Kertas Kerja
Upcoming SlideShare
Loading in...5

• 14,932 views

Statistics

Views

Total Views
14,932
Views on SlideShare
14,851
Embed Views
81

Actions

Likes
5
Downloads
314
Comments
3

2 Embeds 81

http://sekolahtamillanadron.blogspot.com 73
http://typewriter-ukm.blogspot.com 8

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
• Full Name Full Name Comment goes here.
Are you sure you want to
Your message goes here
Processing…
• saya rasa saya salah makan
Are you sure you want to
Your message goes here
Processing…
• saya pon tidak pandai juga..TOLONG ! saya rasa saya sakit perot
Are you sure you want to
Your message goes here
Processing…
• suka nak buat kertas kerja tapi tidak tahu bagaimana nak memulakan...help
Are you sure you want to
Your message goes here
Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kertas Kerja Kertas Kerja Document Transcript

• JAKSA : SUATU MEDIUM KEPIMPINAN
1.0PENGENALAN
Dalam meniti era pemodenan hari ini, masyarakat sudah mula bijak dalam mempersoal serta menghakimi kepeminpinan dari seseorang individu mahupun individu-individu. Bukan hanya sekadar gelanggang politik sahaja yang menjadi tajuk utama perbualan umum, namun sektor awam serta swasta turut menjadi buah mulut masyarakat. Keputusan seorang hakim mula dipertikaikan, malah kepemimpinan sesebuah institusi kekeluargaan juga turut tidak terlepas dari menjadi mangsa ketidakpuashatian ini. Masyarakat pasca-merdeka kini mula dahagakan kepeminpinan dari inidvidu mahupun indivu-individu yang efektif serta proaktif dalam mewarnai serta membimbing mereka.
Kepimpinan bukanlah suatu warisan yang dapat diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kepimpinan juga bukanlah platform dalam mengaut keuntungan dalam kesengsaraan individu bahawannya. Namun, kepimpinan adalah kemahiran yang mampu dibina dengan pelajarinya dari tokoh-tokoh pemimpin yang terdahulu mahupun inidvidu-individu yang sedang memimpin. Kepimpinan yang hebat harus berteraskan kepada konsep win-win dimana yang memimpin serta yang dipimpin akan sama-sama berpuas hati serta selesa untuk berkhidmat antara satu sama lain kerana masing-masing saling memahami.
2.0TUJUAN KAJIAN
Kertas kerja ini akan membincangkan tentang sejauh manakah kewajaran kewujudan organisasi Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) di setiap kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM dalam melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dari aspek kepimpinan. Selain itu, kajian juga akan melihat dari aspek aktiviti-aktiviti yang terdapat didalam pengawasan JAKSA tersebut dalam usaha mempersiapkan mahasiswa UKM dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seorang majikan. Disamping itu, kajian juga akan mengkaji permasalahan yang terdapat didalam organisasi ini.
3.0SKOP PENYELIDIKAN
Secara amnya, kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya kepada mereka yang bergiat aktif dalam menyertai program-program anjuran JAKSA Kolej Pendeta Za’ba. Pemilihan JAKSA Kolej Pendeta Za’ba sebagai pemboleh ubah adalah berikutan penulis sendiri pernah turut sama terlibat dalam gerak kerja serta perlaksanaan program anjuran JAKSA Kolej Pendeta Za’ba.
Kajian ini dipilih kerana kepimpinan merupakan aspek tertinggi dalam sesuatu organisasi serta sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian samaada sedar mahupun tidak.
4.0KAEDAH PENYELIDIKAN
Dalam menyiapkan penulisan ini, beberapa kaedah telah diguna pakai oleh penyelidik bagi menyokong hujah-hujahnya. Pertama adalah kaedah resensi perpustakaan iaitu buku-buku berkaitan dengan kepimpinan.
Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai fungsi JAKSA itu sendiri, penulis juga turut menggunakan kaedah atas talian sebagai salah satu medium untuk mendapatkan informasi tersebut memandangkan masih belum ada lagi hasil penulisan ilmiah yang khusus mengenai organisasi JAKSA.

Sebagai mengukuhkan lagi penulisan ini, penyelidik memilih untuk melakukan temu bual bersama mantan Yang di-Pertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi, JAKSA Kolej Pendeta Za’ba sesi 2008/2009, iaitu Saudara Danny Shahmizi Teh Ismawi untuk beliau bersama-sama berkongsi pengalaman sepanjang beliau menerajui organisasi tersebut.
5.0HASIL KAJIAN
5.1PENDAHULUAN
Bahagian ini diiga bahagian. Bahagian pertama membincangkan mengenai Jawatan Kuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) yang mana kajian ini akan mengupas mengenai sejarah penubuhannya, keanggotaan serta fungsi biro-biro yang berada di bawah pantauan JAKSA itu sendiri khususnya di Kolej Pendeta Za’ba. Bahagian kedua pula membincangkan mengenai isu pemimpin. Ianya meliputi definisi, konsep serta kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin. Pada pandangan penulis, pemerihalan isu ini secara teori sahaja kurang memberi kesan terhadap pemahaman pembaca mengenai hubungan JAKSA dan juga aspek kepimpinan yang diserap di dalamnya. Oleh itu, pada bahagian ketiga penulis akan membincangkan hasil temu bual bersama tokoh pemimpin JAKSA itu sendiri bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berdasarkan pengalaman beliau sendiri.
5.1.1Penubuhan JAKSA
Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi atau lebih dikenali sebagai JAKSA merupakan sebuah organisasi berdaftar yang telah ditubuhkan di setiap kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) pindaan 1975.
Tujuan utama penubuhan Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) adalah bagi memudahkan serta menjaga kebajikan mahasiswa serta mahasiswi di setiap kolej kediaman baik dari segi kemudahan dan prasarana (sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html). Disamping itu, JAKSA berperanan merancang serta mengatur program-program yang dilihat mampu memberi manfaat serta faedah kepada mahasiswa mahasiswi yang berada dibawah seliaannya.
Azlan Abas dalam satu temubual bersama Nik Sukry Ramli bagi ruangan Varsiti di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 11 Mac 2010 menegaskan bahawa segala aktiviti yang disertainya seperti sukan, badan beruniform disamping memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi adalah sebagai persediaan bagi dirinya untuk menjadi seorang pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang.
5.1.2Keanggotaan Ahli JAKSA
Terdapat 17 orang JAKSA yang masing-masing memegang port folio berbeza mengikut fungsi masing-masing. Hanya mereka yang benar-benar aktif serta menunjukkan komitmen yang tinggi pada sesi sebelumnya sahaja yang akan terpilih untuk menerajui kepimpinan JAKSA. Pelaksanaan JAKSA dilihat sebagai satu platform dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang baik dari segi akademik, proaktif, serta memiliki elemen-elemen tambahan yang diingini oleh seorang majikan terhadap pekerjanya (Datuk Seri Najib Tun Razak, ucapannya dalam Majlis Penasihat Pembangunan Kemahiran KBS : 29 Januari 2009).
Mahasiswa di UKM khususnya pelajar-pelajar pascasiswazah tahun 1 dan 2 telah diwajibkan untuk turut serta dalam merealisasikan program yang akan dianjurkan oleh para JAKSA di kolej kediaman masing-masing. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan serta pengalaman mengenai selok belok perjalanan sesebuah organisasi disamping memberi mereka peluang menguruskan sendiri program sambil dipantau oleh JAKSA yang bertugas serta beberapa orang felo penasihat.
5.2FUNGSI BIRO-BIRO JAKSA KOLEJ PENDETA ZA’BA
Pada bahagian ini, penulis akan menguraikan kesemua biro-biro yang terdapat di dalam oraganisasi Jawatan Kuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) serta fungsi setiap biro tersebut. Segala informasi ini telah diolah daripada laman web Kolej Pendeta Za’ba memandangkan masih belum ada kajian ilmiah yang dijalankan secara mendalam mengenai fungsi biro-biro di bawah Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi ini.
5.2.1 Biro Yang Dipertua
Yang Dipertua adalah jawatan tertinggi di dalam organisasi JAKSA. Individu yang memegang jawatan ini berperanan sebagai ketua bagi menyelia perjalanan kesemua 16 JAKSA yang lain. Menurut (sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html)
Yang Dipertua berperanan sebagai jurucakap serta perantara antara pelajar dan kakitangan kolej serta universiti dalam membawa masalah-masalah yang dihadapai oleh pelajar di bawah seliannya.

