Teori Konstruktivisme

13,239 views

Published on

feel free to have this slide as your reference :)

Published in: Education
6 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
13,239
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
207
Actions
Shares
0
Downloads
775
Comments
6
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teori Konstruktivisme

  1. 1. AHLI KUMPULAN:AMIRAH BT AZHAR (891102-08-6530)NOOR IZZATI BT MOHD ZAMBURI (911103-10-5540)NURUL HANISAH BT AZRAEI (910705-08-5968)KUMPULAN:2PISMP PEMULIHAN (BM)AMBILAN: JAN 2011
  2. 2. • Teori ini menekankan pembinaan pengetahuan oleh murid.• Murid dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka.• Murid dapat mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.
  3. 3. Mengembangkan kemampuan murid untuk menjadi pemikir Membantu murid untuk mengembangkan pengertian dan pemahaman konsep secara lengkap TUJUAN TEORIKONSTRUKTIVISME Untuk menekan pada proses belajar bagaimana belajar itu sendiri. Sebagai motivasi untuk murid mengecapi kejayaan
  4. 4. Matlamat Teori Konstruktivisme• Perkins, 1991 – Tujuan asas pendidikan adalah untuk berusaha ke arah pemahaman, penyimpanan dan penggunaan pengetahuan serta kemahiran secara aktif. Pemikiran kritis. Kritikan releksi. Kefleksibelan kognitif.
  5. 5. KESIMPULAN adalah sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta makna dari apa yang dipelajari.• Peranan guru dalam pembelajaran adalah sebagai fasilitator atau moderator.• Pembelajaran bertujuan membolehkan murid- murid membina makna masing-masing bukannya menghafal jawapan yang betul atau meniru rakan-rakan mereka.
  6. 6. Jean Piaget PELOPOR TEORI KONSTRUKTIVISME LevSeminovich Vygotsky
  7. 7. BIODATA…• Nama : Jean Piaget• Tahun kelahiran: Ogos 1896• Tempat kelahiran : Neuchatel (Switzerland)• Tahun meninggal dunia : 16 September 1980• Umur 11 tahun-menulis keratan pendek ‘albino sparrow’ sehingga mendorong beliau menghasilkan buku-buku dan ratusan artikel.
  8. 8. • Ijazah : Ijazah Ph.D dalam bidang Biologi.• Tamat pengajian-lebih berminat pada psikologi.• Telah melakukan pemerhatian ke atas 3 orang anaknya Mengaplikasi prinsip dan metod Biologi dalam mengkaji perkembangan manusia• Telah memperkenalkan banyak istilah untuk subjek Biologi
  9. 9. Prinsip-Prinsip Asas Teori Pembelajaran KonstruktivisProses yang kita Peringkat yang kita lalui untuk lalui sambil kita mengetahui memperoleh sesuatu. kebolehan tersebut.
  10. 10. Soalan 5.1Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah mengikutperubahan umur mereka.a. Huraikan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak berdasarkan kajian Piaget.
  11. 11. PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Peringkat Sensori motor ( 0 – 2 tahun ) Peringkat Praoperasi ( 2 – 7 tahun ) Peringkat Operasi Konkrit ( 7 – 11 tahun ) Peringkat Operasi Formal ( 12 tahun ke atas )
  12. 12. Peringkat Sensori motor (0 – 2 tahun ) Bayi mengkoordinasi maklumat Bayi menggunakan deria dan deria dengan kebolehan motor pergerakan fizikal untuk untuk membentuk skema mempelajari persekitarannya. tingkah laku. Buku Psikologi Pendidikan - Pendekatan Kontemporari
  13. 13. Kanak-kanak belajar mengangkat benda, memain- mainkannya, merasa dan meggigitnya. Pada peringkat ini, bayi gemar menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap objek yang berada di persekitarannya. Contoh : menghisap ibu jari, memasukkan objek ke dalam mulut, mencapai objek yang berbunyi.Buku Psikologi Pendidikan 2 – Teori Dan Aplikasi Psikologi DalamPengajaran dan Pembelajaran.
  14. 14. Kanak-kanak turut menunjukkan permulaan pemikiran logik pada peringkat ini. Contoh : kanak-kanak dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logik untuk mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang tertutup / boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh.Pada umur 2 tahun, kanak-kanak memperoleh kepercayaan tentang kekekalan objek, iaitu kanak-kanak sedar objek akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh.
