TOPIK 9     PENDEKATAN BERTEMATOPIK 9             PENDEKATAN BERTEMAPENGENALANPendekatan Bertema seringkali digunapakai un...
PENDEKKATAN BERTEMA        TOPIK 99.1     PENGENALAN9.1.1   Pendekatan BertemaPendekatan bertema merangkumi koleksi bahan,...
TOPIK 9     PENDEKATAN BERTEMA       (ii)   Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan kehidupan              ...
PENDEKKATAN BERTEMA              TOPIK 9      (viii) untuk membangunkan pembelajaran            menyeluruh    yang   mengh...
TOPIK 9      PENDEKATAN BERTEMABerikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilihtema.    Apakah konsep...
PENDEKKATAN BERTEMA         TOPIK 9tunjang kepada falsafah pendidikan negara yang dapat memperkembangan tahap potensipelaj...
TOPIK 9     PENDEKATAN BERTEMA9.3.1     Tema-PersekitaranOrganisma hidup dengan persekitaran tidak dapat dipisahkan dan se...
PENDEKKATAN BERTEMA         TOPIK 9                          Rajah 9.4: Persekitaran hutanDalam pengajaran dan pembelajara...
TOPIK 9    PENDEKATAN BERTEMA                 Rajah 9.5 : Menunjukkan alam semulajadi, buatan manusia dan                 ...
PENDEKKATAN BERTEMA           TOPIK 9      mendemontrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahan-bahan kitar semula   ...
TOPIK 9     PENDEKATAN BERTEMAkepada masyarakat. Banyak pihak perlu memberi sokongan – sebagai contoh pihak polis,pemandu ...
PENDEKKATAN BERTEMA         TOPIK 9          Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui pendekatan    ...
TOPIK 9     PENDEKATAN BERTEMALatihan 9.2Berdasarkan contoh Kekeluargaan di atas bincang dengan rakan pemerhatiananda terh...
PENDEKKATAN BERTEMA        TOPIK 9Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan orang lain.Sistem i...
TOPIK 9     PENDEKATAN BERTEMA     Aplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus pada jenis     jalin...
PENDEKKATAN BERTEMA         TOPIK 9Hasil Pembelajaran:Pelajar akan dapat:1.    menghuraikan ciri-ciri bentuk 2-M2.    meny...
TOPIK 9    PENDEKATAN BERTEMA                                   Rajah 9.6 : Skor lagu ”Shapes”          Rajah 9.7: Contoh ...
PENDEKKATAN BERTEMA   TOPIK 9                          Rajah 9.8: Contoh teselasiRUMUSANTopik ini membantu anda memahami p...
TOPIK 9     PENDEKATAN BERTEMAUJIAN 21.   Nyatakan dan berikan contoh-contoh bentuk-bentuk mesej komunikasi?2.   Apakah tu...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

6,023

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
6,023
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
9
Actions
Shares
0
Downloads
260
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema"

  1. 1. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMATOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMAPENGENALANPendekatan Bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asasdalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana iamenggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaranartistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya danminat murid dan guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk atau subjek tetapi temameneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan seringkali bolehmenimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Temamemberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.OBJEKTIFPada akhir topik ini, anda akan dapat: 1. menyatakan tujuan pendekatan bertema; 2. menerangkan kelebihan pendekatan bertema; 3. menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan pendekatan bertema; 4. menjelaskan hubungjait tema dengan matapelajaran; dan 5. membincangkan 3 jenis tema.PETA MINDAOUM 147
  2. 2. PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 99.1 PENGENALAN9.1.1 Pendekatan BertemaPendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitarkonsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guruuntuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidaktersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertemajuga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahirantermasuk juga bidang-bidang kurikulum.Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema pelajardiberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikansesuatu tema yang diterimapakai.9.1.2 Pemilihan dan Penentuan TemaJusteru itu, memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkanunit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan usaha yang perlu diberikan untukmeningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatanitu. Di sini, disenaraikan panduan untuk memilih tema yang boleh meningkatkankeberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar:(a) Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: berasaskan konsep berasaskan kemahiran berasaskan kandungan dan kemahiran berfokus kepada isu berfokus kepada projek berorientasikan kajian kes(b) Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut: (i) Boleh merentas semua matapelajaran Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Contoh: Tema Pokok. Untuk itu semua mata pelajaran boleh menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. OUM148
