Your SlideShare is downloading. ×
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH      SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL                                DTT5212         TE...
1.0     PENGENALANProses pembelajaran sentiasa berlaku dalam diri setiap manusia tanpa mengira usia. Seseorangindividu bel...
dan semasa mereka. Pelajar memilih dan memindahkan maklumat, membina hipotesis, danmembuat keputusan mengikut struktur kog...
Bagi menghasilkan satu proses pengajaran berpusatkan pelajar ianya melibatkanperancangan yang teliti, persediaan yang awal...
menyediakan peruntukan kewangan untuk pendidikan umum, pendidikan vokasional, politeknikdan universiti. Tetapi jika di Mal...
sekolah menengah. Pada akhir persekolahan di kedua-dua peringkat pelajar akan menghadapiujian GCE-Level atau GCE N-Level. ...
dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik,iaitu pembangunan tenaga manusia, ke...
Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu bukansahaja bagi tujuan mendapatkan lebih b...
tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysiamenjadi negara maju tidak mungkin dap...
Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesion perguruan perludikaji semula. Profesion perguruan di Malay...
pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada universiti-universiti tempatan yangsedia ada sahaja. Natijahnya,...
produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan ekonomimoden selaras dengan kemajuan yang...
sejarah contohnya, seseorang guru itu perlu berani mencuba sesuatu yang baru sepertimenggabungkan pengetahuan sains komput...
dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Hal ini kerana, pengetahuan dankebolehan guru mengadaptasikan kaed...
pembelajaran iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih padaperingkat yang mendukacitakan. Walau ...
Pendedahan seperti ini dapat menambahkan bahan serta maklumat tentang sesuatu perkara.Justeru itu, pelajar-pelajar sekolah...
5.0    KEMAHIRAN ABAD KE-21Kemahiran abad ke-21 ini ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi beberapa aspekantaranya i...
informasi, alat konstruktif, alat situasi dan alat komunikatif. Biasanya alat informasi inidiperolehi daripada internet, C...
institusi yang memainkan peranan penting dalam menerapkan kemahiran tersebut bagimelahirkan pelajar yang kompeten, kreatif...
Pada masa yang sama juga, pelajar perlulah berupaya untuk bekerja dalam pasukan dan beranidalam mengutarakan sesuatu idea ...
Mindomo, para pengguna boleh memilih pelbagai rekabentuk tema yang disediakan, disampingmengubah sendiri warna latar, jeni...
Selain itu, membantu pelajar untuk menghubungkait dan mensintesis idea dan datayang seterusnya boleh memberi penciptaan pe...
mapping harus menganggap setiap item di dalam mind mapping adalah pusat kepada mindmapping yang baru.       Di samping itu...
arah memudahkan pemahaman. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberirangsangan yang begitu cepat daripada teks....
Mempercepatkan pengurusan pembelajaran       Dapat mengorganisasikan idea-idea yang munculModel pembelajaran mind mapping ...
cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan mind mapping lebih mudah untukdirakamkan dalam ingatan jangka panjang. ...
Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan mind mapping, terdapat jugabeberapa teori serta pandangan yang sesuai atau...
sembilan jenis kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaranmenggunakan mind mapping adalah amat sesu...
untuk menjadikan mind mapping mereka berwarna warni serta memasukkan gambarajah yangberkaitan.          Melalui mind mappi...
mind mapping ialah mengajar pelajar membuat mind mapping. Para guru wajar menerokakaedah membina dan mengguna mind mapping...
RUJUKANhttp://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani (ICE 2010).pdfhttp://petaminda.blogspot.com/2007/11/kebaikan-peta-minda.ht...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Penulisan ilmiah

5,094

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
5,094
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
166
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Penulisan ilmiah"

  1. 1. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SESI 2012/2013 TAJUK: WEB 2.0 (Mindomo) NAMA PENSYARAH: DR. SABARIAH SHARIFNAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR MATRIK1. MONICA ANAK GIRA PT122157CT2. NOOR AISAH BINTI HJ. ENDAH PT122170CT3. NORMALIZA BINTI ABD AZIS PT122329CT4. NURMIAH BINTI DARWIS PT122201CT 1
  2. 2. 1.0 PENGENALANProses pembelajaran sentiasa berlaku dalam diri setiap manusia tanpa mengira usia. Seseorangindividu belajar untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untukmenghadapi cabaran dan pancoraba dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu,pembelajaran boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada pengalaman dalam kehidupanseseorang individu. Hal ini telah mendorong terciptanya beberapa teori pembelajaran yangdigunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.1.1 Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku seseorang. Di antaratokoh-tokoh yang terkenal dalam teori behavior atau perlakuan ialah Parlov, Thorndike danSkinner. Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian danujian ke atas haiwan dan ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yangmenghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka tingkah laku pelajar boleh diperhatikan,dikawal dan diramal. Teori ini turut menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabilatindakan secara ulang dilakukan sehingga ianya menjadi kebiasaaan. Tingkah laku yangberulang ini dapat dikekalkan dengan peneguhan yang positif. Aplikasi teori ini dalam P&P ialah guru perlu menghasilkan atau mewujudkan suasanapendedahan yang interaktif dalam proses P&P dengan adanya sesuatu yang logik dan tidakmenjemukan pelajar. Guru-guru bukan sahaja mahir dalam mengajar tetapi perlu bijakmengintegrasikan strategi P&P dalam bahan P&P digital. Penggunaan bahan pembelajarandigital dalam proses P&P mampu melahirkan generasi celik IT (Information Technology).Daripada bahan pengajaran digital ini, guru melatih pelajar untuk membina peta konsepmengikut kreativiti dan kafahaman masing-masing. Dengan pendedahan kepada bahanpengajaran digital dan latihan yang berulang-ulang ini sudah pasti dapat meningkatkan tahapingatan pelajar dalam memahami sesuatu pengajaran.1.2 Teori Kognitif Teori Kognitif pula, wujud ahli–ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne danAusubel. Menurut Bruner (1973) dalam Esah Sulaiman (2004) melihat pembelajaran sebagaiproses aktif, iaitu pelajar membina idea baru atau konsep yang berasaskan pengetahuan lalu 2
  3. 3. dan semasa mereka. Pelajar memilih dan memindahkan maklumat, membina hipotesis, danmembuat keputusan mengikut struktur kognitif. Teori-teori pembelajaran di bawah mazhabkognitif juga banyak menceritakan tentang celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan,kategori pembelajaran dan resepsi. Mengikut teori Gestalt, manusia mempunyai strukturkognitif, dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun segala maklumat dalamingatannya. Teori kognitif menyatakan bahawa guru perlu mengamalkan P&P secara berperingkatmengikut urutan yang sesuai iaitu dari aras mudah ke aras yang sukar serta guru juga perlumenyampaikan pengajarannya mengikut tahap kefahaman pelajarnya. Untuk membantu pelajarmemahami pengajaran, guru perlulah lebih kreatif dengan memvariasikan kaedah-kaedahpengajarannya. Salah satu kaedah yang sesuai ialah dengan menggunakan gaya pembelajaranvisual kerana ia dapat membantu pelajar untuk mengingati fakta dengan lebih lama. Pelajardapat belajar lebih baik dengan melihat sesuatu situasi atau fenomena yang dipaparkan padamonitor komputer ataupun tayangan video. Contohnya dalam pengajaran mata pelajaranSejarah, pelajar dapat melihat sendiri dan mengembangkan kefahaman mereka terhadapperistiwa yang ditayangkan dalam video. Daripada pemerhatian tersebut, pelajar membina petakonsep dengan mencatat peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku dan ini dapatmeningkatkan lagi ingatan pelajar dalam mengingati sesuatu fakta.1.3 Teori Konstuktivisme Teori konstruktivisme ini merupakan suatu proses pembelajaran yang aktif dan pelajarmembina konsep baru atau pengetahuan baru berasaskan pengalaman mereka sendiri. Menurutteori konstruktivisme, pengetahuan merupakan produk minda yang dibina (konstruk) denganpengalaman dan input baru yang diterima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi. Justeru,pembelajaran konstruktivisme adalah pembelajaran aktif dan dinamik. Aplikasi teori ini dalambilik darjah ialah pelajar-pelajar akan menentukan strategi pembelajaran sendiri, melibatkan dirisecara aktif dalam aktiviti, pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, penggunaan penaakulan danlogik dalam menilai informasi baru serta menggunakan kemudahan yang disediakan oleh guru.Secara ringkasnya, pembelajaran menggunakan teori ini lebih berpusatkan pelajar dan gurubertindak sebagai pembimbing. 3
