• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Sheikh tahir jalaluddin al
 

Sheikh tahir jalaluddin al

on

  • 2,072 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,072
Views on SlideShare
2,055
Embed Views
17

Actions

Likes
2
Downloads
48
Comments
0

1 Embed 17

http://cba3009.1bestarinet.net 17

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Sheikh tahir jalaluddin al Sheikh tahir jalaluddin al Document Transcript

    • SHEIKH TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI LatarbelakangSyeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak Melayu Minangkabau yangtelah berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Di belakang namanya kerap disuntingperkataan “Al-Azhari, Al-Falaki Assyahir” iaitu bererti beliau merupakan keluaran Universitial-Azhar di Mesir dan seorang ahli Falak yang terkenal.Nama lengkap Syeikh Tahir Jalaluddin ialah Muhamad Tahir bin Syeikh Muhammad. Beliaudilahirkan pada hari Selasa, 4 haribulan Ramadhan, tahun 1286 Hijrah bersamaan 7 haribulanDisember 1869 Masehi di Empat Angkat (Ampek Angkek), Bukit Tinggi Sumatera Barat.Ayah beliau iaitu Syeikh Muhamad merupakan seorang ulamak terkenal di Sumatera. Didalam masyarakat Minangkabau Syeikh Muhammad lebih dikenali dengan nama TuankuMuhammad atau Tuanku Tjangking.Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Syeikh Tahir baru berusia dua tahun. Oleh keranaSyeikh Tahir masih kanak-kanak lagi ketika ditinggalkan oleh ayah dan ibunya, beliau telahdipelihara oleh ibu saudara di sebelah pihak ibunya. Menjelang usianya lebih kurang sebelastahun, ibu saudaranya telah menghantar beliau menuntut ilmu di Mekah. Di Mekah beliautinggal bersama sepupunya Syeikh Ahmad Khatib yang menjadi pemimpin Mazhab ImamSyafie di Masjid al-Haram. Di MekahSyeikh Tahir telah datang ke Mekah pada tahun 1297H (1880 m) bersama datuk sepupunyaHaji Abdul Rahman. Di Mekah beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad Khatib di dalampemeliharaan al-Syeikh Muhammad Salleh Kardabi Fidullah al-Kurdi. Pelajaran asas yangditerimanya di sini ialah mengaji al-Qur’an dan mentajwidkan Qur’an daripada Tuan SyeikhAbdul Haq. Pelajaran lain berhubung dengan keugamaan dipelajarinya dari Syed Umar Syah,Syeikh Muhammad al-Khayyat, Syed Barkasyah dan sepupunya sendiri Syeikh AhmadKhatib. Dalam jangka masa dua belas tahun Syeikh Tahir menetap di Mekah, beliauberpeluang mempelajari ilmu-ilmu ugama dengan mendalam. Banyak daripada ajaran-ajaransepupunya, Syeikh Ahmad Khatib telah mempengaruhi jiwa Syeikh Tahir teristimewaberhubung dengan masalah amalan beragama umat Islam yang dikatakan bercampur aduk
    • dengan amalan bida’ah. Syeikh Ahmad Khatib juga merupakan seorang guru yang bertauliahbagi masyarakat Jawi di Mekah pada waktu itu. Hasil dari pergaulan dengan Syeikh AhmadKhatib telah mendorong Syeikh Tahir belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi dariguru-guru lain di Mekah seperti yang telah disebutkan tadi. Dengan ini ketokohan beliau darisegi keagamaan setanding dengan gurunya yang menjadi kebangaan kepada masyarakatMelayu Indonesia dan Tanah Melayu.Setelah tujuh tahun berada di Mekah, pada tahun 1304H (1884 M) beliau pulang ke tanahairnya, Minangkabau. Pada tahun berikutnya beliau kembali semula ke Mekah untukmenyambung pelajarannya. Beliau telah berkahwin buat pertama kalinya pada tahun 1306 H.(1886 M) dengan seorang gadis bernama Aisyah binti Syeikh Muhammad bin Syeikh IsmailAl-Khalid Kabul. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya itu mereka beroleh dua oranganak tetapi kedua-duanya meninggal dunia di Mekah ketika Syeikh Tahir berada di sana.Semenjak beliau tinggal di Mekah pada tahun 1297 H (1880 M.), beliau mula mendalamiilmu al-Quran. Seterusnya beliau mempelajari Ilmu Nahu (grammer), Bayan (Ilmu ucapandan keterangan yang fasih), Ma’ani (ilmu makna-meaning), Badi’a (ilmu boleh mengenalpertuturan), Tauhid (ilmu mengenal Tuhan), Fekah (ilmu undang-undang), Usul Fikah (ilmumengetahui asal undang-undang), Hadis (ilmu mengetahui perkataan, perbuatan dan kelakuanRasul), Tafsir (ilmu menghuraikan makna-makna al-Qur’an), Hisab (ilmu kira-kira), HisabBidasab (Ilmu kira-kira sukat menyukat), Hai-ah (ilmu bintang) dan ilmu Falak (ilmumembicarakan matahari, bulan dan bintang-bintang beredar). Berdasarkan ilmu yangdipelajarinya itu adalah tidak menghairankan jika dia sangat mahir dalam soal yangberhubungan dengan masalah agama Islam. Di Tanah MelayuSyeikh Tahir dikatakan telah datang ke Tanah Melayu menjelang tahun 1899. Dalam tahunitu beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis Perak dari suku Rawa,bernama Aishah binti Haji Mustafa binti Datuk Menteri pada 28hb September 1899. Didapatibeliau ini seorang yang tidak mudah berasa senang hati untuk tinggal menetap di satu-satutempat. Sehingga tatkala beliau menetap di Tanah Melayu, beliau kerap belayar ke negeri-negeri di Indonesia dan negeri-negeri Timur Tengah, melawat sanak saudara, membericeramah-ceramah ugama dan sebagainya.
    • Di Perak setelah Syeikh Tahir berkahwin dengan isterinya Aishah binti Datuk Menteri, beliaumula menjalankan kerja-kerja harian untuk menyara keluarganya. Boleh dikatakan beliauseorang yang suka hidup berdikari. Pada tahun 1900 M. beliau pernah membuka kedai kain diIpoh. Asas perniagaan ini dimulakan oleh bapa mertua beliau yang dikatakan agak `berada’juga. Namun demikian kerja berjual kain itu hanya berjalan setakat setahun sahaja. Selepasitu beliau telah belayar lagi ke Kepuluan Indonesia pada tahun 1901 melalui Tanah Jawa,Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa, Bima dan Makasar. Dalam lawatannya itu adakemungkinan beliau telah menyebarkan buah fikirannya mengenai ilmu agama ditempat-tempat yang di lawatinya.Dalam tahun yang sama beliau berpindah pula ke Johor Baharu. Di Johor Baharu beliaudijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin Ahmad, Hakim Besar Johor, bagi mengajarhakim-hakim pengadilan di mahkamah Johor. Diantara hakim-hakim yang mendapat tunjukajar beliau ialah Ungku Ismail bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin Abdul Majid dan lain-lain pengadil bangsa Melayu. Tugas mengajar hakim-hakim tersebut berlangsung selamalebih kurang tiga tahun. Dalam masa beliau bertugas inilah, Sultan Idris (1887-1916) sebagaiSultan Perak mengajak beliau ke London kerana menghadiri kemahkotaan King George pada22 Jun, 1911.Pada 3hb Julai 1912 beliau meletakkan jawatan sebagai guru kepada hakim-hakim di JohorBaharu, dan mulai tahun 1914 beliau bertugas pula sebagai guru di sekolah Agama JohorBaharu dan menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor (Nazir). Ternyata kemudiansewaktu menjawat jawatan tersebut beliau berasa tidak puashati dengan system pendidikandan cara pentadbiran sekolah-sekolah agama waktu itu. Dalam suratnya kepada Yang DiPertua Jabatan Pendidikan Negeri Johor, beliau menyatakan dukacitanya kerana “tidak bolehmenjalankan peraturan pelajaran yang terlebih berfaedah dan berguna bagi kanak-kanak yangbelajar”. Beliau akhirnya meminta berhenti kerja pada tahun 1916.Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah diminta oleh rakanseperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi guru di Madrasah Al-MasyhurAl-Islammiyah di Pulau Pinang bersama-sama seorang rakannya Syeikh Abdullah Maghribi.Khidmat beliau di Madrasah itu pun tidak lama kerana beliau telah jatuh sakit. Di Al-Masyhur beliau ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Ilmu Falak kepada pelajar-pelajarMadrasah itu. Dan menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula ke Medan dan Deli untukberubat dan melawat tanah tumpah darahnya Minangkabau selama enam bulan.