  3. 3. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA (ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar Pastikan tema yang dipilh ada kaitannya dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. (iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsungan dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar. (iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema, terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan ’hands on’ tidak kepada guru Cuma bercerita sahaja tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar.. (v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan dapat memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan. (vi) Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.9.1.3 Kelebihan, Kekuatan dan Isu/CabaranTahukah anda terdapat kelebihan, kekuatan dan isu/cabaran dalam melaksanakanPendekatan Bertema?(a) Kelebihan Pendekatan Bertema kepada Pelajar adalah Seperti Berikut; (i) untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (ii) untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan, (iii) dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu, (iv) dapat menghadapi cabaran (v) dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan, (vi) untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal (vii) menyemai nilai empati ,harmoni dan pemahaman sesame insan yang pelbagai budayaOUM 149
  4. 4. PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9 (viii) untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dan kemahiran(b) Kekuatan (i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaslam tema yang diberi (ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi (iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan (iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru (v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan (vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran(c) Isu/Cabaran (i) kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran (ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan (iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza (iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas (v) kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza9.2 PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN MATA PELAJARANPendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topikatau tema yang dipilih berrsesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakangpelajar.Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk menguasai sesuatu kemahiran sepertikemahiran bertutur, membaca, menulsi, asas matematik, berfikir dan emosi serta sosial.Selain itu pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar meluaskan pengetahuanmelalui tema yang dipilih.9.2.1 Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran(a) Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema wujud dalam kehidupan seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan cuba terokai. OUM150
  5. 5. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMABerikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilihtema. Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih? Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan? Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan? Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?. Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara disiplin- disiplin yang lain? Bolehkah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar? Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini?(b) Cara menjalankan Pendekatan Bertema Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini: (i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk memperkenalkan pendekatan bertema. K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini? W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini? L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini? (ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral, kemahiran hidup. (iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan membacakan sebuah cerita kepada kelas (iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu unit- jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian sebuah kolej tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas papan bulletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai manusia dan mesin yang berupaya mengajar atau menyatakan mesej. (v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset (vi) Dedahkan pelajar mempelajari puisi contohnya bahasa dan muzik (vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian contohnya sains dan matematik (viii) Bawa bahan bantu mengajar contoh batu karangTema daripada mata pelajaran sains, matematik ,kajian tempatan dan bahasa boleh diajardengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan pergerakan bagi membolehkanpengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang bermakna.Kelebihan dan kekurangan9.2.2 Tema dengan KemahiranTema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan kemahirandiri pelajar. Terutamanya kemahiran 3 M (membaca, menulis dan mengira) yang menjadiOUM 151
