Masalah cetak rompak di malaysia

1,747 views
1,677 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,747
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
35
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Masalah cetak rompak di malaysia

  1. 1. Masalah Cetak Rompak di Malaysia: Jenis, Punca, Kesan, Langkah Mengatasi dan Teori-teori psikologi/sosiologi yang berkaitan dengan masalah cetak rompak 1.0 Pendahuluan Isu cetak rompak di Malaysia bukanlah masalah baru di negara ini, masalah kegiatan haram ini telah berlaku sejak sekian lamanya. Jika ditinjau dari sudut pengertiannya, cetak rompak ialah satu pencabulan hak cipta yang bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa izin, iaitu mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu. Hak cipta adalah sejenis harta intelektual dimana ia boleh wujud dalam berbagai- bagai karya kreatif, hasil kerja intelektual atau berseni, ia termasuklah gubahan muzik, filem, drama, rakaman audio, perisian dan sebagainya. Secara amnya cetak rompak ataupun barang peniruan adalah merupakan barang yang dihasilkan semula dan serupa dengan barang asli (Gael & Christopher, 1994). Jika ditinjau dalam situasi yang berlaku di Malaysia ini, kegiatan cetak rompak pada mulanya bermula sebagai sebuah industri ‘belakang rumah’ yang bermaksud aktiviti perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan tersembunyi. Selepas itu, kegiatan ini telah berkembang menjadi sebuah sindiket jenayah terancang yang didalangi oleh kumpulan berpengaruh dari dalam dan luar negara. Hal ini dibuktikan melalui modus operandi yang dijalankan oleh mereka yang agak terancang dan meluas serta tidak hanya terhad kepada pasaran tempatan sahaja. Menurut bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang pada ketika itu dijawat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau mengatakan bahawa masalah kegiatan cetak rompak ini sukar diatasi kerana ia melibatkan hubungan rangkaian jenayah terancang antarabangsa. Sindiket itu juga licik mengelak segala peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa. Sebagai contoh, apabila kerajaan membekukan pengimportan mesin membuat cakera optik (CO), mereka membawa masuk peralatan tersebut
  2. 2. secara berasingan (dismantle units) dan mengisytiharkan ia sebagai produk komputer. Harga sebuah mesin membuat cakera optik (CO) dikatakan bernilai hampir RM4 juta. 2.0 Jenis dan kaedah cetak rompak yang dikenal pasti Terdapat pelbagai cara hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran daripada pemilik hak cipta yang telah dikenalpasti, antaranya adalah seperti penerbitan semula sebahagian atau kesemua hasil karya, kaedah seperti ini lazimnya didapati dalam kebanyakan barangan cetak rompak. Kaedah cetak rompak yang kedua ialah dengan membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotokopi, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada format PDF. Kaedah yang seterusnya ialah dengan menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza, ia biasanya terjadi terhadap bahan-bahan bacaan seperti buku dan majalah. Kaedah cetak rompak yang terakhir pula ialah dengan mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta. Jenis-jenis cetak rompak yang boleh didapati di negara ini adalah seperti cetak rompak DVD, VCD, CD. Bahan seperti ini mudah sekali dicetak rompak kerana pengusaha aktiviti haram ini hanya memerlukan mesin pencetak dan CD- R (compact disc-Rom) yang kosong dan murah. Keadaan ini menyebabkan barang cetak rompak ini mampu dikeluarkan sehingga menyebabkan ia berlambak di pasaran dan mudah didapati oleh para pengguna untuk menonton sesebuah filem ataupun album muzik. Jenis cetak rompak bahan-bahan penulisan pula boleh didapati dalam bentuk buku-buku mahupun penulisan yang terdapat dalam laman-laman web yang disalin tanpa kebenaran daripada pihak asal. Bahan cetak rompak juga boleh didapati dengan mudah melalui rangkaian internet, terdapat sesetengah agensi ataupun orang perseorangan yang menyediakan perkhidmatan muat turun (download) video dan muzik yang diambil
