Tugasan 3 final
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share

Tugasan 3 final

  • 1,186 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
1,186
On Slideshare
1,171
From Embeds
15
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
90
Comments
0
Likes
0

Embeds 15

http://amanshahskbud4.wordpress.com 15

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 2 PERSEPSI GURU TERHADAP PENGINTEGRASIAN FROG VLE DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMAN SHAH BIN SYED ALI SK. Bandar Utama Damansara ( 4 ), Petaling Jaya,Selangor ASTRAK Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi guru pengintegrasian Frog VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ). Penyelidik menggunakan kaedah kajian lapangan dengan menjadikan 50 orang guru dari SK Bandar Utama Damansara ( 4 ), Petaling Jaya, Selangor. Hasil dapatan kajian menunjukkan guru bersetuju bahawa pengintegrasian Frog VLE dalam PdP membantu mereka menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Majoriti guru memberikan pandangan bahawa penggunaan Frog VLE dalam proses PdP PdP lebih efektif serta bermakna. Dalam rumusan akhir kajian ini, penyelidik membuat kesimpulan yang positif bahawa pengintegrasian Frog VLE dapat diterima dengan baik oleh guru serta perlu ada kajian-kajian lain dijalankan tentang perkara ini. Kata kunci : persepsi, guru, integrasi, FROG VLE,
  • 2. 3 PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia berkembang selaras dengan perkembangan era globalisasi peringkat antarabangsa. Pelbagai kaedah baharu diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru akan menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Globalisasi telah mewujudkan konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan konsep perubahan tingkahlaku ( Nesbit & Adesope, 2006 ). Justeru, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) dalam bidang pendidikan mempunyai kaitan yang jelas dengan perkembangan ini. ICT telah memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di serata dunia khasnya negara-negara membangun seperti Malaysia. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diperkenalkan di Malaysia sejak beberapa tahun lalu dan mendapat respon yang positif dalam kalangan guru-guru. Perubahan dalam kurikulum pendidikan telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) seperti mewujudkan mata pelajaran Teknologi Maklumat ( IT ) bermula pada hujung tahun 1998 ( PPK, 2000 ). KPM juga telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti program pengenalan kepada komputer pada tahun 1986, projek literasi komputer pada tahun 1992, projek pelajaran berbantukan komputer ( PBK ) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah. Program-program adalah untuk memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan program-program ICT yang dilancarkan, kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Segala kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. Menyedari kepentingan dan keberkesanan penggunaan ICT
  • 3. 4 dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan perancangan berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan lagi. KPM telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkahlangkah untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006- 2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam PdP telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT. Selepas PIPP berakhir pada tahun 2010, kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 ( PPPM ) . Salah satu anjakan penting dalam PPPM adalah berkaitan dengan ICT. elan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran yang lebih khusus. Pada masa depan, murid akan menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat peribadi. Mereka dapat mempelajari mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah, dan belajar secara langsung dengan guru terbaik negara melalui program pembelajaran jarak jauh. Mereka juga dapat belajar mengikut kadar sendiri, dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dan bukannya sebagai pembekal kandungan mata pelajaran secara langsung. Kerajaan telah melengkapkan segala memperkenalkan Projek 1BestariNet untuk program ICT yang telah dirancangkan selama ini. 1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek
  • 4. 5 ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia. Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.
  • 5. 6 Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan laman web yang menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mengkaji persepsi guru terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam proses PdP. 2. Mengenal pasti sama ada penggunaan Frog VLE dalam PdP akan menjadikan PdP lebih efektif dan bermakna. 3. Mengenal pasti apakah masalah / kekangan / halangan yang dihadapi oleh guru semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses PdP. KEPENTINGAN KAJIAN Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tentang persepsi guru terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam proses PdP. Kajian ini penting supaya guru-guru tahu dan sedar bahawa persepsi positif murid terhadap bahan pengajaran khasnya Frog VLE merupakan satu cara untuk menyampaikan PdP dengan lebih berkesan. REKABENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Kajian ini turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi.
