Your SlideShare is downloading. ×
Unit 10  Modul 1  Pendekatan  Inkuiri V2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Unit 10 Modul 1 Pendekatan Inkuiri V2

5,973
views

Published on


0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
5,973
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
392
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Pendekatan Inkuiri / 155 UNIT 10 PENDEKATAN INKUIRIHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud am pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri. 2. Membincangkan beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri. 3. Merancang aktiviti pembelajaran inkuiri deduktif dan induktif
PENGENALAN 
 Rajah 10.1 Kesan yang mungkin timbul akibat interaksi satu hala antara guru dengan murid Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin boleh memahami situasiseperti dalam Rajah 10.1 di atas. Pada pendapat anda, apakah satu perkara penting yang mampumengubah kualiti interaksi antara guru dengan murid?A dakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting yang mempengaruhi pembelajaran murid ialah stail pengajaran guru? Menyedari stail pengajaran pilihan sendiri boleh membantu guru memahami dengan lebih baik tentang diri mereka sendiri dan bagaimana stailpengajaran mereka dapat ditukar, diubahsuai, atau dibantu untuk menambah baik interaksi merekadengan murid sehingga membawa kepada peningkatan pembelajaran murid. Ini kerana, stailpengajaran anda sedikit sebanyak menentukan pendekatan atau strategi pengajaran anda.
  • 2. 156 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Mari kita tentukan apakah stail pengajaran pilihan anda! Kenal pasti stail pengajaran pilihananda dengan menggunakan soal-selidik Grasha-Riechmann dengan melawati laman web di alamathttp://www.longleaf.net/teachingstyle.html. Selepas anda selesai, buat refleksi dapatan denganmenjawab soalan berikut: • Adakah keputusan yang diperoleh konsisten dengan bagaimana anda melihat diri anda sendiri? Adakah skor anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana anda berperanan sebagai seorang pendidik professional? • Adakah stail pengajaran pilihan anda secara optimum membantu murid mencapai matlamat pembelajaran dalam mata pelajaran yang anda ajar? Adakah ia sejajar dengan tabii disiplin tersebut? Stail pengajaran manakah pada pendapat anda sejajar dengan falsafah pengajaran disiplin tumpuan anda? Bagaimana?ISI KANDUNGANApa itu pendekatan atau strategi pembelajaran inkuiri?S elepas lebih menyedari stail pengajaran dan mungkin juga falsafah pengajaran anda, bagaimana sebenarnya kelakuan atau aksi pengajaran anda di bilik darjah? Rajah 10.1 dan 10.2 menunjukkan beberapa senario bilik darjah. 
 Rajah 10.2 Senario di bilik darjah yang melibatkan murid bekerja dalam kumpulan Bolehkah anda mengenal pasti apakah perbezaan antara senario bilik darjah dalam Rajah10.1 dengan Rajah 10.2? Rajah manakah merupakan senario yang biasa dilihat di bilik darjah padahari ini? Pada pendapat anda, apakah strategi dan kaedah pengajaran yang boleh membantu muridlebih melibatkan diri dan berminat dengan pelajaran di bilik darjah?Salah satu strategi tersebut ialah pengajaran dan pembelajaran inkuiri. Inilah konsep utama yangkita akan bincang dalam unit pelajaran ini. Sebagai seseorang yang mempunyai pengalamanmengajar, ‘strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri’ pastinya merupakan sesuatu yang agak biasaanda dengar.
  • 3. Pendekatan Inkuiri / 157 Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan ataustrategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri.
__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
 
Idea utama tentang strategi pembelajaran inkuiri (kita akan gugurkan perkataan ‘pengajaran’ selepasini bagi memberi penekanan kepada pengalaman pembelajaran murid berbanding pengajaran guru)adalah ia merupakan satu pendekatan atau strategi yang berdasarkan satu atau dua persoalan ataumasalah utama yang hendak dijawab atau diselesaikan dan dari sana murid terlibat dalam merancang,menyiasat, mengumpul data dan maklumat, membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan ataumenyelesaikan masalah utama tadi dan diakhiri dengan menyampaikan dapatan itu kepada pihak lain.Perhatikan jawapan anda. Jikalau anda menyatakan pembelajaran inkuiri merupakan kaedahpengajaran yang memberi peluang murid melakukan eksperimen, maka anda telah menyempitkankonsep itu kepada aktiviti di mana murid hanya menjalankan eksperimen dan tidak memasukkankonsep menjalankan penyiasatan yang lebih luas. Terdapat juga salah faham yang menyatakanpembelajaran inkuiri merupakan satu kaedah yang melibatkan banyak penyoalan guru. Perkara initidak semestinya berlaku. Sudah tentu soalan diperlukan untuk membimbing murid berfikir, tetapikekerapan penyoalan banyak juga bergantung kepada faktor kebolehan murid dan tajuk yang hendakdiajar. Apa yang penting pembelajaran inkuiri mesti melibatkan proses mencari jawapan ataupenyelesaian kepada satu atau dua persoalan atau masalah utama.Perkataan inkuiri itu sendiri merujuk kepada: • Proses mencari kebenaran/maklumat. • Proces mencari maklumat melalui penyoalan. • Proses yang bermula dengan menggunakan deria seperti melihat, mendengar, merasa, memhidu (iaitu mempunyai ciri empirikal) namun kerap juga melalui intuisi dan imaginasi, untuk mengumpul maklumat dan data. 
 