  15. 15. Kanak-kanak juga dapat melakukantindakan ulangan, iaitu mengulangi sesuatu tingkah laku atau tabiat, misalya menghisap ibu jari.Kanak-kanak mula meniru tindakan yang dia tidak pernah lakukan sebelum ini. Kanak-kanak belajar semuatindakan itu melalui orang lain atau melalui objek yang dapat dilihat dan disentuh.
  16. 16. Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Sensori Motor • Mengkoordinasi maklumat deria dengan pergerakan motor. • Kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek. •Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti mudah.
  17. 17. •Mula menggunakan imitasi, memori dan pemikiran.•Konsep pengekalan objek – sedar objek wujud walaupuntidak boleh didengar atau dilihat.•Mediation – menggunakan simbol / bahasa untuk objekorang dan peristiwa.
  18. 18. Kemahiran-Kemahiran Yang DiperolehiKanak-Kanak Peringkat Sensori motor Membuat Memahami imitasi. konsep pengekalan objek. Buku Psikologi Pendidikan - Pendekatan Kontemporari
  19. 19. Membuat Imitasi• Menurut Piaget, kanak-kanak berumur 18-24 bulan boleh melakukan imitasi terhadap tingkah laku yang dilihatnya.• Contoh : menekan butang telefon mainan untuk menghasilkan bunyi, memicit itik mainan, mengangkat ganggang telefon bila berdering.• Deffered imitation (peniruan tingkah laku lepas) – kebolehan meniru tingkah laku model yang tiada di depan matanya, tingkah laku tersebut telah dilihatnya beberapa jam lalu dan telah disimpan dalam ingatannya.
  20. 20. Pengekalan Objek (Object Permanence)• Kanak-kanak sudah boleh menggambarkan objek di dalam mindanya.• Kanak-kanak menyedari bahawa objek atau peristiwa tidak hilang walaupun tidak dapat dikesan oleh semua alat derianya.• Kanak-kanak sudah menyedari kewujudan seorang walaupun orang itu keluar / hilang daripada pandangannya.• Contoh : Fatimah melihat ibunya hilang daripada pandangannya dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang.
  21. 21. Peringkat Pra Operasi ( 2 – 7 tahun ) Kanak-kanak sudah mula mengenal simbol Pada peringkat ini, Praoperasi – kanak- untuk mewakili sifat naluri dan kanak mula berfikir pelbagai aspek dalam secara logik tetapi persekitarannya. pemikiran simbolik masih belum bolehkanak-kanak semakin memproses pemikiran Contoh menonjol. mengikut peraturan- • Kanak-kanak mengandaikan buku peraturan yang logik. sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
  22. 22. Kanak-kanak semakin Egosentrisme - Kanak- Kanak-kanak kanak masih belum bolehmaju dalam penguasaan membezakan antara tidakdan penggunaan bahasa. pandangan diri sendiri mempunyai dengan pandangan orang• Tetapi masih belum boleh lain. konsep membezakan antara sifat-sifat Pada permulaan peringkat pengekalan. praoperasi, kanak-kanak benda hidup dengan benda sukar untuk memahami • Pengekalan – idea bukan hidup. konsep urutan bersiri. bahawa satu• Contoh Misalnya, kanak-kanak kuantiti adalah tidak boleh menyusun sama walaupun • Kanak-kanak mempunyai objek yang mempunyai telah berubah. imaginasi bahawa batu urutan yang tertentu dalam adalah benda hidup. siri yang sempurna.
  23. 23. Proses Kebalikan• Kanak-kanak belum boleh membuat proses kebalikan, iaitu mengingat bentuk asal objek dalam bentuk imej mental.• Kanak-kanak selalunya tidak dapat menjawab atau boleh menjawab tetapi mengambil masa yang lama untuk mendapat jawapan daripada kanak-kanak yang telah menguasai proses kebalikan. Dalam erti kata lain, mereka telah berada di tahap pemikiran operasi konkrit.
  24. 24. Pengekalan (Conservation) isipadu• Kanak-kanak gagal mengenalpasti jumlah isipadu yang sama banyak jika ia berada dalam cawan yang berlainan.• Kanak-kanak juga tidak menguasai konsep desentrasi (decentration) dan kebalikan (reversibility).
  25. 25. Pengekalan Isipadu AirA B A CDua gelas yang sama besar Kandungan air dari gelas Bdiisi air yang sama banyak. dituang kepada bekas lebar iaitu gelas C.
