Your SlideShare is downloading. ×
Panduan pelaksanaan ssqs
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Panduan pelaksanaan ssqs

1,284
views

Published on

Published in: Education, Technology

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,284
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
68
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PANDUAN PELAKSANAAN Smart School Qualification Standards: METODOLOGI PEMANTAUANSECARA ‘ON-SITE’ SEKOLAH BESTARI
  • 2. KANDUNGAN1. PENGENALAN 12. METODOLOGI PEMANTAUAN 2 2.1 Persediaan Pemantau 3 2.2 Penggunaan ICT di Sekolah 4 2.2.1 Strategi 4 2.3 Modal Insan 5 2.3.1 Strategi bagi Guru 6 2.3.2 Strategi bagi Murid 6 2.3.3 Strategi bagi Pentabir 6 2.4 Aplikasi 7 2.4.1 Strategi 7 2.4.2 Penyelesaian Masalah 8 2.5 Infrastruktur Teknologi 8 2.5.1 Strategi 8 2.5.1.1 Keadaan Peralatan dan Kemudahan P&P Berasaskan ICT 8 2.5.1.2 Penyelenggaraan 9 2.5.2 Penyelesaian Masalah 93. PELAPORAN 94. PENUTUP 10RUJUKAN 11LAMPIRAN 11
  • 3. 1. PENGENALANMetodologi pemantauan secara ‘on-site’ ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan kepada pemantau yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjalankan pemantauan penggunaan ICT dengan berkesan supaya sekolah dapat meningkatkan serta memaksimumkan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah. Tujuan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah bestari adalah untuk menjadikan sekolah bestari sebagai ‘role-model’ kepada 10,000 sekolah lain yang ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan pengurusan sekolah. Pemantauan dijalankan untuk membimbing dan membantu sekolah mencapai kedudukan 5-bintang dari segi empat (4) aspek utama, iaitu penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan juga infrastruktur. Secara keseluruhannya, pemantauan yang baik dan komprehensif perlu melaksanakan perkara-perkara seperti di dalam Rajah 1. = Melaksanakan Pelan Tindakan Sekolah dalam konteks penggunaan ICT berkaitan dengan usaha pembudayaan ICT sekolah, = Menjalankan aktiviti-aktiviti atau program-program untuk mengatasi jurang/kelemahan yang dikenal pasti dalam tinjauan (survey)/situasi semasa, dan = Mempertahan atau menambahbaik taraf bintang berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (PKSB) (Smart School Qualification Standards, SSQS). Rajah 1: Bimbingan untuk peningkatan ICT sekolahSelain yang tercatat di atas, pemantau juga perlu membimbing sekolah melaksanakan aktiviti seperti latihan pengintegrasian ICT dalam P&P bagi guru dan pembinaan bahan-bahan P&P berasaskan ICT.
  • 4. 2. METODOLOGI PEMANTAUAN Metodologi pemantauan merangkumi beberapa fasa yang perlu diambil oleh pemantau seperti yang dikemukaan dalam Rajah 2. Sebelum lawatan = Melengkapkan diri dengan: 8 memahami dengan mendalam konsep pembestarian sekolah serta pembudayaan ICT sekolah Lawatan pertama 8 mendapat dan memahami semua = Berjumpa dengan pengetua/guru maklumat sekolah yang dipantau besar daripada KPM = Menerangkan SSQS dan tujuan 8 memahami kandungan SSQS pemantauan kepada pentadbir = Urusan pentadbiran: sekolah/GPB/ketua panitia/guru- 8 mendapat surat rasmi daripada KPM guru/Jawatankuasa Pembestarian 8 memaklumkan kepada Jabatan Sekolah Pelajaran Negeri (JPN)/Pusat Sumber = Berbincang tentang perancangan Pendidikan Negeri (PSPN) dan sekolah sepanjang tahun menge- bahagian di KPM yang berkenaan nai bahagian perlaksanaan pem- seminggu sebelum lawatan ke budayaan ICT