Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
832
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
22
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Pendekatan Cerakin atauanalisis KAEDAH SELURUH PERKATAAN 1
  • 2. Ahli konstruktivist percaya yang kanak- kanak belajar dengan proses membina daripada pengetahuan sedia ada.Jadi mereka percaya yang kanak-kanak mula belajar dari‘perkataan-perkataan’ yang memberi makna kepada mereka.Oleh itu mereka percaya untuk mengajar kanak-kanak membaca haruslah menggunakan perkataan-perkataan kanak-kanak itu sendiri. Jadi timbullah pendekatan ‘word to sound’: 2
  • 3. ‘Whole word’- mula popular 50an. Beberapa kaedah yang berkisar kepada pendekatan ‘whole word’ ini.Diantara kaedah yang menggunakan pendekatan cerakinan ini ialahKaedah PerkataanKaedah FrasaKaedah Ayat. 3
  • 4. Kaedah PerkataanTeknik Lihat dan sebutPengajaran membaca dimulakan dengan memperkenalkan perkataan-perkataan yang bermakna.Guru-akan menyediakan gambar-gambar objek seperti meja, kerusi, bola dll.Gambar-gambar ini dilabelkan. 4
  • 5. Murid diajar menyebut ‘seluruh perkataan’ selepas guru menyebutnya.Murid kemudiannya diminta menyebut perkataan dan menunjukkan gambarnya sekali.Murid mengeja dan menyalin perkataan .Kemudian barulah dicerakinkan perkataan-perkataan tersebut. 5
  • 6. Pencerakinan perkataanSetelah murid dapat menyebut perkataan- perkataan yang diperkanalkan guru akan menunjukkan pencerakinan.Kemudian perkataan itu dipecah mengikut suku kata dan huruf: ‘buku’ - ‘ bu ku’- ‘b u k u’ ‘meja’ – ‘me ja’ – ‘m e j a’ ‘cawan’ --- ‘ca wan’ --- ‘c a w a n’Kemudian huruf dicantum dan dieja semula secara ‘keseluruhan perkataan ‘meja’ , ‘ cawan’, ‘buku’ 6
  • 7. Kaedah FrasaKaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini akan dapat menarik lebih banyak minat murid terhadap cerita yang mudah.Frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah seperti: Ini meja, Ini kerusi. Itu buku. 7
  • 8. Frasa-frasa ini pula dipanjangkan untuk membentuk ayat-ayat mudah.Semasa mengajar guru akan memilih frasa- frasa yang sesuai dan pengulangan perkataan digalakkan agar memudahkan murid mengingati dan membaca.Peningkatan dalam proses pengajaran daripada yang senang kepada yang susah.Dengan cara ini perkataan-perkataan baru juga dapat diperkenalkan.Antara kaedahnya ialah picture word inductive method. 8
  • 9. Teknik berasaskan gambarGuru menunjukkan gambar kepada murid.Minta murid sebutkan apa yang terdapat dalam gambar. Ini meja. Ini kerusi. Ajar murid menulis dan membaca perkataan yang disebutnya tadi. 9
  • 10. ATAUJika murid boleh menceritakan mengenai gambar guru boleh menuliskan cerita tersebut. Ini meja guru. Ini kerusi saya.Kemudian menguna beberapa perkataan dalam cerita itu untuk mengajar murid mengejanya (pencerakinan) dan ‘membaca’nya. 10
  • 11. Kaedah kalimat/ayatMurid terlebih dahulu diperkenalkan dengan kalimat atau ayat-ayat pendek yang bermakna.Guru akan membacakan satu kalimat beberapa kali.Murid mengulangi kalimat yang disebut guru.Kemudian kalimat itu akan dicerakinkan kepada perkataan, suku kata dan huruf. 11
  • 12. Di antara kaedah yang berasaskan kaedah kalimat ialah:Teknik menggunakan buku cerita danTeknik berasaskan pengalaman 12
  • 13. Teknik menggunakan buku cerita Pilih satu cerita yang disukai oleh kanak- kanak. Bacakan cerita tersebut. Minta kanak-kanak sebutkan perkataan- perkataan yang mereka ingati daripada pembacaan tadi. Tuliskan perkataan tersebut. Ajar kanak- kanak mengeja perkataan yang dipilihnya tadi. 13
  • 14. ATAU berdasar bahasa berirama atau lagu yang kanak-kanak tahu.Galakkan kreativiti kanak-kanak untuk menukar senikata lagu tersebut mengikut tema yang disukainya.Fokus kepada perkataan-perkataan baru yang ditukar oleh mereka.Cerakinkan perkataan tersebut.Nyanyikan semula lagu baru. 14
  • 15. Teknik berasaskan pengalaman kanak-kanakGuru membuat ‘brainstorming’ kepada murid mengenai pengalaman mereka.Jika murid minat untuk melukis minta murid melukis di atas kertas.Jika tidak cukuplah dengan mendengar danmenulis semula cerita tersebut. 15
  • 16. Guru menulis cerita yang diceritakan oleh kanak-kanak menggunakan ayat asal kanak- kanak.Guru bacakan cerita kepada kanak-kanak.Kanak-kanak cuba membaca cerita yang dibuatnya sendiri.Oleh kerana teks yang digunakan adalah dari kanak-kanak maka ianya mudah diingati oleh merekaKemudian fokus kepada perkataan demi perkataan untuk dicerakinkan. 16
  • 17. Kekuatan kaedah cerakinanMengikut Multiple Intelligence oleh Howard Gardner kanak-kanak belajar melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah melalui visal spatial(rakaman imej)Terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan ini. Mereka biasanya tidak suka mengeja akan tetapi tahu jika sesuatu perkataan tidak lengkap.Kaedah ini juga boleh diajar apabila kanak- kanak telah menguasai pembacaan. 17