1STPM/S970PEPERIKSAANSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(STPM)SENI VISUALSukatan Pelajaran dan Kertas Soalan ContohSukatan ...
2FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusanke arah memperkembangkan lagi potensi i...
3PRAKATASukatan Pelajaran Seni Visual yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran SeniVisual sedia ada ya...
4KANDUNGANSukatan Pelajaran 970 Seni VisualHalamanMatlamat 1Objektif 1KandunganPenggal 1Penggal 2Penggal 323 – 67 – 89 – 1...
1SUKATAN PELAJARAN970 SENI VISUALMatlamatSukatan pelajaran ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan yang dapat memben...
2KandunganKandungan mata pelajaran Seni Visual STPM terbahagi kepada tiga komponen utama pembelajaran.Pertama adalah aspek...
3Penggal 1TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran CatatanAPRESIASI SENI VISUAL1 Pengenalan Seni Visual 121.1 Pengertian Sen...
4TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran Catatan1.2.3 Penaungan (e) menjelaskan hubunganhasil seni denganpenaungan.Contoh p...
5TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran Catatan2.2.1 Unsur seni danprinsip rekaan(b) memerihalkanpenggunaan unsur senidan ...
6TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran Catatan3 Pendekatan Sejarahdan Kritikan Seni Visual723.1 Pendekatan SejarahSeni Vi...
7Penggal 2TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran CatatanLUKISAN PENGKARYAANDAN PEREKAAN1 Pengenalan Jenis-jenisLukisan12 C...
8TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran Catatan3 Penggubahan Lukisan 723.1 Lukisan kajian sejadidan buatan manusiaCalon se...
9Penggal 3TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran CatatanPROJEK KAJIAN SENIVISUAL1 Cadangan Projek 24 Calon seharusnya dapa...
10TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran Catatan3 Persembahan danPeragaan24 Calon seharusnya dapat:3.1 Pameran dan kemasan...
11Kerja Kursus (Kerja Projek)1 PengenalanSetiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melak...
12Garis Panduan Umum Kerja Projek: Projek Kajian Seni Visual (Kertas 3)1. AmProjek kajian Seni Visual memerlukan calon mem...
13(c) Persembahan dan peragaan(i) Pameran hasil karya dan kemasan(ii) ApresiasiPenyataan karyaLisan
14Garis Panduan Umum: Teori Projek Kajian Seni Visual (Kertas 4)1. AmTeori projek kajian Seni Visual boleh dibahagikan kep...
15Skim PentaksiranKertas 1: 970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual)Kertas ini menguji calon dari aspek pengetahuan, ke...
16Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar:(a) menggunakan teknik yang sesuai bagi memperihalkan c...
17Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar:(a) menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual m...
18Skim PentaksiranPenggalPengajianKod danNama KertasJenis UjianMarkah(Wajaran)Masa PentadbiranPenggal 1 970/1Seni Visual 1...
19Senarai Rujukan1. Feldman, E.B., 1994. Practical Art Criticism. Upper Saddle River, New Jessey: Prentice-HallInc.2. Hors...
20
21KERTAS SOALAN CONTOHNo. kad pengenalan: ………………................... No. pusat/angka giliran: ……………..………….970/1 STPMSENI VI...
22Bahagian A[35 markah]Jawab semua soalan.1 (a) Namakan dua bidang perekaan dalam seni visual................................
23Gambar 1Menumpang (2007) Hassan Mohd Ghazali3 (a) Jelaskan kepentingan kritikan Seni Visual................................
244 Gambar 2 ialah gambar foto sebuah basikal bermotor pengangkutan awam di negara Jepun.Berdasarkan gambar tersebut,(a) n...
25Bahagian B[30 markah]Jawab dua soalan sahaja.5 Penaungan seni ialah suatu unsur penyumbang kepada pekembangan seni di se...
267 Berdasarkan Gambar 4 yang bertajuk Malaysia Truly Asia, bincangkan bagaimana subjek dalamkarya tersebut dapat disesuai...
27Bahagian C[15 markah]Jawab satu soalan sahaja.9 Gambar 6 ialah gambar animasi yang dijanakan melalui komputer grafik. Be...
28HALAMAN KOSONG970/1
29KERTAS SOALAN CONTOH(FORMAT 1)970/2 STPMSENI VISUALKERTAS 2(LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN)(Tiga jam)MAJLIS PEPERIKSAA...
30Buat satu lukisan dengan menggunakan media kering berasaskan seting yang disediakan. Andadikehendaki melukis dari sudut ...
31KERTAS SOALAN CONTOH(FORMAT 2 – CONTOH 1)970/2 STPMSENI VISUALKERTAS 2(LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN)(Tiga jam)MAJLIS...
32Buat satu lukisan pengkaryaan atau perekaan bertemakan Alam Semula Jadi.Berdasarkan kepada objek yang diberi anda dikehe...
33KERTAS SOALAN CONTOH(FORMAT 2 – CONTOH 2)970/2 STPMSENI VISUALKERTAS 2(LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN)(Tiga jam)MAJLIS...
34Berdasarkan Gambar 1 di bawah ini, anda dikehendaki membuat lukisan yang merujuk kepada watakwira kepimpinan negara kita...
35KERTAS SOALAN CONTOH970/3 STPMARAHAN KERJA KURSUS SENI VISUALKERTAS 3(PROJEK KAJIAN SENI VISUAL)MAJLIS PEPERIKSAAN MALAY...
36PENGKARYAAN 1Balai Seni Lukis Negara akan mengadakan satu pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2008yang bertemakan “Wa...
37PEREKAAN 1Sebuah syarikat sukan sedang mempromosi pelbagai alat sukan lasak (extreme) untuk dipasarkan.Buat analisis ten...
38HALAMAN KOSONG970/3
39KERTAS SOALAN CONTOH970/4 STPMSENI VISUALKERTAS 4(TEORI PROJEK KAJIAN SENI VISUAL)(Tiga jam)MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(...
40Jawab semua soalan.(a) Dengan merujuk kepada lokasi dan kajian yang telah dibuat (sebagaimana dalam kajianawal), anda di...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

970 sp seni visual (30.3.12)portal mpm

310

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
310
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "970 sp seni visual (30.3.12)portal mpm"

  1. 1. 1STPM/S970PEPERIKSAANSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(STPM)SENI VISUALSukatan Pelajaran dan Kertas Soalan ContohSukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
  2. 2. 2FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusanke arah memperkembangkan lagi potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.”