  4. 4. Bagi menghasilkan satu proses pengajaran berpusatkan pelajar ianya melibatkanperancangan yang teliti, persediaan yang awal dan kajian menyeluruh mengenai tingkah lakupelajar. Ini adalah kerana segala ilmu yang akan diperolehi pelajar dibawah kawalan pelajarsendiri dan bahan yang disediakan oleh guru perlu berupaya mencapai objektif pembelajaran.Oleh itu, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dapat membantumemudahkan proses P&P. Gabungan audio, video dan animasi serta interaksi pengarahan bagipersembahan multimedia dapat memberi peluang kepada pelajar memanipulasi dan berinteraksidengan bahan pembelajaran melalui teknologi. Penghasilan peta konsep melalui bahan-bahanpembelajaran tersebut dapat membantu pelajar untuk lebih mengingati pembelajarannyasecara optimum.2.0 PENDIDIKAN ABAD KE-21Pendidikan menjadi simbol kemajuan yang sangat penting di seluruh dunia termasuklah diMalaysia. Sesebuah negara itu akan terus terkenal seiring dengan kemajuan pendidikan.Menyentuh aspek pendidikan ini kita sering didedahkan dengan cara lonjakan dalam pendidikanyang dilakukan oleh kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat dan United Kingdomuntuk mendepani negara-negara lain sama ada dalam bidang pendidikan mahupun ekonomi.Sebenarnya, tanpa kita sedari bahawa terdapat negara lain iaitu Finland yang menunjukkanprestasi membrangsangkan dalam bidang pendidikan ini. Menurut laporan yang dikeluarkanoleh Institut Legatum yang berpejabat di London meletakkan pendidikan di Finland sebagaiketiga terbaik selepas Norway di tangga kedua dan Denmark di tangga teratas mengatasiAmerika Syarikat dan United Kingdom. Secara umumnya, sistem pendidikan di Finland yang terletak dalam Kesatuan Eropahmenekankan kepada sistem pendidikan vokasional dan polliteknik bagai menyediakan generasimuda yang mahir dalam semua aspek. Sistem pendidikan vokasional yang dijalankan inimempunyai tiga tahap iaitu pendidikan rendah dan menengah yang dikenali sebagai pendidikankomprehensif selama sembilan tahun. Sementara itu, pendidikan menengah atas adalah selamatiga tahun dan akhir sekali pendidikan tinggi. Sistem pendidikan di Finland juga bersifatdesentralisasi yang mana pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan dasar umumpendidikan yang ditetapkan oleh Parlimen Finland dan kerajaan adalah terletak di bawahKementerian Pendidikan dan Kebudayaan (MEC). Pada masa yang sama, kementerian ini juga 4
  5. 5. menyediakan peruntukan kewangan untuk pendidikan umum, pendidikan vokasional, politeknikdan universiti. Tetapi jika di Malaysia kita lihat tugas ini dijalankan sepenuhnya olehKementerian Pelajaran dan Kementerian Penagajian Tinggi (KPT). Selain itu, negara Norway juga mempunyai sistem pendidikan yang terletak di tanggakedua di peringkat dunia tanpa kita sedari. Walaupun Norway merupakan negara yangmempunyai kepadatan penduduk terendah di Eropah, namun jika dilihat Norway mempunyaisistem pendidikan yang sangat nyaman dan efektif. Seperti negara-negara lain di dunia sistempendidikan di Norway juga adalah wajib dan berlangsung selama 10 tahun bermula dari primary,lower secondary dan upper secondary. Pejabat pendidikan di peringkat daerah merupakanpihak yang yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa sekolah yang layak diakses dandipilih oleh kanak-kanak, generasi muda dan dewasa di semua kota dan daerah di Norway. Sementara itu, di peringkat Asia pula pendidikan di Singapura merupakan sistempendidikan yang boleh dijadikan contoh oleh negara-negara di Asia Tenggara termasuklahMalaysia. Pendidikan di Singapura di senarai di tangga ke-26, Thailand pula di tangga ke-54 danMalaysia di tangga ke-55. Tidak hairanlah terdapat beberapa institusi pendidikan sepertiNational University of Singapore (NUS), Nanyang Technological University (NTU), SingaporeManagement University (SMU) dan Singapore Technology & Design adalah antara institusipengajian yang menduduki ranking terbaik di Asia malahan di dunia. Hal ini memandangkanpenyediaan kurikulum di Singapura direka olah pakar akademik dari seluruh dunia. Maka tidakhairanlah kota ini mampu menyediakan program mengikut keupayaan setiap individu. Inibermakna bahawa pelajar yang meminati bidang pengurusan perniagaan, perakaunan,teknologi maklumat, teknikal boleh memilih mana-mana institusi yang menawarkan programtersebut. Perkara penting yang menjadikan Singapura sebagai hab pendidikan dunia ialah keranakekuatan sistem pendidikan Singapura yang mana polisinya adalah berdasarkan dua hala iaitupembelajaran secara holistik, tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti,interaktif pelajar dan suasana di dalam kelas yang moden sudah tentu menarik minat pelajaruntuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Tambahan lagi, pelajar di Singapura sendiridigalakkan menyertai aktiviti kokurikulum antaranya seni, muzik dan sukan. Sementara itu,pendidikan wajib di Singapura juga berlangsung selama 10 tahun menerusi sekolah dasar dan 5
  6. 6. sekolah menengah. Pada akhir persekolahan di kedua-dua peringkat pelajar akan menghadapiujian GCE-Level atau GCE N-Level. Selain Singapura, negara Jepun juga merupakan negara di Asia yang bukan sahaja majudari aspek ekonomi, malahan juga maju dari segi teknologi, ilmu pengetahuan, sosial, politikdan sebagainya. Semua kemajuan yang dicapai pada hari ini adalah berkait rapat dengankemajuan pendidikan yang terdapat di Jepun. Pada asasnya, sistem pendidikan di Jepundibangunkan atas prinsip legalisme, pentadbiran yang demokratik, neutral, penyesuaian danpenetapan persekitaran pendidikan dan desentralisasi. Bertitik tolak dari prinsip tersebut sistempendidikan dibangunkan dalam empat peringkat iaitu peringkat pusat, prefectural (antaranegeri dan wilayah), municipal (antara wilayah dan dan daerah) serta sekolah. Pada umumnya,kaedah pengajaran yang digunakan di sekolah-sekolah Jepun adalah kombinasi dari penjelasandari soal jawab dengan guru, perbincangan sesama murid dan penerokaan oleh pelajar sendiridengan menggunakan alat pembelajaran seperti multimedia, makmal dan lain-lain sesuaidengan matapelajaran dan keperluan. Biasanya, hasil perbincangan atau penerokaan ilmutersebut akan dipersembahkan di depan kelas dengan bimbingan guru. Melihatkan kepada sistem pendidikan yang terdapat di peringkat dunia dan Asia,menunjukkkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia haruslah lebih efektif dan efisien dari segipengurusannya agar dapat bersaing dengan negara-negara tersebut dan meletakkan sistempendidikan di Malaysia standing dengan pendidikan di dunia. Justeru, jika kita lihat sistempendidikan di Malaysia sering berlaku perubahan dari semasa ke semasa. Menjelang abad ke-21ini sistem pendidikan di dunia, Asia dan di Malaysia sedang mengalami perubahan secaradinamik dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia khususnya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (centerfor academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke-21memerlukan negara untuk meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ketaraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamikpendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibilitiyang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Jika dilihat dari perspektif yangluas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia 6
  7. 7. dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik,iaitu pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi, pembaikan taraf dankualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budayafikir dan intelektual, pembangunan teknologi dan sains dan kejayaan meningkatkan kadar celikhuruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat. ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikanbagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standardyang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yangberkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembangdan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segalaaspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan statusMalaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. Apabila Kementerian Pendidikantelah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia, dengansendirinya matlamat tersebut telah mengariskan beberapa langkah yang perlu diambil.2.1 Pengkorporatan Universiti.Langkah pertama untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia ialah melaluipengkopratan universiti. Pengkorporatan merupakan satu proses pendemokrasian dalamInstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Rasional pengkorporatan dilaksanakan adalah untukmenyediakan lebih tempat kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran meraka sertamenyediakan peluang untuk menyambung pelajaran atau pendidikan jangka panjang.Pengkorporatan juga bertindak sebagai tindak balas atau respon kepada K-Ekonomi dan ICT.Contohnya university yang telah dikorporatkan adalah Universiti Kebangsaan Malaysia yangberupaya membentuk syarikat sendiri iaitu UKM Holding Sdn. Bhd. yang beroperasi sejakJanuari 2001 di bawah Yayasan Canselor. Oleh yang demikian, semua pihak di negara ini yangterlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasaberusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan.Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuanpembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengoraklangkah mencapai status negara maju. 7
