Ulasan Blog
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Ulasan Blog

on

  • 249 views

 

Statistics

Views

Total Views
249
Views on SlideShare
245
Embed Views
4

Actions

Likes
0
Downloads
1
Comments
0

1 Embed 4

http://idanorini.wordpress.com 4

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Ulasan Blog Ulasan Blog Document Transcript

    • ULASAN BLOG KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB NAMA IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN NO MATRIKS M20121000502 PENSYARAH PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF B HJ GAPOR TARIKH SERAHAN 30 NOVEMBER 2013
    • 1.0 Pengenalan Menurut Wikipedia, Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.” 2.0 Pengertian Blog Istilah asal Blog adalah Weblog, istilah ini pertama kali digunakan oleh “Jorn Barger” pada bulan Disember tahun 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut kelompok website peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan berisi pautan-pautan ke laman web yang lain yang mereka anggap menarik disertai dengan komen-komen mereka sendiri. Secara umumnya, Weblog dapat dirangkum sebagai kumpulan laman web peribadi yang membolehkan para pembuatnya menampilkan berbagai jenis isi pada web dengan mudah seperti hasil karya mereka, kumpulan pautan-pautan internet, dokumen-dokumen, gambar ataupun multimedia. Para pembuat blog ini sering di sebut dengan nama Blogger. Melalui blognya keperibadian Blogger menjadi begitu mudah dikenali berdasarkan topik apa yang disukai, apa tanggapan terhadap pautan-pautan yang di pilih dan isu-isu di dalamnya kerana itu blog bersifat sangat personal. Blog juga digunakan sebagai medium perniagaan, mendapat maklumbalas, berkongsi idea dan bertukar maklumat. 3.0 Wordpress Terdapat pelbagai platform blog di internet, contohnya, blogspot, joomla, multiply dan WordPress merupakan salah satu dari platform blog yang ada. WordPress adalah laman web yang sangat popular dan mempunyai jumlah pengguna terbesar di seluruh dunia, disusuli oleh blogspot. Ini kerana cara penggunaanya sangat mudah, menarik dan mesra pengguna serta ia
    • muncul dengan cepat di search engine. Saya juga menggunakan platform WordPress dalam pembinaan blog saya ini. 4.0 Ulasan Blog Blog saya adalah blog yang bersifat santai dan mesra pengguna. Saya menggunakan platform WordPress seperti yang disarankan oleh Prof Madya Dato’ Dr Abdul Latif bin Haji Gapor. Saya mendapati WordPress ini sangat menarik berbanding platform blogspot walaupun pada mulanya agak sukar untuk saya memulakannya. Di atas tunjuk ajar pensyarah bagi subjek KPT 6044, iaitu Prof Madya Dato’ Dr Abdul Latif bin Haji Gapor dan nota-nota yang dibekalkan oleh beliau serta tunjuk ajar rakan-rakan, saya berjaya membangunkan blog saya menggunakan platform WordPress ini. Alamat blog saya ialah http://idanorini.wordpress.com/ dan dari beratus tema percuma dan berbayar yang terdapat di dalam WordPress, saya memilih tema Matala secara percuma. Tema ini sangat menarik dan mempunyai dua panel untuk saya memasukkan widget. Rajah 1: Pengurusan Tema
    • 4.1 Keterangan Menu Blog ini mempunyai 16 halaman (pages) kesemuanya yang terdiri daripada 1 halaman pos (post). Berdasarkan kepada struktur menu di bawah, terdapat 6 item utama dan 10 pecahan sub-item. Item utama dan sub itemnya ialah: 1. Home 2. Wordpress 3. KPT 6044 i) Apa itu e-pembelajaran ii) Blendspace iii) Artikel dari TOJET iv) Persembahan Power Point v) Rakaman You Tube vi) Kajian Tinjauan vii) Penilaian Kendiri viii) Ulasan Blog 4. Sudut Ilmu (i) Animasi Mudah (ii) Drawing using MS Paint 5. Motivasi 6. Homestay Ida