  3. 3. 3PRAKATASukatan Pelajaran Seni Visual yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran SeniVisual sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia padatahun 2005. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. PeperiksaanSijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yangmenggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Seni Visual inimengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistempeperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yangbaharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akanmenduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysiamemperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajarandan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran danpembelajaran di kolej dan universiti.Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Seni Visual ini merupakan proses pengemaskinian tajuk,kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Kertas-kertas yangditawarkan ialah Kertas 1 (Apresiasi Seni Visual), Kertas 2 (Lukisan Pengkaryaan dan Perekaan),Kertas 3 (Projek Kajian Seni Visual), dan Kertas 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual). Kertas 1merujuk kepada aspek teori yang menekan domain kognitif. Unsur-unsur pemikiran kreatif danintelektual terhadap konsep, bahasa, dan makna seni visual diperjelaskan. Pengetahuan dankefahaman pelajar terhadap teori seni visual akan membantu pelajar menjalankan kerja praktikal danpenzahiran karya seni yang lebih kukuh. Bagi Kertas 2 pula, perubahan dilakukan dengan merujukkepada kerja-kerja praktikal yang memberi kemahiran asas dalam penghasilan karya dan perekaanuntuk pelajar menghasilkan karya seni visual yang lebih kukuh. Pengkajian lukisan adalah tertumpukepada kajian seting dan gubahan. Kertas 3 merujuk kepada kerja kursus yang menguji kemahirancalon untuk menghasilkan karya seni visual sama ada dalam bidang pengkaryaan atau perekaan.Projek kajian ini merupakan kerja kursus yang dinilai secara pentaksiran berasaskan sekolah. BagiKertas 4 pula, calon yang mengambil kertas ini perlu mempunyai kemahiran yang benar-benar samadengan kemahiran yang ditunjukkan oleh calon Kertas 3. Hal ini bermakna calon akan diuji tentanghal-hal yang berkaitan dengan kerja kursus bagi menghasilkan karya dan rekaan.Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikutpenggal, di samping skim pentaksiran, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh.Usaha untuk mengemas kini sukatan pelajaran Seni Visual STPM ini telah dilaksanakan olehJawatankuasa Sukatan Pelajaran Seni Visual Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang dipengerusikanoleh Y. Bhg. Profesor Dr. Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali dari Universiti Teknologi Mara.Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, guru yangmengajar di sekolah, dan pegawai dari bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatanpelajaran ini mula digunakan pada sesi 2012/2013. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, sayamerakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini ataskhidmat bakti yang diberikan. Semoga usaha murni ini mencapai matlamatnya.Ketua EksekutifMajlis Peperiksaan Malaysia
  4. 4. 4KANDUNGANSukatan Pelajaran 970 Seni VisualHalamanMatlamat 1Objektif 1KandunganPenggal 1Penggal 2Penggal 323 – 67 – 89 – 10Kerja Kursus (Kerja Projek) 11Garis Panduan Umum Kerja Projek: Projek Kajian Seni Visual 12 – 13Garis Panduan Umum: Teori Projek Kajian Seni Visual 14Skim Pentaksiran 15 – 18Senarai Rujukan 19Kertas Soalan ContohKertas 1 21 – 28Kertas 2 29 – 34Kertas 3 35 – 38Kertas 4 39 – 40
  5. 5. 1SUKATAN PELAJARAN970 SENI VISUALMatlamatSukatan pelajaran ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan yang dapat membentuk pelajaryang berpemikiran kreatif, inventif, inovatif, kritikal, analitikal, dan saintifik, serta berpengetahuandalam proses penyelesaian masalah terhadap penghasilan, penampilan, dan apresiasi karya seni.Sukatan pelajaran ini juga dapat mengembangkan aspek pemerolehan pengetahuan, pengembangankualiti personal, dan penerokaan terhadap nilai dan emosi yang dapat dimanfaatkan dalam bidangpendidikan, kerjaya, dan kehidupan.ObjektifObjektif pembelajaran Seni Visual adalah untuk meningkatkan kebolehan pelajar dari aspekpengetahuan, kemahiran, dan kualiti personal.Pengetahuan(a) menerang dan menghuraikan pengertian dan peranan Seni Visual dalam mengembangkankreativiti, budaya, sosial, dan ekonomi serta sumbangannya sebagai alat komunikasi yangberkesan(b) membuat deskripsi, analisis, interpretasi, dan pertimbangan secara berpengetahuan terhadap nilaiestetik, makna, dan fungsi karya(c) menggunakan kefahaman apresiasi, pendekatan sejarah, dan kritikan seni dalam seni visualKemahiran(a) mengekspresikan idea secara kreatif dan inovatif(b) mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penghasilankarya(c) menunjukkan idea baharu dalam penghasilan karya dan perekaan(d) menyelesaikan permasalahan visual berasaskan kefahaman aspek formal seni visual(e) mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual(f) mempersembahkan hasil karya seni visual sesuai dengan konsep dan konteksKualiti Personal(a) menunjukkan kekuatan gaya penampilan karya yang tersendiri(b) mengenengahkan idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan(c) menunjukkan kesungguhan meneroka ilmu menerusi rujukan, eksperimentasi, dan eksplorasi(d) memberi hujah secara yakin terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya mengikutkesesuaian konteks(e) menampilkan kebolehan mengorganisasi secara berkesan melalui persembahan dan peragaankarya(f) mengemukakan pemikiran kritikal dan analitikal dalam perbincangan dan perbahasan SeniVisual
  6. 6. 2KandunganKandungan mata pelajaran Seni Visual STPM terbahagi kepada tiga komponen utama pembelajaran.Pertama adalah aspek teori, kedua adalah aspek praktikal (lukisan), dan ketiga adalah aspekpenyelidikan menerusi kerja kursus. Menerusi mata pelajaran ini calon akan ditaksir dari aspek teoridan praktis.Pembahagian ketiga-tiga komponen tersebut dapat dijelaskan sebagaimana berikut:Apresiasi Seni VisualApresiasi Seni Visual memberi fokus kepada pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap pengertiandan peranan seni visual, aspek formal, dan kritikan seni. Unsur pemikiran kreatif dan intelektualterhadap konsep, bahasa, makna, dan fungsi seni visual diperjelaskan. Pengetahuan dan kefahamanterhadap apresiasi seni visual dapat membantu proses menzahirkan karya seni yang lebih kukuh.Lukisan dalam Pengkaryaan dan PerekaanLukisan merupakan kerja praktikal yang dapat memberi kemahiran asas dalam penghasilan karya.Pengkajian lukisan adalah tertumpu kepada kajian seting dan gubahan yang boleh digunakan dalampengkaryaan dan perekaan.Projek Kajian Seni VisualProjek kajian ini merupakan projek kerja kursus yang berteraskan kepada penyelidikan. Bidangpengkajian terbahagi kepada dua aspek, iaitu pengkaryaan dan perekaan.Nota: Pendekatan pembelajaran adalah berteraskan kepada konsep pembelajaran inkuiri yangmelibatkan aspek penyelidikan, perkembangan, penyelesaian masalah, dan refleksi.