Oleh itu, pengaplikasian konsep inkuiri kepada pengajaran dan pembelajaran menghasilkan satustrategi pembelajaran yang mesti melibatkan penyoalan, mencari maklumat, merancang danmenjalankan penyiasatan. Berdasarkan konsep ini pendekatan inkuiri merupakan pendekatanpembelajaran yang selari dengan pembelajaran sains kerana keserasiannya dengan tabii sains itusendiri (iaitu bersifat empirikal, tentatif dan memerlukan ulasan kritikal pihak luar). Namun pendekataninkuiri juga sesuai diaplikasi kepada pembelajaran selain bidang sains.Dalam satu-satu pembelajaran tidak semestinya semua aktiviti inkuiri di atas akan dilibatkan. Misalnya,murid mungkin hanya dilibatkan dengan proses membentuk persoalan, mencari, menyusun,
  • 4. 158 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2mensintesis serta menilai maklumat tanpa melibatkan eksperimen. Di bilik darjah, inkuiri bermulaapabila murid berhadapan dengan suatu persoalan utama yang perlu dijawab, masalah yang perludiselesaikan, atau suatu pemerhatian yang perlu dijelaskan (Bateman, 1990). Dengan lain perkataan,pembelajaran inkuiri bermula dengan suatu persoalan utama berdasarkan pemerhatian, disusuli aktivitimeneroka, menganalisis, mensintesis, dan mentafsir data, membuat kesimpulan berdasarkan bukti danberakhir dengan menyampaikan kesimpulan atau dapatan kepada pihak lain. A
 Isikan carta alir di bawah bagi menunjukkan secara ringkas proses pembelajaran inkuiri. 
 
 Rajah 10.3 Carta alir menunjukkan langkah-langkah utama pembelajaran inkuiriApakah aktiviti inkuiri yang boleh dijalankan di bilik darjah?A ktiviti inkuiri boleh terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti bagi membantu murid membina pengetahuan, kemahiran dan sikap serta nilai yang diharapkan. Aktiviti meneroka yang melibatkan murid secara aktif sebaiknya dilakukan dalam kumpulan (walaupun ada masanyamurid perlu bertindak secara individu) kerana ini menyerupai aktiviti di tempat kerja kelak di manakebanyakan kerja dijalankan dalam pasukan. Aktiviti meneroka menyediakan peluang dan ruangkepada murid membuat penyiasatan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Ini bermakna pembelajaraninkuiri menitikberatkan bukti sebagai asas kepada apa-apa penjelasan atau kesimpulan yang dibuat. Inijuga bermakna pembelajaran inkuiri bukan hanya memberi penekanan kepada hasil pembelajaranbahkan juga proses bagaimana hasil pembelajaran itu dicapai. Persoalan seperti “Apakah isikandungan yang telah dipelajari?” sama pentingnya dengan persoalan “Bagaimanakah kita tahusesuatu itu benar?” Namun pembelajaran inkuiri perlu mempunyai matlamat yang lebih luas daripadahanya memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta proses yang berkaitan dengan sesuatu disiplin.Dalam bidang sains misalnya, matlamat utama seharusnya adalah mencapai kebolehan
  • 5. Pendekatan Inkuiri / 159menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian yang akan membolehkan murid menjalanikehidupan dengan bahagia dan berjaya serta menyumbang kepada masyarakat dan negara apabilamereka menamatkan pengajian formal mereka kelak.Berikut merupakan sebahagian aktiviti murid yang jika dirancang dan dilaksanakan dengan baikmampu mengekalkan minat murid sepanjang tempoh pembelajaran inkuiri: • Merancang dan menjalankan aktiviti penyiasatan ringkas secara berkumpulan atau individu • Merancang dan menjalankan eksperimen penuh yang melibatkan pengumpulan data menggunakan alat pengukur yang sesuai, mentafsir data, melukis graf, dan menulis laporan. • Mengumpul maklumat dengan membaca buku, dan sumber lain untuk mengetahui apa yang telah didokumenkan tentang persoalan yang hendak dikaji dan kemudian mensintesis hasil dapatan. • Membuat perbincangan dalam kumpulan di samping merujuk kepada sumber lain yang terdapat di dalam dan/atau di luar bilik darjah. • Menyebarluaskan dapatan melalui persembahan di dalam dan/atau di luar bilik darjah dengan kehadiran pihak luar seperti murid dan guru dari kelas yang berbeza, ibu bapa dan masyarakat setempat. • Melibatkan diri secara aktif semasa guru menerang dengan bertanya dan menjawab soalan. • Melibatkan diri secara aktif semasa guru melakukan demonstrasi dengan membuat ramalan, memerhati, dan menerangkan pemerhatian. Bolehkah anda fikirkan apakah aktiviti inkuiri lain yang sesuai dijalankan dengan muridanda? Adakah aktiviti yang anda fikirkan itu mampu menarik minat dan mengekalkan perhatian muridsepanjang pengajaran berlangsung? Bagaimana?Mengapa inkuiri diperlukan di bilik darjah?B agi mencapai matlamat yang murni ini salah satu keperluan utama adalah pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi. Dengan lain perkataan, murid yang melalui proses inkuiri sains di bilik darjah, misalnya, bukan sahaja diharapkan memperolehi pengetahuan dan kefahamanyang mendalam tentang fakta, konsep, hukum, dan teori sains tetapi juga kemahiran dan sikapsaintifik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran metakognitif serta kemahiran-kemahiraninsaniah antaranya seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar sepanjang hayat, kemahirankepimpinan dan kemahiran bekerja dalam pasukan. Kesemua harapan ini disandarkan kepada prosesinkuiri yang mementingkan penerokaan idea lebih daripada hafalan dan mengingat kembali fakta sertapenglibatan aktif murid sama ada secara individu atau berkumpulan.Untuk mencapai matlamat ini, suasana bilik darjah yang menggalakkan penglibatan aktif murid darisegi kognitif, psikomotor, dan emosi sangat diperlukan. Murid juga digalakkan memikul tanggungjawabyang lebih besar terhadap pembelajaran mereka masing-masing dengan tidak terlalu bergantungkepada guru untuk memberikan segala keperluan pembelajaran mereka. Hal ini kerana pembelajaran
  • 6. 160 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2berasaskan inkuiri memberi peluang dan ruang kepada murid untuk bertanya soalan berasaskanpengalaman dalam kehidupan seharian, menyiasat, dan membuat refleksi ke atas segala pengalamanpembelajaran yang mereka lalui. Peluang dan ruang yang diberikan ini membolehkan murid membinapengetahuan yang lebih bermakna kepada diri mereka selaras dengan premis utama teoripembelajaran konstruktivisme yang menyatakan murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiridengan mengkaitkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka. Proses ini jugamemupuk kesedaran bukan sahaja kepada kepentingan ilmu tetapi juga proses memperolehi ilmu itusehingga berkeupayaan membina kebolehan belajar sepanjang hayat. Ini bermakna guru perlumempunyai kepercayaan dan keyakinan bahawa murid berupaya belajar tanpa guru ‘mencurahkan’secara terus ilmu di dada guru ke dalam minda murid seperti mencurahkan air ke dalam tong kosong. Adakah anda bersetuju dengan hujah kelebihan pembelajaran inkuiri ini? Mengapa?Apakah jenis-jenis strategi pembelajaran inkuiri? Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis strategi pembelajaran inkuiri? Bolehkahanda namakan beberapa jenis strategi atau kaedah pengajaran yang boleh dikategorikan sebagaipembelajaran inkuiri?
 



