SSK 5003’ SEM 4.                         CADANGAN PENYELIDIKANKECERDASAN EMOSI DAN RAKAN SEBAYA SERTA HUBUNGANNYA DENGANTI...
SSK 5003’ SEM 4.     Menurut Golemen (1995) juga, tahap kecerdasan emosi seseorang individu     adalah merupakan faktor ut...
SSK 5003’ SEM 4.     Tingkahlaku dan kegelisahan pelajar dapat dilihat berdasarkan ekspresi wajah,     tingkah laku ataupu...
SSK 5003’ SEM 4.      kekeluargaan, kewangan, pembelajaran, tempat tinggal, tahap kecerdasan      emosi yang terlalu renda...
SSK 5003’ SEM 4.     Di Kota Tinggi seorang guru di sebuah sekolah dibelasah dengan topi keledar     oleh dua orang pelaja...
SSK 5003’ SEM 4.     Berdasarkan pemasalahan di atas faktor kecerdasan emosi dan pengaruh rakan     sebaya dilihat sebagai...
SSK 5003’ SEM 4.           kalangan pelajar?     1.3.3 Adakah tahap kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya berkatian  ...
SSK 5003’ SEM 4.      jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.      Maklumat dari kajian...
SSK 5003’ SEM 4.           1.6.1.1 Emosi                    Menurut Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004), emosi berasal daripada ...
SSK 5003’ SEM 4.                   Sir Francis Galton. Galton menyakini bahawa kebolehan intelek                   seseora...
SSK 5003’ SEM 4.                   Dengan mempunyai            kecerdasan emosi, seseorang dapat                   mengawa...
SSK 5003’ SEM 4.                   (iv) Memahami emosi orang lain (Recognizing emotions in others)                   (v) M...
SSK 5003’ SEM 4.                     individu yang berjaya mengurus emosi diri akan cepat bebas                     daripa...
SSK 5003’ SEM 4.                   v) Mengendalikan perhubungan (Handing R elationships)                     Mengendalikan...
SSK 5003’ SEM 4.                   sendiri     untuk    mengetahui       dan       menilai     keadaan      diri,         ...
SSK 5003’ SEM 4.                    menampung banyak sifat-sifat yang membuat kita menjadi lebih                          ...
SSK 5003’ SEM 4.                     telah      berhenti   sekolah.       Golongan     ini    biasanya    suka            ...
SSK 5003’ SEM 4.                   lain-lain lagi (Hairunnaja Najmudin,2003).                   Menurut William (1994) tin...
SSK 5003’ SEM 4.                   manakala delinkuen pula menumpukan sesuatu had umur yang                   lebih menump...
SSK 5003’ SEM 4.                   yang berkesan dan mengenal emosi orang lain.                   Soalan soal selidik dari...
SSK 5003’ SEM 4.                        rakan sebaya terdapat 10 item soalan yang menjurus kepada                        p...
SSK 5003’ SEM 4.         adalah pembolehubah Terikat. Kecerdasan Emosi dan Rakan Sebaya di         jangka akan mempengaruh...
SSK 5003’ SEM 4.                                                                     TINGKAHLAK                           ...
SSK 5003’ SEM 4.     Ho 7: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya           dengan tingkahla...
SSK 5003’ SEM 4.          sebaya dan tahap tingkahlaku delinkuen pelajar. Ini adalah kerana          berdasarkan kajian le...
SSK 5003’ SEM 4.      terjebak dengan salahlaku diluar yang merosakkan masa depan mereka sendiri.      Seiring dengan itu ...
SSK 5003’ SEM 4.           bahawa tingkah laku delinkuen dan antisosial dapat dikaji berdasarkan dua           aspek :    ...
SSK 5003’ SEM 4.              Amerika, William (1949) telah mengemukakan suatu teori biologi.              Beliau telah me...
SSK 5003’ SEM 4.     2.1.2 Teori Psikologi             Teori Psikologi menyatakan bahawa tingkah laku delinkuen merupakan ...
SSK 5003’ SEM 4.     2.1.3 Teori Sosiologi             Ahli sosiologi mengkaji aspek tingkah laku delinkuen daripada persp...
SSK 5003’ SEM 4.             masyarakat. Misalnya semua orang inginkan kekayaan tetapi             persoalannya cara untuk...
SSK 5003’ SEM 4.                 Berdasar kacamata teori tingkahlaku delinkuen adalah dipengaruhi oleh                 bak...
SSK 5003’ SEM 4.     Norhayati Ahmad Zakaria (2003)         telah membuat satu kajian mengenai     Kecerdasan Emosi dan Hu...
SSK 5003’ SEM 4.     Melalui program seperti ini, para pelajar akan dapat meningkatkan kestabilan     emosi disamping mema...
SSK 5003’ SEM 4.     di KUKUM. Manakala factor demografi didapati tidak mempunyai sebarang     perbezaan bagi kecerdasan e...
SSK 5003’ SEM 4.     Menurut kajian Prof. Robert Priest, (1983) sekitar tahun 1960-an gejala     kebimbangan dan kemurunga...
SSK 5003’ SEM 4.      pengajian atau tempat asal.      Kajian Suradi Salim (1985) terhadap pelajar Malaysia di salah sebua...
SSK 5003’ SEM 4.     kewangan, pembelajaran, tempat tinggal, tahap kecerdasan emosi yang terlalu     rendah dan lain-lain ...
SSK 5003’ SEM 4.                                       BAB 3                               METODOLOGI KAJIAN  3.0 Metodolo...
SSK 5003’ SEM 4.      Di dalam kajian ini tiga pembolehubah bebas iaitu kecerdasan emosi , pengaruh      rakan sebaya dan ...
SSK 5003’ SEM 4.             tujuan kajian ini. Berdasarkan    jadual Penentuan Saiz Sampel yang             dikemukakan o...
SSK 5003’ SEM 4.     mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi responden, pengaruh rakan     sebaya responden dan         ...
SSK 5003’ SEM 4.      mengenai tatacara menjawab soal selidik yang akan diberikan dengan penuh      tanggungjawab dan juju...
SSK 5003’ SEM 4.           berkaitan dengan pembolehubah-pembolehubah yang dikaji (kecerdasan           emosi, pengaruh ra...
SSK 5003’ SEM 4.Rumusan:     Bab ini telah dibincangkan mengenai sub topik dengan jelas. Perkara penting     dalam setiap ...
SSK 5003’ SEM 4.RUJUKAN     Ab Alim Abdul Rahim, (1994). Pengantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur:           Dewan Bahasa...