sekolah (fokus sekolah kepada 4 komponen SSQS dan 8 memaklumkan kepada pengetua/ setiap indikatornya) guru besar seminggu sebelum = Membantu sekolah menyediakan lawatan ke sekolah Pelan Tindakan Pembudayaan ICT 8 membuat temujanji lebih awal untuk Sekolah berjumpa dengan pentadbir sekolah/ Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ketua dan panitia/guru-guru/Jawatankuasa Pembestarian Sekolahah Lawatan seterusnya = Memfokuskan perbincangan kepada 4 komponen SSQS = Menelitikan setiap indikator dalam setiap komponen SSQS = Mengumpul data ’baseline’ (contoh: infrastruktur, staf yang Lepas lawatan telah menghadiri kursus, sebagainya), sekolah = Mengenal pasti kelemahan dan jurang (gap) berkaitan = Membuat komponen SSQS pelaporan = Membangun strategi-strategi yang realistik dan kepada MDeC membimbing sekolah untuk mengurangkan jurang di atas = Merancang = Memberi bimbingan latihan yang diperlukan secara tindakan ’hands-on’ kepada sekolah susulan Rajah 2: Carta alir fasa metodologi pemantauan secara ‘on-site’2
  • 5. Secara terperinci, tugas pemantau dijelaskan dalam carta alir pemantauan di Rajah 3. MULA Membantu Mendapat maklumat membangun setiap komponen SSQS membimbing aktiviti/program Menentukan tahap pencapaian setiap komponen Tidak Mengenal pasti jurang SSQS – 5 bintang kelemahan komponen SSQS berkenaan Ya Memastikan tahap 5 bintang dikekalkan Rajah 3: Carta alir pemantauan2.1 Persediaan Pemantau Sebelum menjalankan tugas, pemantau mesti memahami tiga perkara yang penting:= konsep pembudayaan ICT dan pembestarian sekolah, = dokumen Smart School Qualification Standards (SSQS) dan = program pemantauan (Lampiran 1)Tumpuan pemantauan berfokus kepada EMPAT komponen dan indikatornya (Key Performance Indicators, KPI) yang berkait rapat dengan kedudukan ranking (taraf satu bintang ke lima bintang). Empat komponen itu terdiri daripada:= Penggunaan ICT di sekolah (pengintegrasian ICT dalam PP dan peng- urusan), = Modal insan (kemahiran pentadbir dan guru mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan PP, kemahiran ICT murid), = Aplikasi sistem (kandungan PP dan sistem berasaskan ICT), dan = Infrastruktur teknologi (peralatan-peralatan teknologi yang sedia ada). 3
  • 6. Pemantau perlu memberi fokus kepada empat komponen SSQS dengan meneliti setiap indikator. Kedudukan penggunaan ICT di sekolah perlu sentiasa ditaksir mengikut SSQS ini. Usaha untuk memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancangkan nanti akan menjurus kepada pencapaian keempat-empat komponen SSQS. 2.2 Penggunaan ICT di Sekolah Komponen penggunaan ICT merujuk kepada proses PP dan pengurusan sekolah. Dalam proses pemantauan penggunaan ICT ini, pemantau perlu mengenal pasti kekuatan serta kelemahan dalam penggunaan ICT dan faktor-faktor yang menimbulkannya. Seterusnya, strategi-strategi yang berasaskan sekolah perla dibina untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini untuk meningkatkan penggunaan ICT di sekolah. Amalan-amalan terbaik penggunaan ICT boleh di dapati di dalam buku panduan amalan terbaik sekolah bestari. 2.2.1 Strategi Untuk memantau penggunaan ICT, pemantau digalakkan mengikut tiga strategi iaitu, = menganalisis dokumen, = mencerap pengajaran guru, = mengadakan interaksi dengan staf sekolah Rajah 4 menunjukkan strategi tersebut serta senarai semakan bagi proses pemantauan penggunaan ICT di sekolah. Pemantau boleh menggunakan: = senarai semak untuk mengira tempoh penggunaan ICT dalam PP. Instrumen ini boleh diubahsuai mengikut keperluan sekolah seperti di Lampiran 2. = senarai semak audit dalaman untuk menentukan status penggunaan ICT boleh di dapati di Lampiran 3 (bahagian penggunaan). i dapati di Lampiran 3 (bahagian penggunaan).4
