Peralatan senjata edit

1,993 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,993
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
9
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Peralatan senjata edit

  1. 1. Peralatan senjataDesediakan oleh: Mohd Asyraf Adib B Nordin Mohd Aidil B Othman Md Nur B Mohamad Mohd Sholehuddin B Mohd Ariff Mohd Nasrun B Mohamad Zaki
  2. 2. Senjata• Senjata tradisi mempunyai nilai dan melambangkan kebudayaan melayu• Senjata tradisi tidak digunakan tetapi dipelihara sebagai lambang kesenian melayu• Senjata digunakan untuk mempertahankan diri disamping menyembelih binatang.
  3. 3. Proses pembuatan• Seorang tukang besi memilih hari dan waktu sesuai untuk membuat senjata.• Mereka sangat mahir memasukkan bahan beracun pada senjata.• Setiap senjata akan ditepung tawar dan direnjis sebelum diberi nama dengan bantuan kuasa ghaib.
  4. 4. Senjata tradisi• Senjata tradisi memberikan nilai yang penting kepada pemiliknya• Semasa Kesultanan melayu melaka, keris menjadi lambang kerajaan.• Ada berbagai-bagai jenis senjata masyarakat Melayu tradisi seperti sewar, parang, pedang dan beladau.
  5. 5. Badik• Merupakan senjata Melayu yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris.• Bentuknya menyerupai Tumbuk Lada tetapi panjang matanya di antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm.• Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.• Bentuknya hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang ukiran. Matanya lebih tegak dan hulunya membengkok ke bawah.• Badik cukup popular selepas Kerajaan Inggeris mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala hulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihias dengan motif awan larat dan disaluti logam emas dan perak.• Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.
  6. 6. Karambit• Kerambit merupakan sejenis senjata Melayu jarak dekat yang boleh dijumpai di Indonesia, Malaysia dan Filipina.• Disebabkan bentuknya seperti kuku atau cakar dan juga taji, ia juga dikenali sebagai Lawi Ayam, Kuku Ayam atau Rambai Ayam.• Selain sebagai senjata, kerambit juga boleh berfungsi sebagai alat pertanian
  7. 7. Jambiah• Jambiah menyerupai Lawi Ayam tetapi lebih besar.• Matanya selebar kira-kira 3.5 cm manakala panjangnya dari hulu hingga hujunga adalah kira-kira 20 cm.• Dipercayai berasal daripada Yaman.
  8. 8. Keris• Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu.• Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei.
  9. 9. • Keris digunakan untuk mempertahankan diri dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.• Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung.• Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.
  10. 10. • Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya.• Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.• Keris terbahagi kepada keris panjang, keris pendua dan keris sundang.
  11. 11. Lading• Lading ialah senjata Melayu dari kategori parang. Sinonim di negeri Kedah. Ia juga adalah senjata rasmi aliran Silat Cekak yang berasal dari Kedah. Lading dibuat mengikut ukuran anggota pemakai.• Senjata ini adalah unik di antara kelas senjata berbilah seperti parang dan pedang kerana ciri-ciri fizikal dan cara pemakaiannya yang amat berbeza.• Mata tajamnya hanya terdapat sekitar 2 atau 3 inci di hujungnya manakala keseluruhan bilahnnya adalah tumpul dan digunakan untuk menangkis senjata lawan. Lading digunakan sebagai senjata jarak dekat, tidak seperti parang yang boleh digunakan pada jarak sederhana. Ini adalah kerana ia dihunus terbalik dengan bilahnya dipegang supaya ia selari dengan lengan dan mata tajamnya terletak di tepi siku.
  12. 12. • Ini membolehkan pakar pertempuran jarak dekat seperti seorang pesilat menyembunyikan senjatanya dari pandangan lawan sebelum masuk ke jarak bertempur yang sesuai baginya dan menidakkan kelebihan capaian parang atau pedang yang memerlukan ruang yang besar untuk berfungsi dengan berkesan.• Oleh kerana ciri-ciri unik ini, ia digunakan secara menghiris dan hentakan (hulunya yang digenggam boleh digunakan untuk menumbuk) bukan menikam. Sasaran utama adalah rusuk, perut dan tangan lawan.