SSK 5003’ SEM 4.     Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004). EQ Panduan Meningkatkan Kecerdasan           Emosi.(Siri Pembangunan d...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

cadangan-penyelidikan

7,926 views
7,851 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,926
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
226
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

cadangan-penyelidikan

  1. 1. SSK 5003’ SEM 4. CADANGAN PENYELIDIKANKECERDASAN EMOSI DAN RAKAN SEBAYA SERTA HUBUNGANNYA DENGANTINGKAHLAKU DELINKUEN PELAJAR. BAB 1 PENGENALAN1.1 Pendahuluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyebut ” Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Menurut Mohd. Azhar Abdul Hamid ( 2004),” Manusia yang pintar dan bijaksana pada dekat ini bukan sahaja memiliki IQ yang tinggi malah EQ juga tinggi. Tanggapan ke atas kepintaran kognitif sebagai lambang kepintaran dan kebijaksanaan seseorang sudah dianggap sebagai kurang relevan khususnya pada zaman komunikasi maklumat ini.” 1
  2. 2. SSK 5003’ SEM 4. Menurut Golemen (1995) juga, tahap kecerdasan emosi seseorang individu adalah merupakan faktor utama kepada penentuan kejayaan seseorang individu, terutamanya pelajar. Dalam bukunya, Emotional Intelligence, Golemen (1995) berpendapat bahawa kecemerlangan seseorang individu adalah bergantung kepada 20% daripada kecerdasan intelek dan 80% lagi adalah bergantung kepada pengurusan emosi secara berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap “pengurusan emosi” yang baik adalah faktor yang amat dititkberatkan dalam kehidupan seseorang individu yang berjaya (Zainuddin, 2000). Emosi yang tidak stabil akhirnya akan menjadikan manusia itu gelisah, tertekan, lalu tidak dapat berfikir dan bertindak secara rasional. Ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat memberi tumpuan dan tidak boleh melakukan kerja dengan baik, sukar tidur, kurang selera makan sehingga menjejaskan produktiviti individu itu sendiri, institusi atau tempat bekerja dan seterusnya produk negara. Kadangkala seseorang individu itu boleh melakukan kesilapan dalam usaha menghilangkan kegelisahan jiwa atau kesedihan emosinya dengan bertindak di luar batasan seperti melepak, lari dari rumah, keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, pengabaian orang tua, bermusuhan antara satu sama lain, bergaduh, membunuh diri atau membunuh orang lain, mengambil dadah, memperkosa dan terlibat dengan pelbagai lagi gejala salah laku. 2
  3. 3. SSK 5003’ SEM 4. Tingkahlaku dan kegelisahan pelajar dapat dilihat berdasarkan ekspresi wajah, tingkah laku ataupun kecenderungan gaya berfikir. Walau bagaimanapun orang yang mengalami kegelisahan pada kebiasaannya masih lagi mampu meneruskan hidupnya hanya yang membezakannya dengan orang lain adalah penderitaannya yang tidak mampu hidup bergembira, riang, yakin, bersemangat dan bahagia. Persoalannya di sini, adakah pelajar-pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah turut dikaitkan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai tahap IQ yang rendah dan terlibat dengan tingkahlaku delinkuen?. Ini mungkin kerana mereka mempunyai kurang daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, sentiasa berfikiran negatif, sukar menjalinkan persahabatan dengan orang lain dan juga terdorong untuk melakukan kegiatan jenayah yang kian berleluasa di negara ini. Sebagai bukti yang nyata, terpampang jelas didada-dada akhbar, yang menunjukkan semakin ramai pelajar yang bertindak secara berani dengan melakukan rompakan, perkosaan, dan pergaduhan semata-mata ingin memberontak dan melepaskan perasaan amarah dan dendam serta menunjukkan pergolakan emosi yang dialami, walhal untuk perkara yang kecil sekalipun. Akibatnya, bukan sahaja prestasi pembelajaran mereka merosot, bahkan turut menjejaskan keselamatan dan keamanan masyarakat sekitar. Salahlaku yang berlaku seperti contoh di atas, mungkin disebabkan mereka terjebak dalam pelbagai penyakit masyarakat seperti pengaruh rakan sebaya, masalah 3
  4. 4. SSK 5003’ SEM 4. kekeluargaan, kewangan, pembelajaran, tempat tinggal, tahap kecerdasan emosi yang terlalu rendah dan lain-lain lagi yang mencetuskan kepada beberapa masalah tertentu, seterusnya menggugat kesempurnaan kehidupan pelajar tersebut. Seiring dengan itu kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmana kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya memainkan peranan dan berhubung dengan tingkahlaku delinkuen pelajar masa kini.1.2 Pemasalahan Kajian Peranan golongan pelajar (remaja) tidak dinafikan kerana mereka merupakan pewaris yang akan menentukan hala tuju masa depan negara. Mereka mempunyai pengaruh besar terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi negara. Merekalah yang akan memegang tampuk pentadbiran, penggerak ekonomi dan pembangun generasi. Namun dalam pada itu kita tidak putus-putus dibebani dengan masalah sosial remaja yang semakin hari semakin meruncing. Masyarakat dikejutkan dengan pelbagai paparan secara terbuka baik di media elektronik, media cetak mahupun di internet. Menurut Dr Shahizan, Tsai Chen Chian (2003), Antara masalah yang dihadapi oleh remaja ialah tingkahlaku devian, delinkuen, penyalahgunaan dadah, bunuh diri, ponteng sekolah, black metal, pink metal, gengsterisme, vandalism dan seks bebas. 4
  5. 5. SSK 5003’ SEM 4. Di Kota Tinggi seorang guru di sebuah sekolah dibelasah dengan topi keledar oleh dua orang pelajar lelaki sehingga beliau terperosok ke dalam longkang di luar kawasan sekolah di Jalan Bukit Seri Lalang yang mengakibatkan kecederaan di belakang kepala dan bengkak tangan kirinya (Mohd Ramzi Sonny dan Ahmad Othman, 2001). Selain itu gengsterisme juga telah menular dalam kalangan pelajar. Antara kes yang berlaku ialah kematian Mohd Zulkarnain Rahim, yang berusia 14 tahun, pelajar tingkatan dua, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin, Johor Bahru. Beliau mati setelah dipukul oleh samseng sekolah. Terdapat juga kes yang dilaporkan di mana seorang pelajar perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah rendah telah membunuh seorang kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan mencederakan seorang yang lain. Dalam kejadian yang lain pula, seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik telah menumbuk gurunya sehingga pengsan. ( Naapie Mat. 1997). Selain daripada itu, Hafizi Jumhari yang berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat telah kehilangan buah pinggang kirinya setelah dibelasah kira-kira 10 orang pelajar. Begitu juga seorang lagi pelajar, Mohamad Al Hafiz Aziz, berusia 17 tahun dari Sekolah Perantis Putra Tentera Darat, Port Dickson Negeri Sembilan yang dibelasah oleh kira-kira 30 orang pelajar sehingga patah tulang rusuk kanan dan cedera paru-parunya (Ahmad Nazri, 2003). 5
  6. 6. SSK 5003’ SEM 4. Berdasarkan pemasalahan di atas faktor kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi tingkahlaku delinkuen seseorang pelajar. Walaupun pencapaian akademik yang cemerlang sering dikaitkan dengan kecerdasan pelajar yang tinggi namun kecerdasan emosi dilihat amat perlu untuk menjadikan sesebuah kehidupan lebih harmoni dan bermakna. Walau bagaimanapun, ahli psikologi telah menyedari akan kepentingan peranan kecerdasan emosi pelajar membawa kepada kemajuan pelajar.terhadap kesempurnaan hidup. Oleh yang demikitan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya menyumbang kepada hubungan tingkah laku delinkuen pelajar. Namun demikian kita maklum bahawa manusia dikurniakan keupayaan kognitif yang sama tetapi penggunaannya tidak sama. persoalannya mengapa sekarang ini pelajar kerap terlibat dengan tingkahlaku tidak sihat yang mengganggu gugat keharmonian hidup mereka. Adakah ketidakpandaian mengurus emosi menyebabkan berlakunya tindakan-tindakan tingkahlaku delenkuen pelajar? Dalam aspek ini, kajian ini ingin mengenalpasti sudut kecerdasan emosi, apakah ia menjadi faktor yang turut menyumbang kepada tahap peningkatan tingkah laku delinkuen pelajar. 1.3 Persoalan Kajian 1.3.1 Apakah terdapat perbezaan faktor kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya dalam kalangan pelajar dari segi demografi? 1.3.2 Apakah tahap kecerdasan emosi dan tahap tingkah laku delinkuen dalam 6
