PEMBELAJARAN BERASASKAN                      ELEKTRONIK DAN WEB                                            ( KPT 6044) ---...
Tugasan 1Tajuk Jurnal : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di               Kalangan Pelajar Tahun ...
2.0    Persoalan KajianTerdapat 2 persoalan kajian yang telah di bina daripada objektif kajian ini iaitu:1. Apakah faktor-...
4.0     Hasil Dapatan Kajian        4.1     Dapatan Persoalan Kajian 1 - Faktor-faktor yang mempengaruhi sample darisegi l...
4.1.2   Dapatan kajian persoalan 2- Masalah yang dihadapi semasa menggunakan       e-pembelajaran.Analisis kajian menunjuk...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final

821
-1

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
821
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
32
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pembelajaran berasaskan elektronik dan web final

  1. 1. PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ( KPT 6044) --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ULASAN JURNAL Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir JabatanMultimedia (Spk, Spt dan Spp) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- DISEDIAKAN OLEH: HELIDZIA BT RAMLI (M20102000970) PENSYARAH: PROF M. ABDUL LATIF B. HJ. GAPOR
  2. 2. Tugasan 1Tajuk Jurnal : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (Spk, Spt dan Spp) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MalaysiaPenulis : Mohd Nihra Haruzuan B. Mohammad Said Dan Janarthini A/P KrishnanTerbitan : Journal Of Social Science, Vol 3, Sept 2011Ulasan dan analisis jurnal1.0 PendahuluanPenggunaan teknologi komputer pada hari ini telah berkembang pesat dalam semua bidang.Menyedari tentang keperluan komputer dalam pelbagai bidang ini, Kementerian PelajaranMalaysia telah menggerakkan institusi dibawahnya bersedia dan melahirkan generasi celikteknologi maklumat (IT) melalui proses pendidikan. Teknologi e-pembelajaran telahberkembang pesat sehingga mempengaruhi pendidikan di peringkat rendah hingga institusipengajian tinggi. Definisi e-pembelajaran secara umumnya adalah sebarang pengajaran danpembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untukpenyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Pelaksanaan e-pembelajaranini banyak membawa manfaat antaranya adalah pelaksanaan e-pembelajaran kurangmelibatkan kos yang tinggi. Proses pembelajaran menjadi lebih cepat dan konsisten keranaboleh diadakan pada bila-bila masa, di mana-mana temapat serta mudah diuruskan dandikemaskini. Pendekatan ini juga dapat mendedahkan dan pelajar kepada penyesuaianpenggunaan bahan pengajaran berasaskan kepada masalah problem based learning yangsecara tidak langgung membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran secara berdikari danmembolehkan pelajar berkomunikasi dengan pengajar melalui e-mail. Walaupun terdapatjurang jarak di antara individu e-pembelajaran memberi peluang kepada semua untukberhubung dan berkongsi pengalaman melalui internet. Di samping itu, para pengajar bolehmenempatkan bahan pengajaran seperti modul di dalam web manakala pelajar pula bolehmenghantar tugasan mereka dalam bentuk e-mail atau dalam bentuk yang lebih interaktif didalam web.
  3. 3. 2.0 Persoalan KajianTerdapat 2 persoalan kajian yang telah di bina daripada objektif kajian ini iaitu:1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia, FakutiPendidikan menggunakan e-pembelajaran dari segi lima aspek iaitu peranan pengajar,persekitaran pembelajaran, peralatan pembelajaran, kandungan kursus dan proses e-pembelajaran?2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia,Fakulti Pendidikan UTM semasa menggunakan e-pembelajaran.3.0 Kaedah Kajian 3.1 Instrument kajianKajian ini adalah merupakan satu tinjauan deskriptif yang berbentuk soal selidik sebagai alatkajian yang digunakan untuk mendapat ukuran kuantitatif. Pada asasnya soal selidik yangdigunakan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:1. Bahagian A-DemografiMengandungi 3 item bertujuan untuk mengumpul data berkenaan latar belakang respondenseperti jantina, bangsa dan kursus.2. Bahagian B- Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran.Terdiri daripada 28 item bertujuan menjawab persoalan kajian. Pada bahagian ini respondendisediakan dengan pilihan jawapan mengikut Skala Likert yang merupakan set kenyataanberbentuk positif dan negatif.3. Bahagian C-Masalah yang dihadapi semasa menggunakan e-pemebelajaranTerdiri daripada 8 item bertujuan menjawab persoalan kajian. Pada bahagian ini respondendisediakan dengan pilihan jawapan mengikut Skala Likert yang merupakan set kenyataanberbentuk positif dan negatif. 3.2 Tempat kajianKajian ini dijalankan di UTM, Skudai Johor. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajartahun akhir jabatan multimedia Fakulti pendidikan. 3.3 Sample kajianPopulasi kajian adalah seramai 100 orang pelajar. Manakala sample kajian terdiri daripadapelajar tahun akhir jabatan multimedia iaitu seramai 79 orang.
