 
1. Tuhan ialah pemilik 
2. Satu tujuan hidup : untuk menguji manusia 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Bagaimana Islam menjaga keperluan asas dan kebajikan setiap individu 
i) Keperluan asas manusia (untuk setiap individu) adalah makanan, pakaian dan 
tempat tinggal. Sebagaimana yang tercantum dalam banyak nas antaranya, 
-“Dan kewajipan ayahnya memberikan makan dan pakaian kepada para ibunya” 
[TMQ al-Baqarah (2):233], 
-“Berilah mereka nafkah (makanan) dan pakaian” [TMQ al-Ma’idah (5):5] 
ii) Keperluan asas untuk rakyat, berdasarkan nas adalah keselamatan, kesihatan 
dan pendidikan. Hadis Rasulullah “Siapa sahaja yang pada waktu paginya 
merasakan aman pada kelompoknya, sihat tubuh badannya dan tersedia makanan 
rujinya pada hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia” meletakkan 
bahawa keamanan, dan kesihatan sama tarafnya dengan makanan. Ini 
menunjukkan bahawa keduanya menjadi keperluan asas untuk rakyat. Manakala 
pendidikan merupakan keperluan asas untuk rakyat berasaskan hadis, 
-“Perumpamaan petunjuk dan ilmu seperti hujan lebat yang menyirami bumi dan 
ada tanah yang subur...” [HR Riwayat Bukhari], 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Bagaimana Islam Menjamin Kebajikan Asas Rakyat 
• Sebagaimana telah disebutkan, Negara adalah bertanggung jawab ke atas 
Keselamatan, Kesihatan dan Pendidikan rakyatnya, ini berdasarkan hukum-hakam 
berkaitan dengan ri’ayah (pemeliharaan) rakyatnya. Sabda Rasulullah, 
-“Imam itu pemelihara dan dialah yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya” 
[HR Mutafaq Alaih]. 
• Bersangkutan dengan perkara keselamatan dari ancaman musuh luar negeri, 
pembelaan negara dari ancaman musuh sudah diketahui dengan masyhur dari 
perbuatan Rasulullah dan ayat-ayat tentang jihad. Sedangkan keamanan dalam 
negeri pula dijamin dengan hukum-hakam terhadap orang-orang yang merampas 
hak-hak manusia sebagaimana. 
• Dalam aspek pendidikan pula terdapat Ijmak Sahabat tentang pembahagian gaji 
guru dari Baitul Mal. Ibnu Syaibah meriwayatkan bahawa Ibnu Atha’ berkata “Di 
Madinah terdapat tiga orang guru yang mengajar anak-anak, Umar memberikan 
mereka 15 dinar setiap bulan”. Di samping itu dalam kes tebusan perang Badar 
Rasulullah telah menentukan tebusan untuk mereka dengan mengajar 10 anak-anak 
kaum Muslimin. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
KEBAJIKAN PERSENDIRIAN DALAM 
EKONOMI ISLAM 
• Ekonomi Islam berteraskan keadilan dan seimbang, tidak ada jurang yang 
begitu jauh antara orang miskin dengan orang kaya. Persaudaraan yang 
dipupuk oleh Islam akan berhasil sekiranya perseimbangan dan agihan 
kekayaan adalah saksama dikalangan masyarakat. Pendapatan dan 
pengagihan yang ketidaksamaan yang berleluasan sudah tentu akan 
merosakkan persaudaraan umat Islam. Islam amat menekankan keadilan 
sosial dan perseimbangan ekonomi supaya setiap individu dijamin dapat 
menikmati taraf hidup yang sempurna sejajar dengan manusia sebagai 
khalifah di muka bumi ini. 
• Firman Allah yang bermaksud “Supaya harta itu jangan hanya beredar 
diantara orang-orang kaya sahaja dikalangan kamu” (al-Hasyr 7) 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
• Bahawa matlamat ekonomi Islam adalah untuk melahirkan kehidupan 
yang makmur dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Ciri kemanusiaan 
dalam ekonomi ini adalah berseiringan dengan ciri rabbani yang telah 
diterangkan sebelum ini. Antara ciri-ciri kemanusiaan iaitu kebebasan dan 
kemuliaan manusia, melaksanakan keadilan sesama manusia, 
persaudaraan dan pertolongan, belas-kasihan terhadap setiap manusia 
terutama orang miskin, fakir, anak yatim, orang yang dalam perjalanan dan 
janda-janda yang kematian suami dan sesiapa yang kurang bernasib baik 
untuk menyara keluarganya. 
• Dari sini Islam mengakui hak kebebasan seseorang itu untuk memikul 
harta, memeliharanya dari diceroboh dan dirampas orang lain. Islam 
sering menyeru umatnya sentiasa bekerja dan berusaha bagi menjamin 
kebahagian hidup. Makna kemanusiaan dalam ekonomi ini adalah untuk 
melahirkan kehidupan yang bahagia dan makmur. Pekerjaan dan usaha 
yang dilakukan itu dianggap sebagai ibadat dan jihad dalam Islam. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Unsur kebendaan dalam kehidupan bahagia 
• Islam mengharuskan umatNya menikmati segala perkara yang ada di dunia ini 
dari perkara-perkara yang baik. Ini bertentangan dengan setengah agama 
yang mengharamkan segala perkara baik yang dikurniakan oleh Allah untuk 
dinikmati oleh manusia. 
• Firman Allah yang bermaksud : “Wahai manusia sekalian, makanlah yang halal 
lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti 
langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang 
nyata”. (al-Baqarah 168) 
• Allah yang menghalalkan perkara yang baik dan mengharamkan perkara yang 
keji seperti firman Allah yang bermaksud: “Mereka menanyakan kepada kamu, 
apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah : “Dihalalkan bagi kamu 
yang baik-baik”.(al-Maidah 4) 
• Allah menggambarkan sifat para rasul dan keistimewaan risalahNya yang 
dikenali oleh ahli taurat dan injil. Firman Allah yang bermaksud: “Iaitu orang 
yang mengikut rasul, nabi-nabi yang ummi yang nama mereka didapati 
tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di /’;[p-0sisi mereka, menyuruh 
mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan 
yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan 
mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”. (al- ‘Araaf 157) 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
KEBAJIKAN SOSIAL DALAM ISLAM 
• Kebajikan sosial adalah jumlah kesejahteraan seluruh masyarakat. Kebajikan 
sosial tidak boleh diukur kerana ia melibatkan kedua-dua objektif dan 
pertimbangan nilai. Ia tidak sama seperti taraf hidup tetapi adalah lebih 
seperti kualiti hidup yang merangkumi faktor-faktor seperti kualiti alam 
sekitar (udara, tanah, air), tahap jenayah, tahap penyalahgunaan dadah, 
ketersediaan perkhidmatan sosial yang penting, seperti keagamaan dan 
kerohanian dalam aspek kehidupan. 
• Kebajikan sosial adalah tentang bagaimana orang ramai, masyarakat dan 
institusi dalam masyarakat mengambil tindakan untuk menyediakan 
piawaian minimum tertentu dan peluang tertentu. 
• Dalam kebajikan sosial atau awam, peruntukan diberikan seperti bantuan 
pendidikan, kebudayaan, perubatan, dan kewangan kepada mereka yang 
memerlukan. Langkah-langkah kebajikan sosial termasuk mana-mana yang 
berikut: rawatan pesakit mental; pemulihan penjenayah; kanak-kanak yang 
bermasalah, penjagaan sakit atau cacat; bantuan keluarga miskin, dan 
aktiviti penyeliaan, pendidikan, dan membina, terutama bagi golongan 
muda. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Tujuan Kebajikan Sosial Dalam Islam 
• Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk 
meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang 
disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian 
tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan 
masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi 
keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat 
melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari. 
• Banyak agensi-agensi yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari 
segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan 
oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) 
yang dikendalikan oleh sukarelawan. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Unsur kebendaan dalam kehidupan bahagia 
• Islam mengharuskan umatNya menikmati segala perkara yang ada di 
dunia ini dari perkara-perkara yang baik. Ini bertentangan dengan 
setengah agama yang mengharamkan segala perkara baik yang 
dikurniakan oleh Allah untuk dinikmati oleh manusia. 
Konsep kebajikan masyarakat 
• Haris Abd Wahab (2003) menjelaskan konsep kebajikan sosial telah mula 
dibincangkan semenjak tahun 1960an lagi. Walau bagaimanapun konsep 
ini masih lagi kabur. Ini kerana konsep kebajikan sosial yang ada, 
membawa makna yang berbeza (Migley, 1995, 1997). Secara umumnya 
kebajikan sosial mengandungi dua pengertian: 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
i. Kebajikan sosial dilihat sebagai satu sistem kegiatan yang teratur bagi 
berbagai perkhidmatan sosial yang tujuannya untuk membantu individu 
dan kelompok mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan (Friedlander, 
