Practicum hand book for dummies untuk panduan pelajar prakt

686 views
433 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
686
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
7
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Practicum hand book for dummies untuk panduan pelajar prakt

  1. 1. 1 MENTORING PRAKTIKUM untuk pensyarah penyelia
  2. 2. 2 1.0 Pengenalan Latihan mengajar, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Internship merupakan komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi Pendidikan guru serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara. Menurut Britzman (1991), latihan mengajar sering dilaporkan oleh guru pelatih sebagai satu program latihan yang amat penting dan berharga untuk mereka dalam menyediakan diri untuk mengajar. Melalui program ini , pelajar diberikan peluang untuk mengaplikasikan ilmu (teori) dan kemahiran (amalan) yang diterima semasa pengajian di IPG dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Selain itu, pelajar dapat mengalami sendiri pengalaman menguruskan kegiatan luar dan kegiatan kokurikulum, yang dapat memberikan banyak manfaat kepada pembentukan sahsiah guru. 1.2 Konsep Program amalan profesional perlu dilihat sebagal satu kesinambungan kepada latihan perguruan praperkhidmatan di IPG. 1.3 Rasional Program amalan profesional yang dirangka berdasarkan peringakat (semester) menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam amalan pengajaran pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran pembelajaran yang tersendiri .Program ini sangat menekankan pembentukan ilmu binaan hasil pengalaman dan proses refleksi dan penambahbaikan secara berterusan. Pelajar semestinya boleh menggunakan kreativiti bagi menghasilkan iImu binaan (situational knowledge) dan inovasi yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu profesional perguruan mereka . Melalui program latihan praktik yang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat developmental, pelajar dapat membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan. Menurut B. G. Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi dan komunikasi antara guru dengan pelajar dan di antara pelajar dengan pelajar. Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran ini berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa ia akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Semasa pelaksanaan amalan profesional, bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian. Hal ini kerana latihan ini memerlukan pelajar memahami perkara- perkara yang berkaitan dengan proses pelaksanaan dan bagaimana mengaplikasikan teori ke dalam dunia realiti pengajaran dan pembelajaran.
  3. 3. 3 1.4 Matlamat Program amalan profesional membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang profesional. Amalan profesional juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah. Program ini juga adalah untuk melahirkan insan guru yang profesional, dan memiliki sahsiah guru yang unggul dan bukan sebagai guru bilik darjah semata-mata. Oleh yang demikian, program amalan profesional perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu serta melibatkan usaha sama antara IPG, JPN dan sekolah. 1.5 Objektif 1.5.1 Melalui program amalan profesional, diharapkan pelajar akan dapat: (i) memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai profesional perguruan (ii) membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta dan kreativiti (iii) meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid (iv) menyesuaikan diri dengan budaya sekolah (v) menyepadukan teori dengan amali dalam pengajaran pembelajaran (vi) menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran (vii) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran, seterusnya memperkembangkan potensi mereka sebagai guru (viii) membuat refleksi/renungan, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek tugas guru dan (ix) membina teori tersendiri (peribadi), ilmu binaan, dan seterusnya ilmu profesional perguruan. 1. 5.2 Melalui program amalan profesional ini juga, pihak IPG dan sekolah dapat: (i) memberi bimbingan secara menyeluruh yang merangkumi semua aspek pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah (ii) mengeratkan hubungan profesional antara IPG dengan sekolah melalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks pengajaran pembelajaran dan (iii) menilai prestasi pelajar semasa program amalan profesional.
  4. 4. 4 1.6 Pelaksanaan Program Amalan Profesional Program amalan profesional bagi latihan perguruan praperkhidmatan dilaksanakan seperti dalam Jadual 1.1. Program Tempoh Pelaksanaan Program Amalan Profesional Pengalaman Berasaskan Sekolah Praktikum Internship PBS 1 PBS 2 PBS 3 PBS 4 Prakt 1 Prakt 2 Prakt 3 Internship Tempoh 1 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu 4 minggu 8 minggu 12 minggu 4 Minggu Semester 1 2 3 4 5 6 7 8 Kredit - 2 4 6 2 Jadual 1.1: Pelaksanaan Amalan Profesional 1.7 Syarat Penentuan Keputusan Prestasi pelajar dalam amalan profesional diputuskan mengikut gred yang ditetapkan dalam Syarat dan Peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru (LPPG). (i) Penentuan lulus adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut: - Kehadiran 100 % dalam amalan profesional - Mencapai tahap minimum dalam penilaian akhir amalan profesional - Menunjukkan sikap positif terhadap profesion perguruan (ii) Penentuan cemerlang adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut: - Lulus dan mendapat markah 90% dan ke atas dalam keseluruhan amalan profesional - Menunjukkan sikap positif terhadap profesion perguruan - Menunjukkan usaha ke arah inovasi dan kreativiti - Pencalonan dibuat 2 minggu selepas tamat internship (iii) Penentuan gagal adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut: - Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan dalam kategori lulus. - Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan bimbingan yang diberikan. - Pelajar masih tidak menghiraukan amaran secara bertulis sebanyak tiga kali. - Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan kesalahan.
  5. 5. 5 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
  6. 6. 6 2.0 Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. 2.2 Objektif Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat: (i) memahami budaya sekolah (ii) menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah (iii) mendapat pendedahan awal pembelajaran murid (iv) memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran (v) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah (vi) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah (vii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal (viii) membina sikap positif terhadap profesion keguruan (ix) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru (x) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas dua minggu program PBS dilaksanakan . 2.3 STRATEGI PELAKSANAAN (i) Tempoh Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1.
  7. 7. 7 Program Semester Tempoh Penempatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 1 1 Minggu Sekolah Rendah 2 1 Minggu Sekolah Rendah 3 1 Minggu Sekolah Rendah 4 1 Minggu Sekolah Rendah Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (ii) Penempatan Pelajar ditempatkan di sekolah rendah tertentu dan diuruskan oleh jabatan mata pelajaran major/elektif masing-masing dengan kerjasama Penyelaras PISMP dan Unit Praktikum IPG. (iii) Prosedur Pelaksanaan a) IPG akan memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tentang program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). b) IPG akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar. c) IPG akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pengurus sekolah (sebelum PBS 1 bermula). d) IPG akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar. e) IPG menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar. f) Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/ elektif memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi selepas PBS. g) Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat. (rujuk Jadual 2.2).
  8. 8. 8 Semester Tugasan Penyeliaan dan Penilaian 1 Pengajian Profesional Jabatan Ilmu Pendidikan 2 Subjek major Jabatan subjek major 3 Elektif 1 Jabatan subjek elektif 1 4 Elektif 2 Jabatan subjek elektif 2 Jadual 2.2: Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester (iv) Bidang Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah a) Pelajar dikehendaki membuat tugasan berdasarkan semua aspek yang ditetapkan oleh Jabatan Ilmu pendidikan dan jabatan mata pelajaran major/elektif masing- masing berdasarkan semester yang ditetapkan. b) Cadangan tugasan PBS bagi semester 1 hingga semester 4 disediakan dalam Lampiran 7A, 7B, 7C dan 7D. c) Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan mata pelajaran major dan Jabatan mata pelajaran elektif hendaklah menyesuaikan tugasan PBS berdasarkan persoalan yang dicadangkan di dalam Lampiran 7A, 7B, 7C dan 7D. 2.4 Kehadiran a) Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib. b) Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan doktor/pegawai perubatan. c) Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPG. d) Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan.
  9. 9. 9 2.5 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB (i) Pelajar: a) Menghadiri taklimat PBS b) Memahami objektif PBS c) Melaksanakan tugasan PBS d) Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS e) Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPG dan peraturan sekolah f) Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah g) Berbincang dengan guru tentang tugas yang dilaksanakan di sekolah h) Bersama mentor sebagai pembantu dalam pelaksanaan pengajaran pembelajaran di bilik darjah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh PBS. i) Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas sebagai bahan refleksi. j) Mendokumentasikan segala hasil tugasan dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio individu. k) Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS. l) Menyerahkan hasil tugasan PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu Pendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk perbincangan, bimbingan dan penilaian. (ii) Sekolah a) Mengenal pasti dan melantik guru terlatih yang berpengalaman sebagai mentor untuk membantu pelajar yang menjalani PBS b) Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah c) Bekerjasama dengan pihak IPG dalam menjayakan program PBS d) Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran sekolah/pengajaran/aktiviti bimbingan guru yang berpengalaman e) Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi menyempurnakan tugasan PBS f) Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah
  10. 10. 10 g) Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan mengesahkan Borang Kehadiran PBS h) Menilai kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan Perkembangan Pelajar (rujuk Lampiran 1-8 dan 1-9) i) Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar j) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS dilaksanakan dengan sempurna k) Melibatkan pelajar sebagai pembantu guru sahaja dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh PBS (iii) IPG (Unit Praktikum, Jabatan dan Penyelaras PISMP) a) Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan Pelaksanaan PBS b) Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar untuk PBS c) Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang terlibat. d) Memastikan tugasan PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang mencukupi diberikan kepada pelajar e) Memberikan taklimat kepada pihak sekolah dan pelajar berhubung dengan konsep, objektif dan tugasan dalam pelaksanaan PBS f) Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakan g) Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan h) Memastikan pelajar membuat tugasan dan menyerahkan kepada pensyarah mata pelajaran yang berkaitan untuk dinilai i) Menetapkan satu sesi refleksi dua minggu selepas Laporan PBS disiapkan sebagai ruang untuk pembentangan, perbincangan dan penilaian. j) Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPG dengan sekolah k) Menyediakan laporan bertulis tentang kes-kes khas pelajar kepada pihak IPG dengan segera 2.6 Panduan menulis pernyataan profesional/kontrak tugasan 2.6.1 Pengenalan Pernyataan profesional/kontrak tugasan merujuk kepada harapan/tugasan yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.
