• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Alatan tangan dlm kerja kayu
 

Alatan tangan dlm kerja kayu

on

  • 36,554 views

 

Statistics

Views

Total Views
36,554
Views on SlideShare
36,363
Embed Views
191

Actions

Likes
5
Downloads
789
Comments
2

5 Embeds 191

http://kemahirandalamhidup.blogspot.com 118
http://cikguapis.blogspot.com 65
http://wba0070.1bestarinet.net 4
https://bba9220.1bestarinet.net 2
https://bea0092.1bestarinet.net 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

12 of 2 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • tuan, saya ada 100 koleksi ketam kayu pelbagai bentuk, saiz dan fungsi...untuk perkongsian ilmu sila hubungi saya: osmanahmad_co@yahoo.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • eeq
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Alatan tangan dlm kerja kayu Alatan tangan dlm kerja kayu Presentation Transcript

    • Alatan Tangan Dalam Kerja Kayu ABDUL SUKUR KAMSIRINSTITUT PERGURUAN TU HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
    • Isi Kandungan1. Penghargaan 32. Pengenalan 53. Alatan Menanda dan merancang tanda 64. Alat mengapit dan menyangga 195. Alat memotong dan menajam 266. Alat menukul dan memutar 617. Kesimpulan 688. Lampiran 699. Rujukan 71
    • ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU
    • 1. PENGENALANPada amnya alatan tangan dalam kerja kayudapat dikelompokan kepada :-1.1. Alat Menanda dan Merancang Tanda1.2. Alat mengapit dan Menyangga1.3. Alat Memotong1.4. Alat Memukul dan Memutar1.5. Alat Menajam
    • ALAT MENANDA DANMERANCANG TANDA
    • 1.1. Alat Menanda dan Merancang1.Pembaris KeluliPembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbontinggi yang tahan karat dan keras.Permukaan pembariskeluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) danmilimeter (mm).Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan1000 mm.Lihat rajah 1 di sebelah : Rajah 1 : Pembaris keluli
    • a)Kegunaan alat ini ialah :--mengukur dan memindahkan-membina garisan lurus pada permukaan-menguji kerataan permukaan Rajah 1(a) : Mengukur panjangb) Cara menggunakan pengukurKeluli adalah seperti yangberikut.Lihat.Rajah !(a),(b) ( c) disebelah. Rajah 1(b) : Menguji Kerataan Rajah 1( c ) :Membina Garisan Lurus
    • 3.Pita PengukurPita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli.Panjang pitapengukur yang biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0meter.Kegunaan pita pengukur ialah untuk mengukur jarak yangpendek serta panjang.Pita pengukur juga boleh digunakanuntuk memindahkan ukuran. Lihat Rajah 3 di bawah. Rajah 3 : Pita Pengukur
    • 4.Pisau PenandaPisau penanda ialah sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada kelulikhas.Pisau penanda digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotongdengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.Lihat rajah 4 di bawah. Rajah 4 : Pisau Penanda5.Pensil TukangMata dan badan pensil ini lebih lebar dan tebal. Permukaannya berbentuksegiempat tepat.Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda danmerancang tanda.
    • 6. Pembaris Lipat• Pembaris lipat dibuat daripada kayu keras yang boleh dilipat.Rajah 5 di sebelah.• Hujung pembaris ini diperkuatkan dengan loyang supaya tahan lasak.• Saiznya berbeza-beza daripada 90 sm hingga 480 sm Rajah 5 : Pembaris Lipat• Pembaris lipat berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran ke benda kerja yang sedang dibuat.
    • 7.Aras Spirit.Aras spirit ialah sejenis alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.Iadperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan rata pada kedua-duamukanya.Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan tabung spiritatau air untuk mendapatkan aras atau kepugakan.Panjang Aras Spirit biasanyadiantara 300 milimeter (mm) hingga 1.5 meter (m).Lihat rajah 6 di bawah. Rajah 6 : Aras Spirit
    • 8.Sesiku Serong Boleh Laras.Bentuk badannya serupa dengansesiku ‘L’ melainkan matanya tidakdipasang tetap.Ia digunakan untukmenadakan atau menguji sesuatugarisan yang sudutnya lain daripada 45 Rajah 7 : Sesiku Serong Boleh Larasdarjah dan 90 darjah.Lihat rajah 7.9.Sesiku BergabungBadan dan mata diperbuat daripadakeluli.Manakala matanya bolehdilaraskan atau diubahsuaikankedudukan pada badannya.Badannyamempunyai satu muka yang bersudut90 dan mukanya yang lain bersudut45 dengan matanya.Lihat rajah 8. Rajah 8 : Sesiku Bergabung
    • 10.Tolok PenandaTolok penanda diperbuat daripada kayu.Tolok penanda mempunyai badandan pelaras.Mata terdapat pada kayu pelaras.Terdapat dua jenis tolokpenanda iaitu Tolok Penanda satu paku(mata) dan Tolok Penanda TanggamPuting(dua mata). Lihat rajah 9 di bawah. Rajah 9 : Tolok Penanda
