TAJUK 4                        PEDAGOGI BESTARIHASIL PEMBELAJARAN      a.   Memberi definisi, jenis dan prinsip pendekatan...
4.1 : PENGENALANDalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah seharusnya suda...
Mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran-kemahiran, nilai-nilai dan penggunaan       bahasa yang betul.       Menyatakan s...
4.2.1 Ciri-ciri Pelajar       4.2.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran       4.2.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajara...
serta menyatakan idea dan perasaan.      Interpersonal      Keupayaan untuk memahami niat orang lain, mahir berkomunikasi ...
memperolehi skor yang tinggi dalam akademik tidak bererti mereka tidak berjaya dalamhidup. Pada hal ada unsur atau elemen ...
 Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatif   Tidak menasihati, mengarah, mengkritik, mengadili a...
Pembelajaran Bersifat Individu    Pelajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam    proses pembelajaran     ...
5. Guru juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan      yang sesuai.   6. Guru juga perlu mer...
Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based learning)        Proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkemban...
Generatif Pelajar digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif, diasuh menyelesaikan sesuatu masalah Contohnya.sumban...
Pengalaman harian muridPersekolahan                     alam pekerjaan         kehidupan masyarakat  4.2.4. KEMAHIRAN GENE...
Kemahiran Berfikir                      Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir                               -   Pemikiran kritis ...
Kemahiran Pemudahcaraan      Challenging      Menguji kemampuan atau ketabahan seseorang      Attending      Memberi perha...
BICARA GURUSetelah anda memahami konsep sekolah bestari dan elemen-elemen pengajaranbestari,1. Sila tonton dengan teliti v...
mengkategorikan binatang yang dikumpul seperti semut, lipas, ulat gonggok, cacing,lipan, lalat, lebah dari segi bilangan k...
Pedagogi bestari
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Pedagogi bestari

3,681

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
3,681
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
197
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Pedagogi bestari"

  1. 1. TAJUK 4 PEDAGOGI BESTARIHASIL PEMBELAJARAN a. Memberi definisi, jenis dan prinsip pendekatan pengajaran bestari dan menghuraikan ciri-ciri utamanya. b. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab guru bestari. 57
  2. 2. 4.1 : PENGENALANDalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah seharusnya sudah berubah.Corak pengajaran dan pembelajaran yang tradisionaldilihat tidak lagi relevan dengan suasana pembelajaran murid-murid pada masa kini. Olehitu, melalui pedagogi bestari pengendalian dan pengurusan bilik darjah serta prosespengajaran dan pembelajaran sepatutnya turut berubah . Maklumat dan ilmu teknologi yangpantas dalam sistem pendidikan negara seharusnya dimanfaatkan oleh para guru .Sebelum kita terus membaca modul ini, sila jawab soalan berikut. Tahukah anda apakah maksud sekolah bestari? The Malaysian Smart School: Reinventing the Malaysian Educational System 2 Apa dia Sekolah Bestari ? Definisi Institusi pembelajaran yang telah direka semula secara menyeluruh dari segi amalan Pengajaran & Pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk menyediakan murid bagi zaman maklumat. • Semua murid mampu belajar Ciri • Kurikulum mengambil kira pelbagai kebolehan dan keperluan • Iklim sesuai untuk pembelajaran • Penilaian berterusan • Pentadbir dan guru yang profesional • Sokongan komuniti dan ibu bapaKURIKULUM SEKOLAH BESTARIKurikulum Sekolah Bestari adalah penuh bermakna, bertanggungjawab sosial, pelbagaibudaya, reflektif, holistik, global, terbuka, berasaskan matlamat dan berteknologi.Ia akanmenggalakkan pembelajaran menyeluruh, membenarkan murid maju seiring dengankebolehan mereka dan menyediakan suasana untuk murid-murid dengan pelbagikeupayaan, minat dan keperluan. Ia akan memastikan yang kanak-kanak terdidik dengankemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, diterapkan dengan nilai-nilai murnidan diberi galakkan bagi memperbaiki kebolehan berbahasa mereka . Oleh itu kurikulumdibentuk untuk: Murid-murid mencapai perkembangan seimbang yang menyeluruh. 58
