• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kajian tindakan huda fazela
 

Kajian tindakan huda fazela

on

  • 3,263 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,263
Views on SlideShare
3,263
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
129
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kajian tindakan huda fazela Kajian tindakan huda fazela Document Transcript

    • SME 6044 : ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK KAJIAN TINDAKAN :KAEDAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN GURUBUKAN OPSYEN MATEMATIK MENGAJAR TOPIKPYTHAGORAS THEOREM MENGGUNAKAN KAEDAH KONSTRUKTIVISMEMARDHIYATUL HUDA BINTI HAMDAN M20112001423NORFAZELAWATI BINTI ABD KADIR M20112001424 PENSYARAH PROF DR MARZITA BINTI PUTEH
    • ISI KANDUNGANABSTRAK 11.0 Pengenalan 1 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 2 1.2 Fokus Kajian 32.0 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian 2.1 Kaedah Pengajaran Guru 4 2.2 Teori Konstruktivisme 53.0 Objektif Kajian 64.0 Kumpulan Sasaran 65.0 Kaedah Perlaksanaan Kajian 6 5.1 Tinjauan Masalah 6 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 76.0 Kaedah Pengumpulan Data 97.0 Tindakan Yang Dijalankan 7.1 Kolaborasi Bersama Guru Bukan Opsyen 10 7.2 Kaedah Pengajaran Menggunakan Kaedah Konstruktivisme 108.0 Keputusan Dan Analisis Data 8.1 Pemerhatian 11 8.2 Temubual 11 8.3 Perbandingan skor Ujian Pra dan Ujian Pasca 119.0 Refleksi Selepas Kajian 1410.0 Cadangan dan Penambahbaikkan 14RUJUKAN 16
    • KAEDAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN GURU BUKAN OPSYEN MATEMATIK MENGAJAR TOPIK PYTHAGORAS THEOREM MENGGUNAKAN KAEDAH KONSTRUKTIVISMEABSTRAKKajian tindakan ini dilaksanakan ke atas seorang guru bukan opsyen matematik dan 28 orangpelajar Tingkatan 2 Teratai dari SMK (P) Methodist, Raub, Pahang. Fokus kajian adalah untukmeningkatkan keberkesanan guru bukan opsyen mengajar tajuk Pythagoras Theorem.Pemerhatian, temubual, Ujian Pra dan Ujian Pasca telah dijalankan untuk menganalisis danmenyelesaikan masalah kaedah pengajaran yang dialami oleh guru bukan opsyen. Dapatankajian menunjukkan kemahiran guru bukan opsyen dalam menyampaikan isi kandungan topikPythagoras Theorem telah meningkat. Selain bermotivasi dan lebih berkeyakinan, guru jugaberpuas hati dengan kaedah Konstruktivisme yang digunakan berdasarkan hasil pembelajaranserta sikap yang ditunjukkan oleh pelajar selepas kajian dijalankan. Peningkatan yang ketara didalam markah ujian pasca telah menyokong dapatan kajian dengan membuktikan kaedahpengajaran berasaskan teori konstruktivisme adalah lebih baik berbanding kaedah tradisional.Data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah konstruktivisme amatberkesan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik PythagorasTheorem Tingkatan 2.1.0 PengenalanKekurangan guru opsyen di sesebuah sekolah bukanlah satu isu baru dalam sistem pendidikan diMalaysia. Ia perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terbabit khususnya dalam duniapendidikan. Keperluan guru untuk sesebuah sekolah adalah dibekalkan berasaskan pindaan yangmenetapkan bilangan guru yang layak diterima oleh sesebuah sekolah (Surat Pekeliling 3/67).Banyak masalah yang timbul akibat daripada kekurangan guru. Paling ketara apabila sesuatumata pelajaran itu terpaksa diambil alih oleh guru yang bukan dalam bidangnya. Pemilihandengan bersandarkan paksaan seperti ini tidak akan menghasilkan pengajaran yang berkesanterutamanya jika guru tersebut adalah dari aliran sastera dikehendaki mengajar aliran sains danmatematik (Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof Boon, 2000).