  • 6. 7 Mohd Najib (1999) mengatakan kajian berbentuk ini adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku, iaitu merujuk kepada penggunaan ICT yang semakin penting dalam sistem pendidikan pada masa kini, serta kepentingan guru-guru menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT untuk kegunaan peribadi atau dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala data-data mengenai persoalan kajian diperolehi dengan kaedah soal selidik. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana merasakan ianya paling sesuai untuk mendapatkan maklumat secara terperinci tentang kajian yang dijalankan. Kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden selain membuat pemerhatian persepsi mereka. Selain itu, ia dapat mengumpulkan data dengan lebih mudah dan sesuai dengan responden dalam kajian ini. Penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan semasa mengumpul data. Hasil dari soal selidik juga dapat menghasilkan item-item yang konsisten. Sebanyak 15 soalan dibahagikan kepada dua bahagian untuk tujuan penyelidikan ini. INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat untuk mengumpulkan data. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian. Antara kelebihan tersebut ialah arahan dan soalan yang dikemukakan dalam soal selidik adalah piawai dan seragam untuk semua sampel. Selain itu, jawapan yang diberikan oleh responden tidak dipengaruhi oleh pengkaji. Oleh sebab itu penganalisisan data mudah dilakukan apabila menggunakan soal selidik. Soal selidik dalam kajian ini diubahsuaikan daripada kajian terdahulu iaitu kajian Fairose ( 2007 ). Instrumen kajian ini terbahagi kepada dua iaitu Bahagian A : Maklumat Diri Responden dan Bahagian B : Persepsi guru terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam proses PdP.
  • 7. 8 SAMPEL KAJIAN Menurut Mohd Najib (1999) sampel adalah sumber mendapatkan data. Prinsip persampelan yang diamalkan adalah berdasarkan konsep kebarangkalian dan setiap eleman yang dipilih adalah mempunyai peluang yang sama. Pada asasnya, persampelan adalah merupakan satu usaha bagi seorang penyelidik untuk memperolehi maklumat daripada sampel yang dapat mewakili populasi tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 50 orangdari SK Bandar Utama Damansara ( 4 ), Petaling Jaya, Selangor. Jawapan daripada guru-guru ini diharapkan dapat memberi gambaran yang menyeluruh terhadap penerimaan Frog VLE oleh para guru secara keseluruhan. ANALISIS DATA Data diproses menggunakan perisian Statistical Package of Social Science ( SPSS ) Versi 12.0. Kegunaan kaedah statistik deskriftif dan inferensi pula digunakan untuk menganalisis data. Statistik deskriftif digunakan untuk menganalisis profil responden dan analisis soal selidik terhadap guru, persepsi guru terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam proses PdP. Statistik deskriftif yang digunakan adalah kekerapan dan peratusan. Keseluruhannya sebanyak 87 borang soal selidik telah dianalisis untuk menentukan kekerapan dan peratusan bagi setiap item soalan berdasarkan persoalan kajian. Dalam analisis ini, penyelidik menggunakan skala 1=sangat setuju, 2=setuju, 3=tidak pasti, 4=tidak setuju dan 5=sangat tidak setuju. Jadual 1 : Persepsi guru terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam PdP Item Sangat setuju 1. Frog VLE sesuai dintegrasikan 61.1% dalam proses PdP 2. PdP akan lebih interaktif dan efektif dengan pengintegrasian Frog 64.5% VLE Setuju Tidak pasti Tidak setuju 26.4% 5.7% 3.4% Sangat tidak setuju 3.4% 24.1% 4.6% 3.4% 3.4%
  • 8. 9 3.Saya menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE 3.4% dalam PdP 6.9% 5.7% 43.7% 40.2% Item 1 : Frog VLE sesuai diintegrasikan dalam proses PdP Jadual di atas menunjukkan bahawa 61.1% guru sangat bersetuju dengan kesesuaian Frog VLE diintegrasikan dalam proses PdP. 26.4% guru pula bersetuju dengan soalan yang ditanyakan. Namun, terdapat 5.7% guru yang tidak pasti tentang kesesuaian Frog VLE diintegrasikan dalam proses PdP, manakala masing-masing 3.4% tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan pengintegrasian Frog VLE dalam PdP. Dapatan ini bersesuaian dengan persepsi bahawa guru pada masa kini sudah terdedah dengan penggunaan teknologi maklumat secara meluas dan boleh diakses pada bila-bila masa serta di mana sahaja. Sebab itulah mungkin, ramai guru yang bersetuju dengan kesesuaian Frog VLE diintegrasikan dalam proses PdP. Item 2 : PdP akan lebih interaktif dan efektif dengan pengintegrasian Frog VLE Majoriti guru ( 64.5% ) memilih untuk sangat bersetuju bahawa proses PdP akan lebih interaktif dan efektif sekiranya Frog VLEn diintegarasikan semasa proses PdP. 24.1% murid bersetuju, 4.6 % tidak pasti, 3.4% tidak setuju dan 3.4% guru sangat tidak setuju bahawa proses PdP akan lebih interaktif dan efektif sekiranya diintegarasikan dengan Frog VLE. Mungkin teknik PdP kovensional seperti menggunakan buku dan papan putih atau konsep „chalk and talk’ kurang interaktif dan efektif. Penggunaan teks grafik, animasi, audio, dan video dalam PdP sangat penting pada masa kini. Item 3 : Saya menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses PdP Sebanyak 11.3% guru memberikan jawapan bahawa mereka menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses , yakni 3.4%guru sangat setuju menghadapi masalah dan 6.9% guru memberikan jawapan setuju. 5.7% guru tidak pasti sama ada mereka
