7 pengenalan kepada kaunseling
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

7 pengenalan kepada kaunseling

on

  • 2,541 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,541
Views on SlideShare
2,271
Embed Views
270

Actions

Likes
0
Downloads
61
Comments
0

1 Embed 270

http://duniapendidikanipg.blogspot.com 270

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    7 pengenalan kepada kaunseling 7 pengenalan kepada kaunseling Document Transcript

    • PENGENALAN KEPADA KAUNSELINGDEFINASI KAUNSELING Kaunseling adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu counseling.Kaunseling merupakan satu bidang sains perlakuan terapan Kaunseling adalahhubungan peribadi bersemuka antara dua orang, seorang adalah kaunselor danseorang lagi adalah kaunseli atau klien. Kaunselor, melalui perhubungan inidengan menggunakan kemahiran khususnya, menyediakan satu situasi atausuasana, apabila kaunseli (seorang yang normal dari segi mental) dibantumemahami masalah dirinya, memahami situasi semasanya serta kemungkinansituasai masa hadapannya, supaya dia dapat mengunakan sifat-sifat peribadinyadan potensinya dengan cara memuaskan dirinya dan memberikan faedahkepada masyarakat. Dan selanjutnya dan mempelajari cara-cara menyelesaikanmasalah dan memenuhi keperluanya pada masa akan datang. Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan peribadi yang diadakanbagi membantu insan dalam menangani permasalahan yang berlaku keatas mereka.Kaunseling juga berperanan sebagai satu tempat dimana seseorang yang bermasalahmembuat rujukan bagi menangani masalah kehidupan dalam seharian. Mereka cubauntuk menyelesaikan masalah tersebut jadi sebagai kaunselor yang memepunyaipengatahuan sepatutnya mereka menjadi penasihat atau pembimbing kepada insanyang memerlukan bantuan ini denga memberi mereka cadangan atau membantumereka dalam mencari penyelesaian sendiri mengenai masalah mereka tadi. Untuk mencapai tahap ketahanan dalam setiap permasalahan seharian ini kitaamat memerlukan bimbingan dan kaunseling bagi mengenali keupayaan sebenar diri
    • kita dan mengeksploitasi segenap sudut dan situasi bagi kegunaan diri untukmencapai kehidupan sejahtera dan membantu mewujudkan komuniti yang aman dantenteram. Melalui kursus ini anda akan diperkenalkan dengan topik-topik yangkomprehensif secara teori dan praktikal bagi mempertingkatkan keupayaan mengenalidan mendekatkan diri anda dengan persekitaran yang dapat membawa anda kearahkesejahteraan hidup. . Justeru itu mengapa manusua memerlukan kaunseling? Dalam objektifKaunseling ia adalah untuk menumpukan kea rah memberi pertolongan kepada klien.Selain itu, ia juga bermatlamatkan kepada kepuasan klien yang mendapat sesuatunikmat hasil daripada Kaunseling. Di samping itu, ia juga untuk memberi kesedarandalaman kepada klien. Berikut adalah definasi-definasi kepada kaunseling:1974 PattersonKaunseling dan psikoterapi merupakan satu proses menolong yang berlangsungmelibatkan perhubungan sesame insan yang diperlukan bagi rawatan spesifik untukorang yang bermasalah.1976 Krumbolts &ThovensonKaunseling sebagai proses menolong orang dengan masalahnya melalui carapembelajaran.1987 Cormier & HackneySatu perhubungan menolong di antara seseorang yang terlatih dan mahir dalamteknik menolong secara pertuturan dan mempunyai pengetahuan berkenaan perlakuan
    • manusia, dengan seseorang yang meminta bantuan sama ada secara sukarela ataupunpaksa.1996 GladdingMendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses menolong individu yang normalatau sihat daripada segi psikologi, menyekesaikan masalah berkaitan tugas-tugasperkembangan dan keadaan hidup.Mizan & Halimahtun (1996)Pernah mengata bahawa kaunseling adalah proses pendidikan yang berterusan dalamprinsip-prinsip kaunseling mereka. Prinsip-prinsip yang lain adaalah seperti berikut: Setiap manusia adalah unik. Setiap manusia mempunyai harga diri. Manusia melalui proses sosialisasi, oleh itu manusia mempunyai pengalaman yang berbeza. Hubungan Kaunseling seharusnya bersifat sukarela supaya ada kerjasama. Kaunseling adalah proses pendidikan yang berterusan.PROSES DALAM KAUNSELING Dalam prosedur kaunseling terdapat 6 langkah iaitu analisis, sintesis,dignosis, pronogsis, kaunseling( rawatan), dan susulan. Ia adalah proses-prosessemasa kita ingin menjalankan bimbingan kaunseling.