  • 7. 2.3 Modal Insan Komponen modal insan melibatkan tiga kumpulan warga sekolah, iaitu guru, murid dan pentadbir. Menganalisis dokumen Pemantau bersama GPB perlu menyemak dokumen-dokumen berikut untuk menentukan penggunaan ICT dalam PP: = Log penggunaan komputer di semua makmal komputer, = Log peminjaman Liquid Crystal Display (LCD), = Log peminjaman perisian kursus (CD) dan TV Pendidikan (TVP), = Log peminjaman lain-lain peralatan ICT dalam PP (OHP, LCD, notebook, pengimbas dan printer), = Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam buku rekod sekolah, (guru mencatat jenis ICT dan tempoh masa penggunaannya), = Tugasan pelajar berasaskan ICT, dan = Rekod penggunaan ICT (seperti e-mel, SMS dan sebagainya) untuk penyebaran maklumat oleh pihak pentadbir. Interaksi dengan staf sekolah Pemantau digalakkan berinteraski dengan Mencerap pengajaran guru warga sekolah tersebut di bawah untuk Pemantau mencerap pengajaran mendapatkan maklumat yang diperlukan: guru (di Makmal Komputer/Makmal = Pentadbir sekolah tentang pembudayaan Sains/Kelas biasa) seberapa kerap ICT dan pengurusan perubahan, yang boleh semasa lawatan ke = GPB tentang penggunaan Makmal sekolah untuk menentukan: Komputer di sekolah, = Penggunaan bahan ICT (CD = Guru sumber/media tentang penggunaan KPM/CD TVP/CD lain) dalam bahan ICT (CD KPM/CD TVP/CD lain) PP, oleh guru dan murid, = Pengintegrasian ICT (CD KPM/ = Guru tentang penggunaan bahan ICT (peng- CD TVP/LCMS/alternatif) dalam gunaan WSMS/LCMS, Modul Pembelajaran PP, Kendiri, tugasan murid) dalam PP, = Bahan PP berasaskan ICT = Guru selepas setiap pencerapan pengajaran (multimedia) yang dibangunkan untuk membimbing guru meningkatkan oleh guru, dan penggunaan ICT dalam PP dengan lebih = Kekerapan penggunaan bahan berkesan, dan ICT dalam PP. = Murid untuk mendapat maklum balas mereka tentang penggunaan ICT dalam PP. Rajah 4: Strategi dan senarai semakan penggunaan ICT 5
  • 8. 2.3.1 Strategi bagi Guru Pemantau perlu mengambil tindakan berikut: (a) Berbincang dengan pihak pentadbir (PK), GPB dan/atau Jawatankuasa (J/K) perkembangan profesionalisme staf tentang tahap indikator Modal Insan sekolah yang telah dicapai dan tindakan sewajarnya, (b) Membimbing dan membantu pihak sekolah untuk menyediakan satu rancangan Latihan Perkembangan Profesional Staf Sekolah sepanjang tahun untuk meningkatkan ketrampilan penggunaan ICT dalam PP dan pengurusan di kalangan guru dan pentadbir (staff sokongan dan jurulatih IT), (c) Memastikan semua guru/pentadbir yang telah menghadiri kursus KPM/ badan lain mesti menjalankan bengkel/kursus perkhidmatan dalaman di sekolah masing-masing, (d) Menentukan latihan ICT tambahan untuk menambahkan kemahiran ICT guru dalam PP, dan (e) Memastikan satu laporan disediakan selepas setiap bengkel/latihan dalaman atau program Perkembangan Profesional Staf Sekolah diadakan. Kandungan laporan perlu mengandungi maklumat seperti nama dan jenis bengkel/latihan/program, tempat, tempoh masa, nama peserta dan ringkasan bengkel/latihan. 2.3.2 Strategi bagi Murid Pemantau perlu memastikan: (a) Kelas ICT untuk mempertingkatkan kemahiran murid dijalankan, (b) Murid menggunakan ICT seperti Microsoft Word, PowerPoint, CD KPM, CD TVP, Internet dalam tugasan, (c) Murid menggunakan kemudahan ICT di dalam setiap aspek pembelajaran, (d) Murid dapat membuat tugasan secara online atau menggunakan CD. embuat tugasan secara online atau menggunakan CD. 2.3.3 Strategi bagi Pentabir Pemantau perlu memastikan: (a) Program pengurusan perubahan (change management programme) telah dijalankan oleh pentadbir setiap minggu, 6
