MAJLIS MAKAN MALAM
TEMU MESRA
KELAB SAINS KIMIA, OLEOKIMIA, TEKNOLOGI KIMIA
2014
Teks Ucapan
Prof. Madya Dr. Mohammad B. K...
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih pengerusi majlis,
Assalamulaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1Malaysia
*SALUTA...
tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Majlis seperti ini adalah
suatu program untuk semua warga PPSKTM berkumpul. S...
program yang dianjurkan. Majlis Makan Malam Temu Mesra ini adalah
satu langkah ke arah kesepakatan dan mentransformasikan ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Teks ucapan Pengerusi PPSKTM

176

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
176
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
2
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teks ucapan Pengerusi PPSKTM

  1. 1. MAJLIS MAKAN MALAM TEMU MESRA KELAB SAINS KIMIA, OLEOKIMIA, TEKNOLOGI KIMIA 2014 Teks Ucapan Prof. Madya Dr. Mohammad B. Kassim Pengerusi Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Jumaat, 25 April 2014 Hotel Bangi-Putrajaya
  2. 2. Bismillahirrahmanirrahim Terima kasih pengerusi majlis, Assalamulaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1Malaysia *SALUTASI 1. Alhamdullillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan sepenuh rasa kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta keizinanNya, kita dapat berjumpa dan berkumpul pada majlis ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga PPSKTM terutamanya ahli jawatankuasa Majlis Makan Malam Temu Mesra Kelab Sains Kimia, Oleokimia, Teknologi Kimia 2014 kerana bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan program pada malam ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 2. Bagi pihak saya selaku pengerusi PPSKTM, sukacita saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir pada hari ini. Pada pandangan saya, pelaksanaan program ini dapat menjalinkan perhubungan yang baik antara pihak pengurusan, dengan mahasiswa/i yang mungkin ada di antara pelajar sekalian yang masih
  3. 3. tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Majlis seperti ini adalah suatu program untuk semua warga PPSKTM berkumpul. Suatu perkara yang penuh berfaedah apabila program ini dijalankan kerana dapat mencungkil kepimpinan pelajar disamping pengisian-pengisian displin ilmu yang lain seiring dengan kebolehpasaran yang dikehendaki. 3. Program ini sebenarnya banyak memberikan input yang berguna kepada mahasiswa/i sekalian terutamanya dalam mencetuskan idea dan pengalaman yang baru. Melalui program seperti ini, peluang untuk mempelajari ilmu secara tidak langsung akan membentuk satu transformasi gerak kerja yang berjaya berdasarkan kebijaksanaan dan kesungguhan dalam menjayakan program ini. Saya mengucapkan tahniah dan rasa syukur kerana program ini berjaya dilaksanakan. Semoga sepanjang program ini berjalan, para pelajar sekalian dapat menimba ilmu baru dan mempelajari sesuatu yang saya pasti sukar diperoleh melalui pembelajaran dalam kuliah. Hadirin yang dikasihi sekalian, 4. Majlis Makan Malam Temu Mesra ini adalah salah satu program yang dijalankan bagi meraikan warga PPSKTM. Saya sangat berterima kasih kepada para pelajar yang sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama kepada pihak PPSKTM dalam pelbagai
  4. 4. program yang dianjurkan. Majlis Makan Malam Temu Mesra ini adalah satu langkah ke arah kesepakatan dan mentransformasikan minda serta gerak kerja anda semua ke suatu tahap yang lebih baik. 5. Dengan kata-kata dan semangat itu, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kerana berjaya melaksanakan program yang bukan mudah untuk dikendalikan, ianya memerlukan tenaga yang ramai. Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. 6. Semoga usaha ini akan dapat diteruskan dan diwarisi oleh pelajar baru terutamanya untuk terus maju dan menimba pengalaman yang sangat bermakna. Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

×