Your SlideShare is downloading. ×
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

KPT6044 - Kajian Tinjauan

4,854

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
4,854
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
214
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat &Komunikasi (TMK) Pelajar Tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa. NAMA AHLI KUMPULAN: 1. IDA HAZIRA SALMINA M20112001099 2. NORDINA ABDUL HAMID M20112001085 3. SYUHAIDA BINTI SAID M20112001084 SARJANA PENDIDIKAN PENGURUSAN PERNIAGAAN
  • 2. PENGENALAN1.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat. Salah satunya menurutSenn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer,komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia danorganisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat.Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak bolehdianggap sebagai satu teknologi yang berkesan. Seterusnya, jika pengetahuan untuk menggunakan komputer ada tetapi tanpakebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk berkomunikasi tentu tidak membawa banyakimpak terhadap proses globalisasi yang sering diperkatakan kini. Dengan itu, umumnya,seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utamadalam era meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkanmaklumat terutama maklumat yang berbentuk digital.selan itu, menurut Paisley dan Chen(1982) dipetik daripada Brown (1997), maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yangmemberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang bolehdisimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumatdan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yangdigunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumatberguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk sepertiteks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuantertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dankemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukardata dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dandalam masa yang sama („synchronous‟) melalui rangkaian setempat atau global.
  • 3. 1.2 Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksudmempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yangdapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite (1987), pulamenyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dankebolehan seseorang itu menggunakan komputer. Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannyayang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakankomputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yangmembolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994)menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahajakonsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakalakesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakandalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadapkehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentangkomputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran danpenggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputeradalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalamdefinisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakanpengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown(1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentangkomputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain.Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak bolehdilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatuyang dikehendaki. Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion kepelajaran.Pelajar perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikankomputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatankonvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan padamasa hadapan, setiap pelajar perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan
  • 4. penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan pelajar-pelajarmenpelajarskannya. Oleh itu, setiap pelajar mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilandalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke - 21. Pencarianmaklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan padamasa hadapan.1.3 Sikap Pelajar Terhadap Komputer Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu daripadatiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan pelajar-pelajar terhadap penggunaankomputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untukpenerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapatibahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa-apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untukmenjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer (Kay, 1990). Zhao,Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa pelajar menggunakan komputer untukmenghasilan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, menpelajarskan pelajar merekadengan cekap, dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar. Ambigapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa cabaran baru dalam duniapendidikan dalam era teknologi maklumat (ICT) memerlukan penglibatan pelajar-pelajar danaktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus ke arah pengajaran danpembelajaran yang berterusan. Esah Sulaiman (2003) menyatakan bahawa denganperkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalampengajaran, golongan pelajar dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran.Pelajar mempunyai tanggungjawab menyediakan tenaga kerja berteknologi tinggi danberupaya menjadikan negara ini pusat kecemerlangan di rantau Asia Tenggara. Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalanganpelajar-pelajar pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkaji sikapterhadap komputer dalam pelajar-pelajar pelatih siswazah. Kajian ini telah meninjauhubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengan komputer
