Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

  • 7,257 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
7,257
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
299
Comments
0
Likes
4

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KAEDAH MENGAJAR YANG DIGUNAKAN OLEH GURU PELATIH UNTUK MENGAJAR SUBJEK MATEMATIK SEMASA LATIHAN MENGAJAR NUR HAZANA BINTI MOHD ARIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  • 2. ii PENGESAHAN PENYELIA “ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Matematik )”Tandatangan : …………………..…….Penyelia : PROF.DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALITarikh : 13 November 2007
  • 3. iiiKAEDAH MENGAJAR YANG DIGUNAKAN OLEH GURU PELATIH UNTUK MENGAJAR SUBJEK MATEMATIK SEMASA LATIHAN MENGAJAR NUR HAZANA BINTI MOHD ARIS Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Matematik ) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOVEMBER, 2007
  • 4. iv
  • 5. v DEDIKASI Kuabadikan karya ini buat insan teristimewa… Ayah…Mohd Aris @ Mohd Aziz bin Chek dan Mak…Rabiah Bt. Hussin yang tercinta… Suami…Tajuddin Arshad bin Mat Ghani yang amat dikasihi… Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian… Segala pengorbanan yang dicurahkan…takkan ku sia-siakan… Dorongan dan kasih saying kalian, Akan kujadikan azimat pembakar semangat… Pemangkin kejayaan di dunia dan akhirat… Guruku kalian adalah penyuluh kegelapan dan kebuntuan…Jasa dan baktimu tiada tandingan tetap bersemadi dalam sanubariku… Nasihat dan kata-kata hikmah, Akan kujadikan pendinding serta pedoman… Khas buat teman seperjuangan… Walaupun pertemuan kita terasa amat singkat, Namun antara kita, Tercipta seribu nostalgia suka dan duka… Yang telah dilaui bersama… Semoga unkhuwah antara kita tetap kekal terjalin…Dan perpisahan selepas ini bukan penamat persahabatan kita semua… Doa dan harapan dipanjatkan untuk kalian, Semoga mendapat kejayaan dan kemudahan di dunia dan akhirat… Teruskan perjuangan…
  • 6. vi PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah kehari kiamat. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Profesor Doktor Noor Azlan Ahmad Zanzali selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang sudi memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Kepada rakan-rakan seperjuangan ucapan terima kasih juga dirakamkan buat kalian kerana turut membantu sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.Terima kasih yang tidak terhingga.
  • 7. vii ABSTRAKKajian ini bertujuan mengkaji jenis-jenis kaedah mengajar, teknik mengajar, faktorpemilihan kaedah dan teknik mengajar serta kesesuaian penggunaan kaedah mengajardengan isi pelajaran serta masalah dan kesilapan yang dihadapi oleh guru pelatih ketikamenjalani latihan mengajar. Kajian dijalankan secara kualitatif menggunakan 6 orangguru pelatih sebagai responden. Data dikumpul secara triangulasi iaitu temubual, cerapanke atas pengajaran dan pembelajaran guru pelatih dan analisis buku rancangan mengajarguru pelatih. Untuk mengukuhkan lagi data yang diambil temubual dengan gurupembimbing dan analisis laporan penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing jugadilakukan. Keputusan kajian menunjukkan guru pelatih masih lagi tidak dapatmembezakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar walaupun merekamenggunakan keempat-empat konsep tersebut dengan baik. Pun begitu, terdapat jugaguru pelatih yang dilihat masih lemah dari segi penyampaian pengajaran, tidakmenggunakan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai semasa pengajaran danpembelajaran. Justeru itu, kurikulum kursus latihan mengajar di UTM yang sedia adaperlu dinilai agar dapat menghasilkan guru matematik yang cemerlang.
  • 8. viii ABSTRACTThis study attempts to investigate the types of teaching methods, teaching techniques, thechoice of teaching methods and techniques and the application of teaching methods. Italso seeks to investigate the content, problems and mistakes made by the teacher traineesof Universiti Teknologi Malaysia (UTM) who are currently doing Bachelor of Scienceand Education (Mathematics). The study used the qualitative method with 6 of teachertrainees as a respondent. Data is collected using triangulation method such as interviews,observations of teaching and learning process and analyses of teacher trainees’ lessonplans. Interviews with supervisors were used to get more detailed information. Theresults of this study showed that the teacher trainees still not able to identify the conceptsof strategies, teaching methods and teaching techniques although they applied all of theconcepts in their class. At the same time, there are teacher trainees that looked weak inteaching presentation, they do not use the appropriate teaching methods and teachingtechniques during the teaching and learning processes. Thus, the curriculum of teachertraining course in UTM should be evaluated so as to produce good mathematics teachers.
