• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
118311688 sdp-topik-10-integrasi
 

118311688 sdp-topik-10-integrasi

on

  • 1,480 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,480
Views on SlideShare
1,292
Embed Views
188

Actions

Likes
1
Downloads
89
Comments
0

1 Embed 188

http://duniapendidikanipg.blogspot.com 188

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    118311688 sdp-topik-10-integrasi 118311688 sdp-topik-10-integrasi Document Transcript

    • INTEGRASI TOPIK 10TOPIK 10 INTEGRASIPENGENALANUntuk mendapat satu pembelajaran dan pengajaran yang sangat berkesan satupenegasan kepada pengajaran perlu diberi perhatian yang serius. Untuk itu di dalampelaksanaan pengajaran kurikulum pembelajaran yang ada perlulah diintegrasikan agarbeberapa aspek penegasan dan cara pelaksanaannya akan dapat untuk membuatpenerokaan dalam mendapatkan pengetahuan, kemahiran serta penghayatan nilai.Untuk itu pelajar harus diberi banyak peluang dan ruang untuk mengalami prosespertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Seperti diberi peluang untukmencari dan melahirkan idea melalui percakapan, tulisan, lukisan, muzik, nyanyian,lakunan dan sebaginya. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mampu membina danmenyuburkan sikap dan pemikiran kreatif selain daripada menjadi aktif dan progresif.OBJEKTIFPada akhir topik ini, anda akan dapat: 1. menjelaskan pelbagai jenis integrasi yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran; 2. menyatakan kelebihan integrasi semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan; 3. mengetahui mengenai dengan isu-isu dan cabaran-cabaran integrasi; 4. memahami bagaimana untuk melaksanakan integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran lain; dan 5. membuat perancangan dan penilaian menggunakan pendekatan integrasi. OUM166
    • TOPIK 10 INTEGRASIPETA MINDA10.1 PENGENALANProgram pendidikan Intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negrakhususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada tahun 1900 an. Pada ketika itupenekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintergrasikan dengan mata pelajaran.Ini adalah disebabkan kerana dia telah menganggap sains adalah asas dalam kehidupanseharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan matapelajaran lain diintergrasikan ke dalam kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuatsecara kesimpulan bahawa konsep intergrasi dalam kurikulum adalah diamalkan dengansecara meluas dikebanya pelajarkka negara-negara maju.OUM 167
    • INTEGRASI TOPIK 1010.1.1 Berbagai Pengertian IntegrasiKebanyakkannya pendidik menggunakan konsep dan makna pengintergrasian daripelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi.Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total dimana inibermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajaryang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasaberkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.yangDari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama, ia bolehdilihat dari sudut perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antaraseseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru. Keduaperlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan antara individu denganpelbagai pelbagai egensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadapperhubungan antara pelbagai institusi masyarakat itu.Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkan kaedahdan teknik mengajaryangmeliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidangpelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikanmasalah sebagai satu cara belajar. 10.1.2 Berbagai Jenis IntegrasiTerdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan sangatdititik beratkan bagi mempastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapaihasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa kaedahperlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah konsep integrasi. DalamKBSR juga konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu konsepbersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan,kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi danmenyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagi pembangunan individu insanyang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Untuk itubebrapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran danpembelajaran KBSR yang mengandungi aspek(a) Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. OUM168
    • TOPIK 10 INTEGRASI Jenis-jenis Penggabungjalinan Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat daripada tiga sudut seperti: Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulumLatihan 10.1Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh diperolehi bedasarkanpenggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum? Rajah 10.1: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran bahasa(b) Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.OUM 169