  4. 4. 4.0 Hasil Dapatan Kajian 4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 - Faktor-faktor yang mempengaruhi sample darisegi lima aspek yang dikaji.Analisis kajian menunjukkan daripada lima faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran didapati faktor kandungan kursus mencatat min yang paling tinggi iaitu 3.81.Adalah didapati item-item yang mengandungi kenyataan bahawa responden mengakses e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus berada pada tahap tinggi. Kebanyakkanpelajar menggunakan e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus yang disediakanadalah sesuai, bersistematik dan juga membantu pelajar dalam kerja mereka (tugasan, kuiz,ujian dan lain-lain).Dapatan kajian ini disokong oleh Kearsley, Greg (2000) yang menyatakan bahawakandungan bagi sebarang kursus yang dilaksanakan atas talian merupakan aspek yang palingpenting untuk menarik minat pelajar. Isi kandungan dalam laman epembelajaran merupakansalah satu kriteria yang penting dan memberi kesan dalam pembelajaran, (Ismail Zain, 2002).Selain itu, kajian ini juga disokong oleh A.Y.K. Chan et. al. (2003) yang menyatakanpengajar menggunakan kursus online untuk memaparkan bahan pengajaran semata-matamaka didapati pelajar lebih berminat untuk mengakses kursus online untuk mendapatkankandungan kursus. Seterusnya faktor peranan pengajar, mempunyai min keseluruhan padatahap yang tinggi iaitu 3.77. Ini menunjukkan bahawa pengajar memainkan peranan yangpenting dalam memotivasikan pelajar menggunakan e-pembelajaran. Dapatan kajian inidisokong oleh penyataan Kearsley, Greg (2000) bahawa penglibatan pengajar merupakansalah satu faktor yang kuat mempengaruhi penyertaan pelajar dalam kursus online.Bagi faktor persekitaran pembelajaran min keseluruhan adalah berada pada tahap sederhanaiaitu nilai minnya 3.66. Daripada item-item bagi faktor persekitaran didapati pelajar kurangmengambil berat terhadap persekitaran pembelajaran semasa mereka mengakses e-pembelajaran di makmal. Faktor peralatan pembelajaran mencatat min keseluruhan iaitu 3.63yang berada pada tahap sederhana. Merujuk kepada item-item bagi faktor peralatan didapatipelajar menghadapi masalah mencapai internet dan juga peralatan seperti headphone danmicrophone. Maka faktor peralatan tidak menjadi pilihan utama mereka menggunakan e-pembelajaran. Faktor yang mempunyai min terendah dalam kajian ini adalah prosespembelajaran iaitu hanya 3.56. Walaupun nilai min faktor ini merupakan min terendah tetapiia masih berada pada tahap sederhana yang mendekati tahap tinggi. Hal ini menunjukkanbahawa penggunaan e-pembelajaran membolehkan pelajar mempelajari kandungan denganfleksibel dan juga ia dapat menambahkan pengetahuan pelajar.
  5. 5. 4.1.2 Dapatan kajian persoalan 2- Masalah yang dihadapi semasa menggunakan e-pembelajaran.Analisis kajian menunjukkan bahawa masalah luaran seperti server down, database error,virus dan juga pengajar jarang mengemaskini nota merupakan masalah-masalah yang seringdihadapi oleh pelajar SPK, SPT, dan SPP menggunakan e-pembelajaran. Manakala masalahdalaman seperti minat, pembahagian masa, masalah login, dan maklum balas yang negatifdiberikan oleh rakan-rakan dalam aktiviti peer tidak menjadi satu masalah serius bagiresponden menggunakan e-pembelajaran.5.0 KesimpulanPembelajaran berasaskan teknologi adalah sesuai bagi proses pembelajaran yangmenggunakan teknologi multimedia untuk membantu dan memudahkan pelajar, sambilpengajar sebagai fasilitator. Bagi menjayakan penggunaan teknologi komputer dalampembelajaran seperti e-pembelajaran maka kajian seperti faktor-faktor yang mempengaruhipenggunaan e-pembelajaran harus dikendalikan mengikut peredaran masa agar pihak tertentudapat megenalpasti kelemahan e-pembelajaran dan mengambil langkah yang sewajarnyaSelain itu kajian seperti ini juga dapat mengenalpasti masalah-masalah pelajar semasamenggunakan e-pembelajaran. Ini boleh dijadikan landasan kepada pihak-pihak tertentumengetahui perkembangan terkini agar membaiki kelemahan dan meningkatkankeberkesanan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar

×