  26. 26. Pengekalan Nombor /Bilangan• Kanak-kanak belum memperolehi konsep pengekalan bahan akan mengatakan kumpulan guli B lebih banyak walaupun sebenarnya jumlah guli dalam rajah A dan B adalah sama banyak. A B
  27. 27. Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Pra Operasi • Mula menggambar dan merancang skema. • Mewakili sesuatu dengan simbol mental, iaitu dengan bahasa, gambar atau isyarat. •Berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang berlaku. • 2 tahun – boleh terlibat dalam permainan membayangkan sesuatu (pretend play) . Contoh : menggunakan botol sebagai telefon. Merupakan peringkat permulaan pemikiran simbolik.
  28. 28. • Mengumpulkan objek mengikut fungsi, bentuk dan warna.• Belum menguasai pengekalan isipadu, saiz, panjang, pendek dan proses kebalikan.• Egosentrik – sukar memahami pendapat orang lain.• Animisme – memberi sifat hidup pada benda dan peristiwa.
  29. 29. • Pemusatan – memberi sesuatu dari satu perspektif sahaja.• Intuitif – tumpuan pada aspek yang nyata sahaja.
  30. 30. Video Pengekalan Isipadu Air & Pengekalan Nombor / Bilangan
  31. 31. Peringkat Operasi Konkrit ( 7 – 11 tahun ) Woolfolk, 1987 – kanak-kanak berupaya berfikir berbalik dan memahami konsep pemuliharaan.Kanak-kanak sudah boleh mula berfikir Mereka dapat melakukan pengelasan secara logik. dan penyusunan bersiri. Maka, mereka dikatakan mempunyai logik yang lengkap bagi membuat operasi konkrit. Mereka sudah faham konsep Mereka boleh menyelesaikan tugas pembalikan kerana walaupun objek berkaitan dengan pengabadian. diubah kedudukan mereka faham bahawa tiada perubahan yang berlaku.
  32. 32. Kanak-kanak sudah bolehContoh : kanak-kanak boleh mengubahsuai dan menyusun menyelesaikan operasi semula imej dan simbol dalam 4 + 6 = 10 atau 10 – 6 = 4. membuat rumusan atau keputusan yang logik. Kanak-kanak juga beransur- ansur menguasai pengekalan terutama isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta membuat perkaitan logik (relational logic).
  33. 33. Pengekalan (Conservation)• Bermaksud perubahan bentuk objek / susunan tidak mengubah cirinya / sifatnya.• Berlaku pada isipadu / kuantiti cecair, berat, bahan pejal seperti plastesin dan nombor.• Pada peringkat ini, kanak-kanak memperoleh konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara.
  34. 34. • Contoh: Dua gelas (gelas A dan gelas B) yang sama besar diisi air yang sama banyak. Kemudian,kandungan air dari gelas B dituang kepada gelas lebar iaitu bekas C. Kanak-kanak pada peringkat ini sedar bahawa isipadu air kedua-dua gelas adalah sama walaupun bentuk gelas adalah berbeza. Gelas C = Gelas A dan B
  35. 35. Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit Berkebolehan berfikir secara logik. Sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation). Menguasai proses pengelasan.
  36. 36. Proses menyusun secara bersiri mengikut susunanmenaik dan menurun.Mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakansemasa bermain atau membuat aktiviti bersama.
  37. 37. Video Konsep Kebalikan Peringkat Operasi Konkrit
  38. 38. Mengklasifikasi• Kanak-kanak boleh mengumpulkan benda-benda mengikut cirinya ke dalam kategori tertentu.• Contoh : Pengangkutan darat terdiri daripada kereta, lori, van, basikal, trak dan sebagainya. Ciri-cirinya adalah beroda dua, empat atau lebih dan bergerak. Manakala helikopter dan kapal terbang pula merupakan pengangkutan udara yang beroda dua.
  39. 39. Perkaitan Logik• Pemahaman yang lebih tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik.• Contoh : Guru memberi arahan kepada murid- muridnya, “Berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah.” Arahan ini mudah difahami oleh mereka. Mereka sudah boleh menyusun di dalam minda senarai secara siri ketinggian atau berat.
  40. 40. • Mereka juga boleh menerangkan perkaitan antara elemen dalam sesuatu senarai.• Contoh : Aina lebih tinggi daripada Jami’Atul, Jami’Atul pula lebih tinggi daripada Fatini. Mereka boleh memberi jawapan yang betul mengikut ketinggian, iaitu Aina lebih tinggi daripada Fatini.• Pemikiran pemikiran egosentrik decentered (objektif) (Slavin, 1997)
  41. 41. • Pemikiran decentered – kanak-kanak memahami bahawa persepsi orang lain berlainan daripada mereka. Dalam erti kata lain, kanak-kanak sudah memahami bahawa orang lain mempunyai persepsi sendiri.