  6. 6. PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9tunjang kepada falsafah pendidikan negara yang dapat memperkembangan tahap potensipelajar yang menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosialisasi .9.2.3 Penggabungjalinan Aktiviti dengan Menggunakan Pendekatan BertemaBerikut adalah peta minda penggabungjalinan aktiviti dengan menggunakanpendekatanan bertema. Rajah 9.1: Penggabungjalinan pendekatan bertema9.3 JENIS TEMA Rajah 9.2: Peta minda jenis tema OUM152
  7. 7. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA9.3.1 Tema-PersekitaranOrganisma hidup dengan persekitaran tidak dapat dipisahkan dan sentiasa berinteraksi diantara satu sama lain. Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial. Persekitaranfizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberikesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi olehgaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Elemen –elemen fizikal dan sosial ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak,pengalaman lalu, masa dan ruang perlindungan.Dalam kajian permainan merentas budaya, mendapati permainan olok-olok akan menjadilebih kompleks apabila kanak-kanak didedahkan dengan bahan dan alatan permainanyang mencerminkan persekitaran yang spesifik terhadap budaya dan berkaitan denganpengalaman kanak-kanak.Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah alamsemula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi alam sekitarsupaya semua kehidupan hidup dengan berharmoni.Perubahan buatan manusia terhadappersekitaran seperti penerokaan hutan , tapak pembinaan perumahan dana lain-lain akanmengakibatkan kesan positif dan negative terhadap kehidupan manusia. Teknologi telahmembawa perkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkandunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam Seni,teknologi menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik, cendiakawan,penghasilan dan persembahan. Teknologi yang menarik dan hebat mampu menarik minatdan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dalam bidang kesenian. Rajah 9.3: Kesan penerokaan hutanOUM 153
  8. 8. PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9 Rajah 9.4: Persekitaran hutanDalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran bolehdigunakan untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalangan murid.Tajuk ‘persekitaran’ boleh diajar melalui mata pelajaran lain seperti Muzik, Seni Visual danPendidikan Jasmani. Pada masa yang sama, tema berkaitan dengan persekitaran jugaboleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain seperti sains, bahasa, matematikdengan menggunakan mata pelajaran lain iaitu Muzik, Seni Visual dan PendidikanJasmani.Berikut adalah satu contoh pelajaran Sains yang mengintegrasikan aktiviti-aktiviti Muzik,Seni Visual dan Pendidikan Jasmani:Tajuk : Bahagian-bahagian pokok.Tema persekitaran : HutanMurid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar,rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukanpergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alatperkusi.Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup, (b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang (b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiupSeni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira, marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan,sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. OUM154
  9. 9. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA Rajah 9.5 : Menunjukkan alam semulajadi, buatan manusia dan teknologi yang memberi kesan kepada persekitaranPersekitaran- Alam SemulajadiMelalui persekitaran alam semula jadi adalah diharapkan agar murid-murid akan dapatmengetahui dengan lebih jelas tentang peranan dan kefahaman tentang persekitaran alamsemula jadi yang meliputi segala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat danhabitat semua hidupan tingal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistemyang seimbang, mendidik masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab dalammenangani isu-isu alam sekitar.dan memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar kepadamurid serta ini akan dapat membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.Pernahkan anda bersiar-siar dihutan? Bayangkan anda berada disitusekarang. Bolehkah anda merasakan kedamaian dan ketenanganpersekitaran? Perhatikan flora dan fauna yang berlainan dikawasan tersebut.Cuba anda lakarkan jenis-jenisnya diatas sehelai kertas.Bincangkan dalam kelas semasa sesi tutorial.Kesimpulan dari perbincangan itu secara tidak langsung akan dapat membantu, untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains) mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik) menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza (seni visual) melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)Persekitaran – Buatan manusiaDisamping alam semulajadi, persekitaran buatan manusia juga memainkan perananpenting untuk itu persekitaran buatan manusia ini termasuklah, rumah, pembinaanbangunan, jentera pembinaan, perabot dan lain-lain lagi. Untuk itu pelajar akan dapatmengenalpasti kesan bahan kitar semula menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (muzik) mendemontrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang dikeluarkan di tapak pembinaan (seni visual)OUM 155