    • Sebagai seorang ahli falakSebagai seorang alim yang mempunyai kedudukan baik dimata masyarakat, beliau begitudihormati. Jawatan-jawatan yang dipegangnya semasa berada di Perak dan juga di Johormembuktikan tenaga dan ilmunya mendapat perhatian. Pengetahuannya banyak dimanfaatkanuntuk kepentingan masyarakatnya. Beliau sering diberi kepercayaan untuk membantumenyelesaikan masalah hukum agama berdasarkan keilmuannya yang luas baik di dalamIlmu Falak mahupun yang berhubung dengan soal keagamaan.Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaan-pertanyaanberhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab bagi menentukan tarikh berpuasa danberhari raya. Banyak daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut datang dari penduduk di TanahMelayu mahupun dari Indonesia. Pandangan beliau mengenai tarikh kemunculan anak bulanRamadhan atau pun bila berlakunya gerhana matahari, sering kali disiarkan diakhbar-akhbartempatan. Selain itu beliau juga sangat mengambil berat tentang amal kebajikan di dalammasyarakatnya. Misalnya beliau sangat memberatkan pentingnya sesebuah masjid itumempunyai kiblat yang betul dan tepat mengikut hala Kaabah di Mekah. Beliau berpendapatbahawa sembahyang tanpa menghadapi arah kiblat yang tepat adalah tidak sah. Dengan itubeliau merasa bertanggungjawab bagi membetulkan kiblat masjib oleh kerana beliaumemahami Ilmu Falak.Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah sembahyang orang Islam, SyeikhTahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk menjadi pemeriksa kiblat diseluruhnegeri Perak. Beliau pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat banyak mihrab masjidyang tidak sehala dengan arah kiblat. Misalnya ketika beliau menjadi pemeriksa kiblatmasjid-masjid di Perak pada tahun 1900 beliau telah melapurkan bahawa terdapat banyakmasjid-masjid di Tanah Melayu tidak menuju hala kiblat yang tepat seperti mana yangberlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak. Selain itu didapati juga masjid-masjid di PulauPinang, masjid di Kuala Lumpur dan Masjid Sultan di Kampung Gelam, Singapura turuttidak mengikut hala kiblat yang betul. Ekoran dari timbulnya kekeliruan dalam hal berkaitandengan hala kiblat masjid, Syeikh Tahir telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan duabuah buku. Buku Pati Kiraan pada menentukan waktu yang Lima dan hal Kiblat denganLogarithma, diterbitkan di Singapura melalui al-Ahmadiah Press pada tahun 1938.Seterusnya pada tahun 1951 diterbitkan pula buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-kira padatakwim tarikh Hijrah dan Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii).
