Proposal Kajian Tindakan

42,670 views

Published on

Published in: Education, Sports, Technology
2 Comments
12 Likes
Statistics
Notes
  • :)
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • URUS NIK BEACUKAI / REGISTRASI PABEAN / SRP BEACUKAI
    Peraturan Menteri Keuangan No. 63/PMK.04/2011

    - URUS SRP, NIK BEACUKIA PENERBITAN BARU
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DITOLAK.
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DIBLOKIR
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI PINDAH ALAMAT,

    URUS IZIN USAHA:
    - URUS PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS NPIK – Seluruh Indonesia
    - URUS NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
    - Urus IT Plastik
    - Urus IT CAKRAM OPTIK
    - Urus IT KOSMETIK
    - Urus IT ALAS KAKI
    - Urus IT MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus IT MAINAN ANAK-ANAK
    - Urus IT ELEKTRONIKA
    - Urus IT OBAT TRADISIONAL DAN HERBAL
    - Urus IT PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus Izin Prinsip
    -Urus SIUP.
    -Urus TDP
    -Dll

    PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA.
    Gedung Maya Indah Lt 2 Jakarta Pusat 10450
    Telp. 021-3142566
    Fax. 021-3928113
    HP. 081385042000
    Flexi. 021-70940216
    Website: http://www.saranaijin.com
    Email legal@saranaizin.com
    Pin BB 2262D175
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
42,670
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
925
Actions
Shares
0
Downloads
2,624
Comments
2
Likes
12
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Proposal Kajian Tindakan

  1. 1. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 1.0) TAJUK KAJIAN ‘Folio-Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei, Kertas II Bahagian A bagi mata pelajaran Perdagangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat’. 2.0) NAMA PENYELIDIK i) Nur Jauharatudini binti Noordin. ii) Samsiah binti Hapi. iii) Damsiah binti Darlis. 3.0) NAMA SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Perantau Damai, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. 4.0) LATAR BELAKANG KAJIAN Mata pelajaran Perdagangan ialah satu mata pelajaran elektif untuk tingkatan empat dan tingkatan lima dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas. Mata pelajaran ini memperkembang dan memperluas lagi pengetahuan dan kemahiran asas perdagangan dan keusahawanan (kecuali aspek simpan kira) yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah. Melaluinya juga, nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan lagi dalam kalangan pelajar. Tujuan pendidikan Perdagangan ini adalah untuk memberi pendidikan perdagangan dan keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang bersangkutan. Dengan ini dapat membantu pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa jua bidang yang diceburi berlandaskan sikap amanah dan jujur, untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. 1
  2. 2. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN Merujuk kepada format menjawab soalan Perdagangan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), huraian fakta bagi isi-isi penting merupakan aspek yang ditekankan bagi memantapkan jawapan calon. Bagi mata pelajaran Perdagangan ini, kertas II mempunyai pemberat 60 peratus daripada jumlah markah keseluruhan. Justeru, pelajar perlu memahami konsep dan fakta-fakta penting bagi tajuk-tajuk tertentu supaya dapat memudahkan pelajar membuat huraian yang bernas bagi soalan esei (bahagian A) dan soalan berbentuk kajian kes (bahagian B) 5.0) PENYATAAN MASALAH Berdasarkan kepada permasalahan kajian ini, topik kertas kerja kajian tindakan ini diperoleh hasil temubual yang dilakukan di antara pengkaji dengan guru Perdagangan tingkatan empat, SMK Perantau Damai iaitu Puan Rozita bte Mohd Ghazali. Melalui temubual ini, pengkaji dapat mengetahui serba sedikit mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 Cekap di sekolah tersebut dalam mendapatkan skor yang tinggi bagi mata pelajaran Perdagangan. Didapati masih terdapat sebilangan pelajar yang tidak mengetahui dan menguasai cara atau kaedah menjawab soalan esei, kertas II bahagian A. Walaupun guru berkenaan telah menerangkan beberapa kali kaedah menjawab soalan berbentuk esei semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas, namun pelajar tersebut masih tidak dapat menghurai dan menghubungkaitkan jawapan mereka dengan tajuk-tajuk yang telah dipelajari. Selain itu, maklumat berkaitan masalah ini juga diperoleh dan dibincangkan melalui penggunaan laman web iaitu perhubungan melalui ‘Facebook’ dengan menggunakan kaedah ‘chatting’ dan mesej. Berdasarkan pemerhatian pengkaji dan guru berkenaan terhadap para pelajar Tingkatan 4 cekap, mereka didapati masih dapat memahami sesuatu topik yang diajarkan semasa proses P&P dijalankan. Namun demikian, melalui pemerhatian kami ketika pelajar dikehendaki menjawab soalan esei, didapati terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak dapat menulis jawapan esei dengan baik, lebih mudah dan jelas. Hal ini kerana pelajar tidak mengembangkan sesuatu isi penting itu untuk mengukuhkan lagi jawapan mereka. Bagi mereka, mengingati isi penting itu adalah mudah, tetapi pelajar tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan tersebut mengikut kehendak soalan. Di sini, pelajar secara tidak langsung tidak menjawab soalan yang diberikan mengikut format yang betul walhal mereka tahu jawapan bagi soalan tersebut. Kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran menghurai isi 2
  3. 3. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN dan fakta jawapan dengan baik dan jelas dalam menjawab soalan esei menyebabkan mereka sukar mendapatkan skor yang tinggi dalam peperiksaan. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri, terdapat dua jangkaan yang menyebabkan pelajar tidak tahu teknik menjawab soalan esei dengan baik. Pertama, pelajar mungkin tidak didedahkan dengan satu teknik khas atau cara yang memudahkan mereka untuk mengingati fakta-fakta yang penting yang mempunyai hubungkait dengan topik-topik yang lain dalam sesuatu topik yang dibincangkan. Selain itu, guru dilihat lebih banyak menekankan teori pembelajaran semata-mata, di mana pelajar mudah berasa bosan semasa proses P&P berlangsung. Hal ini kerana, bagi mata pelajaran Perdagangan aktiviti di luar bilik darjah boleh dijalankan secara praktikal di mana ianya dapat memberi gambaran kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan. Berdasarkan pemerhatian dan praktikal yang pernah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini di tempat lain, pelajar didapati lebih mudah mengingati sesuatu perkara itu berdasarkan praktikal berbanding teori semata-mata. 6.0) FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Selain masalah yang wujud dalam menjawab soalan esei, kertas II bahagian A, pelajar juga sebenarnya mempunyai kelemahan tertentu dalam menjawab soalan kertas I dan soalan kertas II bahagian B. Namun, kajian ini hanya memfokus kepada kertas II bahagian A kerana mendapati pelajar mempunyai kelemahan yang paling ketara dalam bahagian ini. Kajian ini penting untuk dijalankan kerana guru perlu mengetahui punca kelemahan pelajar dalam menghurai jawapan esei dan mengenal pasti kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran berfikir, menulis serta keyakinan pelajar dalam menjawab soalan. Didapati, pelajar mengetahui isi penting bagi jawapan kepada soalan tersebut, tetapi mereka mempunyai kesukaran dalam menyampaikan jawapan dalam bentuk esei yang jelas dan tepat. Justeru, dalam kajian ini masalah berfokus kepada cara untuk menjawab soalan esei, kertas II bahagian A. Antara kelemahan yang dihadapi ialah:- i. Pelajar tidak tahu untuk menghubungkaitkan isi penting dengan huraian yang bersesuaian. 3
