Asimen anatomi& fisiologi 2011

394 views
333 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
394
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
16
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Asimen anatomi& fisiologi 2011

  1. 1. ISI KANDUNGANNo. Isi Kandungan Muka Surat 1. Soalan tugasan 2. Profil pelajar 3. Borang kolaborasi 4. Penghargaan 5. Pengenalan Anatomi dan Fisiologi 6. Latihan Litar 7. Kadar Denyutan Nadi (KDN) 8. Kepentingan & Carta Alir Kadar Nadi rehat 9. Pengiraan Kadar Nadi10. Pengelolaan Aktiviti11. Borang Skor & Graf Purata12. Lampiran13. Refleksi individu14. Rujukan
  2. 2. PenghargaanAssalamualaikum w.b.t. Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kami dapatmenyiapkan kerja kursus projek kami iaitu Pendidikan Jasmani(PJM 3106) denganjayanya. Tugasan ini dilakukan bersama-sama secara berkumpulan berempat iaituMohamad Ameer Wardee, Mohd Azri, Mohd Aidil Dan Mohamad Nasrun yangbermula pada 28 Februari 2011 hingga 4 April 2011. Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasihkepada pensyarah pembimbing, En Latif Bin Ahmad kerana membimbing sayadalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasihkepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkankerja kursus ini. Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya kerana banyak membantu saya dalam menjalankan kajian kesini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantusaya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semuatidak saya lupakan. Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaankerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadisatu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yangsesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan sayaagar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasaproses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.
  3. 3. PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGIAnatomiAnatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiapstruktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani „ana‟ bermaksud asingkandan „tome‟ bermaksud memotong.FisiologiFisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh. Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomijuga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini adalah satu kajian sains yangmembanggakan kerana telah bermula sejak 23000 tahun yang lalu. Displin ini adalah suatubidang biologi yang berprestij pada awal abad ke -19 dan masih merupakan bidang sainsyang dinamik dan berkembang. Anatomi ialah bidang sains yang luas skopnya dan merangkumi beberapa subdisplinseperti anatomi kasar ( gross ) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang strukturtubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot.Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “ memotong atau membelahanggota badan ” untuk melihat strukturnya.Anatomi kasar terbahagi kepada : I. Anatomi kawasan ( regional )Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan.Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala. II. Anatomi bersistem ( systemic )Semua organ yang mempunyai fungsi yang berkaitan antara satu sama lain akan dikajisecara bersama. Sebagai contoh, apabila kita mengkaji sistem otot, kita akan mengkajisemua kompenan sistem otot. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihathubung kait antara struktur dengan fungsinya.
  4. 4. III. Anatomi permukaan ( surface )Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaantubuh.Anatomi mikroskopik atau histologi ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskopik pentingkerana banyak proses fisiologi dan penyakit berlaku pada aras sel.Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu berdisplin yang mengkaji fungsi tubuh. Sebagaicontoh, tulang-tulang kaki yang tebal dan pamjang seperti femur, tibia dan fibula dapatmenyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan nipis, keupayaantulang untuk menyokong berat badan berkurangan.Fungsi-fungsi Anatomi dan Fisiologi antaranya ialah : Menolong kita merancang program seperti mengetahui senaman yang selamat dan spesifik untuk otot dan sendi tertentu. Menyedari had-had tubuh badan dalam melakukan aktiviti fizikal. Memahami fungsi dan kegunaan dalam penjagaan kesihatan diri dan aplikasi aktiviti sukan-aktiviti sukan Sebagai asas untuk memberi teknik-teknik lakuan suku serta pengaplikasian sukan.Organisasi Struktur Manusia Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza kompleksitinya.Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia. Pada aras ini, atom-atom bergabunguntuk membentuk molekul-molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secarakhusus untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang berbeza. Sel-selini merupakan unit paling ringkas bagi semua kehidupan. Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja, manusiaialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa mengelompok membentuk tisu yangmelaksanakan fungsi umum. Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yangberbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ tertentu dikelompokkanuntuk membentuk suatu sistem organ tubuh yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yangsama. Semua sistem organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggiorganisasi struktural iaitu, aras organisma.
