• Like
  • Save
sistem kehidupan dalam islam
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

sistem kehidupan dalam islam

on

  • 1,372 views

merangkumi 3 aspek utama iaitu sosial, politik & ekonomi di Malaysia

merangkumi 3 aspek utama iaitu sosial, politik & ekonomi di Malaysia

Statistics

Views

Total Views
1,372
Views on SlideShare
1,372
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
23
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    sistem kehidupan dalam islam sistem kehidupan dalam islam Presentation Transcript

    • Dengan Nama ALLAH Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…………..
    • Pengenalan  Sistem kehidupan dalam Islam merupakan sistem terbaik untuk umat manusia. Hal ini demikian kerana, Islam mempunyai banyak keistimewaan khusus yang membawa kepada kesempurnaan Islam. Antaranya, Rabbani iaitu menjalin hubungan yang baik dengan Allah SWT dan sekaligus mendapatkan keredhaannya, Syumul yang bermaksud menyeluruh dan Universal iaitu tiada batas waktu, geografi, Negara,tidak terikat kepada bangsa tertentu, tiada memilih budaya atau warna kulit dan merupakan sebuah tamadun yang menyeluruh dari segi penyertaan serta skopnya.  Selain itu, sistem kehidupan dalam Islam juga merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Dari aspek sosial, manusia akan diajar adab bermasyarakat, adab berpakaian serta adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dari segi ekonomi pula, manusia akan dapat mempelajari cara untuk berniaga mengikut landasan syariat Islam dan sebagainya yang mana dapat memelihara dan menjaga fitrah manusia, memelihara norma akhlak dan memenuhi kepentingan masyarakat. Aspek politik pula menekankan sistem politik Islam berdasarkan tiga prinsip iaitu Tauhid Risalah dan Khalifah yang mana dapat manusia praktikkan dalam kehidupannya.
    • Adab Berpakaian
    • Adab berpakaian  Menutup aurat  Aurat lelaki- pusat hingga ke lutut  Aurat wanita- seluruh anggota badannya kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)  Tidak menampakkan bentuk tubuh dan tidak jarang  Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.”
    •  Dalam Islam tidak diperkenankan lelaki memakai pakaian wanita dan sebaliknya kerana boleh menyebabkan “tassabuh”  . Larangan memakai emas  Lelaki diharamkan memakai sutera dan emas tetapi dihalalkan memakainya kepada kaum wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”  Mulakan dari sebelah kanan  Rasulullah S.A.W menyukai sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya. ” (Riwayat Muslim).
    • Adab Berbicara Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".
    •  Memulakan dengan salam.  Bercakap dengan nada yang jelas tanpa keraguan dan tidak bercakap dengan nada samar-samar.  Bercakap dengan wajah yang manis dan lemah lembut.  Jangan bercakap mengenai hal orang lain, mencaci dan membuat fitnah (walaupun bercakap tentang perkara buruk yang benar-benar sah dilakukannya, ianya termasuk di dalam kategori mengumpat).  Jangan memanggil seseorang dengan panggilan nama yang tidak menyenangkannya atau yang boleh memalukannya.
    •  Hendaklah bercakap secara berdepan dengan bertentangan mata atau tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.  Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu topik atau topik tersebut belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan topik baru atau memintas perbincangan tersebut  Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakannya sebaliknya ucaplah sesuatu yang menggembirakannya.  Jangan memanggil orang yang lebih tua dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka. “Jika engkau berada di rumah orang, hendaklah jaga matamu, jika engkau berada di antara orang ramai hendaklah jaga LIDAHMU dan jika engkau berada di dalam sesuatu majlis, hendaklah jaga perangaimu.” (Daripada: Ali bin Abi Talib R.A)
    • EKONOMI
    • Bahasa  Greek:-Okinonomikos yang bermaksud kebijaksanaan dalam pengurusan rumah tangga  Arab:-Iqtisad yang bermaksud sifat pertengahan antara dua hujung yang keji iaitu antara sifat bakhil dan israf Istilah Bagaimana individu atau masyarakat memilih sama ada menggunakan sumber produktif yang terhad, yang memungkinkan alternatif penggunaan untuk mengeluarkan pelbagai komoditi .
    • Prinsip ekonomi dalam Islam Keadilan sosial; - negara yang dapat menyediakan keperluan asas hidup individu Istikhlaf(perlantikan sebagai amanah); - manusia memegang amanah untuk memakmur alam Bekerja dan ganjaran; - kegiatan ekonomi sebagai ibadah Keuntungan dan kerugian; - asas muamalat islam (mudharabah dan musyarakah)
    • Ekonomi Islam • Bersumberkan wahyu Illahi • Sumber ekonomi mencukupi • Kehendak manusia adalah berpanduan Ekonomi Konvensional • Bersumberkan akal manusia semata-mata • Sumber ekonomi terhad • Kehendak manusia adalah bebas dan tidak terhad
    • POLITIK
    • Pengertian Politik Menurut Islam Politik adalah 'ilmu pemerintahan atau 'ilmu siyasah, iaitu 'ilmu tata negara. Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam. Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang-undang.