    • INTEGRASI TOPIK 10 Rajah 10.2: Penyerapan unsur-unsur sains dan kajian tempatan dalam Bahasa Melayu Ciri-ciri Penyerapan: (i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai pelajaran (ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalamsatu mata pelajaran (iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel. (iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih (v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.(c) Penerapan Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu; (i) Pendekatan implisit Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas, datang tepat pada waktu secara tidak langsung segala perlakuan guru ini diperhatikan oleh kanak-kanak dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanak-kanak. Tindakan guru menyokong dan memberi pujian kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif itu. OUM170
    • TOPIK 10 INTEGRASI (ii) Pendekatan eksplisit Penerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan suatu peraturan , arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan. Program atau aktiviti yang khusus juga adakalanya diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi, sambut hari guru, hari kemerdekaan, kempen kebersihan, kempen anti rokok dan sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru pendidikan moral dan pendidikan Islam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan sesuatu nilai, ini juga dianggap sebagai eksplisit. Untuk itu penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.(d) Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk: (i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan. (ii) Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan mengikut keperluan kognisi murid. (iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai Hasil Pembelajaran. Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian, lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai.(e) Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas. Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid dengan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam praujian. Pencapaian sedemikian menunjukkan bahawa murid telah menguasai unit pembelajaran tertentu dan kumpulan murid ini akan terus menjalani aktiviti pengayaan tanpa melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut. Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut (i) Pengayaan Berbentuk Pengukuhan Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan sesuatu yang baru. Sebagai contoh di HSP Sains Tahun 4, Tema: Menyiasat Alam Fizikal, di bawah Hasil Pembelajaran Memahami Konsep Isipadu; murid mempelajari konsep isipadu dan mengukur isipadu. Dalam aktiviti pengayaan berbentuk pengukuhan murid diberi pelbagai masalah berkaitan dengan konsep isipadu yang biasa ditemui dalam kehidupan harian. Antaranya, ialah mengukur isipaduOUM 171
    • INTEGRASI TOPIK 10 air yang diminum oleh murid setiap hari, dan mencari isipadu beg sekolah murid untuk memuatkan buku sekolah. Melalui aktiviti sedemikian, murid dapat mengaplikasikan konsep isipadu dalam konteks yang lebih relevan, dan seterusnya dapat mengukuhkan pemahaman tentang konsep isipadu. (ii) Pengayaan Berbentuk Perkembangan Aktiviti ini merupakan aktiviti yang lebih kompleks, serta mencabar pada peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran yang berkait rapat dengan unit pembelajaran yang dipelajari. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui aktiviti ini boleh meliputi bidang yang lebih luas dan lebih mendalam. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri. (iii) Pendekatan Integrasi Menurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasi dalam kurikulum iaiitu: Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajaran yang sedia ada. Pendekatan ini melihat hubungan antara mata pelajaran dan seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Sebagai contoh antara mata pelajaran seni visual dengan muzik dan pergerakan, mata pelajaran kemahiran hidup dengan matematik serta antara sains dengan pendidikan jasmani dan kesihatan. Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Selain itu unsur-unsur nilai murni, KBKK, unsur patriotisme, unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar boleh diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini. Membina kurikulum baru Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnya mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan. Contohnya disiplin kesihatan telah dimasukkan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani sehingga menjadi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Gabungan unsur sejarah, geografi dan hal ehwal tempatan telah mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan.10.1.3 Kelebihan IntegrasiSaranan mengintergasikan seni dalam pendidikan kedalam bidang-bidang kurikulum yanglain mempunyai kebaikan dan kelebihan.(a) Antara kelebihan-kelebihan itu adalah seperti berikut: Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah. Contoh, jika sesebuah kelas sedang mempelajari satu unit pelajaran berhubung dengan tajuk ”Cara Kehidupan Masyarakat Iban di Rumah Panjang”, guru atau pelajar dalam bilik darjah itu akan menubuhkan unti-unit kumpulan kecil dan setiap unit itu akan menkaji satu aspek masyarakat orang Iban seperti apa yang dilakukan oleh orang iban untuk hidup, permainan dan rekreasi mereka, upacara dan tarian-tarian adat resam mereka OUM172
