• Like

Loading…

Flash Player 9 (or above) is needed to view presentations.
We have detected that you do not have it on your computer. To install it, go here.

Power point Proposal Kajian Tindakan

  • 12,407 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
12,407
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2

Actions

Shares
Downloads
334
Comments
0
Likes
7

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. TAJUK KAJIAN
    • ‘ Folio-Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei,Kertas II Bahagian A bagi Mata Pelajaran Perdagangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat’
  • 2. 1.0) Nama Pengkaji
    • Nur Jauharatudini binti Noordin
    • Samsiah binti Hapi
    • Damsiah binti Darlis
    • 2.0) Nama Sekolah
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Perantau Damai, Muadzam Shah,Pahang
  • 3. 3.0) Latar Belakang Kajian
    • Mata pelajaran elektif Tingkatan 4 dan 5
    • Kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup (kecuali aspek kira-kira)
    • Tujuan: memberi pendidikan perdagangan dan keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang bersangkutan.
    • Bagi mata pelajaran Perdagangan ini, kertas II mempunyai pemberat 60% daripada jumlah markah keseluruhan.
  • 4. 4.0) Pernyataan Masalah
    • Memainkan peranan utama dan memberi sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi, khususnya dalam mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan menghasilkan pendapatan kepada individu, masyarakat dan negara.
    • Tidak bergantung pada pengetahuan tentang unsur-unsur perdagangan semata-mata, tetapi juga kepada penghayatan nilai-nilai dan amalan sifat-sifat keusahawanan yang positif.
  • 5. Samb...
    • Melalui pemerhatian yang dilakukan, didapati terdapat beberapa pelajar yang masih tidak dapat menulis jawapan esei dengan lebih mudah dan jelas.
    • Mengingati isi penting itu adalah mudah, tetapi pelajar tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan esei mengikut kehendak soalan dan format jawapan yang sebenar.
  • 6. Samb...
    • Terdapat dua fenomena yang mungkin menyebabkan pelajar tidak tahu teknik menjawab soalan esei yang diberikan berdasarkan pemerhatian pengkaji:
    • i) Pelajar tidak didedahkan dengan satu teknik atau cara yang memudahkan mereka untuk mengingati fakta-fakta yang penting yang mempunyai hubungkait dengan topik-topik yang lain dalam sesuatu topik yang dibincangkan.
  • 7. Samb...
    • ii) Guru lebih banyak menekankan teori pembelajaran semata-mata, di mana pelajar mudah berasa bosan semasa proses P&P.
    • Berdasarkan pemerhatian dan praktikal yang pernah dijalankan melalui pengalaman pengkaji, pelajar akan mudah mengingati sesuatu perkara itu berdasarkan praktikal berbanding teori semata-mata.
  • 8. 5.0) Fokus Kajian
    • kajian ini hanya memfokus kepada kertas II bahagian A kerana mendapati pelajar mempunyai kelemahan yang paling ketara dalam bahagian ini.
    • Kajian ini penting untuk dijalankan kerana guru perlu mengetahui punca kelemahan pelajar dalam menghurai jawapan esei dan mengenal pasti kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran berfikir, menulis serta keyakinan pelajar dalam menjawab soalan
  • 9. Samb...
    • Antara kelemahan yang dihadapi ialah:-
    • i) Pelajar tidak tahu untuk menghubungkaitkan isi penting dengan huraian yang bersesuaian.
    • ii) Pelajar tidak memahami kehendak soalan yang sebenar.
    • iii) Pelajar tidak dapat membezakan antara isi penting dengan konsep atau fakta bagi sesuatu topik.
    • Contoh: Sukar untuk membezakan konsep pengeluaran dengan kepentingan pengeluaran
  • 10. 6.0) Objektif Kajian
    • Setelah kajian ini dijalankan, diharap agar para pelajar dan guru mata pelajaran akan mencapai objektif berikut:
    • i. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei bagi kertas II bahagian A.
    • ii. Memberi penekanan dan memupuk minat pelajar kepada mata pelajaran Perdagangan ini.
    • iii. Dapat membezakan topik-topik yang ada dari segi konsep, penggunaan, kepentingan dan kesan- kesannya.
  • 11. Samb...
    • iv. Memahami sesuatu soalan berdasarkan kata kunci yang diberikan dan dikaitkan dengan isi penting yang ada.
    • v. Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan aktiviti di luar bilik darjah secara praktikal berbanding dengan teori semata-mata supaya memudahkan mereka untuk mengingati sesuatu fakta atau isi penting.
    • vi. Memberi idea kepada guru mata pelajaran dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi kelemahan pelajar berkenaan.
  • 12. 7.0) METODOLOGI KAJIAN 7.1) Reka Bentuk Kajian Model Kajian Tindakan Somekh
  • 13.
    • 7.2) Sasaran Kajian
    • Kajian ini dilaksanakan secara kolaboratif di antara tiga orang pengkaji. Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini juga melibatkan seorang guru mata pelajaran Perdagangan dan sebuah kelas pelajar Tingkatan 4 Cekap, seramai 35 orang.
    • 7.3) Instrument Kajian
    • Ujian-ujian Penilaian
    • - Ujian Pra: Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian pra ini mengandungi 1 soalan esei dan perlu dijawab dalam masa 25 minit.
