• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Analisa jurnal e pembelajaran
 

Analisa jurnal e pembelajaran

on

  • 473 views

 

Statistics

Views

Total Views
473
Views on SlideShare
473
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Analisa jurnal e pembelajaran Analisa jurnal e pembelajaran Document Transcript

    • KPT 6044PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1 ( ULASAN JURNAL ) NAMA : MAHMUDAH BINTI ABU BAKAR NO MATRIK : M20112001305 PENSYARAH : PROF MADYA DR. ABD LATIF BIN BIN HAJI GAPOR
    • TAJUK: Students’ Perceptions of E-learning in Arab Society: Kuwait University as a casestudy.PENGKAJI: Salah Al Fadhli ( College of Business Administration, Kuwait University, Kuwait)TAHUN : 2008SUMBER: E-Learning Volume 5 Number 4 (2008) www.wwwords.co.uk/ELEAPendahuluan .Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi persepsi pelajardi pusat pengajian tinggi khususnya di Universiti Kuwait terhadap kaedah e-pembelajaran dalambudaya masyarakat orang Arab. Pelajar-pelajar dari Universiti Kuwait ini digunakan sebagairesponden bagi mewakili masyarakat Arab.Persoalan kajian.Kajian ini dijalankan bagi menjawab dua persoalan kajian yang telah dikenalpasti iaitu: 1) Apakah faktor-faktor yang menentukan penerimaan pelajar terhadap e-pembelajaran? 2) Bagaimanakah aspek-aspek di dalam latar belakang budaya masyarakat Arab mempengaruhi persepsi pelajar terhadap e-pembelajaran?
    • Kaedah.Kajian ini adalah berbentuk kajian kes di mana pengkaji telah menggunakan kaedah eksperimenterhadap responden yang terdiri daripada empat kumpulan pelajar yang mengikuti ProgramIjazah Pengurusan Sistem Maklumat di Kolej Sains Pentadbiran di Universiti Kuwait. Kajianini telah dijalankan selama 14 minggu iaitu satu semester. Dua kumpulan pelajar daripada empat kumpulan responden yang terdiri daripada 19pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan dijadikan kumpulan kawalan di mana responden–responden ini menjalani pembelajaran secara kaedah tradisional iaitu berpusatkan pengajar(pensyarah). Manakala dua kumpulan lagi yang terdiri daripada 18 orang pelajar lelaki dan 23orang pelajar perempuan berada di dalam kelas eksperimen. Kumpulan ini menggunakan kaedahe-pembelajaran. Semua responden adalah berbangsa Arab Kuwait kecuali seorang pelajarperempuan dalam kumpulan kawalan berbangsa Arab Mesir. Soal selidik yang dijalankan mengandungi 3 bahagian. Bahagian pertama mengandungisoalan-soalan tentang maklumat diri seperti umur, jantina, pengkhususan dan sebaginya.Bahagian kedua pula menguji tahap kebiasaan pelajar menggunakan teknologi komputer.Manakala bahagian ke tiga pula mengandungi soalan-soalan meneroka persepsi pelajar setelahmengikuti kursus e-pembelajaran. Soal selidik ini mengandungi 45 soalan dan mengambil masaselama 50 minit untuk diselesaikan.Dapatan kajian.Hasil daripada soal selidik yang dibuat didapati keseluruhan calon mempunyai tanggapan yangpositif terhadap kolaborasi di dalam persekitaran e-pembelajaran. Ini dapat dilihat daripadafaktor-faktor yang selidik oleh pengkaji.
    • i) Peranan pengajar.Hasil daripada soal selidik tentang peranan pengajar mendapati dapati pelajar memperolehipengalaman yang positif melalui pendekatan pedagogi yang digunakan oleh pengajar. Soalselidik tersebut juga mendapati bimbingan daripada pengajar yang bertindak sebagai motivatordan fasilitator memberi kepuasan yang tinggi kepada pelajar dalam merasai pengalamanpembelajaran sebenar.ii) Faktor sosial dan budaya.Melalui soal selidik faktor sosial dan budaya pula, pengkaji mendapati pelajar-pelajar bersikappositif terhadap pengajaran e-pembelajaran yang menyeronokkan berbanding kaedah pengajarantradisional. Pelajar perempuan ketara lebih positif dalam menilai elemen-elemen yang terdapatdalam e-pembelajaran. Soal selidik ini juga mendapati kaedah e-pembelajaran membantupelajar-pelajar menangani perasaan malu dan membantu mereka mengembangkan keyakinandiri. Walaupun pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan sikap positif terhadap e-pembelajaran dalam menangani masalah malu dan mengembangkan keyakinan diri, pelajarperempuan di dapati lebih positif menggunakan e-pembelajaran bagi menangani perasaan malu.iii) faktor teknikal.Hasil soal selidik terhadap faktor teknikal mendapati keseluruhan pelajar merasa selesa denganperalatan dan teknologi yang digunakan di dalam kursus kerana ianya membantu dalampengalaman pembelajaran mereka.
    • Kesimpulan.Kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji ini memberi input bahawa dalam masyarakat Kuwaitterdapat halangan sosial kepada pelajar berlainan jantina untuk bertemu, berhubung danberkolaborasi dalam pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan perasaan malu dan rendah dirimenghalang pelajar-pelajar ini mendapat ruang pembelajaran yang lebih luas. Tetapi denganadanya pembelajaran secara maya melalui e-pembelajaran ini seperti penggunaan LMS danteknologi komunikasi telah dapat mengurangkan batas sosial dan budaya tersebut. Penggunaanteknologi dan e-pembelajaran telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar perempuan Kuwaitberkolaborasi dengan tenaga pengajar dan rakan-rakan di luar kampus. Pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa persekitaran pembelajaran secara e-pembelajaran memberi kesan yang positif dalam menawarkan pengalaman pembelajaran yanglebih baik kepada pelajar. Walaubagaimanapun, tenaga pengajar merupakan kunci kepadakeberkesanan e-pembelajaran tersebut kerana kajian ini mendapati peranan tenaga pengajarmerupakan faktor utama di dalam pengalaman positif pelajar. Kaedah e-pembelajaran semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di seluruhdunia. Ianya bukan sahaja popular di negara-negara maju malah sistem pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia juga telah menuju ke arah pembelajaran secara maya initerutama di peringkat pengajian tinggi.