1.0 Pendahuluan       Assalamulaikum, syukur kepada tuhan kerana saya dan tiga rakansekumpulan yang lain iaitu Mohd Azri B...
2.0 Sinopsis      Lampiran ini bermula apabila seramai 23 orang murid tahun enam diLockhaven Elementary School tergamam me...
Miss Carol juga kesal dengan sikap Ibu Kevin yang tidak mengambil berattentang Kevin dalam menyelesaikan masalah tingkah l...
3.0 Analsis Kes3.1 Teori Yang Berkaitan Kajian Kes      Teori yang terlibat dalam kajian kes ini ialah teori Ekologi Bronf...
perenggan 11, baris 3). Manakala bagi Kevin pula, dia dilihat tidak mempunyaikemahiran meregulasikan emosinya dan tidak me...
keburukannya. Contohnya jika Kevin tidak dilarang untuk menonton aksi-aksi pukul-memukul dan aksi ganas, dia akan bertinda...
Kevin kerana die telah mengalami masalah tekanan emosi akibat pergolakan dalamkeluarganya sendiri. Sesi kounselor yang dil...
6.0 Rumusan      Guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Initermasuklah strategi pengajaran yang...
7.0 Refleksi      Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerjakursus Pengurusan Bilik Darjah dan ...
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukanuntuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja...
sosial. Dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif, guru harusmewujudkan set peraturan di dalam bilik darjah. ...
kecerdasan. Isu ini sememangnya menghantui guru –guru sekarang. Guru tidaksepatutnya mempersalahkan murid yang dilahirkan ...
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doadan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melaku...
8.0 BibliografiEe Ah Meng (1997) Pedagogi lll. Fajar bakti Sdn. Bhd.Eggen, P.D. , Kauchak, D.P (1998). Learning and teachi...
Isi Kandungan                                      Perkara        Muka                                                    ...
PenghargaanAssalamualaikum w.b.t.      Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapatmenyiapkan kerj...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Asimen pbd

1,031 views
919 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,031
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
11
Actions
Shares
0
Downloads
62
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Asimen pbd

  1. 1. 1.0 Pendahuluan Assalamulaikum, syukur kepada tuhan kerana saya dan tiga rakansekumpulan yang lain iaitu Mohd Azri B Mat Idris, Norhidayahne Bte Jamil danNuranis Lyana Bte Zambery telah berjaya melaksanakan satu tugasan kerja kursusPengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Berdasarkan lampiran 8, saya dankumpulan telah menjalankan suatu analisis kes yang bertajuk ” Is Kevin Bluffng ”oleh Carol Yake. Artikel ini menceritakan tentang kepayahan seorang guru iaituCarol Yake yang berpengalaman mengajar selama 14 tahun, dalam mengurusmasalah tingkah laku yang terjadi pada anak muridnya. Selain itu, ia jugamenyelitkan tentang konflik dalaman yang dialami oleh murid tersebut iaitu Kevin. Saya boleh katakan bahawa artikel ini lebih menjurus kepada aspek masalahdalaman yang dihadapi oleh murid. Dalam konteks zaman menuju wawasan 2020ini, terdapat pelbagai masalah dalaman yang di alami oleh pelajar. Pelbagai pekaraboleh juga di kaitkan dalam artikel Is Kevin Bluffing ini kerana masalah sepertipergolakan rumah tangga tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat zaman ini.Sebagai contoh Kevin di dalam artikel ini telah mengalami masalah emosi yang agakkritikal kerana semasa di rumah dia sering di pukul oleh ayahnya. Tambahan pula,Kevin tidak mendapat kasih sayang seorang ibu kerana ibunya telah berkahwindengan lelaki lain. Walaupun kisah ini merupakan artikel dari luar negara, namun ianya sudahtidak asing lagi berlaku di negara kita sendiri. Kes penceraian dan masalah rumahtangga terus meningkat dari semasa ke semasa sekaligus mengakibatkan anak-anak mereka mengalami pelbagai masalah yang berbeza-beza. Hal inimenyebabkan mereka terbawa-bawa emosi yang tidak stabil itu ke sekolah. Berbalikkepada artikel yang saya kaji, antara tindakan yang akan di lakukan oleh murid yangmengalami masalah seperti ini ialah akan memberontak, membaling kerusi danmelawan kata gurunya. Jesteru, terdapat pelbagai strategi dan kaedah untuk mengawal danmemulihkan murid seperti Kevin dalam artikel Is Kevin Blufffing ini. ii