  7. 7. SSK 5003’ SEM 4. kalangan pelajar? 1.3.3 Adakah tahap kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya berkatian dengan tahap delinkuen pelajar? 1.3.4 Apakah hubungan antara faktor kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya dengan delinkuen pelajar? 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk: 1.4. 1 Untuk mengetahui perbezaan antara tahapkecerdasan emosi dan Pengaruh rakan sebaya dalam kalangan pelajar sekolah dari segi demografi. 1.4.2 Untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan tahap tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar. 1.4.3 Untuk mengkaji faktor kecerdasan emosi berkaitan dengan pengaruh rakan sebaya 1.4.5 Untuk mengetahui hubungan antara faktor kecerdasan emosi dan rakan sebaya dengan delinkuen pelajar. 1.5 Signifikan Kajian Sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras segala salahlaku pelajar. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan pelajar yang sempurna dari segi 7
  8. 8. SSK 5003’ SEM 4. jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maklumat dari kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti punca sebenar masalah salahlaku pelajar dan mencadangkan program yang sesuai untuk meningkatkan potensi perkembangan pelajar. Maklumat ini penting bagi guru dan pelajar khusunya untuk mengenal pasti punca sebenar masalah pelajar sehingga mendorong mereka bertingkah laku delinkuen. Membantu guru untuk memahami keadaan pelajar untuk membantu meningkatkan potensi pelajar melalui pemantapan tahap kecerdasan emosi pelajar. Menjadi sumber input kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin sekolah membuat penilaian dan merancang program menangani masalah disiplin secara bersepadu di peringkat sekolah. Memberi maklumat kepada ibu bapa berkenaan dengan keperluan anak-anak supaya semua ahli keluarga dapat menambah baik hubungan sesama ahli. Menggunakan maklumat yang ada untuk memantapkan program pembimbing rakan sebaya sebagai satu sistem sokongan sosial dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah berkaitan dengan program remaja di peringkat negeri dan kebangsaan di masa akan datang. 1.6 Definisi Konsep dan Definisi Operasional Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yang terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajian ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut: 1.6.1 Definisi Konsep 8
  9. 9. SSK 5003’ SEM 4. 1.6.1.1 Emosi Menurut Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004), emosi berasal daripada perkataan Latin emover yang bermaksud bergerak, kegembiraan dan kegusaran. Pada hari ini perkataan emosi digunakan bagi menggambarkan pengalaman subjektif seseorang seperti cinta, marah, suka, resah, tertekan, malu, benci, duka, gembira, tenang dan pelbagai lagi. Perkataan emosi berdasarkan Kamus Bahasa Dewan (1994) mentakrifkan sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain. Selanjutnya Oxford Advanced Learners’ Dictionary (1995) menyatakan emosi sebagai satu perasaan yang kuat dan pelbagai jenis contohnya kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan, ataupun berlakunya gangguan pada perasaan. 1.6.1.2 Kecerdasan: Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Sebenarnya, istilah “kecerdasan” ini mula-mula diperkenalkan oleh 9
  10. 10. SSK 5003’ SEM 4. Sir Francis Galton. Galton menyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Walaupun beliau gagal membina sebuah ujian kecerdasan tetapi beliaulah yang memperkenalkan konsep “kecerdasan”. Pandangan Galton, kecerdasan merupakan faktor umum (g factor) yang memberikan asas kepada kebolehan-kebolehan spesifik yang lain. Dengan kata lain, sekiranya seseorang secara umumnya adalah cerdas, ia juga berkemungkinan besar dapat mengembangkan kebolehan-kebolehan muzik, kesenian dan lain-lain lagi. Pandangan ini disokong oleh Charles Spearman (1950) dan David Wechsler (!955). Pandangan ini mempercayai bahawa seseorang individu dengan kecerdasan yang tinggi, kebolehan dalam bidang-bidang lain, contohnya, menyelesaikan soalan matematik, menganalisis sajak, menghayati muzik dan lain- lain kebolehan juga tinggi.Terdapat banyak kajian telah membuktikan perkaitan positif di antara kecerdasan dengan kebolehan-kebolehan intelektual lain. 1.6.1.3 Kecerdasan Emosi Menurut Daniel Goleman (1996), kecerdasan emosi adalah kebolehan memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang berkesan di dalam kehidupan. 10
  11. 11. SSK 5003’ SEM 4. Dengan mempunyai kecerdasan emosi, seseorang dapat mengawal rasa kecewa, sedih, kecewa dan lain-lain perasaan yang negatif dengan baik. Seterusnya ia juga membolehkan seseorang mengkontrol dorongan (impulses) diri. Sekiranya seseorang menghadapi kesusahan, kecerdasan emosinya dapat membantunya tetap bermotivasi dan optimistik serta menaruh harapan untuk tetap mencapai matlamat yang telah ditentukan. Ia juga berupa empati dan mengetahui bagaimana perasaan orang lain di sekeliling anda. Ia juga berupa kemahiran sosial yang membolehkan seseorang dapat menyesuaikan diri dengan orang lain dan dapat mengurus dengan baik perhubungan interpersonal serta dapat memujuk dan memimpin orang lain. Menurut perkataan Goleman (1995), kecerdasan emosi adalah ”the ability to monitor one’s own and other’s emotions, to discriminate among them, and to use the information to guide one’s thinking and actions.” Kecerdasan emosi diperincikan kepada lima domains (komponen/kebolehan) oleh Salovey seperti yang berikut: (i) Mengetahui emosi sendiri (Self-awareness) (ii) Dapat mengendalikan emosi (Managing Emotions) (iii) Memotivasikan diri (Motivating oneself) 11
  12. 12. SSK 5003’ SEM 4. (iv) Memahami emosi orang lain (Recognizing emotions in others) (v) Mengendalikan perhubungan (Handling relationships) 1) Mengetahui Emosi Sendiri (Self-Awareness) Mengetahui emosi sendiri atau sedar emosi kendiri bermakna kebolehan mengawal diri (perasaan) dalam sesuatu situasi. Kebolehan ini seterusnya dapat membantu individu untuk membuat keputusan yang kongruen dengan pegangan atau nilai dirinya. Secara tidak langsung ia juga membolehkan seseorang individu itu membuat penilaian yang realistik. Individu yang memiliki kelebihan ini bersikap terbuka apabila menerima maklumbalas daripada orang lain. ii) Dapat Mengendalikan Emosi (Managing Emotions) Keupayaan untuk mengendalikan emosi diri sebenarnya terbina atas sebab kesedaran terhadap diri, penglahiran emosi dan niat. Individu yang dapat mengendalikan emosinya mampu melaksanakan sesuatu tugas dengan mudah. Seseorang individu itu harus sentiasa berhati-hati dan mengelakkan sikap mudah berpuas hati dalam mengejar sesuatu matlamat. Keupayaan mengendalikan emosi juga membantu individu memulihkan kesedihan emosi dengan berkesan. Dengan itu 12
  13. 13. SSK 5003’ SEM 4. individu yang berjaya mengurus emosi diri akan cepat bebas daripada kitaran emosi yang kritikal. iii) Memotivasikan Diri (Motivating Oneself) Memotivasikan diri merujuk kepada kecenderungan emosi yang menggerak dan memandu ke arah pencapaian matlamat. Motivasi juga membantu kita mengambil inisiatif dan berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam menghadapi kesedihan dan kekecewaan. Individu yang tinggi tahap motivasinya lebih mudah dalam membuat sesuatu penilaian yang realistik dan tidak mudah berputus asa. iv) Memahami Emosi Orang Lain (Recognizing Emotion in Others) Satu kebolehan memahami Emosi orang lain adalah faktor yang memberi pertimbangan sewajarnya terhadap mereka yang jarang mempamerkan. Selalunya ia dapat disedari melalui isyarat-isyarat emosi seperti perubahan nada suara dan ekspressi wajah.Kebolehan individu merasai situasi ini telah membangkitkan kesedaran emosi diri dan keupayaan mereka menguruskan emosi ini. Perasaan emperti ini membolehkan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. 13
