• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Pembelajaran berasaskan projek
 

Pembelajaran berasaskan projek

on

  • 6,163 views

 

Statistics

Views

Total Views
6,163
Views on SlideShare
6,163
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
323
Comments
2

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

12 of 2 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • mohon share untuk rujukan EXAM....tq























    descargar musica gratis para celulares
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • mohon share sebagai rujukan ye..tq :)
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Pembelajaran berasaskan projek Pembelajaran berasaskan projek Document Transcript

    • MODULPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN PROJEK Kemahiran Membaca dan Menulis Disunting oleh: Dr Fadzilah Abd Rahman Dihasilkan oleh: Siti Nazurana Bt Konaen GS32349 Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Cetakan Jun 2012 1
    • Penghargaan 1Pengenalan Modul 2Objektif 3Manual Penggunaan Modul 3Latar Belakang Pendidikan 4-7Latar Belakang Kajian Pembelajaran 8Berasaskan ProjekKonsep Pembelajaran Berasaskan Projek 9-14Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Projek 14-15Kelebihan Dan Kekurangan Pembelajaran 15-19Berasaskan Projek Dalam P&PStrategi Perlaksanaan 19-40Rancangan Pengajaran (RPH)Pemarkahan Projek Pelajar 41Contoh Borang Penilaian 42-44Soalan berasaskan Projek 45-46Hasil Projek Pelajar 47- 58Kesimpulan 59-61Bibliografi 62Lampiran 2
    • PENGHARGAAN ‘Selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta kepada para sahabat’Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kursusPerkaedahan Lanjutan dalam Pengajaran Bahasa Melayu (EDU5234), Dr Fadzilah BtAbd Rahman, yang banyak memberi dorongan dan bimbingan dalam menyiapkankertas kerja bertajuk ‘Strategi Pengajaran Berasaskan Projek dalam Pengajaran danPembelajaran Bahasa Melayu’ ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dan sediaberkongsi pendapat semasa menyiapkan kertas kerja ini. Budi dan jasa kalian amatdisanjung tinggi.Terima KasihSITI NAZURANA BT KONAEN 3
    • Modul merupakan satu set pembelajaran yang disediakan untuk membantu mencapaiobjektif pembelajaran dan direkabentuk untuk pelajar belajar sendiri. Menurut MuhammadRosyid (2010), modul merupakan bahan ajar cetak yang dirancang untuk dapat dipelajarisecara mandiri oleh peserta pembelajaran. Modul disebut juga media untuk belajar mandirikerana di dalamnya telah dilengkapi petunjuk untuk belajar sendiri. Ertinya, pembaca dapatmelakukan kegiatan belajar tanpa kehadiran pengajar secara langsung. Modul Pengajaran Berasaskan Projek ini ditulis sebagai salah satu tugasan yang perludilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil kursus Perkaedahan Lanjutan dalamPengajaran Bahasa Melayu (EDU5234), Sesi 2 2011/2012. Modul ini disediakan untukmembantu guru dalam mengajarkan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan strategiPengajaran Berasaskan Projek. Penggunaan modul pada masa kini menjadi semakin terkenal dalam kalangan guru-guru kerana ia memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan dapat memberikanpenekanan yang lebih mendalam kepada pelajar tentang isi-isi pelajaran. Dalam pendidikandi sekolah, strategi, pendekatan dan teknik pengajaran memainkan peranan yang pentingdalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu matapelajaran banyak dikaitkan dengan kepelbagaian dan strategi pengajaran dan pembelajaranyang digunakan. Segala strategi yang digunakan akan mencerminkan pengajaran seorangguru itu. Justeru itu, guru perlu kreatif merancang strategi pengajaran agar memperolehpengajaran yang berkesan. Salah satu strategi yang disarankan dalam proses pengajaran danpembelajaran ialah strategi berasaskan pelajaran berasaskan projek. Isi kandungan modul ini merangkumi penjelasan tentang Pembelajaran BerasaskanProjek yang meliputi objektif pembelajaran berasaskan projek, latar belakang kajian, konsepdan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek, kelebihan dan kekurangan pengajaranberasaskan projek, strategi pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu, Rancangan Pengajaran Harian yang digunakan, pemarkahanterhadap projek yang dilakukan oleh pelajar serta, projek yang berjaya dihasilkan olehpelajar. Modul ini memfokuskan kemahiran menulis dan membaca yang dapat diaplikasikanselepas pelajar menyempurnakan projek yang telah diberikan oleh guru. 4
    • Objektif Pembinaan ModulTerdapat banyak objektif pembinaan sesebuah modul dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran. Antaranya ialah: 1. Mengenal pasti kesesuaian pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berasaskan projek. 2. Mengenal pasti keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek terhadap para pelajar. 3. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan modul pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu berasaskan projek.Manual penggunaan ModulModul ini menekankan tentang strategi pengajaran berasaskan Projek dalam PengajaranPeribahasa Melayu Tingkatan Satu KBSM. Penulis menyediakan satu modul pengajaranlengkap berkaitan pembelajaran berasaskan projek yang menjurus kepada strategi pengajaranberasaskan projek Buku Skrap dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu TingkatanSatu. Terlebih dahulu akan dinyatakan objektif pengajaran ini.Pada akhir pengajaran pelajar-pelajar akan dapat: 1. Mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu 2. Mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari. 3. Mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian. 4. Mencari 50 jenis peribahasa Melayu beserta maksud dan membina contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan. 5. Mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan 6. Menjadikan pelajar lebih bersikap kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan. 5
    • PENGENALAN Latar Belakang Pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa, pendidikan dan kehidupanberkait rapat kerana pendidikan menentukan corak serta mutu kehidupan manusia. Perananpendidikan sangat penting dalam pembentukan generasi muda untuk menjadi rakyat Malaysiayang dapat menyumbangkan bakti kepada perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan danpolitik negara ini. Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, generasi yang mahu dihasilkan daripadasistem pendidikan negara adalah generasi bersatu-padu yang seimbang dan harmonisdaripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Nilai-nilai murni dan integriti cubadisemai, kemahiran cuba dicanai agar mendatangkan keupayaan dalam diri para pelajar untukmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan ke arah kemakmuran dankeharmonian masyarakat dan negara. Beberapa strategi pelaksanaan telah dikenal pasti dandijalankan bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini diwujudkan. Padaawalnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan lebih menumpukan kepada pemupukan perpaduaninter-kaum di Malaysia. Kekal dengan tumpuan ini, Dasar Pendidikan Kebangsaankemudiannya meluaskan skop efektifnya secara lebih terperinci. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalammenentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai „dasarpendidikan kebangsaan‟. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara inidalam tahun 1957. Objektif utama Dasar Pendidikan Negara telah dinyatakan dalampendahuluan akta pelajaran 1961: “BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yangdiistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957, ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikanyang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,sosial, ekonomi dan politiknya...” Umumnya terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikankebangsaan ini. Pertama, tujuan Dasar Pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satusistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangankebudayaan sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilka pelajar yang berdisplinserta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengandasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yangcekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak 6
    • tersusun. Ketiga pula ialah memastikan agar dasar dilaksanakan dengan berkesan khususnyadalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaandijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama. Dalam arus pendidikan di Malaysia pada masa kini, pendidikan memainkan perananyang sangat penting sebagai agen perubah bagi masyarakat dalam sesebuah negara.Pendidikan merupakan kayu pengukur kedudukan seseorang dalam masyarakat, menentukantahap keilmuan yang dimiliki, serta berperanan dalam banyak perkara, khususnya sebagaigaris panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun. Justeru,pihak Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai inisiatif dalam meningkat danmemartabatkan profesion keguruan supaya para guru mampu melahirkan rakyat Malaysiayang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan memberikan sumbangankepada kemakmuran negara. Tugas utama guru adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar.Untuk mencapai maksud tersebut, guru perlu menggunakan cara yang paling sesuai danberkesan. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan kaedah dan teknik pengajaran. Kaedahdan teknik pengajaran adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti.Terdapat berpuluh-puluh kaeadah dan teknik pengajaran. Guru perlu biijak memilih kaedahatau teknik pengajaran yang paling sesuai. Pemilihan yang betul akan menjadikan prosespenyampaian maklumat lebih menarik dan berkesan. Setiap kaedah dan teknik ppengajaranini ada kelebihan dan kekurangan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) , tidak ada satu kaedahyang boleh dikatakan sebagai kaedah yang terbaik. Namun Pierce dan Lorber (1977)memberikan beberapa faktor yang boleh digunakan untuk memilih kaedah pengajaran yangboleh digunakan oleh guru. Faktor tersebut ialah: 1. Objektif pengajaran.Sebelum memulakan pengajaran, guru perlu memikirkan apakah objektif-objektifpengajaran-pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektifpengajaran ini, guru perlu perlu menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untukmencapai objektif-objektif tersebut. Ada kaedah yang dapat mencapai objektiif dengan cepat,tetapi kaedah tersebut mungkin tidak menarik. Begitu juga sebaliknya, terdapat kaedah yangmenarik tetapi objektif-objektif pengajaran dicapai agak lambat. 7