  11. 11. 11 2.6.2 Tujuan Pernyataan Profesional i. Menyatakan fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas ii. Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik iii. Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan iv. Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/ penambahbaikan 2.6.3 Pernyataan Profesional a. Sebelum PBS i. Kenal pasti fokus utama tugasan ii. Tujuan tugasan iii. Merancang strategi pelaksanaan iv. Instrumen penilaian b. Semasa PBS i. Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancang ii. Mengumpul data iii. Merekod c. Selepas PBS (refleksi) i. Menganalisis data ii. Menilai iii. Melapor d. Penilaian Pernyataan Profesional (pencapaian objektif fokus tugasan) e. Pencapaian objektif f. Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan 2.7 Panduan Penyediaan Portfolio - Pengalaman Berasaskan Sekolah 2.7.1 Pengertian Portfolio Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar. Bahan porfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian porfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani , intelek, sosial dan estetika ( JERISE ). Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara negara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat memberangsangkan untuk menilai pelajar.
  12. 12. 12 Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa yang mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Penilaian berportfolio ini amat wajar untuk diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan . Porfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer ( 1991 ), porfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran. Merujuk kepada amalan profesional Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi: i. Pengetahuan ii. Kemahiran iii. Pengalaman iv. Kelayakan v. Matlamat dan pencapaian Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif. (Shulman, 1992). 2.7.2 Tujuan Portfolio i. Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS ii. Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai iii. Perkembangan profesionalisme pelajar. iv. Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan dan pengalaman baru. v. Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik dan profesional. 2.7.3 Ciri-Ciri Portfolio i. Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri. ii. Hasil yang dibuat sendiri oleh pelajar – menghargai usaha dan diri sendiri. iii. Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa. iv. Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan. 2.7.4 Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio i. Menyediakan portfolio yang bermakna dan kemas kini berdasarkan senarai semak. ii. Menyerahkan portfolio kepada pensyarah untuk disemak selepas PBS.
  13. 13. 13 2.8 Pengalaman berasaskan sekolah - senarai semak penyediaan portfolio Bil Tajuk Item Tandakan  1 Biodata (ditulis dalam helaian berasingan) 1.1) Nama 1.2) No. Kad Pengenalan 1.3) Major dan Ambilan 1.4) Tarikh PBS 2 Pernyataan Profesional / Kontrak Tugas (Lampiran 1) 2.1) Penyataan sebelum PBS 2.2) Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus 2.3) Penilaian dan laporan 3 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan (yang mana sesuai mengikut keperluan) 3.1) Pemerhatian 3.2) Senarai semak 3.3) Temu bual 3.4) Soal selidik 4 Kolaborasi (Lampiran 3) 4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah 4.2) Perbincangan dengan mentor 4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain 4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah 4.5) Interaksi dengan murid 5 Ilmu/Pengetahuan Baru 5.1) Pemerhatian
  14. 14. 14 Melalui 5.2) Senarai Semak 5.3) Temu bual 5.4) Soal selidik 5.5) Pengalaman di bilik darjah (Lampiran 6) 6 Refleksi (Lampiran 5) 6.1) Aktiviti 6.2) Perbincangan/Interaksi 7 Laporan Akhir Ulasan Pensyarah: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _________________________________________ Tandatangan : __________________________ Nama : ______________________________________________ Tarikh : __________________________
  15. 15. 15 2.9 Pengalaman Berasaskan Sekolah - Rekod Kolaborasi/Interaksi/Perbincangan Nama Pelajar : Tandakan  PBS No. Kad Pengenalan: 1 Opsyen/Ambilan: 2 Sekolah ditempatkan 3 Rekod Kolaborasi/Interaksi/Perbincangan 4 Bil. Tarikh /Masa Nama Guru/Indfividu Yang Ditemui/Perkara Dibincang Catatan 2.10 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH - PENULISAN REFLEKSI 2.10.1 Definisi Refleksi  Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)  Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.  Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif. 2.10.2 Tujuan Refleksi  Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.  Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.  Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.
  16. 16. 16  Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan 2.10.3 Ciri-ciri Refleksi  Bermula dengan mengingat kembali  Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu  Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)  Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif 2.11 Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBS Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah: Hendaklah dilaksana selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan:  Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?  Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?  Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ?  Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?
  17. 17. 17 2.11.1 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH - AMALAN REFLEKSI Nama Pelajar : Tandak an  PBS No. Kad Pengenalan: 1 Opsyen/Ambilan: 2 Sekolah ditempatkan 3 AMALAN REFLEKSI 4 1. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan: 1.1 Kekuatan: 1.2 Kelemahan: 2. Cadangan Penambahbaikan: (Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)
  18. 18. 18 2.12 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1 (PENGAJIAN PROFESIONAL-ILMU PENDIDIKAN ) CONTOH AKTIVITI PROFESIONAL 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat umum mengenai sekolah yang disenaraikan di dalam borang berikut Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah 2 No. telefon sekolah 3 Alamat e-mail/web Sekolah 4 Lokasi 5 Nama Guru Besar 6 Nama GPK 1 7 Nama GPK HEM 8 Nama GPK Kokurikulum 9 Nama Penyelia Petang 10 Gred Sekolah 11 Bilangan Guru Lelaki: Perempuan: 12 Kelayakan Profesional Guru Siswazah: Bukan Siswazah: 13 Bilangan Kelas 14 Purata Saiz Kelas 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain- lain Lelaki Perempuan 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda mengenai sekolah ini
  19. 19. 19 2. Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah (Gunakan helaian tambahan jika perlu) i. Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran. ii. Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan. iii. Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid? iv. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT ? v. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran? vi. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu
  20. 20. 20 2.13 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2 ( SUBJEK MAJOR) CONTOH AKTIVITI PROFESIONAL Pengurusan Bilik Darjah Arahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan mata pelajaran major. Fokuskan pemerhatian anda dengan berpandukan soalan-soalan berikut: 1. Bagaimanakah perhatian murid dibina dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran pembelajaran? 2. Bagaimanakah murid dilibatkan dalam aktiviti perbincangan? 3. Bagaimanakah pengukuhan terhadap setiap isi pelajaran dilaksanakan? 4. Bagaimanakah cara guru memberikan arahan yang jelas kepada murid? 5. Bagaimanakah murid digerakkan untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan? 6. Bagaimanakah guru menangani gangguan luar jangkaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan? 7. Bagaimanakah guru menangani masalah tingkah laku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran? 8. Adakah peraturan bilik darjah disediakan ? Jika ada, adakah peraturan itu dilaksanakan secara berkesan ? 9. Adakah aktiviti berkumpulan dijalankan? Jika ada, bagaimanakah aktiviti kumpulan diuruskan dan dilaksanakan? 10. Bagaimanakah sesi pengajaran dan pembelajaran ditamatkan? 2.14 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 3 CONTOH AKTIVITI PROFESIONAL A. Pembelajaran Murid Arahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Fokuskan pemerhatian anda dengan berpandukan soalan-soalan berikut: a) Apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru? b) Bagaimanakah guru memastikan objektif yang ditetapkan itu tercapai? c) Bagaimanakah guru dapat mengesan pembelajaran telah berlaku?