  3. 3. Mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran-kemahiran, nilai-nilai dan penggunaan bahasa yang betul. Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang diharapkan untuk aras kebolehan yang berbeza. Menawarkan pembelajaran pelbagai disiplin, bertema dan berterusan. Menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan sikap sepatutnya untuk berjaya di zaman maklumat ini.Kurikulum Sekolah Bestari akan cuba menjadikan pembelajaran lebih menarik, bermotivasi,merangsang dan penuh bermakna, melibatkan minda, jiwa dan fizikal kanak-kanak dalamproses pembelajaran, membina kemahiran asas bagi menyediakan murid-murid untukcabaran yang lebih besar dan memberi perhatian kepada pelbagai keperluan dankebolehan di kalangan murid . Oleh itu pedagogi seharusnya: Menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi memastikan penguasaan kompetensi asas dan menggalakkan perkembangan secara menyeluruh. Menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran individu bertujuan untuk meningkatkan pencapaian. Membentuk persekitaran bilik darjah yang bersesuaian dengan penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.4.3 ELEMEN-ELEMEN BESTARISebelum seseorang guru boleh mengaplikasikan elemen-elemen bestari dalam prosespengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ada baiknya anda mengenalpasti danmemahami dengan mendalam apa yang anda faham tentang maksud elemen-elemenbestari tersebut. Apakah yang anda faham tentang elemen-elemen bestari?Elemen-elemen bestari meliputi: 59
  4. 4. 4.2.1 Ciri-ciri Pelajar 4.2.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 4.2.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 4.2.4 Kemahiran Generik 4.2.1 CIRI-CIRI PELAJARGaya Belajar Gaya pembelajaran mengikut Dunn and Dunn (1987) dipengaruhi oleh faktor- Faktor seperti berikut: • Persekitaran (Environment) Suka belajar tanpa bising, muzik, ada yang suka belajar ditempat terang,berkerusi, meniarap, suka bilik berhawa dingin dan lain-lain • Emosi (Emotional) Boleh belajar dengan bantuan guru, sendiri, perlu motivasi, boleh belajar bila-bila masa, ada yang perlu jadual dan lain-lain. • Sosiologi (Sociological) Suka belajar sendirian, berpasangan atau berkumpulan • Fisiologi (Physiology) Pelajar yang cenderung kepada unsur visual, auditori, kinesthetik, makan,masa tertentu (pagi, petang atau malam) • Psikologi (Psychological) Melibatkan otak kiri / kanan, global/analitik, boleh bertindak secara spontan (impulsif), berfikir sebelum bertindak ( reflektif )Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner, 1983) Linguistik Merangkumi kecerdasan individu dalam aspek pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri mahupun bahasa asing. Muzik Kecerdasan yang melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada elemen yang melibatkan perasaan. Kinestetik Penggunaan fizikal tubuh badan utk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu 60
  5. 5. serta menyatakan idea dan perasaan. Interpersonal Keupayaan untuk memahami niat orang lain, mahir berkomunikasi dengan berkesan serta mampu mendorong dan memotivasi orang lain untuk bekerja. Intrapersonal Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri dan melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup Visual-Spatial (ruang) Keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindah ke dalam imej mental.Mampu mengenalpasti ruang dan mengorganisasikan ruang serta lebih cenderung dalam reka bentuk dalaman. Logik Mahir memanipulasi nombor dan pengiraan.Mampu menyatakan sesuatu secara induktif dan deduktif.Menyelesaikan maslah secara sistematik. Naturalistik Menyintai alam semula jadi.Mudah mengenali dan mengerti tumbuhan dan haiwan.Suka meneroka hutan. Spiritual (kerohanian) Berkeupayaan untuk menghayati kewujudan manusia dan kematian. BICARA GURU Setelah anda membaca dan memahami unsur kecerdasan pelbagai ini, dapatkah anda mengenalpasti kecerdasan anda sendiri? Bagaimana anda boleh memanfaatkan kecerdasan pelbagai anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? Sila bincangkan dengan pensyarah anda Perlu diingat bahawa setiap orang mungkin ada lebih daripada satu unsur kecerdasan dalam diri mereka.Kompetensi Kecerdasan Emosi (EIC) Kita sering mendengar orang bercakap tentang kecerdasan anak di sekolah atau anakorang itu mempunyai IQ yang tinggi sehingga mendapat banyak ‟A‟ dalam semuapeperiksaan.Tentu masa hadapan anak itu lebih cerah dan dapat menjawat jenis pekerjaanyang bagus.Ibu bapa dan masyarakat kini sering beranggapan anak-anak yang tidakmemperolehi skor ‟A‟ yang banyak adalah dianggap tidak baik dan gelap masa hadapan.Mereka mungkin terlupa dalam kehidupan anak kita seharian sekiranya mereka tidak 61
