Qada dan qadar tauhid tahun 11

2,429 views
2,065 views

Published on

tauhid tahun11

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,429
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
135
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Qada dan qadar tauhid tahun 11

1. 1. QADHA DAN QADAR PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR   Asas kepercayaan manusia iaitu rukun iman ada enam perkara yang menjadikan seseorang itu muslim sejati dan tulin dengan amalan yang diredhai oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.   Berpegang teguh dengan kepercayaan di atas hidup kita akan selamat di dunia dan akhirat.   Sebagai rukun yang terakhir Qada dan Qadar merupakan masalah besar dan boleh menimbulkan persoalan yang rumit untuk diberi jawapan. Perbahasan dan perbincangan mengenainya sentiasa hangat dikalangan umat Islam dan setiap kali pula menemui kegagalan untuk mendapat atau mencapai jawaban yang memuaskan. Qada dan Qadar merupakan suatu ujian yang besar terhadap keyakinan seseorang Islam yang menyedarinya bahawa dia sungguh lemah dan kurang serta sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah S.W.T.
2. 2. PANDANGAN ISLAM DALAM PERBAHASAN QADA DAN QADAR   Rasulullah S.A.W sendiri tidak suka umatnya berbahas dan bertengkar mengenai dengan Qada dan Qadar dengan tujuan menyelamatkan aqidah mereka supaya tidak rosak. Masalah Qada dan Qadar adalah satu masalah yang sangat rumit untuk diselesaikan oleh fikiran manusia. Qada dan Qadar adalah masalah urusan Allah S.W.T dan ciptaannya. Allah S.W.T menciptakan sekalian makhluk dengan qada dan qadarnya. Tidak siapa yang dapat mengetahui urusan Allah S.W.T mencipta sesuatu yang dikehendakinya.
3. 3. PENGERTIAN QADA DAN QADAR QADAR QADA
4. 4. Berlakunya kejadian mengikut ketetapan yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi.   Contohnya: Apabila kertas yang kering disentuh oleh api, maka berlakulah kebakaran mengikut ketetapan Allah S.W.T yang azali. QADA
5. 5. Penetapan Allah S.W.T berlakunya sesuatu pada makhluknya sejak azali lagi.   Contohnya: Api ialah sejenis benda yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak azali bersifat membakar dan kertas yang kering boleh terbakar. QADAR
6. 6. MEMPERCAYAI QADA DAN QADAR

Umat Islam wajib mempercayai bahawa Allah S.W.T telah menetapkan bagi semua makhluk dan segala hal yang berlaku. ( Segala hal yang berlaku terhadap makhluknya adalah berdasarkan ketetapan Allah sejak azali.

Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya adalah mengikut pelan ketetapan Allah S.W.T yang tidak boleh terkeluar walaupun sedikit.

Apabila berlakunya sesuatu peristiwa ( qada ) daripada sesuatu sebab adalah mengikut ketetapan Allah yang azali lagi

ADAKAH USAHA DAN IKHTIAR BERTENTANGAN DENGAN QADHA DAN QADAR?
7. 7. DALIL WAJIB PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR Firman Allah S.W.T:   وما تشاءون الا أن يشأ الله Ertinya: “ Tidak berlaku apa yang kamu kehendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah “
8. 8.

Menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah S.W.T yang berkuasa terhadap sekalian makhluk, akan mengukuhkan lagi keimanan seseorang kepada Allah S.W.T.

Memelihara diri daripada sifat sombong , takabur, dan megah diri dengan kejayaan yang dicapai kerana manusia harus sedar bahawa semua itu adalah kurnia Allah S.W.T.

HIKMAT BERIMAN DENGAN QADA DAN QADAR
9. 9. HIKMAT BERIMAN DENGAN QADA DAN QADAR

Supaya memberi ketenangan jiwa, ketenteraman dan sabar dalam menghadapi sebarang dugaan dan reda dengan apa yang diterimanya.

Memelihara diri daripada sifat putus asa apabila menemui kegagalan kerana manusia akan sedar bahawa kegagalan itu adalah ujian daripada Allah S.W.T

Menambahkan keikhlasan atas segala yang dilakukan kerana yakin bahawa segala urusan hidup adalah dibawah kekuasaannya.

10. 10. BAHAGIAN DAN QADA QADAR Qada Muallaq Qada Mubram Peraturan alam yang tidak berubah Merupakan perbuatan dan untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk-makhluk yang lain.
11. 11. Yang dilaksanakan atau ditetapkan oleh Allah S.W.T yang dapat berubah mengikut kerasmian waktu dan keadaan.   Contohnya: - Rezeki, celeka, umur dan sebagainya. Qada Muallaq
12. 12. Qada yang umum dilaksanakan atau ditetapkan oleh Allah S.W.T tanpa berkait dengan sebarang sebab ini tetap akan berlaku dan tidak mungkin berubah dalam sebarang keadaan.   Contohnya: Berlakunya Qiamat- Qiamat pasti akan berlaku bila tiba waktunya Ajal ( mati ) – Tidak seorang pun boleh mengelakkan diri daripada mati. Qada Mubram
13. 13. Mempercayai bahawa semua kesalahan dan kesusahan yang menimpa diri kerana takdir Allah S.W.T semata-mata, bukan kesilapan diri.   Contohnya: ” Allah S.W.T telah mentakdirkan saya menjadi jahat “   Alasannya: - Segala keburukan dan kejahatan seseorang itu telah Allah S.W.T tentukan sejak azali lagi, tiada siapa yang dapat melawannya . FAHAMAN SALAH MENGENAI QADA DAN QADAR
14. 14.   Menyerah bulat-bulat pada takdir Allah S.W.T kerana malas berusaha dan berikhtiar.   Contohnya: Mengenai dengan rezeki. Rezeki seseorang itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi.   Alasannya: - Segala sesuatu itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T samada seseorng itu menjadi kaya atau miskin. Seseorang itu tidak perlu berkerja keras dan bersusah payah FAHAMAN SALAH MENGENAI QADA DAN QADAR
15. 15. Allah S.W.T telah menentukan siapakh yang masuk syurga dan neraka.   Contohnya: Kalau Allah S.W.T hendak memasukkan seseorang ke syurga, orang yang tidak sembahyang pun boleh masuk syurga.   Alasannya: - Kemasukkan syurga dan neraka telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi . FAHAMAN SALAH MENGENAI QADA DAN QADAR
16. 16. APAKAH DIA PERSELISIHAN PENDAPAT MANUSIA DI SEKITAR QADA DAN QADAR?