  • 5. dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar (2003)membuktikan dalam kajian mereka bahawa pelajar mempunyai sikap dan persepsi yangpositif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetuju bahawa ICTmerupakan alat bantu mengajar yang efektif. Downes (1993) pula menjalankan kajianterhadap pelajar-pelajar pelatih dan mendapati bahawa pengalaman dengan komputer danpengaruh model peranan pelajar yang menggunakan komputer di dalam bilik darjahmembawa sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan kemungkinanpelajar-pelajar berkenaan akan menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu, dapatdirumuskan pendedahan awal terhadap penggunaan komputer boleh memberi impak yangpositif terhadap pembentukan sikap para pelajar. Kenyataan kajian beliau dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan oleh Zulkifridan Raja Maznah (1994) dalam kalangan pelajar-pelajar pelatih siswazah di UniversitiMalaya. Mereka mendapati hanya 12.1 peratus daripada sampel yang mengadakan bahawamereka tidak mempunyai pengalaman dengan komputer, manakala mereka yang mempunyaipengalaman adalah tinggi, iaitu sebanyak 87.9 peratus. Sebanyak 49% daripada mereka yangmempunyai pengalaman dengan komputer mengalaminya semasa pengajian di peringkatIjazah Pertama atau di bangku sekolah. Mereka merumuskan bahawa pelajar-pelajar pelatihyang mempunyai pengalaman dalam komputer semasa di sekolah atau di universiticenderung untuk lebih mahir daripada mereka yang tidak berpengalaman. Di samping itu,Zulkifri dan Raja Maznah (1994) juga mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyaipengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahapkebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Daripada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, & Mohd.Ghazali ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003 didapati bahawapenggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau melayariinternet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ini dapat dibuktikan melalui penggunaanmakmal komputer dalam tiga bulan pertama persekolahan hanya melibatkan 24.56% pelajar-pelajar sahaja dengan kekerapan penggunaan yang paling tinggi adalah 21 kali dan yangpaling rendah hanya sekali sahaja dalam masa tiga bulan di mana hanya tujuh mata pelajaransahaja yang menggunakannya iaitu mata pelajaran matematik, sains, kimia, Bahasa Melayu,
  • 6. Bahasa Inggeris, biologi dan geografi. Pelajar-pelajar subjek lain tidak pernahmenggunakannya dalam tempoh tersebut. Daripada rekod penggunaan makmal komputeruntuk penggunaan perisian kursus bestari dan melayari internet hanya 16 daripada 22 kelassahaja yang menggunakannya dan 6 buah lagi tidak pernah masuk ke makmal komputer dankebanyakannya kelas tingkatan lima. Hasil daripada maklumat yang didapati hanya 40.53%sahaja masa pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh tiga bulan digunakan olehpelajar-pelajar dalam penggunaan komputer yang sebahagian besarnya menggunakankemudahan internet untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka. MemandangkanSekolah Bestari yang berasaskan penggunaan ICT dan multimedia telah tercetusnya isukekurangan penggunaan komputer apatah lagi sekiranya kajian ini diperluaskan ke SekolahMenengah. Peranan Pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana mempunyaitanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar meningkatkan penggunaan IT dalampengajaran pembelajaran sesuai dengan perubahan era ICT. Inovasi teknologi juga pentingkerana selaras dengan dasar IT dalam pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perludiperluaskan dan mendasari pembaharuan pedagogi serta penpelajarsan pendidikan moden disekolah-sekolah di Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasiteknologi ICT perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baru dalam reformasi pendidikandan pembentukan sekolah berkesan. Sekolah-sekolah menengah perlu mempunyaikelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.1.4 Peranan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengahbermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untukmeningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peralatanyang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripada komputer, overheadprojector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatanmuiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perludipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggidan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat dan komunikasi, World WideWeb (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat
  • 7. mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran inidapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinyamengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Iabersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diaksesoleh pelajar dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalaminternet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan pembelajaran danjuga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnyalebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandunganterkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnyaterkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan pelajar dapat mencari maklumat yangterkini yang tidak terdapat dalam buku. Selain itu pembelajaran juga membantu perkongsianmaklumat di mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melaluikaedah forum dalam talian, email, video konferens dan chatting atas talian. Dengan inipelajar dapat berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untukberkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapatdisebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-manalaman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yangmana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkanmaklumat. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampumemberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaranboleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan pelajar dan sesamamereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat.ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada pelajardan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid danterkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion kepelajaran, khususnyadari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada pelajar. Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapatmembantu meningkatkan pengajaran pelajar dan menarik minat pelajar. Rio SumarjiSharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukankomputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) danpenemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah
  • 8. tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983;1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan perisianpendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajarandan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pengajarandan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan pengajaran pelajar bolehmengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar pelajar sahaja(Hasselbring, et. al. 1988). Kesimpulannya antara peranan penggunaan ICT dalamPendidikan Sekolah Menengah adalah:• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.• Meningkatkan motivasi pelajar.• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).• Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.• Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalumahal untuk diperoleh.• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.• Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.• Meningkat daya kreativiti dan imaginasi pelajar.• Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yangminimum.• Meningkat kemahiran ICT.