    • 2. Bahan pengajaran dan pembelajaranBahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajaryang digunakan semasa mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendakdisampaikan. Sekiranya isi pengajaran itu berbentuk kemahiran, seperti kemahiranmendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yangsesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sekiranya guruperlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai digunakan denganteknik yang dipilih. Alat bantu mengajar boleh diubahsuai mengikut kaedah yang dipilih.Misalnya, penggunaan papan tulis atau carta boleh digunakan dalam pelbagai kaedah. Cumamasa menggunakan alat tersebut perlu diubahsuai, sama ada pada peringkat awal, pertengaha,atau akhir pengajaran. 3. Jangka masa pengajaranKebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit, atau60 hingga 80 minit sekiranya pelajar tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Denganjangka masa yang ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalamjangka masa tersebut. Ada kalanya kaedah yang dipilih itu perlu diubahsuai agar tidakmelebihi masa yang diperuntukkan. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangandalam bentuk perbahasan, sebaik-baiknya gunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yangterlibat dan masa menyampaikan hujah diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalamjangka masa yang sepatutnya. 4. Latar belakang dan jumlah pelajarKaeadah dan teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antaraperkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina, dan peringkat pencapaian ataukeupayaan pelajar. Kaedah yang rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yangmemerlukan pelajar mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah, tidak sesuai bagi pelajar diperingkat rendah. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga bolehmempengaruhi kaedah yang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajar,biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walaubagaimanapun, guru boleh mengubahsuai kaedah agar jumlah pelajar tidak menjadi halanganbagi memilih kaedah. Misalnya sekiranya guru memilih teknik permainan, pelajar bolehdipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti masing-masing. Kumpulan-kumpulan kecil ini akan lebih mudah dikawal. 8
    • Menurut Rashid Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Tugas utama seorang pengajaratau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini,pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yangmenarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Inibermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minatpelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesipembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehanmereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran danpembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah danmenetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia jugaharus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajarserta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktivitiyang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untukmembolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktivitiharus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalammerancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yangbaik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktivitiyang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadapperhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dankecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesananpenyampaian sesuatu subjek atau modul. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itumenarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiatsepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran danpembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan olehguru. Oleh yang demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secaraberhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukankonsep-konsep secara mudah dan berkesan. 9
    • Latar Belakang Kajian Pembelajaran Berasaskan Projek Project Based Learning (PBL) merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaranyang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antaraguru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaanprojek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran BerasaskanProjek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa danbanyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney (1997), menggalakkan pelajarmempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasaseronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deriamereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Proses pembelajaran yang berjaya memberi impak yang lebih positif kepada pelajarbergantung kepada pelbagai faktor termasuklah teknik pengajaran yang dijalankan olehseseorang guru. Salah satu pendekatan P&P yang boleh digunakan bagi meningkatkan mutudan pengetahuan pelajar ialah melalui teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Pembelajaransebegini bukan sahaja member ruang kepada pelajar menunjukkkan kemampuan dankreativiti, malah memberi peluang untuk pelajar mengembangkan lagi pengetahuan yangsedia ada. Melalui pendekatan menbelajaran berasaskan projek, pelajar mampu menimba ilmudengan lebih praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan terhadap guru semata-mata.Pembelajaran ini menekankan konsep pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan yanglebih luas oleh seseorang pelajar. Secara tidak langsung, konsep pembelajaran ini memberi peluang kepada para pelajaruntuk menunjukkkan keupayaan diri kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecemerlanganakademik yang berbeza dan tidak sama di antara satu sama lain. Pembelajaran ini jugadikenal pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial yang lebih baik kerana pembelajaran inimembuka peluang untuk pelajar bergaul lebih rapat dan mampu mengeratkan hubungansesama ahli kumpulan. Salah satu konsep pembelajaran berasaskan projek ialah, pelajar harusmembuat tugasan secara berkumpulan, maka disinilah wujudnya peluang untuk pelajarberkomunikasi di antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. 10
    • Konsep Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek Strategi Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayumempunyai definisi yang tersendiri. Shmeck (1998) menyatakan strategi ialah prosedur-prosedur untuk melaksanakan rancangan dalam sesuatu operasi atau dalam usaha mencapaisesuatu tujuan. Zarina (2002) pula berpendapat bahawa strategi pembelajaran ialah langkah-langkahyang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan,mengingat kembali dan penggunaan maklumat. Menurut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yangteratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakn untukmenggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain itu, projek juga bolehdibuat berdasarkan keperluan topik dan mengikut minat murid. Pengajaran dan pembelajaranberasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah bimbinganguru. Kementerian pelajaran Malaysia melalui “Handbook, project Based Learning”menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempeloporiilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.Kaedah melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian lapangan atau duniasebenar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), strategi bermakna kebijaksanaandalam menguruskan sesuatu perkara. Secara umum, strategi ialah prosedur memilihpendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai berdasarkan hasil pembelajaran yang hendakdicapai dalam jangka panjang. Strategi yang dipilih hendaklah mengambil kira segala aspekpembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), projek bermaksud rancangan kerjaatau aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan dan kajianterperinci tentang sesuatu bidang atau subjek. Secara umumnya, projek merujuk kepada kajian dan aktiviti yang disepadukan bagimenghasilkan satu susunan bahan yang berkaitan satu tema mengikut minat dankecenderungan orang yang menjalankan projek itu. Sesuatu projek mungkin berjalan selamatempoh masa yang lama seperti beberapa bulan atau beberapa minggu atau beberapa harisahaja, bergantung kepada minat, kecenderungan, kemampuan dan kematangan pesertaprojek itu. Projek akhirnya akan dipamerkan atau digunakan untuk menggalakkanperbincangan dalam bilik kuliah atau diterbitkan dalam bentuk tesis, buku, makalah ataujurnal. Suatu hasil yang praktik juga digalakkan daripada projek yang dijalankan. Strategiberasaskan projek membolehkan pelajar menjalankan aktiviti mengikut minat dankecenderungannya sendiri. 11