  10. 10. PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9 mendemontrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahan-bahan kitar semula (pendidkan jasmani)Persekitaran- TeknologiTema yang terkandung dalam persekitaran- teknologi adalah bercorak globalisasi, duniatanpa sempadan, komunikasi melalui internet, pelbagai jenis pengangkutan dan lain-lain.Tema ini boleh digunakan dalam mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain sepertibahasa, sain, kaijan tempatan dan lain-lain lagi.Senaraikan jenis-jenis pengangkutan yang menggunakan teknologi moden.Cuba bayangkan dan menghasilkan bunyi-bunyi kenderaan denganmenggunakan pelbagai alat perkusi iringan dengan pergerakan lokomotor danbukan lokomotor. Buat satu model kenderaan dalam bentuk tiga dimensidengan menggunakan kotak, botol yang saiz dann warna yang berbeza. Cubakaitkan model ini dengan ukuran seperti besar, kecil, lambat, berat dan ringan.Sebagai rumusan kepada tema persekitaran membolehkan anda memahami konseppersekitaran bersama dengan kelebihan dan penggunaan elemen-elemen yang terlibat.Ia juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran tentang kepentingan muzik, pergerakan danseni visual dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai p[ersekitaran contoh tajuk”pokok” dalam matapelajaran sains, dan dalam mata pelajaran lain dengan menggunakantema persekitaran contoh tema ”hutan” dalam menulis karangan. Tema persekitaran inijuyga dapat membantu anda untuk meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi sertamembantu murid untuk meluahkan perasaan mereka secara bebas.9.3.2 Tema dan MasyarakatMasyarakat dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu; masyarakat zaman purba, zaman batu dan masa kini.Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua termasuk pelajar adalahmahkluk sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kita perlu untuk dimiliki,rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperolehi pengiktirafan. Dalammasyarakat manausia, sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasamauntuk kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada merekamencipta aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejakturun temurun dan menjadi sebati dlam masyarakat sehingga menjadi budaya dalammasyarakat.Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian berkembangkepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang besar dalammasyarakat. Dalam hubungan ini kita perlu fleksibel dengan memberi pertimbangantertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan memikirkan bagaimana fenomena tersebutwajar ditangani dengan sebaik mungkin disemua peringkat perkembangannya.Mari kita lihat situasi masyarakat yang memberi penekanan terhadap manusia, sosial danbudaya. Kanak-kanak tidak dapat hidup secara bersendirian. Mereka perlu bergantung OUM156
  11. 11. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMAkepada masyarakat. Banyak pihak perlu memberi sokongan – sebagai contoh pihak polis,pemandu bas, pegawai bank. Kanak-kanak mempelajari pelbagai peranan yangdimainkan oleh manusia dan mereka lakonkan peranan-peranan ini dalam kehidupanseharian mereka.Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak. Setiap insanjuga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat sepertipemungut sampah berperanan untuk memungut sampah, tukang kebun menjaga tamanbunga, tukang masak memasak makanan dikantin, pemandu bas membawa kanak-kanakkesekolah. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapatmempengaruhi dalam pergaulan kanak-kanak.Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan mengikut latarbelakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan menjadikan individu ituunik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur, jantina, kebolehan, bangsa, statussosial agama, saiz dan perwatakan. Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokandan mengecewakan dalam usaha kita mencari kehendak individu, minat dan kebolehan.Guru perlu memastikan bahan-bahan budaya yang pelbagaii boleh diperolehi untukpermainan kanak-kanak.Latihan 9.1Apakah yang anda faham tentang tema masyarakat dalam pendekatanbertema?(a) Apakah Tujuan Pendekatan Bertema Masyarakat? Pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan akan memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif, efektif dan psikomotor Pendekatan bertemakan masyarakat akan membantu murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan. Murid meng aplikasikan kemahiran seperti memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan untuk mengembangkan pengetahuan muzik, seni dan pergerakan dan penghasilan karya kreatif. Murid memahami bahawa penghasilan dan tindakbalas membuat karya muzik, seni dan pergerakan adalah terjalin diantara persepsi analisis dan kritikan. Pendekatan bertemakan masyarakat juga memberi peluang secara mendalam untuk memahami peranan yang dimainkan oleh muzik, seni dan pergerakan dalam kejayaan insan. Murid memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Mereka juga dapat menhubungkaitkan muzik, seni dan pergerakan dengan nilai, kepercayaan dan kehendak manusia sejagat. Mereka akhirnya dpat memahami bahawa kesenian setiap budaya adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi dan lain-lain.OUM 157