  4. 4. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN ii. Pelajar tidak memahami kehendak soalan yang sebenar. iii. Pelajar tidak dapat membezakan antara isi penting dengan konsep atau fakta bagi sesuatu topik. Contoh: sukar untuk membezakan konsep pengeluaran dengan kepentingan pengeluaran. 7.0) OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian yang dijalankan, diharap agar pelajar-pelajar akan mencapai objektif berikut: 7.1 Objektif Umum i. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei Kertas II Bahagian A Perdagangan. 7.2 Objektif Khusus i. Memberi penekanan dan minat kepada pelajar dalam mata pelajaran Perdagangan. ii. Dapat membezakan topik-topik yang ada dari segi konsep, penggunaan, kepentingan dan kesan-kesannya. iii. Memahami sesuatu soalan berdasarkan kata kunci yang diberikan dan dikaitkan dengan isi penting yang ada. iv. Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan aktiviti di luar bilik darjah secara praktikal berbanding dengan teori semata-mata supaya memudahkan mereka untuk mengingati sesuatu fakta atau isi penting. v. Memberi idea kepada guru mata pelajaran dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi kelemahan pelajar berkenaan. 4
  5. 5. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 8.0) METODOLOGI KAJIAN 8.1) Reka Bentuk Kajian Metodologi ialah unsur penting dalam rancangan kajian tindakan supaya kajian tindakan yang ingin dilaksanakan mencapai objektifnya. Penggunaan model kajian tindakan dapat membantu penyelidik merancang langkah yang perlu dilaksanakan dalam kajian tindakan yang dirancang dengan lebih tersusun. Hal ini seterusnya dapat memudahkan proses pelaksanaan tindakan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan. Model kajian tindakan yang dipilih oleh penyelidik ialah Model Somekh (1989). Menurut Somekh (1989), kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Rajah 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah kajian tindakan dalam Model Somekh. Rajah 1: Model Somekh (1989). Terdapat lapan langkah dalam model kajian Somekh,1989. Pada langkah pertama, penyelidik perlu mengenal pasti masalah atau memfokuskan kepada kajian yang diminati. 5
  6. 6. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN Pada langkah dua, penyelidik perlu mengumpul data dan seterusnya menganalisis data atau menghipotesis data pada langkah yang ketiga. Pada langkah keempat, penyelidik perlu merancang pelan tindakan yang ingin dilakukan dan melaksanakan tindakan tersebut dalam langkah kelima. Seterusnya pada langkah keenam penyelidik akan mengumpul data untuk mengesahkan perubahan pelajarnya. Pada langkah yang ketujuh, penyelidik perlu menganalisis dan menilai data yang diperolehi dan langkah ke lapan adalah putaran seterusnya. 8.2) Sasaran Kajian Kajian ini dilaksanakan secara kolaboratif di antara tiga orang pengkaji. Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini juga melibatkan seorang guru mata pelajaran Perdagangan dan sebuah kelas pelajar Tingkatan 4 Cekap, seramai 35 orang. 8.3) Instrument Kajian Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang dicadangkan, pengkaji telah meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap keseriusan ketidakupayaan pelajar dalam mengingati fakta dan menghurai jawapan bagi Kertas II Bahagian A, mata pelajaran Perdagangan. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati fakta dan menghurai jawapan ini menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam usaha membina keyakinan pelajar untuk memahami fakta dan mengaplikasikanya dalam menjawab soalan esei. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data menggunakan kaedah-kaedah berikut: 8.3.1) Ujian-ujian Penilaian a) Ujian Pra Ujian pra diberikan kepada para pelajar Tingkatan 4 Cekap untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian pra ini mengandungi 1 soalan esei dan perlu dijawab dalam masa 25 minit. 6