  5. 5. Kadar Denyutan Jantung Kadar denyutan jantung adalah berapa kali jantung anda berdegup dalam masaseminit. Anda boleh mengukur kadar denyutan jantung dengan merasa nadi arteri-(rentakpengembangan dan pengucupan jantung) apabila darah dipaksa melaluinya denganpengucupan jantung. Ini dapat mengukur sekuat mana jantung anda bekerja.Nadi anda dapat dirasa padapergelangan tangan, leher, pangkal peha atau bahagian atas kaki - kawasan yang dekatdengan kulit. Selalunya, manusia mengukur denyutan nadi mereka pada pergelangantangan yang dipanggil radial pulse.Maksud Kadar Denyutan Jantung Normal Denyutan nadi masa berehat dalam anggaran 60-90 boleh dianggap sebagai kadardenyutan jantung yang normal. Denyutan jantung anda adalah bergantung kepadabeberapa faktor termasuklah tahap kecergasan dan tekanan anda. Walaubagaimanapun,jika nadi anda berterusan berada pada tahap atas 90, anda patut pergi berjumpadoktor.Keadaan ini dipanggil tachycardia (kenaikkan denyutan jantung). Kebanyakkan atlit mempunyai kadar nadi dalam lingkungan 40-60, bergantungkepada tahap kecergasan mereka. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalahbagus, tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh sepertirentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit. Jika anda mengalami keadaan inipada kebanyakkan masa, anda harus berjumpa doktor anda. Keadaan ini dipanggil bradycardia dan boleh menjadi berbahaya terutama bilatekanan darah turut rendah. Simptom-simptomnya adalah seperti letih, kurang tenaga danpengsan.Jika ini berlaku, anda perlulah mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.Banyak faktor yang mempengaruhi kadar nadi. Ini termasuklah emosi, suhu, keadaan postur(duduk, berdiri atau berbaring) dan juga saiz badan anda.
  6. 6. Sistem Tenaga Semasa Melakukan Latihan Litar Semasa melakukan Latihan Litar, tenaga diperlukan untuk melakukan aktiviti.Tenaga yang diperlukan terbentuk dari dua proses iaitu :a. Sistem ATP-PC Dalam sistem penghasilan tenaga ini, penghasilan ATP dari sistem ini tidakmemerlukan oksigen. Phosfokeratin (PC) adalah sebatian yang dinistisiskan kembali ADPdan ATP yang menyebabkan sumber ATP terhasil untuk membekalkan tenaga kepada ototdalam masa yang singkat.b. Sistem Asid Laktik (anaerobik) ATP terbentuk dari pemecahan makanan yang tidak lengkap kepada asid laktik. Ia jugaadalah sistem anareobik kerana ia: i. Tidak memerlukan oksigen dan pembakaran yang berlaku tidak lengkap. ii. Menggunakan karbohidrat sebagai bahan pembakaran. iii. Menghasilkan sangat sedikit molekul-molekul ATP (satu molekul glikogen menghasilkan dua molikul (ATP).Sistem tenaga ini hanya memberikan sumber tenaga hanya di mana di antara dua hinggatiga minit (selepas ATP-PC).Keperluan Sistem Tenaga i. Tenaga ATP – PC dan Asid Laktik lebih kurang 90 %. ii. Asid Laktik dan Oksigen lebih kurang 10 %. Dalam Latihan Litar, setiap aktiviti dilakukan dalam jangka masa yang pendek (30 saat)dengan sistem anaerobik digunakan iaitu ATP – PC dan Asid Laktik. Ini disebabkan tenagadapat diadakan dengan segera. Oksigen pula tidak berapa digunakan kerana masa setiapaktiviti adalah pendek.Tenaga anaerobik merupakan keupayaan melakukan gerak kerja ataulatihan yang berintensiti tinggi dalam jangka masa yang singkat.SUMBER : “ Interval Training, Fox and Methew 1964 “
  7. 7. Pengiraan Kadar NadiCara menganggar / menentukan Kadar Nadi Latihan: i. K.N.M – Kadar Nadi Maksimum (220-umur sebenar) ii. K.N.R – Kadar Nadi Rehat (kadar nadi selepas bangun tidur) iii. K.N.L – Kadar Nadi LatihanPERKARA PENGIRAANMaksimum 220-umur (20) = 200Kadar Nadi Kerja 200-70 (KNR) = 130Kadar Nadi Latihan 130 x 60% + 70 = 148Nadi Tertinggi 80% + 70 = 174 Jadual 3: Contoh pengiraan kadar nadi latihan :Perubahan Fisiologi Perubahan-perubahan fisiologi yang berlaku akibat daripada peningkatan kekuatan ototadalah seperti berikut: i. Pertambahan jumlah fiber yang aktif. ii. Pertambahan saiz fiber atau tisu. iii. Pengurangan lemak. iv. Perubahan kimia otot. v. Pengurangan daya rintangan dalam kawalan otot.