  8. 8. Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu bukansahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan tanggungankerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga bagi menjadikan sektorpendidikan di negara ini lebih dinamik perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatanuniversiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusanuniversiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yangmenekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti. Kerenah birokrasi dan pelbagai ‘red tape’ yang mengekang perjalanan universiti akandapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan bertenagameningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa erapendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingankorporat. Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikanke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa inggerissebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti pendidikantinggi tempatan.2.2 Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikanPendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspekorganisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan. Ini termasuklah membaiki aspek kualitipengajaran guru dan pensyarah, kualiti perkhidmatan, kurikulum, penilaian dan pensijilan,perkembangan dan kebajikan pelajar, persekitaran budaya pelajar dan organisasi, pengurusandan pentadbiran university dan kualiti penyeliaan serta perkembangan staf atau tenagapengajar.2.2 Perubahan SistematikUntuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilahsesuai dengan tuntutan semasa. Dalam konteks Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkandan dibuat pembaharuan supaya dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020. Hal ini kerana,wawasan 2020 ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segikuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa 8
  9. 9. tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysiamenjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai. Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yangdisifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama.Pembaharuan yang dilakukan mestilah bersifat sistematik iaitu tidak boleh terdiri dari satukomponen pendidikan iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikanmestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik sertakomprehensif. Dalam masa yang sama, perubahan sistematik ini mestilah dilihat secaramenyeluruh dan dalam konteks yang lebih luas. Pertama, ialah dari aspek perundangan melalui Pembentangan Rang Undang-UndangPendidikan 1995 yang membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan. Rang undang-undangtersebut menggariskan beberapa aspek iaitu sistem pendidikan dicorakkan untuk menghasilkanpendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara. Selain itu, dalamrang undang-undang ini juga Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasarpendidikan kebangsaan. Semantara itu, tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hinggatujuh tahun dan pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikankebangsaan. Dalam dasar tersebut juga terkandung bahawapendidikan teknik dan politeknikdipertingkatkan serta peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta. Bermula dengan akta yang ada ini, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaituisi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kitamengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologibaru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira.Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan SultanIdris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar denganpeningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untukmelahirkan modal insan yang cemerlang serta dapat melonjakkan Malaysia di persadaantarabangsa.. 9
  10. 10. Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesion perguruan perludikaji semula. Profesion perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yangradikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikanagenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke-21. Imej dan status perguruanyang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera. Penawaran kursus-kursus perguruanlepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usahauntuk meningkatkan kualiti dan status profesion perguruan.2.3 Penggredan UniversitiAspek pendidikan ini tidak tertumpu kepada peringkat sekolah menengah dan sekolah rendahsahaja malahan universiti juga dibuat penggredan oleh pihak Kementerian Pendidikan.Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian Pendidikan adalahsatu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualitipendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak langsungperlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatifuntuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan profesor di universitikhususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedahpengajaran. Menerusi penggredan universiti ini salah satunya ialah melatih semula pensyarah danprofesor khususnya dalam bidang baru seperti teknologi maklumat, komputer, teknologipendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggidan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusipengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan dinamik.2.4 Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi SwastaPenubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi yangbesar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Hal ini kerana, para pelajarmempunyai peluang dan mempunyai pelbagai pilihan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)untuk melanjutkan pelajaran mereka .Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusiswasta ini, membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segipenawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligusmenyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak. Sehubungan dengan ini, 10
  11. 11. pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada universiti-universiti tempatan yangsedia ada sahaja. Natijahnya, impian negara untuk melahirkan bakal-bakal pekerja berilmusebagaimana yang disuarakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan.2.6 Kelonggaran Sistem PendidikanPendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untukmelahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi pembangunansumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Selarasdengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahanekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidangperindustrian. Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomidan pembangunan sumber manusia abad ke-21 amat bergantung kepada peranan serta dasarliberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu, rajin,tekun dan produktif. Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC)Malaysia di London, mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketikaitu masih lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ada menegaskan bahawakerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan pelajardengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan meneruskan pelajaran pada peringkatpengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu.Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara kekurangan pekerjayang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan terutama sekali dalam era teknologimaklumat abad ke-21. Oleh yang demikian, amatlah perlu mewajibkan semua murid mengikutipendidikan awal di sekolah rendah secara percuma di samping melonggarkan peluangpendidikan menengah dan tinggi. Dengan ini, Malaysia dikira akan mencapai satu tarafpendidikan yang maju di dunia serta mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbandingdengan negara-negara membangun yang lain. Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurangkemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusiamempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk warganegara yang 11
