Your SlideShare is downloading. ×
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan

5,102

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
5,102
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
168
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 1 UNIT 1 ERTI DAN MATLAMAT PENDIDIKAN SERTA MODEL PENGAJARANHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Membezakan erti pendidikan mengikut beberapa perspektif ilmu ekonomi, politik, sosiologi dan psikologi. 2. Menyatakan dan mentafsir matlamat pendidikan di Malaysia. 3. Menghurai beberapa erti pengajaran dan pedagogi. 4. Membezakan beberapa model pengajaran. 5. Menghuraikan model pengajaran UPSI dan memberi contoh langkah-langkahnya.PENGENALAN Kita boleh melihat pendidikan dari pelbagai perspektif. Anda boleh bertanya, apakah erti‘pendidikan’ dari kaca mata seorang ibu? Seorang murid Tahun 5? Guru Bahasa Melayu di sekolahmenengah? Atau Guru Pendidikan Islam Tahun 6? Guru besar? Pensyarah pendidikan di FakultiPendidikan di IPT? Pegawai kurikulum di Pusat Kurikulum? Apakah tafsiran anda?Bab ini akan membincang pengertian konsep pendidikan, pengajaran, beberapa model besarpengajaran serta kemahiran-kemahiran penting dalam pengajaran. Tujuannya adalah supaya andamendapat gambaran keseluruhan konsep-konsep penting yang kemudian akan dihurai dengan lebihterperinci dalam unit-unit seterusnya.ISI KANDUNGANApakah erti pendidikan?T idaklah mustahil sekiranya terdapat kelainan antara tafsiran konsep ‘pendidikan’ dari setiap mereka ini, termasuklah anda sendiri kerana setiap seorang akan mentafsir pendidikan berdasarkan pengalamannya.Kita boleh melihat pendidikan sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil). Dari segiproses, pendidikan bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar; dan kesannya adalah berlakupembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
  • 2. 2 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Berikut adalah beberapa erti ‘pendidikan’ yang mungkin pernah anda baca. 1. Proses asuhan kanak-kanak oleh ibu bapanya supaya anaknya pandai bertutur, membaca dan menulis serta kelakuan yang beradab sopan. 2. Proses perbincangan dan dialog antara ahli kumpulan pelajar tentang sesuatu isu supaya isu itu dapat difahami dengan lebih jelas dari beberapa segi. 3. Proses mengajar murid supaya mereka pandai berfikir dalam matematik dan sains dan dapat menyelesaikan masalah dalam kedua-dua mata pelajaran ini. 4. Proses membimbing murid untuk meneroka dan mencari maklumat mengenai sesuatu perkara dan membuat analisis dan sintesis tentang maklumat itu. Buat perbandingan pengertian pendidikan di atas dan lihat apakah persamaan danperbezaannya. Bolehkah anda membuat kesimpulan apakah maksud pendidikan berdasarkanpengertian di atas? Setujukah anda dengan pengertian ini? Mengapa?Kajian tentang proses dan hasil pendidikan melibat berbagai-bagai disiplin ilmu. Setiap disiplin ilmumemberi tafsiran pendidikan mengikut perspektifnya. Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dariperspektif teori sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi,Apakah pendidikan dari perspektif sosiologi dan antropologi?D ari perspektif sosiologi, pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing-masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu. Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’(selection) yang menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomimasyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.Ahli antropologi melihat pendidikan sebagai proses pembudayaan (enculturation) di mana ahli sesuatumasyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggapsesuai dalam masyarakat itu. Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang menghayati danmengamalkan nilai dan tingkah laku yang ‘baik’ dalam masyarakat itu. Dari perspektif ini, proses danhasil pendidikan oleh sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada pendidikansains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dantatasusila; dan ini tentunya juga berbeza dengan masyarakat yang memberi tumpuan kepadakemahiran dalam perniagaan.Apakah pendidikan dari perspektif ilmu ekonomi?I lmu ekonomi melihat pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau sebagai satu ‘consumption’. Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan. Ilmu dan kecekapan yang diperolehi dijangka akan membawa
  • 3. Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 3pulangan yang menguntungkan pada masa hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti danpendapatan yang lebih tinggi. Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap proses dan hasilmencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu atau riadah saja.Pelaburan dalam pendidikan boleh dibuat oleh sama ada individu dan keluarganya, atau oleh sesuatuorganisasi, atau oleh negara amnya. Contohnya, ibu bapa membelanja wang untuk anaknya mendapatlatihan tambahan di pusat tuisyen supaya anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan;supaya layak melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi; dan kemudian mendapat pekerjaanyang bergaji tinggi.Negara juga melaburkan banyak wang untuk memberi pendidikan kepada murid di sekolah dan diinstitusi pendidikan tinggi untuk membentuk modal insan yang yang lebih berkemahiran dan menjadipekerja yang cekap dan produktif.Apakah pendidikan dari perspektif ilmu sains politik?I lmu sains politik pula melihat pendidikan sebagai proses bagaimana sesebuah negara itu mendidik dan membina warga negaranya supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Kita boleh melihat pendidikan di negaraJepun berjaya melahirkan rakyatnya yang bangga dengan negara Jepun, begitu juga Amerika Syarikat,Indonesia, Britain dan Singapura.Negara kita Malaysia juga mendidik generasi muda supaya memahami aspirasi negara kita misalnyamemahami Rukun Negara, tata susila dan undang-undang negara kita. Murid-murid belajar sejarah dangeografi negara Malaysia, menyanyi lagu ‘Negara-ku’, mengibar Jalur Gemilang, menghormati Yang Di-Pertuan Agong, dan sayang kepada alam sekitar negara kita. Kita dididik secara langsung dan tidaklangsung supaya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.Apakah pendidikan dari perspektif psikologi pendidikan?P akar psikologi melihat pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya. Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan bolehdididik. Setiap individu mempunyai bakat, aptitud dan gaya pembelajarannya yang tersendiri. Denganitu proses pendidikan ialah proses memupuk perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid. Sekarang, mari kita pastikan anda telah memahami pengertian ‘pendidikan’ dari pelbagai perspektif ilmu. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, tuliskan erti pendidikan dari perspektif; • ilmu ekonomi: ___________________________________________________________ _______________________________________________________________________