    • Fenomena yang berlaku ialah guru bukan opsyen ini tidak berminat untuk mengajar subjek yangdipertanggungjawabkan kepada mereka. Impaknya, kelemahan dan kepincangan akan berlakudalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini antaranya berpunca daripadatahap penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan gurubukan opsyen. Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih lemah PPIKdan terdapat guru-guru yang mengajar sesuatu tajuk dengan kefahaman konsep yang tidakmencukupi dan tidak mampu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna danmencabar (Norasliza Hassan, 2008).Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalammenentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Salah satu daripada pendekatanini ialah Konstruktivisme. Pendekatan konstruktivisme dilihat sebagai salah satu idea yangsangat baik dan berkesan kerana ianya mempunyai impak yang kuat ke atas pembelajaranmereka khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Meor Ibrahim (2001) telah menyatakanbahawa dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, walau apapun strategi yang digunakanoleh guru, penekanan perlu diberikan kepada teori konstruktivisme. Konstruktivismemenganggap bahawa pelajar adalah sentiasa aktif dalam membina pengetahuan baru melaluiinteraksi dengan orang lain dan melalui pengolahan pengetahuan dan pengalaman yang telahmereka kuasai sebelum ini. Justeru kajian ini berfokus kepada meningkatkan kaedah pengajaranguru bukan opsyen menggunakan teori konstrutivisme bagi tajuk Pythagoras Theorem.1.1 Refleksi Pengajaran dan PembelajaranKajian ini dijalankan kepada 28 orang pelajar Tingkatan 2 Teratai di Sekolah MenengahKebangsaan Perempuan Methodist, Raub, Pahang. Sekolah ini mempunyai 9 kelaskeseluruhannya. Bilangan guru matematik yang sepatutnya dibekalkan ke sekolah ini ialah 2orang. Namun begitu, kekurangan guru matematik di daerah Raub menyebabkan hanya seorangsahaja guru opsyen matematik yang ditugaskan ke sekolah ini. Seorang lagi guru iaitu beropsyenPendidikan Seni Halus terpaksa diberi tanggungjawab untuk mengajar kesemua kelas Tingkatan2. Pihak pentadbiran sekolah memilih guru ini berdasarkan keputusan Matematik Moden SPMbeliau yang cemerlang. Namun begitu, guru ini sejak awal diberi tugas dilihat tidak berminatserta kurang keyakinan diri untuk mengajar subjek matematik di kelas tersebut. Daripada rekod
    • keputusan peperiksaan Ujian Penilaian 1/2012, didapati prestasi pelajar kelas 2 Teratai dalamsubjek Matematik adalah menurun dan tidak mencapai target yang ditetapkan.Daripada pemerhatian awal yang dijalankan, didapati kaedah pengajaran adalah berpusatkanguru dan bergantung kepada buku teks semata-mata. Guru sering menyatakan kebimbanganbeliau setiap kali sebelum masuk ke kelas dan memulakan pengajaran. Selain tidakmenggunakan kaedah pengajaran yang berkesan, guru ini juga kurang pengetahuan yangmendalam tentang isi kandungan subjek matematik. Memandangkan masalah kefahaman pelajaradalah berpunca daripada kaedah pengajaran guru bukan opsyen maka, penyelidik mengambilinisiatif untuk meningkatkan kaedah pengajaran guru supaya dapat membantu pelajar menguasaikonsep serta isi kandungan topik Pythagoras Theorem ini dengan lebih baik dan berkesan.1.2 Fokus KajianKajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru bukan opsyen yang tidakdapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran konsep Pythagoras Theorem dengan baikuntuk pelajar tingkatan 2 Teratai di SMK (P) Methodist, Raub. Kaedah pengajaran guru bukanopsyen sukar difahami oleh para pelajar. Masalah guru ini menyebabkan pelajar tingkatan 2Teratai tidak dapat memahami konsep Pythagoras Theorem dengan baik. Fokus kepada kajiantindakan ini ialah: i. Guru dapat meningkatkan kaedah dan teknik pengajaran topik Pythagoras Theorem untuk hasil pembelajaran yang berkesan. ii. Kefahaman pelajar berkaitan topik Pythagoras Theorem meningkat apabila guru mengajar dengan menggunakan kaedah Konstruktivisme.