  • 9. vii KANDUNGANBAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xivBAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latarbelakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 9 1.7 Batasan Kajian 10 1.8 Kerangka Konsep 11 1.9 Definisi Istilah 13
  • 10. viiiBAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Pengaruh Teori Pembelajaran Terhadap Kaedah Pengajaran 16 2.2.1 Mazhab Behavioris 17 2.2.2 Mazhab Kognitif 18 2.2.3 Mazhab Sosial 20 2.2.4 Mazhab Humanis 21 2.2.5 Konstruktivisme 22 2.2.6 Kesimpulan 23 2.3 Kaedah Pengajaran Yang Dipelajari Oleh Guru Pelatih 23 2.3.1 Kaedah Koperatif 26 2.3.2 Kaedah Penyoalan 29 2.3.3 Kaedah Projek 31 2.3.4 Kaedah Inkuiri Penemuan 32 2.3.5 Kaedah Penyelesaian Masalah 34 2.3.6 Kaedah Perbincangan 35 2.3.7 Kaedah Membentuk Kumpulan 35 2.3.8 Kaedah Kuliah / Syarahan 36 2.4 Teknik-Teknik Pengajaran Yang Dipelajari Oleh Guru Pelatih 37 2.4.1 Teknik Permainan 38 2.4.2 Teknik Tunjuk Cara (Demonstrasi) 39 2.4.3 Teknik Perbincangan 40 2.5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Pengajaran 40 2.5.1 Objektif Pengajaran 41 2.5.2 Jangka Masa Pengajaran 42 2.5.3 Bahan Pengajaran 42
  • 11. ix 2.5.4 Latar Belakang Pelajar 43 2.5.5 Jumlah dan Susunan Pelajar 44 2.6 Kesesuaian Antara Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Dengan Isi Pelajaran 44 2.7 Masalah atau Kesilapan Guru Pelatih Menggunakan Kaedah Mengajar 45BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 48 3.2 Rekabentuk Kajian 49 3.3 Prosedur Kajian 50 3.3.1 Peringkat Pertama 50 3.3.2 Peringkat Kedua 50 3.3.3 Peringkat Ketiga 51 3.3.4 Peringkat Keempat 51 3.4 Lokasi Kajian 52 3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 52 3.6 Instrumen Kajian 52 3.7 Analisa Data 55 3.8 Tempoh Kajian 55BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 58 4.2 Hasil Dapatan Kajian 58 4.2.1 Responden 1 59 4.2.2 Responden 2 70 4.2.3 Responden 3 84
  • 12. x 4.2.4 Responden 4 94 4.2.5 Responden 5 104 4.2.6 Responden 6 115BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 5.1 Pengenalan 124 5.2 Perbincangan 124 5.2.1 Kaedah Mengajar 125 5.2.2 Teknik Mengajar 126 5.2.3 Faktor-Faktor Pemilihan Kaedah Mengajar 127 5.2.4 Kesesuaian Antara Kaedah Mengajar dan Isi Pelajaran 128 5.2.5 Masalah dan Kesilapan 129 5.3 Rumusan 129 5.3.1 Kaedah Mengajar 130 5.3.2 Teknik Mengajar 131 5.3.3 Faktor-Faktor Pemilihan Kaedah Mengajar 132 5.3.4 Kesesuaian Antara Kaedah Mengajar dan Isi Pelajaran 133 5.3.5 Masalah dan Kesilapan 133 5.4 Implikasi Kajian 134 5.5 Cadangan Kajian 135 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 135 5.7 Kekangan Kajian 136 5.8 Penutup 137 BIBLIOGRAFI 138 LAMPIRAN
  • 13. xi SENARAI JADUALNO JUDUL TAJUK MUKA SURAT2.1 Perbezaan kaedah pengajaran tradisional dan kaedah pengajaran koperatif 264.1 Jadual menunjukkan hasil dapatan kajian mengikut objektif 123
  • 14. xii SENARAI RAJAHNO JUDUL TAJUK MUKA SURAT1.1 Kerangka konsep perkaitan antara empat konsep utama dalam ilmu pedagogi 111.2 Kerangka konsep kajian mengikut objektif 122.1 Proses pembelajaran melalui kaedah inkuiri penemuan 303.1 Carta alir proses analisis data 54
  • 15. xiii SENARAI SINGKATANLM : Latihan MengajarUTM : Universiti Teknologi Malaysia
  • 16. xiv SENARAI LAMPIRANLAMPIRAN A : Dokumen berkaitan respondenLAMPIRAN B : Surat Kebenaran EPRD
  • 17. BAB I PENDAHULUAN1.1 Pengenalan Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakanfakulti yang bertanggungjawab melahirkan graduan pendidikan yang bakal menjadiseorang guru. FP ditubuhkan pada Ogos 1993 dan kini telah menawarkan pelbagaiprogram pendidikan perguruan di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan.Program pengajian peringkat ijazah pertama yang dikendalikan ketika ini ialah SarjanaMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan danSarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Setiap program telah direkabentuk untukmembolehkan pelajar menguasai dengan baik bidang pengkhususan yang diikuti (BukuPanduan Akademik Ijazah Sarjana Muda, Sesi 2003/04).