  12. 12. produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan ekonomimoden selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui pendidikan bertaraf dunia.Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke-21 juga memerlukan ribuan tenaga mahirdan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu, pelaburan pendidikan yang merupakanagenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak bagimeliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja berilmu. Oleh yang demikian, langkah yang sewajarnya amatlah perlu bagi melahirkan pekerjaberilmu dan ini mendorong sesebuah negara memperuntukan pelaburan yang tinggi dalampendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan Teori Modal Manusia (Human CapitalTheory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi penting bagi meningkatkan potensimodal manusia seperti kepakaran, kemahiran, berpengetahuan, efisien, produktif, berdedikasidan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja dan sebagainya.3.0 GURU ABAD KE-21Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistempendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seperti kita sediamaklum bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri suatu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abadke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itusendiri. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyaikemahiran abad ke-21 seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam semua aspek.Oleh yang demikian, terdapat beberapa aspek yang perlu dipandang serius oleh guru abad ke-21 ini.3.1 Menguasai Pelbagai BidangAmatlah penting bagi seorang pendidik terutamanya guru untuk sentiasa bersedia menguasaiilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Hal inikerana, guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran adalah lebih baik berbandingdengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran 12
  13. 13. sejarah contohnya, seseorang guru itu perlu berani mencuba sesuatu yang baru sepertimenggabungkan pengetahuan sains komputer dengan sejarah dikenali sebagai pendekatanbersepadu. Seseorang guru boleh mengaplikasikan pengajaran menggunakan peta minda(mindmapping) bagi memudahkan pengajarannya. Oleh yang demikian, untuk mengaplikasikanmindmapping dalam pengajaran seseorang guru itu perlu mampu untuk menguasai pelbagaibidang terutamanya yang melibatkan teknologi ICT dalam pendidikan. Dalam masa yang sama,seseorang guru juga hendaklah mengamalkan pembelajaran yang berterusan supaya guru akansentiasa mengikuti perubahan yang berlaku serta menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapipelbagai cabaran pada abad ke-21 ini.3.2 Mengikuti Perkembangan Tentang Dasar dan Isu PendidikanSeseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlakukhususnya perkembangan tentang dasar serta isu-osu berkaitan dengan pendidikan yang akanmemberi impak kepada profesion perhuruan serta perjalanan proses pengajaran danpembelajaran. Dasar-dasar seperti sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu ditelitidan difahami begi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkangenerasi yang erkualaiti dan berkemahiran dalam semua aspek. Dalam erti kata lain, guru mestimemahami perubahan-perubahan ini. Perkara paling mustahak sekali ialah guru seharusnyadapat mengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan-perubahan dan bukan menjadipenonton kepada perubahan tersebut. Oleh yang demikian, guru mesti berusaha untukmemperkembangkan setiap potensi pelajarnya dari semua segi termasuk intelek dan rohanipelajar. Seseorang guru juga seharusnya mesti bersedia untuk menjadi seorang guru yangkreatif dan inovatif. Jika guru tidak mahir kedua-dua aspek ini sukar untuk mendidik pelajarmenjadi kreatif dan inovatif.3.3 Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran dan Pembelajaran)Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat generasi berkemahiran abad ke-21bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi.Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan lapuktradisional yang mana sistem pengajaran dan pembelajaran diamalkan terlalu bergantungkepada guru teachers centred. Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abadke-21 ini seseorang guru itu perlu berani mencuba untuk mengadaptasikan pedagogi inovasi di 13
  14. 14. dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Hal ini kerana, pengetahuan dankebolehan guru mengadaptasikan kaedah pengajaran dan pembelajran yang inovatif akanmemberikan kesan positif terutamanya kepada perkembangan dan pencapaian pelajar. Selaindaripada itu, seorang pendidik juga perlu mengamalkan sikap sebagai seorang pelajar iaitusentiasa terus berulit dengan ilmu untuk menambah dan memperbaharui ilmunya. Hal inikerana, ilmu pengetahuan yang sedia ada sentiasa berkembang dengan cepat selaras denganperkembangan masa khususnya pada abad ke-21 ini. Secara ringkasnya guru mesti menjadikanpembelajaran seumur hidup sebagai budaya hidupnya selaras dengan anjuran Nabi MuhammadS.A.W yang menganjurkan kita menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Di samping itu,dalam aspek pengajaran dan pembelajaran guru juga seharusnya menggunakan pendekatanbercorak kreatif dan bersahaja dengan tujuan agar dapat merangsangkan perkembangan mindadan menggalakkan budaya fikir dalam kalangan pelajar seperti yang berlaku di Finland.3.4 Menggunakan Teknologi TerkiniSeseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untukmelengkapkan diri dengan berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaandan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukansahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi jugabagi menyelesaikan urusan harian. Selain cekap dalam pengguaan teknologi terkini dalampengajaran dan pembelajaran, seseorang guru itu juga perlulah mempunyai ciri-ciri sepertimenguasai subjek terhadap pengajarannya terutama sekali kandungan kurikulum tersebut perludiperdalami serta megetahui dan menguasai kaedah penyampaian dalam pengajarannyasupaya pelajar-pelajar dapat memahami apa yang hendak disampaikan. Perkara penting yangperlu ada pada guru abad ke-21 ini juga ialah guru seharusnya dapat memahamiperkembangan pelajar-pelajarnya dan menyayangi mereka.4.0 PELAJAR ABAD KE-21Pelajar generasi abad ke-21 seharusnya telah menjadi profesional dan amat memahamitugasan mereka sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, pembelajaran tidak lagitertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampumancari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannyatetapi masih terdapat sesetengah sekolah-sekolah masih bergelut dengan soal asas 14
  15. 15. pembelajaran iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih padaperingkat yang mendukacitakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri-ciri pelajar abadke-21 antaranya ialah pelajar perlu berupaya untuk membuat hubung kait terhadap pelajaranyang diajar oleh guru, bijak menyoal, yakin dalam berkomusikasi serta berani untukmengeluarkan pendapat, bersifat ingin tahu dan dahagakan ilmu, menjana idea terhadappersoalan-persoalan yang dikemukakan oleh guru. Perkara yang paling penting pelajar padaabad ke-21 ini juga ialah mereka perlu belajar untuk membuat refleksi terhadap diri sendiri,berani mencuba, mampu berdikari dan mampu belajar secara kolaboratif dengan orang lainserta berkeperibadian yang tinggi serta tidak mudah putus asa. Melalui ciri-ciri yang terkandungini mampu melahirkan generasi muda yang bijak, inovatif dan kreatif. Ini sekaligus melahirkanmodal insan yang sangat berguna kepada negara. Selain mempunyai ciri-ciri tersebut, pelajar abad ke-21 ini perlulah mempunyaikemahiran dalam ICT iaitu dengan mengaplikasikan web 2.0 dalam pembelajaran merekaterutamanya melalui penggunaan peta minda (mindmapping). Hal ini kerana, melalui lakaranpeta minda mindmapping membolehkan pelajar mengorganisasikan fikirannya dalam bentukgambar atau kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar dan terbukti dapatmeningkatkan daya ingatan seseorang khususnya pelajar. Di samping itu, para pelajar jugaperlu bijak meneroka teknologi ICT yang boleh membantu mereka dalam mencari pelbagaimaklumat berkaitan pelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kepentinganmindmapping dalam pembelajaran pelajar salah satunya ialah mindmapping ini dapatmembantu pelajar mencatat nota secara ringkas atau membentuk gambaran mental yanglengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca secara ringkas termasuk apa yangdifikirkan. Biasanya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran peta minda digunakan untukteknik merancang dan membina kerangka penulisan seperti laporan dan esei, teknik membuatsinopsis atau rumusan apabila membaca buku. Oleh itu, amat perlu bagi pelajar untukmenguasai web 2.0, kerana di dalam web 2.0 ini terkandung perisian yang boleh membantudalam pembelajaran mereka contohnya ialah adanya facebook, edmodo, skype dan banyak lagiyang terkandung di dalam web 2.0. Tambahan lagi, pelajar-pelajar abad ke-21 ini terdedah kepada bukan sahaja maklumatdalam bentuk bercetak malahan juga dalam bentuk elektronik dan juga dalam talian. 15