5.2.2Biro Naib Yang Dipertua I
Tugas utama Biro Naib Yang Dipertua I (NYDP I) adalah membantu Yang Dipertua dalam membuat keputusan serta bertindak menggantikan tempat Yang Dipertua sekiranya beliau tiada di kawasan kolej. Selain itu, Biro NYDP I juga bertanggungjawab untuk mengadakan Karnival Premier Za’ba (KAPREZA) yang merupakan acara tahunan di dalam kalendar tahunan Kolej Pendeta Za’ba. Karnival ini merupakan hari keluarga kolej yang diadakan untuk melatih warga kolej dalam berorganisasi dan berkomunikasi. Antara tugas terpenting biro NYDP I juga adalah memantau kesemua biro di dalam JAKSA dan melaporkan sebarang masalah kepada Yang Dipertua.  (sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html)

5.2.3 Biro Naib Yang Dipertua II
Biro Naib Yang Dipertua II merupakan biro yang menitikberatkan pembangunan mahasiswa mahasiswi baik dari segi fizikal, mental, intelektual mahupun kerohanian. Biro ini turut berperanan mencungkil  bakat dan meningkatkan prestasi mahasiswa mahasiswi dalam pelbagai bidang terutamanya interaksi antara kaum dan lapisan masyarakat. Selain itu, biro ini juga bertanggungjawab untuk melahirkan mahasiswa mahasiswi yang dedikasi, berdikari disamping mempunyai keyakinan diri yang tinggi. (sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html)
5.2.4Biro Bendahari
Penubuhan Biro Bendahari bermatlamat melatih exco-exco di bawahnya tentang kemahiran membuat akaun khususnya penyata pendapatan dan kunci kira-kira (sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html). Selain itu, biro ini juga bertindak menyediakan belanjawan untuk aktiviti kolej di samping terlibat dengan Mesyuarat Majlis Tertinggi JAKSA. Antara program utama yang dirangka oleh biro ini adalah majlis makan malam kolej disamping membantu program-program yang dianjurkan oleh JAKSA yang lain.
5.2.5Biro Kebajikan dan Logistik
Biro Kebajikan dan Logistik diperkenalkan bagi meneruskan usaha memberi keselesaan dan menjaga kemudahan disamping memastikan ianya berada dalam keadaan baik untuk digunakan oleh warga Kolej Pendeta Za’ba (sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html). Bantuan dan usaha yang berterusan amatlah diperlukan bagi memastikan aduan-aduan yang diterima dibawa terus kepada pihak yang bertanggungjawab. Bagi memperlihatkan dan melancarkan usaha ini, semua pihak diharapkan dapat memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan segala kesulitan dapat diatasi.
5.2.6Biro Kerohanian dan Sahsiah
Biro Kerohanian dan Sahsiah ditubuhkan dengan satu hasrat iaitu untuk memelihara dan memulihara keperibadian dan sahsiah mahasiswa mahasiswi Kolej Pendeta Za’ba (sumber : http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html). Selain itu, biro ini juga bermatlamat untuk menjadikan mahasiswa mahasiswi lebih dihormati untuk dijadikan teladan kepada masyarakat luar. Melalui program dan aktiviti yang dijalankan oleh Biro Kerohanian dan Sahsiah, diharapkan mahasiwa mahasiswi dapat menjadi penggerak kemajuan yang berpotensi untuk memajukan Negara di samping memiliki intelektual dan sahsiah yang tinggi dan memenuhi kehendak modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
5.2.7Biro Hal Ehwal Siswi
Biro Hal Ehwal Siswi adalah salah satu biro di bawah Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi, JAKSA Kolej Pendeta Za’ba selaras dengan tuntutan kerajaan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai integriti dan ketrampilan yang menarik (Muhyiddin Yassin 2009). Matlamat utama penubuhan biro ini ialah untuk menjaga kebajikan semua pelajar terutamanya pelajar siswi selain bertindak sebagai orang tengah untuk para pelajar menyatakan masalah samaada kepada pihak pengurusan, pembelajaran, peribadi mahupun kewangan untuk sama-sama diselesaikan. Oleh itu, wajarlah biro ini ditubuhkan untuk menjadi platform dalam usaha membangunkan sahsiah dan akhlak pelajar siswi yang terpuji.
5.2.8Biro Protokol dan Perhubungan Awam
Protokol dan perhubungan awam adalah penting dalam setiap organisasai. Oleh yang demikian Biro Protokol dan Perhubungan Awam telah diwujudkan bagi membantu menlicinkan penganjuran setiap majlis yang dijalankan oleh kolej. Selain itu juga, penubuhan biro ini adalah untuk memperbaiki ketrampilan diri dan menyemai etika berperwatakan dalam diri setiap pelajar (Muhyiddin Yassin 2009) Kolej Pendeta Za’ba. Hal ini kerana seseorang yang mempunyai nilai etiket yang tinggi dianggap dapat meningkatkan imej seseorang itu. Justeru, menjadi matlamat biro ini untuk membentuk mahasiswa mahasiswi Kolej Pendeta Za’ba yang beretikat, berpersonaliti, dan dapat berkominukasi dengan baik (Muhyiddin Yassin 2009).