  7. 7. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN b) Ujian Pos Untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil, satu Ujian Post diberikan kepada pelajar. Langkah dan soalan yang sama dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan untuk menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan menghurai jawapan bagi soalan esei. Seterusnya pengkaji melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam peningkatan pengetahuan pelajar berkaitan kemahiran tersebut sebelum dan selepas tindakan dijalankan. 8.3.2) Soal Selidik Pengkaji juga akan mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca kelemahan murid-murid ini tidak menguasai kemahiran tersebut. Borang soal selidik diberikan kepada murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan ujian pra dengan betul. 8.3.3) Pemerhatian Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya pengkaji dapat mengamati dan mengenal pasti sesuatu tingkah laku. Pemerhatian dilakukan terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta reaksi atau gerak balas terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau suasana yang wujud disebabkan tindakan, perkembangan hubungan dan interaksi dan sebagainya di dalam bilik darjah sewaktu proses P&P berlaku. 8.4) METOD ANALISIS 8.4.1) Ujian-ujian Penilaian Analisis markah pencapaian pelajar melalui Ujian Pra dan Ujian Post yang akan dijalankan. 8.4.2) Pemerhatian 7
  8. 8. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN Pemerhatian secara langsung akan dilakukan oleh para pengkaji disertai dengan membuat catatan tentang pergerakan, tindak balas dan keaktifan pelajar, suasana pembelajaran dan penerimaan aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 8.5) PERANCANGAN TINDAKAN 8.5.1) Aktiviti yang Dirancang Penyelidik memberi bimbingan klinikal kepada ketiga-tiga pelajar sasaran selama empat minggu. Masa yang diperuntukkan adalah berbeza bagi setiap aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan ialah: i) Aktiviti 1: Membuat Folio Perdagangan mengikut topik-topik yang telah diberikan. ii) Aktiviti 2: Penulisan Jurnal Kamus (DBP, 1993) mentakrifkan jurnal sebagai buku catatan harian. Kini, aktiviti menulis jurnal jarang dilakukan di sekolah. Melalui penulisan jurnal, pelajar dapat menulis catatan mereka mengenai apa yang telah dipelajari, pendapat, komen ataupun kritikan. Secara tidak langsung, penulisan jurnal dapat membantu pelajar membiasakan diri membuat penulisan. Penulisan ini akan dijalankan selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Mengambil masa lebih kurang 15 minit dan dilakukan sekali sahaja dalam setiap minggu. iii) Aktiviti 3: Pembentangan Pembentangan merupakan aktiviti di mana pelajar diminta untuk menerangkan kepada guru tentang kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang diajar menggunakan bahan yang disediakan. Pembentangan dilakukan pada akhir proses P&P supaya pelajar dapat mengingati kembali topik yang diajar oleh guru sepanjang proses P&P. Aktiviti ini membantu guru mengenalpasti sama ada proses P&P berjalan dengan baik iaitu sama ada proses P&P mencapai objektif seperti yang dikehendaki oleh guru. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan oleh guru untuk menambahbaik proses P&P pada masa-masa akan datang. 8
  9. 9. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 8.5.2) Bahan-bahan yang diperlukan Jadual di bawah menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk setiap aktiviti yang dirancang. 8.6) PELAKSANAAN TINDAKAN 8.6.1) Aktiviti 1: Folio i) Memberi pelajar tajuk berkaitan dengan topik yang bersesuaian ii) Memberi pelajar tempoh 2 minggu untuk menyiapkan folio tersebut iii) Guru memberi arahan kepada pelajar cara dan teknik untuk membuat folio secara ringkas dan tepat. iv) Pelajar diarahkan untuk membuat huraian secara gambarajah, peta minda dan carta aliran. v) Tinjauan akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memudahkan pelajar bertanya sebarang masalah berkaitan dengan proses membuat folio mereka. vi) Pembetulan boleh dilakukan selepas guru membuat pemeriksaan sehingga folio yang dikehendaki siap dilakukan. vii) Pelajar mudah memahami dan mengaitkan sesuatu topik tersebut dengan lebih jelas dan terperinci. Bil AKTIVITI 1: FOLIO AKTIVITI 2: PENULISAN JURNAL AKTIVITI 3: PEMBENTANGAN 1. Kertas Buku Latihan Kertas Mahjong 2. Pensil Rak Khas di dalam kelas Marker Pen 3. Pen 4. Kad Manila 5. Warna 6. Ring 9
