0
Apakah yang di maksudkan dengan Fonetik dan Fonologi? Dengan memberikan contoh-contoh  yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan k...
1.0 Pengenalan fonetik dan fonologiSebelum kita dapat memberikan pengertian tentang fonetik dan  fonologi bahasa Melayu, k...
Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialahilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan p...
Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskanfonetik sebagai “the science that deals with pronuncia...
Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopediabeberapa pandangan dan pengertian ten tang fonetik ole...
Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetikadalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ...
Seseorang boleh melakukan kajianya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi bahasa ketika bu...
Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamusdewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan ...
.”Dalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi dikatakan“the study of the sound system of a language or of...
Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga didapati dan dipetikdaripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa....
Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentangbahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat univ...
2.0 Bunyi-bunyi Bahasa          Melayu Berdasarkan   vokal kardinal dan bunyi-bunyi dibuat oleh Daniel Jones, kita dapat ...
Bunyi-bunyi Vokal Melayu             Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal              dalam baha...
Diftong Melayu                 Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang  menggeluncur. Maksudya, sebutan seb...
Bunyi-bunyi vokal   Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketikamenghasilkannya udara             ...
Manakala penghasilah bunyi-bunyi vokal pula ditentukan olehbeberapa ciri tertentu iaitu keadaan bibir > sama ada dihmparka...
Depan           Tengah       Belakangsempit         i                                        uSeparuh sempit              ...
Separuh vokal            Bunyi separuh Vokal mempunyai cirri-ciri bunyi vokal , tetapi tidak  merupakan vokal sepenuhnya. ...
Diftong           Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh      dan lainya geluncuran. Penghas...
Vokal rangkap       Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokalmerupakan vokal penuh yang tersendiri. ...
Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal.              Vokal [i](depan sempit)      Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan...
Vokal [e](depan separuh sempit)           Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukann...
Vokal [ɛ](depan separuh luas/lapang)            Untuk menghasikannya, hujung lidah diturunkn kira-kira 1/3   dari keduduka...
Vokal [a](vokal depan luas)         Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkan serendah-   rendahnya dalam rongga mulut...
Vokal [u](belakang sempit) Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikan setinggi-tinggi  mungkin, tetapi tidak menyekat ...
Vokal [o](belakang separuh sempit)   Untuk menghasilkanya, belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertigadaripada kedudu...
Vokal [‫] כ‬belakang separuh luas Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan dua pertiga daripada     kedudukannya s...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

13416756 fonetik-dan-fonologi-vokal

8,220

Published on

Published in: Education
1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
8,220
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
338
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "13416756 fonetik-dan-fonologi-vokal"