    • Rajah 2: Struktur Menu Merujuk kepada paparan utama blog saya di bawah ini, terdapat 6 halaman utama di dalam blog ini iaitu Utama, Wordpress, KPT 6044, Sudut Ilmu, Motivasi dan Homestay Ida. Rajah 3: Paparan Utama Blog http://idanorini.wordpress.com/
    • 4.2 Keterangan Blog Di dalam halaman home, terdapat pautan dari akaun Evernote saya dan turut dikongsikan ke Wordpress (Rajah 5). Saya juga menggunakan aplikasi Wordpress for Android di mana saya menggunakan telefon yang turut dimuat turun aplikasi Wordpress ini. Rajah 4: Aplikasi Wordpress dan Evernote dari Android Rajah 5: Pautan dari Aplikasi Evernote ke Wordpress Pada halaman WordPress http://learn.wordpress.com/get-started/ pula, saya untuk memberi memberi pautan manfaat ke kepada pengunjung blog saya bagaimana untuk memulakan akaun WordPress. Saya turut belajar untuk membina laman web dari aplikasi WordPress ini dari nota tersebut.
    • Sebuah video tutorial yang menerangkan langkah membina akaun WordPress turut dimasukkan ke dalam halaman ini. Pada Rajah 6 di bawah, terdapat 8 sub-item di dalam halaman KPT 6044 di mana saya memasukkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang telah dimuatnaik ke dalam SlideShare dan YouTube. Rajah 7 dan 8 di bawah menunjukkan contoh tugasan yang dimasukkan ke halaman KPT 6044. Rajah 6: Paparan Sub-Item Rajah 7: Contoh Tugasan dari SlideShare
    • Rajah 8: Contoh Tugasan dari YouTube Pada halaman Sudut Ilmu, saya turut berkongsi ilmu dengan pengunjung blog tutorial membuat animasi mudah menggunakan perisian MS Paint dan Movie Maker. Video tutorial ini dirakam sendiri menggunakan perisian Webinaria ini dan dimuatnaik ke dalam YouTube. Terdapat juga video tutorial melukis menggunakan MS Paint dari pengguna YouTube yang lain. Halaman Motivasi pula saya memasukkan kata-kata motivasi dalam bentuk grafik yang menarik untuk dikongsi bersama WordPress juga turut digunakan sebagai medium perniagaan, oleh itu saya turut mempromosikan kemudahan homestay saya yang terletak di Sunway City Ipoh. Panel di sebelah kanan, saya memasukkan widget imej dan akan dipautkan ke www.homestayida.blogspot.com apabila imej itu diklik (Lihat Rajah 9). Selain dari itu, saya turut memasukkan Butang Cari, Kalendar, Pos Terkini dan Senarai Blog yang saya ikuti pada panel kanan blog ini. Rajah 9: WordPress sebagai Medium Perniagaan
    • 5.0 Penutup Pembinaan blog menggunakan aplikasi Wordpress ini memberikan saya satu pengalaman baru kepada saya dan Insyaallah saya akan menggunakan platform ini untuk dikongsi bersama segala ilmu dan maklumat kepada pengunjung blog saya. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk saya memulakannya, tetapi lama-kelamaan timbul rasa seronok untuk menjadikannya lebih menarik dan mesra pengguna. Diharapkan blog ini memberi manfaat kepada semua dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bagi kursus ini iaitu Prof Madya Dato’ Dr Abdul Latif bin Haji Gapor serta rakan-rakan dalam member tunjuk ajar dalam pembinaan blog ini.
    • 5.0 Penutup Pembinaan blog menggunakan aplikasi Wordpress ini memberikan saya satu pengalaman baru kepada saya dan Insyaallah saya akan menggunakan platform ini untuk dikongsi bersama segala ilmu dan maklumat kepada pengunjung blog saya. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk saya memulakannya, tetapi lama-kelamaan timbul rasa seronok untuk menjadikannya lebih menarik dan mesra pengguna. Diharapkan blog ini memberi manfaat kepada semua dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bagi kursus ini iaitu Prof Madya Dato’ Dr Abdul Latif bin Haji Gapor serta rakan-rakan dalam member tunjuk ajar dalam pembinaan blog ini.