Your SlideShare is downloading. ×
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran

8,768
views

Published on


0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
8,768
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
279
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. GE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN TUGASAN : ESEI KUMPULAN TAJUK :PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK GOLONGAN BERMASALAH PENDENGARAN NAMA PELAJAR : NIK NURHIDAYAH BINTI NIK AZHAR (A 138251) AZNURI BINTI ADANAN (A 136354) SITI ZARIFATUL AZIMAH BINTI HAJI ISMAIL (A 138752) NAMA PENSYARAH : EN. MD YUSOFF BIN DAUD
  • 2. 1.0 PendahuluanPerkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super Corridor (MSC ) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara – negara maju didunia . Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan teknologi dalammentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat ( knowledgebased society ) . Kemajuan teknologi seperti internet dan multimedia begitu menonjol dalamsektor awam dan swasta . Ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakanoleh Mantan Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad :“ In the information age that we are living in the Malaysian society must be information rich .It can be no accident that today there is no wealthy developed country that is informationpoor and no information rich country is poor and undeveloped” . ( Wawasan 2020 , 1991 ,p36 ) . Jadi , untuk mencapai matlamat 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat , makainisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian adalahperlu tidak kiralah untuk golongan normal mahupun golongan kurang upaya ( OKU ) . “ Kuasa web terletak pada aspek universal . Ianya boleh dicapai oleh semua orangwalaupun mempunyai kekurangan fizikal ” . Demikian kata Tim Berners-Lee , PengarahWorld Wide Web Consortium (W3C) apabila memperkatakan mengenai internet dangolongan kurang upaya . Penggunaan teknologi telah berkembang dengan pesat merangkumipelbagai aspek dalam masyarakat dan ia sepatutnya boleh digunakan oleh semua golonganmasyarakat termasuk mereka yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal sepertipenglihatan , pendengaran , cacat anggota badan dan lain – lain . Sejak akhir – akhir ini , kerajaan melaui Kementerian Pembangunan Wanita , Keluargadan Masyarakat ( KPWKM ) telah menjalankan beberapa kempen kesedaran untukmemperjuangkan hak rakyat yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal atau lebih dikenalisebagai orang kelainan upaya ( OKU ) bagi membolehkan golongan ini ‘ berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan mereka yang sempurna sifatnya . Rentetan dengan itu , aspekpenggunaan teknologi seperti komputer mahupun telefon bimbit perlu ditekankan kepadagolongan OKU agar mereka tidak ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan teknologiini . Seperti sedia maklum , penggunaan alat teknologi , seperti komputer amat bergunadalam kehidupan seharian manusia pada masa kini .
  • 3. Namun , bagi mereka yang lahir dengan kekurangan dari segi fizikal atau mendapatkemalangan sehingga menyebabkan mereka mengalami kekurangan dari segi fizikal ,keadaan ini akan membataskan keupayaan mereka untuk menggunakan komputer secaraoptimum . Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat , seramai130,000 orang telah mendaftar sebagai OKU pada 2005 dan pada tahun 2011 jumlahpendaftar golongan OKU telah meningkat kepada 331,606 orang dan lebih spesifik lagi40915 orang untuk masalah pendengaran . (sumber : utusan online, arkib 3/11/2011 ) . Seiring dengan jumlah peningkatan ini , kita perlulah proaktif dalam mengaplikasikanpengunaan teknologi dengan sebaik mungkin untuk membantu golongan OKU ini khususnyabagi golongan yang mengalami masalah pendengaran . Pendengaran yang baik membolehkan kita hidup sebagai manusia sempurna yangdiciptakan oleh ALLAH S.W.T . Tetapi jika nikmat ini ditarik semula , kita pasti akanmerasai kekurangan dan tidak sempurna jika tidak mempunyai pendengaran yang baikmalahan tanpa pertuturan yang jelas juga sudah tentu kehidupan seharian tidak dapatdijalankan dengan sempurna . Di Malaysia dianggarkan setiap tahun lebih kurang 2500 bayi dilahirkan menghadapimasalah pendengaran dan purata yang mengalami masalah ini ialah tiga kes bagi setiap 1000kelahiran dan berdasarkan perangkaan daripada Kementerian Kesihatan seramai 440 ribuorang atau dua peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah pendengaran. Ramai antara ibu bapa yang tidak mengetahui masalah pendengaran ini boleh dikesandiperingkat awal iaitu melalui ujian pendengaran yang boleh dilakukan ke atas bayi dihospital – hospital tetapi malangnya sesetengah ibu bapa kurang peka akan hal ini danmereka hanya menyedari anak mereka menghadapi masalah pendengaran apabila merekasudah remaja namun sayang waktu itu sudah terlambat . Namun , tiada apa yang harus dimalukan apabila kita , saudara atau anak tidak mampumendengar kerana berjuta – juta penduduk dunia turut menghadapi masalah tersebut .Perkembangan teknologi pengkomputeran dan telefon telah memberi sinaran baru kepadagolongan tersebut yang sebelum ini agak terbatas dalam pergaulan dan sukar untukmenggunakan kemudahan mengakses maklumat . Antara produk teknologi yang terdapat di pasaran yang boleh membantu golonganistimewa ini ialah komputer , mesin faks , telefon bimbit , pager , terminal menyokong TTY (
  • 4. teletype ) , alat bantuan pendengaran dan sebagainya . Malahan syarikat – syarikat pengeluarteknologi yang termasyhur tidak pernah mengabaikan golongan ini dalam pembangunanproduk – produk mereka . IBM , Microsoft , Apple , HP dan sebagainya menyediakanmaklumat khas untuk golongan ini menggunakan produk – produk mereka . Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan , mesin , bahan dan prosesuntuk menyelesaikan masalah manusia . Perkataan “technology” berasal dari perkataan Greek(technologia) yang bermaksud seni , kemahiran , rekaan dan (logia) yang bermaksudpembelajaran , kajian . Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidangtertentu . Sebagai contoh teknologi dalam perubatan , teknologi dalm pendidikan dan teknologimaklumat . Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget yangmenggunakan prinsip sains dan proses terkini . Namun begitu , rekaan lama seperti tayarmasih menunjukkan tekonologi . Secara umumnya , teknologi boleh didefinisikan sebagaiaplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah dankesulitan yang dihadapi oleh manusia dalam menjalani kehidupan seharian . Manakala , “ cacat pendegaran” ataupun “Masalah Pendengaran” menurut AktaPendidikan Individu dengan Ketidakupayaan ( Individuals with Disabilities Education Act ,IDEA ) bererti “ masalah pendegaran yang sangat teruk sehingga kanak – kanak tidakberupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan amplikasiatau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian pendidikannya” . Seseorang yangmengalami masalah pendengaran secara amnya akan menggunakan alat banu pendengarandan mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjayamemproses maklumat linguistik menerusi pendengaran . ( Brill , MacNeil & Newman , 1986). Seiring dengan perkembangan dan kemajuan dalam bidang teknologi pada masa ini ,tidak mustahillah jika terdapat beberapa alat teknologi yang direka khusus untuk membantugolongan bermasalah pendengaran ini . Golongan ini wajar dibantu agar mereka dapatmerasakan nikmat kehidupan yang sebenar seperti manusia normal yang lain .