    • Menurut Abd Ghafar Md Din (2009) di dalam bukunya yang bertajuk „Prinsip danAmalan Pengajaran’, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaituuntuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai kaedahdan teknik pengajaran. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru untukmenyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada murid-muriddalam suasana yang dinamakan bilik darjah. Sebagai satu proses, pengajaran melibatkanpenyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang membolehkan pelajar mempelajari danmenguasainya secara berkesan. Menurut Abd Ghafar Md Din (2009), mengajar bermaksud menukar tingkah laku dankelakuan murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan baharu. Untuk mencapaihasrat ini, proses pengajaran harus dapat dilaksanakan secara berkesan, iaitu melalui proseduryang sistematik yang telah terlebih dahulu dirancangkan. Perhatian harus diberi kepada aspekperancangan, pelaksanaan dan penilaian. Setiap murid yang terlibat dalam prosespembelajaran mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri.Kepakaran guru mengeksploit pengetahuan dan pengalaman mereka dengan caramempelbagaikan teknik dan cara pengajaran, disesuaikan pula dengaaan keperluan murid,merupakan satu seni yang paling berharga kepada murid-murid tersebut. Melalui bakat danseni mengajar yang tersendiri, guru-guru mampu mengetengahkan satu bentuk pengajaranyang sempurna. Kebolehan menggunakan kreativiti sendiri seperti ini perlu dilatih danseterusnya dikuasai untuk membolehkan terciptanya satu bentuk pengajaran yang lebihberkesan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Pengajaran merupakan satu sistemaktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawaperubahan dalam kalangan mereka. Secara umumnya, pengajaran adalah perihal mengajar,segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspekyang dipentingkan dan lain-lain yang berkenaan dengannya). Kimble (1961) menyatakan bahawa, pembelajaran ialah perubahan potensi tingkahlaku yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Kenyataan inimenggambarkan kepada kita bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku danpada setiap kali hasil pembelajaran itu diperlihatkan, ia haruslah merupakan tingkah lakuyang dapat diperhatikan. Selain itu, perubahan tingkah laku itu bukan sementara sifatnya. Iaharus dikekalkan melalui latihan-latihan yang diteguhkan. Pembelajaran juga merupakansemua perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan danpemerolehan pengalaman. Pembelajaran adalah proses yang boleh menghasilkan perubahanpada tingkah laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau persekitaran. Biasanya pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran danini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik. 12
    • Dalam proses pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai kegiatan, umpamanya memerhati,meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati, menyemak, merujuk, merumus,membuat keputusan dan sebagainya. Secara umumnya, belajar membawa maksudpenyiasatan untuk kenyataan. Ia melibatkan idea atau aturcara yang belum lagi diketahui olehindividu. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baharu, penyelesaiankepada sesuatu masalah, dapatan terhadap perhubungan-perhubungan baharu atau gerakerjayang berfaedah boleh dianggap sebagai belajar. Biasanya, dalam sesuatu prosespembelajaran, seseorang itu mungkin mendapat nilai-nilai lain selain yang utama yangdikehendakinya pada masa itu. Secara umumnya, pembelajaran bermaksud satu proses mengakumulasi maklumatdan pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seorang sejak dilahirkan. Prosesini berlaku dalam dua bentuk, iaitu sama ada disedari ataupun tidak disedari. Biasanya,pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmupengetahuan yang berselerak di persekitaran. Sewaktu organ-organ ini digunakan, seseorangakan memilih rangsanga-rangsangan yang sesuai dan diperlukan daripada persekitaran itu,kemudian diproses dalam otak untuk dijadikan pengalaman yang bermakna. Tindakanmempraktikkan pengalaman yang baru diperoleh itu dianggap sebagai perubahan tingkahlaku, dan ini menggambarkan satu pembelajaran yang sebenar. Kesimpulannya, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kemahiran dankecekapan merancang serta menguruskan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapaiobjektif pelajaran secara optimum. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujukkepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknikdalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Denganperkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan danperancangan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatupendekatan. Di dalam bidang pendidikan, terdapat banyak kaedah dan teknik mengajar yangdisarankan oleh pakar-pakar pendidikan. Antara strategi yang kerap digunakan ialah, strategiberasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 13
    • Definisi Pengajaran Berasaskan Projek . Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskantugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanyamelibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskanprojek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentukprojek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiriserta amalan penerokaan oleh murid. Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor WilliamKilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yangdikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projekboleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalampendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapatmengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan. Perkataan projek yang digunakan dalam kajian ini merupakan kata kunci utamadalam istilah pembelajaran berasaskan projek. Menurut Moursund (2003), pelajaranberasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkanpelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajarlain, guru dan pihak lain. Di dalam bilik darjah, pengembangan kreativiti memerlukanpersekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan guru sebagai pemudah cara(Craft, 2000). Walau bagaimanapun, projek pembangunan produk kreatif melibatkan masalama dan jadual waktu anjal (Moursund, 2003). Menurut Rowe, 2004, guru sepatutnya mengembangkan kreativiti pelajar denganmembangkitkan perasaan ingin tahu dan memperbanyakkan aktiviti kemahiran praktikal(hands-on) dan penyelesaian masalah secara berpasukan melalui strategi penerokaan danpenemuan. Craft, (2003), pula menyatakan bahawa, Sebenarnya guru-guru menyedarikepentingan kreativiti dalam pendidikan, tetapi mereka menghadapi dilema, keranapemupukan kreativiti memerlukan masa lama dan anjal, sedangkan mereka terikat dengankurikulum dan pedagogi yang disarankan. 14
    • Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalamsesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secaraberpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepadadiri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajianmenunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripadapembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999). Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagiprojeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segalamaklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini,pelajar mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Temadipilih sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengancara ini, projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar. Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudahmemahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini,pelajar akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatiandalam suatu situasi sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar akanmenjalankan projek selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Denganmenjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas disamping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh, selainmengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai. Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaranmurid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untukmelaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Denganhal yang demikian, kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melaluiaktiviti permainan, kerja praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-muriddapat menjalankan aktiviiti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satusituasi yang sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan. Di bawah program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum BaruSekolah Menengah (KBSM), kerja projek merupakan suatu rancangan kerja berdasarkantopik yang digemari oleh murid-murid. Di mana, ia merupakan lanjutan kepada aktivitipembelajaran selepas mereka telah mempelajari sesuatu topik atau menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan 15
    • murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka sertamenguasai kemahiran dengan berkesan. Menurut Norasmah Othman & Shuki Osman (2009), Kaedah projek merupakankaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah inipelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiriaktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedahpermainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guruberupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktivitidalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan, sama ada secaraberseorangan ataupun berkumpulan. Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-ideakonseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melaluikaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalahmenyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk-tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkancara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindaksebagai pembimbing. Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatumelalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikajiaktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah inimemberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuatpengamatan dan penanggapan secara berkesan. 16
    • Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid menerokasendiri. Seorang pengkaji, Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran BerasaskanProjek yang merangkumi: Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi Menggunakan kaedah pengalaman „hands-on‟ Memberi pemahaman yang tinggi Boleh dirujuk oleh semua pelajar Melibatkan pelbagai mod komunikasi Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan yang baru dengan yang lama Pembelajaran merentasi kurikulum Guru sebagai fasilitator. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan. Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti. Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri. Sesuai dengan murid dan kurikulum. Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid. 17