  • 4. 4 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 • ilmu sosiologi: ___________________________________________________________ ______________________________________________________________________ • seorang ibu atau bapa: ____________________________________________________ _______________________________________________________________________ • perspektif anda sendiri: ___________________________________________________ ______________________________________________________________________ Pilih dua erti pendidikan dari sebuah buku atau artikel dalam internet. Dari perspektifmanakah definisi atau tafsiran itu dibuat? Bincangkan.Apakah pendidikan formal, non-formal, dan informal?S ecara amnya, pendidikan seseorang itu ialah pengalaman yang ia terima hasil daripada interaksinya dengan orang lain dan alam sekitar dalam berbagai-bagai situasi: dalam keluarga, masyarakat di sekeliling, media massa, sekolah, dan sebagainya.Pendidikan yang kita lalui dan yang diterima boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu pendidikan (1)formal, (2) non-formal dan (3) informal. Pembahagian ini sekadar untuk melihat jenis sistempenyampaian pendidikan sahaja, bukan untuk memperkotakkannya, atau memisahkan-misahkannya.Pembelajaran sebenarnya berlaku dalam ketiga-tiga jenis atau mod pendidikan tersebut secaraserentak.Apakah pendidikan formal?Pendidikan formal ialah pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan matapelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar di institusi pendidikan khas seperti sekolah, kolej,politeknik dan universiti. Biasanya pendidikan formal yang dirancang ini mempunyai peperiksaan ataupenilaian formalnya dan membawa kepada penganugerahan sesuatu sijil, diploma atau ijazah.Apakah pendidikan non-formal?Pendidikan non-formal ialah pendidikan tambahan terancang yang diajar di luar pendidikan formalseperti kegiatan kokurikulum di sekolah (aktiviti sukan, persatuan dan kegiatan beruniform). Pendidikannon-formal termasuk kursus pendek, latihan khas, bengkel, dan belajar sambil bekerja yang dirancangoleh jabatan kerajaan atau syarikat swasta untuk menambah kecekapan pekerjanya.Apakah pendidikan informal?Pendidikan informal ialah pendidikan dan pengalaman yang kita perolehi melalui berbagai-bagai aktivitikehidupan seharian seperti interaksi kita dengan orang lain, dengan ahli keluarga, kawan, ahli-ahlimasyarakat. Pendidikan informal juga diperolehi melalui pemerhatian tentang apa yang berlaku disekeliling kita seperti menonton TV, DVD, filem atau mendengar radio atau membuat lawatan kesesuatu tempat. Persepsi dan pemikiran kita dibentuk melalui pendidikan informal ini. Kadang-kadangkita tidak sedar yang kita dididik dan dipengaruhi oleh apa saja di sekeliling kita.
  • 5. Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 5Dalam konteks pendidikan di sekolah ketiga-tiga jenis pendidikan ini berlaku secara serentak. Muriddiajar oleh guru mata pelajaran tertentu seperti matematik, sains, sejarah yang telah dirancang dalamsukatan pelajaran. Murid juga belajar secara terancang dalam aktiviti kokurikulum. Secara informal,murid-murid mengambil bahagian dan saling berinteraksi dengan kawan-kawan dalam pelbagai aktivitidi bilik darjah, kantin, padang permainan, semasa rehat dan lain-lain. Beri contoh pendidikan formal, pendidikan nonformal dan informal di sekolah anda. Cuba anda fikirkan kembali pendidikan anda semasa di sekolah dahulu, pembelajaran apakah yang kesannya berpanjangan sehingga sekarang?Apakah erti pendidikan sepanjang hayat?P endidikan berlaku sepanjang hayat, sejak kita dilahirkan hingga ke akhir hayat. Kita belajar secara formal, non-formal dan informal melalui interaksi dengan berbagai persekitaran dengan mengguna pancaindera kita (lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu), memproses apa yang kitaterima itu dalam minda kita, dan memberi makna kepadanya.Mengikut kajian psikologi perkembangan kanak-kanak, pendidikan pada umur lima tahun pertamadalam kehidupan kanak-kanak adalah terpenting dalam memberi asas pendidikan dan perkembanganpembelajaran seterusnya.Sekarang orang sudah menerima bahawa pendidikan bukan berakhir dengan tamatnya pelajaran disekolah atau di universiti. Latihan dan pendidikan berterusan di peringkat dewasa penting untukseseorang terus menjadi produktif dalam kerjanya, memahami dan menyesuaikan diri dengan ilmupengetahuan baru yang pesat berkembang.Tidak ada had umur, cara dan tempat untuk kita belajar sesuatu. Mungkin kaedah atau gayapembelajaran itu sahaja sedikit berbeza mengikut umur, tempat, program pengajian dan kemudahan.Seseorang boleh belajar mengikut kadar yang ia mahu, di mana sahaja, bila-bila sahaja, dengan caraapa sahaja dan dari siapa atau sumber apa sahaja.Mengikut Laporan UNESCO, Jacques Delors (1996) Learning: The Treasure Within, Simply speaking, education takes place throughout life in many forms, none of which ought to be exclusive. We must start to think about education in a more all-encompassing fashion. Education throughout life is based upon four pillars: learning to know, learning to do, learning to live together and learning to be. Cuba imbas kembali mana dan bagaimanakah anda belajar perkara berikut:Belajar mengguna komputer, berkawan dengan kawan-kawan anda, memahami bagaimana terjadinyatumbuh-tumbuhan, dan menghayati dan mengamal agama anda?
  • 6. 6 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Apakah matlamat pendidikan? Selalu orang bertanya dan berbincang tentang matlamat atau tujuan pendidikan. Cuba andafikirkan soalan berikut. 1. Apakah matlamat pendidikan negara kita? Adakah ia sama atau berbeza dengan matlamat pendidikan di Thailand, di Amerika Syarikat, di Indonesia atau di Jepun? 2. Adakah tujuan pendidikan di sekolah rendah berbeza dari pendidikan di sekolah menengah? 3. Apakah tujuan pengajaran sains dan matematik di sekolah rendah? 4. Apakah objektif pengajaran ’mendarab’ kepada murid Tahun 4?Perhatikan soalan-soalan di atas meliputi beberapa peringkat pendidikan: dari peringkat umum, iaitumatlamat pendidikan negara, ke peringkat sekolah, dan ke peringkat yang lebih khusus, iaitu objektifpengajaran guru dan pembelajaran murid dalam sesuatu mata pelajaran pelajaran di bilik darjah.Jadi jawapan bagi setiap soalan di atas itu berlainan sedikit. Matlamat pendidikan negara lebih umumdan berbentuk jangka panjang. Objektif pengajaran sesuatu topik dalam mata pelajaran matematikTahun 2 lebih dekat dan jelas. Kita akan bincangkan perbezaan ini dengan lebih lanjut dalam Unit 2.Apakah matlamat pendidikan di Malaysia?Pendidikan sebelum kemerdekaanSebelum penjajah British bertapak di Tanah Melayu (iaitu kira-kira sebelum 1800), lebih 90% pendudukdi Tanah Melayu ialah orang Melayu. Sistem pendidikan bagi anak-anak Melayu ialah pendidikanagama Islam seperti mengaji Quran dan belajar hal-hal rukun Islam. Selepas British bertapak di TanahMelayu sekolah Inggeris pertama iaitu Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 di PulauPinang. Kemudian tertubuhlah sekolah rendah Melayu untuk anak-anak Melayu.Apabila ramai kaum Cina dan Tamil berhijrah masuk ke Tanah Melayu, terutama sekitar 1900-anhingga 30-an, sekolah Cina dan sekolah Tamil ditubuh secara berasingan. Sebelum kemerdekaan1957, sistem pelajaran formal di Tanah Melayu terpisah-pisah. Terdapat sekolah aliran Inggeristerutama di bandar-bandar, mengguna bahasa Inggeris sepenuhnya dari Darjah 1 hingga ke Universiti.Kemudian aliran sekolah Melayu yang terhad kepada pendidikan rendah sehingga ke Darjah 6 saja,yang mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kebanyakan murid Melayu belajar diSekolah Melayu. Sekolah aliran Cina, untuk kebanyakan murid Cina, menyediakan pendidikan dariDarjah 1 hingga ke peringkat menengah mengguna kurikulum, buku teks dan guru dari negeri China.Sekolah Tamil hanya setakat sekolah rendah. Kebanyakan pelajarnya terdiri dari murid-murid India diladang-ladang getah. Jadi sistem pelajaran sebelum merdeka terpisah-pisah, murid-murid dari berbagaikaum belajar di sekolah yang berlainan. Hanya di sekolah aliran Inggeris sahaja terdapat muriddaripada pelbagai kaum belajar bersama-sama.
