Loading…

Flash Player 9 (or above) is needed to view presentations.
We have detected that you do not have it on your computer. To install it, go here.

Like this document? Why not share!

Doc to be uploaded

on

  • 2,435 views

Penggunaan ICT dalam Pengajaran Matematik dan Sains

Penggunaan ICT dalam Pengajaran Matematik dan Sains

Statistics

Views

Total Views
2,435
Slideshare-icon Views on SlideShare
2,419
Embed Views
16

Actions

Likes
0
Downloads
37
Comments
0

1 Embed 16

http://proofmathisbeautiful.blogspot.com 16

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Doc to be uploaded Doc to be uploaded Document Transcript

    • UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN TAJUK: PENGGUNAAN ICT DALAM P&P MATEMATIK DAN SAINS KUMPULAN 11 (B) NAMA NO. MATRIK AUNI BT AMIN D20091034745PATRICIA KONNY ANAK HO KOK D20091034803 SUNTINGMALYANAH SHAMIMI BT MOHD D20091034763 NASIR NUR HANANI BT MAT GHANI D20091034750MUHAMMAD IZWAN BIN ISMAIL D20091034799 NAMA PENSYARAH: PROF. MARZITA PUTEH
    • ISI KANDUNGANSenarai Kandungan Halaman1.0 Pengenalan 12.0 Isu penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains 2.1 Kerajaan 1 2.1.1 Projek ICT oleh kerajaan 5 2.2 Sekolah 9 2.3 Guru 2.3.1 Kemahiran 12 2.3.2 Minat 13 2.3.3 Persepsi 13 2.3.4 Kekangan masa 153.0 Langkah mengatasi 3.1 Juruteknik di setiap sekolah 16 3.2 Tambahan makmal komputer 17 3.3 Penyediaan kemudahan 174.0 Kesimpulan 191.0 PENGENALAN ICT
    • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dankomunikasi. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah komputer dalam pengajaran danpembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-BasedInstruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinikan Pengajaran Dan Pembelajaran BerbantukanKomputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajarandan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Gagne danBriggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajarankerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yanglain sebelum zaman komputer.2.0 ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMATEMATIK DAN SAINS2.1 KerajaanPenggunaan teknologi dalam pengajaran dalam pembelajaran matematik dan sains adalahserentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebihdikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistempendidikan khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan,seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21atau dengan kata lain cabaran era teknologi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dunia kiniberada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan tulang belakangkepada kejayaan sesebuah bangsa. Medium utama ke arah memperbanyakkan sumber pengetahuan ini ialah teknologimaklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT. Menurut Hansen V.P dan ZwengM.J (1984), dalam usaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik dansains sesuatu yang lebih efektif, dua konsep penting perlu ditekankan. Antaranya ialahmenitikberatkan konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsepP&P yang berpusatkan pelajar. Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi yang relevandi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mempertingkatkan kefahamanpelajar dari segi pencapaian akademik, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kajianBurton L. dan Jaworski B. (1995). Contohnya, teknologi komputer dapat mempengaruhi
    • kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana dapat memperkembangkan mindapelajar supaya menjadi lebih kritis, kreatif, serta inovatif. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yangbaru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropahsejak awal tahun 60-an lagi. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menikmati aruspembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanyamampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi juga berpotensi sebagaialat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semuamata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yangmendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia(Norhashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usahake arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembanganteknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu iaitu berdasarkanmemori kepada yang lebih berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang denganmenggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melaluikementerian pendidikan berhasrat untuk mewujudkan sekolah bestari yang sekali gusbertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan koridor raya multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan sekolah bestari akan membuka ruangseluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibilitidan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan danperkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akanmemudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan. Terdapat pelbagai teknologi yang telah dan sedang digunakan oleh para pendidik.Antaranya termasuklah ICT, penggunaan LCD, kalkulator grafik, The Geometers’sSketchpad, MS-EXCEL, dan juga The World Wide Web atau WWW. Terdapat banyak kajiantentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran komputer. Kajian yang telah dijalankanmenyatakan bahawa berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam matematik. Malah kini,penggunaan spreadsheet boleh didapati daripada laman web yang memaparkan penggunaanspreadsheet. Multimedia juga adalah teknologi maklumat yang membenarkan integrasi danmanipulasi video sama ada secara audio, teks, dan animasi. Multimedia berasaskan komputer
