Your SlideShare is downloading. ×
buku informasi-pbs
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

buku informasi-pbs

241
views

Published on

Published in: Education

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
241
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
5
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 5/7/2014 1 Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 1
  • 2. 5/7/2014 2 2 Buku informasi ini merupakan panduan ringkas tentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang boleh dijadikan rujukan oleh guru, murid, ibu bapa dan pemegang taruh. Untuk maklumat dan penerangan lanjut tentang PBS, sila hubungi Lembaga Peperiksaan (LP) melalui : URL: www.moe.gov.my/lp E-mel: lp.unitpbs@moe.gov.my Telefon: 03 - 8889 3640/ 3520/ 3601/ 3551 03 - 8884 3022 Cetakan Pertama 2014 Hak Cipta Terpelihara © 2014 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada: Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. ISBN 978 - 967 - 12360 - 4 - 8
  • 3. 5/7/2014 3 PENGENALAN Apa itu Pentaksiran Pendidikan? Apa itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)? Mengapa perlu PBS? Apakah Hubungkait Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran? KOMPONEN PBS Apa itu Pentaksiran Sekolah (PS)?  Apakah Mata Pelajaran dalam PS?  Apa itu Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid ?  Apakah Jenis Instrumen Pentaksiran dalam PS?  Apakah Peranan Pihak yang Terlibat dalam Pelaksanaan PS?  Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PS? Apa itu Pentaksiran Pusat (PP)?  Apa itu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)?  Apakah Tanggungjawab LP dan Pihak Sekolah dalam Pelaksanaan PT3?  Apakah Mata Pelajaran yang Ditaksir dalam PT3?  Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PT3? Apa itu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)?  Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PAJSK? Apa itu Pentaksiran Psikometrik (PPsi)?  Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PPsi? PENJAMINAN KUALITI PBS Bagaimanakah Penjaminan Kualiti PBS? PENAMBAHBAIKAN PBS 3
  • 4. 5/7/2014 4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. 4 Satu proses mendapatkan maklumat Guru membuat keputusan tentang prestasi murid Tentang apa yang murid: • tahu • boleh buat • boleh amalkan Guru membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui pelbagai teknik dan bentuk pentaksiran daripada yang formal sehinggalah kepada yang kurang formal. Kurang formal Lebih formal Tidak berstruktur • Perjumpaan/ pertemuan tidak rasmi • Perbualan Sangat berstruktur • Peperiksaan • Ujian setara • Ujian aptitud Kurang berstruktur • Soal selidik • Pemerhatian • Pentaksiran kendiri Berstruktur • Ujian dalam kelas • Senarai semak • Tugasan praktikal • Projek • Kajian kes
  • 5. 5/7/2014 5 5 • Mengenali diri dan potensi murid. • Memberi fokus terhadap pembelajaran murid. • Mendapat maklum balas tentang kaedah pengajaran-pembelajaran. Guru • Tahu apa yang telah dikuasai oleh anak. • Dapat mengenali diri dan potensi anak untuk digilap. Ibu Bapa Pihak Berkepentingan • Tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang telah melalui sistem pendidikan negara. • Mendapat modal insan yang holistik merangkumi kemahiran kebolehkerjayaan. • Tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai melalui maklum balas guru. • Mengenali diri dan potensi untuk diperkembangkan. • Berupaya memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada masa kini dan hadapan. Murid • Terlibat dalam pelbagai aktiviti pentaksiran yang lebih bermakna.