5.2.9Biro Keusahawanan dan Korporat
Keusahawanan adalah salah satu bidang yang disyorkan oleh kerajaan kepada rakyatnya terutama kepada mahasiswa untuk diceburi. Menerusi Dasar Pembangunan Keusahawanan, kerajaan bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawanan siswazah yang berkualiti serta mempunyai pemikiran disamping nilai keusahawanan ke arah mencapai status maju 2020 (Institusi Pengajian Tinggi 2010). Oleh itu, Biro Keusahawanan dan Korporat telah ditubuhkan bagi menyahut cabaran ini. Dengan tertubuhnya biro ini, maka penubuhan perniagaan kecil telah dilaksanakan dimana ianya menjadi titik permulaan kepada mahasiswa mahasiswi menimba pengalaman dalam bidang perniagaan. Aktiviti seumpama ini selain dapat memenuhi masa lapang mahasiswa mahasiswi disamping memberi ilmu luar dari sesi kuliah.
5.2.10 Biro Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan
Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan dalam usaha untuk membangunkan kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia di Kolej Pendeta Za’ba. Matlamat penubuhannya adalah untuk memupuk dan menerapkan nilai-nilai kesenian dan kebudayaan dalam kalangan mahasiswa mahasiswi kolej serta mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang ini selaras dengan Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga berlandaskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971. Selain itu, biro ini juga bertanggungjawab menguruskan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian termasuk tarian, nyanyian, lakonan, seni tampak dan sebagainya. Terdapat beberapa kelab kebudayaan yang telah ditubuhkan di bawah biro ini. Antaranya, Senandika Tari, Teater Citra Pujangga, Nasyid Soutul Za’ba, Koir Simfoni Za’ba dan Dikir Barat Seri Bayu. Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang sesi 2008/2009. Salah satu program utama biro ini adalah Fiesta Warisan Seni Budaya 2009 (FesWaDa ‘09).
5.2.11Biro Informasi dan Penerbitan
Dunia informasi masa kini kian pesat membangun. Maka, amatlah penting untuk kita mengikuti perkembangannya. Justeru, matlamat  penubuhan biro ini adalah untuk mendekatkan diri para pelajar dengan dunia teknologi informasi  agar para pelajar lebih bersedia menghadapi dunia siber yang semakin mencabar. Biro ini juga akan memperkenalkan selok belok dalam penerbitan seperti majalah kolej, buletin dan juga pembinaan laman web. Di harap agar matlamat biro ini dapat dicapai agar bukan sahaja dapat melahirkan mahasiswa yang celik teknologi malah seorang yang mempunyai nilai tambah yang berguna untuk masa hadapan kelak selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang bersahsiah tinggi juga dapat dicapai (Muhyiddin Yassin 2009).
5.2.12Biro Sukan Dan Rekreasi
Biro Sukan Dan Rekreasi ditubuhkan adalah untuk menguruskan aktivti luar mahasiswa mahasiswi Kolej Pedeta Za’ba. Selaian itu, biro ini menggalakkan kesemua penduduk kolej untuk menyertai acara sukan dan aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh kolej mahupun universiti. Disamping meningkatkan semangat kesukanan, biro ini juga ditubuhkan untuk mencari bakat-bakat baru untuk menyertai pasukan kolej bagi kejohanan SUKEM (Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia). Diharap dengan penubuhan kelab-kelab ini akan menggalakkan lagi penglibatan pelajar-pelajar dalam aktiviti kolej bagi menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri (Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2010). Berbekalkan peralatan-peralatan kolej yang serba lengkap, pelajar-pelajar boleh berekreasi dengan selesa.

5.2.13Biro Integrasi dan Perpaduan Kaum
Biro Integrasi dan Perpaduan Kaum ditubuhkan dengan tujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara kaum dalam kalangan warga Kolej Pendeta Za’ba, KPZ untuk mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni. Rentetan dari tujuan ini, pelbagai program telah dirancang dan telah diadakan antaranya ialah KPZ Charity Show yang merupakan projek mega untuk biro ini. Pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan warga Universiti Kebangsaan Malaysia khasnya warga Kolej Pendeta Za’ba yang mempunyai semangat perpaduan ke arah melahirkan generasi yang saling bersatu padu, berintegriti seiring dengan hasrat kerajaan dalam mewujudkan masyarakat penyayang (Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2010). Selain itu, program lain yang turut dianjurakan adalah seperti Sambutan Kemerdekaan, Sambuatan Deepavali dan Kristmas, Sambutan Pesta Ponggal, Pesta Tanglung dan Angpow juga diadakan dalam usaha mewujudkan semangant perpaduan kaum.
5.2.14Biro Keselamatan dan Tugas-Tugas Khas
Biro Keselamatan dan Tugas-tugas Khas merupakan salah satu biro yang terdapat dalam organisasi JAKSA Kolej Pendeta Za’ba. Biro ini berfungsi memantau kebajikan mahasiswa mahasiswi dari aspek keselamatan. Matlamat penubuhan biro ini adalah membentuk mahasiswa mahasiswi supaya berkebolehan mencegah insiden-insiden buruk dari berlaku.
5.2.15Biro Kaunseling dan Khidmat Masyarakat
Biro Kaunseling dan Khidmat Masyarakat merupakan biro baru yang diperkenalkan di Kolej Pendeta Za’ba. Ia memainkan peranan yang penting bukan sahaja sebagai kaunselor malah sebagai perantara antara mereka yg mempunyai masalah. Khidmat masyarakat juga dititik beratkan pada hari ini bagi melahirkan mahasisiwa dan mahasiswi yang bukan sahaja tertumpu hanya kepada bidang akademik semata-mata (Muhyiddin Yassin) tetapi khidmat dan sumbangan yang boleh dikongsi kepada masyarakat luar khususnya.
Selain itu, ia juga penting untuk melatih mahasiswa mahasiswi tentang cara berorganisasi dan berkomunikasi dengan masyarakat luar di samping mengukuhkan perhubungan antara golongan intelektual dan masyarakat luar. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh biro ini yang melibatkan dua elemen yang penting iaitu kaunseling dan khidmat masyarakat itu sendiri. Oleh itu ia mampu melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dari pelbagai aspek dan bukan hanya tertumpu kepada bidang akademik semata-mata (Azlan Abas 2010 ).

