Teks pengacaraan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Teks pengacaraan

on

  • 1,030 views

cara mengacara majlis

cara mengacara majlis

Statistics

Views

Total Views
1,030
Views on SlideShare
1,028
Embed Views
2

Actions

Likes
1
Downloads
15
Comments
0

1 Embed 2

http://www.slideee.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Teks pengacaraan Document Transcript

  • 1. Teks Pengacaraan (NURUL ASYIKIN BT YA SALLEH @ SALAHUDDIN ) Setiap kejayaan pasti bermula dengan langkah pertama.... Sunday, 3 March 2013MESYUARAT AGUNG PIBG KALI -8 TAHUN 2014 SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG, SIRIH DARI PULAU MUTIARA, PEMANIS KATA SELAMAT DATANG, AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA. Yang berusaha En Mohamad Kabidi bin Mohamad Guru Besar SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Yang dihormati Tuan Haji Che Abdul Muttalib bin Ismail Yang Dipertua PIBG SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Yang dihormati En.Muhammad Sapri b Mat Ali Naib Yang Dipertua PIBG SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Yang di hormati Puan Hjh Azha Rohana bt Salleh ,Penolong Kanan Pentadbiran ,Pn Hjh Rozita bt Mohd A Wahid, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Omar bin Ismail Penolong Kanan Kokurikulum … seterusnya guru-guru SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dan para ibu bapa yang dihormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Puji dan syukur ke hadrat allah swt kerana dengan limpah rahmatnya kita dapat berkumpul pada pagi yang mulia ini untuk sama-sama di dalam majlis muhibbah mesyuarat agung pibg kali ke 8 SK IPG kampus dato’ razali ismail bagi tahun 2014 ini.
  • 2. ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA PEMBUKA KATA LIDAH BICARA ZINKAN SAYA MULAKAN ACARA SEMOGA MAJLIS DISAMBUT CERIA KOMPANG BERGEMA PUSAKA BANGSA DIPALU OLEH SI ANAK MUDA HADIR TUAN PUAN MERIAH SUASANA KAMI MENYAMBUT PENUH GEMBIRA. Pihak majlis serta seluruh warga sekolah , turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berbahagia Dato’ Basir B Ismail, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini. Hadirin hadirat yang dirahmati, Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Suffian Bin Yunos . Dengan segala hormatnya dipersilakan. ....................................... Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Suffian atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Hadirin yang dihormati sekalian. Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini. Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.
  • 3. Seterusnya, majlis menjemput En. Mohamad Kabidi bin Mohamad , Guru Besar SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail untuk menyampaikan ucapan alu-aluan…Dengan segala hormatnya, dipersilakan ………………. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohamad Kabidi B Mohamad atas ucapan alu-aluan itu tadi. Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Basir B Ismail, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus ,merangkap Pegawai Penyelaras UMNO DUN Tepoh dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail kali ke 8 bagi tahun 2014. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…….. …………………. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Basir B Ismail atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan Yang Berbahagia itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama. sesungguhnya kesudian dato’ hadir ke majlis kami merupakan satu suntikan semangat buat kami semua di SK IPG Kampus Dato Razali Ismail dan para ibu bapa untuk terus berusaha demi kecemerlangan anak-anak yang kami kasihi. BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN, HARUM MELATI PENYERI INTAN TERIMA KASIH UCAPAN TUAN KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, majlis mempersilakan tuan guru besar , en. mohamad kabidi bin mohamad untuk menyampaikan cenderahati kepada yang berbahagia dato’ basir b ismail .. dipersilakan Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar. Jamuan VIP
  • 4. Dijemput Yang Berbahagia Dato’ Basir B Ismail diiringi Guru Besar En Mohamad Kabidi untuk menjamu selera di tempat jamuan…dipersilakan……. Tuan Puan Yang dirahmat sekalian, Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail , kali ke-8 bagi tahun 2014. Dari mana asalnya, usah diusul Molek budinya menambat hati Dua tiga bicara salah tersasul Jangan dibawa ke dalam hati. Kami mewakili AJK PIBG dan SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail , merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Basir B Ismail atas kesudian beliau meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….. para hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan mesyuarat agung PIBG kali ke-8 SK IPG kampus dato’ razali ismail yang akan dipengerusikan oleh yang dipertua pibg Tuan Haji Che Muttalib b ismail . Dengan itu, saya dengan hormatnya menyerahkan majlis ini kepada yang dipertua pibg. tuan-tuan dan puan-puan, demikian tadi mesyuarat agung pibg kali ke-8 tahun 2014, diharapkan dengan perlantikan ahlijawatankuasa yang baru akan menjadikan kita semua lebih bersatu padu demi membangunkan sahsiah dan meningkatkan tahap kecemerlangan anak-anak sk ipg kampus dato’ razali ismail. seterusnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara cabutan nombor bertuah. majlis dengan segala hormatnya menjemput tuan guru besar, en mohamad kabidi b mohamad