  • 6. 5/7/2014 6 BPK BILIK DARJAH/SEKOLAH LP KURIKULUM PEDAGOGI PEPERIKSAAN Standard Kandungan Pengajaran & Pembelajaran Pentaksiran UPSR Standard Pembelajaran ❶ PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS) SPM Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning) Pentaksiran untuk Pembelajaran (Assessment for Learning) Pentaksiran tentang Pembelajaran (Assessment of Learning) Band/Deskriptor (Formatif) Ujian bulanan & Peperiksaan Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) ❷ PENTAKSIRAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) ❸ PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) ❹ PENTAKSIRAN PUSAT (PP) ❶ PS dilaksanakan sepenuhnya oleh guru di sekolah. - Fokus utama pentaksiran ialah pembelajaran menarik dan bermakna kepada murid. - Perekodan prestasi murid dalam PS adalah untuk kegunaan guru merancang PdP dan pentaksiran yang lebih berkesan. ❷ Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan oleh Guru Penasihat. ❸ Pentaksiran Psikometrik dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. ❹ Pentaksiran Pusat dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised) oleh Lembaga Peperiksaan. 6
  • 7. 5/7/2014 7 • Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan PdP sebagai sebahagian prosesnya dan juga untuk mentaksir perkembangan pembelajaran murid: - Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as learning) - Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning) • Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir pencapaian murid: - Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning) PS Dilaksanakan oleh sekolah • Perancangan • Pembinaan item dan instrumen • Pentadbiran • Pemeriksaan dan penskoran • Perekodan • Pelaporan Fungsi PS • Mengukuhkan pembelajaran murid • Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru • Memberi maklumat tentang penguasaan murid Pentaksiran Rujukan Standard • Melihat perkembangan pembelajaran murid • Melaporkan penguasaan murid mengikut standard tanpa membandingkan pencapaian murid Pentaksiran Formatif & Sumatif 7
  • 8. 5/7/2014 8  Peringkat Rendah;  Tahun 1 - 6  melihat perkembangan (Development)  melibatkan semua mata pelajaran  Peringkat Menengah Rendah:  Tingkatan 1 – 3  melihat perkembangan (Development)  melibatkan semua mata pelajaran Pentaksiran Sekolah terbahagi kepada dua peringkat; Mata Pelajaran Peringkat Menengah Rendah  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Bahasa Arab  Bahasa Cina  Bahasa Tamil  Bahasa Iban  Bahasa Kadazandusun  Mathematics  Science  Pendidikan Islam  Pendidikan Moral  Sejarah  Geografi  Pendidikan Seni Visual  Pendidikan Muzik  Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan  Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal  Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga  Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian  Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan 8
  • 9. 5/7/2014 9 Apa itu Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM)? Tema/Kemahiran/ Tajuk Band Pernyataan Deskriptor Tema , kemahiran dan tajuk pembelajaran mengikut dokumen kurikulum. Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Pernyataan tentang sejauh mana murid perlu mempamerkan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi setiap standard aras penguasaan. Deskriptor mengandungi cakupan kriteria atau aspek yang ditaksir, tingkah laku yang perlu dipamerkan dalam pentaksiran dan dimensi kualiti tingkah laku (Qualifier) yang perlu dipamerkan oleh murid. • Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab misaliBand 6 • Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpujiBand 5 • Tahu, faham dan boleh buat dengan beradabBand 4 • Tahu, faham dan boleh buatBand 3 • Tahu dan fahamBand 2 • TahuBand 1 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) ialah panduan untuk mentaksir dan melapor pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipamerkan oleh murid mengikut tahap- tahap seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Panduan ini merangkumi tema/kemahiran/tajuk, band, pernyataan deskriptor seperti berikut: Standard Prestasi Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipamerkan oleh murid pada peringkat atau aras perkembangan pembelajaran murid. 9
  • 10. 5/7/2014 10 Pelbagai instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran digunakan. Antara Instrumen pentaksiran yang digunakan ialah: Apakah Jenis Instrumen yang Digunakan dalam PS? 8. Lembaran kerja 9. Soal jawab 10. Kuiz 11. Senarai semak 12. Latihan / Tugasan rumah 10
  • 11. 5/7/2014 11 • Memantau, mentaksir dan melapor perkembangan pembelajaran setiap murid. • Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid dalam pembelajaran untuk tindakan susulan yang berkesan. • Mendapatkan profil kelas atau gambaran tentang perkembangan pembelajaran murid untuk guru merancang pengajaran yang lebih berkesan. • Memberikan maklumat yang segera tentang perkembangan pembelajaran murid kepada guru, pentadbir sekolah, ibu bapa dan mana-mana pihak berkepentingan sebagai asas perbincangan untuk tindakan meningkatkan prestasi murid. • Memberi maklum balas tentang keberkesanan sesuatu intervensi pengajaran yang dilaksanakan. • Merancang dan menetapkan sasaran pencapaian murid di awal tahun secara individu dan kolaboratif.  Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS.  Menyediakan peralatan, bahan dan jadual.  Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS.  Memberi sokongan moral kepada guru untuk melaksanakan PS.  Menjalankan pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan. Apakah Peranan Pihak yang Terlibat dalam Pelaksanaan PS? 11 Guru Sekolah Pentadbir Sekolah
  • 12. 5/7/2014 12 • Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences). • Menggalakkan anak mengambil bahagian dalam aktiviti PBS. • Memastikan anak bertanggungjawab melaksanakan tugasan pentaksiran mengikut prosedur yang ditetapkan. • Mengambil tahu perkembangan pembelajaran anak melalui komunikasi dengan mereka. • Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di rumah. • Membimbing anak dan bukannya melaksanakan tugasan pentaksiran untuknya. • Mendapatkan pelaporan perkembangan dan pencapaian anak daripada pihak sekolah dari semasa ke semasa seperti melalui “Hari Terbuka”. • Melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. • Melaksanakan tugasan pentaksiran mengikut kemampuan masing-masing. • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri berdasarkan maklum balas daripada guru dan memperbaiki prestasi. • Mendapatkan nasihat dan tunjukajar daripada guru atau rakan sebaya cara memperbaiki pembelajaran dan prestasi. Apakah Peranan Pihak yang Terlibat dalam Pelaksanaan PS? 12 Ibu bapaMurid Pihak Berkepentingan • Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran. • Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan pentaksiran di sekolah. • Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.