    •  ANALISISPeringkat pengumpulan semua data yang relevant tentang klien, termasuk data dariskor ujian standard dan maklumat dari rekod komulatif klien. Menolong kaunselormemahami klien melalui pengumpulan data dan penginteraksiannya menjadi saturekod yang komprehensif.  SINTESISProses menggabungkan semua data yang relevan, menyusun dan mengaturnyamenjadi satu untuk memberikan gambaran yang komprehensif tentang klien. Melaluiproses ini kekuatan dan kelemahan klien dapat dikenalpasti dan ditentukan.  DIGNOSISProses apabila berasaskan maklumat yang dikumpulkan, masalah dan puncanyadikenal pasti. Kepakaran dan intuisi kaunselor sangat penting dalam tahap ini.  PRONOGSISLangkah atau proses apabila peluang kejayaan klien dan juga perkara yang mungkinmenghalang kejayaan klien dalam mengatasi suatu masalah yang diramalkan.  RESOLUSITahap apabila klien dibeikan pertolongan secara langsung untuk mengatasi sesuatumasalah.
    •  KAUNSELINGProses pertemuan bersemuka sebenar antara kaunselor dan klien yang bertujuan untukmembantu pelajar. Sikap kaunselor amat penting semasa kaunseling. Kaunselordipandu oleh hipotesis bahawa individu mempunyai cukup keupayaan untukmenghadapi dengan membina semua aspek kehidupannya yang terpendam.TUJUAN KAUNSELING 1. Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat 2. Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselorMenggalakkan Celik Akal 1. Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran). 2. Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya.Memberi SokonganKlien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameranperasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.Penyelesaian Konflik 1. Mengurangkan ketegangan dan permusuhan di antara dua individu (pihak).
    • 2. Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang mengutungkan.Membuat keputusan 1. Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan. 2. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil. Kaunseling menjadi semakin penting dalam dunia kini kerana ia banyak dapatmembantu menyelesaikan masalah. Di Malaysia pun terdapat banyak kes-kesKaunseling yang boleh dibawa menjadi pengajaran. Di sini akan disertakan satuartikel tentang Kaunseling oleh Dato Profesor Amir Awang bagi pandangan diatentang Kaunseling. Kita dapat mengenal Kaunseling lebih mendalam lagi menerusiartikel ini. Kita dapat juga tahu bagaimanakah keadaan sebenar Kaunseling di tempatkerja.KESIMPULANSekiranya kita yakin "setiap penyakit ada ubatnya", maka kaunseling harus diterimasebagai penawar bagi "penyakit" yang melanda diri kita, di samping menjadipemangkin bagi memaju dan mengoptimum potensi yang kita miliki. Apatah lagi,agama Islam sendiri turut menganjuran kaunseling dalam kehidupan kita sehinggaadanya ungkapan "Agama itu nasihat". Marilah kita renungi idea yang telahdiketengahkan dan cuba menjadikannya suatu realiti di tempat kerja masing-masingsupaya manfaatnya dapat dirasai semua.
    • Pemulihan perlakuan negatif atau antisocial, pencegahan perlakuan ataukeadaan negetif dari berlaku atau berulang juga merupakan matlamat kaunseling.Contohnya, Kaunseling dapat mengurangkan penjenayahan yang giat berlaku selamaini. Penjenayah-penjenayah akan sedar akan perbuatan mereka selepas menerimabimbingan kaunseling. Kaunseling juga dapat mewujudkan pembangunan atau perkembanganpotensi yang sedia ada. Klien-klien yang berbakat atau berpotensi dapatmengembangkan bakat mereka selepas mendapat nasihat atau tunjuk ajarkaunselor.Apakah maksud kaunseling sebenarnya? Sebenarnya definasi Kaunselingadalah suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yangmemberi pertolongan dan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yangpenuh muhibah, kesedaran dan saling memahami.
    • PENDAHULUAN Saya merupakan pengurus sumber manusia di syarikat perkomputeran yangterkemuka di ibu kota Kuala Lumpur. Sebagai pengurus dalam department sumbermanusia maka setiap pekeja adalah tanggungjawab saya. Saya berperanan dalammenyelesaikan permasalahan yang berlaku dikalangan perkerja di syarikat ini. Selainitu saya bertanggung jawab dalam menjaga kebajikan, kesihatan perkerja dari segiemosi dan rohaniah serta menjaga social sesame perkerja yang ada dalam syarikat inibagi memastikan pretasi syarikat dapat dikekalkan.PERMASALAHAN Dalam beribu pekerja dalam syarikat ini saya sekarang menumpukan perhatian padaseorang perkerja yang dulu merupakan salah seorang perkerja yang sangat rajin danberjaya namun kini prestasinya mula turun dan laporan mengenai masalah yangberlaku telah ada di meja saya. Biar sahaja kita gelarkan pekerja ini sebagai Ahamd.Dalam laporan yang saya dapati Ahmad sering melakukan kesalahan-kesalahanseperti berikut: 1. selalu datang lewat ke pejabat 2. penampilan yang selekeh 3. tidur ketika waktu kerja 4. sering melakukan gangguan seksual keatas pekerja wanita 5. bergaduh dengan pekerja lain 6. mencuri barangan syarikatsetelah mendapat laporan di atas saya mula menyiasat tentang factor utama yangmenyebabkan ahmad melakukan masalah ini sehingga menyebabkan prestasi dirinya