  1. 1. Apakah yang di maksudkan dengan Fonetik dan Fonologi? Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu? vokal Nota Ini Dimuat turun Oleh Cikgu Md HAsrul Bin JA’afar 1
  2. 2. 1.0 Pengenalan fonetik dan fonologiSebelum kita dapat memberikan pengertian tentang fonetik dan fonologi bahasa Melayu, kita perlu terlebih dahulu melihat pengertian istilah fonetik dan fonologi daripada kamus, ensiklopedia dan juga pendapat-pendapat beberapa pakar bahasa. Selepas itu barulah kita boleh membincangkan aplikasinya dalam konteks bahasa Melayu. 2
  3. 3. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialahilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambingyang menunjukkan sebutannya.Manakala mengikut Merriam Webster’sCollengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “thesystem of speech sounds of a language or group of languages”.Kamus OxfordAdvanced Learner’s Dictionanry of current English (1992:671) fonetikmerupakan “the study of speech sounds and their production”. Mengikutkamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetiksebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art ofpronunciation….concerned with the production of these speech sounds by thearticulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, andthe auditory effect they produce on the hearer”. 3
  4. 4. Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskanfonetik sebagai “the science that deals with pronunciation and therepresentation of the sounds of speech.”Mengikut Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmuyang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyibahasa.”Akan tetepi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955)mendefinisikan fonetik sebagai “ the science that investigates the soundsmade by the speech organs, seeking to describe them, account for theirproduction, and classify them.” 4
  5. 5. Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopediabeberapa pandangan dan pengertian ten tang fonetik oleh beberapa orangsarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetiktersebut.Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar LingustikUmum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics menyatakan “ fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa,manakala fonologi…hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalampertuturan (1993:37).Mengikut Adrian Akmajian et. Al. dalam bukuLinguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi danAzizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language andCommunication menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang memperkatakanbagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidangkajian yang dikenali se bagai fonetik artikulasi, dan juga sifat fizikalgelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yangdikenali sebagai fonetik akustik).Sementara istilah fonetik biasanyabermasud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61). 5
  6. 6. Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetikadalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidikibunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalamsuatu bahasa” (1986:1”).J.W.M Verhaar dalam bukunya Pengantar Linguistikmemberikan pengertian fonetik seperti berikut: “Fonetik atau ilmu bunyimenyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole” (1983:8). ManakalaAbdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru BahasaMalaysia memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: “Fonetik mengkajibunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya…Fonetikamnya ialah pengkajian terhadap unsure-unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi:Suatu Tinjuan menyatakan: “Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyibahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.”(1992:2) Mengikut ArbakOthman menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yangdipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alatpertuturan manusia) dan memberikan symbol fonetik untuk masing-masingbunyi itu….Bunyi-bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapa segi. 6
  7. 7. Seseorang boleh melakukan kajianya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi itu dipindahkanmelaui udara, mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala sertabagaimana sifat-sifat ini berubah dalam proses penghasilannya….(1986:52-53).Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagaiberikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetikakan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteriapengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyibahasa dan lain-lain seumpamanya.” (1982:40 7
  8. 8. Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamusdewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatubahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenthedition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speechsounds including, especially the history and theory of sound changes in alanguage or in two or more related languages.Mengikut Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi se bagaibidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikutfungsinya.Kamus oxford Advanced Learner’s Dictionanry of CurrentEnglish (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the study of thesystems of speech sounds,especially in a particular language.Manakalakamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologisebagai “ the study of system of sounds in language and of the history oftheir changes 8
  9. 9. .”Dalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi dikatakan“the study of the sound system of a language or of language in general.”TheWorld Book Dictionary (1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ thesystem of sound used in language”.Dalam Ensyclpedia Amerikana(1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai “the branch of linguistics or ofgrammar that deals with speech sound as they enter into the structure oflanguage.” 9
  10. 10. Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga didapati dan dipetikdaripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasiterjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertiantentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistic yangmengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilahfonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasatertentu dan rumus yang maengawal penyebaran bunyi tersebut. 10