  • 18. 2 Salah satu syarat wajib yang perlu dilalui dalam pendidikan guru adalah LatihanMengajar (LM) (Tan Lip Ren, 2004). Latihan ini juga merupakan satu syarat yang mestidipenuhi oleh guru pelatih yang mengikuti kursus perguruan di Universiti TeknologiMalaysia (UTM) (Panduan Latihan Mengajar Fakulti Pendidikan, 2004). FP, UTM telahmenetapkan semua guru pelatih Ijazah Sarjana Muda yang mengikuti programpendidikan disyaratkan menjalani LM di sekolah selama dua belas (12) minggu. Untuklulus dalam LM seseorang guru pelatih itu mestilah menjalani LM dalam masa yang telahditetapkan, menjalani LM dengan memuaskan seperti yang diperakui oleh PenyeliaBersekutu dan Pengetua, menunjukkan sikap, disiplin dan tingkahlaku yang sesuaidengan keperluan etika perguruan, menunjukkan peringkat pencapaian dan kemajuanmengajar yang memuaskan dengan memperolehi Gred C+ serta diperakukan olehJawatankuasa Latihan Praktik dan Senat Universiti dan menjalankan satu daripada tigajenis projek pelajar semasa LM dan mendapat status lulus bagi lapan projek tersebut. LM merupakan satu situasi di mana seorang guru pelatih dihantar ke sekolahuntuk mencuba dan mempraktikkan kemahiran mengajar dan memainkan peranansebagai guru. Bahkan LM ini adalah satu proses pembelajaran yang membolehkan gurupelatih menerima pengalaman mengajar dan mempraktikkan segala teori, kaedah dankemahiran mengajar (Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1998). LM merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih mempraktikkan segala teoridan kaedah yang dipelajari. Rohaini (1994); dalam Othman (1999), menyatakan LMmerupakan satu siri pengalaman praktik yang sistematik yang berasaskan sekolah dengantujuan membantu guru pelatih menjadi guru yang profesional dan bersepadu. SemasaLM guru pelatih di tempatkan di sekolah untuk mecuba dan mempraktikkan teori-teoridan kemahiran mengajar yang diperolehi sepanjang kursus di universiti. Melalui LM,guru pelatih dapat menyelesaikan masalah semasa pengajaran yang meningkatkanprestasi seorang guru yang inovatif dan berkemahiran.