  • 9. Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan pihakLembaga Peperiksaan Malaysia iaitu pelajar perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran,menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan,mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajarmemahami konsep serta meguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan, menggunakan alatbantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep, mengajar secara konstruktivisme, masteridan lebih kontekstual serta menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagaidan kreatif menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia2002).1.5 Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi TerhadapPelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penilaian Pendidikan Teknik DanVokasional: Ke Arah Pengartikulasian Yang Sepadu” menyatakan bahawa pada abad ke-21,negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi,liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information andCommunications Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik dan vokasionalterutama dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem penpelajarsan pembelajaran dan perananpelajar sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik danvokasional di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesionkepelajaran di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentukgenerasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagimenjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT. a) Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus Daripada temubual dengan beberapa pelajar yang kurang atau tidak menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam
  • 10. pengajaran. Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan bahawa untuk membina, membangun dan mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital.b) Sikap Negatif Pelajar Daripada kajian lepas juga terdapat sebahagian pelajar yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt, 1996). Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baru kepada profesion pelajar dan sistem pendidikan di Sekolah Menengah yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, elearning dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam Sekolah Menengah telah membuka perspektif baru tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya.c) Kekurangan Kemahiran Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan artificial yang penting dalam era ICT. Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,
  • 11. penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran.d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting pendidikan di sekolah menengah ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya. Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah menengah pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memilik sambungan kepada Internet, ada yang tidak. Pelajar-pelajar yang menggunakan panduan yang terkandung dalam dokumen ini haruslah terlebih dahulu mengetahui tahap keupayaan infrastruktur ICT yang terdapat di sekolah masing-masing sebelum merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT. Ini bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan membuahkan hasil yang optimum sesuai dengan objektif pembelajaran. Sebagai panduan, disertakan di bawah ini matriks yang menunjukkan perkaitan antara tahap teknologi dan pembelajaran. Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap pelajar dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran.
  • 12. e) Jurang ICT dan Digital Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion kepelajaran di negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion kepelajaran perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar bandar. Lebih banyak peruntukan dan pelajar-pelajar yang terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.
  • 13. Cadangan a) Kekangan Menghabiskan Silibus Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel, program pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah, dan perisian yang perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif dan ekstensif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia, khususnya powerpoint dan layar tayang boleh memberikan kesan positif kepada perkembangan minat pelajar. Program pembelajaran disusun dengan sistematik dan dipantau oleh pelajarpelajar yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang IT. Pelajar-pelajar perlu didedahkan kepada penggunaan internet, website, on- line, e-mel dan pendekatan dan kaedah lain berasaskan penggunaan komputer. Menurut Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik, bukan secara “bidang terjun” atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran. b) Sikap Negatif Pelajar Pelajar harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994). Kajian ini mendapati bahawa persediaan mental dalam kalangan
  • 14. anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang akan dilaksanakan. Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh pelajar dalam menghadapi cabaran baru dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001). Justeru, para pendidik perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas. Dalam mencapai objektif tersebut, pelajar-pelajar perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. (Ambigapathy & Suthagar, 2003). Menurut Robiah (2003) menyatakan bahawa lantas sikap pelajar yang positif akan lebih mendorong dan menggerakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah berjalan secara lancar, pantas dan menyeluruh. Pelajar perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020. Pelajar perlu bersedia melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran. Selain itu, pelajar juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.c) Kekurangan Kemahiran Pelajar perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion kepelajaran mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion kepelajaran dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar pelajar-pelajar yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam kerjaya profession kepelajaran
  • 15. mereka. Program perkembangan staf yang melibatkan profesion kepelajaran di sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik. Ini boleh membawa kepada inovasi dan perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan. Profesion kepelajaran harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di Sekolah Menengah.d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.e) Jurang ICT dan Digital Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Pembangunan perisian untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan. Manakala perisian untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan.f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah- sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku
  • 16. terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT,sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnyaperbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasanteknologi maklumat.Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yangmungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos seringkali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer disekolah-sekolah.
  • 17. METODOLOGI KAJIAN2.1 Pendahuluan Kajian ini merupakan satu kajian mengenai minat pelajar terhadap matapelajaranTeknologi Maklumat & Komunikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa,Kuala Lumpur. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat. Kaedah inihanya bersifat mendapat maklumat dan pandangan pelajar-pelajar yang berkenaanmengenai matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi dalam proses pengajarandan pembelajaran pelajar disekolah. Ini dapat dilakukan dengan mendapatkan persepsipelajar-pelajar di sekolah menengah terhadap paras penguasaan masa kini dan persepsipelajar-pelajar di sekolah menengah terhadap apa yang diperlukan untuk menguasaiteknologi maklumat. Menurut King, et al.(1994) dan Neuman (2000), kajian yang terbaik merupakankajian yang sering menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada kajian berbentukkuantitatif dan kualitatif. Menurut Neuman (2000) lagi, kelemahan yang terdapat didalam kajian berbentuk kuantitatif akan ditampung oleh kelebihan yang terdapat padakajian yang berbentuk kualitatif dan begitulah sebaliknya. Ragin (1994) juga mendapaticiri yang terdapat pada kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif dapat menyokongkelemahan yang terdapat di antara satu sama lain. Salah satu ciri yang menyokongkelemahan kedua-dua bentuk kajian ialah kaedah pemungutan data masing-masing yangberbeza. Kajian berbentuk kuantitatif selalunya lebih kepada proses pengumpulan datauntuk melihat masalah yang besar manakala kajian berbentuk kualitatif selalunya lebihkepada pemungutan data secara mendalam.2.2 Tempat Dan Masa Kajian Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa, pelajaranTingkata 4 dan 5. Responden dipilih secara rawak yang mengambil matapelajarantersebut di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kajian dijalankan keatas pelajartingkatan 4 dan 5 untuk melihat sejauh mana minat mereka dan minat berkaitan latihanterhadap matapelajaran tersebut.
  • 18. 2.3 Kaedah Kajian Kaedah tinjauan digunakan di dalam kajian ini dengan menggunakan borang soalselidik yang diedarkan kepada responden. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih sebagairesponden. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kesemua pelajar dalam sampel kajianmempunyai peluang yang sama untuk dipilih menjadi subjek atau responden kajian.
  • 19. DAPATAN KAJIAN3.1 Latar Belakang Responden Kajian ini telah dijalankan sacara rawak dikalangan pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa yang melibatkan 63% lelaki dan 37% perempuan. Ini menunjukkan lelaki lebih berminat dengan matapelajaran ini. 3 agama yang utama terlibat dalam kajian ini iaitu Islam (35%), Kristian (42%) dan Buddha (23%). Selain itu, tinjauan ini melibatkan 56% pelajar Tingkatan 4 dan selebihnya Tingkatan 5. Tinjauan tentang bilangan jam sehari membuat latihan/kerja rumah untuk matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi rata-ratanya tidak langsung membuatnya (44%). Diikuti pula dgn 1jam (30%), 30minit (22%) dan 2jam (4%). Responden mungkin matapelajaran ini senang untuk dipahami berbanding matapelajaran teras. 2 aliran yang terlibat iaitu Sains (84%) dan Sastera (26%) dan 3 bangsa utama yang terlibat adalah Melayu (35%), Cina (45%) dan India (20%). Pelajar beraliran Sains lebih berminta dalam meneroka teknologi maklumat dan komunikasi.3.2 Berkaitan Minat Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi Bahagian II (A) ini meninjau berkaitan minat terhadap matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebanyak 10 soalan diajukan dan 3 pilihan jawapan untuk dipilih iaitu Ya, Tidak atau Tidak Pasti. Dapatan mengatakan 73% responden yang telah menjawap soalan kajian selidik ni meminati matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Ini kerana matapelajaran ini merupakan pilihan dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan tarikan yang berteknologi tinggi menjadi ikutan zaman sekarang. 19% responden mengata tidak berminat terhadap matapelajaran ini kerana mungkin tidak mempunyai pilihan lain dan mengaggap matapelajaran ini senang dari yang lain. Manakala 8% mengatakan tidak pasti.
  • 20. 3.3 Berkaitan Minat Terhadap Latihan Matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi Bahagian II (B) ini meninjau berkaitan minat terhadap latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.Keputusan menunjukkan 68% responden mengatakan ya. Latihan yang menarik minat mereka bila melibatkkan kerja kumpulan atau latihan bersama-sama rakan. Selain itu menjelajah ke dalam blog dan website membuat mereka lebih berminat dengan matapelajaran ini. % yang paling tinggi di bahagian ini ialah 93% mengatakan mereka suka membuat latihan disebabkan pengaruh rakan-rakan, diikuti 89% suka membuat latihan bersama rakan-rakan dan 83% mengatakan mereka dapat meneroka ilmu baru dari matapelajaran ini. Manakala 23% daripada responden mengatakan tidak berminat dengan latihan yang berkaitan dengan latihan ini. Mereka kurang mendapat pendedahan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Lebihan peratusan itu mengatakan merak tidak pasti.