    • a)Kegunaan Tolok Penanda.-Tolok penanda digunakan untukmenandai ukuran tebal atau lebar kayu.-Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandaidengan garisan selari dengan iras kayu yang dibuat pada sisi ataupermukaan kayu. Rajah 9(a) : Tanda Tebal kayu-Garisan ini menunjukkan tebal ataulebar kayu dalam ukuran yangseragam.Cara menanda tebal kayu,garisanselari dibuat pada sisi kayu Lebarkayu,garisan selari dibuat pada permukaankayu Rajah 9(b) : Tanda Lebar kayu
    • b) Cara-cara menggunakan Tolok Penanda.1.Longgarkan skru tangan,Laraskan badan tonggak mengikut ukuran yang dikehendaki.Kemudian, ketatkan skru tangan itu semula.Lihat rajah 10 bawah.2.Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan tonggak ditolak rapat ke sisi atau permukaan kayu.3.Tolok ini perlu dicondongkan sedikit ke depan supaya mudah ditolak. Pastikan bahawa mata taji tolok penanda menggores permukaan kayu untuk membentuk garisan kerja Rajah 10 : Cara menanda
    • 11. Tolok Bersengat.Tolok bersengat ialah sepasang jangka yang diperbuat daripada keluli dankedua-dua kakinya adalah tajam seperti paku.Tolok bersengat digunkan untukmembuat bulatan pada kayu atau membuat tanda melengkung. Rajah 11 : Tolok Bersengat
    • ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA
    • 1.2.Alat Mengapit dan Menyangga Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam ataukerja kayu, alat-alat khas hendaklah digunakan untuk mengapitdan menyangga benda-benda kerja yang berasingan supayaaktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Peralatan ini direkebentukkan khas untuk jenispemasangan yang tertentu.Antara peralatan untuk kerjamengapit dan menyangga ialah ragum meja, apit G, Apit F, Apitpanjang,Apit Rencong,Kakaktua dan lain-lain lagi.
    • a. Ragum Meja1.Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam(Lihat Rajah 12 di bawah).2.Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit.3.Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut (biasanya aluminium) untuk menjaga permukaan kerja.4.Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.5.Perhatian- Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas. Rajah 12 : Ragum Meja
    • b. Apit G dan Apit F1.Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli.2.Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.3.Kegunaan Apit G dan Apit F adalah untuk : -mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu. -memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.4.Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.Lihat rajah 13 di bawah. Rajah 12 : Apit G dan Apit F
    • d. Apit Panjang Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminiumdengan panjangnya ialah 0.6 meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter,dan 1.8 meter.Apit panjang digunakan untuk proses pemasangantanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendakdicantum atau diglukan. Sila lihat rajah 14 di bawah. Rajah 13 : Apit Panjang
    • e. Apit Rencong Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan.Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka gambar. Lihat rajah 15 di bawah. Rajah 14 : Api Rencong
    • f. Kakak Tua Kakak tua digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai, dan sebagainya.Kakak tua biasanya bersaiz antara 125mm hingga 300mm.Kakaktua terdiri daripada lengan, rivet,rahang, dan kuku. Gambarajah 15 : Kakak tua
    • ALAT MEMOTONG DAN MENAJAM
    • 1.3 : Alat Memotong dan Menajam Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki.Alat memotong ialah seperti gergaji kerat, gergaji belah, gergaji puting, dan gergaji lengkung halus.Manakala bagi menajamkan alat-alat ini pula ia adalah seperti ketam pelicin, ketam kasar,ketam tetingkat, ketam pangkas, ketam lurah, dan ketam golek.
    • a. Jenis-jenis Ketam Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang ada di dalam bengkel.Ketam yamg sentiasa digunakan dalam proses membuat kerja kayu dan perabut ialah: 1.ketam kasar 2.ketam pelicin 3.ketam golek 4.ketam lurah 5.ketam pangkas 6.ketam tetingkat 7.ketam pancaguna 8.ketam kasar sepanjang 500-750 mm.
    • 1.Ketam Kasara-Ketam Kasar-Terdiri daripada jenis kayu atau logam-Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang diperlukan dengan cepat-Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat.-Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm
    • 2.Ketam Pelicin-Sebagaimana juga ketam kasar, badan ketam pelicin juga ada yang diperbuat daripada logam dan kayu.-Badannya terdapat yang berukuran 203- 228 mm.-mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37 mm hingga 62 mm.-Kegunaannya ialah untuk mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketan kasar kepada saiz yang lebih tepat.
    • 3. Ketam Tetingkat Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu. Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.
    • 4.Ketam Pangkas Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu secara melintang ira. Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atay kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong. Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm.
    • 5.Ketam Lurah Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagi membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu. Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya.
    • 6. Ketam Golek Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang cembong. Ketam ini diperbuat daripada logam. Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan
    • 7. Ketam Pancaguna Ketam ini besar dan berat. Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah Ketam ini diperbuat daripada logam Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.
    • Jenis-jenis ketam
    • b.Jenis-jenis Gergaji Proses kerja-kerja di bengkel kerja kayu memerlukan gergajiuntuk memotong atau membelah kayu.Terdapat pelbagai jenisgergaji.Proses memotong kayu mengikut urat selari memerlukan gajibelah.Memotong kayu melintang urat kayu memerlukan gergaji kerat.Perbezaan utama antara kedua –dua gergaji ini ialah pada bentukgiginya.saiz mata gergaji tangan ditentukan oleh panjang mata gergaji darihujung ke tumit dan bilangan giginya dalam 25 mm.Terdapat beberapajenis gergaji yang selalu digunakan, antaranya ialah:1. Gergaji Kerat2. Gergaji Belah3. Gergaji Puting4. Gergaji Lengkung Halus5. Gergaji Bajang6. Gergaji Tebok7. Gergaji Ekor Tikus
    • 1. Gergaji Kerat Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu. Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau di hujungnya dan tepi hadapannya bersudut antara 70 darjah-80 darjah kepada garisan giginya. Rajah : Gergaji Kerat Gergaji kerat mempunyai bilanagn gigi nya antara 5 hingga 9 batang bagi setiap 25 mm. Gergaji kerat biasanya panjang antara 550 mm – 700 mm. Lihat rajah di bawah yang menunjukan saiz dan bilangan gigi .
    • 2. Gergaji Belah Gergaji belah digunakan khas untuk membelah kayu yang telah digergajikan mengikut atau selari dengan ira kayu. Gergaji belah mempunyai gigi yang berbentuk serupa dengan mata pahat dan tepi hadapannya bersudut tepat denagn garis giginya. Gergaji belah mempunyai bilangan gigi Rajah : Gergaji Belah antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25 mm. Gergaji ini mempunyai tiga jenis iaitu jenis kecil, jenis sederhan, dan jenis besar Penggunaan gergaji ini bergantung kepada ketebalan kayu yang hendak dibelah. Panjang gergaji kerat ini ialah antara 600 mm hingga 700 mm.
    • Cara-cara menggunakan gergaji tangan1. Condongkan gergaji 45 daripada benda kerja apabila mengergaji belah.2. Condongkan gergaji 60 daripada benda kerja apabila mengergaji kerat.
    • 3. Gergaji Puting Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh jalur logam ( patil keluli) di belakang matanya. Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai untuk memotong kayu-kayu yang kecil. Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan menggunakan gergaji puting. Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan mempunyai mata kecil anta 12 hingga 14 bilah bagi setiap 25 mm. Kegunaannya adalah untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain. Rajah : Gergaji Putting
    • 4.Gergaji Lengkung halus Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang tegak. Panjang matanya ialah 150 mm. Gergaji lengkug halus ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar.
    • 5. Gergaji Bajang Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi lebih kecil. Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci. Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan tepat Rajah : Gergaji Bajang
    • 6. Gergaji Tebok  Gergaji tebok bermata halus dan berbentuk tirus.  Panjangnya 300mm hingga 450 mm.  Gergaji tebok digunakan untuk memotong benda kerja yang lurus dan melengkung di bahagian dalam.
    • 7. Gergaji Ekor Tikus Mata gergaji ekor tikus lebih halus daripada mata gergaji tebok. Terdapat tiga jenis mata yang boleh ditukar. Gergaji ekor tikus bersaiz lebih pendek daripada gergaji tebok iaiti 200 mm hingga 400 mm. Kegunaannya ialah untuk memotong atau mengerat benda kerja yang lurus atau melengkung di bahagian dalam yang lebih sempait.