  7. 7. 3Penggal 1TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran CatatanAPRESIASI SENI VISUAL1 Pengenalan Seni Visual 121.1 Pengertian Seni Visual Calon seharusnya dapat:1.1.1 Pengkaryaandan perekaan(a) memerihalkan pengertianpengkaryaan danperekaan dalam senivisual;(b) mengkategorikanpengkaryaan danperekaan mengikutbidang;Pengertian SeniVisual dalamkontekspengkaryaanmerangkumi senicatan, lukisan, arca,dan cetakanAspek perekaanmerangkumikomunikasi visual,reka bentukteknologi, dan rekabentuk persekitaran1.1.2 Apresiasi (c) memerihalkan danmembuat penghayatanterhadap proses dan karyaseni visual.Aspek apresiasimeliputi isupenghayatanterhadap karya senivisual1.2 Peranan Seni Visual Calon seharusnya dapat:1.2.1 Perananpsikologi(a) menjelaskan peranan senivisual dari aspekpembangunan potensiindividu;Pembangunanpotensi individumerangkumikreativiti, sensitiviti,emosi, dan ekspresi1.2.2 Peranansosiologi(b) menerangkan perananseni visual dari sudutsosiologi;(c) menganalisis danmenjelaskan potensipengkaryaan danperekaan dalam aspekkomersial;(d) mengenalpasti perananpengkarya terhadappembangunan budaya,warisan, dankemasyarakatan;Peranan seni visualdari nasionalisme,persekitaran,propaganda,pemujukan, ritual,pengeluaran,komersial, budaya,warisan, pendidikan,dan kemasyarakatan
  8. 8. 4TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran Catatan1.2.3 Penaungan (e) menjelaskan hubunganhasil seni denganpenaungan.Contoh perananpenaungan individuialah status danpelaburan manakalaperanan institusiialah pengekalan,pemuliharaan, danpendidikan2 Bentuk Karya Seni Visual 36 Calon seharusnya dapat:(a) menganalisis subjek,aspek formal, kandungandan konteks yangmembentuk kesatuandalam sesebuah karyaatau rekaan.2.1 Subjek Calon seharusnya dapat:2.1.1 Hal benda (a) menghuraikan perkarayang menjadi asaspengkaryaan danperekaan sesuatu hasilseni.Hal benda ialahkandungan imejyang menjadiperkara utama dalamkarya berdasarkankepada temaTema ialah pokokpersoalan bagimenyatakan sesuatumesej. Tema bolehmerujuk kepadaaspek fenomena,kebudayaan,keagamaan,kepercayaan,teknologi, dan utiliti2.2 Aspek formal Calon seharusnya dapat:(a) memerihal ciri organisasibagi proses pembentukankarya;Aspek formal ialahsuatu ciri organisasidalam prosespembentukan karyayang melibatkanunsur seni danprinsip rekaandengan sokonganmedia dan teknikbagi mencapaikesatuan dalamsesebuah karya
  9. 9. 5TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran Catatan2.2.1 Unsur seni danprinsip rekaan(b) memerihalkanpenggunaan unsur senidan prinsip rekaan bagimencapai kesatuan;(c) menjelaskan unsur seniyang menjadi asas kepadapenghasilan karya;(d) menjelaskan prinsiprekaan bagimengorganisasisesebuah karya seni;Unsur senitermasuklahgarisan, rupa, nilai,jalinan, dan warnaPrinsip rekaan ialahsatu prosespengorganisasianbagi mewujudkanharmoni dankepelbagaian.Harmonidiwujudkanmenerusipengulangan danirama. Kepelbagaiandibentuk menerusifaktor berbezaAntara prinsiprekaan yangmembentuk harmonidan kepelbagaianialah keseimbangan,kadar banding,penegasan,pergerakan, danekonomi2.2.2 Media danteknik(e) menjelaskan penggunaanmedia dan teknik dalampengolahan sesebuahhasil seni.Menerusipendekatankonvensional danbaharu2.3 Kandungan danKonteksCalon seharusnya dapat:2.3.1 Makna (a) menganalisis maknakarya;Antara aspek maknamelibatkan aliran,kebudayaan,kepercayaan, danpersekitaran2.3.2 Fungsi (b) menganalisis fungsikarya.Antara aspek fungsimelibatkan nilaiestetik dan nilaipraktikal
  10. 10. 6TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran Catatan3 Pendekatan Sejarahdan Kritikan Seni Visual723.1 Pendekatan SejarahSeni VisualCalon seharusnya dapat:(a) menggunakan pendekatansejarah seni visual untukmembuat apresiasi dankritikan;Sejarah seni visualbermaksud merujukkepada pengkaryaandan perekaan dalamkonteks kronologi,masa, dan gaya(b) menjelaskan gerakan seniutama yang terdapatdalam seni visual.Antara gerakan seniialah mengikut fasatradisi, moden, danpasca moden3.2 Kritikan Seni Visual Calon seharusnya dapat:3.2.1 Pengertiankritikan senivisual(a) menerangkan pengertiankritikan seni sebagai alatmemahami dan menilaikarya seni;Skop kritikan senimelibatkan maksud,tujuan, pendekatan,dan strategi3.2.2 Tujuan kritikanseni visual(b) menjelaskan tentang carauntuk memahami danmenikmati karya seniserta membantu prosespengkaryaan danperekaan;3.2.3 Pendekatankritikan senivisual(c) menggunakan pendekatanyang sesuai dalammembuat kritikan karyaseni;Pendekatan kritikanseni visual bolehdibuat secarajurnalistik danilmiah3.2.4 Strategikritikan senivisual(d) menggunakan strategiyang sesuai dalammembuat kritikan karyaseni.Strategi kritikan senivisual melibatkanDeskripsiAnalisisIntepretasiPertimbangan
