Aplikasi blogspot dlm mata pelajaran teknologi maklumat

1,346 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,346
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
32
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Aplikasi blogspot dlm mata pelajaran teknologi maklumat

1. 1. MTM6013 TEORI DAN REKABENTUK INSTRUKSIONAL PEMBENTANGAN TUGASAN 3 OPTION 1: You planed to conduct class by benefiting a web application. By employing the Instructional Design Model developed in Assignment 2, prepare a proposal for this purpose. You may decide your preferred course and web application. OLEH: SITI NOR HAZIYAH & MAHANI
2. 2. PENGENALAN

Melihat kepada perkembangan penggunaan internet dan aplikasinya pada masa ini, sebuah web blog bercorak pendidikan untuk mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tingkatan 4 dan 5 akan dibangunkan. Mata pelajaran ini dipilih berikutan kebanyakan guru dan pelajar kekurangan sumber rujukan bagi mata pelajaran ini. Diharapkan pembinaan web blog ini akan member manfaat khususnya kepada guru dan pelajar dalam usaha mereka mendapatkan bahan rujukan tambahan.

3. 3. METODOLOGI PEMBINAAN WEB BLOG

Metodologi adalah hasil daripada gabungan beberapa perkara iaitu kaedah, teknik yang digunakan, peraturan, piawaian yang perlu diikuti, dan alatan atau perisian yang diperlukan bagi membangunkan web blog. Penelitian tentang setiap aspek dalam metodologi perlu dititik beratkan bagi memastikan keberkesanan web blog yang akan dibangunkan kelak. Metodologi yang terbaik haruslah dipilih supaya proses pembangunan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

4. 4.

Pemilihan metodologi juga harus disertai perancangan teliti kerana metodologi juga bertujuan untuk memastikan web yang akan dibangunkan mengikut perancangan yang ditetapkan serta dapat memenuhi skop dan objektif yang khusus dan tepat. Metodologi juga merangkumi beberapa teknik yang akan digunakan sepanjang proses pembangunan. Setiap satu teknik mempunyai peranan yang penting dalam memastikan sesebuah web dapat dibangunkan dengan cemerlang.

5. 5. METODOLOGI YANG DIGUNAKAN

Metodologi yang dipilih untuk membangunkan web blog ini ialah Model PAREO. Model ini dicipta pada tahun 2010.

Sebab-sebab pemilihan Model PAREO:

Pembangunan sistem adalah cepat berbanding kaedah lain. Setiap fasa mempunyai kejelasan dan ketepatan dalam proses pelaksanaannya. Hal ini membolehkan web disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Metodologi yang selamat, berisiko rendah dan mudah untuk diimplimentasikan.

Metodologi yang membolehkan sistem yang dihasilkan berkualiti tinggi.

Metodologi yang paling baru dicipta (2010) dan memenuhi setiap fasa dalam pembangunan web berbanding metodologi-metodologi terdahulu.

6. 6. METODOLOGI PEMBANGUNAN WEB BLOG

FASA PENYELIDIKAN

Dalam fasa penyelidikan, kajian tentang pelajar dilakukan. Oleh kerana web yang akan dibina khas untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Teknologi Maklumat dan guru yang mengajar subjek tersebut, maka penelitian tentang sukatan pelajaran dilakukan. Setiap nota yang dimuat naik dipastikan memenuhi sukatan pelajaran.

Soalan-soalan peperiksaan percubaan yang dimuat naik juga selaras dan mengikuti format sebenarSPM. Selain itu, dalam fasa ini Carta Gantt telah dihasilkan bagi menguruskan masa dan memastikan pembangunan web dapat dilakukan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan serta mengikut perancangan.

Penyelidikan terhadap web sedia ada yang hampir serupa juga dijalankan bagi mencari kelemahan dan memastikan kelemahan itu diatasi di dalam web blog yang akan dibina.

7. 7.

FASA ANALISIS

Pengumpulan bahan

Bahan-bahan untuk nota pelajar - surat khabar, majalah-majalah pengkomputeran, buku-buku rujukan, jurnal-jurnal dan cakera padat koswer yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap satu bahan akan dinyatakan secara jelas dari mana sumbernya supaya tidak menimbulkan sebarang masalah.