  16. 16. Pendedahan seperti ini dapat menambahkan bahan serta maklumat tentang sesuatu perkara.Justeru itu, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah amat memerlukan wadah untukmempelajari cara-cara berfikir secara kritikal semasa membuat kajian mudah melalui literasidigital. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan salah satu kemahiran abad ke-21yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar khususnya di Malalaysia. Hal ini kerana, para pelajar perluberhadapan dengan dunia dan bersaing antara satu sama lain untuk mengecapi kejayaan dalamhidup. Jika tidak pelajar akan ketinggalan dengan arus perubahan era globalisasi pada abad ke-21 ini. Menurut Hamaan, Pollock dan Wilson (2009) terdapat pertalian yang nyata antarainteraksi pelajar dengan pemikiran kritis. Hal ini kerana, apabila pelajar terlibat dalamperbincangan sesuatu tajuk dalam talian, mereka akan berkomunikasi sesama sendiri dalamsituasi yang begitu fokus. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan pelajaruntuk berfikir dengan jelas. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar yang terlibat dalamperbincangan dalam talian ini didapati menjadi pembaca yang kritis dan konstruktif. Maka tidak hairanlah, sistem pendidikan di Eropah terutamanya negara Finland sejakdari awal menekankan kemampuan pelajar berfikir dan berdikari dalam menuntut ilmu,contohnya pelajar-pelajar di Finland telah dididik untuk mampu berfikir dan berdikari bagimenyediakan pelajarnya menghadapi abad ke-21 ini. Pada masa yang sama, falsafahpendidikan di Finland sendiri menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajarnya.Hal ini terbukti hasil daripada kajian lepas yang dibuat mendapati bahawa pencapaian subjekmatematik di Finland menunjukkan peningkatan yang lebih memberangsangkan mengalahkanpencapaian pelajar Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan New Zealand. Oleh itu,pelajar di Malaysia seharusnya mencontohi dan merebut peluang dengan berkongsi ideadenagan pelajar-pelajar di negara Finland dan negara-negara lain di peringkat antarabangsamahupun Asia menerusi pembelajaran dalam talian menggunakan facebook, twitter, blog sertaedmodo. Hanya dengan cara ini pelajar-pelajar di negara kita akan dapat meningkatkanpengetahuan mereka di samping dapat bersaing antara satu sama lain. 16
  17. 17. 5.0 KEMAHIRAN ABAD KE-21Kemahiran abad ke-21 ini ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi beberapa aspekantaranya ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira),kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Oleh yang demikian, kemahiran abad ke-21 inisangat penting dimiliki oleh semua golongan masyarakat tidak kira tua atau generasi muda.Seperti yang kita sedia maklum juga kebanyakan sekolah-sekolah di negara kita menyediakanpelajar untuk bekerja dan hidup dalam ekonomi yang memerlukan kemahiran. Oleh yang demikian, kemahiran abad ke-21 ini penting kerana kebanyakan kemahiranadalah bedasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu literasi cuma merangkumimembaca, menulis dan mengira tetapi literasi abad ke-21 ini melibatkan literasi digital.Kemahiran dari semua aspek perlu diterapkan ke dalam diri setiap pelajar dan guru memainkanperanan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang,memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Menerusi bimbinganguru ini kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan meningkat. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek sebenarnya bukan sahajamembolehkan pelajar mahir dalam ICT malahan juga mempunyai kemahiran dari segikomunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dankolaborasi antara pelajar-pelajar yang lain. Justeru itu, kemahiran berkomunikasi, kemahiraninterpersonal dan intrapersonal ini dapat dimiliki dalam diri setiap pelajar. Dalam mengharungiabad ke-21 ini guru dan pelajar seharusnya mempunyai pelbagai kemahiran. Salah satu kemahiran abad ke-21 yang perlu dimiliki oleh guru dan juga pelajar ialahmempunyai kemahiran dari segi teknologi maklumat, media dan komunikasi. Kemahiran inidapat dimiliki menerusi integrasi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk membolehkan generasimuda khususnya pelajar boleh mengharungi cabaran era globalisasi yang padat denganinformasi dan teknologi. Perkara yang penting juga ialah melalui kemahiran ICT inipembelajaran yang bukan sahaja melibatkan pengetahuan tetapi inovasi dan kreativiti baharuyang mampu mengubah suasana pembelajaran menjadin lebih ceria dan menyeronokkanpelajar. Dalam masa yang sama, kemahiran teknologi, media dan komunikasi turut dapatmengasah kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar-pelajar. Menurut Chen, Hsu dan Huang(2000) menerangkan bahawa kemahiran berfikir ini dapat diasah melalui empat cara iaitu alat 17
  18. 18. informasi, alat konstruktif, alat situasi dan alat komunikatif. Biasanya alat informasi inidiperolehi daripada internet, CD-Rom dan slaid powerpoint ataupun Word Document yangdisediakan oleh guru dan juga pelajar sendiri. Sementara itu, E-mel, blog, edmodo danfacebook serta forum perbincangan merupakan alat komunikatif yang membantu dalamkemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Seterusnya, jika kemahiran literasi teknologi maklumat dan komunikasi ini dipelajariakan membolehkan pelajar dan guru menggunakan teknologi untuk mengakses, mengurus,mengintegrasi dan menilai maklumat, menjana maklumat baharu dan berkomunikasi denganorang lain berdasarkan kepada teknologi yang sedia ada. Dengan adanya kemahiran literasi inijuga seseorang guru dapat memanfaatkan maklumat yang diperolehi untuk digunakan dalampengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, literasi media juga salah satukemahiran yang perlu ada pada guru dan pelajar. Hal ini kerana, maklumat yang diperolehidaripada literasi media seharusnya diteliti, dianalisis mesej yang disampaikan serta menyemakterlebih dahulu sebelum digunakan dalam pembelajaran dan ini secara tidak langsungmembawa kepada kemahiran pemikiran kritis. Di samping itu, kemahiran literasi media dapatmenggalakkan pelajar belajar dengan seronok memandangkan pengajaran yang disertakandengan media dan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar untukmempelajari sesuatu bidang pelajaran. Oleh yang demikian, kemahiran literasi media yangdimiliki ini seharusnya digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru. Pada masa yangsama, dalam literasi media para pelajar turut berpeluang mempelajari kemahiran dan teknologidalam bidang perkomputeran seperti menghasilkan grafik, fotografi, rumusan dan sebagainya.Implikasi yang diperolehi pelajar jika mahir dalam literasi media ini akan dapat membantumereka mengembangkan literasi media serta pelajar dapat menghasilkan media pembelajaranmereka sendiri yang mudah difahami. Kemahiran kedua yang perlu dimiliki oleh pelajar ialah kemahiran pembelajaran, inovasidan kreatif. Dalam mengharungi abad ke-21 dan era globalisasi ini masyarakat yang kreatif daninovatif amatlah diperlukan oleh negara pada ketika ini untuk pembangunan masa hadapan.Kemahiran pembelajaran, inovasi dan kreatif ini seharusnya diterapkan oleh guru ke dalam dirisetiap pelajar. Hal ini kerana, dengan penerapan kemahiran tersebut membolehkan pelajar diMalaysia khususnya mampu untuk mencipta sesuatu yang baharu. Oleh itu, sekolah merupakan 18