  3. 3. tanpa pengetahuan syarikat penerbitan asal terlebih dahulu. Selain itu, cetak rompak perisian (software) juga adalah merupakan salah satu jenis cetak rompak yang terdapat di Malaysia. 3.0 Punca berlakunya masalah cetak rompak. Salah satu punca utama yang menyebabkan masalah ini masih berleluasa di negara ini ialah harga produk atau barangan cetak rompak yang jauh lebih murah daripada barangan tulen. Lazimnya barangan cetak rompak seperti VCD, CD, perisian komputer dan sebagainya dijual dengan harga yang lebih murah kerana mereka yang terlibat dalam pengeluaran barangan ini hanya memerlukan kos yang rendah dan tidak perlu membayar bayaran royalti kepada pengeluar asal barangan tersebut. Apabila kos pengeluarannya murah, maka produk cetak rompak juga dapat dijual dengan harga yang murah. Sebagai contohnya, mengikut harga pasaran, para pengguna dapat membeli tiga keping CD dengan hanya RM10. Jika dibandingkan dengan harga CD yang asli, pengguna perlu membayar dua kali ganda daripada harga tiga keping CD cetak rompak tersebut semata-mata hanya untuk membeli sekeping CD asli sahaja. Fenomena cetak rompak seperti ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk membelinya dengan murah. Bagi pelajar yang belum lagi mempunyai pendapatan tetap mereka juga mampu membeli barangan cetak rompak, apatah lagi golongan remaja ini mempunyai minat yang lebih tinggi untuk menikmati filem-filem sensasi mahupun muzik cita rasa golongan ini sehingga sanggup untuk membeli barangan cetak rompak tanpa perlu menghabiskan wang yang lebih untuk membeli barangan yang asli. Penjualan barangan cetak rompak di tempat-tempat terbuka menyebabkan masalah cetak rompak ini masih belum diatasi sepenuhnya. Penjualan cetak rompak ini biasanya dijalankan di tempat-tempat awam seperti pasar malam, di kaki lima, pasar raya dan sebagainya. Hal ini memudahkan lagi aktiviti jual beli diantara pengguna dengan wakil atau agen pengeluar cetak rompak ini. Apabila keadaan seperti ini berlaku maka ramailah yang akan bertindak untuk membeli barangan cetak rompak daripada membeli barangan yang asli. Hal ini kerana
  4. 4. pengguna terdorong untuk membelinya kerana ia mudah didapati di samping harganya yang memang murah. Terdapat juga para peniaga barangan cetak rompak yang pandai memujuk para pengguna untuk membeli jualan cetak rompak mereka, sebenarnya perkara inilah yang menyebabkan kegiatan cetak rompak masih terus terjadi ditambah lagi dengan sikap para pengguna yang mempunyai tahap kesedaran yang rendah mengenai hal-hal berkaitan harta intelek. Teknologi yang canggih juga mendorong kepada penularan kegiatan ini dalam masyarakat di negara ini. Dengan adanya teknologi yang canggih ini, pihak yang terlibat dalam barangan cetak rompak dapat menghasilkan produk tiruan yang serupa dengan produk yang asal. Mesin pencetak CD dan VCD dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengeluarkan CD dan VCD cetak rompak. Dengan adanya teknologi komputer, perisian-perisian program komputer tertentu dapat dicetak rompak dan seterusnya dijual kepada pengguna komputer yang memerlukan perisian tersebut dengan harga yang lebih murah. Penyalahgunaan teknologi komputer juga dapat dilihat melalui pengunaan rangkaian internet yang dijadikan sebagai medium penyebaran produk cetak rompak. Sebagai contohnya pengguna tidak perlu membeli filem atau album artis yang asli di pasaran tetapi hanya perlu memuat turun benda-benda yang dicetak rompak tersebut daripada internet sahaja. Selain itu, dengan adanya alat telekomunikasi canggih seperti telefon mudah alih juga ia dapat membantu pengedar barangan cetak rompak ini daripada dikesan oleh pihak berkuasa. 4.0 Kesan-kesan masalah jenayah cetak rompak Kesan daripada kegiatan cetak rompak ini antara lainnya akan menyebabkan ekonomi negara merosot. Hal ini kerana pendapatan negara menjadi berkurang kerana cukai yang dihasilkan daripada industri pengeluaran yang berasaskan percetakan ini tidak dapat dijana sepenuhnya. Pengeluar yang menghasilkan industri percetakan yang sah ini mengalami kerugian disebabkan produk dan barangan asli yang dikeluarkan mengalami kemerosotan dari segi jualan syarikat. Oleh itu, pengeluar-pengeluar asli ini tidak dapat menampung