  11. 11. 7Penggal 2TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran CatatanLUKISAN PENGKARYAANDAN PEREKAAN1 Pengenalan Jenis-jenisLukisan12 Calon seharusnya dapat:(a) mengenal pasti jenis-jenislukisan yang berkaitandengan pengkaryaan danperekaan.Antara jenis lukisanialah lukisanfiguratif, kajian,informasi, teknikal,fantasi, konseptual,dan ilustrasi2 Kemahiran Asas Lukisan 362.1 Media dan teknik asaslukisanCalon seharusnya dapat:(a) membuat eksplorasimedia dan teknik.Antara medialukisan adalahseperti pensel,arang, pastel,krayon, pen, danmarkerAntara teknik asaslukisan adalahseperti hatching,crosshatching,sgraffito, danblending2.2 Pengamatan2.2.1 Satu objek2.2.2 Antara objekCalon seharusnya dapat:(a) membuat kajian visualterhadap sifat objek danhubungan objek.Aspek pengamatanterhadap sifat objekseperti keras,lembut, berjalinan,dan lut sinarAspek pengamatanterhadap hubunganobjek melibatkanbentuk, kedudukanobjek, skala dankadar banding,pencahayaan,struktur, ruang, dansuasana
  12. 12. 8TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran Catatan3 Penggubahan Lukisan 723.1 Lukisan kajian sejadidan buatan manusiaCalon seharusnya dapat:(a) membuat kajian lukisanyang berteraskan kepadaobjek sejadi dan objekbuatan manusia.3.2 Lukisan teknikal Calon seharusnya dapat:(a) mengaplikasi tekniklukisan yang berasaskankepada aspek teknikal danketepatan.Antara contohlukisan teknikalialah yangmelibatkanprojection danelevationAntara contohilustrasi penerbitanialah majalah,risalah, identitikorporat,pembungkusan, danposterAntara contohilustrasi industriialah fesyen,perabot, automobil,dan baranganpengguna3.3 Ilustrasi penerbitandan industriCalon seharusnya dapat:(a) mengaplikasi lukisanilustrasi bagi penghasilanrekaan penerbitan danindustri.
  13. 13. 9Penggal 3TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran CatatanPROJEK KAJIAN SENIVISUAL1 Cadangan Projek 24 Calon seharusnya dapat:1.1 Pernyataanpermasalahan kajianmerujuk tema projek1.2 Penentuan tema,subjek, konsep, dankandungan1.3 Penentuanpendekatan aspekformal1.4 Pernyataankepentingan projek1.5 Pemilihan sumber danrujukan(a) mengenal pastipermasalahan visual danrumusan penyelesaiansesuai dengan tema yangmelibatkan idea, konsep,dan konteks;(b) mengemukakan keaslianidea dan konsep menerusilakaran, sumber danrujukan;(c) menentukan subjek,kandungan danpendekatan aspek formal;(d)menentukan pendekatandan gaya penghasilan ataupenampilan;(e) menjelaskan cadanganprojek dan kepentinganpengkaryaan danperekaan.Cadangan projekseni visualmerupakan kertaskonsep bagimengemukakan ideadan rasional projeksama ada yangberbentukpengkaryaan atauperekaan dalamformat yang telahditetapkan denganmelampirkansumber rujukan danlakaran2 Penghasilan Karya 72 Calon seharusnya dapat:2.1 Lakaran dan lukisandalam perkembanganidea(a) memperkembangkan ideadan ekspresi menerusilakaran dan kajian visualyang menjurus kepadaidea yang konkrit;(b) membuat eksperimenterhadap media dan teknikdan kesesuaiannya bagimengembangkan idea danekspresi;(c) membuat gubahan bagimenghasilkan karya akhir.Lakaran visualbertujuan untukmenzahirkan ideayang melibatkanaktiviti lakaranthumbnail, lakarankasar, dan lakaransebenar2.2 Pemilihan media danteknik2.3 Penentuan gayapenghasilan ataupenampilan2.4 Penggubahan danpenyelesaian visual
  14. 14. 10TajukWaktuPengajaranHasil Pembelajaran Catatan3 Persembahan danPeragaan24 Calon seharusnya dapat:3.1 Pameran dan kemasanhasil karya(a) memperagakan karyadengan kemas dan teraturbersesuaian denganlokasi;(b) membentangkankeseluruhan hasil karyasecara lisan.3.2 Apresiasi3.2.1 Penyataankarya3.2.2 Lisan
  15. 15. 11Kerja Kursus (Kerja Projek)1 PengenalanSetiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakankerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal 3. Calon sekolahswasta dan calon persendirian individu pula dikehendaki mengambil kertas 970/4. Wajaranmarkah bagi komponen kerja projek ini adalah sebanyak 25%. Markah pentaksiran kerja projekhendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk diambil kira bersama-samadengan markah peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.Pentaksiran pencapaian calon dalam kerja projek ini berdasarkan kepada aspek yang telahditetapkan dalam Sukatan Pelajaran. Panduan dan arahan tugasan kerja projek akan diberikanmelalui portal MPM http://www.mpm.edu.my. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankanpada penggal 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh MPM.2 ObjektifObjektif kerja projek ini disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam;menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaanmengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi,rujukan, dan sumbermenentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, danteknikmenentukan gaya penghasilan atau penampilan karyamengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam prosespenghasilan karyamenghasilkan lakaran yang menjurus kepada idea yang konkritmenggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi dan eksplorasi terhadap media dan teknikmenjalinkan aspek formal dengan idea dan mesejmenunjukkan kekuatan gaya yang tersendirimengenengah idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaanberhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang dipilihmendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visualmengorganisasi persembahan dan peragaan karya;mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kepada kemahiranberkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan menjalankan kajiansecara jujur, amanah, dan beretika.