  14. 14. SSK 5003’ SEM 4. v) Mengendalikan perhubungan (Handing R elationships) Mengendalikan perhubungan melibatkan kebolehan mengurus emosi orang lain dalam perhubungan dengan berkesan dan sentiasa bersedia dengan situasi-situasi sosial serta interaksi yang mesra dengan orang lain. Kemahiran ini juga memberi kelebihan kepada seseorang itu dari segi memujuk, berunding dan menyelesaikan pebalahan dengan individu lain supaya kerjasama secara berpasukan dapat di wujudkan. Individu yang dapat menguasai kemahiran ini akan mencapai kepuasan dalam perhubungan sosialnya mencapai kejayaan. Kajian ini menggunakan model kecerdasan emosi yang telah dibina oleh Mohd. Najib (2003). Model ini terbahagi kepada dua konstruk utama iaitu Intrapersonal dan Interpersonal. Konstruk Intrapersonal mengandungi tiga elemen EQ, iaitu keupayaan mengenal emosi kendiri, keupayaan mengurus emosi kendiri dan motivasi kendiri. Sementara konstruk Interpersonal mengandungi dua elemen EQ, iaitu keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dan mengenal emosi orang lain. Noriah (2005) berpendapat bahawa kecerdasan emosi merupakan satu set kompetensi atau kemahiran berarahkan emosi yang membolehkan seseorang menguruskan kehidupan mereka dengan baik. Ia merangkumi kebolehan menyelami emosi 14
  15. 15. SSK 5003’ SEM 4. sendiri untuk mengetahui dan menilai keadaan diri, menggunakan kecenderungan emosi untuk membimbing atau memudahkan seseorang mencapai sesuatu matlamat, kebolehan menyedari perasaan, keperluan, kehendak dan masalah atau kegusaran orang lain, kebolehan mencetus respon yang sesuai daripada seseorang, sedar tentang kepentingan nilai agama sebagai perintis kehidupan, serta menggunakan pengalaman hidup (diri atau orang lain) sebagai panduan dalam menyelesaikan masalah. Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan untuk memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebihlebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan terdalam orang lain dan berdoa untuk memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya, kemampuan untuk menyelesaikan konflik serta untuk memimpin. Nilai-nilai yang lebih tinggi dalam perasaan manusia, seperti kepercayaan, harapan, pengabdian cinta, seluruhnya lenyap dalam pandangan kognitif yang diingini. Kecerdasan emosi dapat 15
  16. 16. SSK 5003’ SEM 4. menampung banyak sifat-sifat yang membuat kita menjadi lebih manusiawi ( Mohd Azhar, 2004). 1.6.1.4 Pelajar: Pelajar atau murid ialah orang atau anak yang sedang belajar atau menuntut(Kamus Dewan, 1993). Pelajar juga dikategorikan sebagai remaja di mana dalam perspektif undang-undang umur remaja adalah antara 10 hingga 18 tahun serta belum pernah berkahwin (Hairunnaja Najmuddin,2003). 1.6.1.5 Rakan Sebaya Mengikut Kamus Dewan, rakan sebaya bererti anak-anak muda yang sama umurnya dalam satu kumpulan. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru, terikut dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pada tahap peringkat umur yang muda ini, remaja masih mentah, nalurinya kurang tabah dan sifat ingin mencuba itu mudah berkobar-kobar. Jadi apabila dipujuk atau dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya, mereka sudah tentu tidak dapat mengawal perasaannya untuk turut terlibat dalam gejala negatif. Remaja yang tidak dapat kasih sayang, kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada keluarga lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Dalam kajian ini rakan sebaya merujuk kepada rakan pelajar yang berusia antara 13 hingga 20 tahun sama ada masih bersekolah atau pun 16
  17. 17. SSK 5003’ SEM 4. telah berhenti sekolah. Golongan ini biasanya suka berdampindengan rakan sebaya dan cenderung untuk membentuk identiti kumpulan sendiri. Ab. Alim (1988) mengatakan bahawa pelajar setuju bahawa rakan sebaya mempengaruhi tingkah laku mereka. Keadaan ini menunjukkan pelajar telah sedar tentang pengaruh rakan sebaya dalam hidup mereka. Satu persoalan yang perlu diteliti ialah pelajar itu perlu dibimbing untuk mencari kawan yang baik dan bermoral. Apabila keadaan ini dapat di atasi masalah pelanggaran disiplin dan delinkuen dapat dikurangkan. 1.6.1.6 Tingkahlaku Delinkuen Delinkuen berasal daripada perkataan Latin “delinquere” bererti terabaikan, mengabaikan yang kemudiannya diperluaskan ertinya menjadi jahat, antisosial, melakukan jenayah dan melanggar peraturan (Kartini, 1986). Delinkuen juga bermaksud perbuatan dan aktiviti remaja (pelajar) yang berlawanan dengan normanorma masyarakat, undang-undang negara dan agama. Kelakuan yang dikatakan delinkuen adalah perbuatan seperti mencuri, merompak,merogol, berzina, membunuh, menagih dadah,menderhaka kepada ibu bapa, mencabar atau melawan guru, ponteng sekolah,memeras ugut, memukul dan membuli dan 17
  18. 18. SSK 5003’ SEM 4. lain-lain lagi (Hairunnaja Najmudin,2003). Menurut William (1994) tingkah laku delinkuen bermaksud semua tingkahlaku yang tidak boleh diterima terutamanya yang dilakukan oleh remaja. Kadangkala tingkah laku ini dianggap salah di sisi undang-undang dan ada juga tingkah laku yang tidak menyalahi undang-undang tetapi tidak diterima masyarakat. Pitts (2001) pula mendefinisikan tingkah laku delinkuen sebagai tingkahlaku bermasalah dalam kalangan remaja. Beliau menyebut sebagai tingkah laku disorder, tingkah laku anti social dan tingkah laku nuisance sebagai tingkah laku delinkuen. Kelakuan yang menyimpang secara signifikan daripada norma-norma yang ditentukan untuk individu dalam status sosial , ia tidak dapat dipelihara secara abstrak tetapi perlu dikaitkan dengan norma-norma yang dianggap oleh masyarakat sebagai munasabah dan morally binding bagi orang menduduki status yang berlainan. Kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial. Kelakuan mengikut arah yang tidak dipersutujui, yang bertentangan dengan norma dan darjatnya melebihi had toleransi sesuatu masyarakat (Ab. Alim, 1994) . Jelas bahawa devians dan delinkuen rata-rata membawa maksud tingkahlaku yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Devian lebih merujuk kepada tingkahlaku ini secara umum 18
  19. 19. SSK 5003’ SEM 4. manakala delinkuen pula menumpukan sesuatu had umur yang lebih menumpukan pelajar sekolah dan belia. 1.6.2 Definisi Operasional 1.6.2.1 Kecerdasan Emosi Dalam kajian ini kecerdasan Emosi boleh didefinisikan sejenis kecerdasan sosial yang bertanggungjawab untuk mengawal satu dan pelbagai emosi, mengdiskriminasi suatu emosi, menggunakan maklumat berkaitan untuk mengawal pemikiran dan tindakan seseorang.. Kecerdasan emosi boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu intrapersonal dan interpersonal. Intra personal iaitu mengenal emosi kendiri, mengurus emosi kendiri dan memotivasikan emosi kendiri.Sementara interpersonal ialah mengendalikan perhubungan yang berkesan dan mengurus emosi orang lain.. Kajian ini menggunakan model kecerdasan emosi yang telah dibina oleh Mohd. Najib (2003). Model ini terbahagi kepada dua konstruk utama iaitu Intrapersonal dan Interpersonal. Konstruk Intrapersonal mengandungi tiga elemen EQ, iaitu keupayaan mengenal emosi kendiri, keupayaan mengurus emosi kendiri dan motivasi kendiri. Sementara konstruk Interpersonal mengandungi dua elemen EQ, iaitu keupayaan mengendalikan perhubungan 19
  20. 20. SSK 5003’ SEM 4. yang berkesan dan mengenal emosi orang lain. Soalan soal selidik dari nombor 1 hingga 11 adalah berkaitan dengan kecerdasan emosi kendiri, iaitu mengenai mengetahui emosi sendiri, mengendalikan emosi, memotivasikan diri sendiri. Sementara soalan 12 hingga 20 adalah berkaitan dengan kecerdasan emosi interpersonal iaitu berkaitan dengan memahami emosi orang lain dan mengendalikan perhubungan dengan orang lain. 1.6.2.2 Rakan Sebaya Dalam kajian ini rakan sebaya adalah anak-anak yang sama umur di dalam satu kumpulan. Minsalnya satu kelas, yang tinggal sekampung atau setaman sama tempat kediaman ataupun rakan sepermainan. Jadi anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang di dalam keluarga akan mengambil rakan sebaya sebagai idola mereka dan terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Kerap kali membuat identiti kumpulan masing-masing. Dalam soal selidik berkaitan dengan pengaruh 20