  5. 5. beban cukai yang dikenakan oleh kerajaan, ini sekali gus memeberi impak kepada kejatuhan ekonomi negara. Sebaliknya pengusaha-pengusaha cetak rompak ini pula yang mengaut keuntungan, mereka lebih mementingkan kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan akibat buruknya. Sebagai contohnya dalam industri komputer di Malaysia, pendapatan yang dapat dijana daripada industri ini pada tahun 1996 adalah lebih RM300 juta dan jumlah itu dijangka akan meningkat pada tahun-tahun seterusnya, namun masalah pula timbul dengan wujudnya cetak rompak perisian komputer, keadaan ini menyebabkan pendapatan negara bagi industri tersebut telah berkurang. Sebenarnya jika pendapatan negara meningkat, maka banyaklah perbelanjaan dan peruntukan yang digunakan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan sosial yang digunakan untuk keselesaan dan kemakmuran rakyat di negara ini. Kegiatan cetak rompak yang berleluasa di negara ini juga menyebabkan nama baik negara tercemar. Menyentuh mengenai masalah cetak rompak ini sebenarnya sejak tahun 2004, Malaysia pernah diletakkan sebagai negara yang berada dalam senarai pemerhatian utama oleh Pakatan Harta Intelek Antarabangsa (IIPA) sebagai antara negara yang paling serius terbabit dengan kegiatan cetak rompak. Situasi ini telah menyebabkan masyarakat luar memberi tanggapan bahawa negara ini merupakan sarang berkumpulnya lanun-lanun cetak rompak dan ini membawa kesan terhadap nama baik Malaysia di mata dunia. Namun atas hasil usaha semua pihak dalam membendung masalah ini, Malaysia akhirnya terkeluar daripada senarai pemerhatian oleh pakatan tersebut pada tahun 2007. Kegiatan cetak rompak ini juga telah menyebakan kesan langsung terhadap industri hiburan di negara ini. Hal ini timbul disebabkan wujudnya cetak rompak VCD dan CD album-album muzik artis dan filem-filem tempatan yang berleluasa di negara ini. Penyebaran bahan-bahan ini di internet yang diambil tanpa kebenaran pengeluar sah juga menyebakan masalah ini berlaku. Berdasarkan pendapatan industri hiburan yang dibuat pada tahun 1996 hingga tahun 2000, pendapatan keseluruhan industri hiburan di negara ini merosot dari RM80 juta pada 1996 kepada RM20 juta pada tahun 2000. statistik hiburan yang
  6. 6. dibuat turut menganggarkan bahawa kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan nilai industri hiburan negara dikuasai oleh lanun cetak rompak. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan olehInternational Intellectual Property Alliance pada tahun 2003, pendapatan industri hiburan di Malaysia mengalami kerugian pada tahap yang tinggi. Sejak dari tahun 1998 hingga 2003, kerugian yang di tanggung oleh syarikat rakaman adalah lebih daripada 70 peratus. Penjualan album artis-artis popular turut mengalami kemerosotan dari tahun ke tahun. Kesan yang paling nyata akibat daripada cetak rompak terhadap industri hiburan di negara ini akan menyebabkan pelabur-pelabur dari luar negara tidak yakin untuk melabur dalam industri hiburan di negara ini. Manakala pengeluar dari negara asing juga kurang berminat untuk menempatkan hasil pengeluaran mereka di negara ini. Dari segi sosial, kegiatan cetak rompak boleh membawa kesan negatif terhadap masyarakat. Dengan wujudnya kegiatan ini maka video-video yang berunsur negatif seperti video lucah mudah didapati oleh para pelanggan, hal ini kerana video seperti ini dapat dicetak dengan mudah dan dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak melalui kaedah cetak rompak. Para pelanggan khususnya remaja dan pelajar mudah terpengaruh dengan video seperti ini dan kesannya mereka mudah terlibat dengan kes-kes jenayah seksual dan maksiat seperti terlibat dengan kes rogol dan menjalankan hubungan seks luar nikah. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa kesan daripada barangan cetak rompak ini boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral masyarakat khususnya mereka yang terdiri daripada golongan remaja. Selain itu juga, kegiatan cetak rompak ini juga boleh membawa kepada jenayah-jenayah lain. Sebagai contohnya pertelingkahan antara pengusaha cetak rompak yang berebut hak mengeluarkan barangan cetak rompak dan berebut kawasan penjualan barangan cetak rompak mereka. Perkara tersebut dilakukan semata-mata hanya untuk mengurangkan pesaing mereka agar mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih, implikasi daripada hal tersebut maka berlakulah pergaduhan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan membabitkan penglibatan kongsi gelap