  21. 21. 21 d) Bagaimanakah guru melaksanakan pembelajaran berdasarkan perbezaan individu murid? B. Masalah Pembelajaran Murid Arahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kenal pasti beberapa orang murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Fokuskan pemerhatian anda dengan berpandukan soalan-soalan berikut: a) Huraikan secara ringkas masalah pembelajaran murid yang anda kenal pasti. b) Laksanakan sesi temu bual dengan murid berkenaan untuk mendapatkan maklumat dan memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah yang dikenal pasti. c) Senaraikan jenis dan punca yang menyebabkan masalah pembelajaran itu berlaku. d) Cadangkan apakah tindakan yang anda dapat laksanakan untuk membantu mengatasi masalah murid tersebut? Nota: Sila berbincang dan mendapatkan bimbingan daripada mentor dan guru-guru lain yang terlibat secara langsung dengan murid yang terlibat dengan masalah yang dikaji. 2.1.5 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 4 CONTOH AKTIVITI PROFESIONAL A. Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran Arahan: Buat pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi dua orang guru. Fokuskan pemerhatian anda dengan berpandukan pernyataan/aspek- aspek berikut dan buat catatan: Teknik penyoalan guru a) Cara guru memberikan penerangan b) Penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran c) Respons guru terhadap hasil kerja murid d) Penggunaan papan tulis, papan kenyataan dan persekitaran pembelajaran e) Pelaksanaan aktiviti kelas, kumpulan dan individu f) Hubungan mata ke mata (eye-contact) dan intonasi suara guru g) Kemahiran-kemahiran lain yang dikenal pasti
  22. 22. 22 IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT BORANG KEHADIRAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Sekolah : ___________________________________________________________________________ Alamat Sekolah : ___________________________________________________________________________ Tarikh PBS : ______________________ hingga ____________________________ Bil Nama Pelajar No. KP Major Tarikh 1 2 3 4 5 6 Catatan: * Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini kepada Ketua Unit Praktikum IPG selepas tamat Pengalaman Berasaskan Sekolah * Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil/kenyataan cuti sakit atau surat kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah IPG Tandatangan Ketua Kumpulan : _____________________ Nama : ______________________________________________________ Tarikh : __________________________ Pengesahan Guru Besar: Tandatangan _________________________Tarikh : ____________________ Cop Sekolah
  23. 23. 23 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR (Diisikan oleh Pengurus Sekolah) Nama Pelajar : ____________________________No. K.P. : ___________________________ Major : _____________________________ Ambilan : ___________________________ Tandakan () Aspek Lemah Sederhana Baik Ulasan Sahsiah dan Perwatakan a) Penampilan diri b) Pekerti c) Keprihatinan d) Sifat/Peribadi sebagai pendidik Komunikasi Berkesan: Berinteraksi secara beretika b) Keupayaan memerhati, berbincang dan membuat refleksi c) Berupaya menyampaikan idea secara berkesan Budaya Profesional Guru: Berupaya membina hubungan positif dengan warga sekolah b) Sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu, bimbingan dari mentor dan guru-guru lain c) Komited terhadap tugasan yang diberikan oleh IPG Tandatangan Guru Besar ________________________ Tarikh ____________________
  24. 24. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 PRAKTIKUM
  25. 25. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 PRAKTIKUM 3.1 KONSEP Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM. 3.2 OBJEKTIF Melalui program praktikum ini, pelajar dapat: a) menyepadukan teori dengan amali pengajaran pembelajaran b) mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran pembelajaran c) mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai d) merancang dan melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berpasangan dan individu e) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran f) memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai- nilai profesionalisme kerguruan; g) memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri h) mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses pengajaran pembelajaran i) menguasai kemahiran fasilitator dan j) menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. 3.3 PROSEDUR PELAKSANAAN (i) Syarat Pelajar dikehendaki menyempurnakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan bagi setiap semester. Rujuk Jadual 3.1. (ii) Penempatan Penempatan pelajar dibuat secara permuafakatan antara IPG dan sekolah dengan persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
  26. 26. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Pelajar ditempatkan di sekolah rendah. (iii) Tempoh Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam struktur kursus. Rujuk Jadual 3-1. (iv) Bilangan Waktu Mengajar Minimum 8 waktu mengajar seminggu Maksimum 12 waktu mengajar seminggu Pelajar major Prasekolah dikehendaki mengajar 2 hari pengajaran sepenuhnya dalam seminggu. Pelajar wajib mengajar mata pelajaran major dan dua mata pelajaran elektif. Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang tempoh praktikum. Pelajar major Prasekolah perlu mengajar secara berpasangan bagi satu hari pengajaran penuh sekurang-kurangnya sekali seminggu sepanjang tempoh praktikum. (v) Bilangan Penyeliaan Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal. Bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang praktikum. Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan. Penyeliaan bersama antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing perlu dijalankan dua minggu sebelum tamat praktikum. Jadual 3.1 ialah panduan agihan penyeliaan praktikum untuk pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Penyeliaan perlulah melibat pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Praktikum Mata Pelajaran Pra penyeliaan IPG Sekolah Penyeliaan Bersama Jumlah Praktikum 1 (4 minggu) Major 1 1 2 1 5 Praktikum 2 Major 1 3 4 1 9
  27. 27. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 (8 minggu) Elektif 1 2 2 1 5 Elektif 2 2 2 4 Praktikum 3 (12 minggu) Major 1 3 4 1 9 Elektif 1 2 2 1 5 Elektif 2 2 2 4 Jadual 3.1 : Agihan Penyeliaan 3.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB (i) Pelajar a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum b) Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum c) Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa praktikum d) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf sokongan di sekolah e) Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–maklumat lain kepada pensyarah major dan elektif sebelum prapenyeliaan f) Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPG dan peraturan sekolah g) Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di sepanjang tempoh praktikum h) Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan i) Melengkapkan dan menghantarkan borang kehadiran praktikum ke Unit Praktikum pada setiap bulan j) Mendapatkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran k) Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajar l) Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap mengikut format sebelum melaksanakan pengajaran m) Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang pengajaran n) Melaksanakan pengajaran secara berpasangan pada setiap minggu dengan mempelbagaikan strategi pengajaran pembelajaran (Rujuk Lampiran 2-2) o) Mengamalkan penulisan jurnal reflektif berdasarkan isu atau masalah yang kritikal semasa praktikum. Penulisan Jurnal dibuat berdasarkan tempoh masa yang diambil
  28. 28. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang difokuskan (Rujuk Lampiran 2-3 dan 2-3A) p) Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu komponen kokurikulum (Rujuk Lampiran 2-4) q) Melengkapkan, mengemaskinikan dan menyerahkan portfolio amalan profesional kepada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing pada setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan r) Menghantar satu salinan Borang Kehadiran Praktikum kepada Ketua Unit Praktikum IPG s) Mengisi Borang Refleksi Praktikum dalam minggu pertama pelajar kembali ke IPG selepas tamat praktikum. (ii) Pensyarah Pembimbing a) Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada Pengarah IPG b) Menghadiri taklimat praktikum yang dikendalikan oleh Unit Praktikum c) Berbincang dengan pelajar tentang urusan bimbingan dan penyeliaan praktikum d) Merancang jadual bimbingan dan penyeliaan praktikum e) Mengadakan perbincangan dengan pengurus sekolah dan guru pembimbing secara berterusan untuk menjalinkan hubungan profesional f) Melaporkan kemajuan dan kes-kes disiplin pelajar dari semasa ke semasa kepada Unit Praktikum g) Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran, penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum dengan menggunakan senarai semak yang ditetapkan. h) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini i) Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh praktikum j) Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan Unit Praktikum dengan menggunakan borang yang ditetapkan k) Menyemak dan mengesahkan buku persediaan mengajar pelajar l) Memberi bimbingan berasaskan prinsip-prinsip pencerapan klinikal (Rujuk (Lampiran 2-5) m) Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual penyeliaan yang telah dicadangkan n) Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian kokurikulum o) Bekerjasama dengan guru pembimbing dalam semua aspek pelaksanaan praktikum p) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang q) Melengkapkan borang bimbingan (PR1) dan menyerahkan salinan asal kepada pelajar