  12. 12. PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9 Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui pendekatan bertema msayarakat dengan pengetahuan budaya dan sejarah dapat membantu memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secara berkesan.(b) Menggabungkan Tema Masyarakat dengan Mata Pelajaran Lain Terdapat beberapa langkah penting dalam menggabungkan tema masyarakat dengan pelbagai mata pelajaran yang lain. Menghayati tema masyarakat dengan beberapa cara untuk mencapai tujuan utama. Pelajaran perlu dibuat secara bersepadu suapaya pelajar dapat menguasai pelbagai konsep dan kemahiran. Menggunakan tema masyarakat untuk menggabungkan pembelajaran merentasi disiplin dan tindakbalas pengalaman melalui Seni Dalam Pendidikan. Penghubungkaitan kurikulum adalah aktiviti yang terdapat dalam bidang kurikulum lain yang boleh berlaku secara serentak. Contoh aktiviti: Pohon Keluarga Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang menggunakan tema masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan dalam pengajaran konsep ”keluarga” dalam mata pelajaran lain. Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu projek dapat membantu pelajar memperolehi proses sains seperti memerhati, membuat inferens, berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon keluarga dipamerkan sebagai gambarajah membentuk suatu persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara terus kepada pelajar pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam suatu cara yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami. Contoh: Kekeluargaan Manusia tinggal dlam kumpulan keluarga yang berbeza Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk berkomunikasi Keluarga mengajar mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu Keluarga saling bantu-membantu.Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaransosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu seseorang ituuntuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami tentang masyarakatbersama dan juga pengalaman disamping mengharrgai pelgai budaya yang wujud dalammasyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar TemaMasyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaranbagi muzik, pergerakan dan seni visual. OUM158
  13. 13. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMALatihan 9.2Berdasarkan contoh Kekeluargaan di atas bincang dengan rakan pemerhatiananda terhadap penyataan yang terdapat dalam tema masyarakat yang bolehdigabungkan ke dalam kurikulum.9.3.3 Tema Komunikasi Agaknya, dia mengata akulah tuKomunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untukmenghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan danmemberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteksyang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikalsosial dan temporal.Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata dimana komunikasi berlaku seperti dalambilik atau ruang legar atau ditaman. Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dannorma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah dari satu generasi kepada satugenerasi yang seterusnya. Konteks sosio-psikologikal pula merangkumi seperti contohhubungan status dikalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia danperaturan budaya sesuatu masyarakat dimana komunikasi berlaku. Manakala dalamkonteks temporal ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telahberlaku.Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan menerimamesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria. Walau pun andabiasanya memikirkan tentang mesej sebagai verbal, anda juga boleh berkomunikasisecara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara anda berjalan, berjabattangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk dan senyum atau menghantarmesej. Kesemuanya mengenai anda berkomuniksi.Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau beberapa orangyang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda boleh mendapat pengetahuanatau mempelajari bagaimana untuk menganalisa, membuat sintesis atau menilai sesuatu.Semua ini merupakan kesan intelektual atau kognitif. Anda mungkin boleh mendapat ataumengubah sikap, kepercayaan, emosi dan perasaan anda. Semua ini adalah kesanafektif. Anda mungkin akan belajar pergerakan badan yang baru seperti melontar bolaatau mengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang sesuai. Inimerupakan kesan-kesan psikomotor.OUM 159
  14. 14. PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan orang lain.Sistem ini mengandungi aspek verbal dan bukan verbal.Bahagian verbal adalah bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan. Manakala bentuk bukan verbalmerangkumi pelbagai elemen – hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresimuka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.(a) Komunikasi Verbal Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang dilakukan dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.(b) Komunikasi Bukan Verbal Bentuk bukan verbal megandungi pelbagai elemen- hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.Latihan 9.3Apakah yang anda faham dengan istilah ”Komunikasi verbal”? Berdasarkanpernyataan dibawah yang manakah menunjukkan komunikasi verbal denganbetul. Bil Pernyataan Ya Tidak 1. Memberi kuliah 2 Membalas surat rakan 3 Bercakap melalui telefon 4 Melukis gambar 5 Memberi khidmat kaunseling 6 Bermain bola keranjang 7 Bermain alat muzik 8 Mempersembahkan drama 9 Mengenyit mata 10 BerbisikStrategi Pengajaran-pembelajaranGuna gamitan (gesture) atau pergerakan badan untuk berkomunikasi antara satu samalain ketika memerhati haiwan. Pada sekeping kertas, anda dikehendaki melukis pelbagai haiwan yang dilihat semasa mengembara dihutan. OUM160