  • 7. Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 7Pendidikan pada awal kemerdekaanSebagai persediaan untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, satujawatankuasa pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak telah ditubuhkan pada tahun1956 bagi mengkaji dan membuat syor tentang bentuk dan sistem pelajaran kebangsaan sebagai alatmenyatukan murid dari pelbagai kaum. Laporan Jawatankuasa Razak, antara lain, mengesyorkan,supaya satu sistem pelajaran kebangsaan ditubuhkan bagi sistem menyatupadukan rakyat TanahMelayu yang berbagai kaum - Melayu, Cina, India dan sebagainya. Bahasa Melayu diterima sebagaiBahasa Kebangsaan, dan perlu diajar di semua sekolah. Bahasa Kebangsaan hendaklah dijadikanbahasa pengantar utama untuk semua mata pelajaran di semua sekolah, walaupun proses inihendaklah dibuat secara beransur-ansur. Syor Laporan Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957, dandilaksanakan di seluruh negara.Pada tahun 1960, Laporan Razak dan Ordinan 1957 dikaji semula oleh Jawatankuasa Pelajaran yangdipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, menteri pelajaran pada masa itu. Jawatankuasa iniberpendapat bahawa dasar dan pelaksanaan dalam Laporan Razak itu baik, dan perlu diteruskan.Dengan itu Ordinan Pelajaran 1957 diperkemas dan dijadikan Akta Pelajaran 1961. Akta ini merupakanakta penting dalam mencorak perkembangan sistem pelajaran di Malaysia sehingga sekarang.Akta Pelajaran 1961, iaitu akta yang menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan formal di Malaysiamembuat penyataan tentang matlamat pendidikan di Malaysia seperti berikut; Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya. Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya peruntukan bagi perkembangan secara progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.Bagi mencapai matlamat di atas, Akta Pelajaran 1961 ini telah menjadi tunggak untuk melaksanakansistem pendidikan kebangsaan di Malaysia sepanjang 35 tahun (1961 – 1996). Kemudian Akta ini dikajisemula dan dipinda dan termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Sebahagian besar Akta 1996mengandungi perkara dan dasar yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961. Sehingga kini, Akta1996 ini menjadi undang-undang asas dalam melaksanakan sistem pelajaran di negara kita.Akta Pendidikan 1996Falsafah dan matlamat pendidikan di Malaysia dinyatakan dalam mukadimah Akta Pendidikan 1996sebagai berikut : Bahawasanya mengaku bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan Negara dan penyelamat Negara.
  • 8. 8 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Dan bahawasanya tujuan pendidikan ialah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Dan bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan Negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Dan bahawasanya adalah menjadi suatu misi untuk menghasil sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi Negara Malaysia. Dan bahawasanya Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang dizahirkan seperti berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." Huraikan kedudukan sistem pendidikan di Malaysia sebelum 1957. Pada pendapat anda apakah tujuan pendidikan pada masa itu? Cuba baca dengan teliti mukadimah Akta Pendidikan 1996 dan bandingkannya dengan Akta Pelajaran 1961. Apakah persamaan dan perbezaannya?Apakah tujuan pendidikan di sekolah rendah dan menengah di Malaysia?S alah satu matlamat pendidikan negara kita ialah supaya murid kita dapat menguasai ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran. Bagaimanakah matlamat ini hendak dicapai di peringkat sekolah rendah? Apakah tujuan pendidikan di sekolah rendah? Kita boleh menyatakan misalnya,salah satu tujuan utama murid belajar di sekolah adalah supaya mereka menguasai kemahiran 4M,iaitu pandai membaca, menulis, mengira dan menaakul dalam Bahasa Malaysia, dan menguasaikemahiran membaca dan menulis Bahasa Inggeris, kerana kedua-dua bahasa ini ialah alat pentinguntuk pembelajaran pelbagai ilmu pengetahuan lain seperti sains, sejarah, geografi, seni dansebagainya. Selain itu, tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah supaya mereka bersikap ingin tahu,suka bertanya, berfikir, rajin belajar dan berdaya usaha mencari pengetahuan sendiri dari pelbagaisumber – daripada guru, buku, berbincang bersama kawan, memerhati hal-hal di keliling mereka,membaca pelbagai bahan termasuk dalam internet.