    • boleh menjadikan proses pendidikan sebagai suatu pengalaman yang menyeronokkan disamping dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini juga membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, di manaianya merupakan persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnyamengikut apa yang dikaji. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalampendidikan matematik. Antaranya ialah memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiriberdasarkan kemampuan masing-masing, juga dapat memudahkan dan mempercepatkankefahaman dan pengetahuan matematik yang menarik dan menyeronokkan, membekalkanlebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar, serta membantu pelajar mengulangisesuatu isi pelajaran berulang kali. Antara kaedah lain yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaranmatematik ini adalah WWW dalam pendidikan. WWW (World Wide Web) adalah jaringanyang boleh digunakan untuk menghubungkan badan-badan korporat, institusi-institusikerajaan, institusi-institusi pendidikan tinggi dan para individu. WWW juga adalahsebahagian daripada internet yang lebih dikenali sebagai laman web. Banyak maklumat yangboleh diperolehi daripada WWW yang meliputi pelbagai bidang dan topik. WWW ini dapatmembantu guru untuk mencari maklumat, menggunakan aktiviti interaktif yang terdapatdalam WWW dan juga mampu menerbitkan bahan pengajaran. Di samping itu, terdapat dua kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik denganmenggunakan WWW iaitu pembelajaran interaktif dan strategi penyelesaian masalah. Dalampembelajaran interaktif, pelajar diberi peluang berinteraksi dengan aktiviti dalampembelajaran matematik. Pelajar boleh belajar mengikut kadar pembelajaran dan kebolehansendiri. Guru juga boleh melihat dan merekod kemajuan individu pelajar bagi tujuanmerancang tindakan seterusnya. Antara ciri-ciri menarik dalam pembelajaran ini ialah merekadiberi peluang menjawab soalan secara ‘online’, dapat menyemak terus jawapan yangdiberikan, serta pelajar diberi skor pencapaiannya beserta komen dan saranan. Kebaikan cara pembelajaran ini ialah pelajar diberi peluang belajar secara individu,dapat mengikuti kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri, boleh melihat dan merekodkemajuan pelajar bagi tujuan merancang tindakan seterusnya serta sumber yang terdapatdalam laman web ini boleh digunakan untuk pertandingan atau kuiz antara pelajar. Kaedahyang kedua adalah strategi penyelesaian masalah. Ia merupakan tujuan utama dalam P&P
    • matematik. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seseorang pelajar perlu memahamikonsep, menguasai kemahiran matematik dan berfikir secara kritis dan kreatif. Pemupukanminat dan pembinaan penguasaan kemahiran dalam penyelesaian masalah adalah cabaranbesar bagi guru matematik. Seseorang guru matematik memerlukan banyak idea untukmengatasi cabaran ini. Selain itu, pihak kerajaan juga sering melakukan pelbagai program dan projek bagimeningkatkan lagi penggunaan teknologi dalam kalangan guru dan pelajar. Program-programyang dijalankan ini berpusatkan kepada guru dan pelajar yang melibatkan subjek matematik.Antara yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah melalui program latihan dalamperkhidmatan (LDP), di mana guru-guru telah diberi taklimat khas dan hands-on tentangpenggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yangterlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, MicrosoftExcel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti inimemakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-gurumengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT. Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysiadikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luarbandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal inimenyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran danpembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harusdigunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal initidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut untuk menggunakan gajet-gajetICT. Kerajaan juga telah mengambil langkah dengan menambah makmal-makmalkomputer di sekolah di seluruh negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejakusia muda, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaanmemperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmenyang tinggi. Dalam pada itu, beberapa tahun yang lepas kerajaan telah memulakan suatuprojek yang baru iaitu memberikan ‘notebook’ yang percuma kepada pelajar-pelajar sekolahrendah dan menengah. Contohnya, pada tahun 2010, kerajaan telah menyediakan sebanyak1.2 juta komputer riba secara percuma untuk diagihkan kepada pelajar dengan syarat merekaharuslah melanggani pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).
    • Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatimberkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif jalur lebar negara (NBI) yangbertujuan meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum. Dengan pengagihan‘notebook’ secara percuma ini secara tidak langsung dapat membantu usaha pelajar dan gurudalam meningkatkan lagi penggunaan teknologi, terutamanya ICT dalam proses pengajarandan pembelajaran. Pelajar boleh mengakses sendiri laman web yang sesuai untukmeningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Mereka juga boleh menyelesaikanlatihan-latihan yang telah tersedia di laman-laman web yang sesuai. Namun, terdapat juga beberapa implikasi buruk sekiranya pelajar diberikan‘notebook’ ini terlalu awal. Antaranya adalah penyalahgunaan ‘notebook’ ini sendiri.Kerajaan perlu lebih peka dengan golongan sasaran yang akan diberikan sumbangan inikerana terdapat sebilangan pelajar yang menyalahgunakannya dengan bermain ‘game’ danaktif dalam laman sosial yang tidak berfaedah. Perkara-perkara ini boleh menjejaskan prestasimereka