  2. 2. 2.0 Sinopsis Lampiran ini bermula apabila seramai 23 orang murid tahun enam diLockhaven Elementary School tergamam melihat aksi rakan sekelas mereka, Kevinyang bertenggek di bahagian kekisi tangga diluar kelas mereka seperti mahumembunuh diri. (m/s 143, perenggan 1 baris 3-4). Kevin merupakan seorang murid yang bermasalah dan didiagnosis sebagaipsikotik serta sepatutnya dimasukkan ke dalam kelas masalah tingkah laku, namundisebabkan beberapa masalah dia ditempatkan kedalam kelas Miss Carol(m/s 143,perenggan 3 baris 1-4). Kebanyakan rakan kelas Kevin takutkannya kerana mereka pernah melihatdia memukul Miss Carol (m/s 144, perenggan 4 baris 3-6). Disebabkan masalahtingkahlaku yang ditimbulkan, Guru Besar sekolah akan meminta John Patterson,pembantu sekolah untuk mengeluarkan Kevin dari kelasnya dan dihantar ke bilikMiss Allison King, guru kelas masalah tingkahlaku. Di situ dia akan dikenakan “Time-out” dalam kurungan kayu sehinggalah dia bertenang. Dia akan dimasukkan kekurungan, jika melakukan kesalahan kerana dia telah difahamkan oleh Miss caroldan Allison tentang salah laku yang boleh menyebabkan dia ke situ. (m/s 144,perenggan 8). Beberapa minggu sebelum itu, dia juga pernah mengugut untuk memecahkantingkap kelasnya dengan tujuan untuk menakutkan Miss Carol namun membatalkanhasratnya apabila Miss Carol memberitahu bahawa ibu Kevin yang terpaksamembayar kesemua cermin tingkap yang dia pecahkan. (m/s 144, perenggan 9&10). Pada suatu hari, semasa di kawasan tapak permainan Kevin telahmemberitahu kepada Miss Carol tentang bapanya yang suka memukulnya dan MissCarol juga tahu yang Ibu Kevin telah pun berkahwin lain tetapi hasil penderaan itutelah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Kevin. Pada masa inilah yangMiss carol menyedari bahawa melalui pengalaman lampaunya, dia belajarmengawal orang di sekelilingnya dengan keganasan termasuklah keluarganyasendiri. (m/s 145, perenggan 13). ii
  3. 3. Miss Carol juga kesal dengan sikap Ibu Kevin yang tidak mengambil berattentang Kevin dalam menyelesaikan masalah tingkah laku Kevin. (m/s 145,perenggan 15). Pada penghujung lampiran ini, ditimbulkan persoalan adakah Misscarol bersalah jika Kevin mati. (m/s 145, perenggan 17).2.1 Watak dan perwatakan Watak utama aritikel ini ialah Kevin. Murid berkeperluan khas tahun 6,didianosis mempunyai psikotik iaitu gangguang jiwa,agresif, suka mengamuk danmemberontak,semasa kecil selalu menjadi mangsa pukul ayahnya,mempunyaiseorang ibu dan telah berkahwin lain. Seterusnya ialah Carol Yake. Carol Yake merupakan guru kelas Kelvin,mengajar murid berkeperluan khas, mempunyai 24 orang murid,penyayang,sabar,simpati pada muridnya, positif dan dedikasi terhadap proses mendidik,pernahputus asa mengawal Kelvin. Selain itu terdapat juga watak Miss Rice. Beliau merupakan seorang GuruBesar sekolah Kelvin, menolong Carol dengan mencadangkan agar Kelvindipindahkan ke bilik Allison iaitu bilik kaunseling jika Kelvin tidak dapat dapatdikawal. Antara watak lain dalam artikel ini ialah Mr John Patterson, seorang guruyang mengawal masalah tingkah laku pelajar tahun 1 dan Allison King iaitupembantu di Lockhaven Elementary School. ii
