Teknik bercerita
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Teknik bercerita

on

  • 11,095 views

 

Statistics

Views

Total Views
11,095
Views on SlideShare
11,095
Embed Views
0

Actions

Likes
10
Downloads
577
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • useful for assigment
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Teknik bercerita Teknik bercerita Document Transcript

  • 1 1.0 PENDAHULUAN Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan dan maklum balas. Ia bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran dicapai melalui proses pengajaran yang dirancang dilaksanakan. Kelancaran sesuatu pengajaran ini bergantung kepada kaedah dan teknik yang digunakan. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.Kaedah adalah satu prosedur yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah itu tidak boleh bercanggah dengan pendekatan. Kaedah ini bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah- langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. (Mangantar Simanjuktak,1982:72). Kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Setiap pendekatan itu harus mencerminkan satu pandangan tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta dimanakah ia
  • 2 disimpan. Pada masa yang sama juga, pendekatan harus menggambarkan satu teori bahasa atau satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Misalnya, Gesalt menerangkan bahawa kita mempelajari situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen situasi itu. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Teknik juga adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu pelajaran tertentu. Edward M. Anthony (1963) member tafsiran : „A technique is implementional-that which actually takes place in a classroom. It is a particular trick, stratagem, or contrivance used to accomplish an immediate objective.‟ Berdasarkan pernyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada masa sebelum sesuatu perlakuan itu dijalankan oleh individu. Sebagai kesimpulan, sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.
  • 3 2.0 KAEDAH BERCERITA Kamus dewan mendefinisikan cerita adalah jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan pencerita sahaja. Bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Teknik ini bukanlah sesuatu yang baru, ia sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Suatu ketika dahulu, teknik bercerita ini merupakan teknik yang dominan dalam menyampaikan warisan budaya daripada suatu generasi ke generasi yang seterusnya. Lazimnya, murid-murid suka mendengar cerita yang menarik. Cerita yang disampaikan dengan baik membolehkan murid-murid menguasai kemahiran bercerita bagi menambahkan keberkesanan pengajarannya semasa menggunakan teknik bercerita di dalam bilik darjah. Murid-murid akan cepat menumpukan perhatian sekiranya sesuatu pelajaran itu disampaikan dalam keadaan yang dapat menyentuh dan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri. Teknik bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak (Trencher,1991:86). Hal ini kerana murid-murid dapat mencipta „dunia‟ dan membina organisasi acara, pengalaman dan fakta mereka sendiri. Selain itu, cerita-cerita yang menarik dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai minat dalam kalangan murid-murid bercerita kembali kepada guru mereka. Guru boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita di dalam kelas. Antaranya ialah secara lisan, atau murid mendengar pita rakaman, atau menonton sambil mendengar cerita dengan menggunakan boneka. Cerita yang baik perlu mengambil kira semua aspek imaginasi dan kreativiti di samping menggunakan plot yang baik dan mengandungi mesej yang menarik supaya diselesaikan.
  • 4 3.0 TUJUAN BERCERITA Teknik bercerita ini sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi murid-murid di sekolah rendah. Teknik bercerita ini biasanya menekankan konten atau isi. Oleh kerana itu selepas bercerita guru perlu mengemukakan soalan –soalan pemahaman dan galakkan murid mengeluarkan idea dan membuat tafsiran sendiri. Antara kepentingan bercerita adalah dapat memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat melibatkan murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh bercerita, murid-murid mendengar pita rakamanatau menonton sambil mendengar cerita. Proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah untuk menarik minat murid terhadap sesuatu tajuk yang ingin diajar. Tayangan video atau rakaman audio dapat memberikan kelainan kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan pancaindera secara maksimum menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Dengan wujudnya tayangan video yang melibatkan visual