  13. 13. Lembing• Lembing ialah sejenis senjata yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala.• Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu tersebut. Lembing yang paling biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripada besi, berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.• Perbezaan lembing dengan tombak adalah mata lembing adalah bermata lurus , tirus ( seperti rumput lembing sementara mata tombak berbentuk lebar dan berbilah . Contoh tombak tampang , tombak berlok , tombak sangga , tombak bilah dan tombak rambu
  14. 14. Tumbuk Lada• Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari daerah Kepulauan Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bentuk bilah senjata ini seakan badik dari Sulawesi, tetapi bentuk sarungnya berbeza. Pada pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya dihias dengan ukiran yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis dengan kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit.• Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek engan mata pada sebelah bilah sahaja dan boleh diguna secara tunggal ataupun sepasang.
  15. 15. • Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27 cm hingga 29 cm. Lebar bilahnya sekitar 3.5 cm hingga 4 cm. Dari tengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam.• Selain keris, Tumbuk Lada pada zaman dulu juga menjadi salah satu kelengkapan pakaian adat di Kepulauan Riau, Deli, Siak dan Semenanjung Tanah Melayu.• Tumbuk Lada digunakan dalam pertempuran jarak dekat. Ia boleh dipegang dengan dua jenis genggaman iaitu dengan mata keatas ataupun mata ke bawah. Seorang yang ahli dalam permainan tumbuk lada akan menukar genggaman senjata ini bagi mengelirukan musuh
  16. 16. Rencong• Rencong ialah sebuah senjata tradisional bagi orang Aceh yang menyerupai keris.• Ia merupakan senjata utama bagi orang Aceh sebagai mana keris merupakan senjata utama bagi orang Jawa.• Ia direka bentuk menyerupai huruf L, dan bila dilihat lebih dekat menyerupai kaligrafi kata Arab bismi-Llah ("dengan nama Allah"
  17. 17. Golok• Merupakan sejenis senjata berbentuk pisau besar atau pedang pendek.• Tiada bentuk, ukuran dan saiz yang seragam memandangkan semua ciri-ciri tersebut bergantung kepada pemilik serta penempa.• Direka berdasarkan parang dan sesuai untuk mempertahankan diri, menebas, pertanian menyembelih dan sebagainya.• Tentera British mula menggunakan parang setelah dikalahkan oleh tetera Jepun di Burma.
  18. 18. Belantan• Belantan biasanya sebatang kayu yang digunakan sebagai senjata untuk memukul musuh atau apa jua benda yang mengancam.• Pada kebiasaannya belantan berbentuk besar di satu hujung, sementara kecil di hujung yang bertentangan.• Belantan biasanya di pegang pada bahagian kecil, sementara bahagian yang besar dan berat pula digunakan untuk memukul musuh.• Belantan beransur-ansur berubah bentuk dan bahagian yang digunakan untuk memukul musuh kadang kala mempunyai bentuk bintang untuk lebih mencederakan musuh.• Belantan juga berubah daripada diperbuat daripada kayu, menjadi diperbuat dengan logam dan dikenali sebagai cokmar.
  19. 19. Cokmar• Cokmar merupakan belantan yang dimajukan dangan penggunaan bahan logam bagi menggantikan kayu dan penggunaan bentuk tajam bagi menjadikan cokmar lebih berbahaya.• Pada kebiasaannya cokmar berbentuk besar dan biasanya bersegi dan tajam pada satu hujung, sementara kecil di hujung yang bertentangan. Cokmar di pegang pada bahagian kecil, sementara bahagian yang besar dan berat pula digunakan untuk memukul musuh
  20. 20. Busur dan Panah• Busur adalah sejenis alat senjata pelancar untuk melepaskan anak panah. Ia dipercayai dicipta pertama kali semenjak zaman pra-sejarah lagi dan merupakan antara senjata terawal yang digunakan manusia.• Menurut sejarah, busur dan panah merupakan senjata paling moden, sehingga kemunculan serbuk letupan yang membawa kepada penciptaan senjata api seperti senapang dan pistol lantak.
  21. 21. Bedil• Bedil merujuk kepada semua jenis senjata api Melayu daripada yang kecil seperti pemuras sehingga kepada meriam agung.• Orang-orang Melayu telah pun mengetahui ilmu bedil hasil dari hubungan dengan pedagang China, India dan juga Timur Tengah.• Orang-orang Islam yang mengerjakan haji sudah pastinya terdedah kepada senjata api orang-orang Turki dan India.• Pengetahuan mengenai senjata api ini bukan sahaja mengenai penggunaannya tetapi turut merangkumi mengenai cara membuatnya.• Bukti mengenai kemahiran orang-orang Melayu menghasilkan senjata api diakui berdasarkan surat orang Portugis yang menyatakan terdapat lebih 8,000 meriam pelbagai laras digunakan ketika mempertahankan Melaka pada 1511.
  22. 22. Sekian,terima kasih

×