  • 9. (b) Pentadbir menyebarkan maklumat kepada semua staf sekolah melalui e-mel atau komunikasi ICT alternatif setiap hari,(c) Pentadbir mengadakan program rakan pintar ”Smart-partnership” dengan komuniti seperti Program Komuniti Sekolah Angkat yang melibatkan aktiviti ICT, Program Pembangunan Bahan-Bahan PP menggunakan ICT untuk sekolah-sekolah yang berdekatan dan sebagainya.Semua strategi tersebut dijalankan seperti yang dirancang untuk meningkatkan kemahiran ICT staf sekolah berpandukan indikator-indikator komponen Modal Insan SSQS. Pemantau boleh menggunakan senarai semakan audit dalaman untuk menentukan status modal insan seperti di Lampiran 3 (bahagian modal insan). 2.4 Aplikasi Komponen aplikasi bertujuan untuk melihat kewujudan pelbagai perisian aplikasi sama ada atas talian (online) atau luar talian (standalone) di sekolah supaya penggunaan ICT tidak terhalang dan tiada batasan. 2.4.1 StrategiUntuk memantau status aplikasi, pemantau perlu menyemak sama ada perkara berikut wujud:(a) Akses kepada modul-modul sistem pengurusan sekolah dalam Web- based School Management System (WSMS) atau sistem lain yang dibekalkan oleh KPM,(b) Akses kepada modul-modul sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran (LCMS) atau sistem lain yang dibekalkan oleh KPM,(c) Perisian aplikasi untuk menyediakan/menyunting bahan pengajaran berasaskan ICT,(d) Perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan ICT,(e) Laman web sekolah yang interaktif, dan(f) Sistem e-mel sekolah yang berfungsi. ng berfungsi.Pemantau boleh menggunakan instrumen seperti di Lampiran 4 dan 5 untuk menyemak aplikasi di sekolah. 7
  • 10. 2.4.2 Penyelesaian Masalah Sekiranya sekolah tidak mempunyai aplikasi/sistem maklumat seperti yang dinyatakan dalam jadual dan borang lampiran yang disertakan, tindakan menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu dilakukan dan direkodkan untuk tujuan semakan. 2.5 Infrastruktur teknologi Infrastruktur teknologi merujuk kepada peralatan, kemudahan dan penyelenggaraan ICT yang terdapat di sekolah, khasnya peralatan ICT yang dibekalkan oleh KPM. Kesediaan infrastruktur yang mantap dapat meningkatkan pembudayaan ICT di sekolah. 2.5.1 Strategi Strategi untuk menyemak status infrastruktur adalah: = Menyemak keadaan peralatan dan kemudahan berasaskan ICT (berfungsi atau tidak), dan = Menyemak rekod penyelenggaraan peralatan ICT. 2.5.1.1 Keadaan Peralatan dan Kemudahan PP Berasaskan ICT Pemantau perlu memastikan, (a) peralatan, kemudahan dan rangkaian yang dibekalkan sama ada berfungsi atau tidak. Antara peralatan yang dipantau adalah komputer desktop atau komputer riba, projektor LCD, pengimbas (scanner), skrin, troli dan pelayan (server) dan lain-lain (rujuk Lampiran 6). (b) kemudahan PP berasaskan ICT mengandungi kemudahan fizikal dan rangkaian. Bagi aspek rangkaian, perkara yang perlu disemak adalah seperti berikut: (i) pengguna dapat mengakses Internet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan mudah, (ii) perkhidmatan rangkaian secara talian (wired) dan tanpa talian (wireless) boleh diakses di makmal sains, bilik guru, bilik darjah, makmal komputer, koridor, kantin, sudut pembelajaran, kawasan rehat murid, pusat sumber, bilik media, pusat akses kendiri dan pejabat pendtabiran (rujuk Lampiran 7). 8