  29. 29. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 r) Pensyarah major dan elektif wajib membuat rumusan prestasi praktikum setiap pelajar bersama-sama guru pembimbing major atau elektif dengan menggunakan Borang Penilaian Prestasi (PR2) s) Menyerahkan Borang Penilaian Prestasi (PR2) yang lengkap dan kemaskini kepada Ketua Unit Praktikum . (iii) Guru Pembimbing a) Menghadiri taklimat praktikum dan kursus yang dijalankan oleh IPG b) Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagai guru pembimbing c) Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam aspek pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah :  Jadual waktu  Sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru  Rancangan kerja semester dan persediaan mengajar harian  Sumber pengajaran pembelajaran  Proses pengajaran pembelajaran  Pengajaran berpasangan  Amalan pemulihan dan pengayaan di dalam pengajaran pembelajaran  Teknik penyoalan  Pentaksiran dan penilaian murid  Pengurusan bilik darjah  Penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif  Pengelolaan (perancangan, pelaksanaan dan penilaian kokurikulum)  Hal-hal lain yang berkaitan d) Memberi peluang kepada pelajar memerhati pengajaran e) Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan mengajar pelajar f) Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran, penulisan jurnal reflektif dan pembinaan portfolio praktikum dengan menggunakan senarai semak yang ditetapkan g) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang h) Menyelia pengajaran pelajar berdasarkan prinsip pencerapan klinikal dengan menggunakan borang bimbingan (PR1) i) Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini j) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai kemajuan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang tempoh amalan profesional k) Memantau kehadiran pelajar sepanjang tempoh praktikum l) Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas ( cemerlang, gagal, masalah disiplin) pelajar kepada pihak IPG dengan segera
  30. 30. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 m) Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah pembimbing dengan menggunakan Borang Penilaian Prestasi (PR2) (iv) Pengurus Sekolah a) Menghadiri taklimat pengurusan praktikum yang dijalankan oleh pihak IPG b) Jawatankuasa Praktikum di peringkat sekolah c) Mencalonkan guru pembimbing dalam kalangan guru terlatih yang berpengalaman dan sanggup membimbing pelajar sepanjang tempoh praktikum d) Memberi taklimat kepada pelajar tentang: e) Sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah f) Tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf sokongan g) Latar belakang murid dan masyarakat setempat h) Tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolah i) Pengelolaan gerak kerja kokurikulum j) Maklumat-maklumat lain yang berkaitan k) Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajar l) Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka. m) Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPG tentang pelajar yang: n) Menunjukkan prestasi cemerlang o) Tidak menjalankan tugas dengan memuaskan p) Tidak hadir tanpa sebab. q) Terlibat dengan kes-kes disiplin r) Menghadapi masalah kesihatan dan kemalangan s) Menyemak dan mengesahkan rancangan pengajaran pelajar t) Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang Kehadiran Praktikum u) Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berterusan kepada pelajar, berdasarkan jadual kerja penyeliaan yang disediakan v) Mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar w) Memastikan segala proses berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan praktikum dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan x) Memastikan pelajar dilibatkan sebagai pembantu guru dalam salah satu komponen kokurikulum sama ada kelab/persatuan, unit beruniform atau sukan/permainan (v) Pasukan Pengurusan Praktikum a) Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan oleh BPG KPM
  31. 31. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 b) Merancang dan menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikum c) Menguruskan surat pelantikan guru pembimbing dengan pihak JPN d) Merancang dan menguruskan penempatan pelajar dan pensyarah pembimbing e) Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan praktikum kepada pelajar, pensyarah pembimbing dan pihak sekolah f) Merancang dan menguruskan kursus pementoran untuk pensyarah pembimbing dan guru pembimbing g) Memastikan kelancaran pelaksanaan program praktikum h) Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen dan rekod praktikum i) Melaksanakan sesi refleksi praktikum dalam minggu pertama pelajar kembali ke IPG j) Membuat analisis dan rumusan refleksi praktikum k) Menguruskan dan membentangkan keputusan praktikum untuk disahkan oleh JKIAPIPG sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan l) Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes amalan profesional untuk dibawa ke JKIAPIPG m) Menyediakan laporan tahunan praktikum untuk kegunaan IPG n) Membantu Unit Kewangan IPG menguruskan borang tuntutan elaun guru pembimbing dan pelajar o) Menyediakan Laporan Pelaksanaan Praktikum Pelajar dan menghantarkannya kepada BPG p) Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru (JKIAPIPG) q) Menentukan dasar amalan profesional dilaksanakan r) Menjalankan pemantauan pelaksanaan amalan profesional s) Menjalankan penyeliaan rentasan ke atas pelajar yang dicadangkan sebagai kes gagal dan kes berpotensi cemerlang. t) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh amalan profesional, gagal dan disiplin serta mengambil tindakan sewajarnya u) Mengesahkan kehadiran dan keputusan amalan profesional 3.5 KEHADIRAN PRAKTIKUM a) Pelajar diwajibkan hadir 100% semasa praktikum b) Pelajar dikehendaki melengkapkan praktikum sekiranya kehadiran kurang 100% c) Perkara-perkara yang membolehkan pelajar tidak hadir praktikum hanya dengan kebenaran Pengarah IPG tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari praktikum ialah : i. Pelajar jatuh sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan ii. Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah iii. Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian iv. Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan v. Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPG
  32. 32. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% “dengan kebenaran” adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Kehadiran Praktikum Tindakan 90% ke atas JKIAPIPG akan menentukan sama ada pelajar perlu melengkapkan kehadiran praktikum atau tidak. 70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran praktikum. Kurang daripada 70% Pelajar wajib mengulang keseluruhan praktikum. Jadual 3.2: Tindakan Bagi Kes Kehadiran Praktikum Kurang Daripada 100% Kehadiran praktikum yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak berkuasa tatatertib IPG untuk diambil tindakan. 3.6. PENANGGUHAN PRAKTIKUM a) Penangguhan praktikum tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Pengarah Pendidikan Guru. Permohonan penangguhan hendaklah dibuat kepada Pengarah IPG. b) Penangguhan tidak boleh melebihi tempoh satu tahun dari tarikh berkuat kuasa penangguhan praktikum c) Pelajar dibenarkan menangguh praktikum sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian d) Pelajar mesti melaporkan diri ke institut asal mereka selepas tamat tempoh penangguhan yang dipohon untuk meneruskan praktikum e) Elaun tidak akan dibayar dalam masa penangguhan praktikum. Elaun hanya akan dibayar semula bermula daripada tarikh pelajar melaporkan diri f) Pelajar tidak dibenarkan bertukar pusat latihan dan diletakkan di bawah bimbingan dan penyeliaan IPG asal masing-masing kecuali mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Guru. 3.7 KES GAGAL PRAKTIKUM a) Pelajar yang gagal praktikum perlu disahkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru (JKPPIPG). b) Pelajar yang gagal praktikum dikehendaki mengulang Praktikum 3 sahaja. c) Pelajar yang gagal praktikum diberi peluang mengulang praktikum sekali sahaja.
  33. 33. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 3.8 SYARAT TAKSIRAN PRESTASI PELAJAR DALAM PRAKTIKUM a) Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar adalah berdasarkan kepada bimbingan dan penilaian formatif dan sumatif. b) Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing dengan menggunakan borang bimbingan (PR1). c) Pensyarah pembimbing dan guru pembimbing akan membuat rumusan prestasi pelajar dengan menggunakan Borang Penilaian Prestasi (PR2). d) Penilaian prestasi pelajar dalam praktikum dibuat berasaskan kepada komponen- komponen yang dinyatakan dalam Jadual 3-3. Komponen Penilaian Rujukan Wajaran 1. Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal Portfolio dan perbincangan dengan pihak sekolah 10% 2. Pengetahuan tentang Mata Pelajaran Portfolio 10% 3. Pengajaran dan Pembelajaran Portfolio 30% 4. Komunikasi Porfolio 10% 5. Pengurusan Bilik Darjah Portfolio 10% 6. Penilaian Porfolio dan buku kerja murid 10% 7. Kokurikulum Portfolio 10% 8. Peranan-peranan lain Portfolio dan hasil kerja pelajar 10% Jumlah 100% Jadual 3-3: Komponen Penilaian Praktikum
  34. 34. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 3.9 Format Rancangan Pengajaran Harian Profil pengajaran Tarikh : 19 Ogos 2012 (Jumaat) Masa : 10.00 -11.00 Pagi (60 minit) Tema : Tema 5: Malaysiaku Negaraku Topik : Berbangga Dengan Identiti Negara Subtopik : Keranamu Malaysia Tahun : 4 Salinatan HP : Pada akhir pengajaran murid dapat: Membanding beza identiti negara Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga langkah yang diambil untuk mengharumkan nama negara.
  35. 35. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Isi Pelajaran : Berbangga dengan identiti negara. Penerapan Nilai Murni : Menghargai, menghormati, Menyayangi Unsur-unsur Patriotisme : Berbangga sebagai warganegara Malaysia. Kemahiran Berfikir : Membanding beza, menyenarai Pengetahuan Sedia ada : Mengetahui latar belakang negara Malaysia. Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP) Bil Sumber Kuantiti Format 1. Tayangan slaid 1 Power Point 2. Lagu “Keranamu Malaysia” 1 MP3 3 Carta 3 Carta Bergambar 2 Carta Tunggal 1 4 Kertas manila 4 -
  36. 36. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Langkah/ masa Isi kandungan Aktiviti pengajaran & pembelajaran Catatan Set Induksi 3-5 minit Guru menayangkan slaid beberapa imej yang menjadi identity Negara 1. Soalan guru : 2. i. Senaraikan gambar yang baru kita lihat tadi. 3. Ii. Pada pendapat anda, bagaimana kita boleh menunjukkan perasaan bangga terhadap identity Negara ABM :Slaid Power Point- Panorama Bangunan Identiti Negara KBK: Menyenarai Langkah 1 10 minit Penerangan mengenai topik . Guru menerangkan mengenai identiti negara : i. Maksud identiti ii. Jenis identiti negara ABM : Carta Bergambar KBK : Menamakan Langkah 2 20 minit Kuiz-Pengetahuan sedia ada Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Pelajar memberikan contoh perbezaan yang terdapat pada beberapa identiti negara berdasar gambar ditunjukkan. ABM : Carta markah, carta gambar KBK : Membanding beza Langkah 3 20 minit Menyenarai langkah memelihara identiti negara. i. Setiap kumpulan dibekal kertas manila dan diminta menuliskan lebih daripada tiga pendapat. ii. Pelajar membentangkan dapatan dan membuat perbincangan dengan seliaan guru KBK : Menyenaraikan
  37. 37. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Penutup (5 Minit) Merumus isi pelajaran Guru membuat rumusan tentang topik dengan perluasan maklumat.