    • -Ujian Pos: Untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil, satu Ujian Pos diberikan kepada pelajar. Langkah dan soalan yang sama dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan menghuraikan jawapan soalan esei.
    • Soal selidik
    • -Borang soal selidik diberikan kepada murid sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan ujian pra dengan betul.
  • 14.
    • Pemerhatian
    • -Pemerhatian dilakukan terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta reaksi atau gerak balas terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau suasana yang wujud disebabkan tindakan, perkembangan hubungan dan interaksi dan sebagainya di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
    • 7.4) Metod Analisis
    • Ujian-ujian Penilaian
    • -Analisis markah pencapaian pelajar melalui Ujian Pra dan ujian pos yang dilakukan .
    • Pemerhatian
    • -Pemerhatian secara langsung yang dilakukan pengkaji disertai dengan membuat catatan tentang pergerakan dan keaktifan pelajar, suasana pembelajaran dan penerimaan aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji ketika sesi pembelajaran.
  • 15.
    • 7.5) PERANCANGAN TINDAKAN
      • Aktiviti 1: Folio
    • Bahan-bahan: Kertas, pensil, pen, kad manila, warna, ring
      • Aktiviti 2: Penulisan Jurnal
    • Melalui penulisan jurnal, pelajar dapat menulis catatan mereka mengenai apa yang telah dipelajari, pendapat, komen ataupun kritikan. Penulisan ini akan dijalankan selepas proses (P&P). Mengambil masa lebih kurang 15 minit dan dilakukan sekali sahaja dalam setiap minggu. Bahan yang diperlukan:
    • 1-Sebuah buku latihan sama ada baru atau terpakai
    • 2-Sebuah rak khas di dalam bilik darjah
      • Aktiviti 3: Pembentangan
      • Selepas proses P&P dan penulisan jurnal, pelajar secara berkumpulan diminta untuk membentangkan tentang kefahaman mereka mengenai topik yang dipelajari semasa proses P&P. Bahan yang diperlukan: Kertas mahjong & Marker Pen
  • 16.
    • 7.6) Pelaksanaan Tindakan
      • Aktiviti 1: Folio
    • i) Memberi pelajar tajuk berkaitan dengan topik yang bersesuaian
    • ii) Memberi pelajar tempoh 2 minggu untuk menyiapkan folio tersebut
    • iii) Memberi arahan kepada pelajar cara dan teknik untuk membuat folio secara ringkas dan tepat.
    • iv) Pelajar diarahkan untuk membuat huraian secara gambarajah, peta minda dan carta aliran.
    • v) Tinjauan akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memudahkan pelajar bertanya sebarang masalah berkaitan dengan proses membuat folio mereka.
    • vi) Pembetulan boleh dilakukan selepas guru membuat pemeriksaan sehingga folio yang dikehendaki siap dilakukan.
    • vii) Pelajar mudah memahami dan mengkaitkan sesuatu topik tersebut dengan lebih jelas dan terperinci.
  • 17.
      • Aktiviti 2: Penulisan Jurnal
    • i) Pelajar perlu menyediakan sebuah buku latihan sama ada baru atau terpakai. Pelajar perlu menulis nama masing-masing di atas kulit jurnal mereka.
    • ii) Setelah selesai proses P&P, dalam masa 15 minit pelajar akan menulis dalam jurnal masing-masing tentang apa yang baru mereka pelajari, pendapat, komen ataupun kritikan. Dengan cara ini, mereka boleh membuat renungan yang lebih menyeluruh.
    • iii) Setiap kali selepas pelajar menulis dalam jurnal, pengkaji akan membaca dan menulis respon pengkaji di bawah komen mereka.
    • iv) Setelah selesai dibaca, buku jurnal itu akan dikembalikan ke rak buku yang disediakan di dalam bilik darjah supaya pelajar bebas membacanya pada bila-bila masa. Pengkaji akan sentiasa memberi respond yang positif untuk meningkatkan keyakinan pelajar melalui catatan penulisan mereka.
  • 18.
    • Aktiviti 3: Pembentangan
    • Setelah penulisan jurnal, pelajar dikehendaki duduk dalam kumpulan dan membuat satu kesimpulan tentang kefahaman mereka berkaitan topik yang diajar.
    • Hasil perbincangan perlu dibentangkan di hadapan guru menggunakan bahan yang disediakan.
    • Aktiviti ini dapat:
      • Memberi peluang kepada pelajar untuk bekerjasama (semangat berpasukan).
      • Menggalakkan percambahan idea.
      • Memberi keyakinan kepada pelajar untuk berkomunikasi .
  • 19. 8.0 Jadual Pelaksanaan Kajian BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data 12 Julai 2010 2 Menulis proposal kajian 15 Julai 2010 3 Merancang tindakan 19 Julai 2010 4 Mesyuarat pembinaan ujian pra / pos 22 Julai 2010 5 Pelaksanaan ujian pra 26 Julai 2010 6 Memproses data ujian pra 29 Julai 2010 7 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 2 Ogos 2010 8 Analisis data untuk pra dan pemerhatian 9 Ogos 2010 9 Pelaksanaan uian pos 16 Ogos 2010 10 Refleksi kajian 23 Ogos 2010 11 Penulisan laporan kajian 24 Ogos 2010 12 Pembentangan dapatan kajian 2 September 2010
  • 20. 9.0 Kos Kajian BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT JUMLAH KOS 1 Kertas A4 2 x RM 8.50 RM 17.00 2 Printer Cartridge 1 x RM 50.00 RM 50.00 3 Kamus Dewan 1 x RM 45.00 RM 45.00 4 Fotostat bahan & laporan kajian RM 30.00 5 Buku catatan guru 3 x RM 2.00 RM 6.00 JUMLAH RM 148.00
  • 21. SEKIAN
    • Terima Kasih