dalam pembelajaran matematik dan subjek yang lain kerana banyak masa merekadiabaikan untuk perkara yang sedemikian. Oleh itu, pihak guru perlu lebih memantaukegiatan pelajar-pelajar mereka yang menggunakan ‘notebook’ percuma ini. Kerajaan jugaperlu lebih telus dalam pembahagian komputer riba secara percuma ini. 2.1.1 Projek ICT oleh KerajaanPenggunaan ICT dalam pendidikan telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) bagi mencapai status Negara maju seperti Negara-negara maju yang lain. MutimediaSuper Corridor (MSC) telah ditubuhkan pada tahun 1996 dengan aspirasi menjadi hab globalbagi ICT dan inovasi multimedia, operasi dan perkhidmatan untuk mengubah Malaysiamenjadi sebuah Negara maju bagi mencapai status selaras dengan wawasan 2020. Bagimencapai status tersebut, Perdana Menteri Malayysia telah mengumumkan aplikasi perdanaMSC yang berfokus kepada bidang pendidikan iaitu sekolah bestari. Dalam MultimediaDevelopment Corporation (2006) menyatakan bahawa secara umumnya, MSC mempunyaitujuh aplikasi perdana yang terdiri daripada sekolah bestari, kerajaan elektronik, kadpelbagaiguna, telekesihatan, kelompok R&D, E-Dagang dan pembagunan usahawanteknologi. Kesemua aplikasi ini diwjdkan bagi memberi kemudahan dan mempermudahkanlagi urusan melalui penggunaan internet sejajar dengan perkembangan era teknologi padamasa kini.
    • Salah satu aplikasi perdana yang bekaitan dengan pendidikan iaalah sekolah bestari.Sekolah bestari direka untuk menggalakkan individu yang celik ICT dan menggalakkankreativiti dan pembalajaran kendiri. Wlau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran utamadalam pelaksanaan projek sekolah bestari ini seperti kurikulum berorientasikan peperiksaan,kekurangan sokongan teknikal dan perubahan pengurusan guru. Dalam MSC (2008) telahmenyatakan antara objektif pelaksanaan projek sekolah bestari ini adalah untuk menghasilkanpemikran dan tenaga kerja yang celik dalam teknologi serta mendemokrasikan pendidikanmenggunakan ICT. Ini bermakna, dalam melaksanakan sekolah bestari ini, pihakKementerian mengjarapkan semua tenaga kerja dalam pendidikan dapat memanfaatkanpenggunaan komputer dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang merekajalani dan seterusnya menjadikan penggunaan ICT sebagai teras dalam menyampaikanpelajaran. Selain itu, objektif pelaksanaan projek ini adalah meningkatkan penyertaan pihakberkepentingan dan dapat menyediakan pusingan pembangunan individu. Malah, ia jugadilaksanakan supaya dapat menyediakan peluang untuk meningkatkan kekuatan dankebolehan individu. Dalam pelaksanaan projek ini, MSC (2008) juga menerangkan bahawa sekolah bestarimempunyai beberapa komponen terdiri daripada bahan pengajaran dan pembelajaran,infrastruktur teknologi, sistem taksiran sekolah bestari, guru professional yang terlatih, sistemintegrasi, khidmat sokongan serta sistem pengurusan sekolah bestari. Kesemua komponen iniseharusnya dimiliki oleh kesemua sekolah yang ingin bergelar sekolah bestari bagi mencapaimatlamat ICT secara menyeluruh dalm pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik danberjalan lancar. Kesemua komponen ini diambil kira kerana sekolah bestari merupakansekolah contoh kepada sekolah-sekolah lain yang menjadikan ICT teras dalam pelaksanaanbaik dari segi pengajaran dan pembelajaran atau pentadbiran sekolah tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) telah menerangkan bahawa pelaksanaansekolah bestari ini adalah berdasarkan empat fasa yang telah dimulakan sejak tahun 1999 lagisehingga tahun 2020 bagi mencapai target yang telah dirancang. Fasa yang pertama ialahpada tahun 1999 sehingga tahun 2002 yang mana projek rintis Sekolah Bestari telahdijalankan dengan target mendapatkan 88 Sekolah Bestari. 88 buah sekolah ini akandijadikan contoh kepada sekolah lain yang mana kesemua 88 buah sekolah ini menepatikeempat-empat komponen yang digariskan untuk menjadi sekolah bestari. Pada fasa keduapula, pemantapan 88 Sekolah Bestari sebagai asas penanda dan tempoh waktu pelaksanaanialah selama 3 tahun iaitu dari tahun 2003 sehingga 2005. Fasa 3 pula berlaku pada tahun
    • 2006-2010 yang mana pembestarian sekolah giat dilakukan. Fasa terakhir iaitu fasa keempatdilaksanakan pada tahun 2011 sehinggalah ke tahun 2020 bagi melaksanakan konsolidasi dankelestarian terhadap semua sekolah di seluruh negara. Ini bermaksud kesemua sekolah didalam negara disasarkan akan menjadi sekolah bestari menjelang tahun 2020. Bagi mencapaitaraf sekolah bestari, setiap sekolah haruslah berusaha untuk memenuhi komponen-komponen yang telah digariskan dalam meningkatkan lagi penggunaan ICT dalampendidikan. Sebelum ini, semua sekolah bestari telah dikenalpasti sebagai pusat konsep sekolahbestari, bahan, kemahiran dan teknologi yang dibangunkan oleh KPM. Dalam MultimediaDevelopment Corporation (2008), kajian impak pada tahun 2005 telah menunjukkan bahawainfrastruktur yang disediakan oleh KPM perlu diselenggara dan digunakan seoptima yangmungkin. Key Performance Indicators (KPI) telah dibina untuk memantau penggunaanteknologi dalam sistem pendidikan. Penggunaan ICT di Sekolah Bestari juga dinilai olehpemantau yang telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri bagimenggalakkan penglibatan secara aktif dalam pendidikan. Penilaian ini akan diukur denganmenggunakan sistem ranking bintang. Dalam Smart School Qualification Standards (2007)telah menerangkan berkaitan ranking bintang yang mana sekolah yang mendapat satu bintangadalah pada tahap asas manakala dua bintang pula adalah pada tahap yang mana sekolahtersebut berada pada asas tambahan. Tiga bintang pula menunjukkan bahawa sekolah tersebutberada pada taraf sederhana dan sekolah yang berada pada tahap ketiga dikelaskan sebagaisekolah yang telah mencapai tahap maju. Taraf yang