  38. 38. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Catatan Guru Pelatih Ulasan Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing
  39. 39. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Orked Bilangan Murid : 32 orang Tema : Kebudayaan Tajuk : Perayaan di Malaysia Tarikh : 12 Februari 2007 Masa : 60 minit Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat; i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan. ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia. iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masingmasing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul. Hasil Pembelajaran: 1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan. Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi. Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan Menghargai. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
  40. 40. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Kecerdasan Pelbaga : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis. Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia.
  41. 41. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Langkah Isi Kandungan Aktiviti Catatan Set Induksi (5 minit) Paparan slaid power point mengenai perayaan kaum i) murid perlu melihat paparan power point dan menghayatinya. ii) murid diminta untuk - membezakan jenis perayaan mengikut kaum - menceritakan pengalaman mereka. iii) guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu ; Pengalaman murid menyambut perayaan KB : menghubungkait, inferens BCB: menonton dengan aktif BBB : power point Guru memberi teks cerita yang bertajuk “Perayaan Di Malaysia” melalui power point. Langkah 1 (15 minit) Penerangan / Perbincangan : Perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. 1. Penerangan guru : i. Cara membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks ii. Cara menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk Aktiviti Pelajar : i. Membaca petikan ii. menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia. KB : menghubungkaitkan, menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, hormatmenghormati BBB : power point, kertas latihan (lembaran kerja) Langkah 2 (15 minit) Aktiviti penulisan i) Guru memberi latihan kepada murid berdasarkan kecerdasan : Kumpulan A-C membuat karangan pendek KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan
  42. 42. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 mengenai perbezaan perayaan di Malaysia berdasar isi penting Kumpulan D-E Guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong. melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBB : kertas latihan. Langkah 3 (20 minit) Guru membuat rumusan Guru juga bertanyakan - nilai-nilai murni yang terdapat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. - beza ayat tunggal dan ayat majmuk Murid dikehendaki bercerita tentang hasil penulisan mereka. KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBB : kertas latihan. Langkah 4 Penutup Kesimpulan guru Guru menggalakkan murid supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka. Murid juga digalakkan mengamalkan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama
  43. 43. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Catatan Guru Pelatih Ulasan Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing
  44. 44. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Mata Pelajaran : Pendidikan Agama Islam Kelas : Ibnu Sina Tarikh : 11.07.2005 Bilangan Pelajar : 20 orang Masa : 30 minit Tajuk : Taharah Sub Tajuk : Tayammum Objektif Umum : Pelajar akan dapat menjaga kebersihan dan kesucian diri setiap masa. Objektif khusus : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat ; a) Menyebut pengertian tayammum b) Membanding beza antara tayammum dengan berwudu’ c) Melaksanakan tayammum dengan betul Peng. Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui tentang pentingnya taharah/kebersihan dalam Islam dan kehidupan seharian Gabungjalin : Aqidah, al-Quran Penerapan Nilai : Bersyukur, Istiqamah, Bersih dan Jujur Kemahiran Berfikir : Menjana Idea, Banding beza (Peta Minda) Bahan Bantu Mengajar : VCD, Gambar, Debu Tanah dan Air 2
  45. 45. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Langkah Isi Kandungan Aktiviti Catatan Set Induksi (3 minit) Doa belajar - Pelajar membaca doa beramai-ramai Guru memainkan tayangan video lagu “Bersuci”. Refleksi tentang perbuatan/amalan yang telah dilakukan sejak awal pagi 1. Pelajar diminta merenungkan apakah perbuatan yang dilakukan pada awal pagi? 2. Pelajar diminta menyatakan apakah yang mereka telah melakukan perkara serupa pada awal pagi.. 3. Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini. KB: Pemikiran reflektif Teknik: Sumbangsaran Langkah 1 (5 minit) Teori Tayammum 1. Guru menerangkan pengertian tayammum dan bertanyakan mengapa dibolehkan bertayammum dan sebab yang membolehkan bertayammum? 2. Pelajar memberi jawapan dan guru merumuskan 3. Guru menjelaskan konsep dan cara-cara bertayammum KB: Menjana idea Teknik: Soal jawab Syarahan Langkah 2 (13 minit) Amali Tayammum 1. Guru akan mendemonstrasikan cara tayammum dengan diperhatikan oleh pelajar 2. Guru akan meminta pelajar melakukan tayammum seorang demi seorang. BBM: Debu / bedak Teknik: Tunjukcara / Demonstrasi
  46. 46. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Langkah 3 (7 minit) Penilaian Guru akan meminta pelajar: a) Menyebut pengertian tayammum b) Membanding beza antara tayammum dengan wudu’ c) Melaksanakan tayammum dengan betul KB: Banding beza Langkah 4 Penutup (2 minit ) Rumusan dan Refleksi * Islam menitik beratkan aspek kebersihan * Suci dan bersih adalah dua perkara yang berbeza * Bersuci boleh dilakukan dengan tayammum apabila ada sebab-sebab yang diharuskan syarak. *Islam menekankan soal kebersihan dan kesucian setiap masa khususnya semasa beribadat. Nilai: Kesedaran kendiri
  47. 47. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Catatan Guru Pelatih Ulasan Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing
  48. 48. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 3.10 Membina rancangan pengajaran harian bagi kerja projek / amali Mata pelajaran yang melibatkan kerja projek atau amali, contohnya Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni Visual memerlukan lebih banyak masa untuk dilaksanakan. Pelajar boleh membahagikan RPH tersebut kepada beberapa segmen dan minggu, hingga projek tersebut berjaya dilaksana oleh murid, Apa yang penting disini ialah murid kita berupaya memahami dan melaksana proses pembuatan. Di samping itu, kita juga mahukan produk yang lebih kemas dihasilkan dan tiada murid yang ketinggalan dalam menghasilkannya. Untuk membahagikan kepada segmen/minggu, kita boleh melakukannya berdasarkan proses. Pastikan juga objektif sesuai dengan sukatan pelajaran. Melakar Menyedia aturan kerja Menyedia bahan Mencantum bahan Membuat kemasan Membuat kemasan Menghias tempat surat dengan bahan hiasan Bercerita tentang teknik dan proses penghasilan Rajah : Proses Pembinaan RPH Berikut merupakan perincian bagi pembahagian segmen pengajaran dan pembelajaran : Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tajuk : Membina Model Kereta Minggu Kemahiran Objektif M1 Melakar Menyedia aturan kerja Menyedia bahan Pelajar boleh - bercerita tentang reka bentuk model kereta - membuat lakaran reka bentuk model kereta - menyedia bahan M2 Pelajar boleh - menghasilkan model kereta (menggunting, memotong dan mencantum) - mewarna M3 Pelajar boleh - menghasilkan model kereta
  49. 49. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 - Menghias model kereta dengan bahan hiasan - Bercerita tentang teknik dan proses penghasilan Contoh Minggu 1 MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL BIDANG : Membentuk dan Membuat Binaan AKTIVITI : Membentuk Kereta TAJUK : Kereta Idaman TARIKH : 12/06/2012 MASA : 8.30 hingga 9.30 pagi BILANGAN MURID : 34/35 KEMAHIRAN FOKUS : Mereka cipta sebuah kereta idaman OBJEKTIF MODUL : Guru dapat mengajar murid cara-cara untuk menghasilkan sebuah model kereta idaman OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada akhir pelajaran murid dapat: a. Mereka bentuk sebuah model kereta dengan menggunakan bahan-bahan buangan b. membuat lakaran reka bentuk model kereta c. menyedia bahan KEPERLUAN Alat - gunting
  50. 50. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Bahan- bahan buangan(straw board/bod tebal, bekas pembungkusan, straw minuman, gam, tape Rujukan: BBBM/BBB Kad gambar Objek maujud model-model kereta mainan Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Slaid power point PROSEDUR Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Guru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu sambil menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawab Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model kereta dari bahan buangan Apresiasi dan Kritikan KBKK : Mereka cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitan PENERAPAN NILAI : Ketekunan dan Ketelitian
  51. 51. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012
  52. 52. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Langkah Isi Kandungan Aktiviti Catatan Set Induksi (3 minit) Aras 1 Murid memerhati dan membuat analisa tentang gambar Murid memberikan pandangan mereka tentang gambar berkenaan Sesi soal jawab : Guru menayangkan video klip ‘The Transformer” a. Apakah pandangan anda tentang tayangan tersebut b. Adakah anda berminat dengan kenderaan dipaparkan c. Guru membawa murid kepada tajuk pembelajaran. Teori Kajian Masa Depan Menjangka Fungsi produk Teori Kecerdasan Pelagai Verbal Linguistik KBKK (Kreatif) Mereka cipta Mensintesis BBM : Video
  53. 53. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Langkah 2 (10 minit) Sesi tunjuk cara a. Guru menunjukkan cara membuat model kereta b. Guru membimbing murid semasa menghasilkan model kereta c. Memotong bentuk yang diinginkan d. Menebuk tayar kereta e. Mencantum bahan kereta f. Menampal kertas warna KBKK (Kreatif) Mereka cipta inovatif Nilai KBKK – Kritis Membanding beza Menganalisis Teori Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik BBM : Bahan maujud Aktiviti 3 (40 minit) Aras 2 Murid memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan model kereta Meneroka pelbagai bahan yang boleh digunakan. Kesan tindak balas bahan yang digunakan Murid mengetahui bahawa prinsip imbangan dan unsur ruang, bentuk dan warna penting dalam membuat model kereta Murid membuat bahagian model kereta dengan Memotong Menebuk Penerokaan Membanding beza Menilai – akibat penolakan angin. Kelajuan yang dihasilkan KBKK (Kreatif) Menjana idea Mereka cipta Menghubung kaitan
  54. 54. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Langkah 4 Refleksi Membuat refleksi berkaitan aktiviti Murid bercerita tentang - Lakaran dan reka bentuk -Teknik dan alatan diguna KBKK (Kreatif) Menjana idea Mereka cipta Menghubung kaitan Penutup Kesimpulan guru Guru mengaitkan tugasan murid dengan kerjasama kumpulan. Pentingnya organisasi idea serta pemilihan bahan dan teknik yang betul. Guru memaklumkan pengkaryaan akan disambung pada minggu berikutnya.