    • 2.0 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian2.1 Kaedah Pengajaran GuruKurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkandan mencabar bagi semua pelajar yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahamanterhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar,kemahiran menyelesaikan masalah serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistem (NikAzis, 1992). Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegarayang dinamik dan amanah. Manakala matlamat pendidikan matematik KBSM pula adalah untukmemperkembang pemikiran logik, analitis, kritis dan bersistem, kemahiran penyelesaian masalahserta kebolehan menggunakan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian supaya pelajardapat berfungsi dengan berkesan dan penuh bertanggungjawab serta menghargai kepentingandan keindahan matematik (KPM, 2011).Aspek seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnyaoleh kebanyakan guru. Aktiviti yang melibatkan murid secara aktif sangat terhad (Nik Azis,1992). Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (2001) masih terdapat kira-kira 25% daripadaguru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalampelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Pelajar mestilahdilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isipelajaran yang dipelajari (Nik Azis, 1992). Pertubuhan matematik profesional seperti “NationalCouncil of Teachers of Mathematics (NCTM)” dan juga Kementerian Pendidikan Malaysiamelalui KBSM telah menegaskan bahawa guru-guru perlu mengembangkan kurikulummatematik di mana para pelajar digalakkan untuk membina secara aktif kefahaman matematikmereka melalui penyiasatan, menguji hipotesis, membuat anggaran, menyelesai masalah,berbincang dan berkongsi idea (NCTM, 2000).Kelemahan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpuncadaripada kepercayaan guru bahawa pengetahuan matematik boleh dipindahkan daripada gurukepada murid dalam bentuk yang serba lengkap. Ditambah pula dengan kelemahan dalampenguasaan isi kandungan serta kejahilan di dalam memilih pendekatan dan kaedah serta teknikterbaik untuk menyampaikan sesuatu konsep kepada pelajar. Pengkonsepan pengetahuan
    • matematik bagi seseorang pendidik adalah merupakan aspek penting dan kritikal sebelummereka mampu membimbing murid menguasainya (Swafford, et, al., 1997).2.2 Teori KonstruktivismeNik Aziz(1992), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadappandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatupengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukanoleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang di terima secara pasifdaripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individukepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiridengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Berdasarkan pandangan-pandangan di atasmaka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satufahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkanpengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikanpengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar.Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan olehpelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Krulik, S., Rudnick, J., Milou,E. (2003) berpendapat guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar membinapengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaranyang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru. Guru akanmengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifatasas pengetahuan tersebut.
    • 3.0 Objektif KajianObjektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran guru mengajar dengan kaedahpengajaran berbeza iaitu Konstruktivisme bagi topik Pythagoras Theorem di Tingkatan 2Teratai SMK(P) Methodist, Raub.4. 0 Kumpulan SasaranKajian ini melibatkan seorang guru bukan opsyen matematik (Opsyen Pendidikan Seni Halus)dan 28 orang pelajar Tingkatan 2 Teratai SMK(P) Methodist, Raub. Semua pelajar adalahpelajar perempuan.5.0 Kaedah Pelaksanaan Kajian5.1 Tinjauan MasalahUntuk melaksanakan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah pemerhatian dantemu bual. Tinjauan masalah merupakan kaedah yang akan digunakan untuk mengenalpastikelemahan yang wujud ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sangat membantupenyelidik dalam mengenalpasti sikap dan mencari punca mengapakah guru bukan opsyentersebut gagal menyampaikan isi kandungan topik Pythagoras Theorem dengan baik.5.1.1 PemerhatianPemerhatian awal telah dibuat ketika guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran topikPythagoras Theorem. Kaedah pemerhatian yang digunakan adalah bertujuan untuk menganalisisdan menterjemahkan masalah yang timbul berkaitan dengan pengajaran guru bukan opsyen.5.1.2 Temu BualKaedah lain yang digunakan adalah temu bual secara tidak formal yang dijalankan terhadap gurudan pelajar-pelajar daripada kumpulan sasaran. Temu bual yang dijalankan kepada gurubertujuan untuk mengetahui tentang kesediaan dan keyakinan guru untuk mengajar topik