  8. 8. Kebaikan Latihan Litar i. Melibatkan ketiga-tiga aspek intensiti, ulangan dan kekerapan. ii. Boleh dilakukan oleh seorang atau berkumpulan dalam satu sesi. iii. Menitikberatkan perbezaan individu dari aspek fisiologi, umur, tahap, kemampuan, dan kebolehan. iv. Boleh diubahsuai mengikut kehendak jurulatih atau pelaku. v. Boleh dilakukan tanpa alat. vi. Boleh diubahsuai mengikut masa. vii. Bilangan dan jenis latihan bergantung kepada objektif. viii. Memotivasikan peserta atau atlet kerana masa sasaran atau bilangan. ix. Kemudahan yang bebas. x. Boleh digunakan untuk menguji diri.Kelemahan Latihan Litar Antara kelemahan Latihan Litar ialah bagi peserta yang kurang berdisiplin ataulemah akan mengambil kesempatan untuk melakukan latihan secara kurang jujur. Keadaanini mudah dilakukan kerana pada kebanyakan masa para peserta sibuk menjalankan aktivitimasing-masing. Di samping itu, Latihan Litar juga hanya dirancang untuk mencapai kecergasanfizikal keseluruhannya dan bukan sebagai suatu latihan jenis prestasi tertentu. Oleh keranLatihan Litar merupakan suatu aktiviti yang bertujuan untuk menghabiskan aktiviti dalammasa yang singkat atau dengan cepat, kadangkala jika peserta kurang cergas, dia akancuba mamaksa dirinya dan ini akan menyebabkan kecederaan terhadap peserta terbabit.
  9. 9. Peraturan Semasa Pelaksanaan Latihan Litar. i. Peserta perlu memanaskan badan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 mint dengan kadar denyutan nadi seminit. ii. Peserta dalam keadaan berpasangan, bersedia dan setiap pasangan bermula dari stesen yang berlainan. iii. Bagi setiap aktiviti, cara perlakuan mesti didemonstrasikan terlebih dahulu dari stesen taklimat atau penerangan. iv. Peserta melakukan Latihan Litar untuk setiap stesen secara pusingan jam. v. Aktiviti yang dibuat bukanlah pertandingan, namun ianya untuk meningkatkan kecergasan. vi. Kadar denyutan nadi hendaklah diambil selepas aktiviti untuk setiap stesen. vii. Setiap pasangan seorang akan bertindak sebagai pencatat masa atau skor dalam tempoh ulangan yang ditentukan. viii. Setelah setiap peserta menamatkan semua aktiviti bolehlah mendapatkan dosej bagi setiap aktiviti iaitu 50 % daripada keupayaan minimum. Contohnya dalam tempoh 30 saat, peserta “A” dapat melakukan bangun tubi sebanyak 30 kali. Oleh itu dosej latihannya bagi 50 % ialah 15 kali. ix. Setelah memperolehi dosej latihan, peserta hendaklah melakukan litarnya sebanyak tiga pusingan tanpa rehat untuk tujuan mencari masa dasarnya. x. Berdasarkan masa dasar yang diperolehi, peserta akan dapat menetapkan masa sasaran iaitu 2/3 dari masa dasar atau berdasarkan peratus dari masa dasar. xi. Mencari dosej maksimum yang baru menurut Benjamin Rocci (1989) tambahan beban boleh dibuat dengan tiga cara iaitu : a. Menambahkan bilangan aktiviti (stesen) dalam setiap saat. b. Mengurangkan masa sasaran. c. Mencari dosej maksimum yang baru mengikut kaedah awal, mencari dosej latihan dan masa sasaran. xii. Selepas tamat latihan, peserta hendaklah melakukan aktiviti menyejukkan badan