  55. 55. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Catatan Guru Pelatih . Ulasan Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing
  56. 56. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Minggu 2 MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL BIDANG : Membentuk dan Membuat Binaan AKTIVITI : Membentuk Kereta TAJUK : Kereta Idaman TARIKH : 19/06/2012 MASA : 8.30 hingga 9.30 pagi BILANGAN MURID : 34/35 KEMAHIRAN FOKUS : Mereka cipta sebuah kereta idaman OBJEKTIF MODUL : Guru dapat mengajar murid cara-cara untuk menghasilkan sebuah model kereta idaman OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada akhir pelajaran murid dapat: Pelajar boleh a. menghasilkan bentuk /bahagian model kereta (menggunting, memotong dan mencantum) b. mewarna model kereta secara kreatif KEPERLUAN Alat - gunting Bahan- bahan buangan(straw board/bod tebal, bekas pembungkusan, straw minuman, gam, tape Rujukan: BBBM/BBB Lihat perubahan objektif. Fokus kepada kemahiran apa yang perlu dilaksanakan pelajar pada minggu ke-2 ini.
  57. 57. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Kad gambar Objek maujud model-model kereta mainan Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Slaid power point PROSEDUR Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Guru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu sambil menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawab Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model kereta dari bahan buangan Apresiasi dan Kritikan KBKK : Mereka cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitan PENERAPAN NILAI : Ketekunan dan Ketelitian
  58. 58. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Langkah Isi Kandungan Aktiviti Catatan Set Induksi (3 minit) Memerhati dan menanalisa gambar Sesi soal jawab : Guru menayangkan video klip ‘ In The Car Factory ‘ a. Apakah pandangan anda tentang tayangan tersebut b. Adakah anda berminat dengan teknik pembuatan ini? c. Guru membawa murid kepada tajuk pembelajaran. Teori Kajian Masa Depan Menjangka Fungsi produk Teori Kecerdasan Pelagai Verbal Linguistik KBKK (Kreatif) Mereka cipta Mensintesis BBM : Video Langkah 2 (10 minit) Sesi Apresiasi dan Refleksi (10 minit) Sesi Apresiasi Mempamerkan hasik kerja Perlumbaan kereta Membuat refleksi bagaimana Penerangan a. Guru membimbing murid menghasilkan model kereta b. Berbincang dengan pelajar mengenai reka bentuk kereta yang dihasilkan KBKK (Kreatif) Mereka cipta inovatif Nilai KBKK – Kritis Membanding beza Menganalisis Teori Kecerdasan Pelbagai
  59. 59. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 penghasilkan model kereta dilakukan Verbal Linguistik BBM : Bahan maujud Aktiviti 3 (40 minit) Aras 2 Murid memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan model kereta Meneroka pelbagai bahan yang boleh digunakan. Kesan tindak balas bahan yang digunakan Murid mengetahui bahawa prinsip imbangan dan unsur ruang, bentuk dan warna penting dalam membuat model kereta Murid membuat model kereta dengan a. Mencantum bahan kereta b. Mewarna Penerokaan Membanding beza Menilai – akibat penolakan angin. Kelajuan yang dihasilkan KBKK (Kreatif) Menjana idea Mereka cipta Menghubung kaitan
  60. 60. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Langkah 4 Refleksi Membuat refleksi berkaitan aktiviti Murid bercerita tentang - Reka bentuk -Teknik dan alatan diguna -Perasaan mereka terhadap aktiviti KBKK (Kreatif) Menjana idea Mereka cipta Menghubung kaitan Penutup Kesimpulan guru Guru mengaitkan tugasan murid dengan kerjasama kumpulan. Pentingnya pemilihan bahan dan teknik yang betul. Guru memaklumkan pengkaryaan akan disambung pada minggu berikutnya.
  61. 61. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Catatan guru pelatih Ulasan pensyarah/ guru pembimbing
  62. 62. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Minggu 3 MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL BIDANG : Membentuk dan Membuat Binaan AKTIVITI : Membentuk Kereta TAJUK : Kereta Idaman TARIKH : 26/06/2012 MASA : 8.30 hingga 9.30 pagi BILANGAN MURID : 34/35 KEMAHIRAN FOKUS : Mereka cipta sebuah kereta idaman OBJEKTIF MODUL : Guru dapat mengajar murid cara-cara untuk menghasilkan sebuah model kereta idaman OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada akhir pelajaran murid dapat: Pelajar boleh a. menghasilkan hiasan pada model kereta secara kreatif b. membuat apresiasi seni KEPERLUAN Alat - gunting Bahan- bahan buangan(straw board/bod tebal, bekas pembungkusan, straw minuman, gam, tape Rujukan: BBBM/BBB Lihat perubahan objektif. Fokus kepada kemahiran apa yang perlu dilaksanakan pelajar pada minggu ke-3 ini.
  63. 63. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Kad gambar Objek maujud model-model kereta mainan Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Slaid power point PROSEDUR Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Guru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu sambil menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawab Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model kereta dari bahan buangan Apresiasi dan Kritikan KBKK : Mereka cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitan PENERAPAN NILAI : Ketekunan dan Ketelitian
  64. 64. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Langkah Isi Kandungan Aktiviti Catatan Set Induksi (3 minit) Memerhati dan menanalisa gambar Sesi soal jawab : Guru menayangkan video klip ‘ Future Car’ a. Apakah pandangan anda tentang gambar tersebut b. Adakah anda berminat dengan kereta ini? c. Guru membawa murid kepada tajuk pembelajaran. Teori Kajian Masa Depan Menjangka Fungsi produk Teori Kecerdasan Pelagai Verbal Linguistik KBKK (Kreatif) Mereka cipta Mensintesis BBM : Video
  65. 65. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Langkah 2 (10 minit) Sesi Apresiasi dan Refleksi (10 minit) Sesi Apresiasi Mempamerkan hasik kerja Perlumbaan kereta Membuat refleksi bagaimana penghasilkan model kereta dilakukan Penerangan a. Berbincang dengan pelajar mengenai reka bentuk kereta yang dihasilkan b. menerangkan bahan lain yangt boleh diguna untuk membuat model kereta -polistrin -tin minuman -tanah liat c. menunjukkan gambar-gambar penghasilan model kereta KBKK (Kreatif) Mereka cipta inovatif Nilai KBKK – Kritis Membanding beza Menganalisis Teori Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik BBM : Bahan maujud Aktiviti 3 (40 minit) Aras 2 Murid memilih bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai hiasan dalam menghasilkan model kereta Meneroka pelbagai bahan yang boleh digunakan. Kesan tindak balas bahan yang digunakan Murid membuat hiasan pada model kereta dengan a. Mencantum bahan Penerokaan Membanding beza Menilai – akibat penolakan angin. Kelajuan yang dihasilkan KBKK (Kreatif)
  66. 66. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Menjana idea Mereka cipta Menghubung kaitan Langkah 4 Refleksi Membuat refleksi berkaitan aktiviti Murid bercerita tentang -Teknik dan alatan diguna -Perasaan mereka terhadap aktiviti KBKK (Kreatif) Menjana idea Mereka cipta Menghubung kaitan Penutup Kesimpulan guru Guru mengaitkan tugasan murid dengan kerjasama kumpulan. Pentingnya pemilihan bahan dan teknik yang betul. Guru memaklumkan pengkaryaan terbaik akan dipamerkan di sudut seni
  67. 67. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 PEMIKIRAN REFLEKTIF
  68. 68. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 4.0 PEMIKIRAN REFLEKTIF Dewey (1933) menyatakan individu yang mempraktikkan pemikiran refleksi akan sentiasa aktif dalam memikirkan masalah yang dihadapi, komited untuk mencari jalan penyelesaian, sanggup mengorbankan masa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat di atasi dan sentiasa menerima pandangan dari luar yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi Boud et al., (1985) refleksi adalah proses meneutralkan kembali segala perasaaan negatif yang menyelubungi pengalaman yang dilalui supaya satu perspektif baru dapat dihasilkan daripada pengalaman tersebut sekali gus berjaya mengubah tingkahlaku dan tindakan seseorang. Ia juga merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati (Loughran, 1996), melakukan penilaian secara kritikal (Mezirow, 1991) dan melibatkan proses menyiasat dan mengenal pasti pengalaman yang telah mereka lalui. Keseluruhannya,pemikiran dan amalan refleksi merupakan suatu aktiviti kognitif yang memerlukan penglibatan aktif individu hasil daripada cetusan sesuatu pengalaman yang amat member kesan kepada dirinya dengan melibatkan pengujian tindak balas, kepercayaan dan dasar pemikiran untuk menghasilkan integrasi antara pemahaman baru dengan pengalaman yang telah dilalui. Ia juga sangat perlu diterapkan kepada guru pelatih kerana ia adalah kunci dan elemen yang penting bagi mereka yang baru mula untuk mengenali dunia pengajaran (Giovannelli, 2011). Pemikiran dan amalan refleksi merupakan suatu bentuk pemikiran yang sukar diterjemahkan secara eksplisit. Ong (2004) berpendapat penulisan berupaya memainkan peranan sebagai bahan bukti yang membolehkan guru menterjemahkan pemikirannya secara tersurat untuk diselaraskan dan mengambil tindakan susulan serta salah satu alat yang sangat efektif untuk mengaplikasikan pemikiran dan amalan refleksi adalah jurnal refleksi Melalui penulisan jurnal refleksi individu tersebut dapat menjadi lebih kritikal terhadap pengalaman atau masalah yang dihadapi dan dipertimbangkan segala kemungkinan yang akan berlaku dan berusaha mencari pelbagai alternatif bagi mengatasi situasi tersebut (Hoover, 1994). Walau bagaimanapun Hatton dan Smith menegaskan terdapat empat kategori bagi penulisan refleksi iaitu penulisan deskriptif, penulisan refleksi deskriptif, penulisan refleksi dialog dan penulisan refleksi kritikal.