    • TOPIK 10 INTEGRASI seperti ketika menyambut hari gawai, perkahwinan dan pelbagai aspek lain lagi. Apa sahaja bahan dan maklumat yang diperolehi oleh setiap kumpulan itu boleh dipersembahkan baik dalam bentuk penerangan lisan, pergerakan atau bentuk aksi. Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.(c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah.10.1.4 Isu dan Cabaran IntergrasiMasalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan, seni visual ataumusik bukanlah satu alasan yang baru. Dengan keadaan jadual waktu yang padat,sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk menambahkan lagi jumlah matapelajaran. Oleh yang demikian, apabila sesuatu bidang baru diperkenalkan, beberapalangkah-langkah terpaksa diambil oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaranbaru itu kedalam jadual pembelajaran yang sedia ada itu dengan cara mengeluarkan matapelajaran tertentu yang dianggap kurang penting dari segi akedemiknya.Apa yang berlaku kepada mata pelajaran pendidikan jasmani dinegara ini merupakansatu contoh yang baik. Daripada tiga waktu seminggu, kini telah dikurangkan kepada duadan daripada peruntukkan masa 45 minit sesetiap waktu telah dikurangkan kepada 40minit. Jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini ialah pihak pengurusansekolah dan guru-guru perlulah melaksanakan perancangan yang lebih berdaya ciptadimana mata pelajaran pendidikan jasmani digabungkan dengan mata pelajar teras yanglain, atau pun kepada mata pelajaran yang sudah kukuh kedudukannya dalam kurikulum.10.1.5 Intergrasi Seni Visual, Muzik dan PergerakanKesemua mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan boleh dintegrasikan keranaketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahan dengan diadakanpengintegrasian mata pelajarn ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagikefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendak diajar.(a) Aspek Psikologi Seperti yang dinyatakan sebelum ini, integrasi dari sudut psikologi merangkumi personaliti secara menyeluruh pelajar. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang impak kepada minda dan tubuh pelajar. Terdapat teori metafizik berhubung dengan fungsi-fungsi tubuh dan mental yang menyokong pernyataan ini. Pada dasrnya teori-teori ini terjelma dari kepercayaan tentang wujudnya persemadian diOUM 173
    • INTEGRASI TOPIK 10 antara tubuh dan minda. Berdasarkan hakikat ini, dari sudut psikologi, mempunyai kesan pengaruh yang ketara terhadap pelajar. Pergerakan, pada dasarnya merujuk kepada pembelajaran melalui aktiviti pendidikan jasmani. Ramai dikalangan pendidik, malahan termasuk ahli-ahli falsafah kontemporari, memperakui hakikat prinsip perhubungan minda-tubuh atau istilah lain kepaduan psikomotor. Namun pelaksanaan prinsip ini masih jauh dari kebenarannya. Ada juga dalam kes-kes tertentu, guru-guru pendidikan jasmani terlalu menekankan aspek bukan fizikal sehingga mengabaikan aspek fizikal seperti yang diperlukan. Kedua-dua keadaan yang melampau ini boleh memberi kesan sampingan kepada pelajar terhadap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh pelajar sehingga boleh menjejaskan personalitinya.(b) Aspek Sosiologi Dari segi sosiologi terdapat tiga kategori integrasi, iaitu: Integrasi antara personaliti Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat. Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yang memberi tumpuan kepada hubungan antara personaliti dengan personaliti. Dalam hubungan ini seni dalam pendidikan mempunyai peranan sebagai agen integrasi. Manusia, pada dasarnya, adalah mahkluk sosial. Menerusi seni dalam pendidikan, faktor ini dapat diekploitasikan dengan sebaik mungkin kerana kebanyakan aktiviti seni dalam pendidikan atas sifat semula jadinya tidak dapat mengelak daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti-aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Oleh yang demikian, aktiviti seni dalam pendidikan dengan sifatnya yang berkelompok, mempunyai ciri-ciri yang berteraskan demokrasi. Dalam hubungan ini, aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan yang merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik tolak interaksi sosial yang terjalin menerusi perhubungan deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan. Program yang terdapat dalam seni dalam pendidikan bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar tetapi juga berupaya memenuhi keperluan-keperluan sosial yang asas. Apabila semua pelajar berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Keperluan untuk belaian berkait rapat dengan keperluan untuk ketermilikan. Pelajar mahukan dirinya diterima sebagai anggota sesebuah kelompok dan pada masa yang sama mereka juga memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakkan yang diberi kepada pelajar sebaik sahaja merreka mempersembahkan aktiviti yang mmenarik. Perhubungan antara pelajar dengan pelajar, guru dengan pelajar yang mesra mewujudkan suasana yang harmonis dan ini akan menyebabakan pelajar merasakan bahawa guru dan rakan-rakan mereka prihatin OUM174