  6. 6. memperolehi skor yang tinggi dalam akademik tidak bererti mereka tidak berjaya dalamhidup. Pada hal ada unsur atau elemen lain yang sama pentingnya dengan kecerdasananak-anak mereka itu. Dikatakan kecerdasan IQ yang tinggi jika tidak diikuti dengankecerdasan emosi (EQ) akan menjadikan kehidupan anak-anak itu tidak akan lengkap atausempurna. Misalnya murid itu mungkin tidak tahu menguruskan emosi mereka dengan,mudah marah, putus asa, tidak ada unsur simpati dan empati dalam diri murid-murid itu.Maka ada baiknya kita sebagai guru cuba renungkan perkara ini dengan teliti supaya apayang kita laksanakan di sekolah itu mencapai matlamat melahirkan insan seimbang.Kecerdasan Emosi (EQ)Kecerdasan emosi didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkankemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosiorang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dantindakan orang itu. (Young, 1996)Terdapat empat (4) konstruk penting yang terangkum dalam kecerdasan emosi:a. Kawalan Diri – kemahiran mengawal tindakan dan perasaan sebelummelakukan sesuatu.b. Motivasi / Kesdaran Diri – Usaha dan daya ketahanan seseorang untukmencapai matlamat hidupc. Pengurusan Emosi – kemahiran menguruskan perasaan dan pembentukankonsep dan esteem kendiri.d. Kemahiran Sosial – kemahiran menjalinkan perhubungan persahabatandengan orang lain, kemahiran komunikasi dan berunding.Ciri-ciri Orang Yang Mempunyai EQ Tinggi  Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang dihadapi   Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan   Bertanggung jawab atas perasaan sendiri   Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan   Menghormati perasaan orang lain.   Melabelkan perasaannya dan bukan perasaan orang lain atau situasi yang dihadapi   Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan   Bertanggung jawab atas perasaan sendiri   Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan   Dapat berasa bertenaga dan bukan dikawal oleh kemarahan   Mengesahkan perasaan orang lain dengan menunjukkan empati, pertimbangan dan penerimaan perasaan orang lain  62
  7. 7.  Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatif   Tidak menasihati, mengarah, mengkritik, mengadili atau mengherdik orang lain.   Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya 4.2.2 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPembelajaran Berpusatkan PelajarPembelajaran yang menekankan penglibatan luas murid dalam aktiviti P& P dengan  mengambil bahagian dengan aktif dalam proses P & P   menggalakkan dan memberi ruang interaksi di dalam kelas dan sekolah   berinteraksi dengan resos yang disediakan oleh guru   bebas mengemukakan hujah atau pandangan dengan bukti yang konkrit dan saitifik   memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari),   mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif),   melibat dalam penilaian berterusan;   sikap guru yang mendengar  63
  8. 8. Pembelajaran Bersifat Individu Pelajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran Akses Pelajar mencari maklumat & pengetahuan dari pelbagai sumber walaupun tanpa guru Kendiri Kadar Pelajar belajar mengikut kelajuan/ kebolehannya. Kendiri Pelajar meneroka tajuk yang diminati tanpa Terarah Terarah terkongkong dengan kurikulum yang rigid kendiriPembelajaran Masteri Seorang pelajar boleh belajar apa sahaja mengikut keadaan yang sesuai. Konsep 1. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S Bloom pada tahun-tahun 60an berdasarkan satu prinsip iaitu semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya  Ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya   Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti  2. Dalam proses pembelajaran masteri,guru mesti pastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran 3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain 4. Peranan guru ialah untuk menentukan pelajaran yang perlu dikuasai murid. 64
  9. 9. 5. Guru juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai. 6. Guru juga perlu merangsang kemahiran berfikir dalam kalangan pelajarPembelajaran Berfikrah (Berdaya Fikir) Proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan iklim bilik darjah yg menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yg kompleks. Ini memerlukan aspek berikut diambail perhatian; Strategi guru – apa strategi yang hendak digunakan dan sesuai dengan aras kebolehan murid supaya boleh berfikir. Perlakuan murid – bagaimana guru boleh memotivasikan murid tanpa jemu dengan cara menelah pengetahuan sedia ada murid dan sentiasa menggalakkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Pembelajaran Berbantukan Teknologi Jenis Teknologi • Bercetak • Audio • Video • Komputer Pembelajaran Berbantukan • Multimedia Teknologi 65