  69. 69. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Rajah 1 berikut menjelaskan secara terperinci setiap tahap penulisan refleksi Rajah 1: Tahap Penulisan Refleksi Hatton dan Smith (1995) Namun begitu, hasil kajian yang dilaksanakan oleh Hatton dan Smith ke atas guru pelatih mendapati majoriti guru pelatih mempamerkan penulisan refleksi pada tahap yang paling rendah iaitu penulisan deskriptif dan diikuti pada tahap kedua. Hanya beberapa orang sahaja guru pelatih yang berupaya melaksanakan penulisan refleksi pada tahap yang ketiga dan keempat. Oleh yang demikian, beberapa model refleksi telah dikemukakan oleh para penyelidik antaranya Model Pengajaran Reflektif (Pollard dan Tann, 1990), Model Tindakan Refleksi (Eby, 1998) dan Model Refleksi (McAlpine et al., 1999) yang bertujuan untuk membantu memfokuskan guru pelatih melaksanakan pemikiran refleksi dalam proses pengajaran serta berupaya melakukan refleksi secara lebih teliti dan kritikal. Kajian yang dilaksanakan ini mencadangkan suatu model pemikiran refleksi yang baru hasil daripada penelitian yang dilaksanakan ke atas beberapa model refleksi dan penerapan elemen-elemen yang baru yang dirasakan
  70. 70. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 berkesan dalam meningkatkan keupayaan guru pelatih sains melaksanakan pemikiran dan amalan refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di kawasan luar bandar. 4.1 Model Pemikiran Refleksi ini mengandungi beberapa komponen sebagaimana rajah 2 berikut: Model Pemikiran Refleksi merupakan suatu model refleksi yang berkitar dan menjelaskan dengan terperinci panduan bagaimana guru pelatih sains menangani sesuatu masalah yang telah dikenalpasti melalui usaha pemantauan mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan-permasalahan yang boleh menganggu matlamat kesarjanaan pengajaran sains dikenalpasti dan diselesaikan secara sistematik melibatkan langkah-langkah yang berkitar. Langkah-langkah ini dilaksanakan oleh guru pelatih sains untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sekaligus mempertingkatkan pemikiran dan amalan guru pelatih sains ke tahap yang lebih kritikal. Sumber: ‘Kepentingan Pemikiran dan Amalan Refleksi Dalam Pengajaran Sains di Kawasan Luar Bandar’, Norhaniza Ibrahim dan rakan-rakan , Universiti Teknologi Malaysia. 4.2 Refleksi Rancangan Pengajaran Harian :
  71. 71. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Contoh Refleksi Status REFLEKSI Pelajar A: Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat memuaskan. Lemah REFLEKSI Pelajar B: Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar saya dapat menyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul belaka Lemah REFLEKSI Pelajar C: Saya telah mengajar tajuk ‘Bentuk Muka Bumi’ Tahun 5 Kuning. Hari ini saya telah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya dapati murid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi respon yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya sungguh puas hati. Lemah REFLEKSI Pelajar D: Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang. Namun begitu, saya dapati saya seharusnya lebih peka terhadap latar belakang pelajar saya. Saya patut menjaga hati pelajar saya yang miskin, yang tinggal di rumah yang tidak mempunyai bekalan air. Saya seharusnya menyatakan juga dalam pengajaran saya bahawa banyak kebaikan mengambil atau menggunakan air telaga bukan kerana murah, dan airnya dingin. Apa yang perlu ialah air itu perlu dimasak. Adalah lebih baik jika saya menyatakan apabila saya pulang ke kampung saya lebih suka mandi air telaga di rumah nenek saya. Yang penting ialah kita harus bersyukur mempunyai tempat tinggal berbanding dengan orang di Bosnia atau Somalia. Saya telah menggunakan peta yang menunjukkan kedudukan Bosnia dan Malaysia. Saya minta pelajar-pelajar nyatakan bagaimana kita boleh sampai di sana, dan memberi pendapat jika Malaysia seperti Bosnia. Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya akan menggunakan teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran pada masa akan datang. Sangat Baik .
  72. 72. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 4.3 Pemikiran reflektif melalui penulisan jurnal. 4.3.1 Konsep Jurnal merupakan satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa atau masalah yang perlu diberi penekanan oleh pelajar terutama dalam usaha membentuk keyakinan diri dan kemahiran menyelesaikan masalah.Melalui penulisan jurnal pelajar berpeluang merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah/meningkatkan lagi keberkesanan tindakan mengikut jangka masa yang ditetapkan sendiri. 4.3.2 Objektif Melalui penulisan jurnal diharapkan pelajar dapat: i. menyimpan catatan refleksi penglibatkannya di sekolah semasa praktikum untuk dijadikan renungan ii. menilai semula keberkesanan tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya. iii. menjadikannya sebagai asas/panduan untuk tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah yang difokuskan dan seterusnya meningkatkan lagi keberkesanannya melalui penambahbaikan, kreativiti dan inovasi secara berterusan iv. meningkatkan kepekaannya terhadap tugas sebenar guru profesional yang sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan murid v. menjadikan hasil penulisan/dapatan jurnal sebagai bahan perbincangan denganpensyarah penyelia/guru pembimbing bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruannya vi. meningkatkan tahap dan amalan refleksi yang bersifat reflektif bagi menjana pemikiran kritis dan analitikal vii. meningkatkan kemahiran profesionalisme khususnya dalam tatacara mengendali masalah dan prosedur menanganinya 4.3.3 Garis Panduan i. Pelajar diwajibkan menulis dan menyimpan jurnal sepanjang tempoh praktikum. ii. Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa, masalah, pencapaian atau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami semasa praktikum. iii. Aspek yang difokus hendaklah dianalisis secara terperinci, mengandungi pandangan, cadangan dan tindakan susulan. iv. Fakta-fakta perlu disokong dengan penulisan lampau (literature review) supaya
  73. 73. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 setiap masalah, cadangan dan langkah-langkah yang dijalankan lebih objektif dan berkesan. 4.3.4 Contoh penulisan jurnal Minggu 4 Tarikh : 11/7/2012 hingga 15/7/2012 1. Isu / Masalah Pada minggu kelima ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan . c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan . d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.