  7. 7. dan gengster. Secara ringkasnya, semua situasi ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes-kes jenayah di negara ini, sekali gus menunjukkan bahawa negara ini dilabel sebagai sebuah negara yang tidak selamat. 5.0 Langkah mengatasi masalah jenayah cetak rompak. Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kegiatan cetak rompak ini sebenarnya. Salah satu langkah yang boleh dijalankan ialah dengan menjalankan dasar memboikot barangan cetak rompak. Kita sedia maklum bahawa para pengguna mempunyai kuasa pembelian dalam sesebuah ekonomi negara. Oleh itu masalah kegiatan cetak rompak yang hingga mewujudnya perlambakan barangan cetak rompak di pasaran ini tidak mungkin akan berlaku jika permintaan daripada para pengguna tidak wujud. Dalam hal ini, permintaan pengguna ini perlu dititikberatkan kerana ia akan mempengaruhi gelagat pembelian pengguna terhadap barang cetak rompak dan ia sebenarnya dikenali sebagai “the dark side of consumer behavior” (Hirschman, 1991). Sesungguhnya pengguna memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini, penekanan terhadap kesedaran penghargaan hak cipta atau paten penting dalam setiap lapisan masyarakat. Kesedaran yang dimaksudkan disini ialah kesedaran mengenai hasil usaha dan titik peluh yang telah diusahakan oleh para pengeluar asli ini, usaha yang dijalankan mereka itu akhirnya pula telah ditiru dan diambil sewenang-wenangnya tanpa kebenaran mereka, malahan pihak yang meniru dan mencetak rompak ini pula yang mendapat pulangan berbanding pengeluar asli ini. Oleh itu para pengguna di negara ini perlulah sedar tentang bagaimanakah perasaan mereka jika mereka berada dalam keadaan nasib yang sama dengan pengeluar-pengeluar asli itu. Usaha memboikot daripada para pengguna salah satunya dapat membendung masalah cetak rompak ini. Langkah seperti menjalankan harga kawalan maksima terhadap barangan aslijuga dapat membendung masalah ini. Harga kawalan maksima yang dimaksudkan disini ialah penetapan harga maksimum oleh badan-badan tertentu bagi menetapkan sesuatu barangan asli seperti VCD dan DVD yang difikirkan
  8. 8. berpatutan untuk dibeli oleh para pengguna. Harga yang ditetapkan tersebut mestilah mengambil kira kualiti barangan tersebut, kita sedia maklum bahawa salah satu faktor yang menyebabkan pembelian barangan cetak rompak ini ialah harganya yang murah, oleh itu penetapan harga kawalan maksima terhadap barangan asli ini penting agar tidak menjadi beban terhadap para pengguna untuk memilikinya. Walaupun penetapan harga barangan asli tersebut tidaklah semurah harga barangan cetak rompak, pengguna perlulah sedar bahawa kualiti barangan asli adalah lebih baik dan bermutu berbanding barangan cetak rompak. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang secara tegas juga perlu dijalankan bagi mengatasi kegiatan cetak rompak ini. Setakat ini beberapa akta dan undang-undang telah digubal bagi mengatasi masalah-masalah berkaitan cetak rompak. Antara akta-akta yang diperkenalkan tersebut ialah seperti Akta Hak Cipta 1987, Akta Perihal 1972 dan Akta Cakera Optik 2000. Undang-undang siber yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah cetak rompak industri komputer pula ialah seperti Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan Akta Hakcipta Pindaan 1997. Salah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam bidang kuasa ini ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Walaupun pelbagai undang-undang telah diperkenalkan, namun masalah ini masih juga berterusan. Oleh itu, Penguatkuasaan secara tegas undang-undang tersebut penting dalam mencegah unsur-unsur kegiatan ini di Malaysia. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil terhadap orang perseorangan dan organisasi-organisasi yang terlibat dalam kegiatan cetak rompak tanpa mengira latar belakang, pangkat mahupun kedudukan mereka. Orang ramai juga perlulah bersedia untuk tampil memberikan maklumat yang berguna terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan ini tanpa perlu berasa takut. Semua langkah tersebut memainkan peranan penting dalam mengatasi kegiatan cetak rompak di negara ini.