  4. 4. 3.0 Analsis Kes3.1 Teori Yang Berkaitan Kajian Kes Teori yang terlibat dalam kajian kes ini ialah teori Ekologi Bronfenbrennerdimana ia menekankan tentang pengaruh persekitaran sosio-budaya terhadapperkembangan individu. Dalam teori ini terdapat lima sistem ekologi yang berasaskan interaksidiantara individu dengan ibu bapanya, gurunya, rakan-rakan dan lain-lain. Terdapatsatu system yang dikenali sebagai mikrosistem iaitu persekitaran yang manaindividu itu menghabiskan paling banyak masa dan berlaku secara langsung. Danpada tahap yang lebih tinggi, terdapat pula mesosistem yang terdiri daripadagabungan mikrosistem. Contohnya interaksi antara guru dengan ibu bapa, keluarga dengan sekolah.Apabila terdapat masalah dalam satu mikrosistem,ia akan menjejaskan mikrosistemyang lain. Misalnya keadaan di rumah mempengaruhi keadaan seseorang disekolah. Dalam kes yang dikaji, dapat dilihat perkaitan teori ini apabila tingkah lakuganas Kevin telah menakutkan rakan-rakan sekelasnya yang lain (m/s 144,perenggan 4 baris 3-6) ataupun Kevin yang menghadapi konflik dalaman tidak dapatmenjalinkan hubungan dengan Miss Carol. Teori seterusnya yang berkaitan adalah teori keperluan permodelan AlbertBandura. Hasil kajian Bandura & Walters pada 1963, didapati pelbagai tingkahlakusosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasilpemerhatian daripada gerakbalas yang ditonjolkan oleh orang lain. Dalam kes ini,sikap ganas bapa Kevin telah menyebabkan Kevin menjadi sepertinya apabila cubammengawal orang lain melalui keganasan. (m/s 145, perenggan 13) Konsep kecerdasan emosi ialah dimana individu mempunyai beberapakemahiran sosial serta kemahiran mengawal emosi seperti kemahiran berempati,kemahiran mengenalpasti emosi orang lain dan lain-lain. Dalam kes ini, kemahiranbersosial dan tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat dilihat pada Miss Carolyang mampu mendekati Kevin dan bersimpati terhadap perasaannya. (m/s 144, ii
  5. 5. perenggan 11, baris 3). Manakala bagi Kevin pula, dia dilihat tidak mempunyaikemahiran meregulasikan emosinya dan tidak mengenalpasti emosi orang lain.4.0 Model Yang Berkaitan4.1 MODEL Akibat Logikal Dreikurs Model yang telah saya bentangkan semasa persembahan multimedia ialahmodel Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968), berpendapat murid boleh dibantuoleh guru untuk memahami motif dan menyingkirkan salahlaku, dan ini lebihberkesan dilakukan apabila murid merasai akibat logikal tingkah laku mereka sendiri.Murid perlu diberi pilihan dan bukan dipaksa untuk berkelakuan seperti dimahukanoleh guru. Ini tidak langsung akan mengajar murid tentang tanggungjawab. Dalamkes yang dikaji, Miss Carol telah memberikan Kevin pilihan untuk berfikir tentangakibat tingkahlakunya dan berjaya menghalang gangguan darinya.(m/s 144, perenggan 9&10 ) Untuk konteks isu semasa pula, seorang guru di sekolah haruslah sentiasamengenalpasti masalah yang di alami oleh muridnya. Hal ini boleh dilakukan denganberjumpa secara dua hala dengan murid yang telah dikenal pasti mengalamimasalah seperti yang dialami oleh Kevin. Ciri –ciri jelas ketara abila seseorang muriditu menunjukkan motif-motif untuk mendapatkan perhatian, mencabar kuasa,membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Setalah berjumpa secara individu, guru hendaklah cuba menyelami masalahmurid tersebut. Berikanlah kata-kata semangat dan motivasi serta jangan kuranguntuk memberikan mereka perhatian semasa di dalam kelas. Jika murid tersebutsama gender dengan guru, digalakkan seseorang guru itu memeluk anak muridnyayang bermasalah. Tindakan ini akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalahyang dihadapi oleh murid tersebut. Selain daripada ini, guru juga oleh memberikan nasihat kepada murid untuktidak menonton aksi-aksi ganas yang terdapat dalam televisyen dan internet.Kemudahan yang ada ini memberi banyak manfaat kepada kita namun terdapat juga ii
  6. 6. keburukannya. Contohnya jika Kevin tidak dilarang untuk menonton aksi-aksi pukul-memukul dan aksi ganas, dia akan bertindak lebih agresif semasa di sekolah jikaemosi nya telah digangu. Hal ini sudah tentu akan menyukarkan guru untukmemulihkan murid yang bermasalah seperti Kevin ini. Bagaimana hendak mengurangkan tindakan agresif murid jika murid tersebutsentiasa melihat tindakan agresif di dalam kehidupan? Oleh itu, guru haruslahmenasihatkan ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka daripada menontonvideo-video dan aksi-aksi ganas yang terdapat di televisyen dan internet.5.0 Strategi Penyelesaian Kajian Kes Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan iaitu dengan membawaKevin kepada guru disiplin. Miss Carol boleh membawanya berjumpa dengan gurudisiplin. Tindakan yang dikenakan adalah berpatutan dengan kesalahan dandilakukan dengan tujuan pengajaran bukannya bersifat mendera. Ini keranadikhuatiri ia akan meninggalkan kesan yang lebih buruk lagi terhadap psikologi danfisiologi murid yang berkenaan. Cadangan kedua pula ialah dengan menghantar Kevin, murid bermasalahtingkah laku berjumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatrik. Ini kerana mereka inimerupakan golongan professional yang lebih pakar untuk membantu menyelesaikanmasalah tingkah lakunya. Tambahan lagi, kaunseling juga boleh diadakan kepadapihak penjaga Kevin. Bagi cadangan pertama, kevin akan dibawa ke guru displin sekolahnya. Halini akan sedikit memberi kesan yang negatif kerana Kevin akan lebih memberontakjika dia dihukum oleh guru displinnya. Namun begitu, terdapat juga kesan positif iaituKevin akan sedar akan kesalahannya dan takut untuk melakukannya lagi. Hal inisedikit sebanyak akan menyebabkan Kevin berfikir dahulu sebelum melakukansesuatu perkara. Untuk cadangan kedua pula, pendekatan ini lebih kepada bersifat lembut.Jika Kevin dihantar ke guru kounselor, Kevin akan mendapat motivasi dalamansecara tidak lansung. Perkara seperti ini sangat penting bagi seorang murid seperti ii
  7. 7. Kevin kerana die telah mengalami masalah tekanan emosi akibat pergolakan dalamkeluarganya sendiri. Sesi kounselor yang dilakukan haruslah dilakukan secaraberhati-hati bagi menjaga perasaan Kevin. Jika tersilap dalam memberikan motivasikepada Kevin, berkemungkinan dia akan lebih bersifat agresif seperti mengatakanbahawa ayahnya memang seorang yang tidak baik dan harus dihukum. Kata-kataseperti ini haruslah dielakkan agar Kevin tidak berdendam dengan ayahnya danmeluahkan perasaan marahnya semasa di sekolah. Untuk konteks masalah di negara ini, saya boleh kupaskan bahawa seorangguru haruslah memberi peneguhan positif dan bukannya peneguhan negatif.Peneguhan positif berlaku apabila ganjaran diberikan seperti hadiah, pujian, markahmerit, dan sebagainya. Sebagai contohnya ialah apabila murid berlakuan baikseperti tidak membuat bising, membuat kerja tepat pada masa dan lain-lainkelakuan, murid tersebut akan diberi ganjaran. Guru haruslah mengelakkan daripada menggunakan peneguhan secaranegatif pada zaman sekarang kerana tidak sesuai dengan Kurikulum StandardSekolah Rendah yang baru diperkenalkan awal-awal ini. Peneguhan negatif berlakuapabila apabila rangsangan seperti majalah , komik dikeluarkan supaya murid-muridkembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. Apakah perasaan seseorang jika barang kepunyaannya diambil orang lain?Perasaan inilah yang akan dirasai oleh murid jika guru melakukan secara demikian.Antara implikasi daripada peneguhan negatif ini ialah murid akan berdendamdengan gurunya, bertindak agresif dan tidak memberikan tumpuan kepada gurutersebut lagi. Oleh itu, seorang guru tidak harus melakukan perkara yangsedemikian, tetapi boleh menggunakan cara lain yang lebih baik seperti memberikanamaran awal terlebih dahulu kepada murid tersebut. Jika masih tidak mendengarkata guru hendaklah bertindak dengan mengalihkan tumpuan kelas kepada muriditu. Hal ini akan menyebabkan murid berkenaan merasa dirinya diperhatikanseterusnya menyebabkan die menumpukan tumpuan semula kepada pengajarandan pembelajaran (P&P). ii