  10. 10. Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based learning) Proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak.Jika otak tidak dihalang daripada proses semulajadi, akan berlakulah proses pembelajaran. Prinnsip-prinsip utama pembelajaran berasaskan otak:  Otak memproses secara keseluruhan dan bahgian secara serenak.   Pembelajaran menghubungkait keseluruhan fisiologi manusia; melalui pelbagai dimensi deria   Mencari makna secara dalaman   Mencari makna melalui pencorakan (patterns recognition) Pembelajaran Berasaskan Projek  Merupakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berfokus tugasan secara sistematik atau perancang:   Melibatkan pembelajaran berpusatkan pelajar,   Boleh menghubungkaitkan antara pelbagai bidang dan kesepaduan dengan masalah kehidupan seharian,   Merupakan satu kaedah yang amat menarik untuk memantapkan minat pelajar.   Memberikan pengalaman berbentuk praktikal. Contoh melukis pelan sekolah, projek mural dan lain-lain.  4.2.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Direktif Pelajar menerima maklumat, pengetahuan dan kemahiran melalui penerangan daripada guru dengan tunjuk cara, bimbingan, latihan, diikuti dengan ujian untuk menilai kefahaman Pemerhatian Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tentang sesuatu kemahiranMediatif Membimbing pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian, membuat inferen dan hipotesis 66
  11. 11. Generatif Pelajar digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif, diasuh menyelesaikan sesuatu masalah Contohnya.sumbang saran, metafora, pemikiran lateral, peta mindaKoperatif dan kolaboratif Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pasukan kecil.Setiap ahli pasukan bukan sahaja bertanggungjawab atas pencapaian sendiri tetapi juga atas pencapaian ahli pasukan (cth.Melalui „coaching, tutoring‟ dan lain-lain).Metakognitif Metacognition is thinking about thinking, knowing “what we know” and “what we don‟t know”Kajian Masa Depan Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan bagi menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawabKonteks-Luar Pelajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa seperti menghadiri seminar, bengkel, projek dan proses latih amal.Pembelajaran kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds – on. 67
  12. 12. Pengalaman harian muridPersekolahan alam pekerjaan kehidupan masyarakat 4.2.4. KEMAHIRAN GENERIKKemahiran Belajar Pemerolehan maklumat daripada pelbagai sumber - Kemahiran carian - Kemahiran komunikasi - Kemahiran membaca - Kemahiran mencatat nota - Kemahiran penyelidikan - Kemahiran memerhati - Kemahiran teknikal Memproses maklumat - Menganalisis maklumat - Mentafsir maklumat - Menilai maklumat - Mensintesis maklumat Menyampaikan maklumat - Kemahiran menulis - Kemahiran persembahan Kemahiran Teknikal 68
  13. 13. Kemahiran Berfikir Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir - Pemikiran kritis - Pemikiran kreatif - Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Alat-Alat Berfikir - Pengurusan grafik - Soalan dan penyoalan - Alat-alat CoRT 1 - Peta mindaKemahiran Mentaksir & Menilai - Penilaian melalui kontrak pembelajaran - Penilaian portfolio - Penilaian kendiri - Penilaian melalui pemerhatian - Penilaian projek - Ujian - Pentaksiran modular - Penilaian perisian kursusKemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Jenis Pembelajaran - Pengajaran dan pembelajaran berbantukan Komputer - Pengajaran dan pembelajaran berintegrasikan komputer Mod Pembelajaran - Tutorial - Penerokaan - Aplikasi - Komunikasi 69
  14. 14. Kemahiran Pemudahcaraan Challenging Menguji kemampuan atau ketabahan seseorang Attending Memberi perhatian kepada seseorang dalam satu satu perbincangan Disclosing Memperlihatkan atau mendedahkan Cognitive structuring Satu kaedah membina kefahaman menggunakan pengetahuan sedia ada yang digabung dengan fakta dari sumber yang baru untuk membentuk suatu kefahaman yang baru yang lebih bermakna dan memuaskan Feedback Teknik pemudahcara berdasarkan kepada pendapat dan penerimaan setiap penerangan.Ia melibatkan perbincangan secara dua hala Focussing Proses penumpuan dalaman mengenai kesedaran kendiri dan pemulihan emosi Goal-setting Menetapkan objektif ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih rasional Instructing Pengajaran berdasarkan guru sebagai penyampai maklumat dan menunjukkan langkah-langkah yang perlu dan terperinci tentang sesuatu topik Modelling Satu proses demonstrasi bagi menggambarkan sesuatu dengan berkesan, menarik minat murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang Trailing (menjejak) Mengesan masalah pelajar dan memudahcara penyampaian Questioning Membantu dan melatih pelajar berfikir secara mendalam dan meluas Reflecting (renungan) Mencermin, menggambar, membayang, berfikir secara mendalam atau sebagai pantulan sesuatu perkara yang telah diperkatakan Thematising Suatu perbincangan yang menumpukan kepada tema atau tajuk yang telah ditetapkan. 70