  9. 9. 6.0 Teori Psikologi/Sosiologi yang dapat dikaitkan dengan Masalah Cetak Rompak 6.1 Teori Anomie Teori ini pada mulanya diperkenalkan oleh Emile Durkheim pada tahun 1897, kemudian teori ini dikembangkan oleh Robert K. Merton pada tahun 1938. secara umumnya teori ini memperlihatkan faktor masyarakat yang menyebabkan sesuatu tingkah laku devian itu berlaku. Menurut Merton, devian sosial berlaku disebabkan oleh jurang diantara matlamat seseorang dalam masyarakat dengan cara-cara yang dipersetujui bagi mencapai matlamat tersebut. Menurut beliau lagi, individu-individu yang gagal mencapai matlamat yang ditetapkan oleh masyarakat ini akan cuba menyesuaikan diri mereka dengan kegagalan tersebut melalui berbagai-bagai cara. Contohnya disini ialah semua orang inginkan kehidupan yang senang, namun tidak semua orang mampu mencapai matlamat tersebut, keadaan ini menyebabkan mereka yang rata-ratanya berada dalam kelas sosial yang rendah ini ditindas oleh golongan kelas sosial tinggi. Terdapat empat kumpulan mereka yang tergolong dalam individu-individu yang gagal ini menurut Merton. Empat kumpulan ini ialah kumpulan inovasi (innovation), ritualisme (ritualism), menarik diri (retreatist) dan pemberontak (rebellion).Kumpulan inovasi dan kumpulan menarik diri ini boleh dikaitkan secara langsung dalam masalah cetak rompak ini. Kumpulan inovasi ialah mereka yang suka membuat pembaharuan dan cuba mencapai masyarakat dengan cara melakukan devian. Sebagai contohnya dalam masalah cetak rompak ini, individu yang terpengaruh untuk mencapai kesenangan hidup dengan cara yang pantas akan bertindak menjadi pengusaha kepada barangan cetak rompak, hal ini kerana mereka tahu bahawa jika mereka melibatkan diri dengan perniagaan haram ini, mereka akan mudah mendapat keuntungan yang lebih berbanding dengan pengeluar-pengeluar barangan asli tersebut. Kumpulan menarik diri pula adalah golongan yang berasa putus asa dengan matlamat dan cara tindakan yang diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh disini, pengusaha- pengusaha barangan cetak rompak ini berasa putus asa dengan prosedur-
  10. 10. prosedur yang perlu dijalankan untuk menjadi pegeluar yang sah dan diberikan hak untuk mengeluarkan sesuatu barangan yang asli, prosedur tersebut juga memerlukan kos dan perbelanjaan yang tinggi untuk dikendalikan. Kesannya pengusaha yang berniat untuk mendapatkan hak pengeluaran ini berasa putus asa sehingga menyebabkan mereka memilih jalan mudah dengan mengeluarkan barangan cetak rompak. 6.2 Teori konflik Teori ini mula dianjurkan oleh ahli-ahli sosiologi seperti Taylor, Walton dan Young (1973). Secara umumnya teori ini juga melihat faktor masyarakat yang menyebabkan berlakunya masalah devian sosial. Nilai, norma dan tingkah laku dari golongan masyarakat atasan yang mempunyai kuasa mengatasi segala-galanya sehingga sanggup menindas golongan kelas sosial bawahan. Segala undang-undang dan peraturan dikatakan digubal untuk menjaga kepentingan golongan atasan ini sahaja. Tanggapan ini telah menyebabkan berlakunya konflik sehingga menyebabkan golongan-golongan tidak bernasib baik ini menunjukkan pelbagai tindakan yang menyebabkan berlakunya devian sosial. Dalam situasi masalah cetak rompak ini, keadaan hidup dalam sesebuah masyarakat menyebabkan individu-individu tertentu terlibat dengan kegiatan cetak rompaki, mereka melakukan semua ini kerana mereka merasakan bahawa golongan yang mempunyai kuasa dalam pengeluaran barang