  • 13. 5/7/2014 13 Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PS? Contoh Pelaporan Pentaksiran Sekolah SMK BINTANG TIMUR PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1, 2013 Nama : SHARIFAH NURUL HANNAH BINTI SYED HASMI No. Kad Pengenalan/ No. Murid : 990722145118 Tingkatan : 1 Nekad Tarikh: 1 Julai 2013 13 Gred Pencapaian Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Mata Pelajaran Pernyataan Deskriptor Perkembangan Pembelajaran Murid Selepas Enam Bulan A Cemerlang Bahasa Melayu Band 4 Lisan: Berbincang dan mengemukakan hujah yang relevan untuk menerima atau menolak pendapat secara sopan dalam pelbagai situasi. Band 4 Baca: Membaca dan menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan. Band 4 Tulis: Menulis kerangka penulisan, idea utama dan idea sokongan berdasarkan sesuatu tajuk dalam perenggan dengan betul. B Kepujian Bahasa Inggeris Band 3 Oral: Talk about self, family and friends correctly and display understanding when others talk about themselves. Listen and respond to texts and recall main ideas. Band 3 Reading: Read aloud a variety of text genres with good pronunciation and intonation, obtain information by filling in the blanks adequately, able to find meanings of unfamiliar words from a variety of sources and using contextual clues Band 4 Writing: Write a text expressing one’s opinions with a fair amount of sentence patterns, writing conventions, vocabulary and creativity. A Cemerlang Geografi Band 6 Kemahiran Geografi: Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geografi yang sesuai. Band 4 Bentuk Muka Bumi: Menghuraikan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia dengan menggunakan fakta dan contoh yang jelas. Tanah tinggi Tanah pamah Pinggir laut Saliran B Kepujian Pendidikan Muzik Band 2 Teori: Menjelas dan menerangkan mengenai konsep muzik Irama, Melodi, Harmoni, Warna ton, Tekstur, Bentuk, Ekspresi, Tanda isyarat dan Terminology dengan betul. Band 4 Nyanyian: Mengaplikasikan teknik nyanyian dengan betul tanpa bimbingan. Band 3 Alat Muzik: Mengaplikasikan teknik permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan bimbingan. Band 3 Etika: Mengamalkan nilai-nilai murni semasa latihan dan persembahan.
  • 14. 5/7/2014 14 Pentaksiran Pusat (PP) merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen pentaksiran, tugasan, panduan penskoran dan jadual penggredan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Pelaporan PP dikeluarkan oleh pihak sekolah. LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima. 14
  • 15. 5/7/2014 15 Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen Pentaksiran Pusat yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan 3 bagi menilai pencapaian akademik murid. Ini bermakna PT3 mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. Tanggungjawab Pihak Sekolah Pihak sekolah bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara-perkara seperti berikut: • Memasang instrumen Ujian Bertulis berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian, Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen serta membuat verifikasi instrumen. • Menyediakan jadual dan mentadbir PT3 dalam tempoh ditetapkan oleh LP dengan mematuhi peraturan pentadbiran PT3. • Melaksanakan moderasi skrip jawapan PT3 dengan Panduan Penskoran di antara Ketua Panitia mata pelajaran dengan guru mata pelajaran PT3. • Memeriksa skrip jawapan murid berpandukan Panduan Penskoran yang telah melalui aktiviti moderasi. • Melaksanakan moderasi dan verifikasi skor bersama Pentaksir Luar yang dilantik oleh LP. • Menghantar keputusan ke Lembaga Peperiksaan. • Mengeluarkan pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3. 15 Apakah Tanggungjawab LP dan Pihak Sekolah dalam Pelaksanaan PT3?