 














































































































































































A nda mungkin telah menulis istilah seperti kaedah inkuiri-penemuan, inkuiri terbimbing, inkuiri bebas, inkuiri deduktif dan induktif, pembelajaran berasaskan masalah, dan sebagainya. Kesemuanya merupakan jawapan yang boleh diterima. Tetapi anda juga mungkin telah menulisperkataan ‘konstruktivisme’. Jikalau benar, ini tidaklah begitu tepat. Konstruktivisme boleh dilihatsebagai satu teori pembelajaran dan mungkin juga suatu falsafah (maksudnya yang lebih luas). Ia tidakmerujuk kepada satu kaedah pengajaran tertentu. Namun, pembelajaran inkuiri menyokongsepenuhnya premis asas konstruktivisme. Jikalau anda telah lupa apakah premis asas konstruktivisme tersebut, rujuk semula Unit 9,atau layari Internet sekarang. Ini akan membantu anda memahami dengan lebih baik perbincangan kitaselepas ini.Mari kita bincang lebih lanjut pelbagai jenis strategi pembelajaran inkuiri. Secara kasarnya, kita bolehmengkategorikan strategi pembelajaran inkuiri kepada inkuiri induktif dan deduktif atau inkuiriterbimbing dan terbuka/bebas. Walaupun labelnya berbeza, tidak semestinya keempat-empat kategoridi atas berbeza sama sekali. Rajah 10.4 di bawah menunjukkan pembahagian strategi pembelajaraninkuiri mengikut kategorinya.
  • 7. Pendekatan Inkuiri / 161 Pendekatan/Strategi Pembelajaran Inkuiri boleh dikategorikan berdasarkan darjah pemusatan arah penaakulan yang murid terlibat Inkuiri Inkuiri bebas/ Inkuiri Inkuiri terbimbing terbuka deduktif induktif Lebih rendah Lebih tinggi Am kepada spesifik Spesifik kepada am ! Rajah 10.4 Pembahagian pembelajaran inkuiri mengikut kategori tertentu $%&(5!Apakah perbezaan antara inkuiri deduktif dengan inkuiri induktif? • Inkuiri dikatakan deduktif apabila pembelajaran murid bergerak daripada generalisasi seperti teori, hukum, atau prinsip kepada situasi atau contoh yang lebih spesifik dengan tujuan mengesahkan generalisasi tersebut • Secara ringkasnya, pembelajaran murid bergerak daripada abstrak (am) kepada konkrit (spesifik) • Inkuiri dikatakan induktif apabila pembelajaran murid bergerak daripada situasi atau contoh spesifik kepada membuat generalisasi dan dalam proses itu menyebabkan murid ‘menemui’ prinsip, hukum, atau teori. • Secara ringkasnya, pembelajaran murid bergerak daripada konkrit kepada abstrak. Untuk lebih memahami kedua-dua jenis inkuiri ini, analisis dialog antara guru dengan murid B di bawah ini dan kemudian huraikan bagaimana aktiviti pembelajaran ini boleh dikatakan aktiviti pembelajaran inkuiri induktif. Dengan lain perkataan, apakah ciri yang ada pada aktiviti tersebut yang selari dengan ciri aktiviti inkuiri induktif? Catatkan jawapan anda padaruangan yang disediakan bersebelahan dialog tersebut.
  • 8. 162 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Guru:
Apakah
yang
menyebabkan
bola
ping
pong
timbul
manakala
guli
tenggelam?
 Murid:
Guli
berat,
bola
ping
pong
ringan
 Guru:
Adakah
sebuah
kapal
yang
berat,
yang
sedang
belayar
dikatakan
terapung?