  42. 42. Peringkat Operasi Formal ( 12 tahun ke atas ) Kanak-kanak boleh memikir beberapa pertimbangan bagi satu- satu masalah. Sudah berupaya berfikir Pemikiran kanak-kanak tidak lagi secara abstrak dan boleh terikat kepada benda konkrit, menyelesaikan masalah malah mereka boleh memikirkan kompleks. peristiwa secara logik walaupun asasnya bukan realiti.
  43. 43. Ciri – ciri pemikiran formala. Berfikir secara abstrak - Kanak-kanak boleh berfikir secara abstrak seperti menyelesaikan masalah-masalah Matematik yang melibatkan perwakilan abstrak. - Contoh : 4x + x = 10. Berapakah nilai x?
  44. 44. b. Berfikir secara sistematik - Boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian. - Contoh : Sekiranya anda pergi bercuti dengan membawa tiga helai kemeja-T, tiga helai blaus dan tiga helai jaket, berapakah kombinasi pakaian yang anda boleh dapat dari set ini?
  45. 45. c. Boleh membuat hipotesis - Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah. - Boleh menaakul secara induktif dan deduktif. - Kebolehan kanak-kanak memikirkan penyelesaian secara induktif atau deduktif memungkinkan mereka membuat kajian dan menggunakan pemikiran saintifik.
  46. 46. • Pemikiran am • Pemikiran khusus Pemikiran DeduktifPemikiran Induktif khusus. generalisasi yang lebih luas . • Contoh : melalui fakta-fakta • Contoh : Dengan mengkaji yang dipelajari seperti kesan-kesan pencemaran alam keperluan asas tumbuhan sekitar, mereka boleh untuk membuat makan, membuat hipotesis (ramalan) kanak-kanak boleh memberi tentang akibat pencemaran contoh keadaan-keadaan yang teruk yang akan terjadi yang memungkinkan kepada bandar-bandar besar tumbuhan hidup dengan pada 10 tahun akan datang. subur.
  47. 47. d. Bersifat egosentrik - Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. - Susah menerima pandangan dan pendapat orang lain.e. Mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan orang sekeliling.
  48. 48. Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Peringkat Operasi Formal • Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan / andaian berdasarkan fakta. • Berfikir secara abstrak. • Berfikir secara sistematik – memberi beberapa kemungkinan penyelesaian.
  49. 49. • Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian secara induktif dan deduktif.• Egosentrik remaja muncul pada peringkat ini.
  50. 50. b. Beliau juga telah memperkenalkan beberapa konsep dalam teorinya. Jelaskan konsep-konsep tersebut.
  51. 51. Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget• Piaget memandang kecerdikan adalah sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan objek, idea dan bergaul dengan orang lain.• Menurut Piaget, perkembangan kognitif adalah proses pembangunan intelek yang berguna bagi beradaptasi dengan persekitaran.
  52. 52. • Selain itu, Piaget berpendapat bahawa proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan.• Individu sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan yang berlaku di sekeliling.
  53. 53. KONSEP-KONSEP TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF ProsesSkema Keseimbangan Adaptasi Asimilasi Akomodasi
  54. 54. skema• Merupakan potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.• Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.• Pembentukan skema : skema mudah skema kompleks skema konkrit skema abstrak
  55. 55. • Contoh : kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda / skema untuk mengenal huruf.• Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.• Bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan.• Contoh : jari ibu.
  56. 56. • Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan sekelilingnya.• Kesimpulannya, skema adalah sistem yang dibentuk daripada pengalaman yang disusun di dalam minda .
  57. 57. Proses mencapai keseimbangan• Berlaku dalam situasi yang baru dialami.• Individu akan menyusun sesuatu pengalaman yang baru lalu membentuk satu sistem yang dikenali sebagai skema.• Proses penyusunan dan pembentukan skema, dipanggil organisasi.• Skema - digunakan apabila berdepan dengan situasi baru dan memerlukan penyelesaian.