  • 16. 5/7/2014 16 Ujian Lisan & Ujian Bertulis Pelbagai Instrumen Ujian Bertulis Peperiksaan Pusat 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Science 4. Mathematics 5. Sejarah 6. Geografi 7. Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 8. Pendidikan Islam 9. Bahasa Tambahan • Bahasa Cina • Bahasa Tamil • Bahasa Iban • Bahasa Kadazandusun • Bahasa Arab • Bahasa Punjabi Sehingga 2013 - PMR • Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris • Science • Mathematics • Pendidikan Islam • Kemahiran Hidup Bersepadu • Bahasa Tambahan o Bahasa Cina o Bahasa Tamil o Bahasa Iban o Bahasa Kadazandusun o Bahasa Arab • Sejarah • Geografi Murid beragama Islam - 8 atau 8 + bahasa tambahan Murid bukan beragama Islam - 7 atau 7 + bahasa tambahan PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 16
  • 17. 5/7/2014 17 Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PT3? Contoh Pernyataan Keputusan PT3 17 PERNYATAAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2014 NAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH ANGKA GILIRAN V100 A 001 NAMA SEKOLAH SMK PUTRAJAYA NO KP 990907-10-5397 KOD MATA PELAJARAN GRED 02 BAHASA MELAYU A Cemerlang 03 BAHASA MELAYU LISAN A Cemerlang 12 BAHASA INGGERIS PENULISAN B Kepujian 13 BAHASA INGGERIS LISAN C Baik 21 SEJARAH B Kepujian 23 GEOGRAFI B Kepujian 31 BAHASA ARAB C Baik 45 PENDIDIKAN ISLAM A Cemerlang 50 MATHEMATICS B Kepujian 55 SCIENCE A Cemerlang 76 KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (TEKNIKAL) B Kepujian Gred Tafsiran Gred A Cemerlang B Kepujian C Baik D Memuaskan E Mencapai tahap minimum F Belum mencapai tahap minimum Tafsiran Gred PT3
  • 18. 5/7/2014 18 KOMPONEN PAJSK KOKURIKULUM SUKAN & PERMAINAN SEGAK & BMI Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Sukan dan Permainan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara & antarabangsa. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) • Mengukur tahap kecergasan. Body Mass Index (BMI) • Merekodkan tentang ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan. Penyertaan, penglibatan dan pencapaian dalam kerja sukarela semasa atau luar waktu sekolah. EKSTRA KURIKULUM KELAB & PERSATUAN Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Kelab dan Persatuan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara & antarabangsa. BADAN BERUNIFORM Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Badan Beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara & antarabangsa. PAJSK dilaksanakan di Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah dan di Tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah. PAJSK adalah pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. 18
  • 19. 5/7/2014 19 Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PAJSK? ELEMEN ASPEK SUKAN/ PERMAINAN KELAB/ PERSATUAN BADAN BERUNIFORM EKSTRA KURIKULUM PENGLIBATAN Jawatan Ketua Pasukan Bola Jaring Pengerusi Kelab Bahasa Melayu Tali Pinggang Hitam (Tae Kwon Do) Ketua Murid Sekolah Peringkat Daerah Sekolah Daerah Komitmen Menunjukkan kepimpinan, bertanggungjawab dan menepati waktu. Menunjukkan Kepimpinan, Menepati waktu dan menunjukkan minat. Menunjukkan Kepimpinan, Menepati waktu dan menunjukkan minat. Khidmat Sumbangan Teknikal-atlet Pengurusan Pengurusan- Mentadbir Badan Beruniform (Tae Kwon Do) PENYERTAAN Kehadiran 40 40 40 PRESTASI Tahap Prestasi Johan Daerah Penyertaan Naib Johan Daerah PELAPORAN MARKAH Skor Elemen 95 98 96 10 Jumlah Skor (%) 85 93 87 10% 7.9 CGPA 79.25 Pernyataan Pelaporan Syabas. Anda seorang yang sangat aktif, komited dan menunjukkan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai. Anda hendaklah mengekalkan prestasi dan usaha untuk berjaya dalam bidang yang diceburi dan diminati. Semoga kecemerlangan ini boleh diteladani oleh orang lain. SMK BINTANG TIMUR PELAPORAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TINGKATAN 3, 2014 Nama : SHARIFAH NURUL HANNAH BINTI SYED HASMI Tingkatan : 3 Nekad No. Kad Pengenalan/ No. Murid : 990722145118 Tarikh: 13 November 2014 19 Jenis Ujian Skor Naik Turun Bangku (kadar nadi seminit) 4 Tekan Tubi (ulangan) 3 Ringkuk Tubi Separa (ulangan) 1 Jangkauan Melunjur (jarak – cm) 4 Jumlah Skor 12 Gred C Pencapaian Baik Tinggi (cm) 154 Berat (kg) 40 BMI 16.87 Tafsiran Normal RUMUSAN PENTAKSIRAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