8. 8.

Bahan-bahan untuk soalan-pertukaran soalan antara negeri sewaktu peperiksaan percubaan, pertukaran dan perkongsian soalan antara rakan-rakan guru yang lain, buku-buku rujukan serta bank soalan sekolah.

9. 9.

Keperluan Mengakses Web Blog

Bagi memastikan semua objektif serta matlamat pembangunan web tercapai, sistem memerlukan perkakasan dan perisian tertentu yang spesifik. Pemilihan perisian dan perkakasan yang sesuai dapat menjamin pembangunan sistem yang baik serta mempercepatkan fasa pembangunan.

Spesifikasi perkakasan dan perisisan ini amat penting dalam pembangunan web.

10. 10.

Pemilihan Blogspot

Setelah dianalisis melalui pembacaan dari surat khabar, majalah, dan internet, Blogspot telah dipilih sebagai tapak penyebaran maklumat yang mudah dan berkesan kerana:

Mudah Dihasilkan

Penghubung

Mudah Diselenggara

Membolehkan Pembangun Berinteraksi Dengan Pengunjung Blog

11. 11.

FASA REKABENTUK

Rekabentuk Antaramuka Pengguna

Terdapat lima pengguna utama bagi web blog ini iaitu, pembangun, pelajar, guru, ibu bapa dan tetamu. Setiap pengguna dibenarkan untuk mengakses sebarang maklumat yang telah diterbitkan. Namun begitu, oleh kerana sasaran utama pengunjung web blog ini ialah pelajar dan bersifat pendidikan, maka template, warna utama, jenis font, dan gambar yang digunakan bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

12. 12.

Rekabentuk Paparan Kandungan

Catatan baru akan dilakukan seminggu sekali mengikut masa dan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Catatan yang dipaparkan akan mengikut bulan dan yang terkini diterbitkan. Setiap catatan yang diterbitkan akan disertai dengan butang muat turun untuk kemudahan para pengguna.

13. 13.

FASA EVOLUSI

Pengujian Web Yang Dibangunkan

Aktiviti ini adalah bagi memastikan setiap fungsi yang terdapat pada web boleh digunakan. Seramai sepuluh orang pengguna utama akan dipilih untuk menguji antaramuka, kebolehgunaan dan keberfungsian web yang telah dibangunkan. Kaedah temu ramah akan dilakukan bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka.

14. 14.

Pengubahsuaian Web

Aktiviti ini dilaksanakan sekiranya terdapat gangguan seperti kekurangan fungsi, kebolehgunaan dan antaramuka yang tidak sesuai dalam web yang telah dibangunkan. Aktiviti ini akan dilakukan berulang kali selagi keperluan pengguna tidak tercapai.

15. 15.

Latihan Kepada Pengguna

Setelah web blog yang dibina diyakini memenuhi kehendak pengguna, latihan kepada pengguna akan diberikan dalam bentuk tutorial. Tutorial ringkas akan diterbitkan pada panel sisi ( side bar ) di dalam web blog.

Latihan seperti memuat turun nota dan soalan, memasang Flash dan ActiveX Control jika ada diantara aplikasi widget yang tidak boleh dipaparkan dan beberapa jawapan bagi soalan yang sering menjadi persoalan pengguna (FAQ) akan diberikan.

16. 16.

FASA OPERASI

Dalam fasa ini, web blog yang telah siap dibina akan mula digunapakai oleh pengguna. Dari semasa ke semasa, penambahbaikan web akan dilakukan oleh pembangun jika terdapat sebarang komen dari pengguna ataupun timbulnya masalah pada web yang dibangunkan. Sokongan kepada pengguna diberikan secara berterusan.

17. 17. KESIMPULAN

Pembangunan web blog ini menggunakan metodologi Model PAREO. Kelebihan dan justifikasi telah diterangkan mengapa metodologi ini dipilih. Justifikasi keperluan perkakasan dan perisian juga telah diterangkan secara terperinci.