  16. 16. 12Garis Panduan Umum Kerja Projek: Projek Kajian Seni Visual (Kertas 3)1. AmProjek kajian Seni Visual memerlukan calon membuat(a) Cadangan pengkaryaan(b) Penghasilan karya(c) Persembahan dan peragaan2. Tempoh pelaksanaan projekProjek kajian Seni Visual hendaklah dilaksanakan pada penggal 3. Calon dikehendaki memulakankerja kursus sebaik sahaja menerima arahan yang melibatkan cadangan pengkaryaan, penghasilan,dan penyempurnaan karya untuk persembahan dan peragaan.3. Bukti kemajuan dan pengesahan projekSetiap hasil kerja yang dilaksanakan oleh calon hendaklah disertakan dengan bukti kemajuanyang diperakukan oleh guru berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh MPM.4. Format pentaksiran(a) PendekatanPentaksiran bagi projek kajian Seni Visual adalah secara formatif dan sumatif denganmenggunakan pendekatan pengujian authentic sepanjang penggal 3.(b) Pembahagian markahPembahagian markah adalah seperti berikut:(i) Cadangan pengkaryaan (20%)(ii) Penghasilan karya (60%)(iii) Persembahan dan peragaan (20%)(c) Kaedah pentaksiranPentaksiran Berasaskan Sekolah5 Tugasan dan tatacara Projek Kajian Seni Visual(a) Cadangan pengkaryaan(i) Pernyataan permasalahan kajian(ii) Penentuan tema, subjek, konsep, dan kandungan(iii) Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan atau penampilan(iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian(v) Sumber dan rujukan(b) Penghasilan karya(i) Lakaran dan kajian visual(ii) Lukisan akhir(iii) Pemilihan media dan teknik, eksperimentasi, eksplorasi, dan manipulasi(iv) Penentuan gaya penghasilan atau penampilan(v) Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
  17. 17. 13(c) Persembahan dan peragaan(i) Pameran hasil karya dan kemasan(ii) ApresiasiPenyataan karyaLisan
  18. 18. 14Garis Panduan Umum: Teori Projek Kajian Seni Visual (Kertas 4)1. AmTeori projek kajian Seni Visual boleh dibahagikan kepada dua bahagian:(a) Penyelidikan awal bagi membentuk idea (dibuat seminggu lebih awal sebagaimana arahan)(b) Pengkaryaan atau perekaan dalam bilik peperiksaan yang merujuk kepada penyelidikan awaldi atas. Penghasilan boleh dirujuk kepada bahan yang dibawa bersama ke dalam bilikpeperiksaan.2. Tempoh peperiksaanTempoh kertas teori projek kajian Seni Visual adalah tiga jam.3. Format penilaian(a) Pembahagian markahPembahagian markah adalah seperti berikut:(i) Konsep karya (20%)Konsep karya boleh ditulis dalam satu muka surat kertas yang disediakan oleh MPM.Penjelasan konsep serta ciri-cirinya boleh juga dibuat di atas lakaran bagi menjelaskanjustifikasi lakaran tersebut.(ii) Lakaran (50%)(iii) Lakaran komprehensif (30%)(b) Kaedah pentaksiranPentaksiran berpusat
  19. 19. 15Skim PentaksiranKertas 1: 970/1 Seni Visual 1 (Apresiasi Seni Visual)Kertas ini menguji calon dari aspek pengetahuan, kefahaman, kebolehan mengaplikasi, menganalisis,mensintesis, menilai, dan membuat cadangan.Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar:(a) mengenal pasti dan menghurai peranan Seni Visual dari aspek psikologi dan sosiologi(b) mengenal pasti peranan pelukis, pereka, dan penaung terhadap pembangunan budaya, warisan,kemasyarakatan, dan ekonomi(c) membuat penganalisisan terhadap kesatuan subjek, aspek formal, kandungan, dan konteksdalam sesebuah karya atau perekaan(d) menggunakan pendekatan sejarah dan kritikan seni dalam memahami karya seni(e) menggunakan istilah, rujukan, dan bahasa seni yang sesuai dalam membuat perbincangan,penghuraian dan penganalisisan terhadap apresiasi dan kritikan seniKertas 2: 970/2 Seni Visual 2 (Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan)Kertas ini terdiri daripada dua format, iaitu Seting dan Gubahan. Ujian akan dibuat berdasarkansalah satu daripada format tersebut.Calon dikehendaki membuat satu lukisan sama ada format 1 (Seting) atau format 2 (Gubahan)1. Kriteria ujian bagi format 1, Seting adalah seperti berikut:Kertas ini adalah berasaskan kepada seting yang disediakan. Calon akan diuji dalam kemahiranmelukis mengikut fokus dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Ini termasuklahkebolehan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sifat visual objek, kadar banding, ruang,jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik.Gubahan komposisi, kesesuaian media, dan teknik serta aplikasi asas seni reka dalampengkaryaan merupakan elemen penting dalam lukisan.Calon dikehendaki melukis keseluruhan susunan objek yang disediakan.2. Kriteria ujian bagi format 2, Gubahan adalah seperti berikut:Kertas ini adalah berasaskan kepada kajian objek dan bahan-bahan yang disediakan sebagaimanadalam soalan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut isu dan permasalahan yangdikemukakan dalam soalan. Calon dikehendaki memanipulasikan sifat visual objek menjadi ideadan subjek gubahan baharu menerusi beberapa perkembangan lakaran dan lakaran akhir.Gubahan dibuat sama ada dalam gaya imitasi atau stailisasi yang sesuai.Nota:Media yang digunakan dalam gubahan bagi kedua-dua kertas soalan (format 1 dan 2)adalah media kering.