  • 20. 5/7/2014 20 UJIAN APTITUD • Aptitud Umum (Tahun 3 & 6) • Aptitud Khusus (Tkt 3) PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK INVENTORI PERSONALITI • Inventori Tret Personaliti (Tkt 1 & 4) • Inventori Minat Kerjaya (Tkt 1, 3 & 5) Tidak berasaskan kurikulum Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan. Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu untuk membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan membantu guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.  LP menyediakan instrumen  Pelaporan adalah secara deskriptif Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability). Apa Tujuan? Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi iaitu aptitud dan personaliti murid. Apa Itu PPsi? Komponen PPsi yang diuji di peringkat rendah dan menengah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti. Bila? Instrumen PPsi disediakan oleh LP manakala Guru Bimbingan dan Kaunseling atau Kaunselor sekolah mengurus pelaksanaan PPsi. Siapa laksana? 20
  • 21. 5/7/2014 21 Bagaimanakah Bentuk Pelaporan PPsi? INVENTORI MINAT KERJAYA UJIAN APTITUD KHUSUS Konstruk Skor (10) Realistik Investigatif Artistik Verbal Linguistik Visual Ruang Logik Matematik Muzik Naturalis Kinestatik Interpersonal Intrapersonal Existential 9 8 8 7 5 4 4 4 3 Pentaksiran Psikometrik mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran melalui Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus. Inventori Minat Kerjaya bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kecenderungan kerjaya murid. Ujian Aptitud Khusus bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. Keputusan Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus anda adalah seperti berikut: SMK BINTANG TIMUR PELAPORAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TINGKATAN 3, 2014 Nama : NURUL HANI BINTI HASHIM No. Kad Pengenalan/ No. Murid : 990520085116 Tingkatan : 3 Nekad PENERANGAN REALISTIK Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan. INVESTIGATIF Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. ARTISTIK Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas,kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. SOSIAL Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial. ENTERPRISING Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan.Wujudnya suasana pengaruh- mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. KONVENSIONAL Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan. Petunjuk Inventori Minat Kerjaya PENERANGAN Verbal Linguistik Keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi. Visual ruang Bukan Verbal (pintar visual dan ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang. Logik Matematik Keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal. Muzik Keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik. Naturalis Keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi. Kinestatik Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh. Inter personal Keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain. Intra personal Keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri. Existential Peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan. Petunjuk Ujian Aptitud Khusus 21 Ulasan Guru: ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… …………………………………………………………………..
  • 22. 5/7/2014 22 Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan oleh personel di peringkat Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah. Penjaminan Kualiti PBS dijalankan secara formal mengikut jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan Bahagian/JPN/PPD/ Sekolah. 22 • Memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. •Memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. •Memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran •Membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Pementoran Penyelarasan PengesananPemantauan
  • 23. 5/7/2014 23 23 PENAMBAHBAIKAN PBS
  • 24. 5/7/2014 2424 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia ISBN 978 - 967 - 12360 - 4 - 8

×