    • Kelebihan dan Kekurangan Pembelajaran Berasaskan Projek Kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran BahasaMelayu ini mempunyai beberapa kelebihan. Melalui strategi ini, hubungan guru denganpelajar akan lebih mesra kerana guru dan pelajar saling berkomunikasi dan bertukarpendapat. Persepsi negatif pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksisentiasa berlaku. Tujuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan pelajarmengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal sertamenyelesaikan masalah. Keadaan ini membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas danmendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah,pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah. Galakan daripada guru akan menambahkanlagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih oleh guru mestilah sesuai dengan objektifpembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat pelajar. Keadaan ini membolehkanpelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang membebankan. Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dankemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untukmencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorongmereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna. Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melaluikerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secaraaktif dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikapkoperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan didalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dandipupuk. Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajarandan pembelajaran bahasa Melayu ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungankolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar. Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis.Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untukmencari sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenissumber seperti pusat sumber, media massa, internet, dan Kamus Peribahasa. 18
    • Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar.Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang merekalakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinanpara pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain. Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minatpembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkankemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, iadapat memberi peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yangberfaedah. Projek ini juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topikyang khusus, Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajarmereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuksedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing sertamenunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai. Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikanmasalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktivitiyang dijalankan bermakna dan berilmiah. Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikanpelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran,menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan, menolong pelajardalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi danpengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isukomuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluanpelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza. Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minatpembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapatmenggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu.Tambahan pula ia memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yangberfaedah. Apabila sesuatu objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akanmembolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akanmendorong murid supaya berusaha secara berterusan dengan lebih tekun lagi. 19
    • Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskanprojek, namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek inimemerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksameluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimanamaklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga mingguuntuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskansemata-mata untuk menyiapkan projek ini. Seterusnya, kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialahmengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Ini kerana aktiviti secaraberkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini iaakan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalampengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepadapengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guruuntuk mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, dayaintelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkansesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yangdiberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajaruntuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang sehingga bolehmenyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspekyang diajar. Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalamtugasan yang diberikan dan memantau setiap kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiappelajar dalam kumpulan. Kelemahan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pulamelibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harusmengeluarkan perbelanjaan yang banyk untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukanuntuk membuat projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli alatanseperti pensil warna, Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting, kertas warna danbanyak lagi. Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh danmenambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatuprojek. Kelemahan yang terakhir ialah, Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurangmenarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan, hal ini 20
    • akan menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka tidakdiiktiraf. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadappembelajaran mereka pada masa hadapan. Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini mendatangkan lebih banyakkebaikan kepada pelajar dan guru berbanding keburukan. Strategi ini lebih menekankankepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranyakedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, makasuasana pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan berbandingmenggunakan cara pengajaran seperti biasa.Strategi perlaksanaan Berasaskan Projek dalam Pengajaran Dan Pembelajaran BahasaMelayu.Strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskanprojek adalah seperti gambarajah di bawah. Memberikan Tugasan Tugasan Perlu Mengikut Mengambil Kira Penyerahan Kurikulum Keupayaan Dan Projek Kemampuan Pelajar Yang Terlibat Pembentangan, Pen Menentukan Jadual ilaian Dan Kerja Pemurnian Tugas penyediaan jadual Memastikan penentu tugasan dan Bilangan Ahli panduan memberi Kumpulan Kecil markah Penilaian Projek Perlu Perlaksanaan dan Mencerminkan Daya Perancangan Usaha Setip Pelajar Secara Dalam Kumpulan Berperingkat Penilaian Dilaksanakan Guru Perlu Memberikan Sepanjang Tempoh Bimbingan dan Projek Pemantauan Rajah 1: strategi perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek 21
    • Sesebuah projek boleh dilaksanakan secara perseorangan atau secara berkumpulan. Guruperlu memastikan bahawa langkah-langkah berikut diberi perhatian agar kaedah projek dapatdijalankan dengan lebih teratur dan berkesan agar mencapai hasil pelajaran yang memuaskan.Perkara tersebut ialah: 1. Objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan kemahiran murid-murid. Sesuatu projek perlu mempunyai objektif-objektif tertentu. Dengan adanya objektif-objektif ini guru dan pelajar mempunyai hala tuju yang betul dan dapat menilai pencapaian mereka. 2. Adakan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan kerja untuk setiap kumpulan demi menjamin kelicinan perlaksaannya. 3. Menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid, cara menyimpannya dan penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada masa akan datang.Strategi Perlaksanaan Berasaskan Projek Buku Skrap dalam Pengajaran DanPembelajaran Bahasa Melayu Projek buku skrap ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BahasaMelayu. Projek ini dilaksanakan selepas murid mempelajari peribahasa Melayu. Guru akanmenguji kefahaman mereka terhadap apa yang mereka pelajari di dalam kelas. Projek bukuskrab ini bertajuk, “Menguji Kefahaman Pelajar Terhadap Pembelajaran Peribahasa Melayu”. Menurut Zaba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merangkumisimpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan serta bahasa kiasan yangperlu di ajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklahdilakukan berdasarkan kesesuaian falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Melayukhususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Penguasaan bahasa melayu ini merupakanlanjutan daripada penguasaan peribahasa pada peringkat sekolah rendah. Peribahasahendaklah diajar dalam konteks. Buku-buku peribahasa Melayu boleh dijadikan sebagaisumber rujukan. Pengajaran peribahasa perlu digabungjalinkan dengan pengajaran bahasa.Contohnya, guru boleh menggunakan peribahasa yang mempunyai nilai yang sesuai dengantema atau topik yang dibincangkan. Pelajar juga digalakkan menggunakan peribahasa dalampenulisan. 22
    • RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTarikh : 9 April 2012 (Isnin)Masa : 10.30- 11.30 amTempoh : 60 MinitTingkatan : 1 CekapSekolah : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat JohorBil.Murid :20 OrangMatapelajaran : Bahasa MelayuTajuk : Peribahasa MelayuTema : Menguji kefahaman pelajar terhadap pembelajaran Peribahasa MelayuObjektif: : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat : 1. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu. 2. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari. 3. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian. 4. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan. 5. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan. 6. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.Nilai- nilai murni: 1. Bekerjasama dalam kumpulan. 2. Hormat- menghormati 3. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan.Aktiviti/ Isi Pengajaran : 1. Mencari peribahasa Melayu dan maksudnya. 2. Perbincangan maksud beserta contoh ayat. 3. Pembentangan kumpulan. 23
    • Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :Kemahiran BerfikirMenghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea,penggabungjalinan dan teknik perbincanganKecerdasan PelbagaiInterpersonal, Intrapersonal, Verbal-linguistik, soft skill.Pengetahuan Sedia AdaMurid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas.Bahan Bantu Mengajar :Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks.Kemahiran Bahasa 1. Membaca dan Menulis 2. MendengarRefleksi : 1. Pelajar mencari 50 Peribahasa Melayu. 2. Pelajar dapat mengetahui maksud peribahasa serta mampu membina ayat berdasarkan peribahasa yang dinyatakan. 3. Diharapkan pelajar dapat memperoleh sesuatu yang baru untuk meningkatkan pengetahuan mereka. 24
    • RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAEDAH PENGAJARANLANGKAH ISI & CATATAN PENGAJARAN PEMBELAJARANSet induksi Gambaran 1. Guru menerangkan 1. Teknik mengimbas(10 minit) mengenai tajuk maksud peribahasa kembali . pengajaran iaitu melayu. 2. Menghubungkaitkan projek menguji 2. Guru menyenaraikan 3. Mendengar aktif kefahaman jenis-jenis peribahasa pelajar terhadap melayu. peribahasa 3. Guru menerangkan Melayu. tajuk tugasan secara terperinci.Langkah 1 Membahagikan 1. Pelajar dibahagikan 1. Mendengar aktif(10 minit) pelajar kepada kepada 4 kumpulan beberapa 2. Melantik ketua kumpulan kumpulan 3. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza. Kumpulan 1 peribahasa tentang Ayam Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki Kumpulan 4 Peribahasa tentang AnakLangkah 2 Latihan 1. Guru mengedarkan 1. Menguji kefahaman (5 minit) pemahaman soalan pemahaman pelajar secara kepada setiap berkumpulan. kumpulan. 2. Ujian kefahaman 2. Jawap 20 soalan dilakukan sebelum 25
    • dalam tempoh masa memulakan projek. yang ditetapkan.Langkah 3 Sesi 1. Guru meminta pelajar 1. Menghubungkaitkan(20minit) perbincangan duduk secara 2. Menjana idea berkumpulan. 3. Berbincang, inkueri 2. Setiap kumpulan perlu penemuan mencari 50 peribahasa 4. Penggunaan internet, Melayu beserta makna notebook, Kamus dan contoh ayat peribahasa. berdasarkan jenis 5. Interpersonal peribahasa yang 6. Keberanian mereka pilih. berhadapan dengan 3. Setiap kumpulan orang ramai. diberi kebebasan memilih alat bantu mengajar. 4. Ketua kumpulan mengagihkan tugasan kepada ahli-ahli. 5. Setiap ahli mencari 10 peribahasa yang berlainan. 6. Ahli kumpulan akan menggabungkan hasil dapatan mereka.Langkah 4 Pembentangan, 1. Setiap kumpulan akan(15 minit) penyelarasan dan membentangkan hasil pemurnian di hadapan kelas. projek 2. Guru akan menyemak jawapan pelajar. 3. Guru membetulkan ayat murid yang salah. 4. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan. 5. Guru menyoal murid 26
    • tentang perkara yang dipelajari. Penutup Penangguhan 1. Projek akan (5 minit) pelaksanaan bersambung pada minggu hadapan projekSET INDUKSIGuru memberikan tugasa mengikut kurikulum iaitu menggunakan kurikulum Bahasa Melayu.Seterusnya, guru memberi gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu menguji kefahamanpelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Peribahasa Melayu. Tugasan yang diberikanoleh guru ini mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat, dimanaobjektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan kemahiranmurid-murid di dalam kelas. Guru haruslah melaksanakan projek ini, setelah mereka selesaimengajar dan yakin pelajar faham apa yang mereka pelajari. Ketika ini, guru akanmengimbas kembali sesi pengajaran peribahasa Melayu yang pernah dibuat di dalam kelas.Guru menerangkan apakah maksud peribahasa Melayu, menyenaraikan jenis-jenis peribahasaMelayu, serta menerangkan tajuk tugasan secara terperinci. Guru turut menetapkan tarikhserahan projek iaitu 3 minggu setelah projek bermula.LANGKAH 1 (Membahagikan Pelajar Kepada Beberapa Kumpulan)Guru membahagikan para pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan ini terdiridaripada lima orang ahli. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik ketua kumpulanmasing-masing. Ketua kumpulan ini akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepadaahli kumpulan yang lain agar semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan.Setelah selesai, setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang sama iaitu mencari 50 jenisperibahasa melayu beserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiapperibahasa untuk menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya.Tema projek untuk setiap kumpulan adalah sama iaitu peribahasa Melayu, namun tajukprojek setiap kumpulan adalah berbeza. Kumpulan 1 perlu mencari 50 peribahasa tentangAyam beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 2 perlu mencari 50 peribahasa tentangHati beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 3 perlu mencari 50 peribahasa tentang kakibeserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 4 perlu mencari 50 peribahasa tentang anak 27
    • beserta maksud dan contoh ayat. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkanprojek ini.Rajah 2: Contoh pelajar menjalankan projek mengikut kumpulanLANGKAH 2 ( Latihan Pemahaman)Sebelum menjalankan projek ini, guru perlu menguji kefahaman para pelajar terhadappengajaran peribahasa melayu. Ujian kefahaman dilakukan berdasarkan latihan pemahamanyang diberikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan para pelajar mahir dan mampumenguasai ilmu peribahasa Melayu agar mereka berjaya melaksanakan projek yangdiberikan. Contoh latihan pemahaman adalah seperti di bawah.LATIHAN PEMAHAMANBulatkan jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberi. Para pelajar dikehendakimemilih peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks dan situasi yang terdapat di dalam ayat. 1. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaranyang sedang diajar. A. terang hati B. sampai hati C. cekal hati D. ada hati 2. Norshahrul merupakan ............... pasukan Kelantan. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti. A. Ayam tambatan B. Buah hati C. ringan tulang D. tulang empat kerat 28
    • 3. Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar. A. ada hati B. cekal hati C. kecil hati D. rendah hati4. Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai perlawananbola sepak. A. jauh hati B. kecil hati C. berat hati D. patah hati5. Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka bolehmengapa kita tak boleh. A. ambil hati B. iri hati C. cekal hati D. besar hati6. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat .............. A. bekas tangan B. tanda mata C. buah hati D. mengadu nasib7. Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain. A. membuka tembelang B. membuka langkah C. membuka mulut D. membuka kaki8. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di belakang rumah. A. berkaki ayam B. berkaki bangku C. berkaki botol D. berkaki bola 29
    • 9. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zalikerana tingkahlakunya yang baik. A. ibu angkat B. anak emas C. buah hati D. ibu tiri10. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusahamencari kerja. A. makan angin B. memilih bulu C. makan tidur D. bermain mata11. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. . A. rusa masuk kampung B. beruang dalam belukar C. kuda belang D. lipas kudung12. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti ............. A. rusa masuk kampung B. burung dalam sangkar C. ayam kehilangan anak D. anjing menyalak bukit13. Pasukan Bolasepak Kedah tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... . A. berat perut B. berat badan C. berat mata D. berat sebelah14. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................ A. curi hati B. curi tulang C. curi ayam D. curi kerja15. " .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras. A. Dengar telinga B. Dengan lihat 30
    • C. Pasang telinga D. Pasang mata16. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. . A. rusa masuk kampung B. beruang dalam belukar C. kuda belang D. lipas kudung17. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti ............ A. rusa masuk kampung B. burung dalam sangkar C. ayam kehilangan anak D. anjing menyalak bukit18. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ........ .A. curi hatiB. curi tulangC. curi ayamD. curi kerja19. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal oranglain.A. buah mulutB. murah mulutC. mulut besarD. bawa mulut20. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.A. hati batuB. kepala batuC. batu kerasD. batu api 31
    • LANGKAH 3 ( Sesi perbincangan) Guru mengarahkan pelajar untuk untuk duduk secara berkumpulan, berdasarkankumpulan yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk membincangkan tajuk tugasan yangdiperolehi oleh mereka secara berkumpulan. Di dalam sesi perbincangan setiap kumpulanperlu mencari 50 peribahasa Melayu beserta makna dan contoh ayat berdasarkan jenisperibahasa yang mereka pilih. Setiap kumpulan ini diberi kebebasan untuk memilih alat bantumengajar. Antara alat bantu mengajar yang digunakan oleh para pelajar ialah penggunaaninternet, notebook, dan kamus peribahasa. Setiap ketua kumpulan akan mengagihkan tugasankepada ahli-ahli kumpulan, dimana setiap ahli perlu mencari 10 peribahasa yang berlainan.Melalui aktiviti perbincangan ia akan mampu menjana idea yang bernas daripada ahli-ahlikumpulan selain mampu melaksanakan tugasan dengan lebih cepat dan menjimatkan masa.Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek iaitu ketika setiapkumpulan melakukan perbincangan mereka di dalam kelas. Guru memantau peranan setiapahli kumpulan yang terlibat agar semua ahli kumpulan dapat melibatkan diri dalamperbincangan ini. Setelah selesai sesi perbincangan, setiap ahli kumpulan akanmenggabungkan hasil dapatan yang mereka peroleh. Selepas itu pelajar diarahkan untukmenyenaraikan contoh peribahasa beserta maksud dan contoh ayat yang sesuai di atas kertasmahjong. Sesi perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untukmengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Sesi perbincangan yangdirancang dengan rapi akan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalanganpelajar. Aktiviti seperti ini akan menghasilkan pelajar yang mahir berkomunikasi dan yakindalam menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain. Perbincangan juga menolongpelajar memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan membantu guru mengesan sejauhmana kefahaman mereka. Untuk mengambil bahagian mereka terpaksa membaca dan berfikirtentang topik yang akan dibincangkan dan menyampaikan apa yang difahaminya. Contohhasil perbincangan setiap kumpulan adalah seperti berikut. 32