    • TOPIK 10 INTEGRASI terhadap diri dan menghargai bakat yang mereka miliki. Suasana yang sedemikian rupa yang akan mencetuskan perhubungan mesra boleh diwujudkan menerusi program yang terdapat dalam seni dalam pendidikan.(c) Aspek Pedagogi Integrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu (i) Berkait dengan prosedur mengajar: Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unit-unit kerja, dan bidang-bidang pelajaran itu akan membantu mengembangkan konsep-konsep dan pemahaman terhadap unit-unit itu. (ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran: Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi atau kandungan setiap bidang bertambah mapan dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman dalam bidang-bidang lain yang bersangkutan. Dalam kebanyakan program disekolah rendah kedua-dua pendekatan ini dianggap sangat praktik dan memberi makna kepadanya. Dalam banyak hal pelajaran Seni dalam pendidikan belum diiktiraf sebgai satu subjek yang sah dalam kurikulum kerana penekanan terhadapnya berbeza berbanding dengan penekanan yang diberikan kepada bidang-bidang akademik yang lain.10.2 INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAINMari kita lihat contoh Integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaranSeni Visual, Muzik dan Pergerakan. Rajah 10.3: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan Rajah 10.4: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran misalnya Matematik dan Bahasa MelayuOUM 175
    • INTEGRASI TOPIK 1010.2.1 MatematikDalam mengajar matematik konsep integrasi yang ditekankan adaalah berdasarkan carapenyampaian guru, kaedah dan strategi pelaksanaannya iaitu dengan berdasarkankepada kemahiran-kemahiran yang akan diperolehi oleh pelajar. Jika menggunakanproses penyerapan ianya dapat dirumuskan seperti berikut dengan berdasarkan kepadaSeni dalam pendidikan. Rajah 10.5 : Integrasi seni dalam pendidikan dengan matematik10.2.2 SainsIntegrasi antara mata pelajaran seni dalam pendidikan dengan mata pelajaran Sains.Dalam mata pelajaran Sains banyak didapati aktiviti Seni visual iaitu melukis. Dengan inisecara tidak langsung pelajar akan melukis gambar-gambar yang terdapat di dalam matapelajaran Sains dan di integrasikan dengan seni visual. Integrasi mata pelajaran ini jugadapat membolehkan dan meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan matapelajaran tersebut kedalam ingatan minda pelajar dengan melukis peta minda. Disampingitu muzik boleh diintegrasikan dengan mata pelajaran sains apabila guru dapat membantupelajar mengingati mata pelajaran tersebut dengan menyanyikan lagi berdasarkan tajukmata pelajaran dengan menggunakan melodi lagu-lagu masa kini. Contoh untuk laguDeria. Lirik lagu Deria (Ciptaan Zulkiply Yaakob) Saya lihat dengan mata, macam-macam warna Biru, kuning, merah, unggu, Indah mata ku. Saya dengar dengan telinga, Macam-macam benda, Tip tap, tum tam, cak-cak, bum-bam Riuh bunyinya. OUM176
    • TOPIK 10 INTEGRASI Saya rasa dengan lidah, Macam-macam rasa, Pahit, masin, manis, kelat Enak rasanya. Saya sentuh dengan jari, Macam-macam benda, Kasar, kesat, lembut, nipis Itu rasanya.10.2.3 Kajian SosialGuru juga boleh menggunakan kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran muzik kedalam mata pelajaran Kajian Sosial. Banyak lagu-lagu patriotik yang boleh dinyanyikanuntuk penghayatan semangat patrioitisme di kalangan pelajar seperti Jalur Gemilang,Lagu Rukun negara, Bahtera Merdeka, Tanjung Puteri sebagainya. Lagu-lagu bertemakanmotivasi diri, semangat kekeluargaan, keamanan dan kemakmuran juga boleh diperolehidengan banyak untuk disesuaikan dengan tajuk-tajuk pengajaran guru dalam matapelajaran Kajian Sosial.Kemahiran daripada pendidikan Seni Visual juga boleh diintegrasikan dalam matapelajaran Kajian Sosial seperti melukis bendera Jalur Gemilang, poster Hari Kebangsaan/Merdeka dan sebagainya.10.3 PERANCANGAN DAN PENILAIANBagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan pelbagai aktivitiperlulah diadakan untuk membantu proses pembelajaran dapat dilaksanakannya denganlancar dan berkesan. Untuk itu sesuatu proses pengajaran tidak dapat lari daripadaperkara-perkara asas yang melibatakan guru, pelajar, isi