  • 11. (iii) peralatan komunikasi ICT seperti ADSL modem, router, switch/ hub, dan kabel UTP/fiber optik dapat berfungsi dengan baik, dan (iv) bilangan gangguan (downtime) yang berlaku dalam seminggu yang menghalang warga sekolah menggunakan perkhidmatan rangkaian. Pemantau boleh menggunakan instrumen seperti di Lampiran 3 untuk menyemak infrastruktur di sekolah.2.5.1.2 Penyelenggaraan (maintenance)Pemantau perlu memastikan, = segala kerosakan dan gangguan yang dialami dilaporkan dengan segera kepada Centralised Service Desk (CSD) dan akan diambil tindakan oleh vendor atau KPM. 2.5.2 Penyelesaian masalahJika didapati kelemahan dalam aspek peralatan dan jalinan rangkaian, pemantau boleh membantu pihak sekolah mempercepatkan penyelesaian masalah ini dengan merujuk terus kepada badan-badan berkenaan (contoh: JPN, BTPN). Sekiranya sekolah tidak mempunyai infrastruktur yang diperlukan, tindakan menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu dilakukan dengan segera dan dan direkodkan untuk tujuan semakan. 3. PELAPORANSatu laporan bertulis perlu dibuat oleh pemantau bagi setiap lawatan ke sekolah. Laporan ini diserahkan kepada KPM dan satu salinan diberi kepada sekolah. Format laporan berfokus kepada empat komponen SSQS. Bagi setiap komponen berpandukan SSQS, pemantau perlu melaporkan aspek penting seperti:(a) Tahap penggunaan ICT dalam PP semasa dengan rujukan kepada kedudukan bintang SSQS(b) Kelemahan penggunaan ICT dalam PP pada bulan semasa 9
  • 12. (c) Strategi-strategi yang dicadangkan untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam PP (d) Tempoh masa untuk mencapai tujuan yang dikehendaki (e) Impak tindakan yang diambil terhadap murid dan guru Pada lawatan sekolah bulan berikutnya, pemantau perlu menyemak; (a) Sejauh mana strategi-strategi yang dirancang berjalan secara berkesan (b) Kekangan yang wujud (c) Kelemahan yang timbul (d) Cadangan strategi-strategi lanjut sebagai tindakan susulan strategi-strategi lanjut sebagai tindakan susulan PENUTUP Panduan yang dicadangkan dalam Metodologi Pemantauan Secara ’On- Site’ ini perlu digunakan bersama dengan buku-buku panduan yang berkaitan yang terdapat di dalam program ini seperti Buku Panduan Mengisi Penilaian SSQS dan Buku Panduan Amalan Terbaik Sekolah Bestari. 10
  • 13. RUJUKANMalaysia Smart School – Educating hearts and minds. Available – http://www.msc.com.my/smartschool/MDeC. (2005). Smart School Impact Assessment.MDeC. (2005). Smart School Roadmap 2005-2020: An Educational Odyssey.MDeC. (2007). Smart School Qualification Standards (SSQS).Mohammed Sani B. Hj. Ibrahim. (2003). Pembestarian sekolah dalam (2003). Pembestarian sekolah dalam era globalisasi: satu pemikiran baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Jurnal BTP, Siri 5, IBSN 1511-5925, m.s. 21-40.Pembestarian sekolah.Available – http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestariLAMPIRANLampiran 1 MDeC. (2007). Monitoring programmes flow-chartLampiran 2 Log pelaksanaan piawai kelayakan sekolah bestari (SSQS) Log pelaksanaan piawai kelayakan sekolah bestari (SSQS) bagi elemen penggunaan ICTLampiran 3 Senarai semakan untuk audit dalaman/Checklist for internal auditLampiran 4 Sistem maklumat yang dibekalkan oleh KPM Sistem maklumat yang dibekalkan oleh KPMLampiran 5 Senarai perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan ICTLampiran 6 Bilangan perkakasan ICT Bilangan perkakasan ICTLampiran 7 Lokasi capaian Internet Lokasi capaian InternetLampiran 8 Pelan tindakan akademik/Academic action planLampiran 9 Laporan tugasan yang diberi dalam talian Laporan tugasan yang diberi dalam talianLampiran 10 Laporan penghasilan bahan multimedia Laporan penghasilan bahan multimedia 11