  10. 10. Pengenalan dan Sejarah Latihan Litar Latihan Litar ialah suatu kaedah latihan yang mudah dan berkesan, yang dapatdigunakan oleh kebanyakan jurulatih. Ia sebenarnya mengandungi satu latihan yang dapatkita gayakan mengikut keperluan sukan tertentu. Latihan litar ini merupakan beberapaurutan aktiviti senaman yang dipilih dan diatur mengikut suasana tertentu. Semua aktiviti inidilaksanakan dengan rehat yang minima di antara aktiviti. Satu kebaikan yang nyata padalatihan litar ialah semua aspek pelaziman jasmani dapat dijalankan. Latihan litar dapatdigunakan untuk pelaziman daya otot dan daya tahan kardiovaskular, kuasa aerobik,kemampuan anaerobik atau daya laju dan kelembutan. Oleh kerana latihan litar untukbeberapa komponen kecergasan boleh dijalankan serentak, latihan litar sesuai bagi satukumpulan peserta. Tujuannya untuk meninggikan ketahanan otot-otot. Dilakukan dengan mempercepatkanaliran darah yang membuat seseorang atlet berlari lebih elok dengan mengatasi keletihandan juga kelesuan. Latihan-latihan dikerjakan dengan tertib seperti mana tercatat di dalamsenarai di bawah ini: a) Adalah penting menyimpan rekod latihan atlet. b) Masa untuk menjalankan tiap-tiap latihan ialah 30 saat dari waktu rehat selama 60 saat atau 30 saat (mungkin dipendekkan lagi, ini terpulang kepada masa latihan dan keadaan atlet itu sendiri). c) Waktu rehat diberi antara satu sama lain. d) Biasanya latihan litar tamat setelah menjalani 1 kali pusingan dalam satu set tetapi boleh juga diteruskan kepusingan kedua setelah atlet itu dalam keadaan sedia. Latihan litar buat pertama kali telah diperkenalkan di Universiti Leeds, England dalamtahun 1953. Ia telah diperkenalkan oleh R.E Morgan dan G. T Adamson (1961). Latihan Litarini telah diterima dan mendapat yang lebih baik keberkesanannya.
  11. 11. Definisi Latihan Litar Menurut Sorani (1976), latihan litar ialah satu kaedah latihan kecergasan yangbertujuan untuk menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, serta daya tahankardiovaskular. Latihan litar merupakan beberapa aktiviti senaman yang dipilih, diatur dandinomborkan di tempat tertentu. Setiap tempat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen,di mana untuk memudahkan pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litarmengikut turutan yang ditetapkan. Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihanataupun satu litar setelah menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan satu set latihanyang diperlukan adalah bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu. Bilangan stesen dan jenis aktiviti di setiap stesen disusun berdasarkan tahapkecergasan atlet, umur, jenis permainan, atau sukan peserta dan komponen kecergasanyang hendak dibina. Mengikut Anthony A. Annarino pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaianfizikal (conditioning) di mana prinsip lebihan beban diamalkan kepada otot dan sistemrespirasi dalam tempoh masa yang dihadkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalamlatihan litar ialah: i. Faktor masa ii. Faktor ulangana. Faktor Masa Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalammasa satu minit atau 30 saat dengan mengambil 50 % daripada dosej dan digunakan dalamlatihan. Latihan akan dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan hingga ke stesenakhir tanpa rehat.b. Faktor Ulangan Latihan litar dibuat secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiap aktivitiditetapkan.