    • Pythagoras Theorem. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar gurutidak dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik. Selain itu, temu bual ini juga bertujuanuntuk mengetahui punca pelajar tidak dapat menguasai konsep dan isi kandungan PythagorasTheorem. Hasil maklumat daripada temubual akan dijadikan panduan asas bagi merangka kaedahinstrumentasi bagi kajian ini.5.1.3 Ujian PraUjian Pra dijalankan untuk menyokong dapatan kajian mengenai keberkesanan guru mengajarserta menguji tahap kefahaman dan pengetahuan sedia ada pelajar. Ujian Pra dijalankan sebelumkajian iaitu setelah guru mengajar menggunakan kaedah tradisional. Soalan Ujian Pra inimenguji tahap kefahaman pelajar mengenai topik Pythagoras Theorem yang terdiri daripada 15soalan subjektif dengan 30 markah penuh.5.2 Analisis Tinjauan Masalah5.2.1 PemerhatianHasil daripada pemerhatian mendapati, guru hanya menggunakan buku teks sepenuhnya semasamengajar di dalam kelas. Guru dilihat kurang bermotivasi untuk mengajar dengan hanya berdiridi hadapan kelas sahaja tanpa bergerak mendekati pelajar. Guru juga dilihat kurang bekeyakinanmemberi jawapan apabila diajukan pertanyaan oleh pelajar. Ini membuatkan pelajar menjadibosan dan kurang mengambil bahagian semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Pelajar kurang berminat dan tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar dan sebahagiandaripada mereka tidak menunjukkan respon yang baik terhadap soalan yang diajukan oleh gurumereka. Malahan pelajar tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru di akhirpengajaran walaupun soalan yang mudah.5.2.2 Temu BualHasil daripada temubual, guru menyatakan beliau tidak berkeyakinan dan belum bersedia untukmengajar topik Pythagoras Theorem kerana tidak menguasai isi kandungan topik ini dengan baik.Ini juga disebabkan oleh faktor guru tidak mempunyai latihan perguruan untuk mengajar mata
    • pelajaran matematik. Pelajar pula menyatakan mereka kurang berpuas hati dengan cara gurumengajar serta tidak faham tentang keseluruhan tajuk Pythagoras Theorem. Mereka juga tidakberminat dan beranggapan topik ini sukar untuk difahami.5.2.3 Skor Ujian PraKeputusan pelajar menunjukkan 21 orang pelajar (75%) gagal mendapat separuh daripadamarkah penuh iaitu 15 markah keatas dan tidak ada pelajar yang mendapat 30 markah penuh.Keputusan Ujian Pra pelajar adalah seperti berikut : Jadual 1 : Skor Ujian Pra Bil Nama Skor Ujian Pra 1 Adila Syahida Binti Sarodin 10 2 Aida Hanani Bt Rosli 12 3 Aina Irdina Bt Josffian Redza 4 4 Amira Zaqirah Binti Azain 8 5 Amrina Rashada Azlin Binti Azmy 8 6 Chang Zhi Xuan 16 7 Chong Wen Ling 18 8 Hooi May Zheng 12 9 Karin Wong 10 10 Khalida Najwa Binti Khairuddin 14 11 Khew Wei Ly 18 12 Lai Pui Yee 20 13 Noor Alfira Edzlin Bt Noorazlan 6 14 Norazlina Binti Ibrahim 8 15 Normaisarah Binti Sazali 10 16 Nur Fatehah Binti Pauzi 10
    • 17 Nur Hidayah Binti Kamaruzaman 16 18 Nur Syafiqah Binti Yon Afrizal 14 19 Nur Syafitri Binti Yon Afrizal 12 20 Nurul Asyikin Bt Mohamad Ragi@Mohamad Rosdi 8 21 Nurul Atiqah Binti Hairol Sahrri 8 22 Nurul Fazierra Binti Basri 10 23 Nurul Hafizah Binti Zaidi 18 24 Nurul Naziera Bt Sharudin 6 25 Nurul Shaidatul Aishah Binti Amiruddin 8 26 Siti Nor Atikah Bt Anuar 12 27 Then Hui Lin 14 28 Uma a/p Alagu 206.0 Kaedah Pengumpulan DataKajian tindakan ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu. Kajian adalah berbentuk kuantitatifdeskriptif. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada seorang guru bukan opsyen Matematikdan 28 orang pelajar tingkatan 2 Teratai. Batasan kajian ini dihadkan bagi memudahkan kajiandijalankan. Penyelidik menggunakan teknik pengumpulan data dengan kaedah pemerhatian,temubual serta Ujian Pra dan Pasca sebagai menyokong dapatan kajian. Pemerhatian dilakukanke atas perubahan tingkah laku dan respon pelajar sebelum, semasa dan selepas prosespengajaran dan pembelajaran berlangsung.Temubual pula dilakukan sebelum dan selepas prosespengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah pengumpulan data melalui Ujian Pra dan Pascaadalah untuk menyokong dapatan kajian dalam melihat keberkesanan guru bukan opsyenmengajar topik Pythaoras Theorem menggunakan kaedah yang berbeza iaitu Konstruktivisme.