  • 14. LAMPIRAN 1 MONITORING PROGRAMMES Broad Objectives: • To monitor the schools’ implementation of their action plans On-Line KPI Survey • To ensure activities and programmes Quarterly are addressing the gaps/weaknesses THE SSQS TOOLS Exercise identified in the survey forms • To maintain and improve the schools’ On-Site Star Ranking star ranking performance IMPLEMENTATION STRATEGIES OUTPUT STRUCTURE • ICT Enculturisation in schools • Enhance schools’ Optimisation of ICT provisions MDeC/MoE REPORTS THE REPORTS APPROACH Coach schools to develop and implement unique school-based • Overall and SMEs from action plans i.e. in-house training individual IPTA by teachers in integrating ICT in schools’ star TL, ICT integration competitions ranking among students etc. • Monthly on-site monitoring Monitor the process of ICT reports JPN/PPD/PSPN/PKG (ICT Coordinators) integration by teachers in • School-based Teaching and Learning action plans and strategies School ICT Committee Teachers’ Professional (88 Schools) Development Programmes12
  • 15. LAMPIRAN 2 LOG PELAKSANAAN PIAWAI KELAYAKAN SEKOLAH BESTARI (SSQS) BAGI ELEMEN PENGGUNAAN ICT SMK XXXX BAGI BULAN: __________________ , 2007NAMA GURU : MATAPELAJARAN : (diajar)MINGGU (bulatkan) : 1 / 2 / 3 / 41. Status penggunaan perisian kursus dan pengintegrasian ICT bagi setiap kelas yang diajar. Jumlah Jam/ Items KELAS Bahan/Tajuk seminggu 1 Jumlah minit mengguna bahan berasas ICT.* 2 Jumlah minit mengintegrasi perisian kursus dalam PP 3 Jumlah bahan PP multimedia yang dibina dalam seminggu. 4 Jumlah minit guru mengguna LCMS atau alternatif dalam PP seminggu. 5 Jumlah masa (periods) mengguna bahan TV Pendidikan dlm PP seminggu. 6 Jumlah minit contact hours pelajar-PC seminggu. 7 Bilangan tugasan dibuat oleh pelajar guna LCMS/ alternatif seminggu.** 8 Bilangan tajuk tugasan pembelajaran kendiri dilengkapkan oleh pelajar seminggu.***Contoh: * (40 �� 2 masa �� 80 minit) * (40 �� 2 masa �� 80 minit) ** (2 �� 1 kelas �� 1 minggu �� 2 tugasan) *** (2 tajuk �� 2 kelas �� 1 minggu �� 4 tajuk)2. Kekerapan mengemas kini data dalam WSMS bulan 07: kali. Tarikh: Tandatangan Guru 13
  • 16. LAMPIRAN 3 CHECK LIST FOR INTERNAL AUDIT DATE: Utilisation (40%) No. Indicator Evidence/Location Status Action 1 Usage of ICT-based content 320 minutes/month 2 Teachers integrate courseware (select and modify relevant topics from the courseware at least 320 minutes/month for each core subject 3 Teachers develop TL materials – multimedia weekly 4 Usage of LCMS by teacher 320 minutes/monthly 5 Usage of Ed TV – 4 periods a month 6 Student PC contact hours 320 minutes (any subject)/month 7 Usage of LCMS(student) ��/8 assignments/month 8 Students complete ��/8 titles of self-learning modules/month 9 Updates of activities and data on the relevant modules in WSMS/daily14