  11. 11. Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentangbahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universalsistem bunyi semula jadi…”(1995:112) Manakala Frank parker dalamLinguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologimerupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.” (1974:112).Manakala menurutJ.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology) sebagai bidang khusus dalamlinguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentu menurutfungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86)Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk GuruBahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyiyang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.”(1993:40) 11
  12. 12. 2.0 Bunyi-bunyi Bahasa Melayu Berdasarkan vokal kardinal dan bunyi-bunyi dibuat oleh Daniel Jones, kita dapat mengenal pasti bunyi- bunyi vokal dan konsonan dalam bahasa Melayu.Dalam mendeskripsi bunyi-bunyi bahasa Melayu ini juga diklasifikasi kepada bunyi vokal dan konsonan. 12
  13. 13. Bunyi-bunyi Vokal Melayu Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa Melayu.Ini diterapkan dalam rajah berikut. Vokal Melayu Ada empat vokal depan dalam bahasa Melayu.[i],[e],[ ] dan [a];tiga vokal belakang,[u],[o] dan[] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].Memang vokal-vokalini tidak betul-betul menyerupai vikal kardinal sepenuhnya.Walau bagaimanapun, vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal kardinal. 13
  14. 14. Diftong Melayu Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Maksudya, sebutan sebuah vokal itu digabungkan dengan sebuah vokal lain.Ini dapat dilihat dalam contoh diftong [ai].Bunyi vokal itu bermula dengan vokal [a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan kepada vokal [i], menyebabkan vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi. Ini ialah diftong. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah diftong, iaitu [ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah berbeza daripada rentetanvokal. Diftong membentuk satu suku kata sperti dalam perkataan pandai [pan-dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i]. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu. 14
  15. 15. Bunyi-bunyi vokal Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketikamenghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melaui rongga tekak dan rongga mulut tanpamendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. 15
  16. 16. Manakala penghasilah bunyi-bunyi vokal pula ditentukan olehbeberapa ciri tertentu iaitu keadaan bibir > sama ada dihmparkanatau dibundarkan, bahagian lidaah yang terlibat > sama ada depanlidah atau belakang lidah, turun naik lidah > sama ada dinaikkansetinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaanlelangit lembut,> sama ada dinaikkan dan udara dari paru-parukeluar melaui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyivokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udaradari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan juga rongga hidung( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaujan) dan keadaanglotis > glotis dirapaatkan dan semasa udara keluar dari pru-parupita suara bergetar.Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokalrangkap. 16
  17. 17. Depan Tengah Belakangsempit i uSeparuh sempit e o əSeparuh luas ɛ ‫כ‬ Luas a 17
  18. 18. Separuh vokal Bunyi separuh Vokal mempunyai cirri-ciri bunyi vokal , tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan, kemudian dengan segera beubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran. Oleh sebab itu, separuh vokal tidak digolongkan ke dalamgolongan vokal tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah /w/ dan /y/. 18
  19. 19. Diftong Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan lainya geluncuran. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyidiftong dilambangkan dengan dua lambang vokal misalnya /ai/, /ou/ dan /au/.Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pasa masa mula-mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada ahkir sebutan diftong. 19
  20. 20. Vokal rangkap Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokalmerupakan vokal penuh yang tersendiri. Misalnya daun dan lain. Dalamdaun, misalnya a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata iaitu da dan un. Dalam perkataan lain 2 vokal berturut-turut dalam satu perkataan 20
  21. 21. Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Vokal [i](depan sempit) Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit. Untuk menghasilkannya, hujung lidah diletakkan paling tinggi di hadapan mulut tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper. Glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udaraditekan keluar dari paru-paru pada pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Pelita jahitan Ikan hasil Tidur pahit 21
  22. 22. Vokal [e](depan separuh sempit) Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasikan vokal depan sempit [i] dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. 2 Bibir dihamparkan/leperkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar, contoh kehadiran dalam perkataan: Ekor tauge Petak geser Mereka selesa 22
  23. 23. Vokal [ɛ](depan separuh luas/lapang) Untuk menghasikannya, hujung lidah diturunkn kira-kira 1/3 dari kedudukan depan separuh sempit (e) dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis dirapatkan danlelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal ini merupakan kelainan bagi vokal [e], misalnya: [ɛ] untuk [elo?] 23
  24. 24. Vokal [a](vokal depan luas) Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkan serendah- rendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru-paru lalu tnpasekatan. Bibir dihamparkan/leper , glotis dirpatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari pru-paru dn pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Atur dia Pagi usang Pelangi peluang 24
  25. 25. Vokal [u](belakang sempit) Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikan setinggi-tinggi mungkin, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibirdibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dai paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh penggunaan dalam perkataan: Ular haru Gunting tikus Beruang beliung 25
  26. 26. Vokal [o](belakang separuh sempit) Untuk menghasilkanya, belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertigadaripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [o], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan .Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Oleh pidato Boleh kuno Celoteh pleno 26
  27. 27. Vokal [‫] כ‬belakang separuh luas Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan dua pertiga daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal [u], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotisdirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-parudan pita suara bergetar. Seperti vokal [ɛ], vokal [‫ כ‬hadir dalam dialek-dialek [ dan dalam bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [o], misalnya [ ] untuk [oleh]. 27
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×