5.2.16Biro Akademik dan Latihan
Pendidikan dan latihan merupakan antara aspek penting dalam mencorakkan kehidupan seseorang mahasiswa mahasiswi. Oleh hal yang demikian, atas inisiatif dan kesedaran yang tinggi, Biro Akademik dan Latihan ditubuhkan untuk membantu mahasiswa mahasiswi dalam bidang akademik dan skil, menyediakan persekitaran yang selesa untuk belajar dan juga memastikan para pelajar mengimbangkan aspek akademik dan ko-kurikulum. Melalui program dan aktiviti yang dianjurkan oleh biro ini, diharapkan hasrat universiti iaitu untuk mengekalkan universiti sebagai pusat pengajian yang terbaik dalam negara dan di peringkat global dapat dicapai (Aspirasi 2010).
5.2.17 Biro Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa
Biro Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa merupakan salah satu biro yang ditubuhkan bertujuan secara khusus untuk menjalin hubungan baik antara kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia disamping mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada. Di samping itu, biro ini juga bertanggungjawab menjalinkan hubungan antara pihak kolej dangan pihak luar, contohnya para pelajar dari negara–negara lain. Biro ini juga bertanggungjawab untuk merangka aktiviti–aktiviti yang bercorak antarabangsa iaitu dalam usaha untuk mengantarabangsakan universiti secara amnya dan khususnya pihak kolej di persada dunia. Matlamat utama penubuhan Biro Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa adalah untuk mendedahkan warga kolej khususnya kepada era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan di samping melatih warga kolej untuk meluaskan skop pandangan kerja sehingga ke serata dunia. Bergerak di bawah payung aspirasi, biro ini sentiasa mendukung visi dan misi universiti untuk menjadikan kolej secara khusus dan universiti secara amnya sebagai salah satu institusi pendidikan yang terulung di dunia (Aspirasi, 2010).
5.3DEFINISI
Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ketiga 1986, istilah pemimpin dapat ditakrifkan sebagai memimpin. Namun, istilah tersebut terlalu terlalu ringkas untuk menguraikan konsep serta kriteria seorang pemimpin itu sendiri.
Istilah pemimpin juga dilihat oleh penulis sebagai suatu yang universal, justeru itu penulis turut mendapatkan beberapa definisi bagi istilah ini dalam bahasa inggeris. Pemimpin juga disebut “Leader”. Di dalam A modern Dictionary of Sosiology, 1969 ada diterangkan bahawa:
“Leader is a person who occupies a central role or position of dominance and influence in a group”.
Di dalam naskah karya John Adair yang berjudul Not Bosses But Leaders pada tahun 1990 pula ada mengatakan:
“they are a great bunch of people. In short, he was beginning to lead the way to success”
Disamping itu, terdapat beberapa istilah dalam Bahasa Arab serta penulisan politik Islam yang dapat dikaitkan dengan istilah pemimpin iaitu “al-Khalifah” dan “Imam”. Menurut Abu Hussain Ahmad Ibn Faris Ibn Zakaria dalam kitabnya Mu’jam Muqayis al-Lughah, “al-Khalifa” merupakan asalan dari perkataan khalafa memberi erti ganti . Di dalam konteks kepimpinan, ianya memberi maksud seseorang yang mengambil alih segala fungsi orang yang sebelum daripadanya bagi mengendalikan urusan kepimpinan. Setelah kewafatan rasulullah, tugas mengatur urusan-urusan Musliman digelar khalifah Rasul saw, sebagai contoh khalifah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali bin Abi Thalib.
Imam dari segi bahasa adalah pemimpin yang kepimpinannya dijadikan teladan oleh masyarakat tidak kira sama ada ucapan mahupun kehidupan hariannya. Imam tidak hanya terhad kepada kebaikan sahaja, namun imam juga turut diklasifikasikan sebagai pemimpin yang menyajak pengikutnya kearah kerosakan. Hal ini telah disebut didalam Al-Quran yang bermaksud:
Dan kami jadikan diantara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar, dan adalah mereka meyakini ayat-ayat kami (Surah As-Sajadah : 24).
Dan kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong (Surah Al-Qashash : 41).
Daripada definisi mengenai pemimpin diatas, dapat disimpulkan bahawa pemimpin merupakan individu yang memimpin, membimbing serta berperanan untuk mencorakkan hala tuju negara atau sesebuah organisasi dibawah bidang kuasanya. Disamping itu pemimpin juga harus bijak dalam menghidupkan komunikasi dua hala antara pemimpin itu sendiri dengan orang bahawannya
5.4KONSEP KEPIMPINAN
Konsep kepimpinan menurut ajaran agama Islam adalah begitu jelas dengan turunnya ayat didalam surah Al-Baqarah ayat ke-30, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi.
Melalui ayat diatas, jelas bahawa isu kepimpinan telah lama diperkatakan oleh Allah kepada para malaikat. Ini dapat dilihat dengan lebih lanjut melalui bagaimana Allah s.w.t. silih berganti mengutuskan para nabi dan rasul sebagai pemimpin kepada umat manusia agar tidak tersimpang dari jalan yang diredhainya, bermula dari zaman nabi Allah Adam sehinggalah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
5.5KRITERIA SEORANG PEMIMPIN
Pemimpin adalah mereka yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah swt untuk memimpin masyarakat dibawah naungannya. Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipandang serius dalam usaha menambah baiki diri seseorang individu tersebut kearah menjadi seorang pemimpin tidak kiralah pemimpin kepada rakyat sesebuah negara, pemimpin didalam persatuan, pemimpin kepada sebuah institusi kekeluargaan mahupun pemimpin kepada diri sendiri. Kepimpinan yang baik boleh dipelajari setingkat demi setingkat (John C. Maxwell 1990: 11). Disini penulis menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan kriteria-kriteria tersebut antaranya adalah bertanggungjawab. Menurut Yusuf Al-Qardhawi 2010, tanggungjawab adalah kadar kekuasaan serta kemampuan. Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa beban yang terpaksa dipikul oleh seorang pemimpin amatlah besar dan seringkali dipandang sinis oleh segelintir masyarakat dan ada juga yang menyalah tafsirkannya.
Antara kriteria sebagai seorang pemimpin adalah kemahiran berkomunikasi. Komunikasi memainkan peranan yang amat penting khususnya dalam menyalurkan maklumat. Sebagai seorang pemimpin, mereka harus mengawasi segala tingkah laku dan percakapan mereka kerana juga merupakan ikon kepada khayak umum. Mereka perlu memahami kepentingan komunikasi ini kerana melauinya masyarakat dapat menggambarkan peribadi pemimpin mereka tersebut. Menurut Lukman Ahmad, ucapan yang lembut,bernas dan mudah difahami mampu menusuk ke hati dan juga akal malah ia mampu menggambarkan peribadi seseorang.