    • 7.0 Tindakan Yang Dijalankan7.1 Kolaborasi Bersama Guru Bukan OpsyenKolaborasi bermaksud perbincangan bersama guru bukan opsyen dengan guru yangberpengalaman dan guru opsyen. Guru berpengalaman yang dimaksudkan ialah Guru KananMatapelajaran Sains dan Matematik (GKMP) yang telah berkhidmat lebih 10 tahun mengajarmanakala guru opsyen ialah guru yang mendapat latihan khusus dalam bidang PendidikanMatematik. Tujuan utama perkongsian ilmu ini merangkumi kaedah pengajaran matematik yangberkesan, penyelesaian masalah pembelajaran yang lebih efektif, galakan untuk guru menjadilebih kreatif, serta meningkatkan motivasi guru.Di samping itu, perbincangan bersama rakan sekerja seumpama ini mampu meningkatkan tahapkesediaan dan keyakinan guru sebelum masuk ke kelas. Malahan, kerja berpasukan seperti inimerupakan salah satu dimensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikanmatematik. Guru bukan opsyen diterangkan tentang langkah-langkah pengajaran yang berkesanuntuk subjek matematik bermula daripada set induksi sehingga rumusan di akhir pengajaran.7.2 Kaedah Pengajaran Menggunakan Kaedah KonstruktivismeKaedah pengajaran menggunakan Teori Konstruktivisme telah dipilih untuk diaplikasikan didalam kajian ini. Dewasa ini, pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaranmemainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran danpembelajaran dalam bidang pendidikan. Pendekatan konstruktivisme dilihat sebagai salah satuidea yang sangat baik untuk guru bukan opsyen mengajar tajuk Pythagoras Theorem. Ini keranakonstruktivisme bukan sahaja mengkaji bagaimana pelajar membina ilmu pengetahuan tetapijuga melibatkan cara perubahan konseptual berlaku dengan cepat di dalam pembelajaran. Selainitu, konstruktivisme mengganggap pelajar adalah sentiasa aktif dalam membina pengetahuanbaru melalui interaksi dengan orang lain dan melalui pengolahan pengetahuan dan pengalamanyang telah mereka kuasai sebelum ini. Dalam tajuk Pythagoras Theorem yang dikaji, pelajardikehendaki meneroka dan mengkaji hubungan di antara panjang sisi segitiga bersudut tegak.Berikut adalah contoh persediaan pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan kepada guru :
    • Tajuk : Theorem Pythagoras Tingkatan 2Objektif : Diakhir pembelajaran, pelajar dapat menunjukkan ; i) Bagi segitiga bersudut tegak, kuasa dua hipotenus adalah bersamaan dengan hasil tambah kuasa dua bagi dua sisi yang lain. Aktiviti ; Langkah 1: Pelajar dikehendaki mengukur sisi 4 segitiga di dalam helaian kertas yang diberikan oleh guru. Langkah 2 : Pelajar merekod ukuran sisi segitiga di dalam jadual yang diberikan. Jadual 2 : Hubungan antara a2, b2 dan c2 a b c a2 b2 c2 Hubungan antara a2, b2 dan c2 Segitiga 1 3 4 5 9 16 25 9 + 16 = 25 Segitiga 2 6 8 10 Segitiga 3 5 12 13 Segitiga 4 7 24 25 Langkah 3 : Pelajar dikehendaki membina perhubungan di antara sisi-sisi segitiga menggunakan a2, b2 dan c2.8.0 Keputusan dan Analisis Data8.1 PemerhatianHasil daripada pemerhatian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaranmenggunakan kaedah kostruktivisme, didapati guru berkeyakinan dan bersemangat dalammenyampaikan isi pengajaran. Guru juga dapat menerangkan isi kandungan pengajaran denganberkesan. Selain itu guru lebih ceria dan harmonis dalam menarik minat pelajar denganmenimbulkan keseronokan dalam suasana pembelajaran. Pelajar juga dilihat teruja denganmemberi respon yang baik apabila guru menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankanuntuk membuktikan Pythagoras Theorem. Pelajar dan guru menunjukkan minat dan sikapkerjasama sepanjang proses pembelajaran berlaku.