serta audio yang menarik dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Misalnya, guru menayangkan tayangan video berkenaan dengan berhati-hati di jalan raya. Murid-murid akan menonton video yang mempunyai visual serta kesan bunyi yang menarik. Murid-murid akan lebih mudah untuk memahami tajuk berkenaan kerana wujud penggunaan deria yang maksimum. Selain itu, dapat melatih murid menguasai kemahiran mendengar. Semasa aktiviti bercerita dijalankan, kemaiharan mendengar adalah amat dititikberatkan. Guru akan bercerita atau memberikan penerangan kepada kelas. Murid akan mendengar dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Murid-murid akan mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru. Guru akan mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid. pada waktu ini, guru dapat menilai kemahiran mendengar murid-muridnya semasa proses bercerita sedang dijalankan. Murid yang dapat mendengar dengan baik akan
  • 5 dapat mengenalpasti setiap isi penting yang semasa sesi bercerita sedang dijalankan dan dapat menjawab setiap soalan yang diketengahkan dengan baik. Di samping itu, dapat memupuk nilai murni yang terkandung di dalam cerita. Teknik bercerita ini biasanya melibatkan penceritaan berkenaan dengan cerita-cerita teladan. Cerita-cerita teladan ini mempunyai nilai-nilai murni yang perlu dicontohi di dalam membentuk sahsiah yang tinggi di dalam diri seseorang murid itu. Misalnya, guru menceritakan cerita rakyat iaitu Sang Semut dan Sang Belalang. Di dalam cerita ini, terdapat pelbagai nilai murni yang boleh dicontohi iaitu rajin, tolong-menolong dan sebagainya. Terdapat juga pengajaran yang dapat dijadikan tauladan di dalam hidup seperti janganlah sombong, sediakan payung sebelum hujan dan sebainya. Melalui penceritaan ini, murid-murid terdedah dengan nilai murni yang sebelum ini mungkin kurang diketengahkan kepada mereka. Mereka dapat memahami serta mengaplikasi nilai-nilai murni yang terdapat di dalam cerita tersebut. Seterusnya, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira. Proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisi banyak melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Dengan menggunakan teknik bercerita ini, murid-murid dapat menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyampaikan cerita. Jalan cerita berkenaan dengan cerita tersebut boleh menggambarkan kreativiti murid berkenaan. Melalui proses penceritaan ini, guru dapat mewujudkan pembelajaran secara koperatif di dalam proses pembelajaran. Murid-murid dapat menetukan gaya pembelajaran yang diingini oleh mereka. Proses penceritaan ini merangkumi pelbagai cara dan kaedah. Salah satu cara yang dapat menarik minat murid-murid ialah dengan memberikan satu tajuk kepada murid-murid. misalnya, guru memberikan tajuk „Rumah Saya‟ kepada murid-murid. murid-murid akan berfikir dan cuba untuk menceritakan kepada kelas berkenaan dengan apa sahaja tentang rumah mereka. Mereka secara tidak langsung dapat menyampaikan cerita dengan cara mereka yang tersendiri. Murid-murid akan teruja mendengar cerita yang disampaikan oleh rakan-rakan mereka. Teknik ini adalah lebih berkesan jika
  • 6 dibandingkan guru sahaja yang bercerita iaitu melakukan penerangan kepada kelas. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih berinisiatif serta proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan tersusun. Selain itu, dapat melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau secara menulis. Proses bercerita merupakan salah satu aktiviti yang melibatkan proses penyampaian idea atau ilmu pengetahuan secara lisan. Melalui poses penceritaan ini, murid-murid akan dilatih untuk berfikir mendapat idea berkenaan dengan sesuatu topik yang diberikan oleh guru. Guru akan memberikan tajuk yang tertentu kepada murid. berdasarkan tajuk berkenaan, murid dikehendaki untuk melakukan sesi bercerita. Guru akan membimbing murid-murid. Guru memberikan masa kepada murid-murid untuk berfikir berkenaan dengan tajuk yang diberikan. Murid-murid akan belajar untuk mewujudkan satu plot atau jalan cerita. Idea yang difkirkan oleh mereka akan dipindahkan kedalam cerita yang diberikan. Sesi bercerita ini boleh dilakukan dengan perancangan yang rapi atau spontan. Jika dengan menggunakan kaedah bercerita dengan melakukan penyediaan yang rapi terlebih dahulu, murid-murid akan belajar untuk menyusun idea-idea di dalam bentuk penulisan terlebih dahulu sebelum melakukan sesi bercerita. Manakala jika proses penceritaan dilakukan secara spontan, murid-murid akan dilatih untuk menyusun idea-idea dengan teratur secara lisan. Di samping itu, dapat melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita serta dalam aktiviti susulan. Proses bercerita ini merupakan salah satu aktiviti yang berpusatkan murid. Murid akan bertindak secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Murid-murid akan berusaha untuk mempersembahkan cerita yang menarik mengikut perspektif masing-masing. Guru akan melakukan pemantauan dan memberikan bimbingan serta nasihat kepada murid-murid supaya mereka mendapat panduan untuk melakukan aktiviti yang dirancangkan. Seterusnya, murid akan dapat melakukan aktiviti susulan secara aktif selepas melakukan sesi