  • 5. membuat 10 cabutan nombor bertuah hadirin sekalian diminta bersedia dengan nombor masing-masing. panggil 10 nombor bertuah untuk membuat 10 cabutan seterusnya dipersilakan tuan haji che muttalib b ismail untuk membuat cabutan. tuan punya nombor yang diumumkan boleh menuntut hadiah masing-masing di meja hadiah di sebelah kanan saya. panggil 10 no bertuah majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan guru besar dan tuan haji che muttalib atas kesudian mencabut nombor bertuah itu tadi dan tahniah diucapkan kepada hadirin yang bertuah pada hari ini. hadirin sekalian, dengan cabutan nombor bertuah itu tadi, maka berakhirlah mesyuarat agung pibg kali ke 8 tahun 2014 ini. saya mewakili jawatankuasa pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang telah menyumbang secara langsung atau secara tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. dengan penuh takzim, majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa sehingga majlis ini berjalan dengan lancar. MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA, PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATI SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA POHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI KAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNG DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI SEKIAN TERIMA KASIH.
  • 6. ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA PEMBUKA KATA LIDAH BICARA ZINKAN SAYA MULAKAN ACARA SEMOGA MAJLIS DISAMBUT CERIA KOMPANG BERGEMA PUSAKA BANGSA DIPALU OLEH SI ANAK MUDA HADIR TUAN MERIAH SUASANA KAMI MENYAMBUT PENUH GEMBIRA PILIH ANTAH BUANGKAN DEDAK BERAS SEGANTANG PULANG DISANJUNG ENTAH TERBALAS ENTAH TIDAK, JASAMU TUAN TETAP DISANJUNG. .
  • 7. Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Bil AGENDA TEKS 1. Ketibaan para jemputan dan ibu bapa Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali) dengan diiringi En. Mahmud bin Karim (Yang Dipertua PIBG), En. Mohamad Akhwan bin Jamil (Guru Besar), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Batang Kali. 2. Nyanyian Lagu Negeri Selangor dan Lagu Negaraku Sidang Hadirin yang dihormati, Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyayikan lagu negeri Selangor dan lagu Negaraku. …………………… Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 3. Kata Alu-aluan Pengacara Majlis Kompang Bergema Pusaka Bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira. Bismilahhirahmanirahim... Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali
  • 8. Yang Berbahagia _________________________________ Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor Yang Berusaha En. Mohamad Akhwan bin Jamil Guru Besar SK Batang Kali Yang Dihormati En. Mahmud bin Karim Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali En. Azhar bin Jusan Naib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali Barisan Guru Penolong Kanan Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG Barisan pendidik, Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi. Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 tahun 2014 ini. Pihak majlis serta seluruh warga SK Batang Kali, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan kerana sudi meluangkan masa bagi bersama- sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini. 4. Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan bin Ismail. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
  • 9. ....................................... Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan bin Ismail atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Hadirin yang dihormati sekalian. Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini. Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang. 5. Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar Seterusnya, majlis menjemput En. Mohamad Akhwan bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan ………………. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohamad Akhwan bin Jamil atas ucapan alu-aluan itu tadi. 6. Ucapan Perasmian ADUN Batang Kali Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali kali ke 39 bagi tahun 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. …………………. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin
  • 10. Ahmad Dahlan atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama. 7. Majlis Penyampaian Cenderahati AJK PIBG sesi 2013/2014 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu, majlis menjemput YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, dengan diiringi En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk menyampaikan cenderahati tersebut. Dipersilakan.... En. Mahmud bin Karim – YDP PIBG En. Mohamad Azhar bin Jusan – NYDP PIBG Pn. Shafiah binti Hussain – Setiausaha Pn. Suriha binti Shamsuddin – Bendahari AJK Ibu Bapa En. Muzammil bin Mohd Nor En. Abd Rani bin Napi En. Sharizal bin Shahidin Pn. Faridah Hanim binti Mohd Ali Pn. Zarina binti Marjunit Pn. Nor’ashikin binti Jumaan AJK Guru En. Hamka bin Ramlan En. Mahadi bin Omar En. Afifuddin bin Mohamad En. Norsalawati binti Shafie Pn. Israhana binti Mohd Shahril Pn. Maria Wan Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas penyampaian cenderahati itu tadi. Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
  • 11. menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB Tn. Mat Nadzari bin. Ahmad Dahlan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar. 8. Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014. Dari mana asalnya, usah diusul Molek budinya menambat hati Dua tiga bicara salah tersasul Jangan dibawa ke dalam hati. Kami mewakili AJK PIBG dan SK Batang Kali, merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….. Seterusnya, kami serahkan kepada En. Mahmud bin Karim untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.