  58. 58. Adaptasi• Proses pengubahsuaian skema. Skema lama Skema baru• Adaptasi = asimilasi + akomodasi
  59. 59. • Individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman itu dengan skema-skema sedia ada.• Contoh : Kanak-kanak mungkin akan menyatakan ‘d’ ialah ‘b’ apabila ia diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan skema sedia ada.• Pengalaman baru + Skema sedia ada = Keseimbangan
  60. 60. Pengalaman disusun Pengalaman baru Organisasi Adaptasi: Skema Asimilasi Berjaya Dapat adaptasi pengalaman baru Skema baru Keseimbangan terbentuk berlaku
  61. 61. • Individu dapat menukarkan skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.• Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru lalu terbentuk skema baru.• Contoh : Kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan huruf ‘d’ dan ‘b’.• Kesimpulan : skema baru situasi baru Berjaya (akomodasi) Gagal
  62. 62. Pengalaman disusun Pengalaman baru Organisasi Adaptasi: Skema Akomodasi Berjaya Gagal Tidak dapat Dapat adaptasi mengadaptasi pengalaman baru pengalaman baruSkema baru Keseimbangan Ketidakseimbangan terbentuk berlaku berlaku
  63. 63. Contoh: seorang kanak-kanak diajar mengenai keretaMaklumat kanak-kanak yang sedia ada:-• Skema lama: -maklumat yang sudah diketahui=kereta -mempunyai 4 tayar.
  64. 64. Kanak-kanak itu melihat sesuatu yang barusebelum mengetahuinya terlebih dahulu-:• Asimilasi: -skema baru =van -penambahan maklumat baru yang diserap untuk disesuaikan dengan skema lama tetapi tidak membuat pengubahsuaian. -masih mempunyai 4 tayar.
  65. 65. Kanak-kanak tersebut cuba mengaitkan kedua-duanya (cuba menukarkan dan mengubah skema lama untuk disesuaikan dengan skema baru):-• Akomodasi: - maklumat baru cuba diubahsuai Skema kereta Skema van Mempunyai 4 tayar Mempunyai 4 tayar dan muatan tetapi muatan penumpang sedikit penumpang banyak.-Muatan penumpang sedikit atau banyak = mempunyai 4 tayar. (tahap keseimbangan berlaku)
  66. 66. • Kanak-kanak tersebut sudah boleh mengubah skema yang sedia ada dan membentuk skema yang baru.Dapat mengenali van.Skema baru yang akan muncul: Van Lori Bas (Pengangkutan darat)
  67. 67. c. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep pemikiran konkrit atau abstrak di kalangan kanak- kanak.
  68. 68. Pengaruh baka/genetikFAKTOR-FAKTOR YANG PengaruhMEMPENGARUHI persekitaranPEMBENTUKAN KONSEP PEMIKIRAN Kesediaan KONKRIT / pembelajaran ABSTRAK Motivasi
  69. 69. • Dapat dilihat melalui gen perwarisan dan ianya penting terhadap keupayaan kognitif individu. • Contoh: latar belakang yang berbeza-beza dalam kalangan individu. Hal ini dapat dilihat jika ibu bapa yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, kebarangkalian anak PENGARUH mereka turut mewarisi genetik mereka.(doktor + doktor =BAKA/GENETIK genius) • Dilihat melalui hubungan interaksi dengan orang sekeliling • Melibatkan perbezaan umur, jantina, taraf serta hubungan dengan kanak-kanak. • Contoh: kanak-kanak akan bercakap dengan lebih beradab PENGARUH jika berinteraksi dengan orang yang lebih tua dari usianya seperti ahli keluarganya mahupun pengasuhnya.PERSEKITARAN
  70. 70. • Dari segi fizikal, dapat dikaitkan dengan kemahiran psikomotor. Contoh : cara pegangan pensel. • Dari segi kognitif, sentiasa berfikiran positif agar mental berupaya menerima pelajaran. Contoh: tidak mencampuradukkan masalah yang sedia ada ketika KESEDIAAN belajar iaitu antara masalah keluarga mahupun masalahPEMBELAJARAN peribadi. • Memberikan peneguhan positif seandainya berjaya menguasai sesuatu perkara. • Contoh: boleh memberi pujian sebagai dorongan untuk berfikir dengan lebih mantap. Motivasi
  71. 71.  Piaget (1970) melihat peranan persekitaran sebagai penyumbang bagi perkembangan otak kanak-kanak. Beliau percaya kanak-kanak yang aktif adalah kanak-kanak yang belajar. Terdapat dua bentuk aktiviti pembelajaran yang terlibat:
  72. 72. LATIHAN• Jenis pembelajaran berterusan yang tidak memerlukan pengukuhan.• Ia dijanakan oleh kanak-kanak itu sendiri .• Contoh: peningkatan keberkesanan melalui latihan menendang.PENGALAMAN FIZIKAL• Proses pembelajaran berkaitan dengan objek.• Lazimnya, melalui proses memanipulasikan objek-objek• Contoh: dapat memperoleh maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah yang lebih abstrak seperti bentuk bulat dijadikan simbol kepada buah-buahan yang berbentuk bulat , tayar, pemadam dan sebagainya.