    • Keilmuan beliau dalam bidang Ilmu Falak menyebabkan beliau digelar sebagai Syeikh TahirJalaluddin Al-Falaki. Mengenai pentingnya ilmu falak itu beliau pernah menyatakan bahawa:“Ilmu Falak itu suatu ilmu yang mulia bagi menyukat, menimbang perjalanan bulan danmatahari”. Kenyataan beliau itu dilihat bersesuaian dengan sabda Rasul Allah yangmengatakan, “sebaik-baik hamba Allah itu mereka yang mengintai-intai matahari dan bulandan naung bagi mendirikan sembahyang”. Berdasarkan kepada sabda Nabi itu Syeikh Tahirsangat menitik beratkan kepentingan mempelajari Ilmu Falak. Pentingnya pengetahuan ilmuFalak bagi orang Islam dikatakan berkait rapat dengan soal kiblat dalam sembahyang,menentukan waktu sembahyang serta menetapkan tarikh berpuasa dalam bulan Ramadhandan berhari raya.Kemahiran Syeikh Tahir dalam bidang Ilmu Falak menunjukkan beliau mempunyai minatyang mendalam tentang Ilmu Hisab atau matematik. Beliau turut mengecam mereka-merekayang tidak mahu menghargai kepentingan Ilmu Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa danberhari raya. Menurut Syeikh Tahir penggunaan cara Hisab untuk menentukan tarikhberpuasa dan berhari raya adalah penting terutama jika berlaku cuaca buruk yang tidakmemungkinkan kelihatan anak bulan untuk menandakan hari mula berpuasa dan berhari raya.Menurut beliau bagi mereka yang tidak mahu menggunakan kaedah Hisab untuk menentukantarikh berpuasa dan berhari raya samalah juga mereka itu seperti manusia yang jahil.Kejahilan mereka menyebabkan mereka hanya mengikut pendapat orang hinggamenyebabkan berlaku puasa yang terdahulu sehari daripada sepatutnya dalam bulanRamadhan.Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib mempelajari arah kiblat, danwajib pula menyebarkan pengetahuannya itu. Mengenai hal ini beliau mengatakan:Tiada boleh `berijtihad’ pada kiblat itu melainkan orang yang ada celik matanya danmengetahui dalil-dalil kiblat seperti bintang-bintang, matahari dan bulan dan selemah-lemahnya angin dan sekuat-kuatnya khutub dan tiada boleh ia bersandar semata-mata sangkadengan tidak tanda dan dalil.Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang buta dikecualikan daripada mempelajaridalil kiblat demikian juga orang-orang celik yang tidak mampu mempelajarinya. Betapa punmereka harus mengikut petunjuk orang-orang yang arif tentang dalil kiblat.
    • Kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan diakhbar-akhbar mengenai banyaknya masjid-masjid di Tanah Melayu dan Sumatera yang tidak mengikut hala kiblat, akhirnyamenimbulkan kesedaran orang ramai. Kesannya di Tanah Melayu orang ramai juga turutmengakui banyak daripada masjid-masjid di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan lain-lain tidak mengikut hala kiblat yang betul. Mengenai keadaan ini seorang pembaca pernahmengulas:Kedudukan ugama kita adalah di dalam kucar kacir. Satu-satunya yang menjadi suasana didalam masyarakat ugama kita ialah masalah kiblat masjid dan masalah ini telah menjadi soalyang hangat di dalam masyarakat ugama kita.Meskipun kesan daripada persoalan kiblat ini membuka mata masyarakat tentang banyakkesilapan hala kiblat yang berlaku di masjid-masjid Tanah Melayu, namun pendedahan inimenimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pihak-pihak tertentu. Misalnya Syeikh Tahirpernah dibicarakan oleh mahkamah di Pulau Pinang oleh kerana beliau menjalankanpenyiasatan letak kiblat di masjid Pulau Pinang. Pendapat beliau juga pernah ditentang olehseorang pembaca akhbar yang menganggap soal kiblat itu tidak penting digembar-gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap kekiri atau kanan kiblat.Melihat kepada ramai lagi mereka yang tidak memahami Ilmu Falak dan kepentingannyadalam soal agama, beliau terus menyebarkan ilmunya walaupun ketika beliau sudah tua danuzur. Kegigihannya menyumbangkan tenaga untuk menyebarkan pengetahuan ini amat jelaskelihatan. Misalnya ketika beliau berusia 79 tahun beliau telah pergi ke Bangkok di Thailanduntuk mengajar kira-kira hala kiblat. Menjelang usia 83 tahun, Syeikh Tahir dijemput pulaoleh pihak Jabatan Agama Johor untuk mengajar Ilmu Falak kepada kakitangan jabatan itu.Ini dilakukan selama enam bulan dengan berulang alik dari Kuala Kangsar ke Johor Baharu.