 Murid:
Ya
cikgu!
 Guru:
Bagaimana
kapal
yang
berat
boleh
terapung
sedangkan
guli
yang
lebih
ringan
 tenggelam?
Ahmad?
Siti,
apa
pendapat
kamu?
 Ahmad:
Mungkin
sebab
kapal
ada
udara…
 Siti:

Air
laut
masin
cikgu…
 Guru:
Baiklah
murid‐murid.
Hari
ini
kita
akan
sama‐sama
menyiasat
apakah
faktor
 yang
menentukan
tenggelam
atau
terapungnya
sesuatu
objek
itu.
Cuba
berikan
cikgu
 satu
faktor
yang
boleh
mempengaruhi
tenggelam
atau
timbulnya
sesuatu
objek,
yang
 kita
boleh
siasat.
 Murid
1:
Bentuk
objek
cikgu

 Murid
2:
Saiz
objek
 Murid
3:
Jenis
air
 Guru:
Jadi
kita
ada
tiga
faktor
yang
akan
kita
kaji.
Bincang
dalam
kumpulan
 bagaimana
caranya
kita
hendak
mengkaji
ketiga‐tiga
faktor
tersebut.
Bincangkan
juga
 pembolehubah
yang
terlibat.
Cikgu
beri
masa
5
minit.
Pastikan
semua
bekerjasama
 supaya
kamu
dapat
manfaatkan
masa
5
minit
sepenuhnya.
 Masa
perbincangan
tamat.
 Guru:
Dah
bersedia
semua
untuk
perbincangan?
Nyatakan
dahulu
apakah
persoalan
 utama
yang
kita
hendak
kaji
hari
ini?
Kumpulan
2?
 Murid:
Apakah
faktor‐faktor
yang
menentukan
tenggelam
atau
timbulnya
sesuatu
 objek
dalam
air?

 Guru:
Bagus.
Catatkan
persoalan
ini
dalam
buku
rekod
amali
kamu
semua.
Jelaskan
 pula
bagaimana
kamu
boleh
menjawab
persoalan
ini?
Kumpulan
1?
 Murid:
Kita
ubah
satu
faktor,
misalnya
jenis
air,
dan
pada
masa
yang
sama
menetapkan
 faktor
yang
dua
lagi,
iaitu
saiz
dan
bentuk
objek.
Kemudian
masukkan,
misalnya
seketul
 plastisin
yang
mempunyai
saiz
dan
bentuk
yang
sama
ini
ke
dalam
sekurang‐ kurangnya
dua
jenis
air,
iaitu
air
biasa
dan
air
garam,
Kita
perhatikan
sama
ada
 plastisin
tenggelam
atau
timbul
dalam
air
yang
berlainan
ini
cikgu.
Begitulah
 seterusnya
dengan
faktor
saiz
dan
bentuk.
 Guru:
Sangat
bagus
perancangan
kamu
itu
ya.
Bagaimana
dengan
kumpulan
3?


 Murid:
Perancangan
kami
juga
seperti
kumpulan
1
cikgu.



 Guru:
Baiklah,
bagus
jika
begitu.
Sekarang
kamu
boleh
laksanakan
perancangan
kamu
 itu.