    • 8.2 Temu BualTemu bual yang dijalankan kepada guru selepas proses pengajaran dan pembelajaran bertujuanuntuk mengetahui tentang perasaan dan pandangan guru setelah mengajar topik PythagorasTheorem menggunakan kaedah Konstruktivisme. Guru menyatakan rasa berpuas hati dangembira dengan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh para pelajar. Guru mengakui telahberjaya menguasai isi kandungan topik Pythagoras Theorem dengan lebih baik serta berhasilmenyampai segala ilmu pengetahuan yang diperolehi kepada pelajar. Guru juga menyatakanhasrat untuk belajar lebih banyak kaedah pengajaran yang berkesan untuk subjek Matematik.8.3 Perbandingan skor Ujian Pra dan Ujian PascaUjian Pasca dijalankan selepas 2 minggu selesai proses pengajaran menggunakan kaedahKonstruktivisme. Ujian ini bertujuan untuk menyokong dapatan kajian mengenai keberkesananguru menyampaikan isi kandungan pengajaran. Soalan Ujian Pasca ini menguji tahap kefahamanpelajar mengenai topik Pythagoras Theorem yang terdiri daripada 15 soalan subjektif yang lebihmencabar berbanding ujian Pra dengan 30 markah penuh. Hasil dapatan daripada skor UjianPasca ini telah menunjukkan peningkatan peningkatan kefahaman pelajar dalam menjawabsoalan. Skor bagi keseluruhan pelajar telah meningkat. Seramai 15 pelajar (54%) telah mendapatmarkah penuh. Purata skor bagi Ujian Pasca juga meningkat iaitu 25.71 berbanding purata UjianPra iaitu 11.93 sahaja. Dapatan ini menunjukkan kaedah pengajaran guru menggunakan teorikonstruktivisme adalah lebih baik dan berkesan. Jadual 3 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bil Nama Skor Skor Ujian Pra Ujian Pos 1 Adila Syahida Binti Sarodin 10 26 2 Aida Hanani Bt Rosli 12 30 3 Aina Irdina Bt Josffian Redza 4 20 4 Amira Zaqirah Binti Azain 8 18 5 Amrina Rashada Azlin Binti Azmy 8 16
    • 6 Chang Zhi Xuan 16 307 Chong Wen Ling 18 308 Hooi May Zheng 12 309 Karin Wong 10 2210 Khalida Najwa Binti Khairuddin 14 3011 Khew Wei Ly 18 3012 Lai Pui Yee 20 3013 Noor Alfira Edzlin Bt Noorazlan 6 1814 Norazlina Binti Ibrahim 8 1815 Normaisarah Binti Sazali 14 3016 Nur Fatehah Binti Pauzi 10 2617 Nur Hidayah Binti Kamaruzaman 16 3018 Nur Syafiqah Binti Yon Afrizal 14 3019 Nur Syafitri Binti Yon Afrizal 12 2820 Nurul Asyikin Bt Mohamad Ragi@Mohamad Rosdi 8 2021 Nurul Atiqah Binti Hairol Sahrri 8 1822 Nurul Fazierra Binti Basri 10 3023 Nurul Hafizah Binti Zaidi 18 3024 Nurul Naziera Bt Sharudin 6 1825 Nurul Shaidatul Aishah Binti Amiruddin 8 2226 Siti Nor Atikah Bt Anuar 12 3027 Then Hui Lin 14 3028 Uma a/p Alagu 20 30Purata Keseluruhan Skor 11.93 25.71
    • 9.0 Refleksi Selepas KajianSecara keseluruhannya, kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya dalam meningkatkankeberkesanan guru bukan opsyen Matematik mengajar topik Pythagoras Theorem menggunakankaedah Konstruktivisme di Tingkatan 2 Teratai SMK (P) Methodist, Raub, Pahang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas telahdapat membina motivasi dan keyakinan diri yang tinggi dalam diri guru bukan opsyen. Secaratidak langsung aktiviti yang berlandaskan teori konstruktivisme ini dapat menimbulkan minatpelajar terhadap guru mereka dan subjek Matematik amnya. Guru berasa selesa berhadapandengan pelajar apabila menggunakan kaedah pengajaran Konstruktivisme ini kerana pelajar lebihbanyak melibatkan diri dalam situasi pembelajaran berbanding kaedah tradisioanl yangdiamalkan sebelum ini. Selain itu pembelajaran berasaskan konstruktivisme ini juga dilihatsangat berkesan untuk memantapkan