Your SlideShare is downloading. ×
0
×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Set induksi

3,453

Published on

2 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
3,453
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
133
Comments
2
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Muhammad Syahir bin Aripin Muhammad Akmal Hakim bin Sabtu Muhammad Asyraf bin Salleh Muhammad bin Ishak
  • 2.   Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.  Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Definisi Set Induksi
  • 3.   Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
  • 4.   Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya.
  • 5.   Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.
  • 6.  Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut: i) Mendapatkan perhatian murid. ii) Memotivasikan murid-murid. iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas. iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan. v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid. Objektif
  • 7.  Set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Apa itu set induksi dan tujuannya?
  • 8.   Menarik perhatian pelajar.  Menimbulkan minat, rasa ingin tahu.  Menerangkan kepentingan terhadap perkara yang akan diajar kepada pelajar.  Menyediakan set mental, emosi, dan fizikal pelajar untuk belajar. Tujuan
  • 9.   Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut: i) Bermakna Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur. ii) Perkaitan Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran. iii) Perkaitan Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. Prinsip-prinsip Panduan
  • 10.  Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur. i) Menarik Perhatian Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur- unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid. Komponen-komponen Set Induksi
  • 11.  ii) Mewujudkan Motivasi Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid- murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).
  • 12.  iii) Perkaitan Kognitif Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.
  • 13.  iv) Menstruktur Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, “Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian- bahagian itu dengan teliti”.
  • 14.  1. Berikan situasi yang anda rancangkan. 2. Pernyataan perkara itu perlu ada kaitan dengan isi pelajaran pada hari tersebut. 3. NYATAKAN objektif pelajaran anda. Langkah-langkah menjalankan set induksi
  • 15.   Guru dapat menfokus perhatian pelajar kepada apa yang akan dipelajari.  Guru memulakan pengajaran secara menarik dan sesuai.  Guru dapat membina kerangka rujukan atau objektif pelajaran.  Guru berupaya memberi makna kepada konsep atau prinsip baru.  Guru berupaya membangkitkan minat pelajar. Perhatian penting
  • 16.   Guru berupaya meningkat penglibatan pelajar.  Guru berjaya menimbulkan motivasi pelajar.  Guru menggunakan pelbagai cara untuk memotivasikan pelajar.  Set induksi ringkas dan padat.
  • 17.  Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran
  • 18.  Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut: i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi. ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep. iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.
  • 19.  iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi. vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

×