Seterusnya, seorang pemimpin juga harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Ini merupakan asas bagi seseorang ataupun sesuatu bangsa itu untuk mencapai kemajuan dari segala bidang yang dipelopori. Tidak mungkin kemajuan akan dikecapi oleh sesuatu bangsa sekiranya tampuk kepimpinannya diterajui oleh individu cetek ilmu pengetahuannya. Ini terbukti dengan bangkitnya Kerajaan Mesir Kuno, Kerajaan Romania serta Kerajaan Parsi suatu masa dahulu, yang mana mereka telah ditadbir oleh pemimpin yang amat menitik beratkan ilmu pengetahuan.
Seorang pemimpin juga perlulah amanah dalam menjalankan tugas yang telah diberikan kepada mereka. Ini kerana ramai pemimpin masa kini yan telah menyalahgunakan kuasa yang telah diperuntukkan kepada mereka. Larangan tentang pengharaman mengambil peluang daripada jawatan pemimpin ini jelas disebut di dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud,
Apabila umat ku melakukan lima belas perkara harus turunnya bala ke atas mereka......(Antaranya ialah) apabila harta negara berpusing (di kalangan orang kaya dan pembesar), amanah dinggap satu peluang harta
(Hadis Riwayat Tarmizi)
Menurut Hukum Pengaruh (The Law of Influence) di dalam buku The 21 Irrefutable Laws of Leadership telah menerangkan bahawa “Pemimpin sebenar adalah pemimpin yang berpengaruh- tidak lebih dan tidak kurang”. Kenyataan ini turut disokong dengan hujah dari John Adair, 1990 di dalam bukunya Not Bosses But Leaders beliau berkata:
“There are perhaps three kinds of authority in leadership. There is the authority of position or rank; there is the authority of knowledge; and the authority of personality”
5.6TEMU BUAL BERSAMA MANTAN YDP JAKSA
Penulis telah melakukan temu bual bersama Saudara Danny Shahmizi Teh Ismawi. Beliau merupakan mantan Yang di-Pertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi, Kolej Pendeta Za’ba bagi sesi 2008/2009. Beliau juga merupakan pelajar tahun akhir Sains Politik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM bakal bergraduasi pada bulan Ogos tahun ini. Melalui hasil temu bual ini penulis telah mengutarakan beberapa soalan berkaitan kriteria serta tugas seorang pemimpin, Jawatankuasa Kebajiakan Siswa Siswi (JAKSA) dan juga sejauh saranan beliau kepada pihak berwajib bagi membantu menambah baik organisasi tersebut.
Saudara Danny telah mendifinisikan kepimpinan itu sebagai sesuatu yang berubah mengikut keadaan. Tambahnya lagi, seorang pemimpin harus mempunyai matlamat yang ingin dicapai disamping harus mengambil berat akan kebajikan pengikutnya supaya dua perkara dapat dilaksanakan dalam masa yang sama, iaitu kebajikan pengikut terjamin dan matlamatnya tercapai. Sekiranya kedua perkara ini dapat dicapai atau mungkin juga dijaga, seseorang itu boleh dianggap sebagai pemimpin yang unggul.
Seterusnya, beliau turut menyatakan bahawa keunggulan seorang pemimpin terletak pada dua aspek iaitu matlamat dan juga pengikutnya. Ketika menjadi YDP JAKSA, beliau telah meletakkan satu harapan iaitu untuk menaikkan nama kolej menerusi penganjuran program. Beliau telah meletakkan program-program kolej sebagai medium untuk menonjolkan Kolej Pendeta Za’ba supaya setanding dengan kolej-kolej yang lebih senior. Dalam pada masa yang sama, beliau turut mengambil kesempatan diatas kapasiti penghuni kolej tersebut yang ramai. Dengan menggembleng sebanyak mungkin tenaga, beliau akan memastikan setiap program anjuran kolej Pendeta Za’ba akan berjaya. Bagi beliau, kejayaan program-program tersebut adalah terletak pada dua aspek yakni kejayaan pada program itu sendiri dan juga kejayaan dalam mendidik anak buah menjadi pemimpin. Di kolej, selain memberi pendedahan ‘bagaimana menganjurkan sebuah program’, beliau juga turut memastikan bahawa pada penghujung hari, mereka harus tahu bagaimana ingin membuat keputusan dan menjadi multi-tasking.
Beliau turut menambah bahawa didalam setiap penganjuran program, beliau akan belajar teknik untuk berinteraksi, membuat keputusan serta memimpin pelbagai lapisan pemikiran. Manurutnya, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan, tetapi sama sekali tidak mustahil untuk dilakukan. Beliau turut mengakui bahawa, melalui JAKSA beliau telah memperbaiki kemahirannya dalam berkomunikasi. Perbincangan yang tidak selalu skema sewaktu bersama rakan sebaya namun tetap menampilkan imej sebagai pemimpin kepada mereka. Di kalangan pegawai pula, beliau akan cuba untuk menonjolkan diri serta cuba mewujudkan win-win situation agar cadangan dari kedua-dua belah pihak akan dapat diterima.
Sebagai pelajar tahun akhir di bidang Sains Politik, beliau turut menyangkal pendapat bahawa kepimpinan itu suatu warisan yang dapat diperturunkan dari generasi ke generasi yang lain kerana pada pengamatan beliau ianya lebih menjurus kepada pengaruh yang diwariskan. Hal ini ditegaskan beliau menerusi contoh pemimpin tanah air seperti Datuk Mokhzani, Datuk Mukhirz, Lim Guan Eng serta Datuk Seri Najib yang masing-masingnya berasal dari latar belakang keluarga yang berpengaruh. Namun, kepimpinan bagi beliau kepimpinan adalah satu bentuk kemahiran yang perlu diasah kerana kejayaan seseorang pemimpin itu adalah berdasarkan dirinya sendiri dan faktor-faktor lain hanyalah sebagai penyokong serta penguat sahaja. Apa yang penting adalah individu itu sendiri.
5.7RUMUSAN DAPATAN KAJIAN
Daripada apa yang telah dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat hubung kait kerelevan kewujudan organisasi JAKSA di setiap kolej-kolej kediaman UKM sebagai suatu medium kepimpinan dalam usaha melahirkan pemimpin di masa hadapan. Berdasarkan hasil kajian hasil temu bual bersama tokoh pemimpin didalam Jawatan Kuasa Kebajikan Siswa Siswi ini dan juga pengalaman penulis selama setahun mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkannya, dapatlah dirumuskan bahawa JAKSA adalah sebuah organisasi yang memainkan peranan yang besar dalam melahirkan mahasiswa mahasiswi cemerlang bukan sahaja dari segi akademiknya bahkan dari segi kepimpinannya juga. Pada pendapat penulis, JAKSA wajar diteruskan kerana melalui JAKSA, suara pelajar dapat disampaikan kepada PMUKM yang berperanan membawa segala masalah berkaitan pelajar kepada pihak atasan iaini pengurusan universiti sendiri. Selain itu, terdapat pelbagai elemen yang terdapat didalam organisasi JAKSA ini yang dapat dijadikan sebagai permulaan ataupun landasan untuk mahasiswa mahasiswi belajar untuk dipimpin serta memimpin.
