Tutoial minggu 3

  • 131 views
Uploaded on

...

...

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
131
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
5
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. TUTOIAL MINGGU 3 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING URL VIDEO: 1. Kemahiran Prasesi Sebelum sesuatu sesi kaunseling dijalankan, kaunselor sewajarnya terlebih dahulu menyemak rekod peribadi klien untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu kelancaran sesi kaunseling yang akan dijalankan. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak berlakunya gangguan semasa sesi kaunseling berlangsung. Ini adalah kerana sesuatu sesi kaunseling itu akan dapat berjalan dengan baik apabila klien merasa selesa meneruskan sesi dan kaunselor pula perihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien. 2. Kemahiran Membina Hubungan Kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor mesti berusaha membina suasana persekitaran yang kondusif lagi meyakinkan dan menunjukkan kemesraan kepada klien. Sesuatu perhubungan yang baik boleh diperhatikan melalui beberapa perlakuan berikut: • Kemesraan perhubungan dalam pertemuan. • Klien berkongsi masalah tanpa rasa ragu. • Tanda kepercayaan lahir disebabkan penerimaan tanpa syarat oleh kaunselor. Di bawah kemahiran membina perhubungan ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapuitik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan cara duduk dalam
  • 2. kaunseling. Kesemua kemahiran-kemahiran ini adalah bertujuan untuk memperbetulkan ketidak seimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien. 3. Membina Suasana Persekitaran Memandangkan biasanya sesuatu perbincangan kaunseling selalunya berlangsung selama 30 minit atau lebih sedikit semetara tajuk yang dibincangkan mungkin serius, maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi tadi tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang sehingga boleh menghilangkan tumpuan tehadap sesi yang dijalankan. Suhu bilik pula tidak terlalu panas atau sejuk. Bilik atau ruang sesi kaunseling mestilah kemas dan tidak menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor. 4. Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan perasaan dan pengaliran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu suasana teraputik merupakan asas penting yang membolehkan sesi kaunseling berjalan baik dan lancar .
  • 3. 5. Ruang Untuk Berkomunikasi Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang penting dalam menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan berkesan tanpa gangguan fizikal atau psikologikal. Kaunselor perlulah memahami beberapa pertunjuk berhubung masalah ruang ini seperti peraturan agama, perbezaan jantina, umur, budaya , latar belakang etnik dan isu yang dibincangkan. Di dalam sesi kaunseling jarak/ruang kaunselor dan klien haruslah tidak terlalu hampir atau terlalu jauh sehingga boleh menyukarkan interaksi kedua-dua pihak. 6. Penampilan Diri Pandangan kali pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang bakal terjalin di antara kaunselor dan klien. Sebagai contoh kaunselor dan klien harus berpakaian mengikut norma - norma tempatan. Penampilan yang luar biasa pula boleh menganggu tumpuan semasa sesi seperti berpakaian dengan pakaian yang menjolok mata, pakaian terlalu serebih mahupun bau badan busuk atau bau minyak wangi yang terlalu kuat dan merangsangkan. 7. Ekspresi Muka Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka merupakan satu cara manusia menghantar mesej. Oleh itu, adalah penting kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat meyakinkan klien. Ekspresi muka yang tidak sama dengan kata-kata akan menimbulkan reaksi kurang senang klien. Seperti mulut tersenyum tetapi nada suara sinis. Senyuman seperti ini tidak akan ditafsirkan sebagai ikhlas tetapi ia lebih kepada mengejek. 8. Kontak Mata Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi menumpukan perhatian ke arah muka klien. Tujuan sebenar kontak mata adalah bertujuan untuk memberi tumpuan, menunjuk minat, menunjuk tanda
  • 4. hormat, menggalakkan perundingan dan mempamerkan kesungguhan kaunselor terhadap isu yang dibawa oleh klien. 9. Kemahiran Menyoal Satu lagi kemahiran asas yang penting dalam proses komunikasi ialah “kemahiran menyoal”. Menyoal di sini bermaksud keupayaan kaunselor untuk mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan kefahaman klien terhadap tajuk atau isu yang sedang dibincangkan. Kesesuaian soalan yang dikemukakan amat penting agar maklum balas yang diperoleh boleh membantu proses bimbingan yang sedang berlangsung. Kemahiran menyoal ini dapat dipraktikkan melalui dua bentuk soalan, iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup. Soalan Terbuka Soalan Tertutup • Bentuk soalan yang dikemukakan kepada klien • Bentuk soalan langsung yang memerlukan yang memerlukan penerangan atau penjelasan yang jawapan pengesahan secara ringkas, iaitu panjang. “ya” atau “tidak”. • Memberi banyak ruang kepada klien untuk terus • Ruang untuk terus bercakap terhad. bercakap. Contoh Contoh Kaunselor, Kaunselor, “Siapakah yang melakukannya?” “Bagaimanakah berlaku,” ataupun peristiwa itu boleh ataupun “Sanggupkah anda menceritakan peristiwa “Cuba anda terangkan apakah tindakan yang harus sebenar apa yang berlaku?” anda lakukan.”