    • PERIBAHASA MELAYU.Cari Maksud Peribahasa dan Bina Ayat Menggunakan Peribahasa Tersebut.ARAHAN:1. Bahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dengan cara membilang nombor 1- 4 berturutan.2. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.3. Ketua kumpulan mencabut undi bagi mendapatkan tugasan kumpulan.4. Setiap kumpulan menyiapkan tugasan selama 20 minit.5. Ketua kumpulan membentangkan hasil dapatan6. Setiap kumpulan menghasilkan buku skrap pada minggu yang seterusnya.TUGASAN KUMPULAN:Kumpulan 1Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan ayam beserta makna dan contoh ayatberdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,gunting, kertas A4 dan Pensel warna.Peribahasa Tentang Ayam 1. Buta Ayam = Rabun Ayam Maksud: Mata yang rabun menjelang senja. Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam. 2. Hangat-Hangat Tahi Ayam Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan. Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh- sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam. 3. Ibu Ayam Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur. Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah. 4. Kaki Ayam = Berkaki Ayam Maksud: Tidak memakai kasut. 33
    • Contoh Ayat: Hafeezat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang5. Ajak-Ajak ayam Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.6. Ayam Tambatan: Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan). Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.7. Ayam Jalak Maksud: Orang yang berani. Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.8. Musang berbulu ayam Maksud: Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik Contoh: Ali umpama musang berbulu ayam, siang dia membantu ibunya di kedai, waktu malam pula dia mencuri.9. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling Maksud: tidak senang melihat kebahagiaan orang lain Contoh ayat: oleh kerana hajatnya untuk mengahwini gadia idamannya itu tidak tercapai, maka pemuda itu telah beriktiar sedaya upayanya untuk merosakkan pasangan suami isteri itu dengan menggunakan bomoh-bomoh. Tindakannya ini sama seperti ayat „ayam tidur senang di dalam reban musang yang susah beredar sekeliling.10. Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya. Maksud: orang dagang itu, bagaimana senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri Contoh ayat: abu bakar seorang ahli perniagaan yang Berjaya di brunei, tetapi dia umpama Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya.. 34
    • Kumpulan 2Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan kaki beserta makna dan contoh ayatberdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,gunting, kertas A4 dan Pensel warna.Peribahasa Tentang Kaki 1. Kaki Arak Maksud: Orang yang suka minum arak. Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak. 2. Jalan Kaki Maksud: Berjalan tanpa kenderaan. Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh. 3. Kaki Bangku Maksud: Tidak pandai bermain bola. Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak. 4. Kaki Buli Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah. Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah. 5. Kaki Gaduh Maksud: Orang yang suka bergaduh. Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya. 6. Kaki Gunung Maksud: Di bahagian permulaan gunung. Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak. 7. Kaki Judi Maksud: Orang yang suka bermain judi. Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi. 35
    • 8. Kaki Langit Maksud: Langit di bahagian bawah. Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja. 9. Kaki Rambu Maksud: Orang yang suka merayau. Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu. 10. Kaki Umpat Maksud: Orang yang suka mengumpat orang. Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja.Kumpulan 3Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan anak beserta makna dan contoh ayatberdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,gunting, kertas A4 dan Pensel warna.Peribahasa Tentang Anak 1. Anak Air Maksud: Sungai kecil. Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman. 2. Anak Baju Maksud: Baju dalam. Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju. 3. Anak Buah Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah. Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi. 4. Anak Emas Maksud: Orang yang sangat disayangi. 36
    • Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya 5. Anak Gahara Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan. Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah. 6. Anak Haram Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama. Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim. 7. Anak Jantan Maksud: Lelaki yang berani. Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya. 8. Anak Kandung Maksud: Anak sendiri. Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya. 9. Anak Tunggal Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain. Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya. 10. Anak Piatu Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu. Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.LANGKAH 4 (Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek) Setelah semua kumpulan selesai membincangkan tugasan mereka, wakil setiapkumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru akan menyemakjawapan setiap kumpulan, jika terdapat kesalah maksud atau ayat, guru akan membetulkankesalahan tersebut. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuatpenambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan.Setelah selesai pembentangan, guruakan mengadakan sesi soal jawap dan guru menyoal pelajar tentang perkara yang dipelajari. 37
    • Melalui Aktiviti pembentangan, guru boleh memupuk semangat keberanian danmenyemai semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Berdasarkan langkah 3 dan 4,secara tidak langsung, guru telah berjaya menggabungjalinkan tiga kemahiran, iaitukemahiran lisan (berbincang sesama pelajar, bersoal jawab dengan guru, pembentangan),kemahiran membaca (membaca dan menganalisis peribahasa dan pembentangan), kemahiranmenulis (menyenaraikan contoh peribahasa beserta makna dan contoh ayat), menerapkannilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dalam tugas masing-masing,keberanian, mampu menerima pendapat orang lain dan sebagainya.PENUTUP Guru megarahkan para pelajar menangguhkan pelaksanaan projek kerana masa kelastelah tamat. Projek akan bersambung pada minggu hadapan. Guru meminta setiap ahlikumpulan membawa bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat buku skrap. RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTarikh : 16 April 2012 (Isnin)Masa : 10.30- 11.30 amTempoh : 60 MinitTingkatan : 1 CekapSekolah : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat JohorBil.Murid :20 OrangMatapelajaran : Bahasa MelayuTajuk : Projek Buku SkrapTema : Peribahasa MelayuObjektif: : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat : 1. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu. 2. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari. 3. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian. 4. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan. 38
    • 5. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan. 6. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.Nilai- nilai murni: 1. Bekerjasama dalam kumpulan. 2. Hormat- menghormati 3. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan.Aktiviti/ Isi Pengajaran : 1. Mengumpulkan data atau maklumat yang diperoleh 2. Perlaksanaan buku skrap 3. Penilaian oleh guruKemahiran Bernilai Tambah (KBT)Kemahiran BerfikirMenghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali menilai,penjanaan idea, penggabungjalinan dan teknik perbincanganKecerdasan PelbagaiInterpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik, soft skill.Pengetahuan Sedia AdaMurid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas.Bahan Bantu Mengajar :Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks. 39
    • Refleksi : 1. Pelajar menulis 50 Peribahasa Melayu beserta maksud dan contoh ayat di dalam buku skrap. 2. Memperlihatkan semangat bekerjasama diantara ahli kumpulan dalam menyiapkan buku skrap. 3. Dapat memupuk kreativiti dan inovatif para pelajar. 4. Menghasilkan buku skrap mengikut terma-terma yang telah ditetapkan. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAEDAH PENGAJARANLANGKAH ISI & CATATAN PENGAJARAN PEMBELAJARANSet induksi Gambaran 1. Guru menerangkan 1. Teknik mengimbas(10 minit) mengenai projek cara pelaksanaan kembali . yang akan projek 2. Menghubungkaitkan dilakukan 2. guru menyediakan 3. Mendengar aktif (atau menyuruh murid-murid menyediakan) bahan- bahan dan alat-alat yang diperlukan 3. Guru meminta para pelajar mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan. 40
    • Langkah 1 Membahagikan 1. Pelajar duduk secara 2. Mendengar aktif (5 minit) pelajar mengikut berkumpulan. kumpulan Kumpulan 1 masing-masing peribahasa tentang Ayam Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki Kumpulan 4 Peribahasa tentang Anak 1. PelajarLangkah 2 Menghasilkan 1. Dapatan kajian yang mengumpulkan dapatan(40minit) buku skrap diperoleh berdasarkan maklumat pembentangan pada minggu lepas 2. Pelajar dikumpulkan. menyediakan 2. buku skraf dihasilkan Buku skrap yang lengkap mengikut kreativiti setiap ahli kumpulan. berasaskan topik 3. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek ini. 4. Buku skrap yang telah siap akan diserahkan kepada guru. 41
    • 1. Guru akan membuatPenutup Guru membuat 1.Guru akan memberikan penilai terhadap hasil(5 minit) penilaian markah berdasarkan pembentangan pelajar dan terhadap projek ketepatan maksud peribahasa yang dihasilkan dan contoh ayat, kekemasan, hasil projek buku skrap dan daya kreativiti pelajar yang dihasilkan oleh setiap dalam menghasilkan buku kumpulan skrap 2. Guru menyimpulkan Pelajaran. 3.Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki kelemahan diri. 4.Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di pamerkan di dalam kelas.SET INDUKSIGambaran mengenai projek yang akan dilakukan. Guru menerangkan cara pelaksanaanprojek, iaitu projek buku skrap. guru menyediakan (atau menyuruh murid-muridmenyediakan) bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan dan meminta para pelajarmengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan.LANGKAH 1Membahagikan pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pelajar duduk secaraberkumpulan. - Kumpulan 1 peribahasa tentang Ayam - Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati - Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki - Kumpulan 4 Peribahasa tentang AnakLANGKAH 2 Menghasilkan buku skrap. Dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan pembentanganpada minggu lepas dikumpulkan oleh setiap ahli kumpulan. buku skrap akan dihasilkanmengikut kreativiti setiap kumpulan. buku skrap yang dihasilkan perlulah mengikut termadan tajuk yang telah diberikan. Setiap ahli kumpulan wajib melibatkan diri dan bekerjasamadalam menyiapkan buku skrap ini. Guru berperanan sebagai pemerhati dan member penilaian 42