  19. 19. institusi yang memainkan peranan penting dalam menerapkan kemahiran tersebut bagimelahirkan pelajar yang kompeten, kreatif dan inovatif. Jika seseorang pelajar mempunyaipemikiran kreatif ini mereka mampu untuk menyelesaikan permasalahan serta dapat berfikirdengan melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Hal iniseperti yang dinyatakan oleh Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran yang kreatif daninovatif mampu membentuk warganegara khususnya dalam kalangan pelajar untuk mampumenggunakan pemikiran mereka dalam menghadap pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan.Malahan juga kemahiran pemikiran inovatif pula dapat membentuk pelajar agar mempunyaidaya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur artistik yang tinggi.Tambahan lagi, penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapatmenggalakkan pelajar kreatif dan inovatif dalam pembelajaran mereka terutamanya dalammencatat nota pelajar digalakkan menggunakan peta minda bagi mengasah pemikiran kreatifpelajar. Jika kedua-dua kemahiran ini diaplikasikan dalam pembelajaran pelajar maka, secaratidak langsung dapat meningkatkan kualiti pendidikan standing dengan pendidikan di peringkatdunia dan juga Asia. Selain itu, kemahiran terakhir perlu ada dalam diri pelajar ialah kemahiran hidup dankerjaya. Bagi menghadapi abad ke-21 ini kemahiran hidup dan kerjaya amat penting untukdimiliki oleh setiap individu terutamanya golongan generasi muda yang merupakan modal insankepada negara. Seseorang pelajar dalam abad ke-21 ini perlulah mempersiapkan diri denganmemiliki kemahiran-kemahiran dalam hidup dan kerjaya mereka. Terdapat beberapa kemahirandalam hidup dan kerja yang perlu ada dalam setiap pelajar. Salah satunya ialah mempunyaisifat kebolehsesuaian dan fleksibel terutamanya apabila berhadapan dengan semua orang. Halini penting agar mereka dapat berdikari sendiri serta dapat berkomunikasi dengan sesiapasahaja tanpa mengira umur dan usia. Selain itu, dalam mempersiapkan diri abad ke-21 ini sifatinisiatif dan terarah kendiri amat penting iaitu kita perlu bijak dalam menguruskan sesuatucontohnya apabila menghadapi masalah dalam pembelajaran contohnya pelajar perlu bijakdalam mengendalikan sesuatu perkara dan mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalahyang dihadapinya. Dalam aspek kemahiran ini juga, seseorang pelajar juga perlu memilikikemahiran sosial iaitu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu budaya diMalaysia, Asia dan dunia. Kemahiran sosial ini penting kerana dapat membantu dalamkemahiran hidup dan kerjaya seseorang pelajar apabila behadapan dengan alam pekerjaan. 19
  20. 20. Pada masa yang sama juga, pelajar perlulah berupaya untuk bekerja dalam pasukan dan beranidalam mengutarakan sesuatu idea atau pendapat. Perkara yang paling penting juga ialahmempunyai akauntabiliti, produktiviti dan jika diaplikasikan dan dimiliki dalam diri seseorangakan dapat melahirkan sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajarmemerlukan perubahan pada bukan sahaja kepada pendekatan pendidikan dan golonganpendidik malahan juga golongan pelajar. Perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjahmemerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Selain itu, programpengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asasyang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.6.0 APAKAH ITU MINDOMO?Mindomo merupakan salah satu aplikasi kolaborasi untuk membuat peta minda. PerisianMindomo ini menyediakan pelbagai fungsi asas dalam membina peta minda dengan mudahpada era digital ini. Di samping itu, pada masa yang sama perisian ini membolehkan penggunaberkolaborasi bersama-sama dengan rakan lain dalam membangunkan peta minda tersebut.Mindomo merupakan satu aplikasi yang amat berguna kepada semua memandangkan petaminda merupakan salah satu perkara yang memudahkan kita memfokuskan kepada sesuatuperkara dengan isi-isi penting. Perisian ini boleh di muat turun melalui web, selain itu turut diintegrasikan pada GoogleApps. Perisian ini turut menyokong pengguna Windows, Mac OX dan juga Linux melaluipengguna Adobe Air. Perisian ini juga boleh digunakan secara luar talian dan sync dengan webapabila kita online. Selain daripada desktop, ia turut didatangkan dan diperkenalkan untukpengguna iPad dan juga Android yang membolehkan kita membina sesuatu peta minda denganlebih mudah dan pantas ketika bergerak dan walau di mana jua kita berada. Perisian ini juga mempunyai fungsi-fungsi yang amat menarik. Perkara utama yangmembuatkan ramai tertarik pada Mindomo adalah semestinya kerana ianya percuma. Selaindaripada itu, ia menyediakan sebuah platform khas untuk pengguna membina peta mindadengan pantas dan mudah, disamping menggunakan rekabentuk yang professional. Melalui 20
  21. 21. Mindomo, para pengguna boleh memilih pelbagai rekabentuk tema yang disediakan, disampingmengubah sendiri warna latar, jenis tulisan, dan sebagainya supaya mengikut citarasa danpilihan anda. Anda turut sama boleh memilih rekabentuk peta minda anda, supaya disesuaikandengan topik yang anda ingin catatkan dansebagainya. Selain daripada itu, ia jugamembolehkan anda menambah pelbagai perkara lain, termasuk gambar, ikon, dan juga komenuntuk sesuatu isi. Perkara ini menjadikan peta minda yang dihasilkan lebih interaktif, dansokongan menambah nota dan komen untuk sesuatu isi membolehkan anda menerangkansesuatu isi itu dengan lebih lanjut lagi.7.0 KELEBIHAN MENGGUNAKAN MIND MAPPING KEPADA GURU DAN PELAJARMind mapping boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkandaya ingatan dan meningkatkan kemahuan kita belajar serta ianya berfungsi seirama denganciri semulajadi otak (menyeluruh, menghubungkait, membanding dan menganalisis). Selain itumind mapping juga dapat menjimatkan masa dan hanya menggunakan kata kunci sahaja danfokus kepada isu sebenar sahaja tanpa meleret kepada benda yang tidak penting. Hubungandengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.Mind mapping juga sesuai untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya yang ringkas, ungguldan penuh makna yang nyata dan tersirat. Mind mapping sangat sesuai untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatumata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Ianya membolehkan pelajar mencatatnota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan sertamenyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Oleh itu mind mappingamat sesuai untuk membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan.Pelajar dapat merumuskan, mengulangkaji dan menjelaskan pemikiran secara umum. Sebagaicontoh seseorang pelajar dapat mencatat nota sambil mendengar pengajaran dari guru denganmenggunakan mind mapping untuk isi dan kata kunci yang penting. Seseorang pelajar jugadapat menggunakan mind mapping sebagai suatu teknik memori atau mengeluarkan idea yangkompleks. Mind mapping juga merupakan satu kaedah penting yang boleh digunakan ketikasesi mencetuskan kreativiti berasaskan pensil warna. 21
  22. 22. Selain itu, membantu pelajar untuk menghubungkait dan mensintesis idea dan datayang seterusnya boleh memberi penciptaan pengetahuan yang baru. Ia membantu pelajarmemberi kebebasan untuk menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasannya. Mind mappingjuga boleh diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan dimana ia mampu meningkatkanpembelajaran dan pemikiran seseorang individu serta menggalakkan perkembangan diri. Mindmapping juga membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah dan merancang sesuatuseperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya disamping dapatmengingat sesuatu dengan mudah Mind mapping berfungsi sebagaimana otak berfungsi. Ia juga boleh menghubungkanjalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran. Penggunaan mind mapping dapatmengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Oleh kerana mind mapping bercirikanvisualisasi dan memperlihatkan hubungkait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudahdiimbas kembali berbanding nota berciri linear. Mind mapping mudah dirujuk dan rujukan secara berulang akan mengukuhkan ingatan.Cara terbaik dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandunganmind mapping, kemudian baru merujuk kembali kepada mind mapping jika terdapat sebarangkekaburan. Pelajar dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Pelajar dapatmenghasilkan nota iaitu setiap kali maklumat dicatat, mind mapping mampu menguruskannyadalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Mind mapping boleh digunakanuntuk membuat nota bagi sebarang sumber daripada buku, kuliah, syarahan taklimat bahanbacaan mesyuarat dan temubual. Pelajar juga dapat mengingat kembali iaitu setiap kali maklumat diimbas kembali dariingatan, mind mapping membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantasdalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Mindmapping berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandunganbahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji. Selain itu juga akan menjadikan pelajarseorang yang kreatif kerana setiap kali seseorang pelajar ingin mencetuskan suatu ideaberdasarkan kreativitinya, mind mapping membebaskan pemikirannya daripada pemikiran lineardan membolehkan idea-idea bercambah dengan baik. Pelajar yang menggunakan mind 22