  • 9. Pendekatan Inkuiri / 163 Dialog di atas merupakan bahagian awal aktiviti inkuiri dalam mata pelajaran sains tajuk C
 keapungan. Selepas murid selesai menjalankan penyiasatan mereka apakah yang sepatutnya berlaku? Sekarang giliran anda untuk memberi satu contoh spesifik aktiviti pembelajaran inkuiri induktif yang boleh dijalankan bagi mata pelajaran tumpuan anda. Anda boleh menggunakan format dialog di atas atau menghuraikan secara terus aktiviti inkuiri tersebut.Apakah perbezaan antara inkuiri terbimbing dengan inkuiri bebas/terbuka? • Inkuiri dikatakan terbuka atau bebas jikalau murid diberi kebebasan mengenal pasti dan memilih persoalan dan masalah sendiri untuk disiasat atau diselesaikan dan diikuti mereka bentuk dan melaksanakan pelan penyiasatan mereka. • Inkuiri dikatakan terbimbing jikalau guru mengajukan soalan dan seterusnya bersama-sama murid merancang penyiasatan sebelum murid melaksanakan perancangan itu. • Kerja amali yang telah disediakan langkah-langkah terperinci (recipe-based laboratory) yang biasanya dijalankan murid di sekolah dan institusi pengajian lain mempunyai darjah bimbingan yang sangat tinggi. Oleh itu sebahagian pendidik tidak mengiktiraf ia sebagai aktiviti inkuiri kerana murid hanya perlu mengikut langkah-langkah yang diberi tanpa perlu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Jadual 10.1 di bawah menunjukkan perbezaan antara amali inkuiri dan amali berasaskan resipi (Wenning, 2005). Jadual 10.1 Perbezaan antara amali berasaskan resipi dengan amali inkuiri Amali berasaskan resipi Amali inkuiriDipacu langkah-langkah terperinci yang hanya Dipacu soalan yang memerlukan kemahiranmemerlukan kemahiran berfikir aras rendah berfikir aras tinggi secara berterusanBiasanya menumpu kepada aktiviti mengesahkan Biasanya menumpu kepada aktiviti muridmaklumat yang telah dipersembahkan dalam mengumpul dan mentafsir data untuk menemuiperjumpaan terdahulu iaitu menggunakan proses konsep, hukum, teori iaitu menggunakan prosesdeduktif induktifMengandaikan murid mempelajari tabii inkuiri Memerlukan murid mencipta reka bentuksaintifik melalui pengalaman secara implicit: murid eksperimen terkawal serta mengenal pasti danmelaksana reka bentuk yang ditetapkan mengawal pemboleh ubah secara sendiriJarang memberi peluang murid menangani Kerap membenarkan murid melakukan kesilapankesilapan, ketakpastian, dan miskonsepsi serta dan belajar daripada kesilapan tersebut. Cara inimembiarkan murid melakukan kesilapan lebih konsisten dengan amalan saintifik yang autentik • Namun inkuiri terbimbing dan terbuka ini lebih sesuai dilihat sebagai penghujung satu kontinuum pendekatan inkuiri seperti digambarkan dalam Rajah 10.5.
  • 10. 164 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Inkuiri terbimbing Inkuiri terbuka Rendah Kecanggihan intelektual murid Tinggi Guru Pusat kawalan Murid Rajah 10.5 Kontinuum pendekatan inkuiri berdasarkan darjah bimbingan guruBagaimana melaksanakan pembelajaran inkuiri menggunakan model pengajaranyang berasaskan pendekatan konstruktivisme?B erikut ialah huraian bagaimana melaksanakan pembelajaran inkuiri yang sesuai dengan konteks sekolah sekarang dengan penerangan ringkas perbezaan dalam melaksanakan setiap kategori am inkuiri yang dinyatakan (di mana perlu). Huraian langkah-langkah ini juga memasukkanunsur-unsur pendekatan konstruktivisme di mana sesuai (misalnya aktiviti mencungkil idea yangdijalankan pada langkah pertama). Tiada perbezaan antara semua kategori inkuiri bagi langkah 1, 7dan 8. Rajah 10.2 menunjukkan gambar rajah kitar lengkap pembelajaran inkuiri.Langkah 1: Gunakan 5-10 minit peringkat permulaan pengajaran untuk memperkenalkan tajuk danmenerangkan hasil pembelajaran (ini merupakan ciri pendekatan Masteri) serta mencungkil idea sediaada murid tentang tajuk atau konsep yang hendak diajar. Terdapat pelbagai cara mencungkil ideaseperti penyoalan lisan keseluruhan kelas, perbincangan kumpulan, membuat demonstrasimenggunakan teknik Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE), menjalankan kuiz pendekatau ujian diagnostik, penggunaan Kartun Konsep, Peta Konsep, dan Peristiwa Bercanggah(Discrepant events). Lihat Unit 5, Modul 1 untuk huraian beberapa cara mencungkil idea. Kaitkan tajukatau konsep yang hendak diajar dengan fenomena harian, sebaiknya yang ada kaitan rapat denganmurid serta rangsang sifat ingin tahu murid sehingga mampu menimbulkan persoalan dalam mindamurid.Langkah 2: Mulakan dengan persoalan utama yang perlu dijawab atau masalah yang perludiselesaikan. Jikalau persoalan utama dijana guru, maka pembelajaran inkuiri lebih terbimbing.Sebaliknya, jika persoalan utama dijana atau datang daripada murid sendiri maka pembelajaran inkuirilebih terbuka. Tiada perbezaan antara inkuiri deduktif dan induktif pada langkah ini.Langkah 3: Beri masa murid memikir dan menjana hipotesis. Senaraikan semua hipotesis yang diberimurid. Darjah bimbingan bergantung kepada sejauh mana guru membantu murid menjana hipotesis.Lebih banyak guru membantu, pembelajaran inkuiri lebih terbimbing. Sebaliknya jikalau murid lebihbanyak berdikari dalam menjana hipotesis, maka pembelajaran inkuiri lebih terbuka. Langkah seperti diatas ini juga dijalankan bagi pembelajaran inkuiri induktif. Sebaliknya bagi inkuiri deduktif, guru akanterus menerangkan jawapan kepada persoalan utama tersebut, iaitu menyatakan generalisasi.
  • 11. Pendekatan Inkuiri / 165Langkah 4: Miinta murid mereka bentuk aktiviti meneroka (contohnya menjalankan aktiviti penyiasatanringkas, mengeksperimen, perbincangan, atau mencari dan mensintesis maklumat). Darjah bimbinganbergantung kepada sejauh mana guru membantu murid mereka bentuk aktiviti meneroka. Darjahbimbingan sebenarnya banyak bergantung kepada faktor murid, kemudahan yang ada, persekitaran,tajuk, masa pembelajaran, dan sebagainya. Sebagai contoh, jikalau guru mempunyai masa yangterhad tetapi menginginkan murid menjalankan eksperimen, guru akan menyediakan langkah-langkahsecara terperinci tanpa banyak berbincang dengan murid tentang apa yang harus mereka lakukan.Namun, perlu diingat, seperti yang dibincangkan sebelum ini, ada pihak yang berpendapat aktivitiseperti ini bukanlah aktiviti inkuiri (Wenning, 2005a). Tiada perbezaan besar antara aktiviti inkuirideduktif dengan induktif pada langkah ini. Perbezaan lebih kepada tujuan aktiviti meneroka dijalankan,di mana aktiviti meneroka yang lebih kepada menjelas dan mengesahkan generalisasi atau konsepmerupakan aktiviti inkuiri deduktif manakala aktiviti meneroka bagi tujuan menemui