  8. 8. 6.0 Rumusan Guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Initermasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yanghendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuaidan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan atau penerapan nilaiilmu. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesankepada murid, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjolkansupaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa apa –apa mata pelajaran bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadiseorang insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosial. Oleh itu, penekanannya ialah penghayatan Ilmu, bukannya peperiksaan.Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanyaberjaya menyampaikan ilmu, tetapi gagal memberi pendidikan ilmu tersebut, iaitugagal mendidik manusia untuk menjadi manusia kerana tugas utama guru ialah„memanusiakan manusia‟. Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukansahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dandiminati oleh murid, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segalaaspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap murid. (Huitt, 1994).Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai ilmu,penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiapperjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guruMuslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976). ii
  9. 9. 7.0 Refleksi Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerjakursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku saya. Saya Mohd Aidil BinOthman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya danahli kumpulan saya yang lain sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jikakawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongankepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi saya ini telah saya kembangakan kepada beberapa aspek iaituaspek kekuatan dan kelemahan semasa setelah membuat kajian kes berkenaanartikel, hubungkait dalam konteks kajian kes dengan kurikulum di dalam negarandan implikasi yang dikenalpasti dalam kajian kes yang telah saya dan ahli kumpulansaya kaji serta strategi sebagai seorang bakal guru untuk mengatasi masalah muridseperti kes yang dikaji. Saya mulakan refleksi saya dengan aspek kekuatan dankelemahan yang telah saya perolehi semasa melakukan kajian kes dalam kerjakursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidakmenyangka bahawa saya dan tiga orang lagi rakan saya telah melakukannyadengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasanyang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapamasalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialahuntuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai aritikel kajian kes yang telah diberikankepada kumpulan saya iaitu artikel yang bertajuk „Is Kevin Bluffing‟. Selepas itu,saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai model, teori dan strategi mengenaimasalah tingkah laku murid pada zaman sekarang untuk kerja kursus saya. Sayatidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu pahamuntuk membina sebuah laporan kajian kes berdasarkan persembahan multimediaoleh kumpulan kami tetapi setelah di terangkan oleh Pn Kamisah Bte Buang, sayadan ahli kumpulan saya akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untukmenghasilkan sebuah laporan untuk kerja kursus ini. ii
  10. 10. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukanuntuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukansecara berkumpulan. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelumdimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan oleh PnKamisah Bte Buang telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursussaya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakankerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk mencaripelbagai contoh kes displin murid di dalam negara kita sendiri. Selepas itu sayatelah cuba mengambil isi di dalam kes tersebutuntuk dijadikan contoh dalam kerjakursus yang telah diberikan. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yangdimasukkan haruslah tepat dan haruslah sesuai dengan situasi murid sekolahrendah. Bagi aspek hubungkait kajian kes dalam konteks kurikulum pendidikandi dalam negara sekarang ialah pada zaman moden hari ini, dalam duniapendidikan di seluruh dunia banyak konsep bilik darjah telah diperkenalkan.Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana kondusif yang mana mementingkankeselesaan murid untuk belajar, ruang pergerakan untuk interaksi guru dan muridserta sudut-sudut tertentu untuk bahan pengajaran dan informasi. Konsep pengurusan yang diperkenalkan juga adalah bergantung kepadajenis-jenis murid seperti murid bekeperluan khas termasuklah kanak-kanak pintarcerdas yang berbeza dari murid normal, selain perubahan susunan kerusi meja daribentuk tradisi kepada pelbagai susunan lain yang memberikan murid persekitaranyang lebih bebas. Selain itu, sebagai pengurus bilik darjah, guru harus mememenuhibeberapa ciri-ciri untuk menjadi guru yang efektif, lebih-lebih lagi di zaman alaf baruini. Antaranya ialah beriltizam, berwawasan, berpandangan global, sentiasa bersikappositif dan sentiasa berorientasikan maklumat. Selain itu, pengamalan budayakeguruan juga harus dihayati seperti amalan membaca, bermusyawarah danberpandangan global. guru sebagai seorang pemandu yang sentiasa mengawal persekitaranpembelajaran untuk mencipta suasana pembelajaran yang kondusif. Ini keranapersekitaran murid mampu mempengaruhi proses pembelajarannya dan memberikesan kepada tingkah laku murid tersebut baik dari segi fizikal mahupun psiko- ii
  11. 11. sosial. Dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif, guru harusmewujudkan set peraturan di dalam bilik darjah. Ini dilakukan sebagai memberi garispanduan kepada murid tentang batasan-batasan yang perlu mereka patuhi semasaberada di dalam kelas. Akan tetapi, peraturan yang diwujudkan adalah dibawahkuasa guru sepenuhnya dan jika boleh, sila dapatkan persetujuan dan sokongandaripada ibu bapa untuk mengelakkan masalah di masa akan datang. Tetapi gurujuga boleh bertindak bijak dengan memberikan murid peluang untuk menentukanperaturan mengawal tingkahlaku sendiri dan dipersetujui oleh guru yang dikenalijuga sebagai kontrak. Selain mengurus insan, guru juga bertanggungjawab mengurus pentaksirandalam bilik darjah. Ini merangkumi aspek ujian dan peperiksaan serta pengurusansumber maklumat murid. Perkara ini penting untuk menilai kemajuan prestasi muriddisamping merekod perkembangan atau masalah murid untuk rujukan ibu bapamahupun pihak-pihak lain seperti kementerian pendidikan dan pihak hospital. Seterusnya adalah berkaitan juga dengan pengurusan bilik darjah tetapidalam aspek hubungan guru-murid. Saya banyak mempelajari kepentinganmembina hubungan guru-murid, faktor-faktor yang mempengaruhinya dan strategi-strategi untuk membina hubungan positif bersama murid. Antara contohnya ialahdari perkara yang paling ringkas dengan menghafal nama murid dan jugamenghubungi pihak keluarga, biarpun sekadar bertanya khabar mereka. Pengajaran berkesan merupakan salah satu tanggungjawab dan tugas utamayang harus dipikul oleh semua guru. Ia memperlihatkan lagi bahawa tanggungjawabseorang guru bukan hanya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, gurujuga perlu memastikan bahawa ilmu yang ingin disampaikannya mesti diterima olehmurid walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Untuk memastikan bahawa murid menerima ilmu tersebut, guru harusmengkaji bagaimana cara pengajaran yang perlu dilakukannya supaya murid dapatmenerimanya dengan mudah. Antara Dapatan saya daripada kerja kursus ini ialah, saya memahami denganlebih mendalam bagaimana untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaranapabila berdepan dengan murid – murid yang mempunyai perbezaan dari segi aras ii
  12. 12. kecerdasan. Isu ini sememangnya menghantui guru –guru sekarang. Guru tidaksepatutnya mempersalahkan murid yang dilahirkan sedemikian, guru perlu mengkajibagaimana murid tersebut belajar atau boleh menerima ilmu dengan mudah dangunakan kajian tersebut sebgai kekuatan untuk berdepan murid tersebut. Guru juga perlu kreatif dalam merancang proses pengajaran danpembelajaran agar ia sesuai untuk muridnya. Sememangnya ia agak sukar tapiitulah tanggungjawab guru. walau macam mana pun murid yang dihadapinya diamesti juga mencorak kehidupan mereka. Model yang telah saya bentangkan semasa persembahan multimedia ialahModel Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968), berpendapat murid boleh dibantuoleh