terakhir adalah maju tambahan jikasesebuah sekolah itu mendapat lima bintang. Bagi mencapai taraf sekolah bestari, sekolahtersebut seharusnya mendapat 5 bintang dan jika tidak, sekolah tersebut akan sentiasa dibuatpemantauan bagi menambahbaik kekurangan yang dihadapi sehingga dapat mencapai tarafsekolah bestari dan taraf tersebut akan dikekalkan. Bagi mencapai taraf sekolah bestari, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telahmenggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) sebagai instrument danindikator untuk mengukur tahap bestari sesebuah sekolah. SSQS ini pada dasarnya telahdibina oleh Multimedia Development Corporation(MDeC) dengan kerjasama KPM. SSQS inidibina bagi membangunkan satu sistem yang digunakan sebagai untuk mengukur penggunaanICT dalam pendidikan. SSQS juga menjadi asas untuk perancangan polisi dan pembaikanprogram serta dapat meningkatkan standard dalam pendidikan. Selain itu, SSQS juga telahdigunakan sebagai pemangkin untuk memberi perubahan dalam pendidikan disamping dapat
    • memperkasakan guru dan murid di semua sekolah bagi mencapai taraf sekolah bestari yangdikehendaki. Dalam KPM (2010) menerangkan bahawa penilaian SSQS diambil kira dari beberapaaspek iaitu dari segi infrastruktur, aplikasi, modal insan dan penggunaan ICT dalam sekolah.Jika dari segi infrastruktur misalnya, penilaian SSQS adalah dari segi nisbah komputerdengan murid dan juga nisbah komputer dengan guru, rangkaian LAN dan WAN di sekolahdan bilangan lokasi capaian internet serta bilangan peralatan ICT yang berfungsi.Infrastruktur yang baik dalam ICT adalah penting agar penggunakan ICT dalam pendidikandapat dijalankan dengan menyeluruh selaras dengan objektif yang ingin dicapai. Contoh yangdapat dilihat dalam aplikasi pula adalah seperti SSQS menilai bilangan sistem pengurusansekolah dan pengurusan pembelajaran yang digunakan di sekolah manakala dalam modalinsan pula contohnya, diukur dari segi kekerapan penyebaran maklumat melalui ICT olehpentadbir dan guru penyelaras ICT dan bilangan kursus dalaman yang dilaksanakan sertabilangan program inovasi yang dijalankan di sekolah. Aspek yang terakhir iaitu penggunaandinilai misalnya dinilai berdasarkan jadual waktu pengintegrasian ICT oleh pentadbir dalampengurusan dan guru serta murid dalam P&P bagi mengintegrasikan pendidikan di sekolah. Pembestarian sesebuah sekolah itu adalah melalui pemantuan yang akan dilakukanoleh pemantau yang telah dilantik oleh KPM. Dalam MSC (2008) telah menerangkanberkaitan dengan proses pemantauan yang mana setiap pemantau yang telah dipilih akanmemantau sekolah dan melakukan penilaian terhadap sekolah tersebut dengan menggunakanSSQS sebagai instrumen pengukur untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolahbestari. Semasa menjalankan pemantauan, setiap komponen dalam SSQS akan diambil kiradan diisikan dengan segala maklumat yang diperlukan dan kemudian akan dikumpul.Berdasarkan kepada maklumat yang telah perolehi, pemantau akan menentukan tahappencapaian sekolah tersebut dengan menggunakan ranking bintang dalam penilaian SSQS.Jika sekolah tersebut mendapat lima bintang, sekolah tersebut akan menjadi sekolah bestari.Dan kemudian, pemantau akan sentiasa memastikan tahap lima bintang sekolah tersebut akandikekalkan untuk menjadi sekolah bestari pada masa hadapan. Jika sekolah itu tidakmencapai lima bintang, sekolah tersebut bukanlah sebuah sekolah bestari dan kemudian,pemantau akan sentiasa melakukan pemantauan bagi mengenalpasti jurang kelemahan dalamkomponen SSQS berkenaan. Pemantau juga akan membantu, membangun dan membimbingsekolah tersebut dalam aktiviti ataupun program. Ini adalah penting bagi menaikkan rankingbintang yang bakal diperolehi sekolah tersebut pada pemantauan yang seterusnya supaya
    • dapat mencapai ranking bintang yang disasarkan iaitu mencapai taraf lima bintang bagimendapat gelaran sekolah bestari. Berikut merupakan carta alir pemantauan.Sumber: MSC Malaysia Penggunaan ICT dalam pendidikan pada masa kini adalah amat dititikberatkan keranaianya selaras dengan penggunaan teknologi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakatsekarang. Segala usaha yang telah dijalankan oleh MSC bersama dengan KPM sepertisekolah bestari ini adalah berdasarkan kepada matlamat untuk menjadikan ICT sebagai terasdan digunakan secara menyeluruh dalam pendidikan masa kini. Guru-guru dan pihakpentadbiran disekolah seharusnya memberikan kerjasama yang jitu dalam membantumenjayakan usaha ini dan memberi cadangan penambahbaikan bagi mencapai taraf sekolahbestari. Guru yang boleh menggunakan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaranadalah amat diperlukan serta digalakkan agar segala maklumat dan pengajaran yangdisampaikan menggunakan ICT dengan lebih menyeluruh dalam kelas. Pihak pentadbirsekolah pula harus memastikan kesemua keperluan ICT adalah mencukupi dan bolehberfungsi dengan baik bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah agar dapatmenggunakan ICT dengan lebih berkesan. Usaha yang berterusan telah dilakukan oleh KPMagar semua sekolah dalam negara akan mencapai taraf sekolah bestari menjelang tahun 2020.2.2 SekolahSepertimana yang kita ketahui, pada era globalisasi yang semakin mencabar ini, sudahmenjadi trend dimana peajar pada masa kini mengalami proses pengajaran dan pembelajaranmereka dengan berbantukan komputer atau ICT. Sekolah merupakan salah satu faktor yang
