Kemahiran Belajar Cara Belajar
Sekiranya guru ingin mengekalkan cabaran untuk menerapkan kemahiran belajar
cara belajar, s...
mahupun murid-murid. Maka, guru sewajarnya membuat kajian kecil untuk membantu
murid-murid untuk belajar cara belajar. Di ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Kemahiran belajar cara belajar

352

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
352
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
11
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kemahiran belajar cara belajar

  1. 1. Kemahiran Belajar Cara Belajar Sekiranya guru ingin mengekalkan cabaran untuk menerapkan kemahiran belajar cara belajar, seseorang guru itu sendiri haruslah meneruskan pembelajaran dan dalam masa yang sama disokong oleh pihak sekolah. Bagaimanakah guru menilai dan mengamalkan pembelajaran yang professional? Penilaian tersebut boleh dilihat melalui sifat-sifat guru di dalam bilik darjah dan refleksi pengajaran yang dibuat oleh guru tersebut. Penggunaan pelbagai sumber pengetahuan dan aktiviti yang kolaboratif serta perbincangan dan penilaian terhadap pembelajaran juga turut memperdalam pembelajaran guru. Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati guru bahasa Melayu tidak begitu mengutamakan pembelajaran seumur hidup. Matlamat guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa tertentu menyebabkan guru mengabaikan penguasaan kemahiran belajar cara belajar. Guru seakan-akan kesuntukan masa untuk mengajar kemahiran tersebut kepada murid. Guru kurang berusaha untuk menyalurkan maklumat atau informasi yang baharu dan terkini kepada murid. Buktinya, guru sering menggunakan bahan pelajaran yang sedia ada seperti menggunakan buku rujukan, latih tubi dan bahan pembelajaran lain. Jarang sekali guru menggunakan bahan bercetak mahupun alat elektronik yang berupaya menyalurkan informasi yang terkini. Maka, bukan sahaja murid tidak menerima ilmu-ilmu baharu malah guru sendiri cetek pengetahuan. Apabila murid tiada pendedahan mengenai perkara yang berlaku di persekitaran mereka atau dalam dunia semasa, sudah tentunya mereka tidak dapat mengikuti perkembangan semasa dalam semua aspek. Malahan murid juga tidak mungkin menghadapi dunia yang sering berubah. Ini kerana pengajaran guru tidak banyak bersifat menguji kebolehan minda atau menjurus kepada penyelesaian masalah. Pengajaran guru yang tidak meliputi dunia ‘sebenar’ dan kurang menggunakan contoh ‘sebenar’ dalam pengajaran akan menyebabkan murid tidak mahir dan tidak cekap bertindak dalam menangani sesuatu masalah atau situasi. Guru sebenarnya dapat membezakan pembelajaran yang terhasil di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Maka, guru perlulah ingat bahawa tahap pembelajaran di dalam bilik darjah adalah lebih rendah berbanding pembelajaran di luar bilik darjah. Disebabkan risiko yang lebih tinggi dalam pembelajaran di luar bilik darjah, guru mungkin tidak dapat menghasilkan kualiti pembelajaran yang dikehendaki di sekolah. Selain itu, guru haruslah memahami dan mengamalkan kemahiran belajar cara belajar untuk tujuan membangundan meneruskan pengujian dalam kalangan guru sendiri
  2. 2. mahupun murid-murid. Maka, guru sewajarnya membuat kajian kecil untuk membantu murid-murid untuk belajar cara belajar. Di samping itu, guru juga perlu memastikan sejauhmana ciri-ciri sekolah dapat menjayakan usaha seseorang guru untuk mengurus dan menghasilkan kemahiran dan pengetahuan belajar cara belajar. Penggunaan rangkaian pendidikan, termasuklah rangkaian elektronik yang sebenarnya dapat menyokong pembentukan, pengurusan dan pemindahan pengetahuan dan kemahiran belajar cara belajar juga perlu dikaji oleh guru. Dalam masa yang sama, guru juga perlu cuba untuk membangunkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat mengintegrasi aktiviti di dalam bilik darjah, sekolah dan juga rangkaian pendidikan. Walaupun tidak ada langkah yang spesifik dalam merangsang kemahiran belajar cara belajar, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan. Guru seharusnya menekankan peranan dan hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Pihak sekolah pula boleh memberi sokongan yang secukupnya kepada guru-guru dan juga murid-murid dalam menerapkan kemahiran ini. Dengan kata lain, pembelajaran menjadi lebih efektif apabila murid-murid mendalami pembelajaran mereka, hasil penghayatan guru terhadap pengajaran. Belajar cara belajar dapat dibangunkan dengan amalan pembelajaran yang baik, khususnya kerana kemahiran ini dapat membina model pengajaran dan pembelajaran yang memfokus secara luaran dan kritikal terhadap proses dan kandungan pembelajaran. Pendek kata, langkah ini dapat membantu murid-murid untuk lebih mengutamakan pembelajaran. Pemberian peluang yang secukupnya kepada murid-murid dapat membantu mereka mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan perkara yang boleh dilakukan oleh mereka dalam pelajaran. Dengan refleksi yang kritikal, murid-murid juga dapat membuat keputusan tentang langkah seterusnya dalam pembelajaran dan mengenal pasti cara untuk memperbaik pembelajaran mereka. Dalam mengggabungkan kemahiran belajar cara belajar dengan pengujian dalam kalangan murid-murid, guru mempunyai peranan yang eksplisit dalam pengajaran dan pembelajaran . Murid-murid tidak akan membantah guru mereka, malah akan menguasai proses pembelajaran dengan sendiri. Kemahiran belajar cara belajar dapat dilihat apabila tumpuan murid-murid tertumpu ke arah proses pembelajaran dan membuat keputusan. Murid-murid yang sudah menguasai kemahiran belajar cara belajar akan menunjukkan kefahaman mereka terhadap matlamat pembelajaran, memahami cara pembelajaran di samping memahami perkara yang sedang dipelajari dan mampu membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan pembelajaran mereka.

×