  • 19. 3 LM bertujuan untuk memberi latihan kepada bakal guru mengajar di sekolah,memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru tentang profesion perguruan sertatanggungjawabnya dan memberi bimbingan serta menilai kebolehan guru pelatihmenjalankan tugas seorang guru sepertimana yang dikehendaki oleh etika profesionperguruan. Dalam masa yang sama LM yang diadakan bertujuan untuk melahirkan guru-guru yang mahir dan profesional. Pengurusan LM haruslah memberikan segalakeperluan yang dapat memupuk kebolehan guru-guru pelatih supaya mereka dapatmengajar dengan lebih berkesan. Ini termasuklah ilmu pedagogi, psikologi dan sosiologidalam pendidikan, mempunyai pengetahuan serta menguasai tentang isi pelajaran yanghendak diajar dan perkaedahan mengajar. LM bagi bakal guru adalah suatu pendedahan awal dalam kehidupan seorangpendidik. Pengetahuan akademik yang ada pada setiap individu itu belum mencukupiuntuk menjadi seorang guru. Dalam sesi LM yang dilalui, guru pelatih akan diselia olehpenyelia dan guru pembimbing di sekolah mereka menjalani LM.1.2 Latar Belakang Masalah Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik dan berturutan sertabertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah jugamembawa implikasi penyusunan. Oleh itu kaedah mengajar juga bererti cara mendekatisesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur (Ee Ah Meng, 2002).Penyelidik memfokuskan kajian terhadap kaedah mengajar adalah merasakan ia amat
  • 20. 4penting kepada guru pelatih yang sedang menjalani LM semasa proses pengajaran danpembelajaran yang dikendalikan oleh mereka. Sharifah Alwiah (1983) menyatakan bahawa guru yang berkesan ialah guru yangserba mahir dalam pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk muridnya.Abdul Rahim dan rakan-rakan (1992), menyatakan bahawa kaedah pengajaran yangberbagai-bagai ini perlu dicuba supaya dapat mengetahui keberkesanannya. Kaedah-kaedah pengajaran Matematik adalah hasil kajian ahli-ahli psikologi danpendidikan terhadap cara pembelajaran manusia. Kaedah-kaedah ini adalah berguna danberkesan di dalam proses penyampaian konsep dan kemahiran matematik sertapenyelesaian masalahnya. Untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guruharuslah memahami kaedah-kaedah pengajaran ini dan cuba menguasai teknikpengajaran kaedah-kaedah tersebut (Ng Sew Hong, 1999). Kaedah-kaedah pengajaran Matematik adalah bahagian yang penting dalamproses menyampaikan idea dan penyelesaian masalah matematik supaya murid-muriddapat menguasai kemahiran-kemahirannya (Mok Soon Sang dan Siew Fook Cheong,1988). Bagi mencapai hasrat ini, guru pelatih telah didedahkan dengan pelbagai kaedahdan teknik pengajaran dan mereka perlu mengunakan pelbagai kaedah dalam pengajaranmereka seperti pendekatan induktif atau deduktif serta berbagai kaedah/teknikpengajaran. Contohnya sumbangsaran, perbincangan/soal jawab, menjalankan ujikajidan aktiviti penyiasatan, demonstrasi, projek, main peranan dan simulasi (MohammadYusof Arshad, Aziz Nordin dan Mohd Salleh Abu, 1998).
  • 21. 5 Ringkasnya, kegagalan guru-guru dalam menyampaikan pengajaran-pembelajaranyang menarik dan berkesan menjadi punca utama kelemahan pelajar-pelajar dalammatematik. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Dutton (1956), beliau telahmerumuskan bahawa faktor guru boleh menyebabkan pelajar-pelajar suka atau tidak sukakepada pelajaran matematik. Pendapat beliau ini telah disokong oleh Mohd Halim(1988) yang menyatakan bahawa masalah guru memberi kesan yang besar kepadapencapaian pelajar-pelajar dalam pendidikan matematik. Dalam banyak kajian yang telah dibuat, kaedah pengajaran yang menarik danberkesan dapat memupuk minat pelajar-pelajar dalam matematik. Crow & Crow (1986)dalam kajian mereka menyatakan bahawa minat merupakan penggerak yang mendorongseseorang supaya memberi perhatian kepada sesuatu atau kegiatan. Selain daripada itu,sekiranya seseorang itu berminat, walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana, iaselalunya boleh mengembangkan minat dan seterusnya berusaha menguasai sesuatudengan gigih sehingga membawa kepada pencapaian yang tinggi.1.3 Pernyataan masalah Glatthorn (1996) dalam buku Quality Teaching Through ProfessionalDevelopment berpendapat bahawa guru-guru pelatih boleh dibahagi kepada tiga kelasiaitu ‘natural’, ‘struggling beginners’ dan ‘loser’. Masalah sering timbul pada golongan‘struggling beginners’ dan ‘loser’. Golongan ‘struggling beginners’ ini merupakanmereka yang menghadapi masalah semasa baru dalam bidang pendidikan dan