dan produk asli adalah mereka yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih tinggi atau mempunyai kekayaan sehingga menyebabkan golongan atasan ini lupa bahawa orang bawahan juga mempunyai keinginan yang sama seperti mereka juga, iaitu ingin mengeluarkan sesuatu barangan sendiri dan mendapat hasil pendapatan daripada jualan barangan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan yang tertindas ini tidak berpuas hati sehingga menyebabkan mereka melibatkan diri dengan kegiatan cetak rompak. Terdapat juga mereka yang terdiri daripada golongan atasan ini terbabit dengan kegiatan cetak rompak, namun apabila setiap kali langkah membenteras kegiatan ini dijalankan oleh pihak berkuasa, mereka yang terdiri daripada golongan elit ini sering terlepas
  11. 11. disebabkan oleh kerana pangkat, kuasa, wang sogokon dan rasuah sehingga menyebabkan pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan terhadap mereka. Keadaan ini menyebabkan terdapat individu-individu yang bertindak untuk turut terlibat dengan kegiatan cetak rompak disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan perlaksanaan undang-undang tersebut, disamping mencari keuntungan. Mereka merasakan bahawa mengapa orang atasan sahaja yang terlepas daripada tindakan undang-undang tersebut sedangkan mereka juga inginkan hak yang sama dengan orang atasan tersebut. 6.3 Teori pembelajaran Sutherland (1992) (dlm. Clinard & Meier, 2004), telah menjelaskan bahawa tingkah laku devian adalah disebabkan oleh pembelajaran dan bukannya disebabkan oleh faktor-faktor seperti kurangnya kecerdasan, masalah dalam fungsi otak dan sebagainya. Salah satu teori yang dikaitkan dengan teori pembelajaran dan tingkah laku devian ini ialah teori peneguhan (Reinforcement Theory) yang dikemukakan oleh Akers (1985, 1998). Beliau menerangkan bahawa tingkah laku devian adalah disebabkan oleh pembelajaran berasaskan peneguhan atau ganjaran. Bagi situasi masalah cetak rompak ini, individu-individu yang terlibat dalam kegiatan ini mereka mempelajarinya melalui kisah-kisah mereka yang telah terlibat dalam kegiatan ini melalui saluran-saluran media massa seperti dalam televisyen dan media cetak yang lain. Apabila mereka mereka mengetahui kisah-kisah tersebut, mereka mendapati bahawa kegiatan ini boleh membawa hasil keuntungan yang lumayan walaupun kegiatan ini mereka ketahui bahawa adalah kegiatan yang menyalahi undang-undang dan berisiko. Terdapat elemen peneguhan dalam situasi ini sebenarnya, iaitu hasil keuntungan yang lumayan. Oleh itu, hal ini menyebabkan mereka terdorong untuk menjalankan kegiatan cetak rompak ini. Dalam situasi yang lain pula terdapat individu yang menjual barangan cetak rompak seperti CD dan VCD secara kecil- kecilan pada peringkat awalnya. Hasilnya jualan barang cetak rompak tersebut telah mendatangkan keuntungan kepada individu tersebut, keadaan ini akhirnya akan mendorong individu tersebut untuk mengulangi perbuatan menjual