  • 9. Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 9Bagaimana dengan sekolah menengah? Apakah tujuan pendidikan di sekolah menengah di Malaysia?Sejauh manakah terdapat persamaan dan perbezaan matlamat pendidikan di sekolah vokasional,sekolah berasrama penuh dan sekolah harian akademik biasa? Matlamat atau tujuan pendidikanmenengah mugkin berlainan sedikit mengikut peringkat yang berlainan: peringkat negara, sekolah danindividu dan mengikut perspektif guru, murid, ibu bapa dan Kementerian Pelajaran. Rujuk buku, Internet dan sumber lain-lain untuk mengumpul maklumat tentang persoalan-persoalan ini. Anda mungkin juga boleh membuat temu ramah dengan beberapa orang guru, murid dankemudian membuat kesimpulan tujuan pendidikan sekolah menengah.Apakah erti pengajaran dan pedagogi?T erdapat berbagai-bagai istilah yang kerap diguna yang sama erti atau hampir sama ertinya dengan ‘mengajar’ (teaching). Antaranya: instruksi (instruction), melatih (train), mendidik (educate) dan membimbing (guide).Berbagai-bagai erti umum dikemukakan tentang pengajaran. Antaranya, pengajaran ialah; 1. proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid. 2. pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu muridnya belajar. 3. proses interaksi antara guru dan murid untuk memudahkan (facilitate) murid belajar dan berfikir mengenai sesuatu isu. 4. proses membantu murid supaya pembelajaran mereka cepat dan berkesan.Pedagogi pula merujuk kepada seni dan sains pengajaran, yang mengkaji kaedah proses pengajarandan prinsip di sebalik sesuatu pendekatan atau kaedah itu. (Pedagogy is the art and science ofteaching). Ilmu pedagogi sebagai sains pengajaran bersandar kepada berbagai-bagai teoripembelajaran, teori komunikasi, teori interaksi sosial, teori kurikulum dan taksonomi ilmu pengetahuan.Hasil kajian tentang proses pengajaran-pembelajaran dari pelbagai disiplin ilmu ini memberi kefahamandan idea kepada kita untuk menggubal pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang bolehmemudah dan mempercepatkan proses pembelajaran.Pengajaran juga boleh dilihat sebagai satu ‘seni’ perlakuan yang kompleks. Profesor Elliot Eisner diStanford University, California, misalnya mengkaji pentingnya ‘pendidikan seni’ untuk dimasukkan kedalam kurikulum sekolah, supaya pendidikan di sekolah lebih seimbang dan memperkayakan pemikiranmurid. Pengajaran boleh dilihat sebagai satu seni dan kraf tingkah laku guru. Perlakuan pengajaranguru di hadapan sekumpulan murid boleh dianggap sebagai suatu seni lakon atau drama. Hasil kajiantentang seni drama, seni lakon dan seni berkomunikasi boleh diaplikasikan dalam latihan guru untukmemperbaiki kaedah dan gaya pengajaran guru, terutama dari segi teknik persembahannya, gayaberkomunikasi dan interaksi guru dengan murid, untuk menarik perhatian murid dan menggalakkanmereka menjalankan aktiviti pembelajaran. Guru yang berpengalaman dan cekap mempunyai ‘seni’atau ‘gaya’ pengajarannya tersendiri, adunan pelbagai teknik yang disesuaikan untuk mengajarpelbagai mata pelajaran kepada pelbagai jenis murid.
  • 10. 10 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Pelbagai kaedah, gaya dan teknik pengajaran ini boleh kita lihat daripada berbagai-bagai istilah yangkita gunakan untuk menghuraikan tingkah laku atau proses pengajaran. Jikalau kita kumpul istilah atauperkataan yang sinonim dengan ‘pengajaran’ dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, kita akandapat senarai seperti berikut: Mendidik educate Berbincang discuss Membimbing counsel Memainkan peranan role play Menghurai elaborate Mencari jawapan to find out Menerangkan explain Menjawap to answer Menunjuk demonstrate Melakonkan to dramatise Memberi tahu tell Bermain to play Mencerita narrate Menggalakkan motivate Mengarah direct Mendorong motivate Mengurus manage Membetulkan to correct Melatih train, coach Menyuburkan cultivate Memudahkan facilitate Memperkembangkan to develop Bertanya question Menjaga to care Berinteraksi interact Mengasuh to care and develop Berkomunikasi communicate Mendengar to listen Rajah 1.1 Senarai sinonim pendidikanSenarai di atas boleh ditambah lagi. Banyaknya sinonim atau rangkai kata yang hampir sama ertidengan ‘pengajaran’ sama ada dalam Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris menggambarkan betapakayanya dan beragamnya seni dan gaya pengajaran yang diamalkan oleh ‘guru’ dalam sistempendidikan kita, baik secara formal atau informal. Berlainan istilah yang kita gunakan menggambarberlainan sedikit gaya atau teknik guru mengajar. Misalnya ‘mengasuh’ berlainan sedikit kaedahnyaberbanding dengan ‘menerangkan sesuatu’ atau ‘melatih’. Kita boleh mengambil mana-mana perkataandi atas dan cuba menggunanya dalam beberapa konteks atau situasi. Di bawah adalah beberapacontoh situasi penggunaan perkataan ‘menunjuk’, ‘melatih’, ‘berbincang’, ‘mengarah’ sebagai kaedah‘guru’ mengajar. 1. Ibu melatih anaknya membaca ayat-ayat Quran dengan betul di rumah, supaya anaknya pandai membaca dan menghafal ayat-ayat itu. 2. Dengan mengguna komputer anaknya menunjuk ibunya langkah-langkah mengguna e-mel supaya ibunya tahu mengguna e-mel. 3. Sarjan mengarah polis kadet berlatih berkawat dengan kemas setiap pagi supaya mereka dapat menunjukan kecekapan berkawat pada akhir tempoh latihan. 4. Pengurus syarikat berbincang dengan jurujual syarikat itu tentang berbagai-bagai teknik menjual komputer kepada pelanggan di pasar raya. 5. Guru bercerita kepada murid Tahun 5 tentang peperangan Melaka dengan Portugis dalam tahun 1511.
  • 11. Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 11Bolehlah kita simpulkan bahawa adunan semua kata kerja di atas merupakan perbuatan, amalan, dantingkah laku yang terangkum di bawah konsep pengajaran dan pedagogi.Apakah itu Model Pengajaran?K ita boleh mengkaji proses dan hasil pengajaran dengan lebih sistematik dengan melihatnya dalam bentuk model. Model ialah satu kerangka konseptual untuk membantu kita melihat bahagian-bahagian yang berkaitan di dalamnya, dan memikir hubungan di antara bahagian-bahagian itu dengan lebih mudah kerana sifatnya yang meringkaskan suatu proses yang kompleks. Rajah 1.2 Pengajaran-Pembelajaran dalam konteks Sistem PelajaranRajah 1.2 di atas menunjukkan hubungan antara pengajaran dengan proses pembelajaran dan hasilpembelajaran. Ia berdasarkan hipotesis bahawa kualiti pengajaran mempengaruhi kualiti prosespembelajaran dan hasil pembelajaran: lebih baik kualiti pengajaran lebih mudah dan berkesanpembelajaran murid dan lebih tinggi hasil pembelajarannya. Proses pengajaran-pembelajaran ini akantambah berkesan jika terdapat sokongan yang baik daripada pihak pentadbiran sekolah dan peralatanyang mencukupi untuk pengajaran-pembelajaran.Banyak kajian dibuat untuk melihat bagaimana kaedah pengajaran boleh dirancang dan direka bentukuntuk memberi kesan yang optimum kepada pembelajaran murid. Model-model ini dipengaruhi olehberbagai-bagai disiplin ilmu seperti psikologi pendidikan, psikologi sosial dan komunikasi, dan sosiologipendidikan.Tiga aliran ilmu psikologi yang besar mempengaruhi pendekatan membina kurikulum dan pengajaran,ialah; 1. aliran psikologi behavorisme 2. aliran psikologi kognitif, yang secara popular dipanggil juga mazhab konstruktivisme. 3. aliran psikologi sosial.