  73. 73. d. Dengan menggunakan Teori Kognitif Piaget, sarankan sekurang- kurangnya lima cara bagaimana guru dapat membantu murid-murid mencapai perkembangan kognitif yang optimum.
  74. 74. 1. Pengalaman belajar yang bermakna• Segala kegiatan yang dilakukan di dalam perancangan pengajaran dirancang agar bermakna untuk murid.• Oleh itu, minat dan sikap murid juga dijadikan bahan pertimbangan dalam merancang pembelajaran.• Contoh: mengaitkan pelajaran yang diajar dengan kehidupan seharian. 2. Mempunyai hubungan sosial yang baik • Diberi kesempatan untuk berinteraksi secara produktif sesama murid serta guru. • Memberi kesempatan murid untuk bekerja dalam pelbagai konteks sosial. Secara tidak langsung, interaksi dua hala berlaku. • Contoh: bekerja secara berpasangan ataupun berkumpulan selain melakukannya secara individu. http://edukasi.kompasiana.com
  75. 75. • Harus memerhatikan pengetahuan awal murid untuk memudahkannya memperolehi3.Memanfaatkan pengetahuan yang lain. pengalaman • Contoh : meminta awal murid murid untuk melukis buah-buahan yang mereka tahu sambil didedahkan dengan pelbagai jenis buah- buahan tempatan yang lain.
  76. 76. • Dapat melibatkan interaksi dua hala berlaku. • Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan murid-murid. • Dapat berkongsi idea serta mendapatkan pengetahuan4.Penglibatan dengan cara menerokasemua murid melalui interaksi dengan persekitaran. • Contoh: menjawab soalan secara berkumpulan seperti kuiz.
  77. 77. 5.Menyediakan Kelas yang Kondusif •Sosial •Emosi •Fizikal
  78. 78. Aspek Sosial Kepimpinan guru perlulah bersifat demokratik : guru yang sedia berkonsi kuasa dengan murid-murid dalam pengurusan aktiviti P & P di bilik darjah.Dapat wujudkansuasana yang mesradan harmonis. Sifat kepimpinan sebegini dapat mengurangkan rasa tegang dan menggalakkan murid-murid mengemukakan pendapat mereka. Dapat mendorong murid- murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif.
  79. 79. Aspek FizikalKeadaan kebersihan dan keindahan bilikdarjah : meningkatkan keberkesanan P & P.Penyusunan meja – kerusi bersesuaian :•Memudahkan interaksi dua hala berlaku.Suasana di kelas perlu diatur kemas dandihiasi dengan pelbagai gambar, carta danABM :• Menggalakkan aktiviti P&P.
  80. 80. Saiz bilik darjah perlu mempunyai ruang yang cukupuntuk bergerak :• Memberi keselesaan ketika menjalankan aktiviti permainan / aktiviti berkumpulan.Persekitaran kelas yang cukup denganpencahayaan dan pengaliran udara adalahpenting :• Membangkitkan semangat belajar dan memberi keselesaan kepada murid ketika belajar.Contoh: menyediakan jadual tugas harian kelas.
  81. 81. SuaraASPEK EMOSI Sistem Kepercayaan Guru Teknik Kawalan Kelas Stail Kepimpinan dan Kaedah Mengajar Kelucuan Penggunaan Pujian
  82. 82. SuaraCiri-ciri suara yang menimbulkan kesan emosi melibatkan gaya, nada,kelangsingan, kadar penyampaian dan kelicinan aliran pertutturanSistem Kepercayaan GuruDapat mencorak tingkah lakunya nya di kelas sehinggakan mempengaruhitingkah laku murid-murinyaTeknik Kawalan KelasTerdiri dari jenis positif/negatif.Kawalan positif adalah seperti pemberian pujian dan pemberian hadiah.Kawalan negatif pula ialah dendaan dan tidak memberi ganjaran.