    • berdasarkan kerja sepasukan setiap kumpulan. buku skrap yang telah siap dihasilkan akandiserahkan kepada guru mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.LANGKAH 3 ( penilaian terhadap projek yang dihasilkan) Guru akan membuat penilaian terhadap buku skrap yang telah dihasilkan oleh setiapkumpulan. Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dancontoh ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap. Penilaian projek ini dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar danmemperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga dapatmembantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan inisebaik mungkin. Antara jenis-jenis penilaian projek pula ialah latihan dan soalan „open-ended‟ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan). Selain daripadaitu Extended tasks assignment iaitu menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusanujikaji, membina model. Selain daripada apa yang dinyatakan Portfolio juga merupakan salahsatu jenis penilaian yang membawa maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhirsekali tugasan prestasi sebagai contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model. Gurumenyimpulkan pelajaran. Diakhir pembelajaran, guru memberi pujian dan dorongan kepadamurid supaya berusaha membaiki kelemahan diri. Buku skrap yang cantik dan kreatif akan dipamerkan di dalam kelas. 43
    • PEMARKAHAN PROJEKPembelajaran berasaskan projek buku Skrap ini menyumbangkan kepada 100% markah.Pembahagian markah adalah seperti berikut: (a) BukuSkrap 1. Isi kandungan buku skrap 40% - Peribahasa yang menepati tajuk setiap kumpulan - Ketepatan maksud - Contoh ayat 2. Hiasan dan dekorasi buku skrap 10% (b) Pembentangan 25% (c) Latihan pemahaman 10% (d) Penglibatan Pelajar 15% - Kerjasama dalam kumpulan - Keterlibatan dalam perlaksanaan projek PENILAIAN PROJEK Menurut Wiggins (1989), Penilaian merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukanmurid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Ciri-ciri penilaian projek ialah: - Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik) - Berbentuk jangka panjang - Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar - Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat jawapan yang benar. - Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam kumpulan secara koperatif. - Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan - Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran. 44
    • Penilaian terhadap pelajar dibuat berdasarkan: - Kreativiti - kemahiran merancang - integrasi pengetahuan - kebolehan membuat tugasan bersama orang lain - pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu - melaksana dan menghasilkan sesuatu - pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. - aktiviti yang bermaknaDengan itu, penilaian projek ini dapat: - mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar - memperoleh skor yang diberi berdasarkan kritirea spesifik - membantu pelajar mengesan bidang kelebihan dan menggunakannya sebaik mungkin.Antara jenis penilaian yang boleh digunakan oleh guru di dalam pengajaran berasaskanprojek ialah ialah melalui kaedah pemerhatian, latihan harian, penilaian berasaskan projek,bersoaljawab secara lisan, dan juga penilaian melalui portfolio.Penilaian Melalui Portfolio Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar,kemajuan dan prestasi dalam satu atau beberapa bidang. Portfolio ini terdiri dari bahan-bahanyang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap, pencapaian matlamat pembelajaran untuk satujangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yangmemberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar (Harlin, 1992). Oleh yang demikian, menerusi tema peribahasa Melayu, projek buku skrab yangdihsilkan oleh para pelajar inilah yang membantu guru, menilai dan menyemak sejauh manapemahaman, penguasaan dan penglibatan mereka dalam melaksanakan aktiviti dan tugasanyang diberikan. 45
    • Kaedah Pemerhatian Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pe¬merhatian iaitu kategoritingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan sertapensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah lakuyang perlu diperhati dan direkodkan. Oleh itu, dalam pendidikan kaedah pemerhatianmerupakan salah satu cara untuk menilai murid-murid. Pada kebiasaannya ia dilakukan dalambilik darjah ketika murid sedang menjalani aktiviti pembelajaran. Semasa membuatpemerhatian, para guru harus fokus kepada perubahan tingkah laku yang selaras denganobjektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu. Pemerhatian guruharus meluas tanpa dibatasi oleh sosiobudaya, ruang, masa, agama ataupun tempat. Guru jugaperlu mengumpul segala maklumat dan data-data ketika menilai murid-murid. Guru bolehmenggunakan senarai semak atau borang penilaian yang mengandungi ciri-ciri perubahantingkah laku ingin dinilai. Pemerhatian boleh dilakukan melalui cara bersoal jawab secara lisan, penglibatanmurid, menunjuk cara, memerhati perlakuan dan tindakan murid. Contohnya, dalampelaksanaan pembelajaran berasaskan projek buku skrap, guru boleh melakukan pemerhatianketika murid-murid sedang menjalankan aktiviti pembentangan, guru dapat melihat sama adamurid faham atau tidak apa yang mereka bentangkanan. Selain itu, guru boleh bersoaljawabsecara lisan untuk menilai kefahaman mereka terhadap peribahasa-peribahasa yangdibentangkan oleh kumpulan lain. Contoh borang penilaian adalah seperti dibawah. Penglibatan Latihan Penghasilan Nama pelajar dalam pemahaman Pembentangan buku skrap kumpulan kelas 10% 20% 50% 10%Kumpulan 1Kumpulan 2Kumpulan 3Kumpulan 4Markah : ........................................Nama dan tandatangan guru: Tarikh:..................................................................................................... 46
    • ................................................................Rajah 3: Contoh Borang Penilaian secara kumpulan pembelajaran Berasaskan ProjekCONTOH SOALAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEKKumpulan 4Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan hati beserta makna dan contoh ayatberdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,gunting, kertas A4 dan Pensel warna.PERIBAHASA TENTANG HATIBina ayat berdasarkan peribahasa tersebut. 1. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 2. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 3. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 4. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 5. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 6. Peribahasa :__________________________ 47
    • Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________7. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________8. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________9. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________10. Peribahasa :__________________________ Maksud : ___________________________________. Contoh Ayat: ____________________________________________________________ ___________________________________________________ 48
    • HASIL PROJEK PELAJAR RA RAJ AH: 49
    • 50
    • 51
    • 52
    • 53
    • 54
    • 55
    • 56
    • 57
    • 58
    • 59
    • 60
    • KESIMPULAN Kaedah pengajaran berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkanpelajar yang melibatkan pelajar menerbitkan atau membangunkan produk danmempersembahkannya kepada pelajar lain, guru dan pihak lain. Melalui kaedah ini,pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiriaktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedahpermainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guruberupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktivitidalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan , sama ada secaraberseorangan ataupun berkumpulan. Tujuan menggunakan kaedah projek dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untukmenarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajarsupaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan kaedah mengajar perlulahberdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermaknakebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaanguru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satupengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam sesuatu proses pengajaran, beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan. Melalui kajian ini, pengkaji telah menjalankan Projek Buku Skrap, denganmenggunakan tema Peribahasa Melayu. Antara strategi yang terdapat dalam perlaksanaanpengajaran berasaskan projek ini ialah: Memberi tugasan mengikut kurikulum. Guru menggunakan Kurikulum Bahasa Melayu dengan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu. Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. Guru haruslah melaksanakan projek ini setelah mereka selesai mengajar dan yakin pelajar faham apa yang mereka pelajari. Projek hanya akan dijalankan setelah guru benar- benar yakin para pelajar mampu menguasai bidang peribahasa dengan baik. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru haruslah memastikan bilangan ahli kumpulan kecil iaitu tidak melebihi 5 orang ahli. Setiap kumpulan diberikan tajuk projek yang sama iaitu, menguji tahap kefahaman pelajar terhadap 61