1961). 
ii. Kebajikan sosial dilihat sebagai satu keadaan yang sejahtera mencakupi 
aspek fizikal, mental dan sosial (United Nation, 1960). Berdasarkan kepada 
keduadua pengertian tersebut, Skidmore (1971) telah mendefinisikan 
kebajikan sosial sebagai sat usaha untuk merubah atau meningkatkan 
keadaan yang sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial. 
Fungsi kebajikan sosial dalam Islam 
• Konsep fungsi kebajikan sosial yang sukar di tentukan dengan tepat dan 
memang dicari-cari oleh ahli ekonomi moden,pada asalnya telah 
dirumuskan oleh dua orang ahli fikir dan ulama Islam: al-Ghazali 
(meninggal dunia 505H) dan al-Shatibi (meninggal dunia 790H), lebih 
kurang 800 tahun yang lalu.Al-Ghazali telah membuat rumusan yang asal, 
manakala al-Shatibi telah mengembangkan dan memperbaiki konsep 
tersebut. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
• Al-Ghazali dan kemudiannya al-Shatibi dengan meninjau ajaran dan 
hukum Islam yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, telah membuat 
kesimpulan bahawa utiliti sosial dalam Islam boleh dibahagikan kepada 
satu hirarki tiga tingkat iaitu keperluan, kemudahan dan kemewahan. 
1. Keperluan: Keperluan mengandungi semua kegiatan dan barang yang perlu 
bagi menjaga lima asas kehidupan bagi individu dan sosial yang baik 
mengikut pandangan Islam: Agama,Nyawa,Akal Fikiran,Zuriat dan Harta 
Kekayaan.Matlamat pertama agama Islam ialah untuk menjaga asas yang 
lima ini. 
2. Kemudahan: Kemudahan terdiri daripada semua kegiatan dan barang-barang 
yang tidak penting bagi menjaga kelima-lima asas tadi tetapi diperlukan 
untuk meringankan ataupun menghapuskan halangan dan kesukaran hidup. 
3. Kemewahan: Kategori ini termasuk kegiatan dan benda yang melebihi batas 
kemudahan. Khususnya, ia termasuk hal yang tidak mengelakkan atau 
mengurangkan kesukaran tetapi hal yang mencerahkan dan menghiasi 
kehidupan ini.Ia juga termasuk dalam perkara yang memberi keselesaan dan 
termasuk dalam kategori mengikut nafsu yang dianggap oleh Islam sebagai 
perkara yang tidak berfaedah dan ditegah oleh Islam. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Cabaran kebajikan sosial 
• Sebenarnya, konsep kebajikan adalah menyeluruh dan merangkumi 
seluruh maksud kerja yang baik. Kerja baik itu terhad kepada menujukan 
sesuatu kerja itu kepada orang yang lemah dan yang memerlukan sahaja. 
Kebajikan adalah untuk semua bagi dijadikan alat untuk membentuk 
masyarakat penyayang, prihatin, mesra dan masyarakat padu.Dengan 
perkataan lain kebajikan adalah nilai yang sepatutnya ada pada diri 
individu mahkluk sosial. 
• Nilai inilah yang sepatutnya mengikat tatahidup bermasyarakat dan 
bernegara. Masyarakat yang berpegang pada nilai ini akan menyanjung 
budaya baik iaitu budaya pemurah dan budaya penyanyang yang menjadi 
nilai teras kebajikan. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
• Antara cabaran dalam kebajikan sosial ialah: 
1. Mereka yang menerima bantuan janganlah terlalu bersandar kepada 
bantuan-bantuan berkenaan sahaja. 
2. Penekanan harus diberikan bahawa bantuan, terutama bagi 
memenuhi keperluan asas tidak akan diberi selama-lamanya. 
3. Strategi bantuan yang hanya berbentuk kebendaan dan untuk jangka 
pendek kurang berkesan. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
KEBAJIKAN UMAT 
• Konsep negara kebajikan semakin hari semakin bertapak di sesetengah negara 
baru terutamanya bagi negara-negara Islam. Negara kebajikan Islam (NKI) 
bertanggungjawab memastikan dan menyediakan kesejahteraan kebendaan dan 
kerohanian rakyatnya. Semangat perlaksanaan Islam bukan hanya setakat halal dan 
haram semata-mata, tetapi kesan baik dan buruk amalan tersebut di dunia dan 
akhirat juga diambil kira. Kebajikan dalam Islam bukanlah hanya kebajikan individu 
dan bukan juga hanya kebajikan sosial, malah keduanya sekali. 
– Kebajikan individu bukan dengan membaiki dan mempertingkatkan iman dan 
amalan sendiri sahaja,tetapi sebaliknya bagi agama Islam mereka juga perlu 
menyebarkan dan menyedarkan orang lain supaya sama-sama dapat 
meningkatkan iman dan mengerjakan amalan yang mendapat keredaan Allah. 
Dengan ini, tidak akan timbul perasaan dengki dan serong terhadap mereka 
yang berjaya meningkatkan iman dan amal. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
– Kebajikan sosial dari pandangan Islam pula kesannya adalah terbatas iaitu hanya 
dalam bentuk keduniaan. Konsep kebajikan umat dalam islam bukan hanya 
menghendaki setiap anggota umat memikirkan kepentingan dunia bersama, 
tetapi juga perlu sentiasa memikirkan dan mengusahakan supaya setiap anggota 
umat dapat menjalani hidup ini menurut keredaan Allah, contohnya melalui 
dakwah. 
– Konsep kebajikan dalam Islam yang menyeluruh bukan sahaja berdasarkan 
kebajikan ekonomi, sosial dan individu tetapi ia juga berlandaskan nilai-nilai islam 
yang berhubung dengan kerohanian, sosial, politik dan ekonomi. 
– Nilai kerohanian. Setiap individu bertanggungjawab terhadap individu lain dalam 
setiap aspek keagamaan. Islam dilahirkan untuk rahmat seluruh alam. Oleh sebab 
itu, setiap penganutnya bertanggungjawab menyebarkan nikmat ini kepada 
seluruh alam. Di sinilah timbul peranan dakwah. Dakwah kepada orang bukan 
muslim adalah satu kemestian, manakala berdakwah kepada orang muslim 
adalah lebih utama. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
– Nilai sosial. Nilai ini membentuk dan mengatur kelakuan individu dalam 
keluarga, antara jiran, terhadap golongan miskin dan seterusnya. Perbezaan 
kulit, bangsa, kekayaan dan sebagainya tidak menjadikan seseorang lebih 
tinggi atau rendah daripada orang lain di sisi Allah kerana mereka adalah 
sama,bersaudara dan satu keturunan. 
– Nilai politik. Kekuasaan dan kedaulatan hanyalah terdapat pada Allah. 
Walaupun manusia sebagai khalifah, namun kedaulatan manusia adalah 
terbatas setakat yang diizinkan Allah. 
– Nilai ekonomi. Segala kegiatan ekonomi hendaklah dijiwai dengan hukum al- 
Quran dan as-sunnah , halal dan haram, dari aspek penggunaan, pengeluaran, 
peruntukan pengagihan, pemilikan dan sebagainya. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Fungsi Kebajikan Umat 
• Islam bukanlah hanya agama individu atau hanya agama sosial tetapi 
merangkumi keduanya. Terdapat ruang bagi membolehkan individu dan 
masyarakat dapat berfungsi dengan baik bersama. Islam menganjurkan setiap 
individu memenuhi keperluan diri melalui kerja dan usaha, pada masa yang 
sama individu itu bertanggungjawab memastikan keperluan individu lain. 
Maksud firman Allah: 
-“Supaya jangan harta itu beredar di kalangan yang kaya di antara kamu 
sahaja” (al-Quran 59 : 7) 
• Maksud ayat di atas telah menguatkan hujah di mana setiap individu perlu 
memastikan keperluan individu lain dengan membahagikan harta kepada 
masyarakat contohnya melalui zakat, sedekah dan sebagainya. 
• Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh. Menganuti dan 
mengamalkan agama Islam secara langsung akan memberi kebajikan kepada 
diri sendiri dan orang lain, baik di dunia mahupun di akhirat. Islamlah satu-satunya 
cara kesejahteraan hakiki dapat direalisasikan kerana Islam bukan 
hanya mengutamakan keperluan kehidupan di dunia dan di akhirat, malah 
bagi kepentingan individu dan masyarakat. 
• Itulah kebajikan umat yang memastikan kebendaan dan kerohanian seluruh 
masyarakat melalui kerjasama berasaskan kerjasama dan tanggungjawab 
bersama. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM 
• Bermula dari zaman khalifah umar Bin Al Khattab r.a apabila Abu Hurairah telah tiba 
di Madinah dari Bahrain dengan membawa harta benda dan wang yang banyak.Oleh 
kerana,jumlah harta yang dibawa oleh Abu Hurairah terlalu banyak,maka Khalid bin 
Al walid mengemukakan cadangan supaya ditubuhkan sebuah diwan. 
• Dengan adanya sistem ini, tiada siapa pun yang akan mengetahui sesuatu barang 
yang hilang daripada simpanan kerana orang yang tidak hadir dalam majlis itu tidak 
mengetahui mengenai masalah itu dan hanya dengan menulis dan mencatat jumlah 
keseluruhannya,barulah semua wang dan harta itu dapat dijaga dengan betul. 
• Sistem akaun turut berkait dengan wang kutipan cukai kharaj dan cukai-cukai lain. 
Sistem akaun di Iraq menggunakan bahasa parsi dan di syam menggunakan bahasa 
rumawi. Semua pegawai pada masa itu terdiri daripada orang rom dan parsi. 