  74. 74. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama pensyarah maktab dan rakan pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan lain yang mengajar kumpulan pelajar saya ini. 6. Tindakan Susulan Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti- aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya pada hari Isnin, aktiviti perhimpunan sekolah mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi saya perlu bersedia dengan plan B bagi mengelakkan masalah pengurusan masa yang kucar kacir. Petikan pendapat/pandangan tokoh: Isu : Tingkah laku melampau/sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana menjejas pengajaran pembelajaran. Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri. “Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach students how to follow procedures.” Gangguan daripada kebisingan kelas amat ketara semasa pertukaran waktu mengajar. Mengikut Wong (1998) pelajar mengambil masa 2 hingga 3 minit ini untuk bercakap, bergerak dari tempat duduk serta bertingkah laku yang mengganggukan. Dalam pada itu Wong (1998) turut menjelaskan bahawa prosedur dan rutin akan memberi keyakinan kepada pelajar kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap masa. “routines and procedures… offer security. Students cannot get down to the
  75. 75. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 serious business of learning unless they feel secure in the classroom. They want instruction and guidance on all the how-to’s in the classroom—how to head a paper, how to ask for help, how to sharpen a pencil, how to get to work, how to turn on the computer, how to…” Isu: Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang lain. Yvonne. J. Clerehugh, (2000) dari Notre Dame High School, Norwich, UK telah melaksanakan satu kajian tindakan ke atas pengajaran bahasa asing moden. Dalam kertas kajiannya yang bertajuk “ICT as a Motivator for Disaffected Pupils?” Beliau mendapati penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran seperti penggunaan “Powerpoint” memang boleh mengurangkan “pupil disaffection”. Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat bias gender dalam pembelajaran bahasa asing. Di UK murid-murid lelaki akan suka mempelajari bahasa Jerman kerana ia lebih bersifat kejantanan sedangkan murid-murid perempuan suka pada bahasa Spanyol kerana ia lebih romantik. Perbezaan minat ini mungkin dapat menerangkan pencapaian dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris di Malaysia. Clerehugh ( 2000 ) mendapati kerelevanan dan penggunaan sesuatu bahasa dalam situasi kehidupan pelajar adalah penting . “Pupils want to learn quickly; that is, they want to see ‘results’ in that they are able to use the language in a meaningful way as a reward for the learning effort put in. They want to discuss things which are of personal interest or which are of direct relevance to their situation. It is not usual to hear a group
  76. 76. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 of fourteen year olds discussing the time they get up, get dressed or clean their teeth, and if they have no real desire to communicate on a given topic they may naturally become disengaged with the subject.” Isu : Pelajar bising di dalam kelas Linda Ashton (1996) dari James Cook University dalam artikelnya “Shared Reading Strategies In Secondary Art Classes: An Opportunity For Reflective Practice,” mengatakan bahawa strategi pembacaan bersama (shared reading strategies) boleh menangani isu “pupil disaffection” dalam bilik darjah. Beliau menyenaraikan langkah-langkah dalam strategi ini seperti di bawah: - mereka permainan apabila berkongsi bacaan teks, - menarik perhatian pelajar melalui mod pendengaran aktif - memberi ulasan dan ringkasan dengan cepat serta petunjuk pemahaman - memberi sokongan kepada pelajar yang mungkin bermasalah ingkah laku kerana menghadapi masalah membaca Berdasarkan prosedur yang diyatakan dalam “California Standards for the Teaching Profession” masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya. Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Masalah kebisingan kelas adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dengan ini pelajar akan hilang minat belajar dan keinginan untuk belajar berkurang. Canter model of Assertive Discipline (2002). Model disiplin Marlene and Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah suatu pendekatan Fokuskan kepada pengalaman yang direfleks dengan menurunkan isi-isi pemikiran dalam bentuk tulisan. Buat tinjauan literatur berkaitan pengajaran dan pembelajaran atau buat refleksi tentang cadangan yang ingin diambil berasaskan soalan-soalan berikut:
  77. 77. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 Bagaimanakah ini berkait dengan amalan saya? Apakah prinisip pengajaran dan pembelajaran yang terlibat? Apakah yang saya boleh ubah dalam hal ini? Apakah akan berlaku jika saya melakukannya? Isu : Kawalan disiplin pelajar Menurut Canter (2002) seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua. “Once you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this requirement. It is mandatory. You can’t enforce the rule with one student-and let it go with another. You can’t call students on the rule one day and overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of the second hand one a clock.” PERATURAN TETAP GURU Kehadiran Bertugas: 1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi. 2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah. 3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah. 4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar. Kepatuhan Tugas: 1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tanda tangan. 2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu. 3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi sebab musabab kelewatan itu. 4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas semula.
  78. 78. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu. 6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertang-gungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut. 7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri. Tugas Akademik Guru: 1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu tinggi. 2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti. 3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti. 4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri. 5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar. 6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir. 7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar. 8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah. Buku Ringkasan Mengajar: 1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya. 2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu. 3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia berbuat demikian. Perhubungan Guru Dengan Pelajar: 1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar. 2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau guru disiplin. 3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan. 4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai pertubuhan haram,
  79. 79. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah. Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah, merosakkan harta sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan sekolah, membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina guru atau Guru Besar. 5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya. 6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar. 7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera. Pakaian: 1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa bertugas di sekolah. 2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang semasa berada di sekolah. 3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah. Potongan Rambut: 1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas. Pelawat: 1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik darjah atau makmal. 2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu. 3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya boleh dibuat di dalam bilik guru sahaja. Kenyataan Akhbar: 1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas nama Guru Besar atau pihak sekolah. Surat Rasmi: 1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar. Lawatan: 1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri. 2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan. Kutipan Wang: 1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab perlu mengawasi hal ini. 2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan oleh persatuan dan kelab. Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar jumlahnya
  80. 80. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 PANDUAN AM PERLAKSANAAN DASAR ORGANISASI 1. SIAPA ANDA DALAM PENGURUSAN SEKOLAH 1.1 Guru dan Staf Sokongan pendokong pelaksanaan KPM yang perlu membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Objektif Kementerian Pelajaran, Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain . 1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah. 1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah. 1.4 Bertekad dan Beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah. 1.5 Meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan peribadi dalam menjalankan tugas. 1.6 Semua guru adalah guru disiplin dan guru pembimbing. 1.7Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip etika perkhidmatan cemerlang. 1.8Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. MENGURUS WAKTU DATANG DAN BALIK 2.1 Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan. 2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu persekolahan dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah, di pejabat. 2.3 Guru hendaklah memberitahu secara SMS kepada Pengetua dan salinan kepada pengurus Jadual Waktu, sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah. 2.4 Semua urusan peribadi guru (tidak melebihi 4 jam) hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan yang dibenarkan mengikut surat pekeliling dengan mendapatkan kelulusan Pengetua. 2.5 Waktu bekerja semua staf sokongan hendaklah mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam seperti surat pekeliling yang sedang berkuatkuasa. 3. MENGURUS WAKTU KELUAR SEMASA BERTUGAS 3.1 Guru dan staf sokongan dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah atas tugas rasmi atau arahan bertulis daripada Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah dengan mendapatkan kelulusan daripada Pengetua/Guru Penolong Kanan. 3.2 Guru / staf sokongan yang telah mendapat kelulusan keluar dalam Borang Kebenaran Keluar / surat arahan / arahan tindakan perlu menulis nama dan tandatangan di dalam Buku Rekod Kakitangan Keluar Waktu Bertugas. 3.3 Guru / staf sokongan perlu menyediakan arahan kerja secara bertulis kepada pengganti untuk tindakan sepanjang tempoh tugasan yang perlu diselesaikan semasa meninggalkan waktu bertugas di sekolah.
  81. 81. ismail Bin Abdul Samad IPGKTHO 2012 3.4 Guru / staf sokongan dikehendaki mendapatkan laporan atau maklumbalas daripada pengganti atas kerja-kerja yang telah diselesaikan sepanjang tempoh meninggalkan waktu bertugas di sekolah. 3.5 Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula. 4. MENGURUS KEBENARAN MELAKUKAN KERJA LUAR 4.1 Penjawat Awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab `D’ seperti berikut:- 4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. 4.1.2 Dibenarkan dengan mematuhi syarat-syarat berikut:- 4.1.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja / pejabat 4.1.2.2 Tidak menjejaskan kepentingan sebagai penjawat awam. 4.1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan. 4.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan enggan mematuhi syarat-syarat tersebut adalah dianggap melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (1) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. 5. MENGURUS CUTI 5.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cutisesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa. 5.2 Cuti Rehat Khas (CRK) 5.2.1 Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari boleh diambil oleh guru dalam satu tahun kalendar mengikut keperluan sendiri yang tidak bertentangan dengan kepentingan perkhidmatan. 5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. 5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih (GST) dan Guru Kontrak (GSTT). 5.2.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat setelah dibuat pertimbangan tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pembelajaran dan pengajaran di sekolah. 5.2.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am (ix) Bab C) 5.3 Cuti Sakit

×