  10. 10. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 8.6.2) Aktiviti 2: Penulisan Jurnal i) Pelajar perlu menyediakan sebuah buku latihan sama ada baru atau terpakai. Pelajar perlu menulis nama masing-masing di atas kulit jurnal mereka. ii) Setelah selesai proses P&P, dalam masa 15 minit pelajar akan menulis dalam jurnal masing-masing tentang apa yang baru mereka pelajari, pendapat, komen ataupun kritikan. Dengan cara ini, mereka boleh membuat renungan yang lebih menyeluruh. iii) Setiap kali selepas pelajar menulis dalam jurnal, penyelidik akan membaca dan menulis maklum balas penyelidik di bawah komen pelajar. iv) Setelah selesai dibaca, buku jurnal itu akan dikembalikan ke rak buku yang disediakan di dalam bilik darjah supaya pelajar bebas membacanya pada bila-bila masa. Peyelidik akan sentiasa memberi maklum balas yang positif untuk meningkatkan keyakinan pelajar melalui catatan penulisan mereka. 8.6.3) Aktiviti 3: Pembentangan i) Pelajar sasaran seramai 3 orang dikehendaki duduk dalam 1 kumpulan dan merumuskan tentang kefahaman mereka tentang topik yang telah diajar oleh guru semasa proses P&P. ii) Dengan menggunakan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong dan marker pen, pelajar diminta melakarkan (peta minda) atau menulis kefahaman mereka pada kertas mahjong. iii) Pelajar kemudiannya diarahkan untuk membuat pembentangan di hadapan guru. iv) Guru akan menilai kefahaman pelajar. v) Guru akan membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan fakta atau konsep dalam topik yang dibincangkan setelah mendengar pembentangan daripada pelajar. vi) Aktiviti ini dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar dalam memperbaiki kelemahan pelajar dalam menjawab soalan struktur kertas II Bahagian A, Perdagangan. 10
  11. 11. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 9.0) KEPENTINGAN KAJIAN Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi panduan berguna kepada pihak-pihak tertentu seperti Ahli Jawatankuasa Kajian Tindakan Sekolah Menengah Kebangsaan Perantau Damai, Muadzam Shah, Pahang, guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf, dan juga guru-guru Perdagangan. 10.0) PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN 10.1) Jadual Pelaksanaan Kajian Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian tindakan ini. BIL. AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 12 Julai 2010 2 Menulis proposal kajian 15 Julai 2010 3 Merancang tindakan 19 Julai 2010 4 Mesyuarat pembinaan ujian pra / pos 22 Julai 2010 5 Pelaksanaan ujian pra 26 Julai 2010 6 Memproses data ujian pra 29 Julai 2010 7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 2 Ogos 2010 8 Analisis data untuk ujian pra dan pemerhatian 9 Ogos 2010 9 Pelaksanaan ujian pos 16 Ogos 2010 10 Refleksi kajian 23 Ogos 2010 11 Penulisan laporan kajian 24 Ogos 2010 12 Pembentangan dapatan kajian 2 September 2010 11
  12. 12. KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN 10.2) Kos Kajian Kos yang terlibat sepanjang perancangan kajian tindakan ini ditunjukkan pada jadual kos kajian di bawah. BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT JUMLAH KOS 1 Kertas A4 2 x RM 8.50 RM 17.00 2 Printer Cartridge 1 x RM 50.00 RM 50.00 3 Kamus Dewan 1 x RM 45.00 RM 45.00 4 Fotostat bahan & laporan kajian RM 30.00 5 Buku catatan guru 3 x RM 2.00 RM 6.00 JUMLAH RM 148.00 12

×