  • 5. 2.0 Penggunaan TeknologiTeknologi bukan lagi perkataan yang luar biasa yang jarang digunakan dewasa ini, hal inikerana, dunia sekarang sudah sinonim dengan penggunaan teknologi dalam pelbagai perkarauntuk melengkapkan dan menyempurnakan sesuatu tugasan yang tertentu. Perkembangan danpenggunaan ICT ( Information and Communication Technology) atau dikenali sebagai“Teknologi Komunikasi dan Maklumat” bukan lagi sesuatu yang luar biasa, khususnya didalam bidang pendidikan. Penggunaannya telah digunakan secara meluas di merata-ratatempat dan senang diperolehi. Perkembangan ICT ini memberi impak yang besar kepada perkembangan pelajar keranadengan adanya penggunaan teknologi secara berterusan memberi maklumat kepada parapelajar untuk mencari segala maklumat yang diinginkan dan menambah ilmu pengetahuankepada pelajar. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambillangkah yang bijak dalam menerapkan penggunaan teknologi dalam meningkatkanpencapaian akademik pelajar. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dalam meningkatkanpencapaian akademik tersebut. Menurut Effandi Zakaria (2004), pelajar khas ini menunjukkan kesukaran dalamkeupayaan visual ruang. Mereka menghadapi masalah berkaitan pengiraan, bahasa dansebagainya. Oleh itu, mereka mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaianberbanding pelajar-pelajar biasa yang sebaya dengannya. Teknologi ICT yang bagi pelajarbermasalah pendengaran yang difokuskan ialah berkaitan dengan alat bahan bantu mengajardalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru-guru yang manamerangkumi penggunaan komputer dan tayangan slide . Selain itu ,penggunaan teknologi ICT boleh diaplikasikan semasa proses pengajaran danpembelajaran samada di dalam kelas ataupun di luar kelas. Pelbagai cara dapat digunakanuntuk meningkatkan kemahiran pelajar berkeperluan khas walaupun diketahui bahawa pelajartersebut mempunyai had yang terbatas. Namun, tidak mustahil untuk meningkatkankemahiran pelajar-pelajar walaupun masa yang menentukan untuk menguasai sesuatukemahiran.
  • 6. Menurut Abdul Rahim Razali, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), kajianmenunjukkan bahawa teknologi komputer mampu memudahkan pelajar-pelajar khas,terutamanya pelajar-pelajar bermasalah tingkah-laku dan bermasalah pembelajaran,mempelajari kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Penggunaan multimedia dalampendidikan banyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran kerana ia menarik, senangdigunakan, malah pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui penerangan melaluigambar-gambar dan tayangan secara langsung. Mengenai Penerimaan Guru dan Pealajar Terhadap Penggunaan ICT dalam ProgramPendidikan Khas, menurut Tan Ai Goh (1998), penggunaan komputer dalam pengajaran danpembelajaran bukan sahaja membantu guru mencapai objektif pedagoginya, malah iamemberi peluang kepada pelajar untuk mencuba cara pembelajaran yang baru. Sokongandaripada pihak pentadbir juga banyak memainkan peranan sejauh mana penerimaan komputerdalam kalangan guru dan pelajar pendidikan khas. Turut dinyatakan oleh Zoraini Wati Abas(1995) di mana sikap positif yang diterapkan oleh pentadbir terhadap penggunaan komputerdalam pengurusan sekolah merupkan laluan terhadap penggunaan komputer dalampengurusan sekolah merupakan laluan terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiransekolah di masa akan datang. Peranan guru dalam menarik minat pelajar untuk lebih menggunakan kemudahan yangdisediakan sangat diperlukan bagi menentukan minat secara berterusan dari pelajar-pelajar didalam penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap danpenerimaan yang tinggi oleh guru-guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaransangat penting bagi melancarkan seruan kerajaan yang mana mahu menerapkan penggunaanteknologi dalam kalangan pelajar bagi meningkatkan pencapaian akademik. Sikap positifguru juga dapat memupuk semangan dan minat pelajar untuk lebih mendalami penggunaankomputer kerana keseronokan yang diperolehi melalui pengajaran dan pembelajaran tersebut. Melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilikdarjah juga merupakan salah satu langkah yang berkesan terutamanya dalam meningkatkankefahaman dan pengetahuan pelajar. Oleh yang demikian, pendekatan ini harus diperluaskanmelalui kaedah pengajaran yang pelbagai berasaskan komputer, modul interaktif dansebagainya yang berkaitan. Dalam era yang serba moden sekarang, penggunaan komputeramat bersesuaian untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan
  • 7. pembelajaran kerana komputer berkemampuan untuk menerima dan memproses data denganlebih cekap dan efektif. Heinich (1993) berpendapat bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaranserta pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan. Oleh itu, para pendidikseharusnya mengamalkan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran disekolah dengan penggunaan komputer sengan modul-modul pengajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia interaktif, simulasi dan model-model perlu dipertingkatkan. Para pendidikperlulah bersikap lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan pengajaran danpembelajaran supaya pelajar tidak ketinggalan dan mundur. Tambahan lagi, pelajar-pelajar pendidikan khas perlu diberi perhatian yang lebih supayatidak diperlekehkan oleh mana-mana golongan dan dipandang rendah oleh sesiapa sahaja.Dengan latihan yang mencukupi dan kesabaran, tidak mustahil pelajar boleh mengikutipengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Guru perlu lebih peka dalammenilai dan membuat penilaian pelajar supaya sentiasa berjaya dan memperolehi keputusanyang cemerlang. Menurut Bitter (1998), terdapat beberapa faktor mendorong mengapa komputer dikatakansesuai digunakan sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolahberdasarkan kepada implikasi-implikasi penggunaannya di bilik darjah. Antaranya adalahseperti berikut : Komputer adalah cekap dan pantas. Pelajar-pelajar yang melakukan kerja-kerja dengan komputer akan mendapat maklum balas dengan segera terhadap prestasi masing-masing. Komputer akan sentiasa bekerja pantas berbanding denan pelajar yang mengoperasikannya, maka dengan ini, pelajar tidak akan hilang minat. Pelajar- pelajar juga tidak perlu menunggu untuk kerja-kerja mereka disemak dan diberi markah oleh guru sebelum dipulangkan kepada mereka. Dengan ini, guru-guru juga akan dapat menjimatkan lebih banyak masa untuk melakukakn aktiviti-aktiviti lain seperti menyemak markah pencapaian pelajar, menulis laporan dan buletin, apabila mengaplikasikan penggunaan komputer di dalam bilik darjah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • 8. Komputer adalah jitu. Komputer telah diprogramkan dengan maklumat-maklumatyang benar, maka komputer akan sentiasa menjalankan kerja-kerjanya dengan benarsecara konsisten. Oleh itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menerima maklumat-maklumat yang sahih apabila bekerja dengan komputer. Kejituan komputer jugamembolehkan guru menjadikan komputer sebagai alat yang berguna menyimpanrekod-rekod prestasi para pelajar. Komputer boleh bekerja 24 jam sehari. Komputer dibilik darjah digunakan oleh para pelajar pada setiap masa sepanjang sesipersekolahan. Selepas tamat sesi persekolahan, guru boleh menggunakan komputeryang sama untuk merekodkan kehadiran para pelajar ataupun menulis surat kepadaibu bapa pelajar.Komputer boleh menjalankan tugasan-tugasan yang sama secara berulang kali tanparasa bosan. Sebagai contoh tidak kira berapa kali pelajar membuat latihan yang samamenggunakan komputer, komputer tetap memberi latihan yang berkaitan kepadapelajar walaupun soalan yang sama secara berulang kali melalui perisian-perisianyang tertentu. Ini membolehkan komputer menjadi sangat berguna terutama dalampembelajaran mata pelajaran tertentu, yang mana memerlukan masa yang lebih untukmembolehkan pelajar menguasai sesuatu kemahiran baru.Komputer menjadi semakin kecil dan semakin mudah alih. Komputer mikro dapatdiletakkan dengan selesa di dalam bilik darjah tanpa mengganggu ruangpembelajaran, tidak seperti komputer pada zaman awal ciptaannya yang memerlukanruang yang sangat luas seperti bilik yang besar untuk menempatkannya. Komputermudah alih juga membenarkannya untuk dikongsi sesama pelajar sewaktumenggunakannya di dalam bilik darjah disebabkan cirinya yang mudah alih.Komputer menjadi semakin kurang mahal dan mampu milik oleh semua golongan.Kos penyediaan, penyelenggaraan komputer, dan juga perisian-perisian adalah faktorpenting yang menjamin penggunaannya di sekolah-sekolah. Dengan penyusutan hargadari segi kos penyediaan, penyelenggaraan dan perisian yang semakin berkurangandari tahun ke tahun, jumlah komputer-komputer di sekolah-sekolah dapat ditingkatkandari semasa ke semasa. Ini penting kerana penggunaan komputer dalam pengajaran
  • 9. dan pembelajaran di bilik darjah adalah sangat efektif bagi menjamin kecemerlangan dan perkembangan para pelajar. Lebih banyak komputer di sekolah, lebih ramai pelajar yang pandai mengambil manfaat dari pembelajaran berasaskan komputer.Oleh hal yang demikian , tidak dapat dinafikan lagi bahawa komputer ini mempunyai banyakkeistimewaannya . Kelebihan ini harus dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam kehidupanseharian manusia . Tidak harus dilupakan ialah penggunaan teknologi untuk golongan yangkurang bernasib baik seperti mereka yang mengalami masalah pendengaran ini .
  • 10. 3.0 Kelebihan dan Kelemahan Teknologi Kepada Golongan Bermasalah Pendengaran Pada abad yang ke-21 ini, kita boleh melihat bahawa teknologi-teknologi pada zaman sekarangtelah berkembang dengan begitu pesat dan memang tidak dapat kita nafikan bahawa kepesatanteknologi telah memberi manfaat bukan sahaja terhad kepada orang awam akan tetapi ianya jugamemberi mafaat kepada golongan orang-orang kelainan upaya (OKU) seperti golongan individu yangmempunyai masalah pendengaran. Dalam bahagian ini kami akan bincangkan beberapa kelebihan danjuga keburukan teknologi terhadap golongan-golongan yang mengalami masalah pendengaran. Di antara kelebihan-kelebihan teknologi yang boleh diberikan kepada mereka adalah ianya bolehmembantu dan memudahkan mereka dalam melakukan aktiviti harian mereka. Sebagai contoh,teknologi komputer dan telefon bimbit dapat membantu mereka untuk mengantar maklumat sepertimengantar dokumen-dokumen melalui email dan berkomunikasi dengan orang lain. Dari segipendidikan pula, mereka juga boleh menggunakan teknologi komputer dan juga telepon bimbit untukmencari maklumat dan juga menimba ilmu pengetahuan dengan melayari internet melalui google,google dan seumpamanya. Tambahan pula, mereka juga boleh memuat turun buku-buku elektronik,jurnal-jurnal artikel, video-video berunsur pendidikan dan lain-lain. Di sekolah khas, pelajar-pelajar yang mengalami masalah pendengaran akan menjadi lebih aktifdan melibatkan diri dalam aktiviti pelajaran mereka dengan menggunakan teknologi komputer, sepertimain video game yang berunsur matematik bagi matapelajaran matematik atau menjawab quiz-quizpelajaran dengan menggunakan komputer. Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar-pelajar akanmenjadi lebih tertarik untuk mengikuti sesi pelajaran tersebut. Tambahan pula, kerajaan juga telah memberi banyak peruntukan yang banyak untuk pendidikanpelajar-pelajar yang berkeperluan khas seperti pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pendengarandengan memberikan alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar yang telah diberikan oleh kerajaanuntuk kegunaan guru-guru khas bagi pelajar-pelajar masalah pendengaran juga boleh dikategorikansebagai teknologi dari segi pendidikan. Contoh-contoh alat bantu mengajar adalah seperti modaltangan bahasa isyarat, CD pendidikan dalam bentuk bahasa isyarat dan sebagainya bagi membantuproses pembelajaran pelajar dengan lebih berkesan. Dengan menggunakan teknologi-teknologi ini, individu-individu yang mengalami masalahpendengaran perlu mempunyai kemahiran untuk menggunakan teknologi - teknologi tersebut.Kemahiran - kemahiran ini boleh mereka gunakan semasa mereka melakukan kerja sambilan atausemasa mereka berada di alam pekerjaan di masa yang akan datang. Kemahiran - kemahiran ICT iniadalah sangat berguna dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi pada zaman sekarang terutama
  • 11. sekali jika hendak bekerja dalam pejabat-pejabat syarikat. Tanpa kemahiran dan ilmu ICT, individutersebut akan jauh tertinggal dalam era abad ke-21 yang berkembang dengan pesat. Selain daripada itu, teknologi-teknologi juga boleh memberi kebaikan kepada individu-individuyang mengalami masalah pendengaran dari segi perubatan seperti alat bantu pendengaran. Alat bantupendengaran banyak membantu individu-individu yang mengalami masalah pendengaran dalamkehidupan mereka seharian. Dengan menggunakan alat bantu pendengaran ini, mereka bolehmendengar bunyi-bunyi sekeliling dan berinteraksi dengan orang lain dengan lebih baik. Contoh teknologi perubatan yang lain pula adalah seperti implan koklea yang boleh dilakukankepada individu - individu yang mengalami masalah pendengaran dalam linkungan umur 2-4 tahun.Implan koklea juga boleh membantu mereka yang menagalami masalah pendengaran agar merekaboleh mendengar dengan lebih baik. Dalam beberapa kes, mereka yang telah menjalani pembedahanimplan koklea boleh mendengar dan bercakap sama seperti orang - orang yang normal. Sebagai tambahan, doktor-doktor pakar pendengaran juga boleh membuat ujian pendengarankepada individu-individu yang mengalami kehilangan pendengaran dengan menggunakan teknologi-teknologi yang canggih. Dengan adanya teknologi-teknologi yang boleh mengukur pendengaranseseorang, ianya boleh membantu mengesan tahap kehilangan pendengaran yang dihadapi olehindividu tersebut dan ini juga boleh membantu ibu bapa dan juga ahli pakar audiologi untuk membuatintervensi awal kepada kanak-kanak yang telah dikesan mengalami masalah pendengaran. Individu - individu yang mengalami kehilangan pendengaran juga lebih kepada deria visual danoleh kerana itu para pakar elektronik telah mencipta teknologi - teknologi yang berbentuk visual yangboleh membantu individu-individu yang mengalami kehilangan pendengaran dalam aktiviti harianmereka. Sebagai contoh, teknologi jam timer yang boleh menghasilkan lampu apabila masa yang telahditetapkan telah tamat. Alat ini boleh membantu mereka semasa mereka hendak memasak makananyang memerlukan mereka untuk menetapkan masa yang tertentu. Contoh yang lain adalah sepertilonceng pintu yang akan menghasilkan lampu apabila ada orang menekan lonceng pintu tersebut.Dengan menggunakan alat ini, mereka boleh mengetahui jika sekiranya ada orang menekan loncengpintu rumah mereka. Disini kita boleh melihat bahawa teknologi-teknologi pada zaman sekarang membawa kebaikanyang banyak kepada mereka yang mempunyai masalah pendengaran sama ada dari segi pendidikan,perubatan dan sebagainya. Namun, tidak juga dapat dinafikan bahawa teknologi-teknologi ini jugamempunyai kelemahannya yang tersendiri.
  • 12. Salah satu kelemahan yang boleh dibincangkan adalah kos teknologi-teknologi yang mahal. Alat-alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, alat bantu pendengaran dan seumpamanya adalahsangat mahal bagi mereka yang mempunyai kos sara hidup yang rendah. Disebabkan sesetengah alat-alat teknologi ini mempunyai kos yang sangat tinggi, ianya adalah sukar bagi mereka untuk memilikialat-alat teknologi tersebut. Selain daripada itu, untuk menggunakan teknologi - teknologi seperti komputer, ianyamemerlukan individu tersebut untuk memiliki kemahiran bagi menggunakan alat-alat teknologitersebut kerana tanpa kemahiran ICT, mereka akan mengalami kesukaran untuk menggunakan alat-alat teknologi tersebut. Untuk mendapat latihan kemahiran ICT tersebut, ianya juga memerlukan kosyang tinggi. Tambahan pula, sesetengah daripada alat-alat teknologi ini juga memelukanpenyelenggaraan untuk memastikan alat-alat tersebut berfungsi dan sentiasa dalam keadaan yangbaik. Berbincang tentang kelemahan teknologi dari segi penyelenggaraan, contoh yang boleh kitaberikan adalah seperi alat bantu pendengaran. Sesetengah daripada individu - individu yangmenggunakan alat bantu pendengaran tidak tahu bagaimana untuk melakukan penyenggaraan padaalat tersebut sehingga menyebabkan alat tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Tanpa carapenggunaan yang betul dan penyenggaraan, individu yang memakai alat tersebut akan tidak mendapatkebaikan daripada alat teknologi tersebut. Perkara ini membawa kerugian kepada pemilik alat bantupendengaran tersebut kerana tidak dapat kebaikan daripada alat bantu pendengaran itu dengansepenuhnya. Melihat dari segi teknologi alat bantu mengajar pula, peruntukan yang telah diberikan olehkerajaan untuk alat bantu mengajar adakalanya tidak digunakan oleh guru-guru untuk mengajarpelajar-pelajar mereka. Salah satu sebab kenapa alat bantu mengajar ini tidak selalu digunakan olehguru-guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah kerana sebahagian daripadaguru-guru tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan alat bantu mengajar tersebut. Ini akanmenyebabkan alat bantu mengajar tersebut akan terbiar begitu sahaja tanpa digunakan oleh guru-gurudan membawa kepada kerugian. Secara keseluruhan, perkembangan teknologi dari masa ke semasa sedikit sebanyak telahmemberi kelebihan kepada individu-individu yang mengalami masalah pendengaran dan bolehmembantu mereka dalam kehidupan mereka seharian Seperti yang telah kita bincangkan juga,teknologi-teknologi ini juga mempunyai kelemahan mereka yang tersendiri. Namun, kelebihan dankelemahan sesuatu teknologi tersebut juga bergantung kepada individu yang mengunakan teknologiitu. Jika sekiranya individu tersebut telah menggunakan teknologi itu dengan sepenuhnya yangmemberi manfaat kepada individu tersebut, maka teknologi itu mempunyai kelebihan yang banyakberbanding daripada kelemahan dan begitu juga sebaliknya.
  • 13. 4.0 Cadangan-Cadangan Untuk Membantu Golongan Bermasalah Pendengarandengan Menggunakan Teknologi .Di antara cadangan-cadangan yang boleh diberikan untuk memastikan agar teknologi dapat digunakandengan sepenuhnya untuk membantu golongan-golongan yang megalami masalah pendengaran: (1) Guru-guru pendidikan khas bagi pelajar-pelajar masalah pendengaran harus diberi latihan kemahiran ICT dan juga ilmu pengetahuan mengenai teknologi dalam pendidikan agar guru - guru pendidikan khas boleh menggunakan kemahiran dan ilmu pengetahuan tersebut untuk membantu mereka dalam mendidik pelajar-pelajar mereka dengan lebih efektif. (2) Membuat satu pertandingan mencipta alat-alat teknologi yang boleh membantu golongan - golongan yang mengalami masalah pendengaran. Dengan mengadakan pertandingan tersebut, orang ramai yang pakar mengenai teknologi akan berminat untuk mencipta teknologi - teknologi yang baru dengan cara yang kreatif. (3) Mendidik mereka cara menggunakan alat - alat teknologi seperti alat bantu pendengaran dengan betul dan sentiasa menyelenggara alat teknologi tersebut dari masa ke semasa agar teknologi tersebut sentiasa berfungsi dengan baik dan individu tersebut dapat menggunakan alat itu dengan sepenuhnya.
  • 14. 5.0 PenutupTidak dapat disangkal lagi bahawa perkembangan teknologi di Malaysia kini telah meluasdan meliputi banyak aspek . Seperti sedia maklum , teknologi banyak membantu dalamkehidupan seharian manusia . Tanpa tekonologi , mungkin sukar untuk manusia untukmenjalani kehidupan ini . Dunia tanpa sempadan membolehkan manusia untuk mendapatkanpelbagai maklumat hanya di hujung jari dengan hanya menggunakan teknologi . Kemudahanini harus digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat hari ini. Pun begitu , kita tidak boleh melupakan golongan yang kurang bernasib baik sepertigolongan masalah pendengaran ini . Mereka sepatutnya didedahkan dengan penggunaanteknologi ini sama seperti masyarakat normal yang lain . Namun , mungkin cara – carapengajaran untuk mereka sedikit berbeza berbanding golongan yang lain dek kerana masalahyang mereka hadapi . Penggunaan teknologi seperti telefon bimbit , komputer , teknologi koklea implant , pager, mesin faks , alat bantuan pendengaran dan sebagainya haruslah sering digunakan dandipraktikkan dalam kehidupan seharian golongan masalah pendengaran ini . Hal ini adalahkerana , sedikit sebanyak mereka akan didedahkan dengan penggunaan teknologi ini dandapat membantu memudahkan kerja seharian mereka . Dengan adanya teknologi seperti ini , secara tidak langsung dapat mendidik golongan iniuntuk menjadi lebih berdikari . Mereka tidak perlu lagi untuk mengharapkan belas kasihanorang lain dalam kehidupan ini . Selain itu , ia juga dapat membantu untuk meningkatkan self– esteem gololgan ini khususnya bagi kanak – kanak yang masih belajar . Hal ini adalahkerana dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran mereka , ia sedikit sebanyak akanmeningkatkan keyakinan kanak – kanak ini untuk belajar . Lantas , mereka akan bersemangatuntuk terus belajar . Maka , akan wujudlah pembelajaran berorentasikan komputer untuk kanak – kanak khasini . Banyak manfaat yang akan diperolehi jika kita mempraktikkan cara ini . Sebagai contoh ,ia dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi kanak – kanak ini dengan orang lain selaindapat membantu meningkatkan keupayaan motor kasar dan halus mereka . Secara tidaklangsung , kita dapat memantau perkembangan kanak – kanak ini sama ada ke arah positifataupun negatif.
  • 15. Selain itu juga , penggunaan audio dan visual yang sistematik juga dapat membantugologan yang bermasalah pendengaran ini khususnya bagi kanak – kanak . Mereka bolehmenggunakan alat permainan , cakara padat dan video untuk melatih mereka mendengar danberkomunikasi . Realiti maya ini menjanjikan kebebasan untuk kanak – kanak ini mengenaldunia . Melalui teknologi , mereka dapat mencapai ilmu pengetahuan standing dengan oranglain . Sebagai orang yang paling rapat dengan kanak – kanak ini , ibu bapa haruslah memainkanperanan mereka dengan sebaiknya . Ibu bapa perlulah mengaplikasikan penggunaanteknologi ini dalam kehidupan anak – anak mereka . Untuk hasil yang lebih berkesan , ibubapa boleh menghantar anak – anak mereka ke pusat yang lebih pakar demi membantu anak -anak mereka lebih arif akan penggunaan teknologi ini . Kita seharusnya meminimumkankelemahan mereka dan berusaha semaksima mungkin untuk meningkatakan keupayaanmereka . Bagi guru pula , mereka juga memikul tanggungjawab yang sama berat seperti ibu bapauntuk membantu kanak – kanak ini dalam mempraktikkan penggunaan teknologi ini . Guru –guru harus menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik – baiknya dalam prosespengajaran dan pembelajaran mereka . Guru juga harus peka akan setiap perubahan yangditunjukkan oleh para pelajar mereka . Secara kesimpulannya , teknologi banyak membantu golongan kurang upaya khususnyagolongan masalah pendengaran ini dalam kehidupan seharian mereka . Teknologi ini harusdimanfaatkan dengan kadar maksimum agar golongan ini tidak terus ketinggalan dek aruspembangunan negara kini . Mereka juga layak untuk merasai nikmat seperti masyarakatnormal yang lain . Kerjasama daripada semua pihak amatlah dituntut agar misi yang suci inidapat dicapai dengan jayanya .

×