  23. 23. mapping harus menganggap setiap item di dalam mind mapping adalah pusat kepada mindmapping yang baru. Di samping itu, mind mapping juga membantu pelajar untuk mengenal pasti isu-isu danhubungkait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkangambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasidan kepentingannya. Dalam merancang sesuatu, mind mapping juga membantu pelajarmemperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Mind mapping bolehdigunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonanmahupun buku. Di samping itu, mind mapping juga boleh digunakan untuk merancangmesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan dan laporan. Mind mapping juga membantu seseorang pelajar menyediakan topik dan urutan semasaingin membuat suatu pembentangan. Mind mapping bukan sahaja membantu dalam mengurusidea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalampemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Mind mapping juga sangat membantu dalammembuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran.Mind mapping berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan danotak kiri semasa belajar. Di samping itu, mind mapping dapat merumuskan pelbagai bahanbacaan ke dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaanyang sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi. Oleh itu, dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agarsegala isi pelajaran yang diperoleh dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapaelemen yang dapat merangsang fungsi otak dan memudahkan pemahaman adalah seperti teksyang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkanmata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untukmembacanya. Manakala bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapatdigunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik. Gambar-gambar yang dilukis pula bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapatmenjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskandaya gambaran mental yang ada pada setiap individu. Penggunaan beberapa simbol bersertadengan warna-warna tertentu pula dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda ke 23
  24. 24. arah memudahkan pemahaman. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberirangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasiyang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif. Oleh yang demikian, proses membuat mind mapping dapat memberi faedah yang bukansahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya antaranyaialah latihan dalam pasukan. Mind mapping dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapatmenggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif. Selain itu dapatmencetuskan idea melalui lakaran yang dibuat iaitu merangkumi teks, grafik dan gambar untukmempergiatkan lagi kreativiti seseorang pelajar ke arah pencetusan idea. Manakalaperkembangan potensi pula melalui lakaran grafik dan gambar yang dapat memperkembangkanpotensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar. Kemahiran menganalisis pula dapatdiketengahkan berdasarkan setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dankemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan seumpama ini adalah amatdiperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal. Mind mapping membolehkan pelajar menggunakan gambar rajah visual daripada failpengguna dan dimasukkan ke dalam mind mapping. Selain itu pelajar juga boleh memilih temayang spesifik dan memilih untuk memasukkan warna, teks, gambar rajah dan sebagainyamengikut kehendak dan keperluan sendiri. Mind mapping juga dilengkapi dengan aplikasi auto-fokus yang membolehkan pelajar memastikan tajuk utama berada di tengah-tengah paparanskrin bagi memudahkan pelajar untuk menukar paparan lain dengan lebih efisyen.Beberapa Manfaat Menggunakan Mind Mapping Merencana Berkomunikasi Menjadi kreatif Menjimatkan masa Menyelesaikan masalah Memusatkan perhatian Menyusun dan menjelaskan fikiran-fikiran Mengingat dengan lebih baik Belajar dengan lebih cepat dan efisyen 24
  25. 25. Mempercepatkan pengurusan pembelajaran Dapat mengorganisasikan idea-idea yang munculModel pembelajaran mind mapping adalah suatu model pembelajaran kooperatif. Model inimenggunakan teknik penyusunan catatan untuk membantu pelajar menggunakan seluruhpotensi otak agar lebih optimum. Mind mapping yang diperkenalkan oleh Tony Buzan padatahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota dengan ringkas danberkesan. Penggunaan mind mapping semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasimaklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Selain itu ia membolehkanseseorang merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktivitiatau membuat sesuatu persembahan. Mind mapping yang dibentuk biasanya pelbagai dan iabergantung kepada kreativiti seseorang. Mind mapping merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumatdaripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang(2006) mind mapping merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumatdaripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang(2006), mind mapping dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam danmemproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yangmenyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya. Mind mapping adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau ideautama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan diluar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, imej, anak panah, warna dansebagainya. Mind mapping juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu matapelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agarsegala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui mind mapping seseorang itu dapat .... learnmore, remember more, use less paper, invest less effort ... yang membawa maksudpenggunaan mind mapping dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak,mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Semasamembina mind mapping, maklumat penting akan disusun dan dikelolakan dengan carakeseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan 25
  26. 26. cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan mind mapping lebih mudah untukdirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Selain itu, menurut Poh Swee Hiang (2006), mindmapping membantu pelajar mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulanganperkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap, bermakna dansenang diingati. Manakala penggunaan mind mapping dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraanpula boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Abdul Fatah Hassan (1994),antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuatperkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepadapengekalan konsep baru, memperjelas dan menvisualisasikan struktur kognitif pelajar danmenggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat pelajar terhadap prosespengajaran dan pembelajaran guru. Keberkesanan mind mapping ini dapat dilihat dalam satu artikel yang telah dikeluarkanoleh Pejabat Pendidikan Daerah Besut yang bertarikh 23 Mac 2007 yang menyatakan pelajarcemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik Panter-Brick iaitu pelajar Sekolah MenengahKebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu telah mendapat pangkat 1A dalamkesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Ini adalah hasil usahaNadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar telah menggunakan kaedah mindmapping Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran. Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said pula telah mengadakan pameran “DaerahSamad – 100 lakaran oleh A. Samad Said” di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A.Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiriberperanan sebagai mind mapping yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsungsejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan,disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-katapuitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlakudi persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkankelebihan penggunaan mind mapping dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkandalam bentuk penulisan naratif. 26