sesuatu konsepatau generalisasi merupakan aktiviti inkuiri induktif.Langkah 5: Beri masa murid menjalankan aktiviti meneroka yang telah dibincangkan bersama (inkuiriterbimbing) atau dijana sepenuhnya oleh murid (inkuiri terbuka), sebaiknya dalam kumpulan. Gurubergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain sambil membantu, menyoal, mencabar, danmenaksir (proses inkuiri dan kefahaman murid). Aktiviti boleh dijalankan di dalam atau luar bilik darjah.Aktiviti meneroka melibatkan murid membuat pencarian, pemerhatian, mengumpul, menganalisis danmenginterpretasi data, dan akhirnya membuat kesimpulan dan menjawab persoalan dalam kumpulan.Langkah 6: Beri masa murid membentang dapatan dan kesimpulan dengan memberi penerangan danhujah masing-masing. Guru menggalakkan murid lain bertanya dan berbincang. Proses membuatkesimpulan lebih mencabar jikalau inkuiri induktif dilaksanakan tetapi lebih berkesan dalam membantumurid membina dan mengasah kemahiran berfikir aras tinggi. Satu siri penyoalan mungkin diperlukanbagi membantu murid menemui konsep atau generalisasi yang dikehendaki. Guru kemudianmelabelkannya menggunakan istilah teknikal (di mana perlu) dan membuat peneguhan dengan sedikitpenerangan. Sebaliknya proses membuat kesimpulan adalah jauh lebih mudah jikalau inkuiri deduktifdijalankan kerana konsep atau generalisasi telah didedahkan pada peringkat awal langkah 3. Usahaakan lebih banyak ditumpukan bagi mengaitkan bukti-bukti kepada generalisasi tersebut.Langkah 7: Wujudkan situasi atau konteks baru yang berkait dengan kehidupan seharian dan beripeluang murid mengaplikasi konsep atau generalisasi yang telah dibina dengan meminta muridmenyelesaikan masalah dalam situasi atau konteks baru tersebut.Langkah 8: Tutup pembelajaran dengan meminta murid membuat refleksi tentang apa yang merekatelah pelajari, bagaimana mereka berjaya membuat kesimpulan tersebut, dan membandingkannyadengan idea asal yang mereka beri di peringkat awal pembelajaran. Taksir kefahaman murid melaluiaktiviti seperti kuiz pendek, soalan lisan, membina peta konsep atau peta minda, dan sebagainya.Kaitkan dengan tajuk akan datang dan beri murid tugasan lanjutan atau kerja rumah.
  • 12. 166 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 1. Cungkil 2. Kenal pasti/ idea dan jana rangsang sifat persoalan ingin tahu
 utama
 8. Buat 3. Jana refleksi 
 hipotesis
 7. Aplikasi 4. Rancang kesimpulan dan reka dalam situasi bentuk aktiviti baru
 meneroka 
 5. Jalankan 6. Bentang aktiviti, dapatan dan analisis data, kesimpulan
 dan buat kesimpulan
 Rajah 10.6 Kitar lengkap pembelajaran inkuiri berdasarkan pendekatan konstruktivisme Rancang langkah 2 hingga langkah 6 bagi satu tajuk tertentu dalam mata pelajaran tumpuan anda menggunakan pendekatan inkuiri induktif atau deduktif. Kenal pasti sekurang- kurangnya satu hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Kemudian, bagi setiap langkah,huraikan dengan terperinci aktiviti guru dan murid yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran yangingin dicapai. Gunakan Jadual 10.2 untuk mencatat rancangan anda.
  • 13. Pendekatan Inkuiri / 167 Jadual 10.2 Rancangan aktiviti pembelajaran inkuiriHasil Pembelajaran:1.2. Langkah Aktiviti guru Aktiviti murid 2 3 4 5 6Adakah pembelajaran inkuiri sesuai dijalankan dalam semua keadaan?K esesuaian kaedah inkuiri ini banyak bergantung kepada matlamat atau tujuan sesuatu proses pembelajaran itu di samping faktor lain seperti kesediaan guru, kebolehan murid, kelengkapan makmal dan akses kepada sumber pembelajaran (misalnya bahan bercetak, model-model,Internet dan sebagainya). Ada pendapat yang mengatakan kaedah ini tidak sesuai dijalankan denganmurid yang lambat atau kurang cerdas. Ini tidak benar sama sekali. Ini kerana pembelajaran inkuiriboleh disesuaikan dengan kebolehan murid dengan mengubah-ubah darjah bimbingan guru. Denganlain perkataan, murid yang lambat mungkin perlu darjah bimbingan yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, dari sudut matlamat pembelajaran dan pembinaan insan, kaedah ini sesuai digunakanapabila; • proses pembelajaran sama pentingya dengan hasil pembelajaran • kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik, nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah merupakan sebahagian daripada hasil pembelajaran yang diinginkan • kefahaman konsep dan generalisasi (misalnya hukum dan teori) secara mendalam dan tahan lama merupakan penekanan • motivasi intrinsik ditekankan di mana sifat ingin tahu murid dikekal serta ditingkatkan • ada masalah yang perlu diselesaikan yang mungkin melibatkan lebih daripada satu penyelesaian • kebolehan belajar sepanjang hayat diinginkan
  • 14. 168 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Kaedah ini tidak sesuai digunakan apabila; • maklumat terperinci yang banyak perlu disampaikan • pembinaan kemahiran mengikut langkah-langkah tertentu diinginkan misalnya membina kemahiran mengukur menggunakan alat-alat pengukuran, melukis gambarajah sinar, melukis gambarajah litar, membaca, mengira, dan sebagainya • penghafalan dan ingat kembali yang pantas diperlukanApakah antara cabaran melaksanakan pembelajaran inkuiri dan bagaimana caramengatasinya?T idak dapat dinafikan terdapat pelbagai cabaran dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri di bilik darjah.Terdapat beberapa faktor yang mampu menggagalkan usaha menjalankan pembelajaran inkuiri jikalau tidak dijajarkan dengan hasil pembelajaran yang diharapkan. Setelah anda melalui perbincangan di atas dan diharap lebih memahami konseppembelajaran inkuiri, bolehkah anda dengan yakin mengatakan anda sudahpun melaksanakanpembelajaran inkuiri secara konsisten di bilik darjah anda? Mengapa?Salah satu sebab yang biasa disuarakan guru yang tidak atau kurang melaksanakan pembelajaraninkuiri adalah masa yang tidak mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Adakah ini benarbagi diri anda? Cabaran ini sebenarnya berkait rapat dengan isu penaksiran murid yang merupakancabaran yang besar kepada pelaksanaan pembelajaran inkuiri. Hal ini kerana dalam kontekspenaksiran yang diamalkan di Malaysia sekarang, penaksiran memberi penekanan yang tidakseimbang antara penguasaan isi kandungan dengan proses mencapai penguasaan isi kandungantersebut.Kita tidak boleh menafikan bahawa apa yang ditaksir merupakan petunjuk penting kepada apa danbagaimana ia diajar dan dipelajari. Sistem penaksiran yang lebih mementingkan penguasaan isikandungan akan memberi petunjuk kepada guru, murid, dan semua yang ada