pelajaran, bahan-bahanpembelajaran, bilik darjah serta kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk itu sebelummelaksanakan pengajaran guru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi agarpembelajaran dapat disampaikan dengan lebih teratur.10.3.1 Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual, Komunikasi antara Berbagai Pihak)Pengurusan atau pengelolaan adalah penting dalam sesebuah organisasi, tidak kira samaada organisasi itu kecil atau pun besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusanbukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar, atau pengarah atau gurubesar tetapi juga tanggung jawab penyelia atau guru yang berada didalam organisasitersebut.Pengurusan yang cekap mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu,antaranya: Pengelola ialah pengurus dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.OUM 177
    • INTEGRASI TOPIK 10 Pengelola bertanggungjawab menggunakan sumber dengan efisien untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pengelola juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan orang dibawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengelola berkenaan. Pengelola mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta merta. Pengelola mewujudkan matlamat, perancangan, dasar dan mengimplimentasikan strategi.Apabila seseorang pengelola berada di dalam organisasi, beliau dikehendaki mengetahuiperlakuan yang diharapkan oleh ketua, rakan sekerja, kakitangan bawahan sertamengetahui juga tugas dan tanggungjawabnya. Ini disebabkan keberkesanan perjalananorganisasi itu dipengaruhi dan dikawal oleh faktor-faktor persekitaran organisasi itu sendiri.Manakala organisasi merujuk kepada satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yangbekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamatindividu, kumpulan atau organisasi. Definisi ini menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada didalam sesebuah organisasi: Organisasi sebagai satu unit social, perlu ada penyatuanusaha dan ada hubungan yang erat dan akrab pada hubungan antara seorang individudengan individu yang lain.10.3.2 Perancangan Pengajaran dan PembelajaranUntuk melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya guruperlulah menyediakan satu perancangan yang rapi. Untuk itu penglibatan sertapenyertaan pelajar amat diperlukan. Salah satu tujuan pengajaran adalah untukmempastikan pelajar dapat berpeluang menjalani kehidupan dimasa akan datang dandapat membawa perubahan ke atas seseorang individu. Perubahan ini boleh melibatkanbeberapa faktor antaranya tingkah laku, daya kognitif, afektif dan psikomotor kearah yanglebih positif.Perancangan pengajaran dapat dibahagikan kepada 3 fasa iaitu,(i) Fasa sebelum pengajaran(ii) Fasa semasa pengajaran(iii) Fasa selepas pengajaran OUM178
    • TOPIK 10 INTEGRASI Rajah 10.6: Urutan fasa-fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaranMengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 hanya dua perancangan sahaja yang perlu ditulisiaitu:(i) Rancangan Pelajaran Tahunan Rancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(ii) Rancangan Pelajaran Harian Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.OUM 179
    • INTEGRASI TOPIK 1010.3.3 Penilaian Pendekatan IntegrasiPenilaian ialah proses menguji, mengumpul maklumat dan membuat justifikasi tentangpenguasaan, kefahaman, kebolehan atau kemahiran pelajar berdasarkan objektifpengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.Penilaian secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu penilaianformatif dan penilaian sumatif.(a) Penilaian Formatif Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Ini kerana perkembangan pembelajaran pelajar perlu dikesan dari semasa ke semasa pada kadar yang segera dalam masa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan juga setiap kali selepas pembelajaran. Hasilan penilaian ini akan diguna pakai untuk memperbaiki kelemahan dan kekurang yang dialami oleh pelajar. Berdasarkan maklumat ini guru dapat memikirkan pelaksanaan strategi pengajaran yang lebih baik dan berkesan di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran pembelajaran sedang berlaku. Kaedah pelaksanaan penilaian formatif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut iaitu; aktiviti pemerhatian atau pengamatan oleh guru, soal jawab secara lisan perbincangan pelaksanaan aktiviti pentaksiran hasil kerja(b) Penilaian Sumatif Setelah satu tempuh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang. Objektif penilaian sumatif ini adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) penilaian sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Penilaian ini juga seringkali digunakan untuk membuat pemilihan bagi tujuan pengaliran, penganugerahan dan sebagainya. Penilaian dilaksanakan secara rasmi diperingkat sekolah dan kadang kala setara bagi seluruh daerah. Untuk Seni dalam Pendidikan penilaian dijalankan didalam pelbagai bentuk iaitu mengikut kesesuaian mata palejaran Seni Visual, Muzik dan Pergerakan. OUM180