Semulia-mulia pemimpin adalah mereka yang bangkit dari kejatuhan dan belajar dari kesilapan silam. Adalah lebih indah jika mereka yang berjaya diangkat menjadi pemimpin itu adalah mereka yang dari peringkat bahawan bukan pula dikalangan pengampu, pembodek dan mendapatkan jawatan dari “orang dalam”. Pemimpin harus bersama pengikut dalam apa sekalipun keadaan dan meletakkan diri saling melengkapi antara satu sama lain.
6.0CADANGAN
Daripada hasil kajian ini, jelas menunjukkan hubungan antara kepimpinan dan juga Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) itu sendiri sebagai suatu medium perantara antara pelajar dan juga pihak pentadbiran universiti khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Dapat dirumuskan bahawa JAKSA wajar dipelihara demi membela suara pelajar, khususnya di peringkat bahawan. Akhir sekali, penulis ingin menyarankan agar suatu kajian yang lebih lanjut wajar dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi, KPT bersama-sama pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha menambah baik isi kandungan serta modul perjalanan organisasi ini. Selain itu, penambahan peruntukan kewangan wajar diberi perhatian memandangkan masalah utama yang dihadapi oleh organisasi ini adalah faktor kekangan kewangan. Seterusnya, penulis juga menyarankan agar diadakan sesi dialog antara pihak pengurusan universiti, Kementerian Pengajian Tinggi, barisan kepimpinan JAKSA yang lepas bersama-sama dengan exco tertinggi JAKSA masa kini supaya komunikasi dua hala dapat diwujudkan. Sesungguhnya mahasiswa mahasiswi hari ini adalah pencorak kepada kepimpinan negara di masa hadapan.
7.0 PENUTUP
Kertas Kerja ini telah membincangkan tentang sejauh manakah kewajaran kewujudan organisasi Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) di kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia, Ukm dalam melahirkan mahasiswa mahasiswi yang berketerampilan dari aspek kepimpinan. Selain itu, kajian juga telah dijalankan dengan melihat aspek fungsi setiap biro-biro di bawah pantauan JAKSA itu sendiri disamping mengkaji permasalahan yang terdapat di dalam organisasi ini. Sebagai kesimpulan, mahasiswa mahasiswi hari ini adalah bakal pemimpin yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara. Tanpa mahasiswa yang berpendidikan dan berpengalaman dalam pengurusan organisasi, sesuatu kepimpinan itu tidak mungkin akan berjaya.
SENARAI RUJUKAN
Abu Hussain Ahmad Ibn Faris Ibn Zakaria, t.th. Mu’jam Muqayis al-Lughah. 2 jil. Tahqiq ‘Abdul Alam Muhammad Harun : dar al-Fikr.
Adair, John. 1990. Not Bosses But Leaders. London : Kogan page Limited.Maxwell, J.C. 2009. Pemimpin 360-darjah. Terj.Hasnah Muhammad Daud. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Al-Quran, 2005. Al-Baqarah, 2:30. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan. Kuala Lumpur: Ar-Risalah Product Sdn. Bhd.
Aspirasi, 2010. 40 Tahun... UKM. (atas talian) http://aspirasi-ukm.blogspot.com/2010/04/40-tahunukm.html (21/06/2010)
Azlan Abas, 2010. Personaliti IPT: Jejaka berdisplin (atas talian) http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PersonalitiIPT_Jejakaberdisplin/Article/index (20/06/2010)
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, 1971. Strategi (atas talian) Kebudayaanhttp://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/DASAR/DASAR%20KEBUDAYAAN%20KEBANGSAAN%201.pdf (21/06/2010)
George Theodorson Achilles G. Theodorson, 1969. A Modern Dictionary of Sociology. Hlm 227. New York : Thomas Y. Crowell and Company.
Institusi Pengajian Tinggi, 2010. Dasar Pembangunan Keusahawanan (atas talian) http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/MOHE_MAIN_PAGE/NEWSEVENTS/publication/dasar_pbgn_keusahawanan_ipt.pdf (21 /06/2010)
Kemanterian Belia dan Sukan, 2009. Ucapan Perdana Menteri Malaysia (atas talian) http://www.kbs.gov.my/index3_eng.php?f=&interwar=detail&serialno=26 (29/01/2009)
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2010. Dasar : Falsafah Sukan (atas talian) http://www.kkbs.gov.bn/html/dasar_sukan_01.htm (21/06/2010)
Kolej Pendeta Za’ba, 2009. BIRO : BIRO-BIRO DI KOLEJ PENDETA ZA’BA (atas talian) http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/biro.html (20/06/2010)
Kolej Pendeta Za’ba, 2009. JAKSA : JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I KOLEJ PENDETA ZA'BA (atas talian) http://pkukmweb.ukm.my/~kpz/jaksa.html (20/06/2010)
Muhyiddin Yassin, 2009. Amanat Timbalan Perdana Menteri Malaysia (atas talian) http://www.pkkt.edu.my/j159/fail/Hala%20Tuju%20Transformasi%20Politeknik.pdf (21/06/2010)
Teuku Iskandar, 1986. Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : cetakan ke-3 hlm. 890.
Yusuf Al-Qardhawi, 2010. Di manakah kesilapan kita?. Johor : PERNIAGAAN JAHABERSA..
Zaharuddin Mohammad, 2006. Kemelut Kenaikan Harga Minyak : Kenapa Kita Tidak Kembali Kepada Islam?. Selangor : Angkatan Edaran Enterprise.
LAMPIRAN
Berikut merupakan temu bual bersama Saudara Danny Shahmizi Teh Ismawi, mantan Yang di-Pertua Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi, Kolej Pendeta Za’ba sesi 2008/2009 berhubung dengan kertas kerja yang bertajuk “JAKSA : suatu medium kepimpinan”.
MA : Muhammad Akram
DS : Danny Shahmizi
MA: Pada pendapat saudara, apakah yang dapat saudara tafsirkan berkenaan definisi ‘pemimpin’?
DS: Sering kali apabila membincangkan mengenai kepimpinan, ramai yang gemar membincangkan dari satu aspek atau sudut pandang, dalam erti kata lain berpegang pada satu konsep. Begitu juga apabila soalan ini diajukan, saya rasakan ianya satu bentuk streotaip dalam melihat trend kepimpinan atau melihat etika pemimpin. Bagi saya tidak perlu ada apa-apa istilah, teori atau konsep dalam melihat ciri-ciri seorang pemimpin. Tidak perlu untuk dibeza-bezakan kerana kepimpinan itu bukan sesuatu yang statik, tetapi ianya berubah mengikut keadaan. Cukup bagi kita memahami fungsi sebenar seorang pemimpin iaitu; matlamat dan juga pengikutnya. Seorang pemimpin harus mempunyai matlamat untuk ditujui atau dicapai. Di sebelah tangan lagi, pemimpin itu harus mengambil berat akan pengikutnya supaya dua perkara dapat dilaksanakan dalam masa yang sama, iaitu kebajikan pengikut terjamin dan matlamatnya tercapai. Andai kedua perkara ini dapat dicapai atau mungkin juga dijaga, seseorang itu boleh dianggap sebagai pemimpin yang unggul.
MA: Berdasarkan pengalaman saudara sebagai Yang Dipertua JAKSA, apakah yang saudara dapat huraikan berkenaan tajuk diatas?
