Loading…

Flash Player 9 (or above) is needed to view presentations.
We have detected that you do not have it on your computer. To install it, go here.

Like this presentation? Why not share!

SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh

on

  • 694 views

Pengenalan kepada pelajar yang hendak atau sedang mendalami Ilmu Qiraat....kajian dari muhammad hafiz salleh

Pengenalan kepada pelajar yang hendak atau sedang mendalami Ilmu Qiraat....kajian dari muhammad hafiz salleh

Statistics

Views

Total Views
694
Views on SlideShare
671
Embed Views
23

Actions

Likes
0
Downloads
8
Comments
0

1 Embed 23

http://elearn2.utm.my 23

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh SPPT 22Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh Presentation Transcript

  • PENGERTIAN ILMU QIRAATPENGERTIAN ILMU QIRAAT Menurut Imam Ibn al-Jazari: Ilmu Qiraat merupakan ilmu yang menjelaskan kaedah menyebut kalimah-kalimah di dalam al-Quran di samping menjelaskan perbandingan bacaan antara imam-imam qiraat. Ini menunjukkan bahawa bacaan al-Quran dan ilmu tajwid yang dipelajari dan diamalkan pada hari ini merupakan salah satu jenis bacaan yang terdapat di dalam pengajian ilmu qiraat iaitu menurut bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim.
  • PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIAPENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA Menurut kajian yang dilakukan, pengajian ilmu qiraat di Malaysia secara formal bermula seawal tahun 1966 dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Sejak penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat yangSejak penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat yang pertama ini, maka bermulalah perkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya. Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Melaka (1990); Institut Tahfiz al- Quran Negeri Sembilan (1991); Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1996); dan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Istana Alaeddin Bandar (1996).
  • NAMA PENGAJIAN QIRAATNAMA PENGAJIAN QIRAAT Pengantar Ilmu Qiraat dan Hafazan; Qiraat Ilmi; Qiraat Amali; Qiraat Asyarah; Ilmu Qiraat;Ilmu Qiraat; Metodologi Pengajaran Ilmu Qiraat; Pengajian Qiraat; Tarikh al-Qurra’; Mutun Tahriri dan lain-lain. View slide
  • OBJEKTIF PEMBELAJARAN ILMU QIRAATOBJEKTIF PEMBELAJARAN ILMU QIRAAT 1. Memberikan pengenalan yang jelas terhadap ilmu qiraat seperti definisi, objektif, sumber, dalil serta bahan rujukan; 2. Memberikan penjelasan mengenai peranan ilmu qiraat dan hubungannya dengan al-Quran;dan hubungannya dengan al-Quran; 3. Menjelaskan beberapa ilmu lain yang berkaitan dengan ilmu qiraat secara umum seperti Ilmu tajwid, Ilmu Rasm dan Dhabt al-Quran serta Ilmu al-Fawasil. View slide
  • OBJEKTIF PEMBELAJARAN ILMU QIRAATOBJEKTIF PEMBELAJARAN ILMU QIRAAT 4. Menerangkan latar belakang imam-imam qiraat tujuh atau sepuluh serta perawi mereka. 5. Menerangkan kaedah bacaan al-Quran bagi setiap perawi tersebut secara umum; danperawi tersebut secara umum; dan 6. Mempraktikkan bacaan bagi setiap imam qiraat beserta perawi mereka dengan menumpukan kepada surah- surah tertentu di dalam al-Quran seperti juzuk Amma, Surah al-Sajadah, Surah al-Insan dan Surah al-Baqarah.
  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN Menerusi kaedah ini, para pensyarah atau guru akan memberikan penyampaian kepada pelajar dalam jumlah yang ramai. Kadangkala jumlah ini boleh mencecah 300yang ramai. Kadangkala jumlah ini boleh mencecah 300 orang pelajar. Pengajaran adalah berdasarkan kepada rangka kursus yang telah ditetapkan.
  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN Objektif pembelajaran ilmu qiraat; Kelebihan mempelajari ilmu qiraat; Definisi ilmu qiraat;Definisi ilmu qiraat; Latar belakang imam-imam qiraat beserta perawi mereka; Manhaj atau kaedah bacaan bagi setiap imam dan perawi merka; Istilah-istilah khas yang digunakan dalam ilmu qiraat; dan Cara sebutan bagi bacaan yang jarang atau tiada langsung dalam bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim.