    • TOPIK 10 INTEGRASI (i) Penilaian dalam Perkembangan Proses Pembelajaran Rajah 10.7: Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (ii) Penilaian Serta Merta Penilaian ini dijalankan semasa proses pengajaran berlangsung iaitu melalui pemerhatian, tindak balas serta karja harian pelajar. Guru dapat menilai pelajar sama ada pelajar dapat memahami pelajarn yang disampaikan atau tidak. Jika pelajar tidak dapat mencapai objektif guru, maka guru perlu memikirkan akan perancangan lain yang lebih berkesan agar kemahiran atau pengetahuan dapat disampaikan. Penilaian ini berbentuk formatif dan berjalan secara berterusan di sepanjang proses pengajaran dan pemebelajaran. (iii) Penilaian Kemajuan Penilaian jenis ini dilakukan oleh guru setelah pelajar melalui satu-satu unit pembelajaran, kemahiran atau tajuk yang diajar. Penilaian ini juga bertujuan untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang telah didedahkan. Proses penilaian dilakukan secara formal aitu secara terancang, bertulis dan didokumentasikan mengikut format tertentu, atau informal itu tiada kaedah khusus, namun maklum balas pencapaianakan dicatat untuk dibuat penganalisisan untuk tujuan penyimpanan rekod. (iv) Penilaian Pencapaian Penilaian jenis ini diadakan selepas beberapa unit pembelajaran disampaikan oleh guru. Markah akan diberi dan ditukar kepada gred untuk dicatatkan dalam rekod profil. Penilaian pencapaian biasanya dijalankan pada setiap hujung semester. (v) Penilaian Kerja Amali Penilaian kerja amali dilakukan keatas kerja-kerja amali pelajar seperti dalam Seni Visual, muzik dan pergerakan. Ciri-cirinya ialah;OUM 181
    • INTEGRASI TOPIK 10 Secara formatif dan berterusan Dikendalikan oleh guru sekolah Dapat mengesan perkembangan pembelajaran Berasaskan kriteria Memberi fokus kepada perkembangan individu Menggalakkan refleksi kendiri Membolehkan tindakan susulan dibuat Mempunyai pelbagai kaedah.RUMUSANKonsep integrasi pada Seni dalam Pendidikan adalah ke arah pembangunan individuinsan yang simbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. DalamKBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu penegetahuan, kemahiran,bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Iniadalah disebabkan untuk membolehkan setiap pelajar memperolehi kemahiran,mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki.Pelaksanaan konsep kesepaduan atau integrasi dalam proses pengajaran pembelajaranadalah melalui penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Antara lain manafaatnyaialah dapat memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait atarasatu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu. Manakalapemulihan dan pengayaan pula untuk menjamin setiap pelajar tidak ketinggalan daripadamemperolehi apa yang sepatutnya mereka perolehi selaras dengan pendemokrasiaandalam mendapatkan pendidikan.GLOSARIRancangan – Rancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isiPelajaran Tahunan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Rancangan – Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahanPelajaran Harian Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang- kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.Adaptasi ke dalam – Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajarankurikulum yang yang sedia ada.adaMembina – Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnyakurikulum baru mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan. OUM182
    • TOPIK 10 INTEGRASIUJIAN 11. Apakah itu integrasi?2. Nyatakan kebaikan integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan.3. Nyatakan dengan menggunakan idea grafik integrasi antara Seni dalam pendidikan satu matapelajaran sekolah.UJIAN 21. Nyatakan fasa-fasa urutan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.2. Huraikan setiap fasa dengan berdasarkan kepada matapelajaran Seni dalam pendidikan.3. Nyatakan 4 bentuk penilaian proses pengajaran dan pembelajaran untuk Seni dalam pendidkan.RUJUKANCurriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. (2002). Integrated curriculum for primary schools: curriculum specifications – Mathematics Year 1Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. (2002). Integrated curriculum for primary schools: curriculum specifications – Science Year 4.Eisner, E. (1992). The misunderstood role of the arts in human development.Hermann, N. (1991). The creative brain, Journal of Creative Behaviour. 25(4): pp. 275- 295.Isbell, R., & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New York: Thomson Delmar learning.Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: PPK.Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Pengajaran berasaskan kajian masa depan. Kuala Lumpur: PPK.Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations. Curriculum Studies Vol. 1, No.2 pp. 245-256OUM 183