    • c. Jenis-Jenis PahatTerdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahat-pahat ini mempunyai fungsi yang berlainan dalam membuatsesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripadakeluli.Manakala bahagian pemegang atau hulu pula diperbuatdaripada kayu atau plasti yang tahan diketukPahat-pahat tersebut ialah :• Pahat Pelubang (Kerja Kasar)• Pahat Parut (Kerja halus)• Pahat Kuku Jenis Peraut-Serong Dalam• Pahat Kuku Jenis Pengukir-Serong Luar
    • 1. Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh i. Pahat Pelubang dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan gandin semasa membuat lubang atau kerja-kerja kasar. ii. Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30 hingga 35 . iii. Semasa mencanai matanya mestilah bersudut 20 hingga 25 .Lihat rajah di sebelah
    • 2. Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serong i. Pahat peraut pada kebiasaannya, mata pahat ini adalah serong pada bahagian tepinya serta serongan itu adalah lebih panjang dan nipis.Matanya tebal dibahagian tengah dan nipis pada bahagian tepi.Ini menyebabkan ianya tidak sekuat pahat pelubang. ii. Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm iii. Sudut menajamkan mata pahat ini ialah 25 .Manakala untuk menajamkan menggunakan mesin pencanai pula ialah 20 . iv. Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai. v. Gandin diperlukan semasa mengetuk pahat ini.
    • 3. Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Dalami. Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk mendapat permukaan yang melengkungii. Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm hingga 40 mm 3. Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Luar i. Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk membuat lurah tepat. ii. Ia sesuai membuat lengkung dalam kerja ukir-mengukir. iii. Matanya bersaiz antara 3mm hingga 40 mm.
    • Gambar rajah : Jenis-jenis pahat
    • Gambarajah : Cara mengasah pahat
    • ALAT MENUKUL DAN MEMUTAR
    • 1.4. Alatan Menukul Dan MemutarProses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai jenisAlatan.Peralatan-peralatan tersebut boleh di kelaskan kepada duaBahagian iaitu Peralatan Menukul dan Peralatan Memutar.A. Alat Menukul :i. Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)ii. Tukul Besi Warringtoniii. Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulativ. Gandinv. Pembenam PakuB. Alatan Memutar :i. Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philipii. Gerudi tanganiii. Gerudi Giarsala
    • A. Alatan Menukuli. Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)-Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi dan bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah-Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg.-Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg-Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.
    • ii. Tukul Besi Warrington. Tukul warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang. Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari. Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya.Saiznya ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja am. Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabut yang sempit
    • iii.Gandin Gandin kayu digunakn untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam. Kepala gandin berbentuk selinder atau segi empat . Gandin diperbuat daripada kayu keras.
    • B.Alat MemutarAlat memutar adalah alat yang digunakan untuk memasangantaradua kayu dengan cara pusingan sama ada mengikutarah jam atau lawan jam dengan menggunakan skru.1.Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip-Terdiri daripada dua jenis iaitu jenis biasa atau pub bergear.-Matanya dibuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung samada kepala atau Philips.-Panjang matanya antara 75mm hingga 300mm.-Pemegangnya dibuat daipada kayu atau plastik.-Kegunaan alat ini aialah untuk memasang atau menaggalkanskru.
    • 2.GerudiGerudi terdiri daripada dua jenis : -Gerudi bergear lebih ringan -Gerudi jenis gear sal(engkol)Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerjamelubangTerdapat beberapa jenis mata antaranya -Mata tengah -Mata terlaras -Mata paku -Mata pulas -Mata Froster -Mata Pelubang benam
    • a. Gerudi tangan• Gerudi tangan digunakan untuk membuat lubang yang berdiameter tidak melebihi 8 mm.• Bahagian utama gerudi ialah hulu, pemegang tepi, tangkai engkol, piring gear, pinion, bindu, dan rahang.• Gerudi tangan digunakan bersama mata gerudi pintal.• Saiz mata gerudi pintal ialah 0.4mm hingga 12.5mm.• Ia boleh membiuat lubang pada kayu dan logam.• Semasa mengerudi logam, mata gerudi hendaklah dibubuh minyak untuk mengelak mata panas dan terbakar.
