• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various variable
 
An analysis of internet addiction levels of individuals according to various variable

on

  • 99 views

Statistics

Views

Total Views
99
Views on SlideShare
99
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    An analysis of internet addiction levels of individuals according to various variable An analysis of internet addiction levels of individuals according to various variable Document Transcript

    • KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ANALISA JURNAL BERASASKAN KAJIAN MENGENAI E-PEMBELAJARAN AN ANALYSIS OF INTERNET ADDICTION LEVELS OF INDIVIDUALS ACCORDING TO VARIOUS VARIABLES IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN NOMBOR MATRIK : M20121000502 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN GAPOR TARIKH SERAHAN : 30 NOVEMBER 2013
    • PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 1.0 KPT 6044 PENGENALAN Jurnal yang dikaji ialah “An Analysis of Internet Addiction Levels of Individuals According to Various Variables’. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap ketagihan internet di kalangan pengguna internet dari kumpulan umur yang berbeza. Jurnal ini ditulis oleh Cengiz ŞAHİN dari Universiti Ahi Evran di Kırşehir, Turki. Ketagihan internet merujuk kepada penggunaan internet secara berlebihan yang seterusnya menyebabkan pelbagai masalah di kalangan individu dari kumpulan sosial dan taraf profesional masing-masing. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap ketagihan internet di kalangan pengguna-pengguna internet dari kumpulan umur dan jantina serta taraf sosial dan profesional yang berbeza. 2.0 PERSOALAN KAJIAN Menerusi jurnal ini, persoalan pertama yang yang dijadikan persoalan utama ialah melihat tahap ketagihan internet di kalangan setiap individu yang dikaji. Persoalan lain yang dinyatakan menerusi jurnal ini penilaian terhadap tahap ketagihan internet individu dengan kumpulan umur yang berbeza. Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah melihat hubungan di antara tahap ketagihan internet individu dengan taraf profesional masing-masing. Seterusnya, pengkaji juga ialah melihat tahap ketagihan internet di kalangan individu dengan jantina masing-masing. 3.0 KAEDAH KAJIAN Kajian ini adalah kajian berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah model kajian atau ‘survey model’. Kumpulan kajian ditentukan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah di mana responden kajian adalah terdiri daripada sejumlah 596 individu dari kumpulan umur yang berbeza yang menetap di Kırşehir iaitu salah satu pusat bandar di Turki. Min, sisihan piawai, persampelan rawak dan ujian-t, ANOVA dan ujian aritmetik LSD dilakukan ke atas data yang dikumpul.
    • PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044 Instrumen kajian yang digunakan ialah Borang Maklumat Peribadi (Personal Information Form) dan Skala Ketagihan Internet (Internet Addiction Scale) untuk mengumpul data. Borang Maklumat Peribadi (Personal Information Form) adalah terdiri daripada empat soalan ke atas pembolehubah bebas kajian. Skala Internet Ketagihan (Internet Addiction Scale/ IAS) pula digunakan bertujuan untuk menentukan tahap ketagihan internet individu. Skala ini mengandungi 19 item dan 3 faktor. Faktor yang pertama ialah “Loss of Control-LC”; faktor yang kedua ialah “Tolerance Development-TD” dan faktor yang ketiga ialah “Negative Consequences for Social Relationships-NCSR”. Setiap item dalam skala ketagihan internet menggunakan Skala Likert iaitu sebagai Tidak Pernah (1), Jarang-Jarang (2), Kadang-kadang (3), Pernah (4) dan Selalu (5). Purata yang tinggi menunjukkan tahap ketagihan internet yang tinggi manakala purata yang rendah menunjukkan tahap ketagihan yang rendah. 4.0 DAPATAN KAJIAN Melalui Borang Maklumat Peribadi (Personal Information Form) yang diedarkan kepada individu-individu dalam kumpulan kajian itu, 284 (47.7%) adalah lelaki, 312 (52.3%) adalah wanita. Bagi pengagihan kumpulan kajian mengikut kumpulan umur; sejumlah 109 (18.3%) dipunyai oleh kumpulan usia 19 tahun dan ke bawah; 98 (16.4%) adalah kumpulan umur 20-29; 155 (26.0%) adalah kumpulan umur 30-39; 141 (23.7%) dipunyai oleh kumpulan umur 40-49 dan 93 (15.6) dipunyai oleh kumpulan umur 50 tahun dan ke atas. Bagi pengagihan responden mengikut taraf profesional, didapati bahawa 191 (32.0%) adalah pelajar; 221(37.1%) bekerja di pelbagai profesion; 39 (6.5%) adalah menganggur; 119 (20.0%) adalah suri rumah dan 26 (4.4%) telah bersara. Apabila dikaji tahap ketagihan Internet pada keseluruhan individu secara amnya didapati tahap ketagihan Internet di kalangan pengguna Internet yang dikaji adalah rendah tetapi apabila dibezakan individu tersebut mengikut 5 kumpulan umur iaitu kumpulan usia 19 tahun dan ke bawah, kumpulan umur 20-29, kumpulan umur 30-39, kumpulan umur 40-49 dan kumpulan
    • PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044 umur 50 tahun dan ke atas didapati bahawa tahap ketagihan internet adalah berbeza mengikut kumpulan umur dan sub-sub skala yang lain. Setelah analisis dijalankan, beliau telah mendapati bahawa tahap ketagihan internet bagi golongan individu berumur 19 tahun dan ke bawah adalah lebih tinggi dari kumpulan umur yang lain. Ini disokong oleh kajian dari Choi et al., (2008) melaporkan bahawa ketagihan internet adalah lebih biasa di kalangan orang muda, dan dengan sebab ini, golongan muda perlu dipantau selama-lamanya. Ozturk et al., (2007) melaporkan bahawa ketagihan internet ternyata menjadi faktor risiko yang serius terutamanya bagi kumpulan umur 12-18 tahun. Hahn dan Jerusalem (2001) melaporkan bahawa individu-individu yang dalam kumpulan umur 20-29 tahun menggunakan internet secara sederhana sementara skor ketagihan internet individu yang dipunyai oleh kumpulan 19 tahun dan ke bawah adalah lebih tinggi daripada kumpulankumpulan lain. Daripada analisis beliau juga didapati bahawa skor ketagihan internet di kalangan pelajar adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang lain seperti yang bekerja di pelbagai profesion, menganggur, suri rumah dan yang telah bersara. Ini disokong oleh kajian Seville et al, (2010) yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar sekolah tinggi melaporkan bahawa ketagihan internet di kalangan pelajar-pelajar yang baru memasuki sekolah tinggi adalah lebih tinggi daripada pelajar-pelajar senior yang lain. Chin-Chung dan Sunny (2003) melaporkan keputusan yang sama. Didapati juga dari analisis yang dilakukan pengkaji, tahap ketagihan Internet lelaki adalah lebih tinggi daripada orang-orang perempuan. Penemuan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Choi et al., (2008) ia telah melaporkan bahawa kes ketagihan internet adalah lebih biasa di kalangan pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan. Karaman dan Kurtoğlu (2009) mendapati bahawa guru-guru pra-perkhidmatan lelaki lebih ketagih kepada internet daripada perempuan pra-perkhidmatan guru. Hahn dan Jerusalem (2001) melaporkan bahawa lelaki menggunakan internet lebih banyak berbanding perempuan; Walau bagaimanapun, menurut Hahn dan Jerusalem, tahap penggunaan internet perempuan adalah meningkat dalam beberapa tahun.
    • PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 5.0 KPT 6044 PENUTUP Ketagihan Internet juga digambarkan sebagai penggunaan internet dalam jumlah masa yang semakin banyak untuk mencapai kepuasan masing-masing. Penggunaan Internet yang bebas tanpa kawalan dalam semua sektor pekerjaan bukan sahaja telah memberikan impak yang positif tetapi turut membawa bersama gejala negatif yang akhirnya menjadi beban kepada masyarakat di seluruh dunia.Ketagihan Internet merupakan masalah baru yang mula menular daripada masalah inidividu kepada masalah organisasi. Kajian menunjukkan bahawa ketagihan Internet menimbulkan masalah peribadi, keluarga, akademik, kewangan, dan pekerjaan. Ini kerana penagih Internet menghadapi kesukaran dalam meminimakan penggunaan Internet. Teknik terapi dan kaunseling boleh digunakan untuk membantu mereka untuk lebih bermotivasi untuk mengurangkan penggunaan Internet mereka dan untuk menyedarkan mereka bagaimana untuk berdepan dengan masalah mereka ini. Atas sebab ini, di sesetengah negara, pusat-pusat terapi ditubuhkan untuk mengenal pasti dan merawat ketagihan Internet ini . Ibu bapa juga perlu sedar akan tanda-tanda ketagihan Internet untuk membantu anakanak mereka. Sekolah juga berperanan juga untuk mengatasi masalah ini dengan menganjurkan seminar seperti gejala-gejala ketagihan internet dan menjalankan teknik komunikasi yang berkesan untuk mengurangkan ketagihan ini. RUJUKAN Cengiz ŞAHİN (2011). An Analysis of Internet Addiction Levels of Individuals According to Various Variables. Universiti Ahi Evran, Kırşehir, Turki. The Turkish Online Journal of Educational Technology. Dicapai di http://www.tojet.net/ (12.10.13).