  • 22. 6kebanyakan guru pelatih tergolong dalam golongan ini. Golongan ‘loser’ pulamerupakan mereka yang tiada atau kurang berbakat menjadi seorang guru. Manakalagolongan ketiga iaitu ‘natural’ merupakan mereka yang dikurniakan dengan bakatseorang guru secara semulajadi dan kebiasaannya mereka jarang menghadapi sebarangkesukaran semasa LM. Persediaan bakal guru bukan sahaja perlu mantap dari segi ilmu pengetahuantetapi mestilah mempunyai kemahiran dalam kaedah penyampaian pengajaran. Kaedahyang akan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran mestilah sesuai dengansubjek yang diajar dan keadaan persekitaran kelas. Oleh yang demikian satu tinjauanberkaitan kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar matematik semasa latihanmengajar pada sesi 2006/2007 semester 1 akan dijalankan untuk mengenalpasti kaedahpengajaran yang digunakan. Melalui kajian yang bakal dijalankan ini, pengkaji cuba mengkaji kaedahpengajaran yang digunakan oleh guru pelatih FP, UTM semasa menjalani LM denganmengkaji jenis-jenis kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan, faktor-faktor yangmempengaruhi pemilihan kaedah, kesesuaian antara kaedah yang digunakan dengan isipelajaran dan masalah serta kesilapan guru pelatih berkaitan kaedah pengajaran. Satu kajian telah dijalankan oleh Abu Hassan dan Meor (1995) mendapati,kebanyakan guru pelatih merasa kurang yakin untuk mengajar di sekolah. Ramai diantara mereka tidak dapat menguasai pedagogi pengajaran, am dan khas, dengan baik.Teknik pengajaran yang dijalankan terlalu akademik dan stereotaip, tanpa menunjukkandengan jelas kepentingan dan perkaitannya dengan disiplin lain atau pengalaman harianmurid.
  • 23. 7 Guru pelatih perlu mengunakan cara-cara mengajar yang berkesan dan dapatmengembangkan pengajarannya dengan teratur. Bagi mencapai matlamat ini, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan • Menentukan pengajaran guru dipandu oleh objektif-objektif yang hendak dicapai • Menjadikan pengajaran relevan kepada pelajar • Menghuraikan konsep-konsep dengan teratur dan jelas • Mengadakan pelbagai prosedur dan teknik • Mengunakan pelbagai bahan pengajaran • Menyampaikan pengajaran mengikut peringkat kebolehan pelajar • Merancang langkah-langkah bagi meningkatkan pembelajaran pelajar • Menentukan penglibatan pelajar secara aktif dan bukannya pasif • Mengembangkan kebolehan anda untuk menjadikan pelajaran menarik minat pelajar • Mengembangkan kemahiran dan kebolehan menyeluruh dalam pengajaran guru (Abdul Rahim dan rakan-rakan, 1992)1.4 Objektif Kajiani) Mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar
  • 24. 8ii) Mengenalpasti teknik-teknik pengajaran tertentu yang digunakan bersama kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajariii) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajariv) Melihat kesesuaian antara kaedah pengajaran dengan kandungan isi pelajaran yang digunakan oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajarv) Mengenalpasti masalah atau kesilapan yang dilakukan oleh guru pelatih ketika mengunakan kaedah pengajaran tertentu untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar1.5 Persoalan Kajiani) Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar?ii) Apakah teknik-teknik pengajaran yang digunakan oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar?iii) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar ?
  • 25. 9iv) Adakah kesesuaian antara kaedah pengajaran yang digunakan dengan isi pelajaran yang diajar oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar?v) Apakah masalah atau kesilapan yang dilakukan oleh guru pelatih ketika mengunakan kaedah pengajaran tertentu untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar ?1.6 Kepentingan Kajian Dengan adanya kajian ini diharapkan dapat memberi impak yang baik kepadagolongan bakal pendidik terutamanya kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains sertaPendidikan (Matematik) dan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi serta Pendidikan(Matematik), pensyarah-pensyarah Jabatan Asas dan Jabatan Sains dan Matematik,Fakulti Pendidikan dan Universiti Teknologi Malaysia. Diharap kajian ini dapat memberisumbangan yang besar terhadap pembangunan dan peningkatan produktiviti oleh :1.6.1 Bakal-bakal guru (i) mengenalpasti kaedah tertentu yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran matematik (ii) persediaan terhadap masalah dan kesilapan yang bakal dihadapi sekiranya menggunakan kaedah tertentu (iii) sebagai rujukan untuk memilih kaedah dan teknik tertentu