Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011  Perisian Matemat...
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Peningkatan bilang...
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Oleh yang demikian...
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia                                          Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Perisian ini diba...
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia                                             Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Kemudian, peng...
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia                                          Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011                 ...
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia                                 Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011                  Jadual 6...
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia                                           Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011PerbincanganBerd...
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia                                        Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Marzita Puteh (2002...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas

2,546 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,546
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
104
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas

  1. 1. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas Khairul Anuar bin Abdul Rahman & Norazrena binti Abu Samah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia AbstrakPenggunaan teknologi dalam pendidikan kini mendapat tempat oleh semua pihak. Penggunaan teknologidalam pengajaran dan pembelajaran dipercayai mampu menyelesaikan banyak masalah yang melibatkanmatematik serta mampu mengubah persepsi pelajar terhadap matematik yang dianggap sukar danmembosankan. Kesukaran ini lebih dirasai oleh pelajar berkeperluan khas yang mempunyai kekuranganjika dibandingkan dengan pelajar normal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesananperisian matematik bagi tajuk Pecahan terhadap pencapaian dan keberkesanannya dalam mengatasikesilapan pelajar berkeperluan khas dalam tajuk Pecahan. Kajian ini dijalankan berpandukan rekabentuk kajian pre eksperimental di mana setiap responden diberikan ujian pre, rawatan dan ujian pos.Perisian yang dibangunkan merupakan kaedah rawatan yang digunakan berikutan kelebihannya dalampendidikan yang mampu memberi kesan ingatan dalam tempoh yang panjang. Pembangunan perisian inimelibatkan elemen multimedia dan visual yang mampu menarik perhatian pelajar yang lemah untukmenerokai dan mengikuti proses pembelajaran sehingga ke akhir pembelajaran. Perisian ini telahdiimplimentasikan serta diuji keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar selepas mengikutipembelajaran bagi Tajuk Pecahan berbantukan perisian yang dibangunkan. Hasil penggunaan perisianini, di dapati pencapaian pelajar meningkat dan seterusnya kesilapan pelajar dalam tajuk Pecahandapat diatasi.Abdul Rahman, K. A. & Abu Samah, N. (2011). Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untukPelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 39-47.PengenalanAdalah menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga untuk memberikan pendidikan kepada anak-anakmereka. Ini selari dengan dasar kerajaan Malaysia iaitu mewajibkan semua kanak-kanak dan remajamendapat pendidikan di sekolah. Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia adalahuntuk semua rakyat Malaysia dan tidak terkecuali kepada golongan kurang upaya atau pelajarberkeperluan khas. Malah golangan berkeperluan khas ini diberi penekanan dan bimbingan untuk turutserta dalam pendidikan dinegara ini. Pernyataan ini disokong dengan kewujudan Sekolah PendidikanKhas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah harian.Bahagian Pendidikan Khas melalui Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk meningkatkankemampuan pelajar berkeperluan khas dengan menyedia dan merangka perkhidmatan pendidikan untukpelajar berkeperluan khas yang mempunyai beberapa kategori iaitu masalah pendengaran, penglihatan,pembelajaran, autisme, down syndrom dan masalah akal.Menurut Mohd Dan (2007), dalam usaha mendidik dan meningkatkan keupayaan pelajar berkeperluankhas, silibus yang digubal tidak sama sekali berbeza dengan pelajar normal dari segi penekanan terhadapperkembangan emosi, rohani, jasmani dan intelek, selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namunbegitu, dalam mendidik pelajar berkeperluan khas sememangnya berbeza dengan pelajar normal dari segipenyediaan dan latihan guru, silibus mahupun kemudahan yang disediakan di sekolah-sekolah. 39
  2. 2. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Peningkatan bilangan pelajar yang mempunyai masalah kurang upaya menyebabkan perlunya modul ataulatihan khas untuk kanak-kanak istimewa (Lokman et al, 2001). Proses pembelajaran sama ada aktiviti didalam dan luar bilik darjah memerlukan perancangan yang teliti kerana golongan ini memerlukanpemerhatian dan ketelitian oleh guru. Pada dasarnya, pendidik yang terlibat dengan golonganberkeperluan khas ini perlu menghasilkan aktiviti-aktiviti atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengankepelbagaian ketidakupayaan yang dialami oleh pelajar di bawah bimbingannya.Di samping itu, penggunaan komputer dalam pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru. Walaubagaimanapun, penggunaannya lebih tertumpu kepada pelajar normal dengan tujuan meningkatkanprestasi pembelajaran mereka dan seterusnya meningkatkan prestasi sekolah tersebut. Hal inimenyebabkan pelajar berkeperluan khas berasa tersisih dan kurang bermotivasi untuk belajar. Tambahanpula, penggunaan perisian dalam pembelajaran terutamanya dibina mengikut silibus mata pelajaran yangmelibatkan subtopik yang banyak dan pelbagai. Hal ini menjadi bebanan kepada pelajar berkeperluankhas kerana mereka mempunyai kesukaran untuk menerima input yang banyak dalam satu masa. Olehkerana perisian pembelajaran mampu memberi kesan positif ke atas pembelajaran Matematik, beberapapengkaji (Mohd Salleh & Chuen, 2002; Bushro & Zaman, 2008) telah menjalankan kajian terhadappenggunaannya di sekolah. Oleh sebab itu juga, kajian terhadap penggunaan perisian di kalangan pelajarberkeperluan khas perlu dijalankan bagi memastikan keseimbangan dalam pendidikan yang bukan sahajauntuk pelajar normal, malah untuk pelajar berkeperluan khas berikutan mereka juga mengikuti silibusyang sama.Pernyataan MasalahPelajar berkeperluan khas tidak mempunyai tahap kebolehan yang sama dengan pelajar normal. Merekamenerima dan memproses input pembelajaran dengan kadar yang lebih perlahan jika dibandingkandengan pelajar normal. Tambahan, maklumat yang diproses tidak kekal lama dalam ingatan pelajar ini.Selain itu, pelajar berkeperluan khas mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan sepenuhnyakepada setiap pembelajaran yang diikuti serta cepat merasa bosan dengan pembelajaran yang merekadiikuti. Oleh kerana menyedari kekurangan yang ada pada diri sendiri, pelajar berkeperluan khas inimempunyai tahap motivasi yang rendah dan tidak yakin pada diri sendiri. Kesan daripada perasaansebegini membuatkan pelajar-pelajar ini cenderung untuk mengasingkan diri daripada masyarakat danlebih gemar untuk bersendirian.Hal yang demikian juga menyebabkan pelajar berkeperluan khas mempunyai masalah dalam mempelajariMatematik. Matematik