  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN Di dalam kelas tutorial, jumlah para pelajar adalah terhad antara 10 hingga 30 orang pelajar sahaja. Interaksi dua hala antara pensyarah atau guru dengan para pelajar diterapkan menerusi kaedah ini agar dapat memberi peluang kepada para pelajar bersoal-jawab dan berbincang berkaitan ilmu qiraat dengan lebih mendalam.
  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN Pembentangan ilmu qiraat daripada para pelajar; Bacaan al-Quran menurut bacaan imam-imam qiraat beserta perawi mereka secara talaqqi dan mushafahah; Hafazan matan al-Shatibiyyah sebagai dalil bagi bacaan imam-imam qiraat beserta perawi mereka;
  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN Membantu para pelajar menyebut dengan tepat bagi bacaan yang jarang atau tiada langsung dalam bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim; Mendengar dan memperbetulkan bacaan para pelajar ketika mempraktikkan bacaan al-Quran selain daripada bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim; Melantik setiap pelajar untuk mewakili salah satu bacaan bagi imam-imam qiraat atau perawi mereka.
  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN Antara alat bantuan mengajar yang boleh digunakan adalah seperti berikut: Pembentangan pengajaran menggunakan Microsoft Power Point; CD qiraat; Laman web qiraat;
  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN Quran Flash My LMS @ Goals Audio dan video qiraat Blog qiraat Keratan akhbar Keratan majalah
  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN Pembelajaran yang berteraskan peperiksaan atau kuiz turut memberi kesan kepada penguasaan pelajar terhadap ilmu qiraat.ilmu qiraat. Ini menyebabkan para pelajar lebih fokus dalam pembelajaran dan mampu menarik perhatian mereka terhadap perkara-perkara penting di dalam ilmu qiraat khususnya kepada istilah yang jarang digunakan dalam bacaan riwayat hafs daripada Imam Asim.
  • KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN QIRAAT YANG BERKESANQIRAAT YANG BERKESAN Kuiz yang kerap kali dilakukan juga dapat menajamkan minda sehingga persoalan yang seringkali ditanya mampu dijawab secara spontan.dijawab secara spontan. Kedua-kedua kaedah ini turut menambahkan tumpuan para pelajar terhadap topik yang sedang dipelajari.
  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAMCABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT Terdapat beberapa pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum mendalami ilmu qiraat. Tanpa pra syarat tersebut, seseorang akan menghadapi kesukaran dalam mempelajari ilmu qiraat. Antaranya adalah; memahami ilmu tajwid terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu qiraat.
  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAMCABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT Selain itu, penguasaan bacaan al-Quran juga menjadi pra syarat dalam mempelajari ilmu qiraat. Ini kerana, bacaan yang digunakan selama ini hanyalah menurut satu riwayat sahaja iaitu; bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. Sekiranya tahap bacaan al-Quran masih lemah, maka ditakuti kekeliruan akan dihadapi dalam pembelajaran ilmu qiraat.
  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAMCABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT Ini merupakan antara cabaran terawal yang akan dihadapi ketika mempelajari ilmu qiraat.dihadapi ketika mempelajari ilmu qiraat. Ini kerana terdapat 21 nama yang perlu diingati dalam pembelajaran ilmu qiraat tujuh. Manakala bagi qiraat sepuluh, 30 nama yang harus diingati. Apatah lagi nama mereka bukanlah seperti nama Melayu melainkan Hisham, Hamzah dan Yaakub.
  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAMCABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT Di dalam ilmu qiraat terdapat beberapa istilah yang hanya digunakan dalam pembelajaran ilmu qiraat sahaja. Kalau pun ada, barangkali ia membawa maksud yangKalau pun ada, barangkali ia membawa maksud yang berbeza. Antara istilah yang digunakan adalah seperti tariq, sanad, taqlil, taghliz, tarqiq, naqal, idgham kabir, tashil al-Hamzah al-Thaniah ma’a idkhal al-Alif, ibdal al-Hamzah, qasar, tawassut, ishba’, silah dan sebagainya.