  • 7 bercerita. Misalnya, guru memberikan tajuk kepada murid-murid. murid-murid akan bertindak secara aktif semasa sesi bercerita dilakukan. Selepas sesi bercerita tersebut, wujud aktiviti susulan iaitu sesi soal jawab dengan mruid- murid. Murid-murid akan bertindak secara aktif dengan mengajukan soalan yang pelbagai berdasarkan sesi bercerita yang telah dijalankan. Seterusnya, dapat memperkayakan pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka. Murid-murid di sekolah rendah telah mempunyai pelbagai pengetahuan asas yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Pengalaman yang diperolehi daripada kehidupan mereka dapat diperkayakan lagi dengan aktiviti bercerita. Pengalaman sedia ada mereka adalah berdasarkan daripada kehidupan seharian mereka. pengalaman sedia ada murid di sekolah bandar adalah berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman sedia ada murid di sekolah luar bandar. Melalui aktiviti bercerita ini, murid-murid akan bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. misalnya, murid-murid yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan akan bercerita berkenaan dengan pantai dan hidupan laut. Mereka akan mengingat kembali segala pengalaman yang telah diperolehi oleh mereka berdasarkan kehidupan seharian mereka. Selepas mereka mengingat kembali segala pengalaman yang telah dilalui oleh mereka, mereka akan memulakan sesi bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Murid-murid dapat mengingat kembali dan menyampaikannya kepada kelas. Murid-murid telah memahami secara mendalam cerita yang ingin disampaikan. Hal ini akan memperkukuhkan lagi pengetahuan sedia ada mereka. Selain itu, dapat menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis karangan. Sesi bercerita ini adalah amat meluas. Tajuk yang dipilih untuk sesi bercerita ini adalah bebas. Guru-guru boleh memberikan satu situasi kepada murid-murid. Situasi-situasi yang diberikan adalah seperti pertolongan cemas, lawatan ke bandar bersejarah Melaka dan sebagainya. Mereka menceritakan segala pengalaman yang telah dilalui oleh mereka. cerita yang disampaikan adalah berbeza-beza mengikut pandangan atau penglaman masing-masing.
  • 8 Sesi bercerita ini dapat mewujudkan aktiviti perkongsian pangalaman atau maklumat dengan rakan-rakan sekelas. Perkongsian maklumat atau pengetahuan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada murid-murid. Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi ini adalah amat berfaedah untuk digunakan di dalam penulisan karangan. Semasa penulisan karangan, murid- murid akan mendapat pelbagai idea yang mendorong mereka menghasilkan sebuah karangan yang menarik dan baik.
  • 9 4.0 PRINSIP-PRINSIP KAEDAH BERCERITA Teknik bercerita ini mempunyai beberapa prinsip. Prinsip-prinsip ini dijadikan sebagai tunjang utama di dalam menjalankan sesi bercerita. Guru harus mematuhi dan memahami prinsip-prinsip di dalam teknik bercerita. Jika guru mematuhi prinsip-prinsip ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik bercerita ini dapat berjalan dengan lancar. Antara prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru-guru semasa menjalankan menggunakan teknik bercerita ini ialah guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. Pemilihan cerita ini adalah penting untuk menarik minat murid-murid terhadap tajuk yang ingin diajar pada hari berkenaan. Cerita yang dipilih harus menepati peredaran masa iaitu bersesuai dengan citarasa murid- murid. Cerita yang sesuai dengan peredaran masa akan menyebabkan murid- murid seronok untuk belajar tajuk berkenaan. Selain itu, sebelum sesi bercerita, guru perlu menghafaz isi-isi penting yang terkandung dalam cerita tersebut. Guru perlu menghafaz isi-isi penting untuk mengelakkan sesi bercerita menjadi bosan. Guru perlu memahami jalan cerita dan mengenalpasti setiap watak-watak yang terdapat di dalam cerita tersebut. Hal ini dapat mengelakkan daripada guru melakukan rujukan semasa melakukan penceritaan. Sesi bercerita adalah melibatkan penyampaian isi-isi penting sahaja. Hal ini akan memudahkan pemahaman murid-murid terhadap cerita yang disampaikan oleh guru. Di samping itu, alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan,kad-kad gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga perlu disediakan. Alat bantu mengajar ini adalah amat penting untuk menarik minat murid-murid. sesi bercerita akan menjadi lebih menarik dengan menggunakan alat bantu mengajar. Guru perlu menarik minat murid- murid terlebih dahulu sebelum menyampaikan intipati atau isi pelajaran yang