kepentingan dalampendidikan menitikberatkan pencapaian kognitif sahaja serta meminggirkan pembinaan kemahiran,sikap, dan nilai tertentu. Oleh itu masa pembelajaran murid banyak difokuskan kepada mendengarpenerangan guru supaya silibus dapat dihabiskan dengan pantas bagi memberi lebih masa untuk latihtubi.Perkara ini sebenarnya disedari pelbagai pihak dan terkini beberapa perbincangan dilaksanakan untukmelihat semula sistem penaksiran kebangsaan supaya lebih terarah kepada konsep pembelajaranuntuk membantu murid mencapai ketiga-tiga komponen hasil pembelajaran (kognitif, kemahiran, danafektif termasuk kerohanian) bagi pembentukan insan yang seimbang selaras dengan FalsafahPendidikan Negara melalui sistem penaksiran berasaskan sekolah. Sistem penaksiran baharu inimemerlukan penaksiran dijalankan secara berterusan di peringkat sekolah yang dikendalikan gurumasing-masing. Keadaan ini merupakan satu lagi cabaran baharu yang memerlukan komitmen dankefahaman mendalam setiap warga pendidik terhadap hasrat yang ingin dicapai melalui sistem
  • 15. Pendekatan Inkuiri / 169penaksiran berasaskan sekolah ini. Usaha berterusan diperlukan bagi membantu guru menyesuaikandiri dan seterusnya dapat menerima dengan hati yang terbuka cara baharu menaksir murid ini.Satu sebab lain yang mungkin jarang atau tidak disuarakan guru adalah kurangnya kemahiran gurusendiri dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri. Kebanyakan guru dan tenaga pengajar masih ragu-ragu dalam melaksanakan pengajaran menggunakan strategi inkuiri kerana mereka biasanya tidakbelajar cara begini semasa di sekolah atau semasa menjalani persediaan mengajar di universiti.Wenning (2005) berpendapat pendedahan tentang strategi pembelajaran inkuiri semasa latihan guru diinstitusi pendidikan tinggi yang lebih banyak disampaikan melalui syarahan berbanding cara lain yangmelibatkan murid secara aktif tidak banyak membantu bakal guru mahir dalam menjalankanpengajaran berciri inkuiri. Masalah ini dapat ditangani jikalau pihak tenaga pengajar di institusi yangmelatih guru mengubah atau sekurang-kurangnya meminimumkan cara pengajaran terus kepadapengajaran yang memodelkan pembelajaran inkuiri dengan cara menggunakan strategi tersebutsemasa pengajaran kedua-dua jenis kursus iaitu kursus yang menekankan penguasaan isi kandunganbidang pengkhususan dan kursus pendidikan terutama kursus kaedah mengajar.Kemudahan peralatan, bahan bantu mengajar dan belajar serta sumber lain sangat penting dalammenjayakan pembelajaran inkuiri. Ini kerana pembelajaran inkuiri menitikberatkan penglibatan aktifmurid memanipulasi peralatan dan bahan dalam meneroka sesuatu konsep atau generalisasi supayaproses pembinaan kefahaman berlaku secara bermakna dengan adanya bukti secara langsung. Olehitu, kekurangan kemudahan juga mampu menjadi penyebab kepada kurangnya usaha gurumelaksanakan pembelajaran inkuiri. Pihak sekolah dan guru perlu sentiasa peka tentang keperluan inidengan merancang awal dan mengambil tindakan yang sesuai sebelum sesi persekolahan bermulauntuk memastikan kemudahan ini ada dan mencukupi apabila diperlukan dan kemudahan yang adadimanfaatkan sepenuhnya oleh guru. Ini juga terpakai bagi institusi pendidikan lain yang melaksanakanpembelajaran inkuiri. Anda mungkin mempunyai sebab-sebab lain untuk tidak cenderung melaksanakanpembelajaran inkuiri yang tidak dibincangkan di atas (jika ada) atau pernah mendengar sebab-sebabtertentu daripada rakan sekerja. Mampukah anda memikirkan cara mengatasinya? Cari maklumat melalui buku-buku rujukan, artikel jurnal dan laman web bagi mendapatkancadangan lebih lanjut bagaimana menghadapi cabaran tersebut. Bak kata pepatah, hendak seribudaya, tak hendak seribu dalih.
  • 16. 170 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2RUMUSAN 1. Pembelajaran inkuiri merupakan pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan satu atau dua persoalan atau masalah utama yang hendak dijawab atau diselesaikan dan dari sana murid terlibat dalam merancang, menyiasat, mengumpul data dan maklumat, membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan atau menyelesaikan masalah utama tadi dan diakhiri dengan menyampaikan dapatan itu kepada pihak lain. 2. Pembelajaran inkuiri menekankan kedua-dua hasil dan proses pembelajaran. Oleh itu, strategi ini mempunyai kelebihan membantu murid bukan sahaja mendapat pengetahuan dalam sesuatu disiplin ilmu bahkan juga membina dan meningkatkan kemahiran, sikap, dan nilai yang dihargai dalam disiplin tersebut dan juga kemahiran insaniah yang merentas disiplin. 3. Strategi pembelajaran inkuiri boleh dikategorikan kepada inkuiri deduktif dan inkuiri induktif atau inkuiri terbuka/bebas dan inkuiri terbimbing. 4. Pembelajaran inkuiri deduktif melibatkan proses penaakulan dari sesuatu generalisasi kepada contoh yang lebih spesifik atau konkrit, bertujuan mengesahkan generalisasi tersebut manakala pembelajaran inkuiri induktif adalah sebaliknya iaitu melibatkan proses penaakulan dari contoh-contoh spesifik atau konkrit kepada penemuan sesuatu generalisasi (contohnya teori, prinsip, dan hukum). 5. Inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka/bebas merupakan penghujung satu kontinuum pembelajaran inkuiri dari sudut darjah pemusatan murid/guru dan kecanggihan intelek murid di mana inkuiri terbuka/bebas mempunyai darjah pemusatan murid dan keperluan intektual murid yang lebih tinggi berbanding inkuiri terbimbing. 6. Langkah-langkah utama pembelajaran inkuiri adalah: a. Mengenal pasti satu persoalan atau masalah utama yang perlu dijawab atau diselesaikan b. Merancang dan melaksanakan aktiviti penerokaan dan penyiasatan c. Membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan dan menyelesaikan masalah d. Menyampaikan dapatan kepada pihak lain 7. Pelaksanaan pembelajaran inkuiri di sekolah dan di institusi pendidikan lain menghadapi banyak cabaran, antaranya sistem penaksiran yang mementingkan aspek kognitif dengan meminggirkan aspek kemahiran dan nilai, kemahiran guru yang terhad dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri secara berkesan, dan kemudahan serta peralatan yang tidak dapat memenuhi keperluan semua murid.
  • 17. Pendekatan Inkuiri / 171 PETA KONSEP Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan PetaD
 Konsep di bawah. Strategi
pembelajaran
inkuiri
 boleh
dikategorikan
mengikut
 ________________________________
 ________________________________
Inkuri
terbimbing
 Inkuiri
terbuka/bebas
 Inkuiri
deduktif
 Inkuiri
induktif
 dilaksanakan
mengikut
4
langkah
utama