  12. 12. barangan cetak rompak itu. Oleh itu secra ringkasnya teori pembelajaran ini juga boleh dikaitkan tentang sebab berlakunya masalah kegiatan cetak rompak ini terjadi secara berleluasa. 6.4 Teori kawalan Teori yang mula diutarakan oleh Kornhauser (1978), menerangkan bahawa tingkah laku devian adalah disebabkan oleh kekurangan kawalan terhadap individu daripada kumpulan-kumpulan tertentu seperti keluarga, komuniti ataupaun masyarakat yang hidup bersama-sama dengan individu tersebut. Hirschi (1969) (dlm. Clinard & Meier, 2004), telah mengemukakan istilah ‘ikatan’ (Bond) yang yang mengandungi empat perkara iaitu kedekatan (attachment), komitmen (commitment), penglibatan (involvement), dan kepercayaan (belief). Kesemua perkara tersebut dapat menghindari tingkah laku devian, jika perkara tersebut tidak berlaku maka tingkah laku devian akan berlaku. Dalam situasi masalah cetak rompak ini, individu-individu yang mana tidak mendapat kawalan sepatutnya daripada kumpulan tertentu seperti daripada ahli keluarga akan mudah terjebak dengan kegiatan cetak rompak ini. Sebagai contoh disini, seseorang individu tersebut mempunyai keinginan untuk menjalankan kegiatan menciplak produk orang lain dengan harapan ingin mendapat manfaat seperti kepuasan dan keuntungan, dalam masa yang sama pula kawalan dan perhatian daripada ahli keluarga indvidu tersebut adalah kurang, keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut bebas melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan iaitu melibatkan diri dengan kegiatan cetak rompak. Kawalan daripada kumpulan yang mempunyai kedekatan dengan individu tersebut sebenarnya sangat penting kerana ia dapat mengelakkan individu tersebut daripada terlibat dengan masalah cetak rompak di samping menyediakan sokongan sosial. Hal ini kerana kumpulan-kumpulan tersebut dapat membetulkan apa sahaja perkara yang salah yang dilakukan oleh individu seperti ini. Misalnya dalam situasi tadi, ahli keluarga seperti ibu bapa seharusnya memberi nasihat kepada individu tersebut bahawa kegiatan cetak rompak itu adalah satu yang menyalahi undang-undang dan boleh membawa keburukan
  13. 13. kepada ramai pihak termasuklah individu dan kumpulan terdekat tesebut. Masyarakat yang hidup bersama-sama dengan individu juga memainkan peranan penting dalam membentuk norma yang baik bagi mengelakkan individu seperti ini tidak terlibat dengan kegiatan cetak rompak. 6.5 Teori labelan Teori yang diperkenalkan oleh Becker (1963), menerangkan bahawa tingkah laku devian adalah disebabkan oleh tindakan kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat yang menetapkan peraturan dan kebenaran kepada orang yang melakukan kesalahan (Clinard & Meier, 2004). Tindakan melabel seseorang seseorang sebagai pesalah akan menyebabkan orang yang dilabel sebagai pesalah itu kehilangan semangat untuk mencapai penyempurnaan kendiri dan berasa putus asa, walaupun mereka telah insaf dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Masalah cetak rompak ini juga boleh dikaitkan dengan teori labelan ini. Sebagai contoh dalam situasi ini, terdapat kelompok tertentu yang terus melabel mereka yang telah insaf dan sedar daripada melakukan kegiatan cetak rompak ini sebagai “lanun cetak rompak” ataupun “sampah masyarakat”. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan mereka berasa berputus asa dengan sikap orang-orang seperti ini. Walaupun mereka telah berazam untuk mengubah cara hidup mereka, namun labelan yang dikenakan terhadap mereka ini menyebabkan mereka merasakan seolah-olah masyarakat tidak mahu menerima diri mereka. Labelan yang dikenakan juga boleh melibatkan terhadap orang- orang terdekat individu yang pernah terbabit dengan kegiatan cetak rompak, sebagai contoh label turut dikenakan terhadap keluarganya. Keadaan ini boleh menyebabkan mereka ini berasa malu, mereka tidak berpuas hati dengan labelan yang dikenakan, sebagai tindak balasnya mereka terus mengulangi jenayah cetak rompak tersebut. Secara ringkasnya, jenayah cetak rompak dan teori labelan ini dapat disimpulkan seperti berikut, individu tersebut melibatkan diri dalam jenayah cetak rompak kali pertama (primary deviance), kemudian kelompok tertentu melabel individu tersebut dan sebagai tindak balasnya individu