  20. 20. 16Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar:(a) menggunakan teknik yang sesuai bagi memperihalkan ciri atau sifat objek dalam satu gubahanlukisan(b) mengekspresikan idea secara kreatif dan inovatif menerusi penggabungjalinan aspek formal,subjek, dan kandungan dalam gubahan(c) menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan sifat objek, kadar banding, ruang, jalinan,suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik dalam penghasilan lukisan(d) menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri dalam gubahanKertas 3: 970/3 Seni Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual)Kertas ini bertujuan menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya Seni Visual sama ada dalambentuk pengkaryaan atau perekaan. Penekanan pentaksiran untuk melihat kebolehan pelajarmenghasilkan karya mengikut proses yang sesuai yang melibatkan penyediaan cadanganpengkaryaan, penghasilan, persembahan, dan penghujahannya.Pengujian kertas ini sepenuhnya berlaku di sekolah.Antara bidang kajian adalah seperti yang berikut:Pengkaryaan PerekaanSeni halusCatanSeni cetakArcaKarya boleh berbentuk duadimensi, tiga dimensi, ataumultidimensi(a) Komunikasi visualGrafikMultimediaAnimasiLaman Web(b) Reka bentuk teknologiIndustriSeramikFesyenTekstilLogam halus(c) Reka bentuk persekitaranLandskapHiasan dalamanBentuk soalan bersifat terbuka dan tidak semestinya menjurus pada satu-satu bidang tertentu sahaja.Objektif pentaksiran kertas ini termuat pada halaman 11.Kertas 4: 970/4 Seni Visual 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual)Kertas ini menguji kebolehan calon menyatakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang SeniVisual, khususnya yang berkaitan dengan aspek dan persoalan pengkaryaan dan perekaan. Calondikehendaki mengemukakan jawapan berasaskan satu cadangan bertulis bersama dengan sokonganvisual yang baik bagi menterjemahkan idea dan proses penghasilan karya atau perekaan.Calon boleh membuat kajian awal bagi menyediakan bahan rujukan untuk dibawa bersama ke dalamdewan peperiksaan. Calon juga dikehendaki membawa peralatan yang sesuai seperti pensel warna,alat geometri, media kering, dan pen teknikal semasa menduduki peperiksaan kertas ini.
  21. 21. 17Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar:(a) menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi satu cadangan projek penghasilan(b) menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej(c) menterjemahkan idea dan konsep menerusi tulisan dan lakaran(d) menunjukkan gaya yang tersendiri dalam pengkaryaan dan perekaan.
  22. 22. 18Skim PentaksiranPenggalPengajianKod danNama KertasJenis UjianMarkah(Wajaran)Masa PentadbiranPenggal 1 970/1Seni Visual 1(ApresiasiSeni Visual)Ujian Bertulis 80(40%)2 jam PentaksiranberpusatBahagian A:Soalan berstruktur4 soalan diberikanJawab semua soalan35Bahagian B:Soalan esei4 soalan diberikanJawab 2 soalan daripada4 soalan30Bahagian C:Soalan esei2 soalan diberikanJawab 1 soalan daripada2 soalan15Penggal 2 970/2Seni Visual 2(LukisandalamPengkaryaandanPerekaan)Ujian MelukisCalon dikehendakimembuat satu lukisanberdasarkan sama adaformat 1 (Seting) atauformat 2 (Gubahan)70(35%)3 jam PentaksiranberpusatPenggal 3 970/3Seni Visual 3(ProjekKajian SeniVisual)Kerja ProjekPenghasilan karyaSoalan kerja projek2 soalan diberikanJawab 1 soalan daripada2 soalan100diskalakankepada50(25%)Sepanjangpenggal 3Pentaksiranoleh gurusekolah bagicalon sekolahkerajaan dancalon sekolahbantuankerajaan970/4Seni Visual 4(Teori ProjekKajian SeniVisual)Ujian BertulisSoalan esei1 soalan diberikanSoalan wajib dijawab100diskalakankepada50(25%)3 jam Pentaksiranberpusat bagicalon sekolahswasta dan calonpersendirianindividu sebagaialternatif kerjaprojek
  23. 23. 19Senarai Rujukan1. Feldman, E.B., 1994. Practical Art Criticism. Upper Saddle River, New Jessey: Prentice-HallInc.2. Horst, et al., 1991. Gardner’s Art Through the Ages. Edisi ke-9. New York: HBJ.3. Lazzari, M. dan Schlesier, D., 2008. Exploring Art. Belmont: Thomson Wadsworth.4. Lester, P.M., 2003. Visual Communication. Edisi ke-3. Belmont: Thomson Wadsworth.5. Muliyadi Mahamood, 2008. Seni Lukis Moden Malaysia 1930-an hingga 1990-an: Era Perintishingga Era Pluralis. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.6. Ocvirk, et al., 2006. Art Fundamentals: Theory and Practice. Edisi ke-10. New York: McGraw-Hill.7. Preble, D., Preble, S. dan Frank, P., 1999. Artforms: An Introduction to the Visual Arts. Edisike-6. New York: Longman.8. Sabapathy, T.K. dan Piyadasa, R., 1983. Modern Artists of Malaysia. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.9. Sale, T. dan Betti, C., 2008. Drawing a Contemporary Approach. Edisi ke-6. Belmont: ThomsonWadsworth.10. Susur Masa, 2008. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.
  24. 24. 20
  25. 25. 21KERTAS SOALAN CONTOHNo. kad pengenalan: ………………................... No. pusat/angka giliran: ……………..………….970/1 STPMSENI VISUALKERTAS 1(APRESIASI SENI VISUAL)(Dua jam)MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)Untuk kegunaanpemeriksaBahagian A1234Bahagian BBahagian CJumlahKertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.Majlis Peperiksaan MalaysiaSTPM 970/1Arahan kepada calon:JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGAANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Sebanyak35 markah diuntukkan dalam bahagian ini. Jawapan hendaklahditulis dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini.Jawab dua soalan dalam Bahagian B. Sebanyak 30 markahdiuntukkan dalam bahagian ini..Jawab satu soalan dalam Bahagian C. Sebanyak 15 markahdiuntukkan dalam bahagian ini.Untuk menjawab Bahagian B dan Bahagian C, andadikehendaki menggunakan kertas tulis jawapan. Mulakan setiapjawapan pada helaian kertas yang baru, dan susun jawapan andamengikut tertib berangka. Ikat kertas jawapan anda bersamadengan kertas soalan ini.Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tandakurung [ ].