  • 17. Human Capital (40%) No. Indicator Evidence/Location Status Action 1 ICT competency level of IT Coordinator: Advanced Plus (4-5) 2 ICT competency level of Technician: Advanced Plus (4-5) 3 Teachers have basic ICT competency level: Level 5 ( 4.5) 4 Teachers have advanced ICT competency level: Level 5 ( 3.0) 5 Teachers have advanced plus competency level in using ICT- based content in teaching and learning: Level 5 ( 4.5) 6 Teachers have advanced plus competency level in integrating ICT-based content in teaching and learning: Level 5 ( 4.5) 7 Teachers have advanced plus competency level in developing teaching learning materials in a form of multimedia for teaching and learning: Level 5 ( 4.5) 8 80% of students have the knowledge of the ICT-based content and know how to use them in learning 9 Frequency of ICT Smart- partnership program with community: Weekly 10 Conducted in-house ICT training: 5 trainings 11 Usage of Email: Daily 12 Dissemination of information via ICT: Daily 13 Conducted change management programme: Weekly 15
  • 18. Application (10%) No. Indicator Evidence/Location Status Action 1 than 8 modules for management 2 than 3 ICT-based applications ICT-based applications beyond Smart School 3 Management System/Web Based School Management System i.e. attendance and canteen 4 Must have Learning Content Management System for teaching and learning 5 Must have the Ministry of Education courseware and ICT-based content: 4 6 Schools must have maintained, updated, accessible advanced interactive website16
  • 19. Infrastructure (10%) No. Indicator Evidence/Location Status Action 1 PC:Student Ratio (1:17) 2 PC/Notebook:Teacher Ratio (12) 3 Local Area Network, Wide Area Network, Wireless and value-added 4 Standard ma��imum downtime 2 hours/month 5 Internet accessibility (Advanced availability and location) 6 100% of the Teaching of Mathematics and Science in English (PPSMI) ICT facilities in good working condition 7 LCD Projector:Class Ratio (1:10) 8 4 operational computer labs 17
  • 20. LAMPIRAN 4 SISTEM MAKLUMAT YANG DIBEKALKAN OLEH KPM Sekolah mempunyai No. Nama Aplikasi aplikasi ini Catatan YA TIDAK 1 Sistem Maklumat Murid (SMM) 2 Sistem Maklumat Disiplin Murid (SMDM) 3 Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar Teknik (SMPPT) 4 Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama Penuh Tingkatan 1 (SST1) 5 Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama Penuh Tingkatan 4 (SST4) 6 Sistem Kemasukan Pelajar Sekolah Menengah Teknik (SPTV) 7 Sistem Pendaftaran dan Kemasukan Markah Kerja Kursus UPSR/PMR/SPM Sistem Pendaftaran UPSR/PMR/SPM Sistem Percubaan UPSR/PMR/SPM Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus PEKA/PAFA/UPSR/PMR 8 Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (SMPP) 9 Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas Talian (SPM) 10 Sistem Pengurusan Sekolah Bestari berasaskan Web (WSMS) – Sila isikan maklumat terperinci pada lampiran A1 11 Sistem Pengurusan Kandungan Pembelajaran (LCMS) 12 e-Sistem Pengurusan Kewangan Bersepadu (Espkp) 13 Sistem Pinjaman Buku Teks (SPBT)18
  • 21. LAMPIRAN 5 SENARAI PERISIAN KURSUS/BAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT Sekolah mempunyai No. Perisian Kursus bahan ini Catatan YA TIDAK1 Perisian pembelajaran yang dibekalkan oleh BTP (CDRI)2 Perisian pembelajaran yang dibekalkan oleh BTP [E-Bahan (atas talian)]3 Perisian pengajaran yang dibekalkan oleh PPK (PPSMI)4 Perisian yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks (My CD)5 Perisian Sekolah Bestari yang dibekalkan oleh PPK6 CD Kandungan TV Pendidikan7 Perisian kursus/bahan pengajaran berasaskan ICT lain 19