    • menyebabkan isu penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bagipendidikan matematik dan sains pada masa kini. Hal ini demikian kerana sekolah melibatkanbanyak pihak. Antara pihak yang terlibat adalah seperti kemudahan komputer yangdisediakan, pihak pentadbir sekolah dan juga pelajar. Punca utama yang menyebabkan sekolah mejadi isu yang hangat dan seringdiperkatakan pada masa kini ialah kemudahan komputer yang dibekalkan oleh pihak kerajaankepada sekolah untuk diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jugamenyebabkan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luarbandar. Hal yang demikian sepatutnya tidak seharusnya berlaku kerana semua sekolahseharusnya mendapat kemudahan yang sama. Selain itu, perisisan komputer yang kurang memuaskan di sekolah. Hal ini jelas jikakita membuat perbandingan antara sekolah di bandar dan sekolah di luar bandar. Sudahmenjadi kebiasaan bahawa, sekolah di luar bandar sukar mendapat perisian komputer untukproses pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan sekolah di bandar yang serbalengkap dengan kemudahan. Hal ini sepatutnya sudah lama dibaik pulih oleh pihak kerajaansupaya semua sekolah mendapat kemudahan yang sama dan sepatutnya. Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah juga akanmengakibatkan terdapatnya komputer yang rosak. Sekiranya jumlah komputer tidakmencukupi dengan jumlah pelajar, ianya juga menjadi masalah untuk menjalankan prosespengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan kesukaran kepada guru untukmenjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer kerana ianyamenyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Tidak hanya kemudahan komputer, bahkan pihak pentadbir sekolah juga menjadisalah satu punca timbulnya isu di sekolah. Hal ini mungkin pengendalian sistem komputer disekolah yang kurang berkesan. Pihak pentadbir juga kurang peka terhadap bilangan guruterlatih di dalam ICT yang belum mencukupi. Hal ini terjadi kerana pihak pentadbir itusendiri tidak mengambil kira sama ada guru yang mengajar itu mengikut opsyennya ataupuntidak. Hal yang sebeginilah mendatangkan isu yang tidak sepatutnya berlaku. Seterusnya, di sekolah juga mestilah melibatkan pelajar. Seandainya tiada pelajar,maka tiadalah sekolah. Isu pelajar nakal semakin berleluasa pada masa kini. Oleh disebabkannakal, mereka tidak dibenarkan menggunakan ICT kerana dibimbangkan akan merosakkan
    • komputer yang digunakan. Hal ini seharusnya tidak berlaku. Semua pelajar bolehmenggunakan komputer dan guru haruslah berlaku adil kepada semua pelajar. Jika terjadinyaperkara yang sedemikian, maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankandengan berkesan. Sesetengah pelajar tidak tahu cara menggunakan komputer dalam proses pengajarandan pembelajaran, maka tidak hairanlah sekiranya pelajar banyak bertanya kepada gurusekiranya tidak faham akan tetapi, pertanyaan pelajar itu sendiri tidak diendahkan oleh guru.Hal ini terjadi mungkin guru tersebut berpura-pura tidak mendengar pertanyaan pelajarkerana guru itu sendiri pun tidak tahu cara penggunaan ICT yang betul. Di situlah timbulnya,guru yang mengajar tidak mengikut opsyen. Antara faktor lain yang menyebabkan timbulnya isu ini ialah kekurangan latihanmemfokus kepada integrasi teknologi dalam P&P di bilik darjah berbanding penggunaankaedah pengajaran yang biasa diamalkan. (VanFossen, 1999) dan perisian dan perkakasanyang sudah ketinggalan zaman. (Preston at. al, 2000). Selain itu, kekurangan kakitanganteknikal yang membantu dalam aplikasi teknologi bagi tujuan P&P.(Preston et. al, 2000 ; Coxet. al, 1999) serta kekurangan kemudahan untuk akses pada prasarana ICT yang merujukkepada penempatan alat seperti komputer di biik darjah.(Cuban et. al, 2001). Kebanyakan punca penggunaan ICT masih kurang di sekolah ialah kesukaran untukmendapatkan hardware dan software. Kesukaran inilah yang mengganggu proses pengajarandan pembelajaran. Penyediaan bahan pengajaran juga memakan masa yang lama kerana gurutiada kemahiran dalam mengendalikan teknologi. Antara kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialahmeningkatkan minat pelajar dan pelajar akan lebih gembira. Selain itu, ianya dapatmeningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk belajarsendiri. Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran akan menjadi lebihmenarik.bahan juga boleh disimpan dan digunakan semula. Walaubagaimanapun, terdapat juga kekurangan bagi penggunaan ICT. Antaranyaseperti masalah teknikal dimana pendidik itu sendiri tidak pakar dalam mengendalikanmasalah teknikal, sumber yang kurang, peralatan yang mahal dan guru juga memerlukanlebih masa untuk menyediakan bahan pengajaran sebelum memulakan proses pengajaran danpembelajaran.
    • 2.3 GuruKerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawapenyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematikseharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat. Bermuladari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapurianya bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahanelektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah(Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim, 2010). Namun, adalah menjadi satupersoalan jika guru-guru yang mengajar subjek ini lebih gemar menggunakan kaedahtradisional daripada menggunakan teknologi baru yang diperkenalkan. Kajian Badrul (2003), tentang kesediaan guru dalam pembelajaran Matematikberbantukan komputer di sekolah menengah menunjukkan guru jarang menggunakankomputer dalam pengajaran mereka. Hasil kajiannya mendapati bahawa terdapat 66.7% tidakpernah menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia,pengetahuan dan penggunaan komputer dalam kalangan rakyat semakin berkembang. Jadi,untuk memastikan corak pengajaran mengikut peredaran zaman, guru haruslah memainkanperanan dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.Sesuatu perkara akan bermasalah apabila guru lebih gemar menggunakan kapur dan papanputih dalam proses P&P. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang mengekang merekadaripada menggunakan teknologi terutamanya ICT dalam P&P. Hal ini adalah disebabkanoleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Antaranya ialah guru kurang berkemahiran,persepsi negatif guru terhadap ICT dan juga kekangan masa. Kemudahan ICT yang tidaksempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia menyuitkan lagi perkara ini. 2.3.1 KemahiranUmumnya, masyarakat melihat potensi ICT dalam pendidikan sebagai alat yang bolehmembantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah juga, ianya diajar sebagaisebahagian sebahagian daripada matapelajaran. Selain itu, kemudahan ICT ini dilihat banyakmembantu proses pengurusan dan dapat meningkatkan produktiviti serta keberkesanansesuatu sistem pengurusan. Perkembangan yang menggalakkan keberkesanan ini telahmendorong ke arah peningkatan penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan guru danpelajar sekolah. Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan terdapat sebahagianguru masih tidak menggunakan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
    • mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa kegagalan ini berpunca daripada ketidakmahiranguru (Norizan, 2003) dalam menggunakan pelbagai alatan dan perisian yang semakinmeningkat keupayaannya. Untuk menggunakan teknologi yang lain, guru perlu menguasai kemahiran asas iaituibu kepada ilmu teknologi lain iaitu komputer. Menurut Chao (2003) et. al, seseorang yangmenggunakan komputer harus mempunyai kemahiran asas mengenai komputer. Antaranya,kemahiran berkomunikasi menggunakan komputerm kemahiran menggunakan perisianpemproses kata, perisian bibliografi, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik,perisian berkaitan statistik, grafk, menggunakan teknologi internet, laman web sertapengetahuan mengenai bagaimana komputer berfungsi. Kemahiran ICT merupakan satubentuk kemahiran yang memerlukan penggunaan yang senantiasa berubah mengikutperedaran semasa. Latihan dan amalan yang berterusan amat diperlukan bagi memastikan kemahiran ICTini dapat terus diguna. Dalam program kursus Diploma Perguruan Malaysia di Malaysia,sebanyak 60 jam telah diperuntukkan bagi pelajar-pelajar mempelajari ICT. Sukatan inimerupakan satu asas penting kepada guru-guru pelatih apabila ditempatkan mengajar disekolah kelak. Hal ini seterusnya akan menjadi asas kepada inisiatif untuk mempelajari lain-lain kemahiran yang berasaskan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Dalam kajian yang lain, Wan Mohamad Wan Ibrahim et. al. (2002) telah mendapati bahwalebih 80% guru-guru sekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICTdalam profesion mereka. Majoriti daripada mereka berminat untuk belajar ICT danmerasakan bahawa ICT dapat membantu mereka mendapatkan meklumat dan pengetahuanyang lebih luas. Namun begitu, tiga perempat daripada responden mengakui bahawa merekamasih belum cekap atau tidak tahu dalam menggunakan ICT di dalam bilik darjah. Reinen &Plomp (1993) mengakui bahawa terdapat perhubungan antara latihan yang diikuti dengankemahiran yang dimiliki. Oleh itu, sama ada kursus dalam perkhidmatan ataupun kursussemasa dalam program pendidikan, kedua-duanya amatlah berguna untuk meningkatkanpengetahuan dan kemahiran ICT guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran danpembelajaran. 2.3.2 MinatMinat guru-guru dalam penguasaan teknologi komunikasi dan informasi boleh mewujudkansatu asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam
    • pengajaran di dalam kelas. Secara amnya, guru mempuyai sikap yang positif terhadap wadahteknologi yang baru ini. Sebagai contoh, ramai yang mungkin berpendapat bahawa internetadalah sesuatu yang menarik. Tentunya ini merupakan satu aspek yang positif dalam kontekshubungan antara guru dengan teknologi komunikasi dan informasi. Sebaliknya pula, mungkinterdapat perbezaan pandangan dalam kalangan guru apabila tinjauan secara lebih spesifiktentang hubungan antara guru-guru dan teknologi komunikasi dan informasi perlu seimbangdengan minat pelajar terhadap teknologi komunikasi dan informasi dan juga tidak mustahilbahawa jika tahap minat mereka dalam teknologi komunikasi dan informasi dalam kalanganpelajar adalah lebih tinggi berbanding dalam kalangan guru. Maka, adalah tidak peliksekiranya akan turut berlaku penyebaran pengetahuan dan kompetensi dalam teknologikomunikasi dan informasi daripada pelajar kepada guru. 2.3.3 PersepsiSumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P matematik ialah power point, LCD,CD dan pelbagai software yang berkaitan. Kebanyakan guru akan memberi persepsi negatifkepada penggunaan teknologi ini. Sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalampengajaran, termasuklah ICT, adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga(Fullam, 1996). Guru memberi persepsi bahawa bukan semua topik yang diajar bolehmenggunakan ICT kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan menyebabkanpelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan. Sebenarnya, dengan menggunakanICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampakgambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yangboleh menarik minat pelajar. Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&Pkerana para pelajar tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan, pelajar akan lebihbersemangat untuk belajar. Namun, guru memberi alasan tentang kelemahan CD yangdisediakan oleh pihak kementerian. Hal ini disebabkan, bagi sesetengah tajuk yang diajar,guru hanya ingin mencapai dua objektif pengajaran sedangkan isi pengajaran dalam CDberkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin dicapaidan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari. Terdapat sesetengah guru menganggappenggunaan ICT hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Contohnya, Transformasi,Geometri, sudut, bearing, garis dan satah dan sebagainya. ICT boleh meningkatkankeberkesanan P&P matematik, namun bukan semua topik sesuai untuk diaplikasikan ICTdalam proses pengajarannya. Terdapat juga topik yang perlu menggunakan kapur dan papan