  83. 83. Stail Kepimpinan dan Kaedah Mengajar • Akan mempengaruhi pelajarnya dari segi untuk bekerjasama serta lebih mementingkan tugasan, lebih berinisiatif dan lebih toleransi.Kelucuan• Kegunaan jenaka: mengurangkan suasana emosi yang tegang, memulihkan suasana yang muram mengeratkan perhubungan yang sedia ada dan memudahkan P&PPenggunaan Pujian• Memberi pujian secara lisan sama ada secara perseorangan/ di khalayak ramai
  84. 84. 6.Kurikulum • Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu yang fleksibel • Dapat menarik minat, keperluan serta disediakan kebolehan murid dalam memenuhi kurikulum • Contoh: menggunakan alat bantu mengajar tidak yang menarik dan mudah difahami ketika mengajarseharusnya • Dari segi pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses terlalu pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat kefahaman yang abstrak. ketat.
  85. 85. 7.Menggunakan contoh-contohyang konkrit serta analogi yangsesuai.• Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan tahap perkembangan murid-murid.• Hal ini untuk mengelakkan murid mudah memahami dan tidak jemu dengan ilmu yang diajarkan.• Contoh: membawa murid-murid ke persekitaran sekolah untuk mengenali pelbagai jenis benda hidup.
  86. 86. 8. Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan.• Perlulah disusun daripada yang mudah kepada yang sukar• Dapat menjamin agar murid dapat memperoleh hasil pembelajaran yang maksimum• Contoh: memberi murid latihan yang berbentuk objektif terlebih dahulu sebelum membenarkan mereka menjawab soalan kefahaman/ subjektif atau mengajar murid untuk menulis seiring mengajarnya cara membaca
  87. 87. 5.2 : Teori Konstruktivisme (Lev Vygotsky)a) Jelaskan maksud Scaffolding.b) Bincangkan mengenai Zon Perkembangan Proksimal.c) Huraikan implikasi Teori Pembelajaran Vygotsky kepada guru dalam melaksanakan proses pengajaran di bilik darjah.
  88. 88. LEV VYGOTSKY
  89. 89. Vygotsky berpendapat Scaffolding yangdiberikan kepada seorang kanak- kanak adalah penting bagi membantu mereka mencapai tahap optimum dalam pembelajaran.
  90. 90. Apa itu Scaffolding ??? Scaffolding adalah satu Konsep Scaffolding amat struktur sementara yang berkait rapat dengan idea digunakan untuk menyokong Zon Perkembangan bahan-bahan dalam Proksimal. pembinaan atau pembaikan sesuatu bangunan. Secara umumnya, Perspektif pendidikan, ia merupakan hubung kaitScaffolding : mengubahsuai antara bantuan yang tahap sokongan yang diberikan oleh guru terhadap diberikan. murid-murid.
  91. 91. Scaffolding merupakan sejenis kaedah yang bermaksud bantuan atau bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu bidang atau ilmu. Santrock (2007), mengatakan bahawa“Apabila seseorang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru perlu memberi bimbinganpenuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberikanhendaklah dikurangkan sehingga pelajarboleh menguasai kemahiran tersebut”.
  92. 92. • Dalam erti kata lain, pada awal pembelajaran, pelajar diberi bantuan dengan kadar yang lebih kerap namun apabila pelajar tersebut dipercayai sudah boleh menguasai kemahiran yang diajar, tunjuk ajar yang diberikan semakin dikurangkan seterusnya tiada langsung panduan diberikan.• Apabila menggunakan kaedah Scaffolding, perbualan dan interaksi merupakan alat terpenting bagi membolehkan pelajar menyusun konsep- konsep baru secara lebih sistematik.
  93. 93. ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
  94. 94. Definisi• ZPP : menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.• ZPP bertujuan untuk menolong kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi.
  95. 95. Terdapat dua tahap ZPP iaitu :- ZON HAD BAWAH PERKEMBANGAN HAD ATAS PROKSIMAL
  96. 96. HAD ATAS (Tahap perkembangan potensi) HAD BAWAH Perkara yang boleh(Tahap perkembangan sebenar) dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orangKanak-kanak dapat dewasa.menyelesaikan masalah Pada peringkatsecara sendiri tanpa bantuan. ini,kemahiran kanak-kanakPada peringkat ini, boleh dicapai dengankemahiran kanak-kanak dapat bantuan individu yang lebihdicapai melalui pengetahuan mahir. Contohnya bolehsedia ada di dalam membuat angka 1 hinggadiri.Contohnya, kanak-kanak 1000 sendiri.sudah mahir menambahangka 1 hingga 100.