    • pengajaran peribahasa Melayu. Setiap kumpulan perlu mencari 50 peribahasa Melayubeserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa untukmenunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya.Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan. guruharus memastikan setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projekini. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua kumpulan. Ketua kumpulan iniakan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada ahli kumpulan yang lain agarsemua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan.Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek. Guruharuslah memberi bimbingan ketika setiap kumpulan melakukan perbincanganmereka di dalam kelas. Seterusnya, guru memantau peranan setiap ahli kumpulanyang terlibat.Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek. Guru juga berpeluangmenilai pelajar dalam pelbagai aspek seperti kreativiti, kemahiran merancang,integrasi pengetahuan dan kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. Guruharuslah membuat penilaian kepada setiap kumpulan berdasarkan beberapa aspek,iaitu semangat berpasukan, hasil dapatan kajian, pembentangan dan kreativiti bukuskrap yang di hasilkan.Hasil dapatan kajian di kumpulkan. Setiap kumpulan haruslah mengumpulkan hasildapatan yang diperoleh oleh setiap ahli dikumpulkan.Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek. Pada tarikh yang ditetapkan,kesemua kumpulan perlu membentangkan hasil dapatan kajian mereka di hadapanguru dan rakan-rakan. Markah akan diambil oleh guru melalui pembentangan ini.Markah dinilai berdasarkan kerjasama dalam kumpulan dan hasil dapatan kajian yangdiperoleh. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuatpenambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan. 62
    • Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dan contoh ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap. Penilaian projek ini dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga dapat membantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin. Antara jenis-jenis penilaian projek pula ialah latihan dan soalan „open-ended‟ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan). Selain daripada itu Extended tasks assignment iaitu menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. Selain daripada apa yang dinyatakan Portfolio juga merupakan salah satu jenis penilaian yang membawa maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir sekali tugasan prestasi sebagai contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model. Penyerahan projek. Projek yang berjaya dihasilkan oelh setiap kumpulan akan diserahkan kepada guru dalam bentuk buku skrap mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di pamerkan di kelas. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesananpenyampaian sesuatu subjek khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Perancangan untuk strategiberasaskan projek dalam pengajaran haruslah mengambil kira faktor-faktor yang ada supaya aktivitipengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Dalam konteks pengajaran berasaskan projek, ialebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Keadaan ini mampu mewujudkansuasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Hasilnya, guru dan pelajar dapat mencapaiobjektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang diperlukan dan dapat melahirkan pelajar yang lebihbersikap berdikari dalam memperolehi sumber pengetahuan semasa proses pengajaran dijalankan. Kesimpulannya, modul ini membincangkan tentang objektif pengajaran berasaskan projek,menghuraikan latar belakang pendidikan di Malaysia serta latar belakang pembelajaran berasaskanprojek. Konsep serta ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek turut dijelaskan oleh pengkaji. Selain itumodul ini juga mengandungi kebaikan dan keburukan pengajaran berasaskan projek. 63
    • Pengkaji turut menerangkan secara terperinci tentang strategi yang digunakan olehguru dalam mengaplikasikan pengajaran berasaskan projek ini. Diharapkan modul ini dapatmembantu guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih santai danmampu diterima oleh para pelajar. Pembelajaran melalui kaedah ini bukan hanya berfokuskepada penghasilan produk tugasan, penyelesaian masalah atau laporan berteraskan projekyang dijalankan tetapi memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran baharu yangdibina dan digunakan dalam menghasilkan tugasan projek. Hal ini demikian kerana, melaluipembelajaran berasaskan projek, murid-murid berpeluang merancang, mereka bentuk danmelaksanakan projek yang diberi serta membuat refleksi berkenaan proses yang dilakukandan produk yang terhasil. 64
    • BIBLIOGRAFIAtan Long Ph.D (1980), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Ibrahim Saad (1982), Isu Pendidikan Di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.Sharifah Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann Asia.Dr Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Henimann (Malaysia) Sdn BhdLeonard M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi Praktikal,Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Pengajaran dalam Bilik Darjah Kaedah Dan Strategi. Massa Enterprise.Mok, Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan BudimanAhmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hal 269Ee Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hal 263.Sulaiman Ngah Razali (2001). Pedagogi Teori dan Praktikal. Dewan Bahasa dan PustakaAbd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication & Distrib.Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. PTS Publication.Mok Soon Sang (2008), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan MultimediaNoraini Idris & Shuki Osman (2009), Pengajaran dan Pembelajaran,Teori dan Praktis. Perpustakaan Negara MalaysiaKamus Dewan Edisi Keempat (2010), Dewan Bahasa Dan Pustaka 65
    • http://dukeamienerev.blogspot.comhttp://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/PROJEK.pdfhttp://peribahasamelayu.com/http://www.ipuisi.com/koleksi-peribahasa-melayu-simpulan-bahasa-dan-maksudhttp://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/07/peribahasa-melayu-simpulan-bahasa-dan.htmlhttp://www.slideshare.net/aflah/pembelajaran-berasaskan-projek-1699550 66
    • CONTOH PENGHASILAN BUKU SKRAP 67
    • 68
    • CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTarikh : 9 April 2012 (Isnin)Masa : 10.30- 11.30 amTempoh : 60 MinitTingkatan : 1 CekapSekolah : Sek.Men.Keb Seri Medan Batu Pahat JohorBil.Murid :20 OrangMatapelajaran : Bahasa MelayuTajuk : Peribahasa MelayuTema : Menguji kefahaman pelajar terhadap pembelajaran Peribahasa MelayuObjektif: : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat : 7. Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu. 8. Pelajar mengetahui maksud peribahasa yang dipelajari. 9. Pelajar mampu mengaplikasikan peribahasa dalam kehidupan seharian. 10. Pelajar mampu mencari 50 peribahasa Melayu beserta maksud dan membina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa yang dinyatakan. 11. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek yang diberikan. 12. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan.Nilai- nilai murni: 4. Bekerjasama dalam kumpulan. 5. Hormat- menghormati 6. Mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru dan ketua kumpulan.Aktiviti/ Isi Pengajaran : 4. Mencari peribahasa Melayu dan maksudnya. 5. Perbincangan maksud beserta contoh ayat. 6. Pembentangan kumpulan.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :Kemahiran Berfikir 69
    • Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea,penggabungjalinan dan teknik perbincanganKecerdasan PelbagaiInterpersonal, Intrapersonal, Verbal-linguistik, soft skill.Pengetahuan Sedia AdaMurid sudah mengetahui tentang peribahasa yang dipelajari di dalam kelas.Bahan Bantu Mengajar :Komputer, sambungan Internet, Kamus Peribahasa Melayu dan buku teks.Refleksi : 4. Pelajar mencari 50 Peribahasa Melayu. 5. Pelajar dapat mengetahui maksud peribahasa serta mampu membina ayat berdasarkan peribahasa yang dinyatakan. 6. Diharapkan pelajar dapat memperoleh sesuatu yang baru untuk meningkatkan pengetahuan mereka. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAEDAH PENGAJARAN LANGKAH ISI PENGAJARAN & CATATAN PEMBELAJARAN Set induksi Gambaran 4. Guru menerangkan 4. Teknik mengimbas (10 minit) mengenai tajuk maksud peribahasa kembali . pengajaran iaitu melayu. 5. Menghubungkaitkan projek menguji 5. Guru menyenaraikan 6. Mendengar aktif kefahaman jenis-jenis peribahasa pelajar terhadap melayu. peribahasa 6. Guru menerangkan Melayu. tajuk tugasan secara terperinci. Langkah 1 Membahagikan 4. Pelajar dibahagikan 3. Mendengar aktif (10 minit) pelajar kepada kepada 4 kumpulan beberapa 5. Melantik ketua 70
    • kumpulan kumpulan 6. Setiap kumpulan diberikan tajuk yang berbeza. Kumpulan 1 peribahasa tentang Ayam Kumpulan 2 Peribahasa tentang Hati Kumpulan 3 Peribahasa tentang Kaki Kumpulan 4 Peribahasa tentang AnakLangkah 2 Latihan 3. Guru mengedarkan 3. Menguji kefahaman (5 minit) pemahaman soalan pemahaman pelajar secara kepada setiap berkumpulan. kumpulan. 4. Ujian kefahaman 4. Jawap 20 soalan dilakukan sebelum dalam tempoh masa memulakan projek. yang ditetapkan.Langkah 3 Sesi 7. Guru meminta pelajar 7. Menghubungkaitkan(20minit) perbincangan duduk secara 8. Menjana idea berkumpulan. 9. Berbincang, inkueri 8. Setiap kumpulan perlu penemuan mencari 50 peribahasa 10. Penggunaan internet, Melayu beserta makna notebook, Kamus dan contoh ayat peribahasa. berdasarkan jenis 11. Interpersonal peribahasa yang 12. Keberanian mereka pilih. berhadapan dengan 9. Setiap kumpulan orang ramai. diberi kebebasan memilih alat bantu mengajar. 10. Ketua kumpulan mengagihkan tugasan kepada ahli-ahli. 11. Setiap ahli mencari 10 71
    • peribahasa yang berlainan. 12. Ahli kumpulan akan menggabungkan hasil dapatan mereka.Langkah 4 Pembentangan, 6. Setiap kumpulan akan(15 minit) penyelarasan dan membentangkan hasil pemurnian di hadapan kelas. projek 7. Guru akan menyemak jawapan pelajar. 8. Guru membetulkan ayat murid yang salah. 9. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan. 10. Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari.Langkah 4 Pembentangan, 11. Setiap kumpulan akan(15 minit) penyelarasan dan membentangkan hasil pemurnian di hadapan kelas. projek 12. Guru akan menyemak jawapan pelajar. 13. Guru membetulkan ayat murid yang salah. 14. Guru akan menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan. 72
    • 15. Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari.Penutup Penangguhan 2. Projek akan(5 minit) pelaksanaan bersambung pada minggu hadapan projek 73