DS: Suka untuk saya ingatkan bahawa keunggulan seorang pemimpin bagi saya adalah pada dua aspek iaitu matlamat dan juga pengikutnya. Ketika menjadi YDP JAKSA, saya meletakkan satu harapan iaitu untuk menaikkan nama kolej menerusi penganjuran program. Saya meletakkan program-program kolej sebagai medium untuk menonjolkan Kolej Pendeta Za’ba supaya setanding dengan kolej-kolej yang lebih senior. Dalam pada masa yang sama, saya mengambil kesempatan diatas kapasiti penghuni kolej ini yang ramai. Dengan menggembleng sebanyak mungkin tenaga, saya pastikan ianya boleh menjayakan penganjuran program di kolej. Kejayaan program-program di kolej bagi saya adalah pada dua aspek yakni kejayaan pada program itu sendiri dan juga kejayaan dalam mendidik anak buah menjadi pemimpin. Di kolej, selain memberi pendedahan ‘bagaimana menganjurkan sebuah program’, saya memastikan bahawa pada penghujung hari, mereka tahu bagaimana membuat keputusan dan menjadi multi-tasking.
MA: Salah satu kriteria sebagai seorang pemimpin adalah mampu berkomunikasi dengan baik samaada dengan orang bawahan, rakan sekerja mahupun orang atasan. Adakah saudara lihat program-program anjuran JAKSA ini mampu menambah baikkan kemahiran berkomunikasi dikalangan ahlinya? Jika ‘ya’ sila nyatakan contoh-contohnya.
DS: Bagi saya apabila membincangkan mengenai peningkatan atau pengurangan suatu aspek, ianya sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri. Secara jujurnya, saya lahir daripada penganjuran program-program. Bukan sekadar di peringkat universiti, malah seawal di bangku sekolah. Didalam penganjuran setiap program, saya belajar untuk berinteraksi, membuat keputusan serta memimpin pelbagai lapisan pemikiran. Saya akur, ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan, tetapi sama sekali tidak mustahil untuk dilakukan. Ketika menjadi JAKSA, saya berani kata saya telah perbaiki kemahiran berkomunikasi saya. Dengan rakan-rakan sebaya, saya tahu bagaimana untuk membincangkan sesutau perkara supaya tidak nampak terlalu skema dan juga bertindak sebagai seorang pemimpin. Di kalangan pegawai, saya belajar untuk menonjolkan diri dan memastikan wujud win-win situation supaya cadangan kedua belah pihak diterima. Aspek paling penting dalam kepimpinan saya selain anak buah saya seramai 18 orang, adalah adik-adik junior saya. Berkomunikasi bersama mereka memerlukan kesabaran kerana karenah mereka yang pelbagai. Saya tanam di dalam hati saya, bahawa mereka ini bukan junior saya, tetapi mereka ini adik-adik saya. Oleh sebab itu, saya lebih senang untuk didekati. Satu fakta yang saya tidak boleh nafikan sehingga saya dilabel sebagai ‘terlalu manjakan junior’. Menjadi JAKSA mengajar saya bertindak berdasarkan situasi dan tidak lari daripada standard of procedure. Mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat keputusan sahaja tidak penting, tetapi bagaimana menyampaikan serta memahamkan kepada khalayak adalah lebih utama.
MA: Ramai pemimpin-pemimpin negara, UMNO khususnya merupakan mereka yang mewarisi usaha yang telah dijalankan oleh ayahanda meraka. YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein adalah antara mereka yang berjaya melakar nama setaraf bapa mereka, namun ada juga yang kecundang dalam merintis jalan menaiki kerusi kepimpinan negara seperti Taufik Tun Dr. Ismail dan Tamrin Ghafar Baba. Persoalannya, adakah saudara melihat kepimpinan adalah suatu yang dapat diwariskan atau ianya adalah satu bentuk kemahiran yang perlu diasah dan digilap?
DS: Baik-baik, sekali dua soalan yang diajukan disini. Saya jawab yang pertama dahulu iaitu berkenaan pewarisan. Pada pendapat saya, kepimpinan tidak diwarisi dan juga diturunkan. Andai dilihat pada ketiga pemimpin yang disebutkan sebentar tadi, bagi saya hanyalah antara faktor yang mencetuskannya. Jika dilihat pada kepimpinan Pak Lah, bapanya Ahmad Badawi merupakan antara tokoh penting dalam penubuhan Parti Perikatan. Tapi jika dilihat pada kepimpinan Pak Lah, ianya tidak mencerminkan bapanya. Lihat pula pada DS Najib, kepimpinannya setakat ini menampakkan usahanya untuk menyatupadukan rakyat. Tapi jika dibandingkan dengan Tun Abdul Razak, harus kita ingat akan peristiwa 13 Mei di mana ianya berlaku ketika kepimpinan beliau. Datuk Mokhzani serta Datuk Mukhirz juga tidak selantang bapanya Tun Dr Mahathir. Bisa serta sengat tidak mungkit dapat setanding malah berani saya katakan, tidak ada kesan langsung pada lanskap politik Malaysia. Kita lihat pula di pihak pembangkang, Kejayaan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang adalah kerana pengaruh bapanya, Lim Kit Siang. Kejayaan Nurul Izzah dalam merampas kerusi Lembah Pantai adalah kerana pengaruh bapanya, DS Anwar Ibrahim. Hal ini jelas menunjukkan bukan atas faktor ianya diwarisi. Tetapi ianya adalah berikutan faktor pengaruh yang diwariskan. Saya tidak begitu pasti dengan Taufik serta Tamrin malah tidak pernah mendengar mengenai mereka. Tetapi mugkinkah wujud satu situasi di mana mereka ini tidak minat dalam berpolitik, atau mereka tidak melihat politik sebagai medium untuk meningkatkan kepimpinan. Mungkin ini yang harus kita pertimbangkan sebelum melabel mereka sebagai ‘kecundang’ seperti mana yang diungkapkan sebentar tadi.
Menjawab kepada persolan kedua yakni patutkah ianya digilap atau diasah. Andai ianya satu bentuk kemahiran, maka wajarlah kita mengasahkannya. Tidak mungkin dan tidak mustahil usaha yang diletakkan, tidak akan membuahkan kejayaan. Tun Dr. Mahathir pernah dibuang dari UMNO kerana kelantangannya yang boleh saya katakan ‘pemimpin tidak bertempat’. Tetapi kemudian apabila beliau ingin meletakkan jawatan setelah berkhidmat 22 tahun, air mata rakyat menyambut keputusannya. Bukankah itu satu perubahan yakni setelah diasah? DS Najib bermula dengan seorang ADUN Pekan dan kemudian diangkat menjadi MB Pahang dengan hanya pengalaman selama satu penggal. Hari ini beliau menjadi Perdana Menteri. Bukankah itu satu usaha menggilap serta mengasah?? Sudah pasti ya. Kejayaan seorang pemimpin adalah berdasarkan dirinya sendiri. Faktor-faktor lain hanyalah penyokong serta penguat. Apa yang penting adalah individu itu sendiri..
MA : Saudara berpendapat bahawa kepimpinan bukanlah warisan yang dapat diperturunkan dari generasi ke satu generasi yang lain, namun ianya adalah suatu proses pembelajaran yang dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Persoalannya, apakah kriteria-kriteria yang amat diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin tersebut dan bagaimanakah saudara memberi pengajaran tersebut sewaktu berkhidmat di dalam JAKSA?