    • b. Gerudi Engkol• Gerudi engkol digunakan untuk menebuk lubang pada kayu.• Saiznya ditentukan pada hayunan pemegangnya.• Bahagian utamanya ialah kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol, gear sehala, bindu, dan rahang.• Gerudi engkol digunakan bersama mata gerimit.• Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan mata gerudi pintal.• Ia tidak boleh membuat lubang pada logam.
    • 3. Senggerek • Senggerek digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu. • Untuk membuat lubang, pusingkan mata senggerek ke kanan dan ke kiri sambil menekan.
    • 1.5 Alat Menajam1.5.1 Kikir Menajam Sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipis, dan melicinkan permukaan sesuatu komponen kerja. Bagi menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan tepat. Pelbagai jenis kikir yang terdapat di dalam bengkel kerja kayu. Antaranya ialah : a. Kikir Pipih Tirus b. Kikr Pipih Kasar c. Kikir Belah Rotan d. Kikir Bulat e. Kikir Segi Empat sama f. Kikir Segi Tiga g. Kikir Pipih Nipis h. Kikir Bentuk Pisau
    • a. Kikir Pipih TirusKikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan.Gigi kikir beperanan kepada pengkelasan dred iaitu sederhana, kasar, halus dan sangat halus.Pada permukaan kikir, giginya dipotong silang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk selari dan satu pertiga panjang hujungnya berbentuk tirus. b. Kikir Pipih Kasar Gred kiki pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus. Kikir jenis ini perlu digunakan untuk kerja-kerja penyudahan. Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini digelar tepi selamat. Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi penjuru dalam.
    • c. Kikir Belah RotanKikir ini digunakan untuk kerja-kerja penyudah bahagian yang telahsiap.Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik.Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang.d. Kikir Bulat Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus. Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus. Bentuk giginya lurus dan bersilang. Kikir ini digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang melengkung.
    • e. Kikir Segi Empat SamaGred kikir ini daripada yang sangat kasar dan sangat halus.Kegunaan kikir ini ialah untuk mengikirkan atau membesarkan lubangyang berbentuk segi empat secara kasar.Kegunaan lain ialah untuk mengikir lurah atau alur yang berbentuk segi empat. f. Kikir Segi Tiga Kikir ini ialah kikir untuk kerja menajamkan gergaji belah dan kerat. Mata gigi kikir ini bersilang. Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus. Kikir jenis ini juga digunakan untuk membersihkan pepenjuru yang bersudut. Kikir ini juga boleh mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.
    • g. Kikir Pipih NipisTerdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.Gigi kikir ini berbentuk silang.Kegunaan utama ialah untuk mengikir celah-celah yang nipis.Bentuk kikir ini tirus pada hujungnya tetapi tebal sama padakeseluruhan panjang.Saiz kikir ini ialah 100mm, 150mm dan 200mm.h. Kikir Pipih Nipis Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus. Kegunaan utama ialah untuk menajamkan mata yang terdapat pada mata gergaji. Digunakan juga untuk menajamkan alat-alat pemotong.
    • Rajah : Kikir
    • Kesimpulan. Penulisan tugasan ini amat berharga kerana memberipendedahan cara penggunaan alatan tangan yang betul.Pengalaman ini akan kami gunakan nanti apabila bertugas disekolah nanti. Penulisan ini memberi penjelasan dan pemahamanyang mantap tentang fungsi sesuatu alatan tangan. Pengalaman ini mungkin tidak dapat diulangi di waktu dantempat yang lain. Kami juga dapat mengenali berbagai jenis alatankerja tangan dan ada yang kami tidak mengetahui nama danfungsinya. Penulisan kreatif ini dapat memberi kefahaman kepadakami tentang fungsi alat kerja tangan.
    • lampiran
    • Gambarajah :Gerimit Gambarajah : GandinGambarajah : Gerudi tangan Gambarajah : Pemutar Skru
    • Bahan RujukanAsnul Dahar bin Minghat, Anuar bin Mohamad (2004). TeknologiKayu, Skudai : Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,UTM.Shahnon Lim.Zainal A (2004), Kemahiran Hidup Bersepadu (Terasdan KMT) : Sasbadi, Petaling Jaya.Walton, John. (1971), Pertukangan Kayu : Teori dan Amalan.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Mat Lazim Zakaria (2001). Bahan dan Binaan, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.