  97. 97. GURU PELAJAR ZPP Jarak kefahaman antara pengetahuan lama dengan pengetahuan baru yang melibatkan individu yang lebih mahir. Kaedah ScaffoldingPelajar memahami Walau bagaimanapun, digunakan oleh gurusesuatu perkara pengetahuan baru yang kepada pelajar bagiberdasarkan dicapai oleh pelajar menyampaikan sesuatupengetahuan jangka tidak akan melebihi pengetahuan baru.masa panjang sedia ada pengetahuan individu Hasilnya pelajar mencapaidi dalam minda ( had yang memberi tunjuk tahap kefahaman yangbawah) . ajar. lebih tinggi (had atas) melalui tunjuk ajar guru.
  98. 98. PENJELASAN • Kanak-kanak dapat mengira bilangan bentuk secara bebas dari 1 sehingga 15. • Sebaik sahaja disuruh mengira bilangan bentuk yangHAD BAWAH berwarna merah, kanak-kanak menghadapi masalah. • Bantuan diberikan sepanjang proses mengira bilangan bentuk berwarna merah. • Galakan berupa pujian juga diberikan sebagai ganjaran ZPP apabila kanak-kanak dapat mengira dengan betul. • Kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran mengira melalui tunjuk ajar yang diberikan. HAD ATAS • Hasilnya, kanak-kanak tidak lagi memerlukan panduan.
  99. 99. KESIMPULAN…• Tahap pengetahuan yang dicapai oleh seseorang kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa.• Melalui konsep ZPP, pencapaian adalah bergantung kepada pengetahuan orang dewasa yang lebih kemahiran.• Walau bagaimanapun, pengetahuan tersebut adalah terhad mengikut tahap pemikiran kognitif seseorang kanak-kanak dan pengetahuan tersebut tidak akan melebihi pengetahuan orang dewasa yang memberi bimbingan tersebut.
  100. 100. Kajian Vygotsky Terhadap Perkembangan Kognitif Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing di mana pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri . Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.
  101. 101.  Namun, Vygotsky (dalam Souviney, 1989) pula mengatakan bahawa operasi mental adalah dirangsangkan melalui interaksi sosial yang aktif dengan rakan sebaya dan orang dewasa yang lebih mahir. Operasi-operasi ini akan diserap ke dalam minda seseorang dan menukar menjadi sesuatu yang diperlukannya. Beliau juga mengatakan bahawa pengajaran berkesan ialah apabila pelajar bekerjasama melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas yang menyokong pembelajaran dan menerima bimbingan yang berpatutan dari guru. Guru berperanan mengorganisasikan interaksi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan tugasan pembelajaran. Lev Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor persekitaran, sosial dan budaya.
  102. 102. Implikasi Teori Pembelajaran Vygotsky kepada guru dalammelaksanakan proses pengajaran di bilik darjah.
  103. 103. Memberi galakan MemberiGalakan ujian yangbercakap jelas dan sendiri IMPLIKASI TEORI sistematik DALAM PEMBELAJARAN Kaitkan pembelajaran Arahan dengan yang pengalaman bermakna sebenar
  104. 104. Menggalakkan pelajar yang mahir membantu rakan yang kurang mahir. Guru menggunakan strategiMemberi pengajaran yang koperatif dan kolaboratif serta pengajaran secaragalakan berkumpulan. Bentukkan kumpulan heterogenus iaitu : dimana kanak- kanak dengan tahap kemahiran yang pelbagai diletakkan dalam satu kumpulan.
  105. 105. Guru perlu menentukan bahawa pujian diberi dengan betul danMemberi pujian bersesuaian dengan tingkah lakuyang jelas dan murid. sistematik Murid akan berasa dihargai dan bersemangat untuk belajar tentang sesuatu perkara.
  106. 106. Guru memberikan arahan yang jelas dan bermakna yang seboleh- bolehnya mempunyai kaitan antara pengajaran denganArahan yang kehidupan seharian kanak-kanak. bermakna Kurangkan penghafalan dan bimbing kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka kepada pengalaman sebenar. Contoh aktiviti : pengajaran PAFA di sekolah.
  107. 107. Murid- murid dapat memahami sesuatu pembelajaran baru Kaitkan dengan mudah kerana pembelajaran pengalaman yang telah dilalui.dengan pengalaman Contoh : Guru menyuruh murid sebenar mengira bilangan gula-gula dengan menyentuh setiap satu gula-gula yang telah dikira.
  108. 108. Guru menggalakkan kanak- kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Galakan Galakkan kanak-kanak untukbercakap merealisasikan idea semasa sendiri bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian.  Contoh aktiviti : penulisan esei pendek bertajuk “Aku Sebatang Pen”.

×