  27. 27. Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan mind mapping, terdapat jugabeberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan mind mappingdapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Kognitif(Gestalt), Teori Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi kognitifberpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalamingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akanmenyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.Penggunaan mind mapping adalah selari dengan pendapat mazhab kognitif yang berpendapatbahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun,menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkandia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Menurut Gagne (1996), penggunaan mind mapping merupakan satu strategi kognitifyang mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari bahan yang diajar dengan cepat apabilapengajaran dibuat dalam bentuk kumpulan dengan menggunakan lakaran yang berbentukgambar atau bentuk perkataan tersusun. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran intelekuntuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan mata pelajaran yang diajar.Pelajar yang menghadapi masalah akan memilih cara mudah untuk memilih dan memahamikandungan pelajaran yang mewakili keseluruhan topik dengan bantuan rakan sebaya atau guru. David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumatmelalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat yangdipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yangdipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia, telah menyatakanpembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif, malah tidaksesuai dengan zaman yang serba maju ini. Selanjutnya beliau berpendapat penggunaan mindmapping dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan otak membuat analisisuntuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawakecerdasan adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut RamlanHamzah dan Lily Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai carabukan hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti 27
  28. 28. sembilan jenis kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaranmenggunakan mind mapping adalah amat sesuai terutamanya bagi murid-murid yangmempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal.Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat ahli kumpulan yangberbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid-murid untuk menghasilkanmind mapping yang kreatif dan asli. Selain itu mind mapping juga membantu pelajar mudah melihat perkaitan antara satuperkara dengan perkara yang lain. Mind mapping juga memudahkan pemahaman, mudahdibawa dalam poket dan sangat baik untuk buat rumusan topik dan menjimatkan masa untukmengulangkaji. Dalam pembelajaran mind mapping menghapuskan rasa sukar untuk belajardan menambahkan keseronokan dalam mengulangkaji dan mengambil peperiksaan sertamemberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan mereka untuk mempelajari apa sahajamata pelajaran. Dalam mengingat pula mind mapping memudahkan pelajar mengingat faktasetelah mindanya dipetakan dan ia menambah keupayaan dan kapasiti ingatan. Dalam berfikir pula melatih minda mencari penyelesaian untuk melaksanakan sebarangkerja secara bersistematik. Manakala dalam merancang pula ia memudahkan merancangsesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas. Dalam berkomunikasi puladapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat. Dalam pandangankeseluruhan pula mind mapping membantu memahami keseluruhan bab dengan jelas dandapat memahami segala fakta yang berkaitan serta berupaya mengulangkaji pelajaran denganpantas. Jika pelajar mengulangkaji mind mapping berterusan maka tidak mustahil pelajar bolehmemetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan pelajar hanya perlumembuat ulangkaji sepintas lalu untuk memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, semuafakta yang telah tersimpan akan “mengalir keluar” dari mindanya dengan laju bila iadiperlukan oleh pelajar. Selain itu, daripada aktiviti atau eksperimen serta penerangan jugamind mapping dapat dibina (membina konsep kendiri). Pelajar boleh menambah cabang mindmapping mereka sebagai nota tambahan. Pelajar boleh memurnikan mind mapping yang telahdiubah suai sebagai nota yang terdapat pada sehelai kertas sahaja. Pelajar bolehlah berkreatif 28
  29. 29. untuk menjadikan mind mapping mereka berwarna warni serta memasukkan gambarajah yangberkaitan. Melalui mind mapping guru dapat menggalakkan pelajar membina soalan dari apa yangtelah dipelajari. Sebagai kerja lanjutan (kerja rumah) pelajar dikehendaki membina soalansendiri dan mencari jawapan kepada soalan mereka itu. Dalam menggunakan pendekatan ini,terdapat dua perkara yang perlu disiapkan atau diajar sebelum kaedah ini dapat digunakan iaitupenyediaan mind mapping yang mencukupi dan pelajar telah diajar dan dibiasakan membinasoalan. Oleh yang demikian, pelajar hendaklah diajar cara membina soalanmenggunakan 5W1H (What, When, Where, Who, Why dan How). Berdasarkan pengalaman, terdapat beberapa kelebihan apabila menggunakanpendekatan ini. Pendekatan ini dapat melatih kreativiti dan inovasi pelajar secara ekstrensik.Mind mapping dapat digunakan sebagai alat bantu sebelum mengajar, alat bantu semasamengajar dan juga alat bantu selepas mengajar. Ada masanya mind mapping ini dapatmenjadi pengganti kepada teks. Mind mapping yang sudah diubah suai oleh setiap pelajarboleh digunakan untuk proses ulangkaji pelajaran dengan mudah kerana merupakan nota yangringan dan ringkas. Sekiranya pelajar kreatif mereka boleh mewarnakan mind mapping yang telah diubahsuai untuk menjadikannya lebih menarik untuk digunakan. Menggunakan warna dalam notaakan lebih menarik minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Secara tidak langsungberbagai kemahiran disepadukan dalam membina peta konsep kendiri oleh setiap pelajar.Melalui pendekatan ini penguasaan pembelajaran dan ingatan dapat ditingkatkan. Secara taklangsung setiap pelajar mempunyai nota yang berbeza dan berwarna warni. Setiap satu tajukmungkin memerlukan dua atau satu mind mapping sahaja. Oleh itu nota sudah menjadi sangat ringan dan tidak membebankan. Untuk memahamimind mapping itu pelajar perlu berfikir sambil boleh membina penerangan kepada setiapcabang mind mappingnya. Oleh itu pelajar mengukuhkan kemahiran berfikir dan mengingatserta boleh membuat penerangan kepada sesuatu konsep atau idea. Sekiranya setiap pelajarboleh melaksanakan perkara ini dengan baik maka akan wujud budaya menggunakan mindmapping dalam sekolah. Satu langkah kehadapan selepas membiasakan pelajar menggunakan 29
  30. 30. mind mapping ialah mengajar pelajar membuat mind mapping. Para guru wajar menerokakaedah membina dan mengguna mind mapping dan melatih pelajar dalam menggunakannya. Penggunaan mind mapping dalam pengajaran seseorang guru juga membantu pelajarlebih fokus, boleh membuat interpretasi dan lebih mudah memahami topik yang dipelajari.Pendapat ini selaras dengan pandangan Abdul Rahim (2000) tentang penggunaan mindmapping yang dilihat dapat memudahkan pemikiran pelajar, membantu mengukuhkan dayaingatan dan pelajar dapat mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikandengan baik. Oleh yang demikian, penggunaan mind mapping sebagai satu teknik pengajaransecara tidak langsung akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesandan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Justeru itu setiap guru hendaklahkreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidikseiring dengan era globalisasi.8.0 KESIMPULANSecara kesimpulannya, sistem pendidikan pada abad ke-21 ini memerlukan penggunaan ICTdalam proses pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga guru-guru dan para pelajar perlumemiliki pelbagai kemahiran bagi mengharungi cabaran pada abad ke-21 ini. Guru-guruterutamanya diberi kursus dan latihan terhadap penggunaan LCD, laptop dan internet yangmempunyai pelbagai fungsi untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar khususnya. Olehyang demikian, bagi mencapai hasrat ini pendidikan di Malaysia perlulah bersifat dinamik danholistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya.Tambahan lagi brdasarkan kepada perkembangan web 2.0 yang ada ini terdapat banyakperisian yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Hal ini kerana, dalam web 2.0 tersebuttidak tertumpu kepada mindomo sahaja bagi membolehkan guru dan pelajar menghasilkan petaminda untuk digunakan dalam pembelajaran. Justeru itu, guru dan pelajar perlulah memilikikemahiran dalam ICT ini bagi membolehkan mereka meningkatkan kemahiran denganmeneroka ke dalam web 2.0 yang mempunyai banyak perisian untuk diaplikasikan dalam prosespengajaaran dan pembelajaran. 30
  31. 31. RUJUKANhttp://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani (ICE 2010).pdfhttp://petaminda.blogspot.com/2007/11/kebaikan-peta-minda.htmlhttp://ieja-kreativiti.blogspot.com/2009/11/kepentingan-peta-minda.htmlhttp://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/proposal-kajian.htmlhttp://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB[1].pdfhttp://www.tutor.com.my/tutor/motivasi/index.asp?pg=artikel/petaminda1.htm 31

×