  • 12. 12 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Aliran psikologi behavorismeTeori-teori dalam psikologi behavorisme memberi perhatian dan mengkaji tingkah laku manusia, keranatingkah laku manusia boleh dilihat dan diukur. Teori dalam aliran ini pada asasnya melihat tingkah lakumanusia sebagai tindakan kepada ransangan (S  R: stimulus  response). Teori ini jugamenegaskan pentingnya ‘pengukuhan’ (reinforcement) melalui ganjaran atau insentif untuk merangsangdan mempengaruhi apa dan bagaimana manusia melakukan sesuatu, termasuk bagaimana muridbelajar.Antara penganut dan pengkaji yang berpengaruh dalam mazhab behavorisme ini ialah B. F. Skinner.Berdasarkan teori ini Skinner telah mereka bentuk pendekatan dan rancangan pengajaran yangdinamakan ‘programmed instruction’ atau pengajaran yang terancang. Pengajaran guru di sekolah punbanyak mengguna teori ini. Misalnya dalam pengajaran guru kerap menggunakan pujian ‘bagus’ atau‘betul’ bagi jawapan murid yang betul, untuk ‘mengukuhkan’ jawapan murid itu; dan ‘cuba lagi’ bagijawapan yang tidak tidak tepat. Markah dan gred digunakan untuk menggalakkan murid belajar. Hadiahtahunan diberi kepada kepada murid terbaik. Semua amalan ini didasari ilmu psikologi aliranbehavorisme.Aliran psikologi kognitif: konstruktivismeAliran psikologi kognitif lebih menekankan perkembangan corak pemikiran manusia – cara ia berfikirdan membentuk makna, berbanding dengan aliran behavorisme yang lebih menekan tingkah laku(behaviour) manusia. Secara ringkasnya aliran psikologi kognitif berpendapat bahawa corak pemikiranseseorang bergantung kepada cara ia membina (construct) dan memberi makna kepada apa yangdipelajari atau dialaminya. Pemikiran seseorang murid akan memperkembang dan ‘pengertiannya’mengenai sesuatu diperluaskan apabila pengalamannya bertambah. Pengertian atau makna yangdiberi kepada sesuatu itu bergantung kepada persepsinya dan skima atau rangka pemikiran yang adapadanya. Persepsi dan skima pemikiran ini akan disusun semula (reconstruct) apabila seseorang ituterdedah dengan pengalaman, informasi dan perspektif baru.Sejak kebelakangan ini psikologi kognitif (terutama kefahaman konstruktivisme) banyak mempengaruhipendekatan pengajaran, susunan kurikulum dan penilaian. Antara tokoh yang mempelopori mazhab iniialah John Dewey, Jean Piaget, Jerome Brunner, David Ausubel, Hilda Taba, dan Lee S. Shulman.Aliran psikologi sosialPsikologi sosial dan mikrososiologi memberi tumpuan terhadap kesan kepada perkembangan pemikirandan sosio-emosi individu apabila ia berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain, baik secaraberdua atau secara kumpulan. Seseorang banyak belajar dari peranannya dalam sesuatu kumpulan:dalam keluarga, rakan sebaya, kumpulan dalam kelas atau kumpulan dalam kokurikulum. Melaluiperbincangan dan aktiviti kerjasama secara kooperatif misalnya, ia memahami orang lain, meniru(modeling) orang lain, dari segi bahasa, cara bekerja, sikap dan nilai. Kesan daripada ini adalahseseorang belajar nilai menghormati orang lain, sikap bertolak-ansur dalam kerja kumpulan,bertanggung jawab untuk menyiapkan kerja kumpulan dan sebagainya. Pendekatan pembelajarankooperatif atau projek kumpulan dan pengajaran rakan sebaya (peer teaching) adalah di antarapendekatan pedagogi yang berasaskan teori psikologi sosial dan mikrososiologi.
  • 13. Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 13Dalam proses pengajaran di bilik darjah, teori daripada ketiga-tiga perspektif psikologi di atas bolehdigunakan untuk kita memahami proses pengajaran dan pembelajaran. Teori dan prinsip pembelajarandari ketiga-tiga aliran psikologi ini sama penting untuk kita gunakan bagi menggubal perancangankurikulum, pedagogi dan penilaian.Berdasarkan tiga aliran disiplin ilmu di atas terbentuklah beberapa Model Pengajaran. Kita akanmembincangkan empat model yang berkaitan, iaitu Model Tyler, Model ASSURE, Model Masteri, danModel Inkuiri. Kemudian kita akan menggabungkan beberapa elemen daripada empat model tadi untukmembentuk Model UPSI.Model TylerSalah satu model atau sistem pembangunan kurikulum dan pengajaran klasik yang banyakmempengaruhi perancangan kurikulum dan pengajaran di sekolah, ialah model Ralph Tyler (1949).Mengikut Tyler, pendekatan membina kurikulum dan pengajaran mengandungi empat bahagian ataulangkah utama seperti di bawah; 1. Objektif pengajaran (Kenapa mengajar?). 2. Kurikulum, iaitu kandungan sesuatu pengajaran (Apa yang hendak diajar?). 3. Susunan isi kandungan: turutan unit-unit pelajaran (Bagaimanakah bahan yang hendak diajar itu disusun dalam beberapa unit pelajaran?). 4. Penilaian hasil pembelajaran (Bagaimanakah hasil pembelajaran hendak diukur dan dinilai?)Hasil penilaian pembelajaran kemudiannya digunakan untuk menambahbaik empat komponen di atas.Model ASSUREModel ini berasaskan buku Robert Gagne, Events of Instruction (1992). Model ini amat berguna untukguru membentuk pengajaran di bilik darjah. ASSURE ialah akronim kepada huruf pertama dalam tujuhbahagian atau proses dalam model ini. A Analyze: Buat analisis kesediaan dan gaya pembelajaran murid. S State: Nyatakan objektif atau hasil pembelajaran; darjah prestasi yang boleh diterima S Select: Pilih kaedah, media dan bahan pengajaran-pembelajaran. U Utilise: Buat ‘preview’ bahan dan media: sediakannya dan laksanakan. R Require: Tentukan murid mengambil bahagian aktif dalam pembelajaran: mencari dan membuat analisis maklumat. E Evaluate: Menilai hasil pembelajaran dan buat penambahbaikan bahan dan proses pembelajaran.Model MasteriModel Masteri dipelopori oleh John Caroll (1963) dan diperkembangkan oleh Benjamin Bloom (1970-an). Model atau pendekatan Masteri ini didasarkan kepada hipotesis atau anggapan bahawa semuamurid normal boleh belajar dan dapat menguasai sesuatu pelajaran di sekolah sehingga ke tahapMasteri, (iaitu prestasi yang ditentukan guru), jika murid diajar sesuai dengan keperluannya, dan diberi