DA : Soalan yang bagus. Istilah ‘turun padang’ kerap kali digunakan oleh individu-individu yang bergelar pemimpin. Baik mereka itu ahli politik, pemimpin pelajar dan macam-macam lagi. Tapi seperti kebiasaannya, ramai yang suka menggunakan istilah tanpa mempraktikkannya. Menggunakan istilah tetapi tidak tahu apa yang sepatutnya. Turun padang itu bukan istilah untuk menunjukkan atau membuktikan bahawa pemimpin itu turrun melihat bagaimana keadaan yang sebenar tanpa melalui orang tengah. Turun padang bukan untuk membuktikan bahawa pemimpin itu berjiwa rakyat. Tetapi makana sebenar turun padang itu adalah merasai dan memahami dengan sendiri apa yang dimahukan serta diperlukan. Perkara ini yang selalu ditafsirkan apabila pemimpin kerap kali dan sehingga kini menjadi simbolik semata-mata. Ingat kembali apa yang telah saya terangkan di atas, pemimpin otu dilihat pada dua aspek yakni matlamat dan juga pengikutnya. Andai pemimpin itu pemimpin simbolik, apa guna dua aspek tersebut?? Bergerakkah?? Atau berjayakah dengan pemimpin sebegitu. Apabila ingin menjadi pemimpin, seelok-eloknya mereka yang berasal dari bawah, yang mendaki hingga mengecapi kejayaan. Bukan dikalangan pengampu, pembodek dan mandapat jawatan dari orang dalam. Pemimpin harus bersama pengikut dalam apa sekalipun keadaan dan meletakkan diri saling melengkapi antara satu sama lain. Andai rumah yang ingin dibina, maka sama-sama menukang. Andai cahaya untuk menerangi yang diinginkan, maka sama-samalah mencari wayar dan punca elektrik. Ya, saya akui ramai yang akan mempertikaikan bahawa pemimpin tidak perlu sebegitu. Tidak dinafikan malah saya kerap kali dipandang serong kerana tidak menjaga ‘darjat’ saya kononnya. Tetapi apakah perlu kita mendengar pandangan yang bersifat negatif? Kejayaan seorang pemimpin itu adalah hasil kejayaan pengikutnya. Andai wujud mulut-mulut yang mengata, anggap sahaja mereka itu cabaran dalam mendidik dan mengecapi kejayaan.
MA : Adakah saudara merasakan program-program yang dianjurkan oleh JAKSA ini mampu mendidik mahasiswa mahasiswi secara amnya, dapatkah saudara terangkan mengenai tugas-tugas seorang pemimpin yang dapat saudara terangkan melalui kacamata seorang Yang Dipertua JAKSA?
DA :Soalan ini seolah-olah mempertikaikan apa yang telah saya lakukan selama setahun lamanya. Bagi saya sudah pasti program anjuran JAKSA itu berguna dan sudah pasti berfaedah. Tetapi jangan sesekali melupakan perkara pokok yakni tujuan utama kita memasuki universiti adalah untuk dianugerahkan segulung ijazah kelak. Ramai yang suka menggunakan alasan bahawa kelas padat dan kursus terlalu sukar untuk difahami lantas tidak join program anjuran JAKSA. Program anjuran JAKSA adalah gabungan antara teori dan juga praktik. Secara jujurnya, di Kolej Pendeta Za’ba, kami mengajar bagaimana menganjurkan sesuatu program dan tidak sama sekali menjadikan pelajar-pelajar sebagai buruh kasar. Setiap arahan yang diberikan berasas dan dijelaskan mengapa dan mengapa. Ianya tidak membuta tuli. JAKSA faham bahawa di peringkat mereka, mereka seharusnya mendidik dan bukannya mengarah. Bagi memastikan pelajar-pelajar junior terutamanya, mampu untuk mengajar batch yang seterusnya. Ini adalah didikan yang dilakukan di Kolej Pendeta Za’ba. Sekali lagi secara jujurnya, saya tidak pasti adakah konsep ini turut diamalkan di kolej-kolej kediaman lain.
MA : Adakah saudara rasa JAKSA memainkan fungsi yang penting sebagai medium kepimpinan di UKM? Dan apakah yang dapat saudara gambarkan sekiranya organisasi ini terpaksa dihapuskan kelak?
Saya bawakan analogi iaitu teori dalam kursus saya. Ambil Malaysia sebagai bahan uji kaji. Sistem kerajaan sebagai pertaruhan. Sistem unitari dan sistem persekutuan sebagai pemboleh ubah. Andai dahulu pada 1946 Malaysia menerima Malayan Union iaitu sistem unitari, maka hari ini Malaysia hari ini hanya mempunyai seorang Presiden. Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak akan wujud. Maka apa implikasinya?? Pertama sekali, kuantiti pemimpin yang dihasilkan adalah sedikit. Kedua, idea-idea atau polisi kerajaaan adalah terhad. Ketiga, kemungkinan untuk adat setempat itu untuk kekal adalah rendah. Mengapa jadi begini? Kerana apabila kita memfokuskan kuasa atau proses pembuatan keputusan kepada badan yang kecil, maka inilah yang akan terjadi, tidak wujud variasi dan pilihan. Begitu juga peranan JAKSA dalam pentadbiran UKM. Mampukah PMUKM menggalas tanggungjawab di setiap kolej?? Mampukah PMUKM ‘merendahkan darjat’ bertemu dengan pelajar-pelajar?? Mampukah PMUKM membuang ego untuk duduk berbincang bersama?? Atau PMUKM hanya sekadar pemimpin bagi Pentadbir tetapi tidak mesra pelajar?? Inilah fungsi JAKSA yang sebenar. Kami di JAKSA akan mempertahankan hak-hak serta menyuarakan kepada PMUKM. Andai suara kami diabaikan, maka akan menyusul-lah segala memorandum serta surat bantahan. Hapuskan JAKSA bererti membantutkan proses melahirkan pemimpin. Hapuskan JAKSA bererti UKM akan gagal melahirkan graduan yang hebat. Saya berani jamin dalam hal ini.
MA : Akhir sekali, pada pandangan saudara, apakah usaha yang wajar diberi perhatian oleh pihak universiti serta Kementerian Pengajian Tinggi agar organisasi ini dapat membimbing melahirkan mahasiswa mahasiswi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik bahkan gemilang di arena kepimpinan dimasa hadapan?
Dalam melihat kepada soalan ini, perkara paling utama yang saya rasakan adalah wajar adalah peruntukan baik dari pihak UKM dan juga KPT. Wang sentiasa menjadi masalah serta halangan kepada setiap penganjuran program. Kekangan ini menyebabkan pengikut tidak mahu turut serta kerana tidak berminat untuk mencari dana lantaskan menggagalkan proses didikan. Wang banyak dihabiskan dalam mempromosikan nama universiti dan juga oleh Kementerian yang seolah-olah membuat kerja. Tidak perlu.. Serahkan kepada kami. Biar kami yang membawa nama UKM keluar dari tempatnya. Biar kami harumkan KPT mengatasi kementerian-kementerian yang lain. Tipu andai kami tidak mampu melakukannya. Pegawai seharusnya membantu menjayakan. Turut serta. Tetapi jangan sesekali campur tangan proses gerak kerja. Kami yang berdarah muda faham akan apa yang diperlukan rakan-rakan kami diluar. Kami darah muda yang penuh dengan keegoan ada sifat untuk sentiasa berjaya lantas meletakkan kejayaan sebagai matlamat. Kami tahu apa yang kami lakukan, UKM dan KPT harus lebih fleksibel dalam perkara ini.