guru untuk memahami motif dan menyingkirkan salahlaku, dan ini lebihberkesan dilakukan apabila murid merasai akibat logikal tingkah laku mereka sendiri.Murid perlu diberi pilihan dan bukan dipaksa untuk berkelakuan seperti dimahukanoleh guru. Ini tidak langsung akan mengajar murid tentang tanggungjawab. Dalamkes yang dikaji, Miss Carol telah memberikan Kevin pilihan untuk berfikir tentangakibat tingkahlakunya dan berjaya menghalang gangguan darinya. Strategi yang telah saya bentangkan pula ialah strategi secara peneguhanpositif. Sebagai seorang guru peneguhan secara positif ialah pendekatan yangterbaek bagi mengatasi masalah tingkah laku murid di sekolah. Namun begitu tidakdinafikan bahawa peneguhan negatif juga mempunyai kebaikan tetapi tidak sesuaiuntuk di aplikasikan pada zaman sekarang. Antara implikasi daripada peneguhan negatif ini ialah murid akanberdendam dengan gurunya, bertindak agresif dan tidak memberikan tumpuankepada guru tersebut lagi. Oleh itu, seorang guru tidak harus melakukan perkarayang sedemikian, tetapi boleh menggunakan cara lain yang lebih baik sepertimemberikan amaran awal terlebih dahulu kepada murid tersebut. Jika masih tidakmendengar kata guru hendaklah bertindak dengan mengalihkan tumpuan kelaskepada murid itu. Hal ini akan menyebabkan murid berkenaan merasa dirinyadiperhatikan seterusnya menyebabkan die menumpukan tumpuan semula kepadapengajaran dan pembelajaran (P&P). ii
  13. 13. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doadan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telahdiberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerjakursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku yang diberikan telah berjaya sayasiapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telahmembantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu PnKamisah Bte Buang. ii
  14. 14. 8.0 BibliografiEe Ah Meng (1997) Pedagogi lll. Fajar bakti Sdn. Bhd.Eggen, P.D. , Kauchak, D.P (1998). Learning and teaching : research based methods. USA: Allyn & BaconHoward gardner (1991), multiple intelegences : the theory in practice. Basic books, new york.Kamus dewan edisi ke – 4 (200..)Mok soon sang (2003), ilmu pendidikan untuk KPLI (sekolah rendah : komponen 1&2) psikologi pendidikan dan pedagogi. Kumpulan budiman sdn bhd, s. Jaya.Yaxley, B. G. Developing teachers‟ theories of teaching, falmer press, London, 1991. ii
  15. 15. Isi Kandungan Perkara Muka SuratBiodata iPenghargaan ii1.0 Pendahaluan 1 2-32.0 Sipnosis 2.1 watak dan perwatakan 4-53.0 Analsis kes 3.1 teori yang berkaitan kajian kes 5-64.0 model yang berkaitan kajian kes 4.1 model logikal Dreikurs 6- 75.0 strategi penyelesaian kajian kes6.0 Rumusan 87.0 Refleksi Kajian Kes 9-13 Kekuatan dan kelemahan Hubungkait dengan konteks kurikulum sekarang Strategi, model dan teori yang terlibat8.0 Bibliografi 149.0 Lampiran 15Nota dan maklumat daripada internetPembentangan powerpoint kumpulan ii
  16. 16. PenghargaanAssalamualaikum w.b.t. Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapatmenyiapkan kerja kursus pendek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku denganjayanya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasihkepada pensyarah pembimbing, Pn Kamisah Bte Buang kerana membimbing sayadalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasihkepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkankerja kursus ini. Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya kerana banyak membantu saya dalam menjalankan kajian kesini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantusaya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semuatidak saya lupakan. Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaankerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadisatu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yangsesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan sayaagar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasaproses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih. ii

×