• Pada zaman Abbasiyah, jawatan menulis dan mengurus akaun-akaun itu diserahkan 
kepada pegawai yang bertugas dalam bidang itu.Menteri diberi hak dan kuasa untuk 
mengambil tanggungjawab menjaga dan mengawasi urusan Jabatan Perangkaan 
mengikut perancangan yang dilakukan untuk dapat membayar gaji dan sara hidup 
anggota tentera. Semasa di bawah pemerintahan kerajaan Muwahhidin,kuasa untuk 
menetukan masalah diserahkan kepada seorang pembesar Negara daripada kalangan 
puak Muwahhidin yang diberi kuasa mnyelenggarakan urusan 
mengutip,mengumpulkan dan membelanjakan wang. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Sistem Islam dan pemilikan Perseorangan. 
• Di bawah undang-undang islam, hak pemilikan tidak hanya terletak pada 
lelaki malah boelh juga dimilikkan kepada wanita , kanak-kanak dan 
sebagainya.Jika Muzari’at dilarang,maka hak pemilikkan keatas mereka 
menjadi tidak relevan.. 
• Berdasarkan kepada undang-undang jual beli islam,tidak mengikat 
seseorang untuk berjual beli selagi ia tidak bercanggah syariat. 
• Islam menyuruh kita melakukan kebaikan dan melaksanakan 
tanggungjawab kita sebagai umat islam. Contohnya ialah,mengeluarkan 
zakat pada setiap tahun. Hal ini kerana,dengan mengeluarkan zakat,kita 
dapat membantu orang yang miskin dan seterusnya dapat mengurangkan 
jurang kemiskinan antara penduduk sesebuah negara. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Pengagihan pendapatan dan kekayaan. 
• Kebajikan ekonomi masyarakat sangat berganutng kepada kaedah 
pengagihan pendapatan Negara di kalangan rakyat. Sudah menjadi 
kelaziman di kalngan ahli-ahli ekonomi moden untuk mengkaji masalah 
pengagihan bukan sebagai masalah pengagihan di kalangan orang-orang 
perseorangan tetapi sebagai masalah pengagihan fungsian. 
• Teori pengagihan dalam ekonomi moden ialah satu teori penetuan harga 
perkhidmatan yang produktif. Teori pengagihan faktor atau pun 
pengagihan fungsian membantu kita menetukan harga-harga ke atas 
perkhidmatan yang disumbangkan oleh pelbagai faktor pengeluaran 
seperti tanah, buruh, modal dan usahawan. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Sistem upah dalam Islam 
• Sistem tanah yang tetap dan berkekalan telah dirasakan perlu semasa 
pemerintahan Khalifah Umar akibat daripada penaklukan ke atas Iraq, Syria, 
Iran dan Mesir. Tindakan Umar yang melarang pembelian tanah oleh orang-orang 
islam di kawasan tanah-tanah jajahan tetapi juga dari tindakannya yang 
memberhentikan amalan pembahagian tanah-tanah jajahan di kalangan orang 
islam. Maka,dengan itu membolehkan pengusaha asalnya bercucuk tanam di 
atas tanah masing-masing denagn membayar Kharaj dan Jizyah. 
Konsep Ekonomi Moden 
• Menurut Ricardo, sewa adalah sebahagian hasil tanah yang dibayar kepada 
tuan tanah kerana menggunakan sifat-sifat asli tanah tersebut yang tidak 
boleh dimusnahkan.Sewa boleh juga wujud akibat dari kekurangan dalam 
penwaran tanah berbanding dengan permintaannya. Sewa yang dinikmati oleh 
sebidang tanah boleh dianggap sebagai sewa bezaan sekiranya dibandingkan 
dengan hasil keluarannya dengan hasil hasil sebidang tanah yang kurang subur 
ataupun tanah marginal bila kedua-dua bidang tanah tersebut diusahakan 
dengan alat-alat perkakas yang sama. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
• Sewa yang dinikmati oleh tanah yang sama boleh juga dianggap sebagai 
“sewa kekurangan” yang muncul kerana kekurangan dalam penawaran 
berbanding dengan permintaan terhadap tanah seperti ini. 
• Dari sudut sejarah dan sudut istilah, konsep sewa ini berkait rapat dengan 
idea “anugerah alam semulajadi yang percuma” atau pun dikenali sebagai 
tanah. Oleh kerana kewujudan tanah tidak bergantung kepada usaha-usaha 
manusia,maka seluruh pendapatan dari tanah boleh diistilahkan 
sebagai “sewa”. Hal ini adalah kerana, kurniaan alam semulajadi yang 
percuma tidak memerlukan apa-apa bayaran untuk wujud. 
Sewa dan Bunga 
• Sewa adalah hasil dari inisiatif , dayausaha dan kecekapan. Ia terhasil dari 
proses penciptaan nilai yang tertentu kerana pemilik harta atau asset 
masih terus terlibat dan mengambil berat tentang kegunaan aset. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Upah dalam Islam. 
• Upah bermaksud, sejumlah wang yang diterima oleh buruh satu jangka 
masa. Upah benar buruh bergantung pada jumlah upah wang, kuasa beli 
dan macam-macam lagi. Menurut adam Smith, Buruh itu kaya atau 
miskin,menerima ganjaran yang setimpal atau tidak bergantung kepada 
upah benar dan bukannya upah wang pekerjaannya. 
Bunga dan Kapitalisme 
• Ia menodai kehidupan social dengan menjadikan manusia itu sombong 
dan riak kerana setiap aktiviti adalah didorong oleh wang semata-mata. 
Malah,kehidupan ekonomi turut ternoda kerana dengan mengawal 
‘punca-punca’ pengeluaran di dalam tangan mereka,pihak kapitalis 
mencipta permintaan luar biasa terhadap barangan yang merbahaya 
seperti arak,rokok dan lain-lain.Akhirnya, system ekonomi kapitalis akan 
menguasai ekonomi sesebuah Negara melalui kawalan ‘kuku besi’. Maka, 
ekonomi yang bebas dari bunga/faedah seperti yang disokong islam 
adalah satu-satunya penyelesaian bagi mengurangkan kesengsaraan di 
dalam system ekonomi kapitalis yang kian luntur cirri kemanusiaannya. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
KONSEP BALDATUN TAYYIBAH 
WARABBUN GHAFUR 
• Seperti yang tertulis dalam Al-Quran sebagai kesejahteraan masa lalu 
adalah “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur ”. Ketiga-tiga istilah itu 
semuanya berasal dari Bahasa Arab. Sebagaimana yang tertulis dalam Al- 
Quran, “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur ” adalah sebagai 
gambaran suatu kemakmuran suatu bangsa. 
• Dalam Al-Quran terdapat lima ayat yang menyebut kalimah “Baldatun”, 
iaitu pada surah Al -Furqan 39, Al- Namal 91, Al - Zukhruf 12, dan Qaf 11 
.Kita kutip secara lengkap (ertinya) “Sesungguhnya bagi kaum Saba, ada 
tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka, iaitu dua buah 
kebun di sebelah kanan dan kiri, (kepada mereka dikatakan), ” Makanlah 
olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu, dan bersyukurlah 
kamu kepadaNya, Negerimu adalah negeri yang baik, dan (Tuhanmu) 
adalah Tuhan Yang Maha Pengampun. 
• Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir 
besar, dan Kami ganti kedua kebun mereka, dengan kebun yang ditumbuhi 
pohon –pohon yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon 
Sidr” (QS.34 :15-16). 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
Pengagihan pendapatan dan kekayaan. 
• Kebajikan ekonomi masyarakat sangat berganutng kepada kaedah 
pengagihan pendapatan Negara di kalangan rakyat. Sudah menjadi 
kelaziman di kalngan ahli-ahli ekonomi moden untuk mengkaji masalah 
pengagihan bukan sebagai masalah pengagihan di kalangan orang-orang 
perseorangan tetapi sebagai masalah pengagihan fungsian. 
• Teori pengagihan dalam ekonomi moden ialah satu teori penetuan harga 
perkhidmatan yang produktif. Teori pengagihan faktor atau pun 
pengagihan fungsian membantu kita menetukan harga-harga ke atas 
perkhidmatan yang disumbangkan oleh pelbagai faktor pengeluaran 
seperti tanah, buruh, modal dan usahawan. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
PERBANDINGAN DI ANTARA TEORI EKONOMI 
KEBAJIKAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM DENGAN 
PRAKTIKAL YANG DIAMALKAN PADA MASA SEKARANG 
• Secara teorinya, terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan ekonomi 
kebajikan dari segi perspektif Islam. Di bawah sub topik ini, kita akan 
meringkaskan dan membincangkan tentang bagaimana negara kita, 
Malaysia mengambil contoh dan mengaplikasikan ciri-ciri ekonomi 
kebajikan dalam perspektif islam ke dalam negara kita. Di bawah sub topik 
ini juga kita akan melihat bagaimana negara kita mengaplikasikan ciri-ciri 
yang terdapat di dalam ekonomi kebajikan dari perspektif Islam secara 
lebih dekat lagi. 
• Oleh itu, di dalam kajian ini, kita akan merujuk kepada pelan penbangunan 
“Bajet 2013” sebagai rujukan utama bagi melihat kelebihan dan 
kekurangan yang dipraktikkan pada masa kini. Bajet 2013 dipilih sebagai 
rujukan praktikal yang utama kerana di sini kita akan melihat bagaimana 
pelan pembangunan terbaru yang akan memberikan nilai kebajikan yang 
tinggi kepada rakyat. 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
TERIMA KASIH 
BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM

More Related Content

What's hot

PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABSiti Nurhaishah Mohd Rani
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaNicholas Lidang Mud
 
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHGuru Sejarah PraU
 
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2Faez Amstrong
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuShahrul Zaini
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQGuru Sejarah PraU
 
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam IslamPemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam IslamHana Shahida
 
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)Watak Bulat
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...AsmidahIsdal
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Thanushah Soniyasee
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakAmirul Ezuan
 
Sistem ekonomi islam (Sejarah Islam Tingkatan 6)
Sistem ekonomi islam (Sejarah Islam Tingkatan 6)Sistem ekonomi islam (Sejarah Islam Tingkatan 6)
Sistem ekonomi islam (Sejarah Islam Tingkatan 6)Nurul Najihah Al-Saachez
 
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyataUsuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyatadawiey
 

What's hot (20)

Jihad
JihadJihad
Jihad
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
 
Sumbangan ibnu khaldun
Sumbangan ibnu khaldunSumbangan ibnu khaldun
Sumbangan ibnu khaldun
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
 
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2
Masyarakat jahiliah STPM sejarah Penggal 2
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
 
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam IslamPemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam
 
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul Razak
 
JIZYAH
JIZYAHJIZYAH
JIZYAH
 
Sistem ekonomi islam (Sejarah Islam Tingkatan 6)
Sistem ekonomi islam (Sejarah Islam Tingkatan 6)Sistem ekonomi islam (Sejarah Islam Tingkatan 6)
Sistem ekonomi islam (Sejarah Islam Tingkatan 6)
 
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyataUsuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
 

Viewers also liked

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Penilaian Berasaskan Sekolah  (PBS)Penilaian Berasaskan Sekolah  (PBS)
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)Fadzliaton Zainudin
 
Pengertian sedekah
Pengertian sedekahPengertian sedekah
Pengertian sedekahIlaa Pilus
 
Pengagihan Menurut Ekonomi Islam
Pengagihan Menurut Ekonomi IslamPengagihan Menurut Ekonomi Islam
Pengagihan Menurut Ekonomi IslamMahyuddin Khalid
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysiaHalif Md Saleh
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaTamil Malar
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 
Malaysian Development Policies
Malaysian Development PoliciesMalaysian Development Policies
Malaysian Development Policiessuraya izad
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaanNur Az
 
Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)munnianwar
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negaramunnianwar
 

Viewers also liked (13)

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Penilaian Berasaskan Sekolah  (PBS)Penilaian Berasaskan Sekolah  (PBS)
Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
 
Pengertian sedekah
Pengertian sedekahPengertian sedekah
Pengertian sedekah
 
Pengagihan Menurut Ekonomi Islam
Pengagihan Menurut Ekonomi IslamPengagihan Menurut Ekonomi Islam
Pengagihan Menurut Ekonomi Islam
 
Bab 2 : Ekonomi Malaysia
Bab 2 : Ekonomi MalaysiaBab 2 : Ekonomi Malaysia
Bab 2 : Ekonomi Malaysia
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysia
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Malaysian Development Policies
Malaysian Development PoliciesMalaysian Development Policies
Malaysian Development Policies
 
Lari pecut 1
Lari pecut 1Lari pecut 1
Lari pecut 1
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
 

Similar to KEBAJIKAN SOSIAL

Islam Sebagai Konsep Ekonomi Islam
Islam Sebagai Konsep Ekonomi IslamIslam Sebagai Konsep Ekonomi Islam
Islam Sebagai Konsep Ekonomi IslamAsikin Aja
 
Islam dan-kesejahteraan-sosial arifin-zain(pdf}
Islam dan-kesejahteraan-sosial arifin-zain(pdf}Islam dan-kesejahteraan-sosial arifin-zain(pdf}
Islam dan-kesejahteraan-sosial arifin-zain(pdf}Ufhick Tho Zhoppenk
 
Akhlak sosial
Akhlak sosialAkhlak sosial
Akhlak sosialYuliana
 
Pembangunan mapan dalam islam(lmcp 1552)
Pembangunan mapan dalam islam(lmcp 1552)Pembangunan mapan dalam islam(lmcp 1552)
Pembangunan mapan dalam islam(lmcp 1552)Syazana Mohd Yusof
 
CTU 241 ( PENGENALAN EKONOMI ISLAM & PRINSIP EKONOMI ISLAM )
CTU 241 ( PENGENALAN EKONOMI ISLAM & PRINSIP EKONOMI ISLAM )CTU 241 ( PENGENALAN EKONOMI ISLAM & PRINSIP EKONOMI ISLAM )
CTU 241 ( PENGENALAN EKONOMI ISLAM & PRINSIP EKONOMI ISLAM )Farah Mohammed Yusoff
 
Tugas ekonomi islam
Tugas ekonomi islamTugas ekonomi islam
Tugas ekonomi islamFrsfebby
 
Amalan terbaik sosial (mapan islam)
Amalan terbaik sosial (mapan islam)Amalan terbaik sosial (mapan islam)
Amalan terbaik sosial (mapan islam)fi3acik
 
Konsep dasar ekonomi islam
Konsep dasar ekonomi islamKonsep dasar ekonomi islam
Konsep dasar ekonomi islamEchil Ardiyanto
 
silvi AGAMA 2 (2).pptx
silvi AGAMA 2 (2).pptxsilvi AGAMA 2 (2).pptx
silvi AGAMA 2 (2).pptxSilviCindia
 