    • SHIEKH TAHIR JALALUDDINRiwayat hidup1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad bin AhmadJalaluddin2. Beliau dilahirkan di Angkik, Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia padatahun 1869 Masihi.3. Bapanya, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali juga dengan gelaran SheikhLanggang bin Ahmad Jalaluddin adalah seorang ulama terkenal.4. Sheikh Tahir Jalaluddin menetap di Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1900 Masihisetelah menetap di Makkah selama kirakira 12 tahun kerana menuntut ilmu.5. Sheikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26 Oktober, tahun 1956.Sifat-sifat peribadi1. Sheikh Tahir Jalaluddin seorang yang berbudi pekerti mulia, gigih, serta berani dalamperjuangan.2. Beliau mempunyai asas pengetahuan agama yang kukuh, dan ahli falak yang mahir.3. Di samping itu, Sheikh Tahir Jalaluddin juga terkenal sebagai pemidato yang baik.Pendidikan1. Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut ilmu agama di Makkah selama 12 tahun.2. Pada tahun 1893 ketika berusia 24 tahun, beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidangilmu falak di Universiti Al-Azhar, Mesir.3. Setelah tamat pengajian di Mesir, beliau kembali ke Makkah untuk mengajar ilmu agama
    • selama dua tahun.4. Pada tahun 1899, Sheikli Tahir Jalaluddin pulang ke tanah air dan mula mengembangkanpembaharuan dalam kefahaman Islam.5. Pemikiran beliau sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh Sheikh Muhammad Abduh danSyed Jamaluddin Al-Afghani, terutamanya ketika Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut diUniversiti AlAzhar. Mereka sama-sama memperjuangkan semangat pembaharuan dalamGerakan Al-Tajdid Wal-Islah.Sumbangan dan jasa-jasa1. Hasil usaha gigih Sheikh Tahir Jalaluddin, sebuah majalah yang dinamakan "Al-Imamtelah diterbitkan pada tahun 1906 yang mencetuskan semangat kemerdekaan daripadacengkaman panjajah.2. Beliau menupakan pelopor pembaharuan gerakan Islam yang berteraskan al-Quran dan As-Sunnah dan berusaha membebaskan pemikiran sempit umat Islam.3. Sheikh Tahir Jalaluddin gigih berusaha menyedarkan umat Islam serta mengajak merekaberusaha mendapatkan ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan.Kesan pemikiran1. Usaha-usaha Sheikh Tahir Jalaluddin menyedarkan masyarakat tentang pentingnya umatIslam membebaskan diri daripada kongkongan kepercayaan khurafat serta taklid membutatuli.2. Semangat penjuangan untuk kemerdekaan juga ditiup oleh Sheikh Tahir Jalaluddin melaluigerakan pembaharuan bersama rakan-rakan seperjuangan beliau.3. Propaganda barat terhadap Islam serta pemikiran barat yang mengelirukan umat Islamtelah dapat ditangkis dengan hujah-hujah daripada al-Quran melalui kitab yang beliau tulisseperti "Al-Islam Warradu Ala Muntaqidihi .
    • 4. Pembaharuan beliau ialah meninggalkan kesan terhadap kemajuan pendidikan baik diperingkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi, dengan memasukkan sukatanpelajaran bagi ilmu pengetahuan yang sebelumnya tiada.5. Pemikinan beliau bukan sahaja tersebar luas di seluruh alam Melayu malahan juga diSumatena, Sulawesi, Jawa, dan Kalimantan.Hash karya1. Sheikh Tahin Jalaluddin membeni sumbangan bermakna kepada penerbitan majalah "Al-Unwati Al-Wuthuqa.2. Beliau juga mengarang kitab "Al-Islam Wan Nasraniah maal Ilmi wal Madaniah.3. Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama "Al-Islam WannadduAla Munta