  21. 21. SSK 5003’ SEM 4. rakan sebaya terdapat 10 item soalan yang menjurus kepada perhubungan dengan rakan sebaya. 1.6.2.3 Tingkahlaku Delinkuen Delinkuen berasal daripada perkataan Latin “delinquere” bererti terabaikan, mengabaikan yang kemudiannyadiperluaskan ertinya menjadi jahat, antisosial melakukanjenayah dan melanggar peraturan. Dalam kajian ini tingkahlaku delinkuen bermaksud perbuatan dan aktiviti remaja (pelajar) yang berlawanan dengan norma- norma masyarakat,undang-undang negara dan agama. Kelakuan yang dikatakan delinkuen adalah perbuatan seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, merokok, salah guna dadah, terlibat dengan gensterisme, bergaduh dengan rakan, merosakkan harta benda awam, harta benda sekolah, melawan gutu, melepak, berkhalwat, mencuri, melawan pengawas, membawa senjata tajam, mengancam murid lain, menceroboh, mengedar dadah, tunjuk perasaan dan bertaruh atau berjudi . 1.7 Kerangka Kajian/ Teoritikal Kerangka Teoritikal terbahagi kepada tiga pembolehubah utama iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Pemboleh ubah bebas ialah kecerdasan Emosi dan Rakan Sebaya. Tingkahlaku delinkuen Pelajar 21
  22. 22. SSK 5003’ SEM 4. adalah pembolehubah Terikat. Kecerdasan Emosi dan Rakan Sebaya di jangka akan mempengaruhi Tingkahlaku Pelajar iaitu pembolehubah yang dikaji. Kajian ini juga memasukkan aspek demografi sebagai pembolehubah bebas untuk melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi dan juga tahap Tingkahlaku delinkuen pelajar. PEMBOLEHUBAH BEBAS PEMBOLEHUBAH TERIKAT KECERDASAN EMOSI (1) Mengetahui emosi sendiri (Self-awareness) (2) Dapat mengendalikan emosi (Managing Emotions) (3) Memotivasikan diri (Motivating oneself) (4) Memahami emosi orang lain (Recognizing emotions in others) (5) Mengendalikan perhubungan (Handling relationships) 22
  23. 23. SSK 5003’ SEM 4. TINGKAHLAK U DELINKUEN PELAJAR PENGARUH RAKAN SEBAYA – Menjadi - persamaan tingkahlaku, sikap dan jahat, identity – Anti Sosial - konflik dengan ibubapa – Melakukan - proses membebaskan diri daripada jenayah, – Melanggar DEMOGRAFI peraturan. - umur - jantina - agama - bangsa Rajah 1.1: Kerangka Kajian1.8 Hipotesis Kajian Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar sekolah dari segi demografi (umur, jantina, bangsa, dan agama ) pelajar. Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap tingkahlaku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah dari segi demografi (umur, jantina, bangsa, dan agama ) pelajar. Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecerdasan Emosi dengan tahap tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar.. Ho 6: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahapkecerdasan emosi dengan tingkahlaku delinkuen pelajar. 23
  24. 24. SSK 5003’ SEM 4. Ho 7: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya dengan tingkahlaku delinkuen pelajar. Ho 8: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya dengan tahap kecerdasan emosi pelajar.1.9 Batasan Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan diantara kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya dengan tahap tingkahlaku delinkuen pelajar di sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuala Muda/ Yan. Skop kajian ini terbatas kepada beberapa perkara iaitu: 1.9.1 Kajian yang akan dijalankan hanya melibatkan pelajar Tingkatan Empat di lima buah sekolah menengah harian biasa di Daerah Kuala Muda/ Yan sahaja. Terdapat 30 buah sekolah menengah harian yang merangkumi sekolah dalam bandar, sekolah dalam bandar kecil dan sekolah di luar bandar. Jumlah pelajar tingkatan empat di dalam Daerah KM/Yan ialah 8892 orang dan dan sempel adalah lebih kurang 368 orang. Oleh yang demikian pemilihan 5 buah sekolah yang dipilih secara rawak mudah adalah tepat. Sebuah sekolah adalah lebih kurang 75 orang responden. Oleh yang demikian dalam kajian ini akan memilih 2 jenis kelas pelajar yang pandai dan kelas pelajar yang lemah bagi tujuan kajian. 1.9.2 Skop dan tumpuan kajian hanya pada faktor kecerdasan emosi, rakan 24
  25. 25. SSK 5003’ SEM 4. sebaya dan tahap tingkahlaku delinkuen pelajar. Ini adalah kerana berdasarkan kajian lepas banyak menumpukan kajian mengenai latar belakang keluarga dan pencapaian akademik. Oleh yang demikian kajian ini memfokuskan kajian kepada kecerdasan emosi pelajar iaitu kebolehan mengenali, mengawal dan mengurus emosi kendiri samada dari segi intra personal dan interpersonal pelajar serta pengaruh rakan sebaya turut mempengaruhi samada perkembangan sahsiah positif ataupun ke arah negatif iaitu gejala delinkuen pelajar. Penutup: Peningkatan gejala sosial di Malaysia semakin membimbangkan kerana semakin ramai pelajar terlibat dengan tingkah laku delinkuen. Kegagalan ibu bapa memantau pergerakan anak. Ditambah lagi ibu bapa yang terlalu sibuk, dan memandang ringan terhadap tanggungjawab untuk mendidik anak serta menyediakan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan mental dan fizikal dan mental anaknya akan menyebabkan pelajar yang masih muda mentah ini memperuntukkan masa terluang dengan rakan sebaya yang diragui kesolehannya. Mereka lebih mendengar cakap-cakap rakan daripada cakap atau nasihat ibubapa mereka sendiri. Kawan adalah idola masing-masing. Ditambah lagi ada anak-anak yang tidak tahu dan tidak didedahkan dengan cara mengurus emosi mereka dengan baik walaupun tahap IQ mereka adalah tinggi. Oleh yang demikian ketidakpandaian mengurus emosi ini menyebabkan anak-anak mudah 25
  26. 26. SSK 5003’ SEM 4. terjebak dengan salahlaku diluar yang merosakkan masa depan mereka sendiri. Seiring dengan itu adalah wajar bagi kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana tahap kecerdasan emosi, dan pengaruh rakan sebaya berperanan dan berhubung dengan dengan tingkah laku delinkuen pelajar masa kini. ……………………………………… BAB 2 ULASAN KARYA2.1 Teori 2.1.1 Teori Biologi Menurut AB. Alim (1994) teori ini merupakan teori terawal yang membincangkan tentang tingkah laku delinkuen. Teori ini mengandaikan 26
  27. 27. SSK 5003’ SEM 4. bahawa tingkah laku delinkuen dan antisosial dapat dikaji berdasarkan dua aspek : a. Kajian berasakan trait fizikal antisosial yang diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan. b. Kajian yang berdasarkan penghubung di antara tingkah laku antisosial dengan ciri-ciri bentuk badan seseorang individu Menurut Kartini Kartono (1986), teori ini menerangkan bahawa tingkah laku delinkuen yang dilakukan oleh pelajar muncul disebabkan faktor-faktor biologi dan struktur jasmani seseorang, juga diperoleh melalui kecacatan jasmani yang dibawa sejak lahir. Kejadian delinkuen ini disebabkan: c. Genetik atau plasma pembawaan sifat dalam keturunan atau melalui kombinasi genetik. Dapat juga disebabkan oleh tidak adanya genetic tertentu, yang semuanya menyebabkan berlakunya tingkah laku delinkuen. d. Melalui keturunan yang abnormal atau luar biasa yang menyebabkan mereka melakukan tingkah laku delinkuen. c. Melalui keturunan dari segi kelemahan struktur jasmani yang menyebabkan terjadinya tingkah laku delinkuen yang ada hubungannya dengan sifat-sifat delinkuen dan penyakit mental. Pengkaji Itali Lambroso (1840) dalam Othman dan rakan (1988) telah membuat kajian terhadap banduan di penjara. Beliau telah mengemukakan kesimpulan bahawa semua penjenayah mempunyai ciri-ciri biologi primitif seperti dagu panjang, telinga dan bibir yang terkeluar dan beberapa ciri fizikal yang tidak normal. Ahli psikologi 27
  28. 28. SSK 5003’ SEM 4. Amerika, William (1949) telah mengemukakan suatu teori biologi. Beliau telah mengemukakan tiga jenis bentuk badan yang mempunyai perkaitan dengan tingkah laku delinkuen iaitu: a. Jenis endomorf, (orang gemuk dan rendah). Individu ini suka makan dan mempunyai falsafah hidup yang mudah. b. Jenis ektomorf, (orang kurus) lemah lembut, bersifat sensitif, mudah merajuk dan tidak begitu sosial. C Jenis mesomorf, (orang yang bentuk badan tegap dan kuat).Individu ini bersifat agresif, aktif, periang dan tidak bersifat sensitif. William telah membuat kajian terhadap 200 orang kanak-kanak lelaki di sebuah pusat pemulihan. Beliau mendapati kalangan kanak-kanak itu yang melakukan kejahatan ialah individu yang berbadan mesomorf. Faktor kromosom merupakan satu teori biologi. Lazimnya lelaki mempunyai satu kromosom X dan satu kromosom Y, perempuan mempunyai dua kromosom X. Kadang kala terdapat individu yang mempunyai kromosom X dan Y yang berlebihan iaitu XXY dan XYY. Faktor genetik dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas tingkah laku agresif, antisosial dan delinkuen (Deater-Deckard & Plomin, 1999). Faktor genetic juga mempunyai kaitan dengan masalah dalaman remaja seperti risiko kepada percubaan membunuh diri dan kemurungan (Jacobson & Rowe, 1999). 28
  29. 29. SSK 5003’ SEM 4. 2.1.2 Teori Psikologi Teori Psikologi menyatakan bahawa tingkah laku delinkuen merupakan hasil daripada fikiran yang tidak siuman, neurotik dan terganggu fikiran. Teori personaliti menekankan pengalaman awal kanak-kanak memberi kesan buruk kepada perkembangan personaliti seseorang. Teori psikologi mengandaikan bahawa proses ini tidak dipengaruhi oleh kebudayaan sekeliling. Kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa tingkah laku delinkuen bukanlah semata-mata disebabkan oleh faktor psikologi. Ini kerana tiada trait tertentu seperti emosi yang tidak matang dan tidak stabil yang dilihat pada semua penjenayah yang dikaji (Ab. Alim, 1994). Menurut Abraham H. Maslow (1954), dalam konsep hierarkinya menyatakan bahawa dalam hidup manusia terdapat beberapa tahap yang ingin dicapai dan dipenuhi termasuklah keperluan fisiologi, rasa ingin selamat, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Akan tetapi tidak semua manusia dapat memenuhi keperluan mereka. Menurut Blackham (1967), dalam Othman Johan (1995), kanak-kanak yang tidak dapat memuaskan keperluan asas mereka, inteleknya tidak dapat berfungsi dengan cekap dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahanperubahan sosial, selalu mengalami konflik diri, berasa bimbang, bersalah dan sukar menyesuaikan dengan keperluan- keperluan alam sekitarnya. 29
  30. 30. SSK 5003’ SEM 4. 2.1.3 Teori Sosiologi Ahli sosiologi mengkaji aspek tingkah laku delinkuen daripada perspektif pemindahan budaya. Shaw dan McKay (1931) menjelaskan bahawa perlakuan jenayah dipelajari melalui proses komunikasi dan interaksi dengan orang lain. Perlakuan delinkuen dipindahkan dari satu kelompok kepada kelompok yang lain atau satu generasi kepada generasi yang lain. Ahli-ahli sosiologi berpendapat tingkah laku delinkuen pelajar adalah disebabkan oleh pengaruh struktur sosial yang devian, tekanan kumpulan, peranan sosial, status sosial, atau simbol dalaman yang keliru (Kartini Kartono, 1986). Dalam pendekatan sosiologi juga menyatakan bahawa faktor budaya dan sosial mempengaruhi struktur institusi-institusi sosial, peranan individu dalam masyarakat dan kumpulan sosialnya. Menurut Suherland (Suherland & Cressey, 1960) dalam Kartini Kartono (1986), pelajar yang delinkuen disebabkan oleh keterlibatan mereka di tengahtengah persekitaran sosialnya, di mana idea dan teknik delinkuen tertentu dijadikan wadah yang efektif untuk mengatasi kesulitan hidupnya. Hubungan sosial yang sedang berlangsung itu, membesarkan lagi kemungkinan pelajar melakukan delinkuen. Merton (1959) mengaitkan teori ini dengan sebab-sebab berlakunya jenayah daripada perspektif tingkah laku devian. Menurutnya devian berlaku kerana wujudnya jurang antara matlamat seseorang dengan 30
  31. 31. SSK 5003’ SEM 4. masyarakat. Misalnya semua orang inginkan kekayaan tetapi persoalannya cara untuk mencapai hasrat itu berbeza-beza. Seorang yang ingin menjadi kaya boleh mengikut jalan yang dihalalkan oleh undang-undang dan agama atau sebaliknya seperti mencuri, merompak, mengedar dadah, menipu dan sebagainya. Howard (1963) dalam bukunya The Outsider telah mengemukakan Teori Label. Beliau menyatakan bahawa label boleh menyebabkan seseorang bertingkah laku delinkuen. Menurutnya perlakuan delinkuen berlaku kerana terdapat kelompok tertentu dalam masyarakat yang boleh memaksa peraturan kepada kelompok lain. Tindakan melabelkan seseorang sebagai devian atau delinkuen akan membawa kenyataan dan ramalan sempurna kendiri. Contohnya seorang yang dilabelkan sebagai jahat dan ganas akan menyebabkan beliau akan mempercayai label yang diberikan kepadanya. Beliau seterusnya akan bertingkah laku seperti yang dilabelkan. Selain itu, menurut Ibrahim Mamat (1997), tingkah laku buruk pelajar telah dipupuk oleh keadaan sekitar yang tidak menyenangkan. Alam sekeliling merupakan faktor utama menyebabkan berlakunya pelbagai salah laku pelajar. Keadaan ini muncul kerana masyarakat mengalami perubahan besar akibat daripada perkembangan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia yang menimbulkan pelbagai kesan sampingan. 31
  32. 32. SSK 5003’ SEM 4. Berdasar kacamata teori tingkahlaku delinkuen adalah dipengaruhi oleh baka atau keturunan. Ada juga dipengaruhi oleh bentuk badan seseorang. Walau bagaimanapun tindakan delinkuen pelajar juga adalah kerana beberapa faktor lain umpamanya kegagalan mencapai tahap kesempurnaan kendiri, pelebelan ke atas seseorang yang menyebabkan tingkahlaku ini subur dan diamalkan tanpa segan silu lagi. Oleh demikian kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti adakah faktor kecerdasan emosi juga berperanan mempengaruhi tingkahlaku delinkuen pelajar.2.2 Kajian- Kajian Tempatan Kajian yang dibuat oleh Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya Yusof Boon yang bertajuk Kecerdasan Emosi dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis dimensi kecerdasan emosi pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik dan tingkah laku kenakalan pelajar. Kajian ini dilakukan ke atas seramai 359 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah di Batu Pahat Johor. Dapatan kajian ini ialah menunjukkan kecerdasan emosi bukan faktor terpenting terhadap tingkah laku kenakalan pelajar. Mungkin terdapat faktor lain yang lebih penting seperti status sosio ekonomi keluarga, gangguan emosi atau sikap pelajar yang memberi rangsangan terhadap tingkah laku kenakalan pelajar. 32
  33. 33. SSK 5003’ SEM 4. Norhayati Ahmad Zakaria (2003) telah membuat satu kajian mengenai Kecerdasan Emosi dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik iaitu untuk mengenal pasti tahap Kecerdasan Emosi pelajar KDPM semester 3 di Institut Perguruan Darulaman. Ia juga bertujuan untuk melihat hubungan di antara Kecerdasan Emosi dengan pencapaian akademik pelajar KDPM semester 3 IPDA. Responden kajian terdiri darilpada 224 orang pelajar KDPM semester 3 IPDA yang mengikuti kursus dalam pelbagai bidang pengkhususan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara Kecerd(asan Emosi dengan pencapaian akademik pelajar KDPM semester 3 IPDA. Berdasarkan kajian, wujud hubungan yang positif di antara domain pengenalan emosi sendiri, pengurusan emosi sendiri dan pemotivaian emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Mohamed Alfian Harris B. Omar dan Mohamed Sharif Mustaffa PhD (Universiti Teknologi Malaysia), telah membuat satu kajian mengenai Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam. Seramai 360 orang pelajar di salah sebuah kolej kediaman di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah dipilih secara rawak mudah bagi kajian ini. Secara umumnya, jenis masalah emosi yang kerap dialami oleh para pelajar ialah kebimbangan iaitu di tahap sederhana. Manakala faktor pendapatan keluarga yang sederhana merupakan penyumbang kepada punca ketidakstabilan emosi ini. Bagi mengurangkan masalah ini, para pelajar kerap menggunakan kaedah bertenang iaitu aktiviti riadah dan amalan keagamaan. 33
  34. 34. SSK 5003’ SEM 4. Melalui program seperti ini, para pelajar akan dapat meningkatkan kestabilan emosi disamping memantapkan lagi kesihatan fizikal, mental dan rohani. Mohd. Razmi bin Mat Semat (2004) telah membuat kajian mengenai hubungan antara persekitaran kerjasama, dan kecerdasan emosi dalam mempengaruhi prestasi kerja. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara persekitaran kerjasama dan kecerdasan emosi dalam mempengaruhi prestasi kerja. Dapatan kajian ini menunjukkan wujud hubungan di antara persekitaran kerjasama dengan prestasi kerja, terdapat hubungan di antara persekitaran kerjasama dengan kecerdasan emosi. Kajian oleh Maizatul Akmam Bt Abu Bakar (2007) Iaitu Perkaitan Antara Hubungan Keluarga, Pengaruh Rakan Sebaya Dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan di antara tahap hubungan keluarga dan tahap kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan di antara hubungan keluarga dengan tahap kecerdasan emosi pelajar. Kajian oleh Aznira binti Abdul Azib ( 2006) yang bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara kecerdasan emosi dan gelagat ‘deviant’ di tempat kerja, di samping menentukan perbezaan factor-faktor demografi dengan kecerdasan emosi dan gelagat ‘deviant’ di tempat kerja. Dapatan kajian juga telah membuktikan bahawa wujudnya hubungan secara negatif dikalangan pensyarah 34
  35. 35. SSK 5003’ SEM 4. di KUKUM. Manakala factor demografi didapati tidak mempunyai sebarang perbezaan bagi kecerdasan emosi dan gelagat ‘deviant’ di organisasi. Kajian tempatan banyak berkisar kepada kajian kecerdasan emosi berhubung dengan prestasi akademik pelajar dan prestasi kerja seseorang. Oleh yang demikian wajarnya kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana kecerdasan emosi dan rakan sebaya berhubungkait dengan tingkahlaku delinkuen seseorang individu. 2.3 Kajian-kajian Luar Negara Beberapa kajian yang dilakukan di negara lain yang menyentuh masalah disiplin dan delinkuen dengan kawasan-kawasan tertentu. Di antaranya Johnstone (1971) yang membuat kajian di Chicago, beliau mendapati bahawa delinkuen remaja adalah mempunyai hubungan dengan persekitaran sosial dan latar belakang kelas sosial sesuatu keluarga. Selalunya remaja daripada keluarga status ekonomi sosial rendah lebih banyak melakukan kesalahan delinkuen. Axentoth (1979) yang membuat kajian tentang remaja lelaki di Korea yang berumur 17 – 18 tahun. Beliau menyatakan remaja dari keluarga status ekonomi sosial rendah,lebih tinggi kadar kenakalannya. Beliau mendapati kesalahan yang paling tinggi ialah berdusta, bertumbuk, lari dari rumah, mencuri harta sekolah, 35
  36. 36. SSK 5003’ SEM 4. Menurut kajian Prof. Robert Priest, (1983) sekitar tahun 1960-an gejala kebimbangan dan kemurungan menjadi bertambah serius sehingga boleh mengancam nyawa manusia dari masa ke masa. Menurut beliau juga penyakit emosi ini boleh dirawat dan individu itu masih boleh dibantu. Menurut beliau lagi, hampir 10 peratus daripada populasi di negara Barat menghadapi masalah serius berkaitan gangguan emosi yang memerlukan bantuan. Pakar berpendapat masalah ini boleh meningkat dan menjangkau kepada 30 peratus. Kajiannya menunjukkan hampir 2 juta penduduk negara Barat pada masa itu hidup di dalam kesunyian. Selain itu, turut menyatakan bahawa semasa beliau sedang membuat kajian tentang sebab dan cara mengubati gangguan emosi ini, keadaan jumlah pesakit bertambah pada setiap tahun, di mana 80 peratus individu ini mengalami kebimbingan atau kemurungan. Zimbardo (1977), ahli psikologi yang mula-mula memberi tumpuan khas kepada topik malu pula mengatakan ramai rakyat Amerika Syarikat mengalami rasa malu pada satu-satu masa tertentu dalam kehidupannya, tidak kira sama ada mereka ini berstatus tinggi atau rendah, bintang filem atau pelajar universiti. Menurut Wan Abdul Kader (1994) kajian yang dilakukan terhadap pelajar di Malaysia di luar negeri, seperti di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mereka juga menghadapi pelbagai masalah penyesuaian sosial dan akademik. Kajian Abdul Halim Othman (1986) menunjukkan bahawa pelajar Malaysia yang berketurunan Melayu di Amerika Syarikat yang mengalami masalah akademik, personal dan sosial yang berbeza dan tidak terbatas kepada umur, tahap 36
  37. 37. SSK 5003’ SEM 4. pengajian atau tempat asal. Kajian Suradi Salim (1985) terhadap pelajar Malaysia di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat juga menunjukkan bahawa ramai pelajar mengalami masalah penyesuaian sosial dan akademik.2.4 Rumusan Kajian Berdasarkan kajian tempatan dan luar negara mendapati bahawa kecerdasan emosi amatlah penting untuk mewujudkan keharmonian dalam diri seseorang. Tahap IQ yang tinggi tetapi pemilikan EQ yang rendah menyebabkan berlaku ketidaksempurnaan di dalam kehidupan. “Oleh yang demikian bila dikaji dengan lebih mendalam lagi, perasaan dan emosi adalah penting untuk kesejahteraan dan kebahgiaan serta keselarasan ruang lingkup hidup. Oleh itu, kecenderungan dalam mengawal emosi dengan baik adalah faktor penentu kecemerlangan sesuatu urusan sama ada secara personal mahupun professional “(Goleman, 1995, dalam : Prakas Rao, 2001). Semakin ramai pelajar yang bertindak secara berani dengan melakukan rompakan, perkosaan, dan pergaduhan semata-mata ingin memberontak dan melepaskan perasaan amarah dan dendam serta menunjukkan pergolakan emosi yang dialami, walhal untuk perkara yang kecil sekalipun. Akibatnya, bukan sahaja prestasi pembelajaran mereka merosot, bahkan turut menjejaskan keselamatan dan keamanan masyarakat sekitar. Salah perilaku yang berlaku seperti contoh di atas, mungkin disebabkan mereka terjebak dalam pelbagai penyakit masyarakat seperti pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan, 37
  38. 38. SSK 5003’ SEM 4. kewangan, pembelajaran, tempat tinggal, tahap kecerdasan emosi yang terlalu rendah dan lain-lain lagi yang mencetuskan kepada beberapa masalah tertentu, seterusnya menggugat prestasi akademik pelajar berkenaan. Hasil daripada pendapat dan kajian tersebut, penyelidik cuba untuk meninjau perkaitan hubungan di antara kecerdasan emosi dan rakan sebaya dengan tingkahlaku delinkuen pelajar. …………………………….. 38
  39. 39. SSK 5003’ SEM 4. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Metodologi Kajian merujuk kepada kaedah penyelidikan bagaimana sesuatu maklumat itu diperolehi. Perancangan yang teliti dapat membantu memudahkan data serta maklumat penyelidikan dikumpulkan, dianalisa dan seterusnya dinilai. Bab ini akan membincangkan dan menghuraikan secara terperinci tentang reka bentuk penyelidikan, kerangka konseptual, pembolehubah bebas, pembolehubah terikat, lokasi kajian, subjek kajian, instrumen kajian, prosedur mendapatkan data pemprosesan data dan penganalisisan data.3.1 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian merupakan kaedah atau teknik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Kajian yang akan dijlankan ini merupakan kajian deskriptif dan berbentuk kuantitatif, iaitu menggambarkan sesuatu fenomena yang berlaku. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kajian lapangan. Di dalam kajian lapangan, penyelidikan dilakukan dalam persekitaran semulajadi dan situasi yang realistik.. 39
  40. 40. SSK 5003’ SEM 4. Di dalam kajian ini tiga pembolehubah bebas iaitu kecerdasan emosi , pengaruh rakan sebaya dan demografi pelajar di lihat mempengaruhi pemboleh ubah terikat iaitu tingkahlaku delinkuen pelajar. Berdasarkan kerangka teoritikal, ia dibuat untuk mengenalpasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan tahap kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya dengan demografi pelajar. Seterusnya untuk melihat wujudnya korelasi yang signifikan antara pembolehubah bebas seperti kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya terhadap tingkah laku delinkuen pelajar. Seiring dengan itu kajian ini dijalankan untuk melihat kekuatan hubungan antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah terikat.3.2 Populasi dan Sampel Kajian 3.2.1 Populasi: Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar-pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Harian di Daerah Kuala Muda/Yan. Keseluruhan sekolah menengah harian di daerah KM/Y ialah sebanyak 30 buah sekolah. Jumlah populasi ialah sebanyak 8892 iaitu jumlah pelajar Tingkatan Empat yang merangkumi sekolah dalam bandar, sekolah dalam bandar kecil dan sekolah di luar bandar daerah KM/Y. Oleh yang demikian sebanyak 5 buah sekolah harian akan dipilih secara rawak bagi 40