  • 22. LAMPIRAN 6 BILANGAN PERKAKASAN ICT Komputer Komputer Bil. LCD Skrin Troli Scanner Desktop Notebook 1 Pejabat Pentadbiran 2 Bilik Guru 3 Asrama 4 Makmal Sains 5 Bilik Darjah 6 Koridor 7 Makmal Komputer 8 Pusat Sumber/ Bilik Media 9 Pusat Akses 10 Kantin 11 Kawasan Rehat 12 Taman Bacaan 13 Lain-lain 20
  • 23. LAMPIRAN 7 LOKASI CAPAIAN INTERNET Bentuk Rangkaian Capaian Internet Bil. Lokasi Tanpa Kabel Berkabel LAN WAN (wireless) (wired) 1 Pejabat Pentadbiran 2 Bilik Guru 3 Asrama 4 Makmal Sains 5 Bilik Darjah 6 Koridor 7 Makmal Komputer 8 Pusat Sumber/ Bilik Media 9 Pusat Akses10 Kantin 11 Kawasan Rehat 12 Taman Bacaan 13 Lain-lain 21
  • 24. LAMPIRAN 8 CONTOH ACADEMIC ACTION PLAN – SM XXX Panel: Science Month : June 2007 Utilization of ICT in TL Activities 1. Name of teacher : XXX 2. Date/Day/Time : 11 July 2007 / Wednesday / 7.40am–9.00am 3. Subject : Science Form 2: Chapter 5 5.5 Acid and Alkali 4. Class : 2 Iltizam 5. ICT use/integration : Te��t book (Acid and Alkali), MS Word, MS PowerPoint 6. Post lesson : Students surf the courseware to find more information about acid and alkali22
  • 25. LAMPIRAN 9NAMA SEKOLAH: PENGGUNAAN ICT 200X LAPORAN TUGASAN YANG DIBERI DALAM TALIAN* Julai Ogos Sept Okt Nov Tajuk tugasan Tingkatan/ Nama Guru dan Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Subjek Sistem online waktu waktu waktu waktu waktu Jumlah besar tugasan mengikut bulan* Tugasan yang diberi oleh guru dalam Internet/talian (contoh WSMS, LCMS, NiceNet, SchoolNet, Yahoo messenger, dan lain-lain.) yang diakses oleh pelajar dalam talian untuk tujuan pengurusan dan PP. Sila selaraskan tajuk tugasan dan sistem dalam rancangan pengajaran anda. (Yh @ 2007) 23
  • 26. LAMPIRAN 10 NAMA SEKOLAH: PENGGUNAAN ICT LPBM LAPORAN PENGHASILAN BAHAN MULTIMEDIA* Bulan Nama Guru Subjek Nama Tajuk Julai Ogos Sept Okt Nov (√) (√) (√) (√) (√) Jumlah besar tajuk mengikut bulan * Bahan yang dihasilkan sendiri oleh guru menggunakan PowerPoint dan lain-lain. Sila nyatakan tajuk bahan dalam rancangan mengajar. (Yh @ 2007)24
  • 27. PenghargaanPENYUMBANG UTAMAKementerian Pelajaran MalaysiaMultimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC), MSC MalaysiaDr Lee Siew Eng, Universiti MalayaMs Low Suan Neo, Konsultan BebasEn Zolkefli Bahador, Universiti Utara MalaysiaMr. Joseph Ramanair, Universiti Malaysia SarawakDr Abdul Halim Mohamed, Universiti Utara MalaysiaAHLI-AHLIMr. Chi Teck Cheng, Konsultan BebasDr Santhi Raghavan, Open UniversityAssociate Professor Dr Yusup Hashim, Universiti Pendidikan Sultan IdrisDr Soubakeavathi Rethinasamy, Universiti Malaysia SarawakAssociate Professor Dr. Tunku Mohani Tunku Mohtar, Universiti MalayaAssociate Professor Dr. Esther Daniel, Universiti MalayaAssociate Professor Dr. Raja Maznah Raja Hussein, Universiti MalayaDr Sabariah Sharif, Universiti Malaysia SabahEn Abd Samad Hanif, Universiti Pendidikan Sultan IdrisDr Mohd Rashid Mohd Saad, Universiti MalayaPn Noriza Nayan, Universiti Pendidikan Sultan IdrisTn Hj Ismail Hj Raduan, Universiti Kebangsaan MalaysiaEncik Mahizer bin Hamzah, Universiti Pendidikan Sultan IdrisEn Abdul Razak Idris, Universiti Teknologi MalaysiaEn Sulaiman Sarkawi, Universiti Pendidikan Sultan IdrisAssociate Professor Khalid Abdullah, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Norazman Abdul Majid, Universiti Teknologi Malaysia 25