  • 9. 10 menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses PdP. Namun, 83.9% guru memberikan jawapan bahawa mereka tidak menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses PdP.Dapatan ini jelas bahawa guru-guru di SK Bandar Utama Damansara ( 4 ) tidak menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses PdP. DAPATAN KAJIAN Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang dapat disimpulkan daripada kajian ini adalah seperti berikut : 1. Majoriti guru berpendapat bahawa Frog VLE sesuai diintegrasikan semasa proses PdP. Dapatan ini sebenarnya membuktikan bahawa Frog VLE diterima dengan baik oleh kebanyakan guru di negeri Selangor. Misalnya melalui laman Facebook „VLE-FROG negeri Selangor” (https://www.facebook.com/groups/vlefrog.selangor/members/) mempunyai 2416 orang ahli. Gambar 1 : Laman Facebook “VLE-FROG negeri Selangor” 2. Majoriti guru juga bersetuju bahawa penggunaan pengintegrasian Frog VLE dalam proses PdP menjadikan proses PdP lebih interafktif dan efektif. Ini dibuktikan dengan 86.6% peratus guru memilih untuk bersetuju dengan item dalam soal selidik yang dikemukakan. Dapatan analitik yang diperoleh melalui paparan pentadbir Frog VLE di https://bba8260.1bestarinet.netmenunjukkan semua guru sentiasa
  • 10. 11 berusaha untuk log masuk ke dalam Frog VLE setiap hari dan 100% guru sudah log masuk ke dalam Frog VLE. Gambar 2 : Laporan penggunaan Frog VLE oleh guru-guru 3. Majoriti guru menyatakan bahawa mereka tidak menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses PdP. 11.3% guru memberikan jawapan bahawa mereka menghadapi masalah semasa mengintegrasikan Frog VLE dalam proses , yakni 3.4%guru sangat setuju menghadapi masalah dan 6.9% guru memberikan jawapan setuju. Masalah ini adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut : a. Kurangnya kemahiran ICT b. Tidak mendapat latihan dan pendedahan yang mencukupi tentang Frog VLE c. Kekurangan minat untuk menggunakan ICT semasa proses PdP RUMUSAN Jelas daripada dapatan kajian yang diperoleh, guru telah menyahut seruan kerajaan untuk mengintegrasikan ICT dalam proses PdP. Dalam konteks kajian ini, persepsi guru menunjukkan bahawa guru perlu sentiasa terkedepan untuk mengikut rentak murid dalam proses PdP yang semakin kompleks dan mencabar dalam ledakan era teknologi sekarang ini. Oleh sebab itu, skop kajian ini perlu disusuli dengan kajian terhadap persepsi murid pula terhadap pengintegrasian Frog VLE dalam proses PdP. Selain daripada persepsi guru, perlu juga dijalankan kajian tentang kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
  • 11. 12 Sesuai dengan keperluan pendidikan dewasa ini, perlu diambil kira bagaimana meningkatkan minat guru-guru sebelum mereka pergi lebih jauh iaitu melakukan kerja-kerja harian mereka di sekolah menggunakan ICT. Hubungan yang signifikan yang dicatatkan juga memberikan gambaran bahawa peningkatan dari segi minat terhadap komputer dapat merangsang peningkatan dari segi penggunaannya di dalam kerja-kerja seharian di sekolah. Sungguhpun demikian, untuk mencapai maksud yang diharapkan seperti dalam PPPM, semua pihak perlu mengambil langkah proaktif untuk memperkenalkan Frog VLE kepada seluruh lapisan masyarakat. Antara langkah yang perlu diambil adalah : a. Mempromosikan penggunaan Frog VLE dalam media massa secara meluas, b. Membekalkan peralatan ICT yang mencukupi serta terkini kepada semua sekolah, c. Mempertingkat capaian talian internet di semua sekolah, dan d. Memberikan latihan yang berterusan kepada guru-guru tentang Frog VLE
  • 12. 13 BIBLIOGRAFI Azharuddin Sahil dan Bhasah Abu Bakar. (2009). Kesan Penggunaan Video Drama Terhadap Peningkatan Penghayatan Pelajar, Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi Pengajaran– Pembelajaran: 71-76. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort Fairose Shamsudin. 2006. Sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia https://www.facebook.com/groups/vlefrog.selangor/members/ https://bba8260.1bestarinet.net http://1bestarinet.net Janudin Sardi dan Mohd Zaki Abdul Rahman. (2009). Aplikasi Multimedia Mursyidi: Pendekatan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian, Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi Pengajaran– Pembelajaran: 195-207. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort Mohd Azidan B Abdul Jabar. (2009). Faedah Teknologi Pengajaran, dalam Pembelajaran Kemahiran Bahasa Asing. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi Pengajaran–Pembelajaran: 221230. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort Mohd Najib Abdul Gaffar (1999), Penyelidikan dalam Pendidikan, Skudai, Penerbit UTM Nesbit, C. John & Adesope, Olusola O. ( 2006) . Learning with concept and knowledge maps: A Meta-analysis. Review of Educational Research 76(3): 413-448 Norazah Mohd Nordin dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). (2008). Pengintegrasian ICT Dalam Pendidikan Penyelidikan, Amalan Dan Aplikasi. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Emi. (Ed.). 2008. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd