tugasan 3 kajian tinjauan

863 views
796 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
863
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
71
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

tugasan 3 kajian tinjauan

  1. 1. PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3: Kajian Tinjauan NAMA : MUHAMMAD FIRDAUS BIN OMAR NO MATRIK : M20121000532 PENSYARAH : PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF HAJI GAPOR KOD KURSUS : KPT 6044
  2. 2. Mengkaji Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sebuah Sekolah Luar Bandar Daerah Hilir Perak. 1.0 Pendahuluan Pada masa kini, pendidikan merupakan elemen yang penting dalam mewujudkan modal insan yang berfikiran kelas pertama. Pendidikan merupakan wadah dalam melahirkan individu yang dapat berkembang secara menyeluruh. Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (USM, 2007) Dalam merealisasikan hasrat FPK ini, guru merupakan agen penggerak yang memainkan peranan penting dalam proses penyampaian ilmu. Guru hendaklah bijak dalam merancang dan menyusun aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar bertepatan dengan tahap kognitif murid. Perancangan aktiviti yang menarik dan kondusif mampu meningkatkan minat murid untuk menimba ilmu. Pelbagai strategi boleh digunakan pembelajaran. oleh guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
  3. 3. Ledakan kemodenan teknologi telah banyak memberi impak dalam proses pengajaran dan pembelajaran sistem pendidikan di Malaysia. Dunia pendidikan pada masa kini telah mengalami perubahan yang amat ketara kesan perkembangan pesat globalisasi pengdemokrasian pendidikan melalui teknologi dalam usaha membentuk sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan pesat yang telah berlaku dalam jangka masa yang agak singkat banyak member peluang kepada masyarakat untuk menerokai bidang tenologi maklumat. Selaras dengan itu bidang pendidikan juga tidak lari dari arus gelombang teknologi maklumat dan komunikasi. Jika dilihat pada peringkat sekolah, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan satu langkah yang bijak dalam mengurangkan penggunaan bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar. Penggunaan TMK juga menggalakkan murid untuk melakukan pembelajaran secar kreatif dan melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Murid juga di beri peluang untuk belajar secar akses kendiri, melalui bimbingan dan sesuai mengikut kebolehan mereka. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sebuah sekolah luar bandar daerah Hilir Perak. Kajian ini juga adalah bertujuan untuk mengenalpasti : I. Kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah. II. Kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah .
  4. 4. III. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah 3.0 SAMPEL KAJIAN Responden terdiri 12 guru sekolah rendah di sebuah sekolah daerah Hilir Perak. 4.0 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian adalah soalan soal – selidik, soalan temubual dan pemerhatian. Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5.0 DAPATAN KAJIAN PENGGUNAAN 5.1 Kajian Penggunaan Professional Amalan Penggunaan Media Elektronik di Sekolah (e-Pembelajaran) e-pembelajaran membawa maksud penggunaan teknologi dalam pelajaran. epembelajaran meliputi pelbagai aspek. Ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan akan dihantar melauli emel elektronik dan menggunakan Compact Disc Read Only Memory (CD ROM). Pelbagai tafsiran telah diberikan kepada maksud e-pembelajaran. Haughey dan Anderson (1998) menyatakan e-pembelajaran ialah pembelajaran secara rangkaian. Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar
  5. 5. tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. e-pembelajaran yang telah dilaksanakan di sekolah memberi impak yang sangat hebat kepada orgaisasi sekolah serta murid-murid. Proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan berkesan sepanjang masa tanpa had masa. Pembangunan blog dan juga laman web sekolah banyak member faedah dan kemudahan kepada pihak pentadbiran dan juga murid serta ibu bapa dalam memantau setiap pergerakan sekolah. Melalui e-pembelejaran juga seseorang murid akan mula meneroka dunia tanpa sempadan untuk mencari maklumat selanjutnya dan membina pengetahuan baru. Aktiviti pembelajaran juga dapat di lakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi yang telah sedia ada dibekalkan oleh pihak kementerian. Antaranya FROG Virtual Learning Environment (VLE), EZ-Learning dan lain-lain kemudahan. Terdapat pelbagai pautan yang telah disediakan di dalam aplikasi yang dibekalkan. Murid dan guru dapat menggunakan pautan untuk mengaplikasi sebarang web yang telah disediakan. Penggunaan e-pembelajaran memberi kemudahan kepada guru dan murid dalam perkongsian idea secara jarak jauh.murid menggunakan kelebihan ini untuk meneroka alam siber yang mampat dengan informasi terkini. Motivasi murid juga dilihat bertambah dengan menggunakan e-pembelajaran. Murid memberi sepenuh perhatian terhadap aplikasi teknologi baru yang digunakan oleh guru. Penggunaan media tradisional pada masa kini sudah mula digantikan bagi membolehkan pelajar bergerak searus dengan kemodenan pada masa kini. Secara umum, pembelajaran masa kini dilihat daripada perspektif yang lebih luas yang mana penggunaan teknologi, terutamanya Internet. Penggunaan ICT telah banyak
  6. 6. mengubah rentak dan gaya pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah epembelajaran yang semakin popular di pelbagai peringkat pendidikan, iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjadi dominan penting dalam pembelajaran masa kini. 5.2 Kajian Penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan satu elemen yang tidak dapat dipisahkan dengan cara pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Ketiga-tiga komponen ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan penggunaan teknologi yang berkesan. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi yang digunakan dalam mengumpul sesuatu maklumat dan menganalisis meklumat untuk digunakan dalam pelbagai bentuk yang lain seperti teks, animasi dan lain-lain lagi. Seharusnya murid dan guru khususnya menguasai kemahiran penggunaan ICT dengan berkesan. Penggunaan ICT tidak melengkapi tiga komponen yang telah diterangkan di atas adalah merupakan satu contoh penggunaan ICT yang tidak berkesan. Guru seharusnya melengkapkan diri dengan kemahiran literasi komputer. Chakrabarty (1979), menyatakan bahawa literasi komputer ialah mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer.
  7. 7. Ledakan ICT pada masa kini memberi cabaran yang amat besar terhadap profesion pendidikan. Guru dan murid perlulah sentiasa melengkapkan diri dengan perkembangan yang baru berkaitan ICT. Murid hendaklah mahir dalam menggunakan ICT untuk menerajui arus kemodenan pada masa akan datang. Oleh itu, setiap pelajar mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke – 21. Segalanya ada di dalam dunia maya. Penggunaan ICT disekolah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Guru dilihat banyak menggunakan ICT dalam membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan berkesan. ICT yang digunakan diperingkat sekolah merangkumi pelbagai aspek seperti menggunakan persembahan slaid, video, audio, LCD projektor dan lain-lain kemudahan ICT. Penggunaan ICT di sekolah ini dapat mengurangkan kos bahan resos dan lebih membantu guru dalam mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat realistik. Guru banyak menggunakan ICT untuk menunjukkan sesuatu yang mustahil untuk di perlihatkan kepada murid. Sebagai contoh peredaran bumi dan matahari. Dengan adanya ICT, murid dapat melihat dengan lebih jelas sesuatu yang mustahil bagi guru untuk lakukan. Murid juga dapat melakukan pembelajaran secara kendiri dengan menggunakan pelbagai kemudahan ICT yang dibekalkan oleh pihak kementerian. Persembahan powerpoint juga kerap kali digunakan untuk memudahkan tugas guru dalam menerangkan sesuatu perkara. Murid juga dilihat memberi reaksi yang positif ketika guru mengajar menggunakan persembahan power point. Fitur-
  8. 8. fitur yang terdapat dalam persembahan powerpoint menarik perhatian murid untuk terus kekal dalam posisi belajar. Murid menunjukkan sikap yang positif ketika belajar. Secara tidak langsung hal ini membantu guru untuk merangsang dan mendorong murid untuk terus belajar. Ini dikuatkan lagi melalui Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994), yang mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa-apa sahaja. Penggunaan ICT di sekolah dilihat banyak memberi impak yang positif dalam diri murid. “Saya suka belajar guna ICT. Seronok cikgu.” (Harith) Murid dilihat banyak memberi tumpuan dan memberi reaksi dengan bertanyakan soalan secara aktif. 5.3 Pemahaman mengenai ICT 5.3.1 Guru Hasil kajian mendapati hampir 90% orang guru menggunakan kemudahan teknologi dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Mereka berpendapat penggunaan ICT dalam membina Item bahan pengajaran banyak membantu dan masa serta wang mereka. Mereka juga bersetuju sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran lebih banyak di jalankan menggunakan ICT.
  9. 9. 5.3.2 Murid Hasil kajian mendapati lebih daripada separuh orang murid amat bersetuju sekiranya aktiviti P&P dijalankan menggunakan ICT. Mereka lebih mudah faham dan amat seronok ketika aktiviti dilaksanakan. Mereka juga menunjukkan mimik muka yang gembira ketika aktivit P&P dilaksanakan menggunakan ICT. 5.4 Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran 5.4.1 Guru Tidak selalu menggunakan kemudahan ICT dan hanya digunakan untuk sesetengah tajuk danisi pelajaran yang dirasakan perlu sahaja. Ada juga diantara mereka yang menggunakan kemudahan ICT sebulan sekali ekoran daripada kemudahan ICT yang hanya dibekalkan di bilik tayang sahaja dan penggunaan bilik itu adalah terhad mengikut jadual yang telah ditetapkan. 5.4.2 Murid Murid jarang menggunakan kemudahan ICT di sekolah. Kemudahan ICT di sekolah juga tidak mencukupi dan murid terpaksa berkongsi komputer untuk belajar. Software yang digunakan juga tidak dapat menampung kehendak pembelajaran pada masa kini. Hampir 50% orang murid menyatakan bahawa mereka tidak puas ketika menggunakan peralatan ICT di sekolah. 5.5 Sumber yang guru selalu gunakan Laptop sendiri, LCD ,CD, tayangan video di bilik tayangan.
  10. 10. 5.6 Penggunaan ICT dan kesesuaian dengan isi pelajaran Hampir semua guru iaitu 95% bersetuju mengatakan bahawa tidak semua topik dalam mata pelajaran boleh diajar menggunakan peralatan ICT. Ini kerana, mereka juga perlu mengikut tahap murid yang mereka ajar. 5.7 Kelebihan Kesemua orang guru (100%) bersetuju bahawa ICT dapat menarik minat murid untuk belajar kerana banyak aplikasi dalam ICT yang boleh memberikan tarikan kepada mereka supaya sentiasa memberi perhatian kepada tajuk yang diajar. Semua murid juga bersetuju (100%) bahawa penggunaan ICT banyak membantu mereka dalam memahami topik yang agak sukar. 5.8 Kelemahan ICT juga kadang-kadang dilihat memberi masalah kepada guru dan murid. Ini kerana, kekangan masa dalam memasang alatan kadangkala memberi impak negatif kepada aktiviti P&P. 5.9 Masalah Masalah yang paling ketara dihadapi ialah kekurangan peralatan ICT seperti makmal komputer yang tiada kelengkapan komputer yang mencukupi di dalamnya. Kebanyakan guru juga mengatakan mereka kurang kemahiran dalam menggunakan peralatan ICT. Mereka terpaksa meminta bantuan guru lain untuk memasang peralatan ICT ketika hendak menggunakannya. Ini membebankan dan mengambil masa yang agak lama.
  11. 11. 6.0 RUMUSAN Daripada kajian yang telah dilaksanakan, dapat dikatakan bahawa penggunaan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya sentiasa bersedia dan mengubah cara pengajaran meraka. Maka,setiap kekangan yang ada haruslah di atasi dengan segera. Pihak yang berkuasa haruslah menyelesaikan setiap permasalahan yang ada terutamanya di kawasan sekolah luar bandar. Kelengkapan ICT bagi murid luar Bandar juga hendaklah dititikberatkan. Dengan cara ini, semua pihak akan dapat merasakan manfaat dan kelebihan dalam mendapatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif, menarik dan berkesan.
  12. 12. 7.0 RUJUKAN Penerbit USM. (2007). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diperoleh November 21, 2013,daripada http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php Stockley, D. (2003). E-learning Definition and Explanation (E-learning, Online Training, Online Learning), Nov 23, 2013, http://derekstockley.com.au/elearning-definition.html Gilbert, J. (2001). Leveraging Effective ICT Strategies for Sustainable Development. Workshop on Sectoral Planning for Information Technology. Pembentangan di Regional Initiative for Information and Communication Technology Strategies Conference 2001, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Malaysia, 24-26 July 2001. Jaya Kumar (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia, Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini, Kementerian Pendidikan Malaysia.

×