  26. 26. 22Bahagian A[35 markah]Jawab semua soalan.1 (a) Namakan dua bidang perekaan dalam seni visual.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................[2](b) Huraikan dua peranan sosiologi dalam seni visual.(i) ................................................................................................................................................................................................................................................................................................................(ii) ................................................................................................................................................................................................................................................................................................................[4]2 Gambar 1 ialah gambar foto sebuah hasil karya catan oleh Hassan Mohd Ghazali yang bertajukMenumpang (2007). Berdasarkan gambar tersebut,(a) jelaskan perkaitan subjek dengan tajuk karya,............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................[3](b) bincangkan aspek komposisi karya.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................[6]970/1
  27. 27. 23Gambar 1Menumpang (2007) Hassan Mohd Ghazali3 (a) Jelaskan kepentingan kritikan Seni Visual.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................[4](b) Terangkan dua pendekatan dalam kritikan Seni Visual.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................[6]970/1
  28. 28. 244 Gambar 2 ialah gambar foto sebuah basikal bermotor pengangkutan awam di negara Jepun.Berdasarkan gambar tersebut,(a) nilaikan aspek inovasi dalam rekaan,....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................[5](b) beri justifikasi kesesuaian reka bentuk dengan fungsi kenderaan di bandar.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................[5]Gambar 2970/1
  29. 29. 25Bahagian B[30 markah]Jawab dua soalan sahaja.5 Penaungan seni ialah suatu unsur penyumbang kepada pekembangan seni di sesebuah negara.Bincangkan penyataan ini dengan merujuk kepada tiga institusi dan organisasi seni yang terdapatdi Malaysia. [15]6 Gambar 3 ialah lakaran reka bentuk produk sebuah telefon bimbit oleh Carl Liu. Berdasarkanlakaran tersebut, bincangkan fungsi lakaran bagi membantu penghasilan produk akhir. [15]Gambar 3970/1Silakoyakkandisepanjanggarisputus-putusini.
  30. 30. 267 Berdasarkan Gambar 4 yang bertajuk Malaysia Truly Asia, bincangkan bagaimana subjek dalamkarya tersebut dapat disesuaikan dengan konteks Satu Malaysia. [15]Gambar 48 Berdasarkan Gambar 5, buat perbincangan terhadap aspek formal dalam karya tiga dimensitersebut. [15]Gambar 5970/1Silakoyakkandisepanjanggarisputus-putusini.
  31. 31. 27Bahagian C[15 markah]Jawab satu soalan sahaja.9 Gambar 6 ialah gambar animasi yang dijanakan melalui komputer grafik. Berdasarkan gambartersebut, analisiskan aspek elemen dan prinsip rekaan serta kaitannya dengan ruang maya dalamrekaan animasi. [15]Gambar 610 Gambar 7 ialah gambar foto hasil karya Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali yang bertajuk FloraKeris Melayu Sakti (2004). Dengan menggunakan strategi kritikan seni, berikan penilaian andatentang keberkesanan karya tersebut dalam menyampaikan mesejnya. [15]Gambar 7Flora Keris Melayu Sakti (2004) Mohd Mustafa bin Mohd Ghazali970/1Silakoyakkandisepanjanggarisputus-putusini.
  32. 32. 28HALAMAN KOSONG970/1
  33. 33. 29KERTAS SOALAN CONTOH(FORMAT 1)970/2 STPMSENI VISUALKERTAS 2(LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN)(Tiga jam)MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)Arahan kepada calon:JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUATDEMIKIAN.Lukisan anda hendaklah dibuat pada satu muka kertas lukisan sahaja.Anda dinasihati supaya menulis nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angkagiliran, dan nombor kad pengenalan dengan jelas mengikut susunan tersebut. Butir-butir inihendaklah ditulis pada ruang yang disediakan di sebelah bawah kertas lukisan.Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.Majlis Peperiksaan MalaysiaSTPM 970/2
  34. 34. 30Buat satu lukisan dengan menggunakan media kering berasaskan seting yang disediakan. Andadikehendaki melukis dari sudut pandangan anda bagi seting yang telah disusun.Di atas sebuah meja diletakkan sebuah kerusi kayu. Kedudukan kerusi menghala ke arah dindingdalam keadaan serong. Sehelai seluar track suit berjalur disangkut di bahagian penjuru kiri penyandarkerusi. Di atas seluar terdapat sebuah topi anyaman. Sebahagian kaki seluar terletak di atas kerusi dansebahagiannya tergantung. Di sebelah kanan penyandar kerusi tergantung bekas minuman bertali.Anda dikehendaki melukis berdasarkan penelitian dan analisis terhadap sudut pandangan dansifat objek di dalam seting.970/2
  35. 35. 31KERTAS SOALAN CONTOH(FORMAT 2 – CONTOH 1)970/2 STPMSENI VISUALKERTAS 2(LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN)(Tiga jam)MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)Arahan kepada calon:JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUATDEMIKIAN.Lukisan anda hendaklah dibuat pada satu muka kertas lukisan sahaja.Anda dinasihati supaya menulis nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angkagiliran, dan nombor kad pengenalan dengan jelas mengikut susunan tersebut. Butir-butir inihendaklah ditulis pada ruang yang disediakan di sebelah bawah kertas lukisan.Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.Majlis Peperiksaan MalaysiaSTPM 970/2
  36. 36. 32Buat satu lukisan pengkaryaan atau perekaan bertemakan Alam Semula Jadi.Berdasarkan kepada objek yang diberi anda dikehendaki meneliti kesan jalinan yang dapat dilihatmenerusi keratan rentas objek tersebut. Buat olahan kesan jalinan tersebut untuk dijadikan reka corakfabrik pakaian kanak-kanak.Bagi tujuan tersebut anda dikehendaki membuat lakaran dan lukisan pada tiga helai kertas lukisanyang disediakan dengan(a) membuat satu lakaran kesan jalinan sebenar dari keratan objek, [10](b) membuat lakaran thumbnail untuk olahan motif reka corak fabrik berdasarkan lakaran(a) di atas, (maksimum 5 lakaran) [30](c) membuat lukisan rekaan corak berdasarkan motif yang dipilih dalam lakaran (b) di atas. Hasilrekaan hendaklah bersaiz 20 cm 15 cm. [30]970/2
