• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru
 

Kontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru

on

  • 22,683 views

 

Statistics

Views

Total Views
22,683
Views on SlideShare
22,443
Embed Views
240

Actions

Likes
0
Downloads
1,055
Comments
0

7 Embeds 240

http://pejuangbangsa31.blogspot.com 124
http://pejuangbangsa31.blogspot.ca 44
http://kembarakumbanghijau.blogspot.com 29
http://www.slideshare.net 28
http://www.kembarakumbanghijau.blogspot.com 12
http://www.google.com.my 2
https://twitter.com 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru Kontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru Presentation Transcript

    • ARTIKEL 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN KONTRAK SOSIAL
    • MATLAMAT : Memberikan penjelasan bagaimana negara ini dibentuk. Menerangkan apa itu perlembagaan dan mengapa ianya perlu difahami. Memahami apa itu keistimewaan yang telah diperuntukkan kepada kaum bumiputera dan bukan bumiputera
    • OBJEKTIF: Melahirkan golongan pelajar Bumiputera : - Mampu berfikir secara rasional & positif. - Peka tentang perkembangan negara. - Bertindak secara proaktif. - Meningkatkan semangat cintakan negara
    • Bancian Akhir Tahun 2007 Agama-agama yang dianuti oleh 26.7 juta rakyat Malaysia (Islam 60.4%, Buddha 19.2%, Kristian 9.1%, Hindu 6.3%, Confucianists/Taoists 2.6%, Puak/adat 0.8%, lain-lain 0.4%, tiada agama 0.8% dan tidak diketahui 0.3%).
    • PERLEMBAGAAN MALAYSIA
    • SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan ini telah dirangka dan digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, Hakim B. Malik dan Hakim Abdul Hamid pada tahun1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
    • Perlembagaan Malaysia , dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan. Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan Bahagian 2 - Kebebasan asasi Bahagian 3 - Kewarganegaraan Bahagian 4 - Persekutuan Bahagian 5 - Negeri-negeri Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan Bahagian 8 - Pilihanraya Bahagian 9 - Kehakiman Bahagian 10 - Perkhidmatan awam Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat Bahagian 12 - Am dan pelbagai Bahagian 13 - Peruntukan sementara Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
    • PINDAAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan negara boleh dipinda apabila majoriti 2/3 bersetuju kepada pindaan tersebut dikedua-dua dewan di PARLIMEN. Perlembagaan negara telah dipinda lebih daripada 42 kali sejak selepas kemerdekaan. Menurut pakar perlembagaan negara Shad Saleem Faruqi: Setiap kali pindaan perlembagaan dibuat, "semangat sebenar dokumen tersebut telah dicairkan”.
    • DEWAN RAKYAT Berperanan mengubal dan membahas rang undang-undang. Anggota Dewan Rakyat dipilih menerusi pilihanraya umum dimana mereka bertanding bagi kawasan Parlimen. Sehingga pilihanraya 2008 sebanyak 219 kerusi parlimen dipertandingkan bagi mengisi keanggotaan di Dewan Rakyat. Anggota Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Yang Berhormat
    • DEWAN NEGARA Berperanan membahas rang undang-undang yang telah diluluskan di dalam DEWAN RAKYAT. Anggota Dewan Negara juga dikenali sebagai SENATOR adalah dipilih dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong seramai 40 orang
    • Artikel 153 Perlembagaan Malaysia Memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengkhususkan bagaimana kerajaan pusat perlu melindungi kepentingan kaum Bumiputera dengan cara mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial , dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu. Kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Cina dan India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak." PERKARA DIPERTIKAIKAN ATAS ALASAN PERKAUMAN
    • Ketuanan Melayu ialah konsep yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). KETUANAN MELAYU
    • OLEH ITU BERDASARKAN ARTIKEL 153 INI Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara 153 ini: Dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan, apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan. Bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
    • Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."
    • Frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.
    • KESIMPULAN 1 - Kedudukan kaum Bumiputera kini lebih baik kerana Artikel 153. 2 - Ramai Bumiputera sudah berjaya dalam pelbagai bidang. 3 - Namun begitu kejayaan ini masih belum boleh dibanggakan. 4 - Bumiputera perlu ubah pemikiran, sikap dan tindakan. 5 - Sikap sayangkan bangsa perlu ada pada pemimpin dan pentadbir kita. 6 - Jangan salahkan bangsa lain yang telah maju. 7 - Jangan terlalu bergantung kepada Kerajaan dalam segala hal. 8 - Tingkatkan semangat berdikari dan usaha untuk berjaya. 9 - Berikan sepenuh komitmen kepada tugas yang telah diamanahkan. 10- Terus pertahankan kandungan yang termaktub dalam Artikel 153. NASIB DAN KEDUDUKAN GENERASI MASA HADAPAN DI TANGAN ANDA!!!