  • 14. 14 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2masa yang mencukupi. Langkah-langkah pengajaran untuk Masteri sesuatu pelajaran adalah sepertiberikut: 1. Objektif atau tahap hasil pembelajaran yang hendak dicapai oleh murid itu ditentukan secara realistik dan jelas. 2. Unit-unit pengajaran-pembelajaran dibahagikan dan disusun secara berturutan beransur maju (sequential); 3. Penerangan guru jelas dan mudah difahami oleh semua murid; 4. Jenis penglibatan murid atau latihan untuk murid pelbagai dan mencukupi (latihan individu atau berkumpulan) 5. Masa untuk setiap murid belajar dan membuat latihan itu mencukupi; 6. Kemajuan pembelajaran murid dipantau melalui penilaian formatif (pemerhatian kerja latihan murid, kuiz, bersoal-jawab) ; 7. Guru membuat pembetulan atau pemulihan segera jika murid atau kumpulan murid menghadapi apa-apa masalah; 8. Setiap murid menguasai 80% dari apa yang perlu dipelajari sebelum ia terus belajar ke unit baru, sambungan kepada unit yang telah dikuasainya. 9. Penaksiran dan penilaian summatif diberi pada akhir sesuatu program, misalnya di akhir kursus untuk menaksir dan menilai pencapaian muridDalam pembelajaran untuk Masteri perbezaan prestasi murid di akhir kursus disebabkan oleh; 1. perbezaan ‘kesediaan’ kognitif (pengetahuan sedia ada) dan afektif (motivasi) murid untuk belajar sesuatu unit; 2. masa untuk belajar dan membuat latihan tidak mencukupi bagi sesetengah murid; 3. guru tidak membantu murid membuat pembetulan segera di mana murid menghadapi masalah.Model Masteri sekarang menjadi asas untuk menggubal Kurikulum Standard dan Penaksiran Standarddi Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan New Zealand dan Malaysia. Dalam kurikulumstandard, jenis dan tahap pembelajaran yang murid perlu kuasai pada sesuatu peringkat itu dinyatakansecara jelas. Kemudian setelah proses pengajaran-pembelajaran, penaksiran dan penilaian dibuatuntuk menaksir sejauh manakah hasil pembelajaran murid itu mencapai ‘standard’ yang ditetapkan itu.Model Masteri ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Unit 7. Apakah persamaan dan perbezaan antara model pengajaran Tyler, model ASSURE dan model Masteri? Senaraikan langkah-langkah utama dalam pendekatan pengajaran Masteri.Model InkuiriInkuiri bererti menyelidik atau mencari jawapan kepada sesuatu persoalan. Perhatikan kanak-kanakpada umur 1 – 5 tahun amat suka meneroka, mencuba sendiri, memerhati dan mengguna semua pancaindera untuk ‘menyelidik’, bertanya dan belajar apa saja. Mereka cepat belajar. Idea bahawa manusiaselalu bertanya, berfikir, mencari jawapan dan memberi makna tentang sesuatu sudah lama wujud, dandiberi perhatian oleh ahli-ahli falsafah. Misalnya ahli falsafah Greek Socratis (459-399 SM)
  • 15. Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 15menggalakkan orang berfikir dan mencai jawapan melalui dialog – siri ‘bersoal-jawab’ mengenaisesuatu. Ajaran Islam sendiri sentiasa menyuruh penganutnya memerhati fenomena alam, merenungdan berfikir tentang ciptaan Allah SWT, dan dengan itu menghayati pemberiannya dengan membuatpertanyaan melalui ayat yang bermaksud “Maka apakah kamu tidak memerhatikan?”.Kebelakangan ini psikologi kognitif (terutama fahaman konstruktivisme) banyak mempengaruhi susunankurikulum, pendekatan pengajaran dan penilaian. Antara tokoh yang mempelopori aliran pemikiran iniialah John Dewey, Jean Piaget dan Lev Vygotsky, Jerome Brunner, David Ausubel, Hilda Taba, Lee S.Shulman dan Carl Rogers.Secara ringkas aliran ini berpendapat bahawa pembelajaran ialah proses pembentukan corak pemikiranseseorang, dan cara seseorang membina (construct) dan memberi makna kepada apa yangdipelajarinya. Seseorang murid akan memperkembang dan memperluaskan ‘pengertiannya’ tentangsesuatu (misalnya tentang ‘hujan’) apabila pengalaman dan informasi tentang ‘hujan’ bertambah.Persepsi dan skema pemikirannya tentang ‘hujan’ akan disusun semula (reconstruct) denganbertambahnya pengalaman, informasi dan perspektif baru tentang hujan.Jadi berdasarkan mazhab konstruktivisme ini, pendekatan pengajaran inkuiri adalah untuk membantumurid menyelidik atau mengkaji sesuatu sendiri atau secara berpasukkan mengguna pelbagai sumberinformasi. Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran pada amnya adalah sebagai berikut: 1. Murid (dengan bimbingan guru) membentuk soalan yang hendak dicari jawapannya, misalnya ‘Bagaimana hujan berlaku?’ 2. Murid berbincang dan membuat hipotesis tentatif (working hypotheis) tentang kemungkinan bagaimana hujan berlaku. Ini berdasarkan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada pada murid. Ini merupakan skema atau rangka pemikiran awalnya terhadap perkara itu 3. Murid mencari dan mendapat maklumat tentang bagaimana hujan berlaku. 4. Murid membuat kesimpulan dan memberi jawapan kepada soalan asalnya ‘Bagaimanakah hujan berlaku’. Dengan ini persepsi, pengertian dan rangka pemikiran murid tentang hujan ‘disusun semula’ dan bertambah luas. 5. Dapatan atau hasil kajiannya itu ditulis dan dibentangkan kepada rakan-rakannya, untuk dibincangkan.Terdapat beberapa variasi dalam pendekatan inkuiri, iaitu guided-inquiry (inkuiri terbimbing), discoverylearning (pembelajaran penemuan), problem-based teaching (pengajaran berasaskan masalah), projectmethod (kaedah projek) dan sebagainya. Kaedah yang berbeza ini akan dibincangkan dengan lebihmendalam dalam Unit 10 modul ini, dan Unit 2, 3, dan 4 dalam Modul 2.Aa result of activities in grades K-4, all students should develop:Model Pengajaran UPSI (2009)Model UPSI ini digubal berdasarkan model Tyler, dan diperluas untuk memasukkan beberapakomponen tambahan, mengambil kira beberapa ciri dalam Model Masteri dan Model Inkuiri. Tujuanmodel ini adalah untuk dijadikan panduan yang praktikal bagi memikir, merancang dan mereka bentukkurikulum, pengajaran, teknologi dan penaksiran sesuatu mata pelajaran di sekolah.