  15. 15. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA Aplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus pada jenis jalinannya sama ada jalinan tampak atau jalinan sentuh. Seni visual Minta pelajar meniru perlakuan haiwan berbeza yang mereka jumpa dalam hutan. Gunakan stail ”Ikut Macam Saya” agar pelajar menerima pengukuhan dalam konsep perbezaan antara haiwan. Pergerakan Dengan menggunakan badan tunjukan pergerakan berlainan yang dilakukan oleh haiwan yang berbeza: memanjat, merangkak, menyusur, berjalan perlahan dan melompat. Sains dan pergerakan Diatas lantai yang bertanda, semasa membuat pergerakan haiwan yang berbeza dengan iringan pelbagai tempo daripada instrumen perkusi pelajar mengikut ketua untuk menekap rupa-rupa geometri berikut: Segi tiga sama Segi empat sama Segi empat tepat Pentagon Heksagon Oktagon Bulatan Muzik dan matematik Kelaskan haiwan yang anda jumpa. Guna tanda gundalan untuk menunjukkan bilangan haiwan yang anda telah kelaskan. Matematik dan sains. Lukiskan piktograf untuk menunjukkan haiwan yang berbeza berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk mewakili haiwan yang berbeza untuk digunakan dlam membina piktograf. Matematik - seni visual.Contoh Pembelajaran Matematik Melalui Seni dalam PendidikanTajuk Aktiviti: TeselasiObjektif Pembelajaran:Pelajar akan diajar untuk;1. memahami dan menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan bentuk- bentuk dua matra (2M) dan2. menghuraikan dan mengelaskan bentuk-bentuk 2-M yang biasaOUM 161
  16. 16. PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9Hasil Pembelajaran:Pelajar akan dapat:1. menghuraikan ciri-ciri bentuk 2-M2. menyusun bentuk 2-M dan3. mencipta reka bentuk dengan bentuk-bentuk 2-MPenilaian:Matematik : Pelajar boleh mereka cipta teselasi dengan menggunakan bentuk- bentuk 2-M (seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang)Seni Visual : Mereka cipta corak teselasi/mereka cipta corak dengan menggunakan bentuk 2-M (seperti seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang)Pergerakan : menggunakan isyarat atau gerakan badan untuk menunjukkan bentuk- bentuk 2-M seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang.Muzik : nyanyi lagu berjudul ”shapes” sama ada secara individu atau berkumpulan.ICT : guna perisian komputer (ms paint) untuk melukis dan membuat reka bentuk 2-M/teselasi.Strategi Pengajaran dan PembelajaranPermulaan/Warm up1. Guna isyarat atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di anatara satu sama lain tentang bentuk 2-M yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian seperti bentuk dan corak dalam kain, kain langsir, kertas pembungkus. matematik & pergerakan2. Secara individu atau dalam kumpulan sepuluh orang, pegang tangan dan membentuk formasi untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang sambil menyanyikan lagu ”shape” dibawah. Matematik, Muzik dan pergerakan OUM162
  17. 17. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA Rajah 9.6 : Skor lagu ”Shapes” Rajah 9.7: Contoh isyarat dan pergerakan badan untuk membuat bentuk-bentukOUM 163
  18. 18. PENDEKKATAN BERTEMA TOPIK 9 Rajah 9.8: Contoh teselasiRUMUSANTopik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yangberkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahapkefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada sertadapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik,pergerakan dan seni visual.GLOSARIGamitan – Gesture (pergerakan badan)Teselasi – PuzzlesUJIAN 11. Senaraikan 5 cara memulakan pelajaran menggunakan pendekatan bertema untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.2. Huraikan bagaimana 5 cara itu dapat memberi kesan dan mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran anda. OUM164
  19. 19. TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMAUJIAN 21. Nyatakan dan berikan contoh-contoh bentuk-bentuk mesej komunikasi?2. Apakah tujuan pendekatan bertemakan masyarakat?3. Bagimanakan untuk menggabungkan tema masyarakat dengan mata pelajaran lain.RUJUKANDauer, V. P. & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company.Edwards, L. C. (1997). The creative arts: A process approach for teachers and children. New Jersey: Prentice Hall.Freeland, K., & Hammond, K. (1998). Curriculum for Integrated Learning: A Lesson Based Approach. New York: Delma Publishers.Goldberg, M. R. (1992). Expressing and assessing understanding through the arts in ph delta kappan. April, pp. 619-623.Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.Salmah, Ayob. (1998). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.OUM 165

×