    •  Menurut Imam al Ghazali agama dan negara adalah dua yang berkembar. Agama merupakan asas dan pokok pangkal manakala pemerintah pula adalah pengawal dan sesuatu yang tidak mempunyai asas maka dengan sendirinya runtuh dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal dengan sendirinya hilang dan luput.  Apabila politik dikaitkan dengan akhirat maka sudah pasti pemerintah yang mengetuai satu-satu sistem politik itu berhati- hati dalam setiap tindakannya. Tindakan mereka patutlah bersandarkan kepada apa yang diperintahkan oleh Allah melalui Al Quran dan utusanNya, Rasulullah s.a.w.. Tindak tanduk pemerintah haruslah berpandukan garis panduan ini. Al Quran dan as Sunnah adalah petunjuk manusia sepanjang zaman. Politik Islam mestilah berpandukan kepada rujukan asas ini dalam mencorakkan pemerintahan. Sekiranya sesuatu perkara itu tidak termaktub dalam al Quran dan as Sunnah, ketika itu adalah menjadi tanggungjawab ulamak-ulamak untuk berijtihad akan sesuatu hukum itu.
    • Dalam Islam, kuasa bukanlah matlamat manusia yang bertamadun. Kuasa adalah satu alat untuk menjaga kesejahteraan agama dan manusia itu sendiri. Kuasa tidak boleh diperolehi dengan sewenang-wenangnya apatah lagi dengan kekerasan. Dengan sebab itu, Islam menggariskan syarat-syarat tertentu untuk mendapatkan dan menggunakan kuasa politik. Pemikir politik Islam, S. Abul Ala Al-Maududi, menggariskan beberapa kritiria dalam memilih pemimpin supaya kuasa yang diperolehi dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Kriteria-kriteria itu adalah seperti berikut : i) Mereka itu haruslah orang-orang yang benar-benar percaya dan menerima baik prinsip-prinsip tanggungjawab yang diberikan. ii) Mereka itu tidak boleh terdiri dari orang-orang zalim, fasik, fajir (orang yang melakukan dosa). Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Dan janganlah kamu menaati perintah orang-orang yang melewati batas, yang membuat kerosakan di muka bumi dan tidak mengadakan perbaikan."(Asy-Syu'ara' 26: 151-152) iii) Mereka tidak boleh terdiri dari orang-orang bodoh dan lembab, tetapi haruslah berilmu, sihat akal fikiran, memiliki kecerdasan, arif dan mempunyai kemampuan intelektual dan fizikal iv) Mereka haruslah orang yang amanah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada orang yang berhak menerimanya"(An-Nisa'4: 58)
    • Setelah memenuhi kritiria-kritiria tersebut, mereka yang berkuasa haruslah memastikan penguasaannya memenuhi syarat-syarat berikut seperti yang digariskan oleh Ibnu Khaldun dan Al-Mawardi iaitu: i) memelihara keimanan dalam prinsip-prinsipnya yang diakui oleh al-Salaf (umat yang terdahulu) ii) melaksanakan keadilan di antara mereka yang bersengketa dan menyelesaikan masalah dalam hal-hal tertentu; iii) menjamin keamanan wilayah supaya rakyat mendapat perlindungan dan hidup dengan selamat; iv) melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan oleh syari'ah serta memelihara lunas-lunas yang ditetapkan oleh Allah dan menjaga hak-hak makhluknya; v) memperkuatkan sempadan wilayah dengan kelengkapan pencegahan dan menghindari keganasan;
    • vi) berjihad menentang mereka yang memusuhi Islam, setelah mengajak mereka memeluk Islam atau sesudah memberikan perlindungan sebagai rakyat bukan Islam, agar hak Allah tetap terpelihara selaras dengan penyempurnaan agama seluruhnya; vii) mengenakan cukai dan memungut zakat serta bersedekah berdasarkan ketetapan hukum syari'ah; viii) anggaran belanjawan gaji dan pembiayaan yang diperlukan dari perbendaharaan tanpa membazir; ix) melantik seseorang yang berakhlak mulia dan berkemampuan untuk memegang jawatan yang diamanahkan bagi mengawasi harta kekayaan negara serta mentadbir masalah-masalah kenegaraan; dan x) menyediakan penyeliaan peribadi dan pemeriksaan terhadap masalah umum, bagi memajukan bangsa dan melindungi agama.
    • Individu  Sesat. Mudah terpengaruh dengan budaya barat dan unsur- unsur negatif.  Iman semakin luntur.  Mudah untuk melakukan kemurkaan.  Mudah berputus asa dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.  Hidup tidak tenteram dan selalu berfikiran negatif.
    • Masyarakat  Wujudnya Sistem kabilah dalam kalangan masyarakat. Masyarakat akan berpecah belah.  Maksiat akan berleluasa dalam kalangan masyarakat.  Mendapat kemurkaan, laknat dan kebencian Allah Subhanahu wa Ta„ala.  Masyarakat tidak akan maju
    • Negara  Rasuah berleluasa.  Ekonomi Negara semakin merosot.  Negara tidak akan aman dan sering berlaku rusuhan.
    • LANGKAH
    •  Membanteras isu perkauman  Mengadakan program berunsurkan perpaduan  Mengelakan perselisihan faham antara kaum  Meninggalkan sifat-sifat yang boleh menyebabkan pergaduhan ASPEK POLITIK
    • ASPEK SOSIAL o Menambahkan aktiviti berteraskan konsep islam o Meningkatan pendekatan o Menguatkuasakan undang-undang o Pihak yang terlibat perlu memainkan peranan dan tanggungjawab
    • ASPEK EKONOMI  Mengalakkan aktiviti keusahawanan  Mengurangkan perbelanjaan negara  Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Islam  Mencontohi pengurusan ekonomi negara yang maju  Menitikberatkan nilai-nilai perniagaan dalam konsep Islam
    • Kesimpulan  Pada pendapat kami, mengikuti serta mencontohi sistem kehidupan dalam Islam amatlah penting bagi setiap manusia kerana ia dapat digunakan dalam kehidupan mereka. Selain itu, melalui sistem ini juga manusia dapat melaksanakan aktiviti seharian mereka mengikut tuntutan atau landasan syariat Islam yang betul kerana Islam merupakan agama yang lengkap dari setiap aspek kehidupan melebihi daripada agama-agama yang lain serta memberi pelbagai kebaikan kepada umat manusia itu sendiri.
    • Syukran…