  • 16. 16 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Rajah 1.3 Model Pengajaran UPSI 2009: Universiti Pendidikan Sultan Idris (disesuaikan daripada Model Tyler)Model ini terdiri daripada lapan (8) komponen utama yang perlu guru mengambil kira dalam merancangatau mereka bentuk kurikulum dan pengajaran sesuatu mata pelajaran atau topik. 1. Membuat analisis keperluan dan kesediaan murid dalam konteks pembelajaran yang akan dilaksanakan. 2. Membuat analisis kandungan kurikulum: kandungan topik yang hendak ajar, dari segi ‘pengetahuan’ di dalamnya: fakta, konsep, prosedur, klasifikasi, prinsip dan teori; dan ‘kemahiran’ seperti membuat eksperimen, mencari maklumat dalam internet, menulis laporan, dan sebagainya. 3. Berdasarkan (1) dan (2) di atas guru menentukan objektif pengajaran, iaitu tahap hasil pembelajaran yang realistik yang perlu dicapai oleh murid. 4. Menyusun turutan (sequence) unit-unit pengajaran supaya beransur maju, bersambungan, dan berkembang. 5. Memilih dan mengguna kombinasi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kesediaan murid dan sifat isi kandungan topik berkenaan. 6. Membina, memilih dan mengguna alat dan media bantu pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memudahkan proses pengajaran-pembelajaran 7. Menyedia latihan yang sesuai dan mencukupi untuk semua murid supaya pembelajaran mereka berkesan dan mencapai Masteri.
  • 17. Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 17 8. Membina, memilih dan mengguna kaedah dan alat penaksiran yang sesuai untuk mengukur, mentaksir proses pembelajaran (penaksiran formatif bagi memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran murid) dan penaksiran summatif untuk menilai hasil pembelajaran.Perhatikan setiap lapan komponen dalam model ini berkait antara satu sama lain. Perubahan dalammana-mana komponen akan mempengaruhi komponen atau bahagian lain. Misalnya perubahan dalamkaedah penaksiran akan mempengaruhi objektif pengajaran, kandungan kurikulum, susunan unit-unitkurikulum, kaedah pengajaran dan latihan murid. Perubahan dalam alat media (misalnya menggunakomputer sebagai alat utama pengajaran-pembelajaran) akan mempengaruhi susunan unit-unitpengajaran dan interaksi antara guru dan murid. Jadi dalam mereka bentuk dan merancang pengajaransemua komponen utama ini perlu diambil kira. Apakah akan terjadi kepada komponen lain jika anda ubah objektif pengajaran dan tahap hasil pembelajaran murid?Isu Pendekatan ‘Berpusatkan Murid’ dan ‘Berpusatkan Guru’C arl Rogers (1994) adalah di antara ahli psikologi yang berpendapat bahawa pendidikan yang bermakna bagi seseorang murid ialah pendidikan yang murid itu sendiri tentukan apa yang ia perlukan, merancang sendiri, belajar mengikut gayanya sendiri, dan menilai sendiri hasil apayang dipelajarinya. Rogers mengutarakan konsep ‘freedom to learn’ menamakan pendekatanpendidikan ini pendekatan ‘pembelajaran terarah-kendiri’ (self-directed learning), kerana semua aspekdalam proses pembelajaran seseorang murid ditentukan oleh murid itu sendiri, bukan oleh guru ataukurikulum badan luar seperti Kementerian Pelajaran.Ini bererti kurikulum, kaedah pembelajaran, alat pembelajaran seperti buku teks, bengkel dan kaedahpenilaian dan tafsiran hasil pembelajaran ditentukan oleh murid, yang kerap dilabel sebagaipembelajaran ‘berpusatkan murid’. Tugas guru dalam konteks pendekatan ‘pembelajaran terarah-kendiri’ ini adalah untuk memudahkan (facilitate) murid belajar sendiri: bertanya, berfikir, menyelidik danmencari sendiri jawapan supaya jawapan itu bermakna kepadanya. Seorang lagi ahli psikologi di UnitedKingdom, N.S. Neill (1960) juga berpegang kepada falsafah yang hampir sama, iaitu setiap murid harusdiberi ‘kebebasan’ kepadanya untuk belajar sendiri apa yang ia mahu: setiap murid bebas untuk belajarapa saja, dengan cara apa yang dipilih sendiri dan dalam masa yang ditentukannya. Pendekatan yangbebas ini dilaksanakan di Summerhill School, di United Kingdom oleh Neill sendiri. Guru lebihberperanan sebagai pembantu dan fasilitator saja.Pendekatan pendidikan ‘berpusatkan murid atau terarah-kendiri ini’ oleh Rogers dan Neill ini dikritik olehLev Vygotsky (1978) yang berpendapat bahawa pembelajaran dan perkembangan kognitif kanak-kanak atau murid ialah fenomenon sosial dan budaya, iaitu akibat daripada interaksinya dengan oranglain terutama bimbingan ibu bapa, guru atau orang dewasa. Pembelajaran seseorang murid bolehdipercepat dan lebih berkesan jika murid diberi bimbingan untuk melakukan tugasan pembelajaran yang‘lebih tinggi sedikit’ dari apa yang sudah dikuasainya. Dengan cara beransur-ansur pembelajaran muridberkembang.