  14. 14. tersebut melibatkan diri lagi dalam jenayah cetak rompak ini kali kedua (secondary deviance). 7.0 Kesimpulan Berdasarkankan teori psikologi dan sosialogi yang dibincangkan sebelum ini, golongan yang biasanya terlibat dengan kegiatan cetak rompak ini tidak semestinya terdiri daripada golongan pelajar sahaja, tetapi juga boleh terdiri daripada mereka yang datang daripada golongan kelas bawahan yang ingin mencapai keinginan hidup untuk mendapatkan wang. Oleh kerana mereka tidak mempunyai kelulusan-kelulusan tinggi, mereka tidak mampu mendapatkan pekerjaan yang baik, oleh itu mereka terdesak untuk menjalankan pekerjaan yang menyalahi undang-undang sebagai contoh terlibat dengan kegiatan cetak rompak ini. Selain itu, sebenarnya golongan atasan yang terdiri daripada golongan elit dan profesional juga cenderung terlibat dalam kegiatan cetak rompak ini. Tujuan mereka ialah ingin mendapatkan keuntungan sampingan daripada kegiatan haram ini, ditambah lagi dengan modal dan kepakaran yang ada pada mereka inilah yang menyebabkan kegitan cetak rompak ini terus wujud. Berdasarkan kesemua faktor-faktor masalah cetak rompak tersebut menurut pandangan saya, kawalan kendiri adalah merupakan faktor yang penting. Hal ini adalah kerana jika seseorang individu itu mempunyai kawalan kendiri yang tinggi dia akan mampu menilai akibat tindakan yang akan dilakukannya sebelum melakukan sesuatu perkara sama ada perkara yang dilakukan tersebut membawa kepada kesan baik ataupun kesan buruk. Kawalan kendiri ini sebenarnya akan turut mempengaruhi secara langsung kesemua faktor-faktor yang menyebabkan penglibatan mereka dengan masalah ini. Secara totalnya, saya bersetuju bahawa kawalan kendiri ini merupakan faktor utama yang menyebabkan mengapa berlakunya masalah kegiatan cetak rompak ini. Rujukan
  15. 15. Clinard, M. B., & Meier, R. F. (2004). Sociology of Deviant Behavior. (12th ed). United States: Wadsworth/Thomson Learning, Inc. Hamden Ramli. (2001). Cetak rompak kini dipercayai sindiket jenayah terancang.Rencana Jenayah Mingguan Malaysia. Diterima pada — Mac, 2009, daripadahttp://skypin.tripod.com Hussin Abdullah & Lim Hock Eam. (2004). Gelagat Pembelian Barang Cetak Rompak: Kesan Faktor Harga dan Pendidikan. Diterima pada — Mac, 2009, daripada http://pkukmweb.ukm.my Salome, S. (2004). Masalah Cetak Rompak Terhadap Industri Muzik di Malaysia. Diterima pada — Mac, 2009, daripada http://econ2.upm.edu.my Disediakan oleh: A. Rahman A. N. (Mac, 2009). http://nikalila.wordpress.com/2012/03/23/masalah-cetak-rompak-di-malaysia-jenis-punca- kesan-langkah-mengatasi-dan-teori-teori-psikologisosiologi-yang-berkaitan-dengan-masalah- cetak-rompak-3/ http://starflower-gejalasosial.blogspot.com/2010/08/cetak-rompak.html http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130315/ws_03/Melaka-jadi-Zon-Anti-Cetak- Rompak-pertama-di-Malaysia http://www.sinarharian.com.my/bisnes/isu-perisian-cetak-rompak-masih-berterusan-kata-bsa- 1.114497 http://www.bharian.com.my/articles/Malaysiadikeluarkandaripadasenarainegarakurangjagahar taintelek/Article/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2012&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

×