  37. 37. 33KERTAS SOALAN CONTOH(FORMAT 2 – CONTOH 2)970/2 STPMSENI VISUALKERTAS 2(LUKISAN PENGKARYAAN DAN PEREKAAN)(Tiga jam)MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)Arahan kepada calon:JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUATDEMIKIAN.Lukisan anda hendaklah dibuat pada satu muka kertas lukisan sahaja.Anda dinasihati supaya menulis nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angkagiliran, dan nombor kad pengenalan dengan jelas mengikut susunan tersebut. Butir-butir inihendaklah ditulis pada ruang yang disediakan di sebelah bawah kertas lukisan.Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.Majlis Peperiksaan MalaysiaSTPM 970/2
  38. 38. 34Berdasarkan Gambar 1 di bawah ini, anda dikehendaki membuat lukisan yang merujuk kepada watakwira kepimpinan negara kita.Bagi tujuan gubahan tersebut, anda dikehendaki membuat lakaran dan lukisan pada dua helaikertas lukisan yang disediakan dengan(a) menghasilkan tiga lakaran ekspresi wajah watak tersebut dalam satu helai kertas lukisan,[30](b) membuat gubahan satu lukisan berdasarkan dalam lakaran (a) yang menampakkanpergerakan dan aksi watak tersebut dalam tugasnya. [40]Gambar 1Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj(Dipetik daripada Mahdi Shuid, Suzani Osman dan Sazlina Othman, 2007.Teks PRA-U STPM: Sejarah Malaysia,Pearson Malaysia Sdn. Bhd.: Selangor, halaman viii)970/2
  39. 39. 35KERTAS SOALAN CONTOH970/3 STPMARAHAN KERJA KURSUS SENI VISUALKERTAS 3(PROJEK KAJIAN SENI VISUAL)MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)Arahan kepada calon:Kertas ini mengandungi Arahan Kerja Kursus dan Soalan Kerja Kursus Seni Visual.Anda dikehendaki membaca arahan yang diberikan dengan teliti sebelum memulakan projekkajian seni visual anda.Ada dua soalan kerja kursus yang dikemukakan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sahaja.Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.Majlis Peperiksaan MalaysiaSTPM 970/3
  40. 40. 36PENGKARYAAN 1Balai Seni Lukis Negara akan mengadakan satu pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2008yang bertemakan “Warisan Negara”.Anda dikehendaki membuat satu analisis tentang konsep warisan negara dan karya yang sesuai untukpameran tersebut bagi memperkembangkan seni tampak negara.Karya anda boleh menggunakan bahan perantaraan minyak (oil-based) atau air (water-based).Hasil karya hendaklah berukuran tidak melebihi 60 cm 40 cm.Penilaian adalah berdasarkan perkara berikut:Cadangan pengkaryaan (20%)Penghasilan karya (60%)Persembahan dan peragaan (20%)Tugasan dan tatacara penghasilan karya(a) Cadangan pengkaryaan(i) Pernyataan permasalahan kajian(ii) Penentuan tema, subjek, konsep, dan kandungan(iii) Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan atau penampilan(iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian(v) Sumber dan rujukan(b) Penghasilan karya(i) Lakaran dan kajian visual(ii) Lukisan akhir(iii) Pemilihan media dan teknik, eksperimentasi, eksplorasi, dan manipulasi(iv) Penentuan gaya penghasilan atau penampilan(v) Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual(c) Persembahan dan peragaan(i) Pameran hasil karya dan kemasan(ii) ApresiasiPenyataan karyaLisanNota:Sisipan, foto, dan catatan proses penghasilan adalah penting di kumpulkan oleh pelajar sebagaibukti keaslian dan kreativiti penghasilan karya.970/3
  41. 41. 37PEREKAAN 1Sebuah syarikat sukan sedang mempromosi pelbagai alat sukan lasak (extreme) untuk dipasarkan.Buat analisis tentang satu contoh sukan lasak (extreme) yang sesuai bagi mempromosikan sukantersebut.Hasilkan sebuah rekaan pembungkusan yang dapat menggambarkan imej alat sukan lasak tersebut.Hasil rekaan hendaklah bersaiz 30 cm panjang, 25 cm lebar, dan 25 cm tinggi dengan menggunakankertas tebal atau card board.Penilaian adalah berdasarkan perkara berikut:Cadangan perekaan (20%)Penghasilan karya (60%)Persembahan dan peragaan (20%)Tugasan dan tatacara penghasilan karya(a) Cadangan perekaan(i) Pernyataan permasalahan kajian(ii) Penentuan konsep dan fungsi(iii) Penentuan pendekatan aspek formal(iv) Pernyataan kepentingan projek dan keaslian(v) Sumber dan rujukan(b) Penghasilan karya(i) Lakaran thumbnail(ii) Lukisan komprehensif(iii) Pemilihan media dan teknik(v) Pendokumentasian proses perekaan secara penulisan dan visual(c) Persembahan dan peragaan(i) Pameran hasil produk dan kemasan(ii) ApresiasiPenyataan produkLisanNota:Sisipan, foto, dan catatan proses penghasilan adalah penting di kumpulkan oleh pelajar sebagaibukti keaslian dan kreativiti perekaan.970/3
  42. 42. 38HALAMAN KOSONG970/3
  43. 43. 39KERTAS SOALAN CONTOH970/4 STPMSENI VISUALKERTAS 4(TEORI PROJEK KAJIAN SENI VISUAL)(Tiga jam)MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)Arahan kepada calon:JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUATDEMIKIAN.Jawab semua soalan.Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak dan halaman kosong.Majlis Peperiksaan MalaysiaSTPM 970/4
  44. 44. 40Jawab semua soalan.(a) Dengan merujuk kepada lokasi dan kajian yang telah dibuat (sebagaimana dalam kajianawal), anda dikehendaki membuat lima lakaran dengan mencadangkan sebuah arca yang bersesuaiandengan ciri-ciri identiti tempatan atau kedaerahan. Lakaran hendaklah menampakkan perspektif yangbetul. [35](b) Berdasarkan lima lakaran di atas, anda dikehendaki memilih lakaran yang sesuai bagimembuat satu lakaran yang komprehensif. Di dalam lakaran tersebut, anda dikehendaki menjelaskanbentuk arca yang dicadangkan dengan memberi justifikasi kepada aspek-aspek berikut:(i) identiti,(ii) media dan teknik,(iii) saiz,(iv) kaedah persembahan dan(v) fungsi.[50](c) Konsep pengkaryaan arca hendaklah ditulis sekurang-kurangnya dalam satu muka suratdi kertas yang disediakan oleh MPM. Penerangan tentang karya dan identitinya boleh juga ditulisdi atas lakaran bagi menjelaskan maksud karya tersebut. [10](d) Satu senarai rujukan yang lengkap untuk pengkaryaan perlu disediakan. [5]970/4

×