MARDHIYATUL HUDA BT HAMDAN( M20112001423)   2012Tajuk Jurnal : Perisian Matematik Bagi Tajuk Pecahan Untuk Pelajar Berkepe...
MARDHIYATUL HUDA BT HAMDAN( M20112001423)    2012       Kajian literatur adalah rumusan literatur yang ditulis bertujuan m...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Ulasan jurnal

1,978

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,978
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
98
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ulasan jurnal

  1. 1. MARDHIYATUL HUDA BT HAMDAN( M20112001423) 2012Tajuk Jurnal : Perisian Matematik Bagi Tajuk Pecahan Untuk Pelajar Berkeperluan KhasSumber : Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1(ms 39-47), Nombor 2, Jun 2011Penulis : Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena bt Abu SamahUlasan Oleh : Mardhiyatul Huda bt Hamdan ( M20112001423)RUMUSAN KESELURUHAN JURNALTajuk jurnal adalah ‘Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar BerkeperluanKhas’. Jurnal ini merupakan hasil kajian Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena btAbu Samah. Tajuk yang dinyatakan adalah ringkas, padat, serta mudah difahami. Tujuanpenyelidikan dijalankan berdasarkan tajuk yang diberi ialah untuk menilai keberkesananperisian matematik di bawah tajuk Pecahan bagi pelajar berkeperluan khas dari aspekpencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah pre-experimental yang mana respondendiberikan ujian pra, rawatan dan ujian pasca untuk melihat keberkesanan perisian matematikterhadap tahap pencapaian pelajar. Hasil kajian menunjukkan pencapaian kesemua 9 responden meningkat setelahmenggunakan perisian yang dibangunkan. Melalui sokongan data skor pencapaian pelajar,penyelidik dapat membuktikan bahawa perisian Matematik bertajuk Pecahan yangdibangunkan ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar berkeperluan khas seterusnyaberkesan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar. Dapatan kajian ini menyokongdapatan yang diperolehi oleh Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin danAhmad Khairi (2011), di mana teknologi terutama perisian dalam pendidikan mampumeningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran matematik. Penyataan masalah berkaitan pelajar bekeperluan khas digarap secara mendalam olehpenyelidik. Namun masalah berkaitan dengan pencapaian pelajar yang menggunakan perisianmultimedia yang sedia ada tidak dinyatakan. Penyelidik juga tidak menyentuh tentangpernyataan masalah berkaitan subjek Matematik terutama berkaitan tajuk Pecahan yang ingindikaji. Penyelidik tidak menyatakan kenapa topik Pecahan dipilih untuk dijadikan bahankajian. Fokus pernyataan masalah seharusnya tertumpu kepada subjek Matematik yangseringkali dikaitkan sebagai salah satu mata pelajaran yang sukar difahami menggunakankaedah tradisonal. Justeru pendekatan pembelajaran berbantu komputer menggunakanperisian multimedia seumpama ini adalah sangat memberangsangkan.
  2. 2. MARDHIYATUL HUDA BT HAMDAN( M20112001423) 2012 Kajian literatur adalah rumusan literatur yang ditulis bertujuan menerangkanmaklumat dan penyelidikan semasa dan lampau. Antara tinjauan literatur yang dibentangkanoleh penyelidik ialah kajian Rahayu dan Maria (2010), berkaitan dengan elemen multimediadan elemen visual yang merupakan kaedah penyaluran maklumat yang sangat menarik dalammenyampaikan sesuatu input pembelajaran. Malangnya, penyelidik gagal menggarap sorotankajian-kajian lepas terutamanya mengenai pelajar berkeperluan khas dan perisian multimediasecara lebih terperinci dalam laporan kajian ini. Sampel dalam kajian ini telah dinyatakan dengan jelas oleh penyelidik. Kajian initelah memilih 2 orang guru dan 9 orang pelajar pendidikan khas yang merupakan respondenkajian. Namun penyelidik tidak menjelaskan kaedah persampelan yang dipilih serta jumlahpopulasi sebenar kajian beliau. Instrumen yang digunakan adalah ujian penilaian yang terdiridaripada Ujian Pencapaian 1 (ujian pra) dan Ujian Pencapaian 2 (ujian pasca). Penyelidiktidak menyatakan sumber dan proses pembinaan instrumen serta prosedur pembinaan ujianyang digunakan untuk penyelidikan. Kriteria asas pembinaan ujian seperti kesahan,kebolehpercayaan, keobjektifan dan kemudahtafsiran juga tidak dibentangkan. Selain itu,tempoh masa yang diambil diantara ujian pra dan pasca tidak dinyatakan sama sekali. Berdasarkan analisis data, penyelidik telah membentangkan hasil kajian secara teraturmenggunakan jadual yang diselitkan di dalam aspek perbincangan. Jadual yang dipaparkanberinformasi dan diterangkan dengan baik oleh penyelidik. Penyelidik seharusnyamemasukkan cadangan penambahbaikkan di dalam pembangunan perisian yang dibangunkanuntuk tujuan rujukan kajian akan datang. Selain itu, penyelidik juga tidak menerangkantentang sumbangan hasil kajian yang dijalankan kepada bidang ilmu Matematik yang dikajikhususnya dalam penambahbaikan kaedah pengajaran bagi pelajar bekeperluan khas.Cadangan penambahbaikan ini penting untuk rujukan pihak-pihak tertentu sepertiKementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pentadbiran sekolah, guru-guru dan para penyelidik.Namun begitu, kesimpulan yang dinyatakan oleh penyelidik ringkas dan tepat serta disokongoleh hasil kajian yang diperolehi sepanjang penyelidikan dijalankan. Secara keseluruhannya,gaya penulisan penyelidik dalam memberi hujah dan menginterpretasi hasil kajian adalahbaik dan berkesan.

×