  • 5. 10. Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan perkara asas yang perlu dikuasai dengn baik oleh seseorang kaunselor. Secara amnya dapatlah kita katakan bahawa mendengar itu adalah satu proses yang dinamik dimana kita cuba sedaya upaya memberi sepenuh tumpuan dari segi jasmani, emosi dan perasaan untuk memahami dan mendapatkan mesej yang hendak disampaikan secara berkesan. Biasanya dalam proses komunikasi, individu akan memberi tumpuan kepada dua bentuk penyampaian yang berbeza, iaitu yang melibatkan lisan dan bukan lisan. Penumpuan terhadap bentuk lisan melibatkan usaha kita untuk memahami mesej yang disampaikan secara pertuturan, sebutan ataupun ucapan. Biasanya mesej secara lisan lebih mudah difahami melalui nada, kata-kata, bahasa, gaya, sebutan dan sebagainya. Tumpuan bukan lisan pula memerlukan kaunselor mendapatkan mesej secara tidak langung melalui penggunaan bahasa isyarat yang mana ia dipersembahkan melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara memberi tumpuan kepada gerak geri badan (contoh: cara duduk), mimik muka (contoh: senyum) ataupun pergerakan anggota badan (contoh : mendakap tangan). Mesej yang tersirat ini sebenarnya membantu kita untuk memahami dengan lebih jelas tentang apa yang disampaikan secara lisan. Reik (1948) dalam bukunya Listening With The Third Ear pernah menegaskan tentang kepentingan mendengar yang dimaksudkan di atas di mana beliau menyatakan “mendengar dengan telinga ketiga”. 11. Kemahiran Melakukan Dorongan Minimum Dorongan minima sangat diperlukan tanda sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima adalah merupakan respon dalam bentuk ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang mengalakkan klien untuk terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima dalam bentuk perkataan adalah seperti bagus ,teruskan,
  • 6. selepas itu, jadi, terangkan lagi, oh , dan dalam bentuk anggota seperti sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi. Tujuan dorongan minima adalah untuk memberikan rangsangan kepada klien untuk terus bercerita. Di samping ia menunjukkan kaunselor mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien. Ishammuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima ialah; a) kaunselor memberi perhatian b) menolong penerokaan kendiri klien c) supaya klien terns bercakap d) mempengaruhi arus perbualan e) Punctuate interview 12. Kemahiran Aplikasi Teori Dan Teknik Kaunseling Apabila seseorang kaunselor menguasai teori-teori dan teknik-teknik kaunseling, kaunselor akan lebih berupaya untuk menolong klien untuk berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh klien dengan lebih yakin . Apa yang lebih penting ialah kaunselor perlu tahu bagaimana dan bila masanya untuk mengaplikasi kemahiran teori dan teknik-teknik kaunseling yang ada padanya. Kaunselor juga perlu bijak memilih teknik sesuai digunakan apabila berhadapan dengan seseorang klien itu.
  • 7. 13. Kemahiran Merumus Merumus boleh difahami sebagai pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien serta mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Sesuatu rumusan boleh dilakukan di permulaan, di tengah atau pun di akhir sesi kaunseling. Rumusan yang dibuat pada hujung sesi kaunseling, biasanya merupakan rumusan keseluruhan bagi sesuatu sesi kaunseling lshamuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus ialah; a) Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien b) Mengenalpasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalu timbul selepas beberapa mesej tersebut. c) Supaya klien mendengar semula kata-katanya. d) Supaya tidak ada berlaku perubahan rupa Sesuai digunakan apabila sesi terhenti atau terbantut. e) Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan boleh mempercepatkan proses kaunseling. 14. Kemahiran Konfrontasi Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien dengan kaunselor. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor menggunakan nada yang lembut yang mengandungi unsur- unsur ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien. Biasanya kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam keadaan –keadaan berikutnya :
  • 8. a) Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya. b) Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu masa apa yang dikatakan pada masa yang lain. c) Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan. d) Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh klien mengenai dirinya . Contoh l "Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada persediaan untuk berjaya".