  • 10 ingin disampaikan pada proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu berkenaan. Seterusnya, sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita. Murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian semasa sesi bercerita dijalankannya. Hal ini adalah penting kerana murid-murid perlu memahami cerita yang disampaikan supaya murid-murid dapat menjalankan aktiviti yang seterusnya dengan lancar. Selain itu, guru perlu melakukan pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan untuk melibatkan murid di dalam cerita yang disampaikan. Pandangan mata atau interaksi ini adalah penting. Dengan melakukan cara ini akan mewujudkan interaksi antara guru dan murid. Di samping itu, pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi rangsangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak-watak dan suasana cerita itu. Seterusnya, semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita yang selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi juga dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka. Pada masa yang sama, pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami oleh murid. Tujuan bercerita ialah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan-perkataan yang sukar.Selain itu, isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semula jadi. Aktiviti berlakon guru perlu dielakkan. Guru menyampaikan isi cerita secara spontan dan murid-murid akan mendengar segala penerangan guru. Akhir sekali, selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita itu. Guru juga boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid- murid untuk menjalankan aktiviti lakonan.
  • 11 Guru harus memilih cerita yang sesuai Guru menghafaz isi- isi penting Menyediakan Alat Bantu Mengajar Murid bersedia untuk sesi bercerita Guru memandang murid-murid, suara guru jelas dan berintonasi Guru mengemukakan soalan kepada murid-murid Soal jawab tentang tema dan nilai moral
  • 12 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN TEKNIK BERCERITA Perancangan dan persediaan • Guru memilih cerita yang sesuai • Guru menghafaz dan bercerita secara sendiri, sekurang-kurangnya sekali • Penyediaan alat bantu mengajar Sesi bercerita • Set induksi • Soal jawab Penutup • Memperkukuhkan nilai
  • 13 Sebelum bercerita Pilih cerita yang sesuai dengan topik pelajaran Guru perlu menguasai bahagian-bahagian penting secara berulang-ulang Sedia alat bantu mengajar Susun tempat duduk murid
  • 14 Semasa bercerita Gunakan nada suara dan gaya yang sesuai agar suasana suatu peristiwa dapat dirasakan Pastikan setiap murid memberikan perhatian Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita yang disampaikan Gunakan set induksi yang menarik ketika mula bercerita
  • 15 Selepas bercerita Uji kefahaman murid secara lisan atau tulisan tentang cerita yang disampaikan Mengadakan perbincangan
  • 16 Aktiviti bercerita biasanya mengandungi tiga peringkat yang utama iaitu perancangan dan persediaan, sesi bercerita dan penutup. Dalam peringkat perancangan dan persediaan, guru memilih cerita yang sesuai, menghafaz isi pentingnya dan menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan. Semasa sesi bercerita, guru memulakannya dengan memperkenalkan tajuk cerita, kemudian menggunakan teknik bercerita dan menyampaikan isi kandungannya dengan suara yang menarik. Peringkat penutup digunakan untuk aktiviti susulan, misalnya perbincangan tema cerita dan moral yang terkandung dalam cerita itu. Di dalam peringkat pertama, guru memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema cerita harus mempunyai nilai moral yang murni. Isi cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid. panjang pendek cerita hendaklah sepadan dengan peruntukan masa bercerita. Selepas cerita dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri, sekurang- kurangnya sekali. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng yang perlu digunakan untuk murid- murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid selepas sesi bercerita. Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alatan-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu. Langkah perlaksanaan perancangan bercerita ini hendaklah dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka mengikut tahap perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup.