Makalah kebijakan moneter islami
Makalah kebijakan moneter islamiMakalah kebijakan moneter islami
Makalah kebijakan moneter islamiNoeghraha Prathama
 
Amalan terbaik dalam kesejahteraan sosial
Amalan terbaik dalam kesejahteraan sosialAmalan terbaik dalam kesejahteraan sosial
Amalan terbaik dalam kesejahteraan sosialVilasiniPerumal1
 
2 rancang bangun ekonomi islam
2 rancang bangun ekonomi islam2 rancang bangun ekonomi islam
2 rancang bangun ekonomi islamXINYOUWANZ
 
LMCP 1552: Pembangunan mapan dalam islam
LMCP 1552: Pembangunan mapan dalam islamLMCP 1552: Pembangunan mapan dalam islam
LMCP 1552: Pembangunan mapan dalam islamMashitoh Azizan
 
Resensi buku prof. m. abdul mannan, ma. , ph.d
Resensi buku prof. m. abdul mannan, ma. , ph.dResensi buku prof. m. abdul mannan, ma. , ph.d
Resensi buku prof. m. abdul mannan, ma. , ph.dgusti astuti
 
agama ekonomi islam
agama ekonomi islamagama ekonomi islam
agama ekonomi islamusaha
 

Similar to KEBAJIKAN SOSIAL (20)

Islam Sebagai Konsep Ekonomi Islam
Islam Sebagai Konsep Ekonomi IslamIslam Sebagai Konsep Ekonomi Islam
Islam Sebagai Konsep Ekonomi Islam
 
Islam dan-kesejahteraan-sosial arifin-zain(pdf}
Islam dan-kesejahteraan-sosial arifin-zain(pdf}Islam dan-kesejahteraan-sosial arifin-zain(pdf}
Islam dan-kesejahteraan-sosial arifin-zain(pdf}
 
Akhlak sosial
Akhlak sosialAkhlak sosial
Akhlak sosial
 
Pembangunan mapan dalam islam(lmcp 1552)
Pembangunan mapan dalam islam(lmcp 1552)Pembangunan mapan dalam islam(lmcp 1552)
Pembangunan mapan dalam islam(lmcp 1552)
 
CTU 241 ( PENGENALAN EKONOMI ISLAM & PRINSIP EKONOMI ISLAM )
CTU 241 ( PENGENALAN EKONOMI ISLAM & PRINSIP EKONOMI ISLAM )CTU 241 ( PENGENALAN EKONOMI ISLAM & PRINSIP EKONOMI ISLAM )
CTU 241 ( PENGENALAN EKONOMI ISLAM & PRINSIP EKONOMI ISLAM )
 
Makalah agama
Makalah agamaMakalah agama
Makalah agama
 
Lmcp1552
Lmcp1552Lmcp1552
Lmcp1552
 
Tugas ekonomi islam
Tugas ekonomi islamTugas ekonomi islam
Tugas ekonomi islam
 
Konsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi IslamKonsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi Islam
 
Amalan terbaik sosial (mapan islam)
Amalan terbaik sosial (mapan islam)Amalan terbaik sosial (mapan islam)
Amalan terbaik sosial (mapan islam)
 
Konsep dasar ekonomi islam
Konsep dasar ekonomi islamKonsep dasar ekonomi islam
Konsep dasar ekonomi islam
 
silvi AGAMA 2 (2).pptx
silvi AGAMA 2 (2).pptxsilvi AGAMA 2 (2).pptx
silvi AGAMA 2 (2).pptx
 
Ekonomi syari’ah
Ekonomi syari’ahEkonomi syari’ah
Ekonomi syari’ah
 
Makalah kebijakan moneter islami
Makalah kebijakan moneter islamiMakalah kebijakan moneter islami
Makalah kebijakan moneter islami
 
Amalan terbaik dalam kesejahteraan sosial
Amalan terbaik dalam kesejahteraan sosialAmalan terbaik dalam kesejahteraan sosial
Amalan terbaik dalam kesejahteraan sosial
 
2 rancang bangun ekonomi islam
2 rancang bangun ekonomi islam2 rancang bangun ekonomi islam
2 rancang bangun ekonomi islam
 
Ekonomi Islam
Ekonomi IslamEkonomi Islam
Ekonomi Islam
 
LMCP 1552: Pembangunan mapan dalam islam
LMCP 1552: Pembangunan mapan dalam islamLMCP 1552: Pembangunan mapan dalam islam
LMCP 1552: Pembangunan mapan dalam islam
 
Resensi buku prof. m. abdul mannan, ma. , ph.d
Resensi buku prof. m. abdul mannan, ma. , ph.dResensi buku prof. m. abdul mannan, ma. , ph.d
Resensi buku prof. m. abdul mannan, ma. , ph.d
 