  • 18. 18 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Dalam pengajaran sains pendekatan inkuiri amat digalakkan supaya murid mendapat kemahiran sepertiapa yang ahli sains lakukan. Tetapi buku panduan Inquiry and the National Science EducationStandards (2000, ms 23) menegaskan tidak seharusnya kaedah inkuiri sahaja yang menjadi peganganguru dalam pengajaran sains. "Although the Standards emphasize inquiry, this should not be interpreted as recommending a single approach to science teaching. Teachers should use different strategies to develop the knowledge, understandings, and abilities described in the content standards. Conducting hands- on science activities does not guarantee inquiry, nor is reading about science incompatible with inquiry. Attaining the understandings and abilities cannot be achieved by any single teaching strategy or learning experience."Pada amnya pendekatan pendidikan boleh dibahagi kepada dua yang ekstrem; 1. Pertama, ialah sistem yang bebas (freedom to learn) seperti yang cadangkan oleh Rogers dan diamalkan oleh N.S.Neill: pendidikan yang terbuka, ‘pembelajaran terarah-kendiri’ (atau kerap disebut ‘berpusatkan murid’). Dalam sistem ini murid bebas menentukan kenapa ia ingin belajar sesuatu (objektif), apa yang murid ingin pelajari (kurikulum), cara belajar, dari siapa ia ingin belajar (guru), cara menilai kemajuannya. 2. Kedua ialah sistem pendidikan yang terkawal ketat dari ‘luar’ (other-directed) sama ada oleh Kementerian Pelajaran, badan luar, atau guru, dari segi kurikulum, buku teks, jadual waktu, kaedah pengajaran guru, latihan murid, sistem penaksiran, dan pentadbiran aktiviti sekolah. Hampir semua aspek pendidikan di sekolah sekarang didasarkan kepada prosedur dan peraturan yang digubal oleh ‘pihak luar’ bukan ditentukan oleh murid. Sistem berasaskan ‘other directed’ kerap dilabelkan sistem ‘berpusatkan guru’ yang agak mengelirukan.Antara dua pendekatan ekstrem ini terdapat pelbagai kombinasi atau ‘darjah’ kebebasan untuk muridbelajar atau guru mengajar. Pada amnya mazhab konstruktivisme lebih cenderung kepada sistem yanglebih ‘terbuka’. Tetapi sistem pendidikan di kebanyakan masyarakat atau negara adalah lebihcenderung kepada sistem yang lebih terancang, ‘other directed’ iaitu sistem yang ditentukan olehagensi luar seperti Kementerian Pelajaran, sekolah dan institusi seperti universiti, bukan oleh murid.Sistem pendidikan di Malaysia misalnya lebih bersifat ‘centralised’, ‘over standardised’ dan ‘overcontrolled’ dari segi kurikulum, buku teks, jadual waktu, kaedah penilaian dan sistem pentadbiransekolah. Apa yang perlu dipelajari dan buku teks yang perlu diguna di sekolah rendah di Petaling Jayaadalah sama dengan apa yang diajar di sekolah rendah di Gua Musang, Kelantan atau di pendalamandi Sabah dan Sarawak, pada hal konteks budaya tempat-tempat ini berbeza. Kebebasan guru untukmencipta atau membuat inovasi pendekatan alternatif dan cara murid belajar adalah tertakluk kepadakeperluan dan peraturan yang dibuat oleh Pusat (Kementerian Pelajaran) dan oleh sekolah.Sekarang terdapat pendekatan alternatif ‘pertengahan’ antara dua ekstrem, di mana Pusat (misalnyaKementerian Pelajaran) menentukan ‘matlamat’ dan ‘Standard’ hasil pembelajaran yang diharapkanuntuk murid mencapai bagi setiap mata pelajaran, dan membenarkan sekolah, guru dan murid memilihdan menentukan bahan pengajaran, susunan bahan, kaedah pengajaran-pembelajaran dan tempoh
  • 19. Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model Pengajaran / 19masa belajar ke arah mencapai Standard itu. Ertinya terdapat pemikiran dan amalan supaya sistempengajaran-pembelajaran ini lebih fleksibel untuk mencapai sesuatu ‘standard’. Aliran pemikiran inisekarang diamalkan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan New Zealand untuk memenuhi keperluannegara, di samping itu menggalakkan kreativiti dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.Sistem pendidikan yang benar-benar bebas berasaskan ‘pembelajaran terarah-kendiri’ sebenarnyatidak berlaku: hampir semua sistem pendidikan di setiap negara dibentuk dan dirancang badan ‘luar’daripada murid (misalnya Kementerian Pelajaran) dari segi kurikulum, bahan pembelajaran (buku teks)dan sistem peperiksaan atau penilaian. Walau bagaimanapun masih ada ruang untuk guru dan muridmembuat inovasi kaedah pengajaran-pembelajaran untuk memudah pembelajaran yang bermaknadalam konteks bilik darjah masing-masing. Pada pendapat anda sejauh manakah guru bebas mengajar kaedah apa saja? Dan sejauhmanakah murid bebas belajar mengikut gaya pilihannya?RUMUSANI lmu pedagogi ialah satu ‘sains dan seni pengajaran’ (pedagogy is the science and art of teaching). Pengajaran adalah satu seni atau kraf, tetapi berasaskan sains tingkah laku manusia. Model-model pengajaran adalah contoh-contoh rangka konseptual untuk kita memikir dan mereka bentukpendekatan pengajaran. Berpandukan ini guru dapat memilih, menyusun unit-unit bahan pengajarandan mengadunkan kaedah untuk memudahkan muridnya belajar dengan berkesan dan bermakna.Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang meningkatkan hasil pembelajaran murid bagi tujuanmencapai matlamat pendidikan yang lebih luas.KATA KUNCI 1. Pendidikan 7. Model ASSURE 2. Pengajaran 8. Model Inkuiri 3. Pedagogi 9. Model Masteri 4. Model pengajaran 10. Model UPSI 5. Model Tyler 11. Pendidikan non-formal 6. Pendidikan formal 12. Pendidikan informalPENILAIAN KENDIRI 1. Huraikan perbezaan antara pendidikan, pengajaran, dan pedagogi. Apakah matlamat ketiga- tiganya? 2. Beri contoh bagaimana setiap aliran pemikiran yang dibincangkan mempengaruhi kaedah dan amalan pedagogi di sekolah.
  • 20. 20 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 3. Huraikan komponen-komponen penting dalam Model Pengajaran UPSI. 4. Apakah akan terjadi kepada komponen lain jika anda ubah objektif pengajaran dan tahap hasil pembelajaran murid? 5. Apa akan terjadi dalam perancangan pengajaran anda jika anda tidak mengambil kira ‘susunan unit-unit pengajaran’?RUJUKANBorko, H., & Putnam, R. T. (1996). Learning to teach. In D. C. Berliner & R. C. Calfee (Eds.), Handbook of Educational Psychology, 673-708. New York: Simon & Schuster Macmillan.Bruner, J. (1960). The process of education. New York: Vintage.Carl, R. (1994). Freedom to learn (3rd ed.) New Jersey: Prentice Hall, Inc.Committee on Development of an Addendum to the National Science Education Standards on Scientific (2000). Inquiry and the National Science Education Standards: A Guide for Teaching and Learning. Inquiry Center for Science, Mathematics, and Engineering Education National Research Council. Washington, D.C: National Academy Press.Delors, J. (1996) Learning: the treasure within: The Report of Commission on Education for the Twenty First Century, UNESCO.Gagne R., Briggs L. & Wager, W. (1992). Principles of Instructional Design, 4th. edition, Harcourt, Brace, Javanovich, Orlando.Neill A.S. (1960), Summerhill: a radical approach. New York: Hart Publication Co.Shulman L. S. (2000). Teacher Development: Roles of Domain Expertise and Pedagogical Knowledge. Journal of Applied Developmental Psychology, 21(1), 129–135.Shulman, L. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review, 57, 1-22.Tyler, R. W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: University of Chicago Press.Vygotsky, L.S. (1978). Minds in society. Cambridge, MA: Harvard University Press.

×