  • 21. RUMUSAN Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakanmurid-murid yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Darimasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysiadapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalampendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaanyang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumatdalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corakpendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak. Oleh itu, pengawalan danpengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikanini memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomiberasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan Teknologi Maklumat danKomunikasi merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagimeningkatkan ekonomi maka Teknologi Maklumat dan Komunikasi dilihat mampumemperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan dalam pendidikan. Bertitik tolak dari sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan negarabergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Langkah kerajaanmelancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudahtiba masanya untuk negara Malaysia berjaya pada peringkat kebangsaan dan serantau.MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan teknologimaklumat dan komunikasi di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihaktidak kira kerajaan ataupun swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat yangmelonjakkan nama negara Malaysia.
  • 22. BIBLIOGRAFIAzizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan, PTS Profesional Publishing SdnBhd.Stockley, D. (2003). E-learning Definition and Explanation (E-learning, Online Training,Online Learning), Sept 3, 2008, http://derekstockley.com.au/elearning-definition.htmlGilbert, J. (2001). Leveraging Effective ICT Strategies for Sustainable Development.Workshop on Sectoral Planning for Information Technology. Pembentangan di RegionalInitiative for Information and Communication Technology Strategies Conference 2001,Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Malaysia, 24-26 July 2001.Jaya Kumar (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran DiSekolah-Sekolah Malaysia, Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini, KementerianPendidikan Malaysia.M Sukri Saud et al. (2007) Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning)Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Institusi PengajianTinggi (IPTA) Negeri Johor, Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
  • 23. Borang Kaji Selidik Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) Pelajar Tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa. Assalamualaikum/Salam sejahtera, i. Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas tentang minat pelajar terhadap matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) di sekolah menengah. ii. Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu penyelidik untuk mendapat data kajian. iii. Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN. iv. Kerjasama anda melengkapkan soal selidik iniadalah amat dihargai. Bahagian I : Latar Belakang Responden.Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda di ruangan yang di sediakan.1. Jantina Lelaki 6.Aliran Sains Perempuan Sastera2. Agama Islam 7. Bangsa Melayu Kristian Cina Buddha India3. Tingkatan Tingkatan 4 Tingkatan 54. Bilangan jam sehari 0 jammembuat ½ jamlatihan/kerja rumah 1jamMatapelajaran TMK 2jam >2jam
  • 24. Bahagian II : Kajian Yang Dibuat Kepada Responden. Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda. A. Berkaitan minat terhadap matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) Tidak Ya Tidak Pasti 1 Saya menyukai matapelajaran TMK Saya dapat meningkatkan motivasi diri apabila belajar 2 TMK 3 Saya menyediakan jadual waktu untuk belajar TMK Saya rasa seronok apabila dapat menjawab soalan TMK 4 dengan betul. Bagi saya TMK sangat mudah sekiranya memahami 5 konsep. Saya dapat mendisplinkan diri saya apabila mempelajari 6 TMK 7 TMK membantu saya kerana tidak perlu menghafal fakta. TMK membantu saya cara berfikir untuk menyelesaikan 8 masalah. Saya di peluang untuk meneroka ilmu bru TMK di dalam 9 kelas. 10 Saya rasa seronok apabila memasuki kelas TMK
  • 25. B. Berkaitan minat terhadap latihan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Tidak Ya Tidak Pasti Saya suka membuat latihan TMK kerana dapat11 meningkatkan kemahiran saya.12 Saya suka membuat latihan TMK di waktu lapang. Ibubapa saya mendorong / mebimbing saya dalam13 membuat latihan TMK. Saya buat latihan TMK yang kerap dapat meningkatkan14 markah saya dalam peperiksaan.15 Saya suka membuat latihan TMK bersama rakan-rakan. Saya suka membuat latihan TMK disebabkan pengaruh16 rakan-rakan. Setiap kali saya membuat latihan TMK saya rasa puas17 hati apabila menyelesaikan tugas saya. Saya akan cuba dapatkan latihan TMK melalui blog dan18 website.19 Melalui latihan TMK saya dapat meneroka ilmu baru. Saya dapat mengenalpasti kelemahan saya dalam TMK20 melalui latihan yang saya selesaikan. TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA

×