bukanlah matapelajaran yang dianggap senang untuk dipelajari dan mudah untukdifahami (Marzita, 2002) oleh kebanyakan pelajar. Hal ini membuatkan pemikiran pelajar diracunidengan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran matematik dan seterusnya melahirkan sikapkurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran ini dengan tekun (Norazrena & Shaharuddin, 2011).Tambahan pula, pengetahuan yang sedikit dalam mata pelajaran matematik memberi impak kepadapelajar di kemudian hari apabila mempelajari tajuk yang lebih sukar dan semakin abstrak (Azrul Fahmi &Marlina, 2007).Matematik merupakan mata pelajaran wajib yang harus dipelajari oleh semua pelajar dan golongantermasuk pelajar berkeperluan khas. Masalah yang melibatkan matematik tidaklah hanya wujud padapelajar normal sahaja tetapi juga kepada pelajar berkeperluan khas. Dengan kepelbagaian kekuranganyang dimiliki oleh golongan pelajar berkeperluan khas ini dan ditambah pula dengan anggapan yang salahberkaitan matematik membuatkan pelajar-pelajar ini berasa begitu tertekan serta ketinggalan dalam ilmumatematik. 40
  3. 3. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Oleh yang demikian, perisian matematik barkaitan tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasdibangunkan untuk mengatasi masalah ini. Menurut Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) sertaShaharuddin dan Ahmad Khairi (2011), penggunaan elemen multimedia dan visual dalam pembelajaranmampu membuatkan pelajar yang lemah tertarik, berminat dan berusaha untuk belajar dengan menerokaidan mengikuti proses pembelajaran. Tambahan pula, elemen multimedia dan visual membuatkan pelajaryang lemah meningkatkan ingatannya terhadap maklumat yang diproses. Gabungan teks, grafik, audiodan sebagainya berupaya mempengaruhi motivasi pelajar terhadap proses penerimaan maklumat danmembawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada pengguna dengan mempengaruhi perasaan danemosi penggunanya (Jamalludin & Zaidatun, 2003).ObjektifKajian ini dijalankan untuk membangunkan perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajarberkeperluan khas. Seterusnya, keberkesanan perisian yang dibangunkan diuji terhadap pencapaianpelajar serta kesilapan yang mereka lakukan dalam Tajuk Pecahan.Metodologi KajianSecara keseluruhannya kajian ini merupakan kajian pre eksperimental di mana setiap responden diberikanujian pre, rawatan dan ujian pos. Kaedah ini digunakan untuk mengkaji keberkesanan pembangunanperisian Matematik bagi tajuk pecahan yang dibuat terhadap kemahiran pelajar berdasarkan pencapaianujian pre dan ujian pos mereka. Pada peringkat permulaan temubual dilakukan kepada guru matapelajaranmatematik yang mengajar pelajar pendidikan khas. Seterusnya isi kandungan dan aktiviti pembelajarandidokumenkan untuk pembangunan perisian Matematik. Perisian yang telah dibangunkan diaplikasikanpada sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ujian pre dan ujian pos dilakukan terhadap pelajaruntuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian terhadap pelajar pendidikan khas dari segi pencapaianmereka dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Di samping itu, kesilapan yang merekalakukan dalam ujian tersebut dianalisis untuk didokumentasikan.Sampel kajian terdiri daripada 2 orang guru pendidikan khas yang mengajar subjek matematik danseramai 9 orang pelajar pendidikan khas yang merupakan responden kajian. Pengguna yang dipilihmerupakan pelajar pendidikan khas kategori masalah pembelajaran yang mempelajari tajuk Pecahan.Melalui pembelajaran pecahan, pelajar diharap dapat memahami perwakilan pecahan, pecahan setaraserta operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan pecahan. Melalui proses pembelajaran ini juga,diharap