  12. 12. Ciri-Ciri Penting Latihan Litar i. Menurut Morgan dan Adamson (1961) telah mengemukakan tiga ciri penting mengenai latihan litar: i. Latihan litar adalah bertujuan untuk membina daya tahan otot dan kardiovaskular. ii. Latihan ini menggunakan prinsip „progressive overload‟. iii. Sekiranya ramai peserta yang hendak melakukan serentak dalam latihan litar, maka bilangan ulangan aktiviti ditetapkan dan mereka dapat menilai kemajuan dalam perubahan masa lakuan.Objektif Latihan Litar i. Meningkatkan daya tahan aerobik. ii. Membina dan meningkatkan kemampuan kardiovaskular. iii. Membina kekuatan dan daya tahan otot. iv. Meningkatkan koordinasi, kelenturan dan ketangkasan. v. Menambahkan kuasa otot, kesegaran dan ketangkasan.Rasional Pemilihan Latihan Litar i. Sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular. ii. Konsep keindividualan dalam latihan ini membolehkan atlit maju mengikut tahap kemampuan maksimum individu. iii. Penilaian kesan latihan boleh dilakukan dari masa ke masa dengan merujuk kepada beberapa pembolehubah: a. Masa pencapaian. b. Denyutan nadi sejurus selepas latihan litar. c. Masa pemulihan selepas latihan litar. d. Intensiti atau beban kerja yang dilakukan.
  13. 13. Prinsip-Prinsip Latihan Litar i. Setiap aktiviti dirancang dengan teliti dan sistematik. ii. Latihan hendaklah selaras dengan tujuan dan objektif latihan. iii. Kaedah menjalankan aktiviti mestilah betul dan diselaraskan. iv. Penyusunan dari stesen ke stesen hendaklah betul supaya tidak berlaku penumpuan bahagian otot yang sama secara berturutan. v. Peserta haruslah menghabiskan latihan dalam masa atau ulangan yang ditentukan dan masa rehatnya satu minit atau 30 saat bagi setiap stesen. Dalam masa rehat ini, pelaku mesti bergerak ke stesen berikutnya dan bersedia untuk memulakan aktiviti senaman seterusnya. vi. Stesen dalam susunan yang sama setiap sesi latihan. vii. Menggunakan prinsip „progressive overload‟ atau tambah beban.Faktor-Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Menyediakan Latihan Litar i. Matlamat dan objektif. ii. Tempoh masa. iii. Merangka program latihan (jenis latihan). iv. Kemudahan (alatan). v. Komponen yang hendak dilatih pengkhususan atau spesifik. vi. Penilaian dan penyimpanan rekod.Prosedur-prosedur Latihan Litar i. Objektif latihan; Apa yang hendak dicapai dalam latihan perlu dikenalpasti atau keperluan atlet. ii. Memilih aktiviti latihan. iii. Mencatat atau rekod aktiviti berkenaan. iv. Melaksanakan aktiviti: i. § Memanaskan badan: Kelonggaran dan regangan. Lakukan secara perlahan- lahan. ii. § Mencapai tahap ambang dan pastikan beban latihan yang betul. v. Menyimpan rekod. vi. Membuat penilaian dan ubahsuai jika perlu. vii. Menyejukkan badan selepas latihan. viii. Mempelbagaikan corak latihan. ix. Latihan hendaklah menarik minat atau menyeronokkan.
  14. 14. Aspek-aspek Kecergasan Latihan Litar boleh dilakukan di dalam dewan kerana untuk mengelolakan LatihanLitar ini tidak memerlukan kawasan yang luas. Ketika melaksanakan Latihan Litar, aktivitiyang dibuat hendaklah dipelbagaikan. Kebanyakan Latihan Litar melibatkan 8 hingga 15 aktiviti menggunakan ulangan tertentudan bergantung kepada tahap kecergasan fizikal seseorang. Aspek aspek kecergasan yangterlibat dalam Latihan Litar adalah: i. Mengekalkan daya tahan aerobik. ii. Mengekalkan daya tahan anaerobik. iii. Mengekalkan daya tahan kardiovaskular. iv. Mengekalkan daya tahan otot. v. Mengekalkan koordinasi, kelenturan, dan ketangkasan.