  15. 15. BICARA GURUSetelah anda memahami konsep sekolah bestari dan elemen-elemen pengajaranbestari,1. Sila tonton dengan teliti video yang disediakan dalam CD dan nyatakan elemen-elemen bestari yang telah diselitkan oleh guru tersebut semasa melaksanakan aktivitipengajaran dan pembelajaran tersebut?2. Bolehkah anda menghuraikan dengan terperinci dan jelas mengenai bagaimanakahanda boleh mengaplikasikan elemen-elemen ini ke dalam aktiviti pengajaran danpembelajran di bilik darjah?Cuba fahami senario aktiviti pengajaran dan pembelajaran iniKatakan anda seorang guru Sains sekolah rendah dan mengajar di tahun 4. Anda inginmengajar tajuk kategori haiwan ‟serangga‟Dengan berpandukan kefahaman tentang pendekatan deduktif, maka anda akan mulamengajar tajuk serangga itu dengan bermula daripada satu kenyataan umum tentang‟serangga‟ membawa kepada kenyataan yang khusus. Ini bermaksud pada permulaanpengajaran sebaik sahaja selesai aktiviti set induksi anda akan memaklumkan bahawaserangga mempunyai sifat-sifat seperti mempunyai sepasang mata besar, dua pasangkepak, tiga pasangkan kaki dan sebagainya. Pelajar telah diberi maklumat danpengajaran lebih bersifat kuliah atau ekspositori.Pelajar mendalami aspek-aspek khusussetelah dimaklumkan oleh guru, misalnya serangga itu mempunyai sifat-sifat seperti yangtelah dinyatakan terlebih dahulu oleh guru.Dalam pendekatan ini nampaknya guru lebihbersifat pemberi maklumat dan murid agak pasif.Ini juga menunjukkan bahawapengajaran tajuk serangga lebih berpusatkan guru. Sebaliknya jika guru mengamalkanpendekatan induktif guru akan cuba mengajar dengan memulakan satu kenyataankhusus dan membawa kepada kenyataan yang umum. Misalnya pada permulaanpengajaran, guru tidak terus memberi fakta tetapi sebaliknya kenyataan khusus itudimulakan dengan memberi peluang pelajar meneliti ciri-ciri serangga seperti 71
  16. 16. mengkategorikan binatang yang dikumpul seperti semut, lipas, ulat gonggok, cacing,lipan, lalat, lebah dari segi bilangan kaki, mata, bentuk badan dan lain-lain. Setelah dapatmengumpulkan semua elemen tersebut barulah guru menjelaskan bahawa itu adalah‟serangga‟ dan ‟bukan serangga‟ dan ini sudah menjadi satu kenyataan yang umum.Semasa guru melaksanakan aktiviti mengenal ciri serangga tadi di sinilah juga strategiberpusatkan murid berjalan.Misalnya pelajar aktif menjalankan aktiviti meneroka,meneliti, menghurai, melapor di mana beberapa aspek kemahiran belajar diterapkanbersama. Pelajar tidak didedahkan dengan jawapan terlebih dahulu tetapi digalakkanmencari maklumat sendiri sama ada secara individu atau menggunakan kaedahpengajaran dan pembelajaran koperatif. Elemen yang jelas sekali apabila pelajardilibatkan dalam kaedah seperti itu adalah memungkinkan guru memupuk penyerapanaspek akses kendiri, kadar kendiri atau terarah kendiri. Bagimana pula kita bolehmengaplikasikan kefahaman guru tentang ciri-ciri pelajar seperti persekitaran ataupsikologi.Di sinilah letaknya kemahiran guru dalam memahami jiwa pelajarnya, tidaklahmengajar sesuka hati tanpa menghiraukan perbezaan individu dan juga minat anakmuridnya. Misalnya jika gaya pembelajaran pelajar itu bersifat psikologi maka sudahtentu murid ini memerlukan bimbingan dan pujian guru semasa proses pembelajaranberlangsung. Guru akan menggunakan segala kemahiran pemudahcaraannya untukmembantu dan memupuk kasih sayangnya dengan murid berkenaan. Guru yang sudahmemahami setiap jiwa muridnya akan menunjukkan rasa sayang dan sekali gusmenggalakkan pembelajaran murid berkenaan. Bagi menarik minat pula, guru berkenaanakan menggunakan aplikasi teknologi maklumat kepada muridnya seperti menggunakankomputer atau CD yang interaktif supaya murid boleh belajar sendiri.Begitulah keadaannya sedikit contoh bagaimana seseorang guru boleh mengaplikasikankefahamanya tentang konsep atau amalan-amalan penerapan elemen bestari dalamproses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

×