pelajar menguasai konsep asas pecahan dan mampu menyelesaikan masalah melibatkan pecahan.Bagi tujuan analisis data, pengkaji menggunakan program SPSS 16.0 bagi menjalankan ujian t sampelberpasangan. Di samping itu, skrip jawapan pelajar dianalisa bagi mengenal pasti dan membandingkankesilapan yang mereka lakukan dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Kemudian, markahdan kesilapan pelajar dalam kedua-dua ujian direkodkan dan dirumuskan.Tajuk dan isi kandungan merupakan elemen yang menjadi keutamaan dalam membangunkan perisianMatematik. Tahap keupayaan pelajar disesuaikan dengan tajuk pembelajaran yang dibangunkan untukmenghasilkan integrasi yang seimbang antara tahap pelajar dengan kemahiran yang diikuti. Disampingpemilihan isi kandungan, objektif pembelajaran juga dinyatakan pada peringkat awal pembelajaran iaitudi halaman utama perisian (rujuk Rajah 1) supaya pengguna memahami tujuan pembelajaran berasaskanperisian ini. Pembelajaran dalam perisian ini adalah ringkas dan jelas bagi mengelakkan beban kognitif(cognitive load) berikutan tahap kognitif pelajar berkeperluan khas adalah lebih rendah berbandingpelajar normal. Rajah 2 merupakan antara muka halaman pembelajaran dalam perisian yang dibangunkan. 41
  4. 4. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai alat pengarang.Bagi membangunkan sistem yang memenuhi keperluan pengguna, pembangun memilih untukmembangunkan perisian yang mempunyai elemen-elemen visual dan audio dalam mempersembahkanmaklumat yang membolehkan pengguna memproses maklumat dengan lebih cepat, kekal lama danmeningkatkan tahap pembelajaran (Shaharuddin & Ahmad Khairi, 2011). Selain itu sistem inidibangunkan dengan elemen multimedia dimana elemen ini mampu menarik perhatian dan minatpengguna untuk menerokai sehingga tamat dan berupaya mempengaruhi motivasi pengguna terhadapproses penerimaan maklumat (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Hal ini turut disokong oleh Rahayu danMaria (2010) yang berpendapat bahawa elemen multimedia dan elemen visual merupakan kaedahpenyaluran maklumat yang amat menarik serta merupakan media yang dinamik dan efektif dalammenyampaikan sesuatu maklumat. Rajah 1 Halaman Utama Perisian Rajah 2 Halaman Pembelajaran PecahanDapatan KajianHasil daripada kajian yang dijalankan ke atas pelajar pendidikan khas yang terlibat, didapati pencapaianmereka dalam Tajuk Pecahan meningkat setelah belajar menggunakan perisian yang dibangunkan. Jadual1 menunjukkan markah pelajar dalam ujian pencapaian 1 dan 2. Jadual 1 Markah Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2 Pelajar Ujian Pencapaian 1 (%) Ujian Pencapaian 2 (%) A 0 87 B 0 87 C 33 53 D 13 93 E 0 40 F 0 100 G 19 100 H 10 100 I 0 83 42
  5. 5. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Kemudian, pengkaji menjalankan Ujian T Sampel Berpasangan terhadap markah pelajar dalam UjianPencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Ujian ini dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan signifikanantara markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 1 (Ujian1) dan markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 2(Ujian2). Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan keputusan daripada Ujian T Sampel Berpasanganyang telah dijalankan menggunakan perisian SPSS 16.0. Jadual 2 Statistik Sampel Berpasangan Purata Sisihan Purata N Sisihan Piawai Piawai Pasangan 1 Ujian1 8.33 9 11.694 3.898 Ujian2 82.56 9 21.640 7.213 Jadual 3 Korelasi Sampel Berpasangan N Korelasi Sig. Pasangan 1 Ujian1 &Ujian2 9 -.165 .672 Jadual 4 Ujian Sampel Berpasangan Perbezaan Berpasangan Purata 95% Selang Kepercayaan Sisihan Sisihan bagi Perbezaan Sig. Purata Piawai Piawai Bawah Atas t df (2-hujung) Pasangan 1 Ujian1 -74.222 26.238 8.746 -94.391 -54.054 -8.486 8 .000 Ujian2Berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam ujian tersebut, markah dalam Ujian Pencapaian 1 danmarkah dalam Ujian Pencapaian 2 adalah signifikan kerana nilai p iaitu 0.000 adalah lebih kecil daripadanilai alpha, 0.05. Di samping itu, Eta kuasa dua yang diperoleh berdasarkan keputusan Ujian T SampelBerpasangan adalah 0.9. Menurut Cohen (1988) nilai ini menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besarberikutan penggunaan perisian terhadap perbezaan markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 1 dan 2. Disamping itu, pengkaji turut menganalisa setiap skrip jawapan pelajar bagi mengenal pasti kesilapan yangdilakukan mereka dalam Ujian Pencapaian 1 dan 2. Jadual 5 menujukkan rumusan kesilapan yangdilakukan pelajar dalam tajuk pecahan. 43
  6. 6. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Jadual 5 Rumusan Kesilapan Yang Dilakukan PelajarBil. Jenis Kesilapan Contoh Soalan Contoh Kesilapan 1. Gagal dalam memahami Senaraikan 3 pecahan yang 1 pecahan setara setara dengan ½. 1. 3 =4 2 2. 1÷2 = 4 2. Kesilapan dalam 8 perwakilan pecahan Pelajar menjawab 12 di mana 8 merupakan jumlah kawasan yang berlorek dan 12 merupakan jumlah kawasan yang tidak berlorek. Pecahan yang mewakili kawasan yang berlorek ialah. 3. Gagal memahami 2 1 21 55 pecahan Selesaikan + + 34 + 34 3 4 55 89 4. Kesilapan dalam 3 1 3 1 3 operasi penambahan Selesaikan + + = 4 4 4 4 2 pecahan 3 1 4 + = 4 4 8 5. Kesilapan dalam 5 1 5 1 4 operasi penolakan Selesaikan – 1. – = 6 3 6 3 3 pecahan 5 1 4 3 2 1 2. – = – – = 6 3 6 4 3 2 5 1 4 3 1 3. – = – = 6 3 3 3 3Di samping itu, skrip jawapan juga dianalisa bagi mengenal pasti sama ada kesilapan tersebut telah atautidak diatasi setelah belajar menggunakan perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajarberkeperluan khas. Jadual 6 menunjukkan pelajar yang melakukan kesilapan dalam Ujian Pencapaian 1dan Ujian Pencapaian 2. 44
  7. 7. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Jadual 6 Rumusan Kesilapan Pelajar Pelajar TerlibatBil. Jenis Kesilapan Ujian Pencapaian 1 Ujian Pencapaian 21. Gagal memahami pecahan Pelajar A (diatasi)2. Gagal memahami pecahan Pelajar A (diatasi) setara Pelajar B (diatasi) Pelajar D (diatasi) Pelajar E (diatasi) Pelajar F (diatasi)3. Kesilapan dalam perwakilan Pelajar A (diatasi) pecahan Pelajar B (diatasi) Pelajar C (diatasi) Pelajar E (diatasi) Pelajar F (diatasi) Pelajar G (diatasi) Pelajar H (diatasi) Pelajar I (diatasi)4. Kesilapan dalam operasi Pelajar A (diatasi) penambahan pecahan Pelajar B (diatasi) Pelajar C Pelajar C Pelajar D (diatasi) Pelajar E Pelajar E Pelajar F (diatasi) Pelajar G (diatasi) Pelajar H (diatasi) Pelajar I (diatasi)5. Kesilapan dalam operasi Pelajar A (diatasi) penolakan pecahan Pelajar B Pelajar B Pelajar C Pelajar C Pelajar D (diatasi) Pelajar E Pelajar E Pelajar F (diatasi) Pelajar G (diatasi) Pelajar H (diatasi) Pelajar I Pelajar I 45
  8. 8. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011PerbincanganBerdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, prestasi semua pelajar telah meningkat setelah belajarmenggunakan perisian yang dibangunkan. Terdapat juga di antara mereka yang memperoleh markahpenuh dalam Ujian Pencapaian 2 walaupun gagal memperoleh sebarang markah dalam Ujian Pencapaian1. Hal ini membuktikan bahawa mereka mampu memperoleh pencapaian yang baik setelah belajarmenggunakan perisian multimedia yang dibangunkan. Hal tersebut menyokong dapatan yang diperolehioleh Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan Ahmad Khairi (2011) di manateknologi terutama Perisian dalam pendidikan mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaranmatematik. Kaedah rawatan yang diberikan ini memberikan kesan yang positif seperti yang diharapkandimana setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar pada Ujian Pencapaian 1 dapat diatasi pada UjianPencapaian 2. Keberkesanan perisian yang dibangunkan ini membuktikan elemen visual dan audiomampu menarik perhatian para pelajar untuk menerokai dan mengikuti aktiviti pembelajaran yang sedangdiikuti. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang melakukan kesilapan yang sama keranakelalaian pelajar semasa proses pembelajaran. Tambahan pula masa pembelajaran yang singkatmenyebabkan pelajar-pelajar berkeperluan khas ini gagal menguasai sepenuhnya pembelajaran yangdiikuti.PenutupPerisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajar berkeperluan khas telah berjaya dibangunkan.Perisian yang telah dibangunkan ini menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sertamenggabungkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio bagi menyediakanmedium pembelajaran yang menarik dan efektif. Walaupun perisian ini dibangunkan khusus untuk pelajarberkeperluan khas, namun perisian ini juga sesuai digunakan dalam penerapan konsep asas pecahandikalangan pelajar normal. Pembangun berharap agar perisian ini dapat membantu guru-guru dalammenerapkan pemahaman berkaitan tajuk pecahan kepada pelajar. Pembangun juga berharap agar perisianini dapat membantu pelajar dalam menguasai dan mengukuhkan pengetahuan mereka dalampembelajaran Pecahan. Seterusnya, diharapkan agar pembangunan perisian ini dapat mengatasi masalahkesukaran dan kesilapan yang berlaku dalam tajuk Pecahan.RujukanAbu Samah, N. dan Md Salleh, S. (2011). Laman Web Matematik bagi tajuk Kebarangkalian berpandukan Sembilan Aspek Pengajaran Gagne dan Teori Perlaziman Operan. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 63-73.Azrul Fahmi Ismail dan Marlina Ali (2007). Analisis Kesilapan dalam Tajuk Ungkapan Algebra di kalangan Pelajar Tingkatan Empat. UTM. Tesis Sarjana Muda.Bushro Ali dan Halimah Badioze Zaman. (2008). Kejuruteraan Perisian Kursus Multimedia Matematik Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-mathS). Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia, 5, 41-63.Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd Edition ed.): Hillsdale, N.J. : L. Erlbaum Associates.Jamalludin Harun dan Zaida Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan: PTS Publication: Bentong.Jamalludin Harun dan Siti Nurulwahida Zainal Abidin (2010). Pembangunan Modul Pembelajaran Berbantukan Video Interaktif Bagi Pembelajaran Pengaturcaraan Visual Basic Berdasarkan Pendekatan Projek. http://community.my/pendidikan khas (dicapai pada 28 Julai 2007).Lokman Mohd Tahir, Nurul Qistin Mustafa dan Mohd Hanafi Mohd Yassin (2009). Pendidikan Teknik Dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan (Jil. 24), 73– 87. 46
  9. 9. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011Marzita Puteh (2002). Factors Associated with Mathematics Anxiety. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.Mohd Dan Yusof. (2007). Pendidikan Khas online bersama Mohd Dan bin Yusof.Mohd Salleh Abu dan Tan Wee Chuen (2002). Analisis Keberkesanan Penggunaan Perisian Pembelajaran Matematik VATrans yang Berasaskan Pendekatan Penggabungan Pemikiran Visualisasi dan Analisis. Jurnal Teknologi Keluaran Khas, 36 (E), 75-86.Noveandini, R. dan Wulandari, M. S. (2010). Pemanfaatan media pembelajaran secara online (e- learning) Bagi wanita karir dalam upaya meningkatkan efektivitas dan Fleksibilitas pemantauan kegiatan belajar anak siswa/i Sekolah dasar. Paper presented at the Seminar Nasional Aplikasi Teknologi Informasi 2010 (SNATI 2010).Shaharuddin Md Salleh dan Ahmad Khairi Mohd Ali (2011). Pembangunan Web E-Pembelajaran Menggunakan Elemen Video Dalam Topik ‘Work And Energy’ Berasaskan Teori Konstruktivisme Sosial. 47

×