    • putih sahaja. Biasanya, ia melibatkan proses penyelesaian masalah dan bukannya untukmemantapkan proses pemahaman murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajar. Salah satu sikap yang biasa ditemui dalam kalangan guru adalah sikap tidak mahumengubah diri untuk sentiasa melakukan pembaharuan. Kebanyakan guru agak sukar untukmengubah gaya pengajaran pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkiniseperti menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-gurubiasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa denganapa yang selama ini mereka telah lakukan. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea daninovasi baru telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dapembelajaran mereka barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka. Terdapat juga guru yang fobia dengan teknologi ICT. Menurut Zorinawati (1999),fobia bagi golongan pendidik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu fobia dengankomputer atau takut akan komputer, fobia dengan perkembangan komputer atau takut tidakmampu menyaingi perkembangan komputer dan fobia dengan kerja atau takut jika tahutentang penggunaan komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua. Menurut MohdSobhi dan Musa (2007), sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidakakan menyelesaikan masalah berkaitan ICT dalam sekolah. Sikap yang positif terhadapsesuatu perkara adalah penting untuk mendorong seseorang itu melakukan sesuatu dengansepenuh hati. Sikap ini telah dikenal pasti sebagai petunjuk ramalan yang penting bagiperbezaan antara individu dalam aplikasi pendidikan, pembelajaran dan pencapaian. 2.3.4 Kekangan MasaPenyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD akanmengambil masa. Hal ini demikian kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilikpersediaan ke dalam kelas disebabkan peralatan-peralatan sebegini tidak disediakan di setiapkelas. Hal ini menyebabkan guru terpaksa memasang sendiri peralatan yang disediakan danguru akan mengambil masa untuk memasang peralatan-peralatan yang ingin digunakansemasa P&P yang menyebabkan masa yang diperuntukkan untuk mengajar dihabiskan untukmemasang peralatan sebegini. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputerpula, pergerakan pelajar dari kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari limahingga sepuluh minit. Hal ini akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurangan.Kemudahan-kemudahan ICT yang digunakan selalu mengalami kerosakan. Masalah inimenjdi lebih sukar kerana ketiadaan juruteknik ataupun staf yang mahir yang ditempatkan di
    • sekolah untuk memantau dan menyelenggara kemudahan-kemudahan ICT ini. Bilangan bilikkomputer yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakanmenyebabkan guru jarang menggunakan kemudahan ICT ini kerana terlalu banyak peraturan.3.0 LANGKAH MENGATASI3.1 Juruteknik di Setiap SekolahKadang-kala terdapat juga dalam kalangan guru teknologi maklumat yang kurangmempunyai kemahiran untuk menyelenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakanpada komputer perlulah merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanjayang besar dan proses P&P juga terganggu. Oleh itu, untuk membantu meringankan tugasguru dan menjimatkan perbelanjaan dalam membaik pulih perkakas-perkakas ICT, kerajaanperlulah menempatkan juruteknik di setiap sekolah. Di antara tugas-tugas juruteknik komputer ialah seperti membantu tugas-tugaspengurusan aset ICT di sekolah yang berada dibawah penyeliaan Pengetua atau Guru Besarataupun juga Guru Data. Selain itu, tugas juruteknik juga adalah menyelenggara kemudahan& perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPDserta menyelesaikan masalah teknikal seperti pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapanICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.Tugas lain juruteknik pula adalah membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN danWAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagiSchool*Net , EG*Net, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya. Tambahanpula, mereka juga bertugas untuk menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT serta bertugassebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantaukerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.Mereka juga bertugas dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusansekolah, mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat sekolah serta mematuhi kawalandan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telahditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta mampu melaksanakan tugas-tugas lainberkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa. Walaupun sesetengah sekolah mempunyai juruteknik komputernya sendiri namun,bilangannya adalah sedikit berbanding dengan jumlah sekolah yang terdapat di seluruhMalaysia. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak
    • peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai.Diharapkan kerajaan dapat menempatkan paling kurang seorang juruteknik komputer disetiap sekolah di negara kita supaya perkakas-perkakas komputer dapat dijaga dandiselenggarakan dengan sebaik mungkin supaya dapat digunakan oleh anak-anak pelajar kitadi seluruh negara dan ini dapat merealilasikan hasrat negara yang mahukan setiap rakyatnyacelik IT.3.2 Tambahan Makmal KomputerJusteru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusiprogram dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajarandalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru inidiajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dansebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yangtinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untukmembiasakan diri dengan penggunaan ICT. Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysiadikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luarbandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal inimenyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran danpembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harusdigunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal initidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaantelah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh Negarauntuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurangpelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmalkomputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi.3.3 Penyediaan KemudahanUntuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telahmecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengankemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untukmemudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada
    • paraguru. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telahdilengkapi dengan komputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000). Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan guru, guru yangmengajar di pendalaman juga ketinggalan. Kerajaan telah mengambil langkah bijak denganmemperkenalkan Projek Internet Desa dengan menempatkan beberapa stesen internet dibeberapa kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak seperti di kawasan Kota SamarahandanBario (Rozana, 2000). Penempatan beberapa stesen internet tersebut membolehkan merekayang berada di kawasan tersebut mengakses internet dan dapat berhubung dengan merekayang berada di dunia luar. Terdapat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jurangdigital antarakomuniti luar bandar dengan penubuhan 217 telecentre bawah program USB. Telecentretersebut terdiri daripada 42 pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat AksesKomuniti dan 78 Kelas Literasi Komputer. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeru semua sekolah supayamenggunakan inisiatif sendiri untuk menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar(Chandran,2000). Ini bermakna sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumberkewangan bagi tujuan tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada sekolah yangbekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektorswasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, keranasememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangankos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini, kadarbayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun,malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untukmenghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Webyang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta yang terlibat bertanggungjawab untukmembekalkan komputer, membaikpulih komputer dan membekalkan latihan kepada guru danpelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah, kerjasama daripadapembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna. Semasa pembelajaran Kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing ataufasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajarmelalui perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untukmenghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran.Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat
    • daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akanmengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulumemahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranyamengajar kelak. Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampaimaklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagaifasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para gurubebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaranformal yang lama. Guru membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber denganadanya teknologi maklumat dan komunikasi.4.0 KESIMPULANKesimpulannya, banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkanpenggunaan ICT di sekolah dalam pendidikan matematik ini. Penggunaan ICT ini dapatmeningkatkan minat murid untuk belajar kerana dengan meggunakan ICT dalam P&P,suasana kelas atau P&P itu sendiri akan menjadi lebih menarik. Selain itu, pelajar akanbelajar dengan lebih gembira. Tahap pembelajaran pelajar pula akan meningkat. Dengan penggunaan ICT dalamP&P, pelajar akan lebih faham. Seterusnya, belajar berbantukan ICT juga dapat melatih peajrsupaya belajar sendiri. Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran jugaakan menjadi lebih menarik. Guru juga boleh menyimpan dan menggunakan semula bahanpengajaran yang telah digunakan. Tetapi, apa yang kerajaan ingin lakukan tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana sikapguru itu sendiri dan kekangan-kekangan yang lain. Oleh itu, guru-guru perlu mengambilinisiatif sendiri agar proses P&P di bilik darjah dapat dijalankan dengan menggunakan ICTdan dapat mencapai matlamat kerajaan.
    • 5.0 RUJUKANNoor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah Binti Kassim@Aziz (2008). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. Tesis Sarjana, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Fullan, M. (1996). The New Meaning Of Educational Change. New York: Teacher College Press.Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia.Ting K, S. (2005). Sikap Guru Guru, Peranan ICT Dan Kekangan/Cabaran Penggunaan ICT. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional.Universiti Tekonologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.