  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAMCABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT Kesukaran menyebut kalimah-kalimah khilaf berlaku kerana sesetengah bacaan bagi imam qiraat dan perawikerana sesetengah bacaan bagi imam qiraat dan perawi mereka tidak sama dengan bacaan yang dipraktikkan selama ini menerusi bacaan riwayat Hafs daripada Imam Asim. Contohnya pada bacaan taqlil, tashil al-Hamzah, naqal, ibdal al-Hamzah, taghliz al-Lam, tarqiq al-Ra, ikhtilas dan sebagainya.
  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAMCABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT Matan al-Shatibiyyah atau Hirz al-Amani wa Wajh al- Tahani merupakan bait-bait syair yang menghimpunkan keseluruhan bacaan bagi imam-imam qiraat tujuh bersertakeseluruhan bacaan bagi imam-imam qiraat tujuh berserta perawi mereka. Ia juga merupakan sumber utama dalam pembelajaran ilmu qiraat tujuh. Namun, didapati beberapa institusi yang tidak menggunakan matan ini dalam pengajaran ilmu qiraat.
  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAMCABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT Antara rujukan yang boleh digunakan bagi tujuan pembelajaran ilmu qiraat menggunakan Bahasa Melayu adalah seperti berikut: 1. Pengenalan Ilmu Qiraat karangan Ustaz Mohd Rahim Jusoh; 2. Dinamika Ilmu Qiraat Quraniyyah karangan bersama Ustaz Sabri Mohamad dan Ustaz Mohd Faizulamri Mohd Saad; 3. Jurnal Darul Quran yang dikeluarkan secara berkala;3. Jurnal Darul Quran yang dikeluarkan secara berkala; 4. Modul Qiraat daripada Open University Malaysia karangan bersama Ustaz Khairul Anuar Mohamad dan Ustaz Norakyairee Mohd Raus; 5. Keratan akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan Bicara Agama setiap Rabu karangan Ustaz Khairul Anuar Mohamad; dan 6. Himpunan pembentangan kertas kerja seminar seperti Seminar Wahyu Asas Tamadun 2011 (USIM), Seminar Pendidikan dan Penyelidikan Qiraat (KUIS) dan Seminar Antarabangsa Qiraat dan Qurra’ (UDM).
  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAMCABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT Pembelajaran ilmu qiraat secara formal biasanya menggunakan sistem semester di mana tempoh pembelajaran adalah terhad kepada 14 minggu sahaja.pembelajaran adalah terhad kepada 14 minggu sahaja. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, kebiasaannya para pelajar diperuntukkan masa untuk mempelajari ilmu qiraat dalam tempoh tersebut selama 3 ke 4 jam seminggu.
  • CABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAMCABARAN DAN PENYELESAIANNYA DALAM PEMBELAJARAN ILMU QIRAATPEMBELAJARAN ILMU QIRAAT Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pelajar yang kurang berminat dengan ilmu qiraat. Ini kerana wujudnya perasaan bahawa ilmu qiraat tidakIni kerana wujudnya perasaan bahawa ilmu qiraat tidak berkait secara langsung dengan kehidupan seharian seperti bidang feqah dan akidah. Namun, perasaan atau persepsi sedemikian adalah salah dan harus diperbetulkan. Ini kerana membaca al-Quran sama ada dalam solat atau di luar solat merupakan perkara yang berkait secara langsung dengan qiraat.
  • KESIMPULANKESIMPULAN Perkembangan ilmu qiraat tidak seharusnya terbatas kepada para pelajar di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi sahaja, bahkan ia seharusnya didedahkan kepada setiap lapisan masyarakat agar ilmu yang mulia ini terus dipelihara.terus dipelihara. Oleh yang demikian, menjadi harapan bagi setiap pencinta al-Quran agar;
  • HARAPANHARAPAN Pengajaran dan pembelajaran ilmu qiraat terus berkembang khususnya di negara ini; Lebih ramai lagi yang berminat untuk menceburi bidang qiraat; Lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi yang turutLebih banyak lagi institusi pengajian tinggi yang turut menyebarluaskan ilmu ini; Setiap pengajar ilmu qiraat mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan kaedah atau teknik pengajaran ilmu qiraat agar pembelajaran ilmu qiraat menjadi lebih menarik dan berkesan;
  • HARAPANHARAPAN Lebih banyak buku-buku qiraat menggunakan Bahasa Melayu diterbitkan agar rakyat di negara ini dapat mengambil manfaat daripadanya. Memperbanyakkan lagi diskusi atau seminar atau kursus bagi mendedahkan keistimewaan dan kelebihanbagi mendedahkan keistimewaan dan kelebihan mempelajari ilmu qiraat. Memanjangkan lagi tempoh pembelajaran ilmu qiraat. Penggunaan audio, video dan software qiraat sebagai alat bantuan mengajar kepada pengajar dan pelajar amat digalakkan