  41. 41. SSK 5003’ SEM 4. tujuan kajian ini. Berdasarkan jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan maka jumlah sempel yang sesuai ialah 368 orang responden. 3.2.2 Persempelan: Terdapat dua kriteria bagi menentukan sesuatu sampel yang baik iaitu perwakilan dan kecukupan (Ary, 1985). Perwakilan bermakna sampel yang dipilih mestilah mewakili populasi kajian. Bagi mendapatkan jumlah bilangan sampel minimum yang digunakan dalam kajian ini, penyelidik merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (dalam Isaac & Michael, 1984) yang mempunyai 95% aras keyakinan. Berdasarkan rumus tersebut sampel kajian ditentukan. Berdasarkan jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan maka jumlah sempel yang sesuai ialah 368 orang responden. Dalam kajian ini sebanyak 400 set soal selidik akan disediakan dan diedarkan dalam lingkungan 5 buah sekolah yang mewakili sekolah dalam daerah KM/Y. Pemilihan sekolah ini adalah untuk melihat tahap pemasalahan delinkuen yang terdapat di sekolah menengah harian biasa.3.3 Instrumen dan Alat Kajian Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dan melibatkan kajian mengkaji pengaruh antara satu faktor dengan faktor yang lain. Dalam kajian ini, penyelidik 41
  42. 42. SSK 5003’ SEM 4. mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi responden, pengaruh rakan sebaya responden dan hubungan dengan tingkahlaku delinkuen pelajar. Sampel kajian terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat di lima buah di Daerah Kuala Muda. Instrumen kajian adalah satu set soal selidik yang didapati daripada kajian lepas yang dibuat oleh Maizatul Akmam Bt Abu Bakar (2007) iaitu pada bahagian kecerdasan emosi, pengaruh rakan sebaya dan tingkahlaku delinkuen. Kajian rintis akan dibuat terhadap alat ujian yang akan dijalankan untuk menentukan kebolehpercayaan, kesahan dan ketekalan dalaman soal selidik tersebut. Kajian yang menggunakan soal selidik telah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu: i. Bahagian A : Mengandungi item-item berkaitan latar belakang responden. Ini termasuklah umur, kedudukan dalam keluarga, jumlah adik beradik, tinggal dengan siapa dan mengapa tidak tinggal dengan ibu bapa. ii. Bahagian B : Mengandungi item-item mengenai faktor-faktor pengaruh rakan sebaya sebanyak 10 soalan. iii. Bahagian C : Mengandungi item-item mengenai faktor-faktor kecerdasan emosi iaitu sebanyak 20 soalan iv. Bahagian D : Mengandungi item-item mengenai tahap salah laku pelajar iaitu sebanyak 28 soalan Penyelidik akan mengikut prosedur untuk mendapatkan kebenaran menjalankankan kajian dan mengedarkan soal selodik. . Penyelidik sendiri yang akan memberi penerangan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan kajian 42
  43. 43. SSK 5003’ SEM 4. mengenai tatacara menjawab soal selidik yang akan diberikan dengan penuh tanggungjawab dan jujur..3.4 Prosedur Menjalan Kajian Pengumpulan data kajian ini akan melibatkan beberapa prosedur rasmi yang melibatkan pelajar-pelajar di sekolah menengah. Oleh itu sebelum menjalankan kajian terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran melakukan penyelidikan dari Kolej Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia untuk membuat kajian. Kemudian membuat permohonan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah untuk menjalankan kajian ke atas pelajar-pelajar di sekolah menengah harian di Daerah Kuala Muda. Setelah itu surat kebenaran itu akan dipanjangkan ke pada Pejabat Pelajaran di Daerah Kuala Muda/Yan untuk pergi ke sekolah-sekolah terpilih bagi mengedarkan soal selidik dalam tempoh dua minggu. Proses mengumpul data dilakukan sendiri untuk memastikan semua soal selidik dijawab oleh responden dan mendapatkannya semula.3.5 Analisa Data Data yang diperolehi akan dikumpulkan dengan menggunakan progrm SPSS (Statistic Package for Social Science)). Dua kaedah penganalisaan adalah seperti berikut: 3.5.1 Analisis Deskreptif: Analisis Deskriptif dilakukan untuk melihat taburan kekerapan dan peratusan data. Ianya melibatkan penghuraian secara menyeluruh 43
  44. 44. SSK 5003’ SEM 4. berkaitan dengan pembolehubah-pembolehubah yang dikaji (kecerdasan emosi, pengaruh rakan sebaya dan tingkahlaku delinkuen pelajar).dalam bentuk graf, histogram, carta pie dan sebagainya. 3.5.2 Analisis Inferensi: Analisis inferensi digunakan untuk melihat perkaitan yang wujud di antara pembolehubah yang dikaji iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Dalam kajian ini pemboleh ubah bebas ialah kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya. Sementara pembolehubah terikat ialah tingkahlaku delinkuen pelajar. 3.5.2.1 Ujian t akan digunakan bagi melihat perbezaan kelompok dua kategori dan anova akan digunakan untuk melihat perbezaan kelompok dua atau lebih kategori iaitu untuk menjawab hipotesis berbentuk perbandingan. 3.5.2.2 Korelasi Pearson digunakan untuk melihat perhubungan atau perkaitan antara dua pembolehubah iaitu kecerdasan emosi dan pengaruh rakan sebaya dengan tahap tingkahlaku delinkuen pelajar. 44
  45. 45. SSK 5003’ SEM 4.Rumusan: Bab ini telah dibincangkan mengenai sub topik dengan jelas. Perkara penting dalam setiap topik yang terdiri daripada reka bentuk kajian, populasi & sampel kajian, instrumen & alat kajian, prosedur menjalankan kajian serta analsis data telah diterangkan dengan terperinci. Selain itu, kajian ini dijalankan, supaya masalah yang berkaitan dengan pelajar dapat dikaji. Peringkat remaja dikatakan sukar dan menimbulkan banyak masalah seperti tingkahlaku delinkuen di kalangan pelajar. Begitu juga dengan faktor kecerdasan emosi, di mana faktor ini sangat mempengaruhi pelajar ketika membuat keputusan. Kecerdasan emosi yang tinggi akan membuatkan pelajar berfikir banyak kali sebelum melakukan tingkah laku yang tidak diterima oleh norma masyarakat. Begitu juga sebaliknya, sekiranya tahap kecerdasan emosi pelajar rendah mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan tingkahlaku delinkuen.Oleh yang demikian kajian ini penting dijalankan untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan rakan sebaya berkaitan dengan tahap delinkuen pelajar. ……………………………………………. 45
  46. 46. SSK 5003’ SEM 4.RUJUKAN Ab Alim Abdul Rahim, (1994). Pengantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Nazri Hashim (3.9.2003). 76,300 Pelajar Terbabit dengan Masalah Disiplin. Utusan Malaysia Isaac, S., and Michael, W. B. (1984). Handbook in Research and Evaluation. San Diego: Edits Publisher. Kartini Kartono (1986). Patologi Sosial 2 : Kenakalan Remaja. Jakarta : CV. Rajawali. Maizatul Akmam Bt Abu Bakar (2007) Perkaitan Antara Hubungan Keluarga, Pengaruh Rakan Sebaya Dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. Mohammad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. 46
  47. 47. SSK 5003’ SEM 4. Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004). EQ Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi.(Siri Pembangunan diri) .Bentong Pahang. PTS Publications. Ms.2 Mohd Ramzi Sanny dan Ahmad Othman (21.7.2001). Guru Cedera Dibelasah Pelajar. Harian Metro, Naapie Mat (Januari, 1997). Masalah Disiplin Pelajar Sekolah. Akademik, m.s. 20 Shahizan, Tsai Chen Chien dan Saw Hooi Chin (2003). Intrapersonal dan Interpersonal. Bentong : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Zainuddin Bin Haji Yusoff (2000). Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Kepimpinan: Tinjauan Di Kalangan Pemimpin-pemimpin Pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Projek Sarjana Muda. UTM. Tidak Diterbitkan ……………………………….. 47

×