    • menurun dan turut sama mengganggu kenteteraman dalam golongan pekerjabawahan.KAJIAN KEATAS PERMASALAHAN Setelah segala maklumat dan soal siasat daripada rakan sekerja Ahmad saya dapatmerumuskan bahawa Ahmad sedang mengalami masalah emosi yang seriusdisebabkan penceraian yang berlaku pada rumah-tangganya. Dalam siasatan yangtelah saya lakukan saya dapati Ahmad: 1. .sering dating lewat kerana tertidur dirumah kerana tiada sesiapa lagi untuk membantu menguruskan dirinya seperti yang berlaku ketika Ahmad masih lagi mempunyai isteri. 2. .Ahmad yang dulunya sering dating dengan penampilan yang kemas dan teratur mula berubah kepada seorang yang selekeh dan pengotor. Disini saya dapati ahmad tidak mampu menguruskan dirinya kerana telah kehilangan isteri yang meyediakan segalanya untuknya sebelum kepejabat. 3. .Ahmad juga didapati sering tidur dipejabat kerana pada sebelah malam Ahmad selalu mengunjungi kelab malam dan disko untuk melepaskan tekanan yang dihadapinya. Dia juga didapati pulang dalam keadaan mabuk dan dia kini menjadi seorang kaki botol. 4. .masalah seterusnya adalah gangguan seksual keatas pekerja wanita. Ahmad berkelakuan demikian kerana ingatan pada isterinya masih lagi kuat dan dendam yang Ahmad hadapi sekarang menyebabkan dia mencari wanita sebagai tempat dilepaskan rasa tidak puas hati ini. 5. pergaduhan yang sering berlaku adalah disebabkan kelakuan Ahmad yang tidak lagi mampu menngawal emosinya lagi tiap kali berlaku perselisihan
    • faham. Bahkan Ahmad yang dulunya seorang yang peramah kini menjadi pemarah disebahakan masalah ini. 6. Ahmad sering ditangkap mecuri barangan syariakat kerana tidak mempunyai wang lagi bagi menampung perbelanjaan bagi dia mengunjungi kelab malam dan juga untuk membeli arak yang menjadi temannya setiap malam.PENYELESAIAN KEPADA PERMASALAHANSetelah masalah tadi dikenal pasti puncanya jadi rumusan awal saya adalah betul yangmengatakan permasalahan ahmad disebabkan dia sendiri tidak mampu mengawal diridan juga emosinya dalam menangani tekanan setelah bercerai dengan isterinya.Syarikat tidak mahu kehilangan seorang pekerja rajin seperti Ahmad yang telahbanyak berbakti dan syarikat juga tidak mahu menalami lebih banyak kerugian darimenyimpan pekerja seperti ini. Saya telah membuat keputusan dimana Ahmad perlu mendapat rawatan sepertiberikut: 1. menghadiri kelas agama bagi mengingatkan semula siapakah dirinya yang sebenar dan apakah tujuan utama dia dihidupkan di dunia ini. 2. Ahmad juga dikenakan hukuman dengan pemotongan gaji dibuat bagi mengganti semula barangan syarikat yang telah dia jual. 3. Aahmad juga digalakan untuk menyertai aktiviti social yang syarikat sering jalanakan bagi memulihkan semula hubunganya dengan rakan sepejabat yang lain. 4. Ahamd telah didaftarkan secara percuma dalam kelab senaman bagi menghilangkan tabiat buruknya meminum arak yang merbahayakann kesihaatannya.
    • Selain itu ahmad juga diberi: 1. 1.bimbingan dan kaunseling dari saya sendiri untuk memulihkan emosi yang dia hadapi sekarang. 2. 2.Ahmad diberi cuti untuk merehatkan minda dan emosinya bagi mengelakkan dia dari rasa tertekan dan bagi memulihkan badannya yang sering penat. 3. Ahmad juga diberi nasihat untuk mencari pasangan hidupnya yang baru bagi membantunya dalam meguruskan kehidupan sehariannya.Setelah segala tindakan diambil masih lagi tidak mampu merubah tingkah lakunyaAhmad akan diberi amaran pertama dan seteruskan tindakan yang lebih beratmungkin akan dihadapi oleh Ahmad seperti dipecat dari berkerja di syarikat ini.KESIMPULANSetelah segalanya berlaku akhirnya saya dapati Ahmad telah berubah menjadi lebihbersemangat dan lebih menumpukan perhatian pada kerjanya. Ahmad kini lebihsayangkan pada dirinya dan dia kini mula mendekatikan dirinya pada tuhan. Dia mulasedar bahawa dia perlu berubah bagi memastikan dirinya disenangi dan turut berjayadi masa depan. Ahmad juga kini telah mempunyai teman hidup yang baru dan kinihidup dengan lebih bahagia. .
    • RujukanAppelbaum, S.H. & Shapiro, B.T. (July 1989). The ABCs & EAPs Personnel, 39-46.Gammie, B. (1997). Employee assistance programme in the U.K. Oil Industry: Anexamination of current operational practice. Personal Review, Vol.26, No. 1/2, p. 66-80.Krohe, J.Jr. (1999). Workplace stress across the board. New York.Veninga, R.L. (1998). Stress in the work place: How to create a productive andhealthy work environment. Vital Speeches of the Day. New York.