sesuatu konsep matematik sehingga pelajar dapatmenguasai sepenuhnya isi kandungan topik tersebut. Suasana semasa kerja berkumpulan dalammembina konsep juga dapat membantu pelajar memupuk kemahiran sosial dalam menggalakkankerjasama dan membina keyakinan diri.10.0 Cadangan dan PenambahbaikkanBerdasarkan kepada dapatan kajian tindakan ini, beberapa cadangan dan penambahbaikkan bolehdiberi terhadap kaedah yang digunakan iaitu kaedah konstruktivisme dalam pembelajaran topikPythagoras Theorem. Guru perlu lebih kreatif dalam merancang pengajarannya dan sentiasamenggalakkan pelajar membuat sesuatu yang baru agar diri dan jiwa pelajar sentiasa ingin majuke hadapan. Kreativiti guru amat membantu perkembangan kognitif pelajar khususnya bagipelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Pelajar memerlukan aktiviti pengajaran yangmenarik dan tidak membosankan. Sebagai contoh guru boleh mengaplikasikan PembelajaranBerbantu Komputer (PBK) ke dalam pengajaran dengan membina perisian multimediaberteraskan teori Konstruktivisme yang berkaitan dengan topik Pythagoras Theorem ini.Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
    • penggunaan multimedia seperti perisian pengajaran mampu meningkatkan minat dan pencapaianpelajar dalam akademik. Secara kesimpulannya, pengetahuan tentang pedagogi pengajaran sesuatu topik adalahsangat penting bagi seseorang guru bukan opsyen untuk meningkatkan mutu pengajaran di dalambilik darjah. Guru bukan opsyen sebenarnya memerlukan kursus pedagogi isi kandungan yanglengkap kerana mereka diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek yang bukan dari opsyenasal mereka. Harapan penyelidik ialah kajian tindakan ini dapat menjadi rujukan pihakKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memperkasakan lagi bidang pendidikan melaluipengagihan tugas guru-guru yang lebih relevan dan berkesan. Di samping itu, diharap agar kajianini dapat membantu pihak sekolah untuk mengatasi permasalahan yang sering wujudterutamanya dalam lingkungan guru-guru bukan opsyen Matematik berkaitan kaedah pengajaranyang berkesan.
    • RUJUKAN1. Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof Boon. 2000. Sumbangan Sikap Terhadap Matapelajaran Matematik : Sejauhmanakah Hubungan Ini Relevan? Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.2. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2000. Pengenalan Kepada Multimedia. Edisi Pertama. Kuala Lumpur : Venton Publishing.3. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Pubilications & Distributors Sdn. Bhd.4. Jemaah Nazir Sekolah. 1996. Perlaksanaan program KBSM dalam bilik darjah.5. Krulik, S., Rudnick, J., Milou, E. 2003. Teaching Mathematics in Middle Schoolc: A Practical Guide. Pearson : New York.6. Meor Ibrahim Kamaruddin. 2001. Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Skudai: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.7. National Council for Teachers of Mathematics (NCTM). 2000. Principles and standards for school mathematics. Reston, VA: NCTM.8. Nik Azis Nik Pa. 1992. Agenda Tindakan : Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.9. Norasliza Hassan. 2008. Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Universiti Teknologi Malaysia.10. Surat Pekeliling Bil 3 /1967. Buku Perintah Am dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.11. Swafford, J.O., Jones, G A. & Thornton, C.A. 1997. Increasing Knowledge in Goemetry and Instructional Practice. Journal for Research in Mathematics Education, 28(4), 467−483.