agama ekonomi islam
agama ekonomi islamagama ekonomi islam
agama ekonomi islam
 

KEBAJIKAN SOSIAL

  • 1. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM EKONOMI KEBAJIKAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 2. PENDAHULUAN Definisi ekonomi • Definisi ekonomi menurut kamus dewan adalah ditakrifkan seperti berikut : • Politik iaitu ilmu yang berkaitan dengan asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang, dan perkhitmatan serta masalah yang bersangkutan . • Sistem atau cara pengeluaran (pembahagian dan penggunaan) harta atau barang-barang serta perkhidmatan . • Keadaan kekayaan atau kebendaan • Urusan atau hal-hal berkaitan rumahtangga • Penjimatan iaitu cabang ekonomi yang berkaitan dengan asas-asas ekonomi dari segi kebajikan . Bahasa arab • Dalam bahasa arab, ekonomi diambil daripada istilah “iqtisad” yang berasal dari “qasad” yang membawa maksud kesederhanaan atau pertengahan. Imam Al’lz al salam menyatakan perkataan ini sebagai pertengahan antara kedekut dan membazir . BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 3. KONSEP KEBAJIKAN PERBANDINGAN ANTARA KEBAJIKAN DAN KONSEP AL FALAH • Maksud ‘Al falah’ di dalam Al – Quran adalah seerti dengan perkataan “keredhaan Allah” .Islam mengajar umatnya agar semua kegiatan mereka diarahkan kepada alfalah iaitu kejayaan. Hal ini adalah merujuk kepada matlamat komprehensif iaitu meliputi kebajikan di dunia dan di akhirat. • Kedua – dua perkara ini perlu diselaraskan supaya tidak berlaku pertembungan dan pertentangan kesejahteraan di dunia iaitu dijadikan alat untuk mencapai kesejahteraan di akhirat. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 4. • Kebajikan boleh disamaertikan dengan al-falah jika pencapaian kebajikan kebendaan di dunia selaras dengan pencapaian kebajikan di akhirat. i) Kebajikan di dunia Lebih bersifat kepada kebajikan sosial dimana perlu mengambil kira kebajikan orang lain supaya tiada yang tertindas. Setiap individu saling berhubung dengan yang lain dalam konteks bermasyarakat kerana tiada individu yang tidak bermasyarakat. ii) Kebajikan di akhirat Kehidupan di akhirat adalah secara nafsi – nafsi iaitu sendiri –sendiri . Segala usaha kita di dunia akan menentukan keadaan kita di akhirat. Prinsip Islam dan perlakuan ekonomi • Terdapat banyak prinsip – prinsip Islam yang relevan dengan perlakuan ekonomi . Antaranya ialah : 1. Tuhan ialah pemilik 2. Satu tujuan hidup : untuk menguji manusia BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 5. Bagaimana Islam menjaga keperluan asas dan kebajikan setiap individu i) Keperluan asas manusia (untuk setiap individu) adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Sebagaimana yang tercantum dalam banyak nas antaranya, -“Dan kewajipan ayahnya memberikan makan dan pakaian kepada para ibunya” [TMQ al-Baqarah (2):233], -“Berilah mereka nafkah (makanan) dan pakaian” [TMQ al-Ma’idah (5):5] ii) Keperluan asas untuk rakyat, berdasarkan nas adalah keselamatan, kesihatan dan pendidikan. Hadis Rasulullah “Siapa sahaja yang pada waktu paginya merasakan aman pada kelompoknya, sihat tubuh badannya dan tersedia makanan rujinya pada hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia” meletakkan bahawa keamanan, dan kesihatan sama tarafnya dengan makanan. Ini menunjukkan bahawa keduanya menjadi keperluan asas untuk rakyat. Manakala pendidikan merupakan keperluan asas untuk rakyat berasaskan hadis, -“Perumpamaan petunjuk dan ilmu seperti hujan lebat yang menyirami bumi dan ada tanah yang subur...” [HR Riwayat Bukhari], BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 6. Bagaimana Islam Menjamin Kebajikan Asas Rakyat • Sebagaimana telah disebutkan, Negara adalah bertanggung jawab ke atas Keselamatan, Kesihatan dan Pendidikan rakyatnya, ini berdasarkan hukum-hakam berkaitan dengan ri’ayah (pemeliharaan) rakyatnya. Sabda Rasulullah, -“Imam itu pemelihara dan dialah yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya” [HR Mutafaq Alaih]. • Bersangkutan dengan perkara keselamatan dari ancaman musuh luar negeri, pembelaan negara dari ancaman musuh sudah diketahui dengan masyhur dari perbuatan Rasulullah dan ayat-ayat tentang jihad. Sedangkan keamanan dalam negeri pula dijamin dengan hukum-hakam terhadap orang-orang yang merampas hak-hak manusia sebagaimana. • Dalam aspek pendidikan pula terdapat Ijmak Sahabat tentang pembahagian gaji guru dari Baitul Mal. Ibnu Syaibah meriwayatkan bahawa Ibnu Atha’ berkata “Di Madinah terdapat tiga orang guru yang mengajar anak-anak, Umar memberikan mereka 15 dinar setiap bulan”. Di samping itu dalam kes tebusan perang Badar Rasulullah telah menentukan tebusan untuk mereka dengan mengajar 10 anak-anak kaum Muslimin. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 7. KEBAJIKAN PERSENDIRIAN DALAM EKONOMI ISLAM • Ekonomi Islam berteraskan keadilan dan seimbang, tidak ada jurang yang begitu jauh antara orang miskin dengan orang kaya. Persaudaraan yang dipupuk oleh Islam akan berhasil sekiranya perseimbangan dan agihan kekayaan adalah saksama dikalangan masyarakat. Pendapatan dan pengagihan yang ketidaksamaan yang berleluasan sudah tentu akan merosakkan persaudaraan umat Islam. Islam amat menekankan keadilan sosial dan perseimbangan ekonomi supaya setiap individu dijamin dapat menikmati taraf hidup yang sempurna sejajar dengan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. • Firman Allah yang bermaksud “Supaya harta itu jangan hanya beredar diantara orang-orang kaya sahaja dikalangan kamu” (al-Hasyr 7) BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 8. • Bahawa matlamat ekonomi Islam adalah untuk melahirkan kehidupan yang makmur dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Ciri kemanusiaan dalam ekonomi ini adalah berseiringan dengan ciri rabbani yang telah diterangkan sebelum ini. Antara ciri-ciri kemanusiaan iaitu kebebasan dan kemuliaan manusia, melaksanakan keadilan sesama manusia, persaudaraan dan pertolongan, belas-kasihan terhadap setiap manusia terutama orang miskin, fakir, anak yatim, orang yang dalam perjalanan dan janda-janda yang kematian suami dan sesiapa yang kurang bernasib baik untuk menyara keluarganya. • Dari sini Islam mengakui hak kebebasan seseorang itu untuk memikul harta, memeliharanya dari diceroboh dan dirampas orang lain. Islam sering menyeru umatnya sentiasa bekerja dan berusaha bagi menjamin kebahagian hidup. Makna kemanusiaan dalam ekonomi ini adalah untuk melahirkan kehidupan yang bahagia dan makmur. Pekerjaan dan usaha yang dilakukan itu dianggap sebagai ibadat dan jihad dalam Islam. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 9. Unsur kebendaan dalam kehidupan bahagia • Islam mengharuskan umatNya menikmati segala perkara yang ada di dunia ini dari perkara-perkara yang baik. Ini bertentangan dengan setengah agama yang mengharamkan segala perkara baik yang dikurniakan oleh Allah untuk dinikmati oleh manusia. • Firman Allah yang bermaksud : “Wahai manusia sekalian, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata”. (al-Baqarah 168) • Allah yang menghalalkan perkara yang baik dan mengharamkan perkara yang keji seperti firman Allah yang bermaksud: “Mereka menanyakan kepada kamu, apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah : “Dihalalkan bagi kamu yang baik-baik”.(al-Maidah 4) • Allah menggambarkan sifat para rasul dan keistimewaan risalahNya yang dikenali oleh ahli taurat dan injil. Firman Allah yang bermaksud: “Iaitu orang yang mengikut rasul, nabi-nabi yang ummi yang nama mereka didapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di /’;[p-0sisi mereka, menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”. (al- ‘Araaf 157) BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 10. KEBAJIKAN SOSIAL DALAM ISLAM • Kebajikan sosial adalah jumlah kesejahteraan seluruh masyarakat. Kebajikan sosial tidak boleh diukur kerana ia melibatkan kedua-dua objektif dan pertimbangan nilai. Ia tidak sama seperti taraf hidup tetapi adalah lebih seperti kualiti hidup yang merangkumi faktor-faktor seperti kualiti alam sekitar (udara, tanah, air), tahap jenayah, tahap penyalahgunaan dadah, ketersediaan perkhidmatan sosial yang penting, seperti keagamaan dan kerohanian dalam aspek kehidupan. • Kebajikan sosial adalah tentang bagaimana orang ramai, masyarakat dan institusi dalam masyarakat mengambil tindakan untuk menyediakan piawaian minimum tertentu dan peluang tertentu. • Dalam kebajikan sosial atau awam, peruntukan diberikan seperti bantuan pendidikan, kebudayaan, perubatan, dan kewangan kepada mereka yang memerlukan. Langkah-langkah kebajikan sosial termasuk mana-mana yang berikut: rawatan pesakit mental; pemulihan penjenayah; kanak-kanak yang bermasalah, penjagaan sakit atau cacat; bantuan keluarga miskin, dan aktiviti penyeliaan, pendidikan, dan membina, terutama bagi golongan muda. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 11. Tujuan Kebajikan Sosial Dalam Islam • Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari. • Banyak agensi-agensi yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang dikendalikan oleh sukarelawan. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 12. Unsur kebendaan dalam kehidupan bahagia • Islam mengharuskan umatNya menikmati segala perkara yang ada di dunia ini dari perkara-perkara yang baik. Ini bertentangan dengan setengah agama yang mengharamkan segala perkara baik yang dikurniakan oleh Allah untuk dinikmati oleh manusia. Konsep kebajikan masyarakat • Haris Abd Wahab (2003) menjelaskan konsep kebajikan sosial telah mula dibincangkan semenjak tahun 1960an lagi. Walau bagaimanapun konsep ini masih lagi kabur. Ini kerana konsep kebajikan sosial yang ada, membawa makna yang berbeza (Migley, 1995, 1997). Secara umumnya kebajikan sosial mengandungi dua pengertian: BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 13. i. Kebajikan sosial dilihat sebagai satu sistem kegiatan yang teratur bagi berbagai perkhidmatan sosial yang tujuannya untuk membantu individu dan kelompok mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan (Friedlander, 1961). ii. Kebajikan sosial dilihat sebagai satu keadaan yang sejahtera mencakupi aspek fizikal, mental dan sosial (United Nation, 1960). Berdasarkan kepada keduadua pengertian tersebut, Skidmore (1971) telah mendefinisikan kebajikan sosial sebagai sat usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan yang sejahtera, baik dari segi fizikal, mental dan sosial. Fungsi kebajikan sosial dalam Islam • Konsep fungsi kebajikan sosial yang sukar di tentukan dengan tepat dan memang dicari-cari oleh ahli ekonomi moden,pada asalnya telah dirumuskan oleh dua orang ahli fikir dan ulama Islam: al-Ghazali (meninggal dunia 505H) dan al-Shatibi (meninggal dunia 790H), lebih kurang 800 tahun yang lalu.Al-Ghazali telah membuat rumusan yang asal, manakala al-Shatibi telah mengembangkan dan memperbaiki konsep tersebut. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 14. • Al-Ghazali dan kemudiannya al-Shatibi dengan meninjau ajaran dan hukum Islam yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis, telah membuat kesimpulan bahawa utiliti sosial dalam Islam boleh dibahagikan kepada satu hirarki tiga tingkat iaitu keperluan, kemudahan dan kemewahan. 1. Keperluan: Keperluan mengandungi semua kegiatan dan barang yang perlu bagi menjaga lima asas kehidupan bagi individu dan sosial yang baik mengikut pandangan Islam: Agama,Nyawa,Akal Fikiran,Zuriat dan Harta Kekayaan.Matlamat pertama agama Islam ialah untuk menjaga asas yang lima ini. 2. Kemudahan: Kemudahan terdiri daripada semua kegiatan dan barang-barang yang tidak penting bagi menjaga kelima-lima asas tadi tetapi diperlukan untuk meringankan ataupun menghapuskan halangan dan kesukaran hidup. 3. Kemewahan: Kategori ini termasuk kegiatan dan benda yang melebihi batas kemudahan. Khususnya, ia termasuk hal yang tidak mengelakkan atau mengurangkan kesukaran tetapi hal yang mencerahkan dan menghiasi kehidupan ini.Ia juga termasuk dalam perkara yang memberi keselesaan dan termasuk dalam kategori mengikut nafsu yang dianggap oleh Islam sebagai perkara yang tidak berfaedah dan ditegah oleh Islam. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 15. Cabaran kebajikan sosial • Sebenarnya, konsep kebajikan adalah menyeluruh dan merangkumi seluruh maksud kerja yang baik. Kerja baik itu terhad kepada menujukan sesuatu kerja itu kepada orang yang lemah dan yang memerlukan sahaja. Kebajikan adalah untuk semua bagi dijadikan alat untuk membentuk masyarakat penyayang, prihatin, mesra dan masyarakat padu.Dengan perkataan lain kebajikan adalah nilai yang sepatutnya ada pada diri individu mahkluk sosial. • Nilai inilah yang sepatutnya mengikat tatahidup bermasyarakat dan bernegara. Masyarakat yang berpegang pada nilai ini akan menyanjung budaya baik iaitu budaya pemurah dan budaya penyanyang yang menjadi nilai teras kebajikan. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 16. • Antara cabaran dalam kebajikan sosial ialah: 1. Mereka yang menerima bantuan janganlah terlalu bersandar kepada bantuan-bantuan berkenaan sahaja. 2. Penekanan harus diberikan bahawa bantuan, terutama bagi memenuhi keperluan asas tidak akan diberi selama-lamanya. 3. Strategi bantuan yang hanya berbentuk kebendaan dan untuk jangka pendek kurang berkesan. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 17. KEBAJIKAN UMAT • Konsep negara kebajikan semakin hari semakin bertapak di sesetengah negara baru terutamanya bagi negara-negara Islam. Negara kebajikan Islam (NKI) bertanggungjawab memastikan dan menyediakan kesejahteraan kebendaan dan kerohanian rakyatnya. Semangat perlaksanaan Islam bukan hanya setakat halal dan haram semata-mata, tetapi kesan baik dan buruk amalan tersebut di dunia dan akhirat juga diambil kira. Kebajikan dalam Islam bukanlah hanya kebajikan individu dan bukan juga hanya kebajikan sosial, malah keduanya sekali. – Kebajikan individu bukan dengan membaiki dan mempertingkatkan iman dan amalan sendiri sahaja,tetapi sebaliknya bagi agama Islam mereka juga perlu menyebarkan dan menyedarkan orang lain supaya sama-sama dapat meningkatkan iman dan mengerjakan amalan yang mendapat keredaan Allah. Dengan ini, tidak akan timbul perasaan dengki dan serong terhadap mereka yang berjaya meningkatkan iman dan amal. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 18. – Kebajikan sosial dari pandangan Islam pula kesannya adalah terbatas iaitu hanya dalam bentuk keduniaan. Konsep kebajikan umat dalam islam bukan hanya menghendaki setiap anggota umat memikirkan kepentingan dunia bersama, tetapi juga perlu sentiasa memikirkan dan mengusahakan supaya setiap anggota umat dapat menjalani hidup ini menurut keredaan Allah, contohnya melalui dakwah. – Konsep kebajikan dalam Islam yang menyeluruh bukan sahaja berdasarkan kebajikan ekonomi, sosial dan individu tetapi ia juga berlandaskan nilai-nilai islam yang berhubung dengan kerohanian, sosial, politik dan ekonomi. – Nilai kerohanian. Setiap individu bertanggungjawab terhadap individu lain dalam setiap aspek keagamaan. Islam dilahirkan untuk rahmat seluruh alam. Oleh sebab itu, setiap penganutnya bertanggungjawab menyebarkan nikmat ini kepada seluruh alam. Di sinilah timbul peranan dakwah. Dakwah kepada orang bukan muslim adalah satu kemestian, manakala berdakwah kepada orang muslim adalah lebih utama. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 19. – Nilai sosial. Nilai ini membentuk dan mengatur kelakuan individu dalam keluarga, antara jiran, terhadap golongan miskin dan seterusnya. Perbezaan kulit, bangsa, kekayaan dan sebagainya tidak menjadikan seseorang lebih tinggi atau rendah daripada orang lain di sisi Allah kerana mereka adalah sama,bersaudara dan satu keturunan. – Nilai politik. Kekuasaan dan kedaulatan hanyalah terdapat pada Allah. Walaupun manusia sebagai khalifah, namun kedaulatan manusia adalah terbatas setakat yang diizinkan Allah. – Nilai ekonomi. Segala kegiatan ekonomi hendaklah dijiwai dengan hukum al- Quran dan as-sunnah , halal dan haram, dari aspek penggunaan, pengeluaran, peruntukan pengagihan, pemilikan dan sebagainya. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 20. Fungsi Kebajikan Umat • Islam bukanlah hanya agama individu atau hanya agama sosial tetapi merangkumi keduanya. Terdapat ruang bagi membolehkan individu dan masyarakat dapat berfungsi dengan baik bersama. Islam menganjurkan setiap individu memenuhi keperluan diri melalui kerja dan usaha, pada masa yang sama individu itu bertanggungjawab memastikan keperluan individu lain. Maksud firman Allah: -“Supaya jangan harta itu beredar di kalangan yang kaya di antara kamu sahaja” (al-Quran 59 : 7) • Maksud ayat di atas telah menguatkan hujah di mana setiap individu perlu memastikan keperluan individu lain dengan membahagikan harta kepada masyarakat contohnya melalui zakat, sedekah dan sebagainya. • Islam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh. Menganuti dan mengamalkan agama Islam secara langsung akan memberi kebajikan kepada diri sendiri dan orang lain, baik di dunia mahupun di akhirat. Islamlah satu-satunya cara kesejahteraan hakiki dapat direalisasikan kerana Islam bukan hanya mengutamakan keperluan kehidupan di dunia dan di akhirat, malah bagi kepentingan individu dan masyarakat. • Itulah kebajikan umat yang memastikan kebendaan dan kerohanian seluruh masyarakat melalui kerjasama berasaskan kerjasama dan tanggungjawab bersama. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 21. SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM • Bermula dari zaman khalifah umar Bin Al Khattab r.a apabila Abu Hurairah telah tiba di Madinah dari Bahrain dengan membawa harta benda dan wang yang banyak.Oleh kerana,jumlah harta yang dibawa oleh Abu Hurairah terlalu banyak,maka Khalid bin Al walid mengemukakan cadangan supaya ditubuhkan sebuah diwan. • Dengan adanya sistem ini, tiada siapa pun yang akan mengetahui sesuatu barang yang hilang daripada simpanan kerana orang yang tidak hadir dalam majlis itu tidak mengetahui mengenai masalah itu dan hanya dengan menulis dan mencatat jumlah keseluruhannya,barulah semua wang dan harta itu dapat dijaga dengan betul. • Sistem akaun turut berkait dengan wang kutipan cukai kharaj dan cukai-cukai lain. Sistem akaun di Iraq menggunakan bahasa parsi dan di syam menggunakan bahasa rumawi. Semua pegawai pada masa itu terdiri daripada orang rom dan parsi. • Pada zaman Abbasiyah, jawatan menulis dan mengurus akaun-akaun itu diserahkan kepada pegawai yang bertugas dalam bidang itu.Menteri diberi hak dan kuasa untuk mengambil tanggungjawab menjaga dan mengawasi urusan Jabatan Perangkaan mengikut perancangan yang dilakukan untuk dapat membayar gaji dan sara hidup anggota tentera. Semasa di bawah pemerintahan kerajaan Muwahhidin,kuasa untuk menetukan masalah diserahkan kepada seorang pembesar Negara daripada kalangan puak Muwahhidin yang diberi kuasa mnyelenggarakan urusan mengutip,mengumpulkan dan membelanjakan wang. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 22. Sistem Islam dan pemilikan Perseorangan. • Di bawah undang-undang islam, hak pemilikan tidak hanya terletak pada lelaki malah boelh juga dimilikkan kepada wanita , kanak-kanak dan sebagainya.Jika Muzari’at dilarang,maka hak pemilikkan keatas mereka menjadi tidak relevan.. • Berdasarkan kepada undang-undang jual beli islam,tidak mengikat seseorang untuk berjual beli selagi ia tidak bercanggah syariat. • Islam menyuruh kita melakukan kebaikan dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai umat islam. Contohnya ialah,mengeluarkan zakat pada setiap tahun. Hal ini kerana,dengan mengeluarkan zakat,kita dapat membantu orang yang miskin dan seterusnya dapat mengurangkan jurang kemiskinan antara penduduk sesebuah negara. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 23. Pengagihan pendapatan dan kekayaan. • Kebajikan ekonomi masyarakat sangat berganutng kepada kaedah pengagihan pendapatan Negara di kalangan rakyat. Sudah menjadi kelaziman di kalngan ahli-ahli ekonomi moden untuk mengkaji masalah pengagihan bukan sebagai masalah pengagihan di kalangan orang-orang perseorangan tetapi sebagai masalah pengagihan fungsian. • Teori pengagihan dalam ekonomi moden ialah satu teori penetuan harga perkhidmatan yang produktif. Teori pengagihan faktor atau pun pengagihan fungsian membantu kita menetukan harga-harga ke atas perkhidmatan yang disumbangkan oleh pelbagai faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 24. Sistem upah dalam Islam • Sistem tanah yang tetap dan berkekalan telah dirasakan perlu semasa pemerintahan Khalifah Umar akibat daripada penaklukan ke atas Iraq, Syria, Iran dan Mesir. Tindakan Umar yang melarang pembelian tanah oleh orang-orang islam di kawasan tanah-tanah jajahan tetapi juga dari tindakannya yang memberhentikan amalan pembahagian tanah-tanah jajahan di kalangan orang islam. Maka,dengan itu membolehkan pengusaha asalnya bercucuk tanam di atas tanah masing-masing denagn membayar Kharaj dan Jizyah. Konsep Ekonomi Moden • Menurut Ricardo, sewa adalah sebahagian hasil tanah yang dibayar kepada tuan tanah kerana menggunakan sifat-sifat asli tanah tersebut yang tidak boleh dimusnahkan.Sewa boleh juga wujud akibat dari kekurangan dalam penwaran tanah berbanding dengan permintaannya. Sewa yang dinikmati oleh sebidang tanah boleh dianggap sebagai sewa bezaan sekiranya dibandingkan dengan hasil keluarannya dengan hasil hasil sebidang tanah yang kurang subur ataupun tanah marginal bila kedua-dua bidang tanah tersebut diusahakan dengan alat-alat perkakas yang sama. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 25. • Sewa yang dinikmati oleh tanah yang sama boleh juga dianggap sebagai “sewa kekurangan” yang muncul kerana kekurangan dalam penawaran berbanding dengan permintaan terhadap tanah seperti ini. • Dari sudut sejarah dan sudut istilah, konsep sewa ini berkait rapat dengan idea “anugerah alam semulajadi yang percuma” atau pun dikenali sebagai tanah. Oleh kerana kewujudan tanah tidak bergantung kepada usaha-usaha manusia,maka seluruh pendapatan dari tanah boleh diistilahkan sebagai “sewa”. Hal ini adalah kerana, kurniaan alam semulajadi yang percuma tidak memerlukan apa-apa bayaran untuk wujud. Sewa dan Bunga • Sewa adalah hasil dari inisiatif , dayausaha dan kecekapan. Ia terhasil dari proses penciptaan nilai yang tertentu kerana pemilik harta atau asset masih terus terlibat dan mengambil berat tentang kegunaan aset. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 26. Upah dalam Islam. • Upah bermaksud, sejumlah wang yang diterima oleh buruh satu jangka masa. Upah benar buruh bergantung pada jumlah upah wang, kuasa beli dan macam-macam lagi. Menurut adam Smith, Buruh itu kaya atau miskin,menerima ganjaran yang setimpal atau tidak bergantung kepada upah benar dan bukannya upah wang pekerjaannya. Bunga dan Kapitalisme • Ia menodai kehidupan social dengan menjadikan manusia itu sombong dan riak kerana setiap aktiviti adalah didorong oleh wang semata-mata. Malah,kehidupan ekonomi turut ternoda kerana dengan mengawal ‘punca-punca’ pengeluaran di dalam tangan mereka,pihak kapitalis mencipta permintaan luar biasa terhadap barangan yang merbahaya seperti arak,rokok dan lain-lain.Akhirnya, system ekonomi kapitalis akan menguasai ekonomi sesebuah Negara melalui kawalan ‘kuku besi’. Maka, ekonomi yang bebas dari bunga/faedah seperti yang disokong islam adalah satu-satunya penyelesaian bagi mengurangkan kesengsaraan di dalam system ekonomi kapitalis yang kian luntur cirri kemanusiaannya. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 27. KONSEP BALDATUN TAYYIBAH WARABBUN GHAFUR • Seperti yang tertulis dalam Al-Quran sebagai kesejahteraan masa lalu adalah “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur ”. Ketiga-tiga istilah itu semuanya berasal dari Bahasa Arab. Sebagaimana yang tertulis dalam Al- Quran, “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur ” adalah sebagai gambaran suatu kemakmuran suatu bangsa. • Dalam Al-Quran terdapat lima ayat yang menyebut kalimah “Baldatun”, iaitu pada surah Al -Furqan 39, Al- Namal 91, Al - Zukhruf 12, dan Qaf 11 .Kita kutip secara lengkap (ertinya) “Sesungguhnya bagi kaum Saba, ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka, iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan kiri, (kepada mereka dikatakan), ” Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu, dan bersyukurlah kamu kepadaNya, Negerimu adalah negeri yang baik, dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun. • Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir besar, dan Kami ganti kedua kebun mereka, dengan kebun yang ditumbuhi pohon –pohon yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr” (QS.34 :15-16). BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 28. Pengagihan pendapatan dan kekayaan. • Kebajikan ekonomi masyarakat sangat berganutng kepada kaedah pengagihan pendapatan Negara di kalangan rakyat. Sudah menjadi kelaziman di kalngan ahli-ahli ekonomi moden untuk mengkaji masalah pengagihan bukan sebagai masalah pengagihan di kalangan orang-orang perseorangan tetapi sebagai masalah pengagihan fungsian. • Teori pengagihan dalam ekonomi moden ialah satu teori penetuan harga perkhidmatan yang produktif. Teori pengagihan faktor atau pun pengagihan fungsian membantu kita menetukan harga-harga ke atas perkhidmatan yang disumbangkan oleh pelbagai faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 29. PERBANDINGAN DI ANTARA TEORI EKONOMI KEBAJIKAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM DENGAN PRAKTIKAL YANG DIAMALKAN PADA MASA SEKARANG • Secara teorinya, terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan ekonomi kebajikan dari segi perspektif Islam. Di bawah sub topik ini, kita akan meringkaskan dan membincangkan tentang bagaimana negara kita, Malaysia mengambil contoh dan mengaplikasikan ciri-ciri ekonomi kebajikan dalam perspektif islam ke dalam negara kita. Di bawah sub topik ini juga kita akan melihat bagaimana negara kita mengaplikasikan ciri-ciri yang terdapat di dalam ekonomi kebajikan dari perspektif Islam secara lebih dekat lagi. • Oleh itu, di dalam kajian ini, kita akan merujuk kepada pelan penbangunan “Bajet 2013” sebagai rujukan utama bagi melihat kelebihan dan kekurangan yang dipraktikkan pada masa kini. Bajet 2013 dipilih sebagai rujukan praktikal yang utama kerana di sini kita akan melihat bagaimana pelan pembangunan terbaru yang akan memberikan nilai kebajikan yang tinggi kepada rakyat. BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM
  • 30. TERIMA KASIH BPES 3063 PENGURUSAN EKONOMI ISLAM