  • 17 Penutup dilakukan didalam teknik bercerita ini. Tujuan penutup sesi bercerita ialah membantu murid-murid memperkukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu. Terdapat palbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi penutup bercerita ini. Diantaranya ialah menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan, menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri, berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita, membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan dan menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telah didengar.
  • 18 6.0 CARA PENYAMPAIAN CERITA menggunakan boneka • Guru sebagai pencerita, pada masa yang sama akan menggerakkan boneka untuk mewakili watak-watak dalam cerita • Guru menggerakkan lakonkan boneka-boneka manakala cerita disampaikan melalui rakaman tanpa menggunakan boneka • Menggunakan alat bantu mengajar • menegmukakan cerita dengan cara permulaan yang baik bercerita terus dari buku • Menggunakan buka yang mengandungi cerita- cerita dengan gambar berwarna-warni dan besar • Duduk dekat murid sambil memegang buku dan cerita
  • 19 7.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KAEDAH BERCERITA KELEBIHAN BERCERITA Guru mudah menguasai kelas Meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur Guru dapat meningkatkan tumpuan murid dalam waktu yang terhad Memperkenalkan kosa kata baru Meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu pengajaran Mengenali keunikan individu Memperkenalkan panduan dan pedoman hidup Menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan
  • 20 KELEMAHAN BERCERITA Kemahiran menulis kurang dititikberatkan Murid-murid cenderung untuk menghafal intipati cerita tetapi kurang memahami Kelas berada di bawah kawalan guru sepenuhnya Penyampaian objektif pelajaran kurang jelas
  • 21 8.0 IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Teknik bercerita ini memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Teknik bercerita digunakan untuk menyampaikan pelajaran. Salah satu implikasi teknik bercerita ini adalah guru dapat menyampaikan menarik minat murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Hal ini kerana guru menceritakan kepada murid-murid berkenaan dengan sesuatu situasi sebelum menyampaikan isi pelajaran kepada kelas. Proses penceritaan ini dapat menarik minat murid-murid kerana cerita yang diketengahkan adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka iaitu secara kontekstual. Mereka akan lebih mudah untuk memahami sesuatu situasi atau cerita yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Perkaitan akan dapat dilakukan oleh mereka. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Alat bantu mengajar digunakan semasa sesi bercerita dijalankan. Misalnya, guru menggunakan kad-kad gambar, topeng dan boneka semasa bercerita. Guru bercerita dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Misalnya, guru ingin mengajar berkenaan jenis-jenis rumah di Malaysia, guru menunjukkan kad-kad gambar yang menunjukkan gambar-gambar rumah yang terdapat di Malaysia. Kad-kad gambar ini akan menjadikan peneragan guru menjadi lebih jelas. Apabila wujud contoh konkrit diberikan, maka murid-murid akan lebih mudah untuk memahami isi pelajaran tersebut. Guru boleh bercerita sambil menunjukkan model rumah. Model rumah tersebut boleh dijadikan contoh sebagai salah satu model rumah yang terdapat di Malaysia. Proses bercerita akan lebih berkesan dengan adanya alat bantu mengajar yang menarik dan pelbagai ini. Di samping itu, keadaan kelas adalah terkawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan menggunakan teknik bercerita ini, guru akan memastikan murid-murid supaya memberikan tumpuan sepenuhnya
  • 22 semasa sesi ercerita dijalankan. Hal ini kerana murid-murid perlu fokus semasa sesi bercerita dijalankan untuk mengenalpasti segala isi penting yang terdapat di dalam cerita berkenaan. Apabila sema murid memberikan tumpuan yang sepenuhnya, keadaan kelas akan menjadi terkawal iaitu tiada murid yang bising sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kawalan kelas ini adalah sangat penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini jelas menunjukkan dengan menggunakan teknik bercerita ini, murid-murid kurang membuat bising di dalam kelas tetapi sebaliknya cuba untuk memberikan sepenuh penumpuan supaya dapat memahami cerita yang disampaikan. Seterusnya, Bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih kemahiran mendengar dan bertutur secarayang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana sewaktu bercerita, kanak-kanak atau guru juga tidak terikat dengan nada dan intonasi perbualan yang biasa. Setiap patah perkataan perlu diucapkan bersesuaian dengan cerita. Contohnya, sekiranya terdapat kisah harimau dalam cerita itu, guru boleh memberi perhatian yang lebih sewaktu menyebut „harimau meNGAUM‟ bagi memberi kesungguhan bahawa harimau mengaum itu suatu perbuatan yang dapat menunjukkan kegagahan. Guru tidak perlu untuk membunyikan „ngauman‟ itu, cukup kalau memberi penekanan dalam sebutannya. Hal ini dapat mengelakkan jikaguru tidak dapat mengaum dengan suara yang kuat dan dalam. Di samping itu, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan seperti taat kepada ibu bapa, mendengar nasihat adik-beradik, berkongsi kemudahan dalam kelas atau di rumah, dan pelbagai lagi bergantung kepada kreativiti guru. Penerapan nilai ini dapat dilakukan semasa guru bercerita. Di dalam cerita berkenaan, guru boleh menyelitkan nilai-nilai murni. Secara tidak langsung, murid-murid akan terdedah dengan nilai-nilai murni yang tersebut.