 iaitu
pertama,
mengenal
pasti
 
 melibatkan
penaakulan
dari


 memerlukan
lebih


 kedua,
merancang
dan
melaksanakan
 ______

 _______


 
 
 
 Bimbingan
guru
 ketiga,

membuat
 kepada

 
 dan
keempat,
menyampaikan

 

  • 18. 172 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2KATA KUNCI 1. Strategi pembelajaran inkuiri 6. Persoalan utama 2. Inkuiri terbimbing 7. Merancang 3. Inkuiri terbuka 8. Meneroka 4. Inkuiri deduktif 9.Membuat kesimpulan 5. Inkuiri induktif 10.Menyampaikan dapatanPENILAIAN KENDIRI 1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan strategi pembelajaran inkuiri? 2. Senaraikan ciri utama yang menunjukkan sesuatu pembelajaran itu dikatakan sebagai pembelajaran inkuiri. 3. Apakah perbezaan utama antara inkuiri deduktif dengan inkuiri induktif? Bagaimana pula perbezaan antara inkuiri terbimbing dengan inkuiri terbuka/bebas? 4. Apakah yang membezakan antara pembelajaran inkuiri dengan pengajaran terus melalui penerangan guru? 5. Adakah kebaikan pembelajaran inkuiri dapat memotivasikan anda untuk secara konsisten melaksanakannya di bilik darjah anda? Jika ya, bagaimanakah anda akan memanfaatkan kelebihannya dan pada masa yang sama cuba mengatasi cabaran yang datang bersama pelaksanaan kaedah tersebut? Jika tidak, apakah faktor yang menghalang keinginan anda daripada melaksanakan pembelajaran inkuiri secara konsisten? Bagaimanakah kemungkinan cara mengatasinya?RUJUKANBateman, W. L. (1990). Open to questions: The art of teaching and learning by inquiry. San Francisco: Jossey-Bass.Wenning, C.J. (2005a). Levels of inquiry: Hierarchies of pedagogical practices and inquiry processes. Journal of Physics Teacher Education Online, 2(3), 3-11. Available: http://www.phy.ilstu.edu/jpteo/
Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI
  • 19. Pendekatan Inkuiri / 173 JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A
 Menjawab
 Mengenal
pas9
 Merancang
dan
 persoalan
 dan
 Menyampaikan
 persoalan/
 melaksanakan
 membuat
 dapatan
 masalah
utama
 aktvi9
meneroka
 kesimpulan
Persoalan atau masalah utama boleh datang daripada guru dan/atau murid sendiri. Pendekatan inkuiriyang lebih terbuka memberi peluang kepada murid menjana persoalan dan merancang penyiasatansendiri. Aktiviti dimulai dengan satu persoalan utama yang boleh dikaji iaitu ‘apakah faktor yang B
 menentukan tenggelam atau timbulnya sesuatu objek?’ Kemudian murid diberi peluang menjana hipotesis, merancang aktiviti penyiasatan, mengawal pemboleh ubah serta melaksanakan aktiviti mengikut perancangan mereka. Murid melaksanakan aktiviti mengikut perancangan mereka. Aktiviti termasuklah C
 mengumpul, merekod, menganalisis dan mentafsir data serta membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan utama. Akhirnya murid menyampaikan dapatan kepada kelas. Guru menyoal lebih lanjut dan memberi maklum balas.
  • 20. 174 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 D
 Strategi
pembelajaran
inkuiri
 boleh
dikategorikan
mengikut
 darjah
bimbingan
guru

sebagai
 arah
penaakulan

yang
terlibat
sebagai
Inkuri
terbimbing
 Inkuiri
terbuka/bebas
 Inkuiri
deduktif
 Inkuiri
induktif
 dilaksanakan
mengikut
4
langkah
utama

 iaitu
pertama,
mengenal
pasti
 Persoalan
utama
 melibatkan
penaakulan
dari


 memerlukan
lebih


 kedua,
merancang
dan
melaksanakan
 tinggi


 rendah


 Aktiviti

meneroka
 Generalisasi
 Contoh
spesifik
 Bimbingan
guru
 ketiga,

membuat
 kepada

 Kesimpulan
 dan
keempat,
menyampaikan

 Dapatan
 Lawati MyGuru2 untuk mengambil Ujian 1 dalam talian. 


×