  15. 15. PETA MINDA KEPENTINGAN KADAR DENYUTAN NADI DALAM PROGRAM LATIHAN KADAR DENYUTAN NADI Menentukan keupayaan atlet Menentukan Mengukur tahap sekuat mana KEPENTINGAN keamatan jantung bekerja senaman Memastikan atlet mencapai tahap prestasi yang diperlukan
  16. 16. PROSEDUR PENGIRAAN KADAR DENYUTAN NADI DALAM PROGRAM LATIHANKADAR NADI • Denyutan Nadi Selama REHAT 10 saat x 6 KADAR NADI MAKSIMUM • KNM = 220 – UMUR (KNM) KADAR NADI LATIHAN • KNL = KNM – KNR (KNL) KADAR NADI • (KNM – SASARAN KNR) x 0.6 (KNS) + KNR
  17. 17. ZON KADAR DENYUTAN NADI YANG DIKEHENDAKI (TARGET HEART RATE)Limit Bahagian Atas Zon Kadar Nadi Yang KNM × 0.8 Dikehendaki Limit Bahagian Bawah ZonKadar Nadi Yang Dikehendaki KNM × 0.6
  18. 18. Refleksi Syukur alhamdulillah, dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkanTugasan Projek bagi subjek Anatomi dan Fisiologi, PJM 3106. Setelah selesai menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengetahuan yang sayaperolehi. Pengetahuan yang saya perolehi antaranya ialah dapat mengetahuisesuatu aktiviti yang diadakan dalam latihan litar, latihan spesifik yang sesuai untukprogram latihan dan komponen-komponen otot yang terlibat dalam latihan tersebut.Tanpa melakukan tugasan ini, sudah tentu saya tidak mengetahui perkara ini. Selainitu, saya juga dapat mengetahui pengiraan kadar nadi, kadar nadi selepas latihan,intensiti latihan, jangka masa latihan dan beberapa perkara lain yang terlibat. Sayajuga memperoleh pengalaman melakukan latihan litar dan melihat sendiri perubahankadar nadi saya. Oleh itu, melalui kerja kursus ini, banyak perkara baru yang sayapelajari. Disamping itu, saya juga dapat melahirkan idea-idea yang dapat melatih sayauntuk berfikir melalui pengolahan isi penting yang diperolehi. Oleh itu, selaindaripada melahirkan idea-idea yang dapat melatih saya untuk berfikir, saya jugadapat mengenal pasti isi penting yang perlu diambil. Ianya amat berguna untuk sayabagi meningkatkan keupayaan saya dalam pembelajaran serta memotivasikan dirisaya. Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, saya telah mengalami beberapamasalah antaranya ialah kekurangan bahan tugasan. Selain itu, masa agak suntukkerana saya perlu membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain.Namun begitu, segala masalah dapat diatasi sebaik mungkin dengan bantuanpensyarah dan rakan-rakan. Situasi ini menyebabkan silaturrahim yang dijalinkanlebih erat. Bagi menyiapkan tugas ini, saya juga mendapat didikan dan bimbingandaripada pensyarah yang amat saya hargai iaitu Encik Suhaimi b. Sahat. Beliautelah memberi penerangan yang berkesan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Sayarasa amat bertuah kerana dapat dibimbing oleh beliau.
  19. 19. Kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya dari segi profesional bagimenyiapkan diri sebagai seorang guru pada masa hadapan dan menambah ilmupengetahuan. Oleh itu, sebagai seorang guru, sikap peka terhadap situasi amatpenting agar pemikiran tidak sempit dan tidak ketinggalan. Akhir sekali, saya berharap dapat meningkatkan lagi prestasi pembelajaranpada masa hadapan dengan pengetahuan yang saya perolehi daripada kerja kursusini.
  20. 20. RujukanKadar Nadi Dilayari pada 1 September, 2010 di, file:///D:/ALL%20AMENT/pismp%20sem%202/anatomy%20n%20fisiologi/kada r-nadi.htmlLatihan Litar Dilayari pada 1 September, 2010 di, file:///D:/ALL%20AMENT/pismp%20sem%202/anatomy%20n%20fisiologi/Latihan%2 0Litar%20%C2%AB%20Sukan%20Dan%20Rekreasi.htmPengiraan Kadar Nadi Dilayari pada 5 September, 2010 di, file:///C:/Users/faizan%20shabudin/Desktop/ANATOMY/Prosedur-Pengiraan Kadar-Denyutan-Nadi-Dalam-Program-Senama1.htmKecergasan Dilayari pada 14 September, 2010 di, http://abscergas.blogspot.com/Denyutan Jantung Dilayari pada 14 September, 2010 di, http://www.ozone.com.my/info_kesihatan- denyutan%20jantung.htm

×