  • 23 9.0 APLIKASI DALAM BILIK DARJAH 9.1Pengajaran Mikro Pengajaran mikro merupakan satu komponen penting untuk melatih guru beberapa kemahiran mengajar. Pengalaman di dalam pengajaran mikro ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Fokus kepada kemahiran pengajaran khusus yang telah dikenal pasti. Maklum balas dimantapkan dengan penggunaan video dan borang penyeliaan bagi setiap kemahiran. Komponen pengajaran mikro adalah bertujuan membentuk dan meningkatkan kompetensi dasar mengajar terbatas dan mengajar terpadu serta utuh. Pengajaran mikro ini dikecilkan dalam tiga kaedah iaitu Saiz kelas, Jangka masa pengajaran dan Kesukaran tugasan. Saiz kelas adalah antara 6 hingga 10 orang sahaja. Jangka masa pengajaran adalah 5 hingga 10 minit. Kesukaran tugasan adalah berfokus pada satu kemahiran bagi satu-satu masa sahaja. “… alasan untuk menyokong teknik ini ialah teknik ini membolehkan guru memajukan himpunan kemahiran profesional dalam suasana pengajaran yang keondusif, jauh daripada hiruk-pikuk suasana biasa, dan ini terutama kepada guru pelatih yang baru mula, suasana yang agak selamat amat penting untuk pembelajaran yang berkesan. ..” Wragg, E.C. “Teaching Teaching (David dan Charles, 1974)
  • 24 9.2Komponen pengajaran mikro penyoalan Kemahiran penyoalan merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks. Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi murid- murid akan meningkat dan suasana pengajaran pembelajaran bertambah aktif dan lebih membrangsangkan. Komponen-komponen kemahiran dalam penyoalan asas adalah terdiri daripada lapan faktor utama. Salah satu faktornya adalah pembentukan soalan. Guru perlu berusaha membentuk soalan yang ringkas, tepat dan jelas serta mudah difahami oleh murid-murid. seterusnya, soalan yang dibentuk perlu berfokus. Misalnya, berikan jenis iklim yang terdapat di Malaysia. Soalan juga boleh bertumpu lebih dari satu idea. Misalnya, berikan jenis iklim yang terdapat di Malaysia dan nyatakan dua ciri utamanya. Selain itu, alih hala soalan. Setelah guru mendapat satu jawapan daripada seorang murid, dia mengalih hala soalan yang sama kepada seluruh kelas. Seterusnya, sebaran. Guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas. Di samping itu, hentian. Setelah mengemukakan soalan, guru akan berhenti seketika untuk memberikan peluang kepada murid-murid memikirkan jawapan. Seterusnya, melayani jawapan murid. setiap jawapan yang diberikan perlu dilayani dengan baik . Sekiranya jawapan yang diberikan itu kurang tepat , guru perlu cuba memperbaikinya dan jangalah diketepikan sahaja. Kalaulah jawapan tersebut salah, guru tersebut perlu memberitahu murid dengan jelas. Selain itu, membantu dengan memberi petunjuk. Sekiranya didapati murid-murid tidak langsung dapat memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan guru, guru boleh membantu murid-murid memikirkan jawapan dengan cara member petua-petua tanda saran (cues). Akhir sekali, mencungkil. Komponen kemahiran ini digunakan apabila guru terus menyoal murid- muridnya sehingga satu jawapan yang lebih baik diperolehi.